logo kpm

13

Upload: david-pugh

Post on 17-Jan-2016

219 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

Page 1: logo kpm
Page 2: logo kpm

Peranan Guru Pendidikan Moral

Menurut Kamus Dewan (1970) ‘guru’ bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Daripada pengertian di atas, jelas menunjukkan guru merupakan insan yang berkecimpung dalam arena perguruan yang dikaitkan sebagai suatu bidang mengajar atau melaksanakan dalam konteks institusi pendidikan dalam usaha menyampaikan ilmu kepada anak murid atau masyarakat. Dalam kerengka tugas sebagai Guru Pendidikan Moral yang berwibawa, khususnya dalam meningkatkan perkembangan moral kognitif remaja (pelajar) ke arah melahirkan generasi yang bertanggungjawab dan berwawasan, seseoang Guru Pendidikan Moral harus sedar bahawa pelajar yang datang ke sekolah telah mempelajari serba sedikit persoalan moral di rumah daripada keluarga dan masyarakat. 

Keadaan ini bermakna, para pelajar harus diberi harapan dan kepercayaan agar tabiat tentang moral yang dipelajari bakal melahirkan pengetahuan moral mereka sekaligus perkembangan moral kognitif terus subur. Dengan cara ini kita dapat memupuk nilai-nilai dan prinsip hidup golongan remaja agar menjadi remaja yang berilmu serta berdisiplin. Kenyataan ini dapat disokong oleh pendapat Yahya Buntat at.el, (2003)  di mana Guru Pendidikan Moral bukan sahaja berkemahiran mengajar dan mengembangkan ilmu, malah sikap, tingkah laku dan disiplin diri harus di bentuk ke arah profesionalisme.

Dalam mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral,Pendekatan Perkembangan Moral Kognitif adalah berasaskan kepada teori perkembangan moral Kohlberg (1962) yang memberi fokus kepada merangsang perkembangan moral para remaja (pelajar). Pedekatan ini banyak membantu membina kebolehan menaakul golongan remaja di peringkat yang lebih tinggi. Bailey (1979) dalam (Chang Lee Hoon, 2005) turut menyatakan bahawa perkembangan moral pada peringkat ini lebih tertumpu kepada perkembangan karaktor moral, sikap terhadap peraturan moral dan membuat pertimbangan moral. Di samping itu juga, istilah ‘perkembangan’ memberi satu gambaran yang menunjukkan satu perubahan yang progresif ke tahap yang lebih kompleks yang tidak boleh diterbalikkan, maka perkembangan moral membayangkan andaian mengenai apakah yang dianggap matang dari segi moral (Downey & Kelly (1978) dalam Chang Lee Hoon (2005).

Terdapat beberapa perspektif atau teori perkembangan moral yang membawa implikasi terhadap pendidikan moral, khususnya dalam kebanyakan gejala sosial yang berlaku kini. Penaakulan moral yang matang adalah penting kerana pemikiran yang rasional memudahkan pembelajaran dan penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan remaja (Loganathan, 1995). Stoll & Beller dalam Loganathan (1995) turut melaporkan bahawa sekolah-sekolah kini sedar bahawa sesuatu harus dilakukan untuk mengajar nilai-nilai murni dan yang lebih penting lagi adalah mengajar pelajar cara menaakul tentang sesuatu nilai. Namun, Wilson (1973) memang telah menjelaskan bahawa penaakulan moral merupakan suatu kemahiran yang boleh diajar dan dipelajari.

Guru Pendidikan Moral juga harus sedar bahawa di sekolah sendiri merupakan sumber pembelajaran moral secara tidak langsung. Suasana sosial di sekolah, cara sekolah itu ditadbir dan bagaimana guru-guru bertingkah laku akan memberikan pengaruh secara tidak lanagsung kepada pembelajaran moral para pelajar di

Page 3: logo kpm

sekolah. T. Mariuthu (1980) dalam Rosiadi (2008) menjelaskan bahawa remaja menghabiskan hampir seluruh masanya di sekolah. Pengaruh sekolah adalah kedua pentingnya berbanding dengan keluarga. Organisasi dan struktur belajar di sekoah seperti pengagihan pelajar mengikut pencapaian, pihak berkuasa yang menekankan peperiksan, bentuk, struktur ganjaran dan hukuman, sikap dan harapan guru, kesemuanya menggalakkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar yang lemah dari segi akademik.

