lima gaya pengurusan konflik

Upload: lihthien-tang

Post on 21-Feb-2018

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/24/2019 Lima Gaya Pengurusan Konflik

    1/2

    LIMA GAYA PENGURUSAN KONFLIK

    1. PENGELAKKAN

    Gaya pengurusan pengelakkan bermakna kedua-dua pihak gagal

    dalam mendapat persetujuan untuk berunding atau meneruskan

    perundingan. Dalam situasi ini, kedua-dua pihak tidak dapat mencapai

    matlamat kerana mereka mengelakkan diri untuk mencari cara

    penyelesaian bagi konfik yang timbul. Kebaikan gaya ini ialah dapat

    melengahkan masa supaya pihak berkonfik dapat peluang mengumpul

    lebih maklumat untuk menghadapi konfik tersebut. Gaya ini sesuai

    digunakan apabila isu yang dipertikaikan bagi kedua-dua pihak itu

    tidak memberi kesan kepada keputusan, malah isunya tebal dengan

    emosi yang kuat sehingga boleh merosakkan perhubungan.

    2. PERSAINGAN

    Gaya pengurusan persaingan bermaksud satu pihak mencapai

    matlamatnya dalam konfik yang berlaku dengan menakan hak oranglain. Keadaan ini juga dikenali sebagai "saya menang-anda kalah".

    Dengan lain perkataan, hanya satu pihak yang menang dalam konfik

    tersebut. Gaya ini digunakan apabila memerlukan tindakan yang cepat

    dan tegas. Selain itu, ia juga digunakan dalam keadaan bagi seseorang

    yang tahu dia berada di pihak yang benar dan menentang kepada

    indiidu yang mengambil kesempatan.

    3. PENYESUAIAN

    Gaya pengurusan ini juga dikenali sebagai mengalah. Dalam situasi ini,

    salah satu pihak akan mengalah dalam konfik yang timbul itu. Dengan

    perkataaan lain, salah satu pihak mengetepikan hak dan matlamatdemi memuaskan kehendak pihak lain. Gaya ini sesuai digunakan

    dalam keadaan yang memerlukan tindakan yang cepat. Selain itu,

    gaya ini juga sesuai digunakan dalam isu berkenaan yang tidak begitu

    penting supaya untuk mengekalkan hubungan yang sedia ada bagi

    kedua-dua pihak yang berkonfik.

    4. KOMPROMI

    Gaya pengurusan kompromi bermaksud kedua-dua pihak ingin

    melepaskan sesuatu untuk mendapat sebahagian daripada matlamat,

    iaitu mereka bertolak-ansur supaya mencari jalan tengah untuk

    menyelesaikan konfik yang !ujud. Keadaan ini juga dikenali sebagaikami bersama-sama menang dan kalah sedikit#. Gaya ini boleh

    menunjukkan keseimbagan kuasa bagi kedua-dua pihak yang

    berkonfik dalam satu organisasi. Gaya kompromi sesuai digunakan

    semasa matlamat kedua-dua pihak benar-benar mutually exclusive,

    iaitu mesti ada satu pihak yang perlu menanggung kerugian dan

    kemenangan. $pabila semua strategi lain tidak memperoleh hasil yang

  • 7/24/2019 Lima Gaya Pengurusan Konflik

    2/2

    dikehendaki, kompromi sesuai digunakan supaya isu tersebut

    diselesaikan dengan jimat masa dan boleh meneruskan ke isu yang

    lain.

    5. KOLABORASI

    Gaya ini merujuk kepada kedua-dua pihak mencari akti%nya

    penyelesaian yang boleh memenuhi semua kehendak masing-masing.

    &iada pihak yang rugi atau perlu mengetepikan sebarang hak untuk

    memuaskan keinginan pihak lain. 'a juga dikenali sebagai saya

    menang ( anda menang#. Kedua-dua pihak membuat keputusan

    melalui perbincangan dan segala konfik yang berlaku diselesaikan

    melalui rundingan. Gaya ini dapat memuaskan kehendak dan

    menunjukkan kepentingan perhubungan semua pihak. 'a juga dapat

    mencapai komitmen yang tinggi demi mencari penyelsaian. )alah,

    gaya ini akan