Keadaan ini sudah tentu berbeza jika pelajar yang belajar di sekolah yang ternama dan tinggi penghayatan moralnya sudah tentu lebih beruntung dan mudah proses pemupukan nilai dilakukan berbanding dengan sekolah yang sebaliknya. Dengan cara ini, Guru Pendidikan Moral di sekolah terbabit berperanan mengembangkan moral kognitif pelajar yang bermasalah. Menyentuh pernanan guru dalam menangani masalah vandalisme di sekolah, ia perlu dilihat dari sudut sikap guru itu di mana beliau hampir dengan pelajar selepas ibu bapa (Abdullah, 2005). Sudah tentu usaha ini akan memberi kesan kepada masalah pelajar kerana tanggungjawab mendisiplinkan pelajar terlelak di bahu guru di sekolah.

Selaras dengan kepentingan Perkembangan Moral mengikut skema Kohlberg (1975) mengatakan bahawa penaakulan moral bukan sahaja merupakan salah satu faktor yang menggerakkan tingkah laku moral tetapi penaakulan moral juga adalah faktor paling penting yang pernah dikaji dan terbukti dapat menggerakkan tingkah laku moral.  Kohlberg membicarakan bahawa bagaimana individu boleh bertingkah laku moral jika dia tidak faham dan tidak berfikir tenang sebab kenapa dia patut bertingkah laku sebegini. Justeru, Guru Pendidikan Moral harus bersedia mengajar nilai-nilai moral sekaligus memperkembangkan pengetahuan moral pelajar agar mencapai matlamat untuk melahirkan individu yang bermoral tinggi. Tambahan Loganathan (1995) penaakulan moral yang matang adalah penting kerana pemikiran yang rasional memudahkan pembelajaran dan penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan remaja di sekolah.

Selain itu, Guru Pendidikan Moral haruslah bertanggungjawab menyalurkan objektif-objektif seiring dengan penerapan nilai-nilai murni Pendidikan Moral dalam kalangan pelajar. Di bawah rancangan KBSR dan KBSM, nilai-nilai murni diterapkan bukan sahaja dalam mata pelajaran Pendidikan Moral tetapi juga dalam semua mata pelajaran yang lain.[1] Selaras dengan Falsafah Pedidikan Kebangsaan, KBSR dan KBSM digubal berdasarkan kepada prinsip kesepaduan unsur-unsur yang membolehkan potensi individu berkembang secara menyeluru dan seimbang. Justeru itu, bagi mencapai matlamat Pendidikan Kebangsaan, pelajar-pelajar sekolah akan diberi peluang menghayati nilai-nilai murni serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka. Keadaan ini sejajar dengan perkembang moral kognitif pelajar berkenaan dengan ‘pertimbangan moral’ (moral judgement) Kohlberg (1987) dalam Chang Lee Hoon (2005) yang mengklasifikasikan terdapatnya tiga ciri pertimbangan moral bagi golongan pelajar iaitu (i) pertimbangan tentang nilai bukan fakta (ii) pertimbangan sosial yang melibatkan pertimbangan tentang manusia dan (iii) pertimbangan normatif atau preskriptif, pertimbangan tentang patut, hak dan tanggungjawab dan bukan pertimbangan nilai tentang kecenderungan sendiri. Sejajar dengan tanggungjawab besar para guru seperti yang terkandung dalam Etika Profesion Perguruan (EPP), Guru Pendidikan Moral juga tidak lepas daripada tanggungjawab ini. Ikrar dalam EPP, ‘.... dengan menyedari betapa

Page 4: logo kpm

besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan’ (Yahya Buntat, et.al, 2003). Dengan menjalankan tugas penuh dedikasi sebagai seorang pendidik, adalah diharapkan bahawa matlamat pendidikan kebangsaan dapat dicapai bagi menghasilkan pelajar-pelajar yang bertanggungjawab dan mempunyai akhlak yang bermoal tinggi serta mulia. Adalah diharapkan juga para pelajar menolak sikap devian mereka agar tidak terlibat dalaam gejala vandalisme di tempat awam ataupun sekolah.

Antara lain, kekuatan moral bakal melahirkan masyarakat “berminda kelas pertama” adalah masyarakat yang berpengetahuan, mampu berdaya saing, berbudaya kerja cemerlang, berintegriti dan memiliki kekuatan moral. Masyarakat tersebut juga tahu menghayati dan menghargai budaya, kesenian dan warisan serta sejarah negara, bangsa dan agamanya. Identiti nasionalnya kekal terserlah melalui pembinaan jati diri yang kukuh dan tidak mudah dihanyutkan oleh arus globalisasi. Prinsip-prinsip kepercayaan kepada Tuhan dan kesetiaan kepada Raja dan negara senantiasa dijunjung. Semangat Islam Hadhari yang menekankan kepada pegangan prinsip-prinsip berasaskan nilai-nilai universal yang luhur, akan diterapkan. Menyentuh tentang konsep ‘Guru Pendidikan Moral dan Aspirasi Negara’ di mana telah meletakkan satu tanggungjawab penting kepada semua guru. Selain Kod Etika Profesion Perguruan (EPP), aspirasi negara disandarkan kepada tanggungjawab untuk membangunkan negara. Guru berkenaan harus menjadi teladan (role model) dalam mempraktikkan prinsip yang positif di samping menyebarkan mesej yang diingini kepada para pelajar. Dalam isu ini, mesej untuk menolak sebarang perbuatan yang bercanggah dengan norma masyarakat dan undang-undang negara wajar ditonjolkan  dalam kalangan pelajar melalui penggemblengan usaha bersama agar imej institusi pendidikan dapat dipelihara sepenuhnya sekaligus membentuk generasi Malaysia yang bertanggungjawab dan berwawasan.

Dapatkan kod etika perguruan Malaysia dan buat interpretasi mengenainya.

Profession perguruan mempunyai matlamat untuk membentuk insan dan ihsan

manusia yang sempurna dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmaninya. Guru juga

berperanan menyediakan seorang individu itu tentang peranan dan tanggungjawabnya di

dalam masyarakat demi mencapai kesempurnaan dan kesejahteraan diri, keluarga,

masyarakat seterusnya membantu negara mencapai kemajuan.

Dari pendapat keagamaan, seorang guru itu setaraf dan seangkatan dengan pemimpin

dan ketua masyarakat kerana guru berperanan mendidik dan membimbing ahli masyarakat

Page 5: logo kpm

lain ke arah jalan yang benar dan tidak terpesong dari landasan kehidupan yang baik.

Pekerjaan ini juga dianggap satu ibadah.

             

Guru seharusnya menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi, tidak

mementingkan diri sendiri dan memilih tugas. Ciri-ciri ini penting kerana tugas guru berkait

rapat dengan mutu pendidikan di mana dalam pengajaran, jika guru lakukan dengan ikhlas

dan bersungguh-sungguh, ia akan menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih

bersungguh-sungguh.

           

Oleh kerana setiap tindakan dan tingkah laku guru akan menjadi perhatian dan ikutan

pelajar, ia memerlukan tindakan yang penuh perhatian yang teliti dan berhati-hati.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan garis panduan atau kod etika perguruan di

Malaysia agar para guru tidak lari dari landasan serta tidak melakukan tindakan yang tidak

wajar. Etika perguruan adalah satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap

masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa.

Antara kod etika yang telah ditetapkan adalah :-

1)         Guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan

sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai

terhadap profesion perguruan.

Pernyataan diatas telah membawa maksud bahawa setiap tindak tanduk dan sikap

guru lakukan mendapat perhatian masyarakat sekeliling terutama pelajar dan ibu bapa.

Adalah amat penting bagi seorang guru agar menjaga perlakuan agar tidak menccemarkan

kredibiliti keguruannya sehingga boleh menghilangkan kepercayaan masyarakat terhadap

nilai-nilai murni seorang guru yang membawa tanggungjawab mendidik anak bangsa supaya

bertingkah laku baik dan berakhlak mulia. Jika guru gagal, seluruh masyarakat tidak akan

mempercayai guru dalam membantu ibu bapa mendidik anak-anak mereka.

2)         Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada

jatuhnya maruah diri dan kehilangan  amanah berhubung dengan kewangan : Etika ini

adalah melibatkan sikap dan prinsip hidup seorang guru apabila memegang sesuatu amanah

terutamanya yang melibatkan kewangan. Seorang guru selain daripada mengajar dan

mendidik, ada kalanya guru juga akan melakukan tugas mengutip yuran sekolah dan

sebagainya. Dalam memegang amanah melibatkan wang, guru mestilah bersikap jujur,

berhati-hati dan tidak lalai. Ini adalah kerana kesilapan yang kecil akibat kecuaian juga boleh

Page 6: logo kpm

membuang kepercayaan pelajar dan ibu bapa berhubung kewangan terhadap guru tersebut.

Sukar bagi mereka untuk mengamanahkan anak mereka kepada seorang guru yang tidak jujur

dan lalai.

3)         Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan

jujur : Ini bermakna ketika guru sedang melakukan tugas dan bergaul dengan pelajar, guru

hendaklah berlaku jujur tanpa melakukan sesuatu itu dengan niat untuk mendapat ganjaran,

nama mahupun populariti dikalangan pelajar. Jujur dalam memberi perlindungan kepada

pelajar dan tidak pernah sekali cuba untuk mempergunakan hubungan baiknya untuk

kesenangan peribadinya.

4)         Tanggungjawab utama guru adalah terhadap anak muridnya.  Kepentingan

murid mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan

atau persendirian.

Apabila berlakunya konflik atau kekeliruan yang memerlukan guru membuat

keputusan antara pelajar, persatuan yang diikuti oleh guru ataupun kehendak persendirian,

keputusan yang perlu guru ambil pelajar menjadi perkara utama perlu guru dahulukan. Ini

adalah kerana sudah menjadi tanggungjawab seorag guru itu untuk melindungi dan menjaga

kepentingan pelajarnya terutama ketika disekolah. Sewaktu guru sedang menjalankan tugas,

perkara lain harus di ketepikan buat sementara waktu agar guru dapat memberi perhatian

sepenuhnya kepada pelajar.

5)         Guru haruslah menumpukan perhatian dan memberi pengajaran kepada setiap

muridnya tak mengira bangsa, agama dan kepercayaannya.

Guru mestilah tidak mengamalkan sikap pilih kasih sesama kaum dan agama mengikut

keselesaannya. Seperti contoh Cikgu Azman seorang berbangsa Melayu dan beragama Islam,

maka Cikgu Azman mengajar dan memberi tumpuan kepada pelajar Melayu sahaja kerana

berpendapat beliau mahu membela nasib bangsa sendiri tanpa mengambil peduli kaum lain

yang dirasakan lebih pandai berbanding pelajar Melayu. Sikap yang ditonjolkan ini boleh

menimbulkan konflik dan perasaan tidak puas hati di kalangan pelajar-pelajar bangsa Cina

dan India.

6)         Guru haruslah bertugas sebagai ’pengganti ibu bapa’ dalam usaha membentuk

tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat :   sebaik sahaja

pelajar melangkah kaki ke sekolah, guru adalah merupakan orang paling tua dan orang yang

paling diharapkan untuk menjaga, mengasuh dan mendidik pelajar kerana pada waktu

persekolahan, ibu bapa sebenar keluar bekerja dan tidak dapat menumpukan perhatian pada

anak mereka. Seorang guru yang baik adalah seorang yang melayan pelajarnya seperti anak

Page 7: logo kpm

sendiri agar pelajar tidak merasa tersisih dan dapat menikmati kasih sayang yang mungkin

tidak diperolehi ketika di rumah.

7)         Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua

murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik,

tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain : guru mesti melayan dan

menyempurnakan tugasnya sama rata. Dalam mengajar juga, ilmu pengetahuan dicurahkan

sama rata tanpa mengira status pelajar dihadapannya. Semua pelajar memerlukan ilmu

pengetahuan yang sama sama ada dari mana dan siapa pelajar tersebut kerana mereka datang

ke sekolah dengan tujuan yang sama iaitu menuntut ilmu.

      8)         Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya

dan membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani,

intelek, daya cipta dan lain-lain : semasa mengajar guru harus peka bahawa pelajar adalah

individu yang berbeza antara satu sama lain dari segi pembelajaran dan pemahamannya. Guru

harus peka dan sentiasa prihatin dengan setiap pelajar agar tiada yang tertinggal dalam

membantu mereka menonjolkan potensinya. 

9)         Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai

diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan : guru

sebagai seorang pemegang amanah dan seorang yang boleh dipercayai selepas ibu bapa bagi

pelajar itu. Maka apa sahaja maklumat mengenai pelajar tidak boleh didedahkan sama sekali

terutama jika maklumat itu boleh memalukan dan mengaibkan pelajarnya.

      10)       Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan

murid, masyarakat atau negara : guru tidak boleh bersikap tidak mempedulikan pelajarnya

dan seterusnya tidak mementingkan kehendak masyarakat dan mencapai matlamat negara.

      11)       Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya

mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna :

melengkapkan pelajar dengan membimbing mereka ke arah dan tujuan yang baik sekaligus

dapat melahirkan warganegara yang baik dan sedia memberi sumbangan kepada masyarakat

dan negara.

      12)       Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh

mengurangkan keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya : guru harus menjaga

dan menyusun katanya dengan baik agar apa sahaja perkataan yang keluar dari guru tidak

disalah erti dan menimbulkan rasa curiga kepada pelajar-pelajar mahupun ibu bapa. Ini boleh

menjatuhkan maruah dan merendahkan martabat guru itu sendiri.

Page 8: logo kpm

13)       Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau

'role model' kepada muridnya : guru sentiasa harus menunjukkan tingkah laku yang baik

dan bernilai murni agar dapat memberi contoh atau model yang baik kepada pelajarnya. Ia

juga adalah untuk menjaga nama baik guru dan professionnya.

14)       Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk

pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti

sekolah melainkan bayaran yang disahkan : tuisyen atau kelas tambahan persendirian

yang mahu guru lakukan adalah mesti bertujuan untuk membantu pelajar meningkatkan

prestasi dan mengatasi kelemahannya bukan untuk guru menambah pendapatan luar waktu

sekolah. Apa sahaja pendapatan yang diperolehi daripada pengajaran adalah dilarang. Ini

adalah bagi menjaga kredibiliti seorang guru yang berpekerti mulia.

      15)       Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran

persendirian : menerima bayaran untuk kelas tambahan adalah dilarang, apatah lagi

mengiklankan dirinya untuk apa-apa kelas tuisyen anjurannya. Dengan erti kata lain guru

dilarang meletakkan namanya dalam apa-apa iklan berkaitan agar guru tidak menimbulkan

syak wasangka masyarakat sekeliling.

16)       Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik

persendirian terhadap muridnya : sudah tertakluk dalam perlembagaan negara bahawa

rakyatnya adalah bebas menganut mana-mana agama. Oleh sebab itu guru tidak harus

memaksa mahupun mempengaruhi pelajarnya agar mempercayai apa yang guru percaya.

Guru harus berada di pihak yang neutral agar beri peluang pelajar agar mereka menilai dan

memilih kepercayaan sendiri apakah yang terbaik untuk diri mereka sendiri. Guru hanya

boleh memberi panduan selebihnya murid perlu membuat keputusan sendiri.

17)       Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau

ahli masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya : setiap tugas dan

tanggungjawab yang dijalankan hendaklah ikhlas tanpa mengharapkan atau meminta balasan

daripada ibu bapa mahupun masyarakat.

18)       Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain : ini bermaksud bahawa

dalam pergaulan juga guru harus menjaga nama baik sesama rakan setugas agar nama baik

dan maruah guru tidak tercalar di kalangan pelajar.

19)       Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan)

untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan : guru sentiasa

mengemaskini kecekapan dan cara bekerja agar dapat peluang yang sama unutk

Page 9: logo kpm

meningkatkan diri dan taraf pekerjaannya. Menggunakan kemahiran untuk naik pangkat

bukan dengan cara mengampu pentadbir sekolah.

20)       Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan

namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan : tugas guru

yang utama adalah mengajar dan mendidik pelajar. Guru harus mengutamakan pelajar

berbanding dirinya. Adalah dilarang sama sekali guru melampaui pelajarnya dengan

berlumba-lumba menempa nama. Seharusnya guru membantu menaikkan nama pelajar bukan

untuk kebaikan dirinya.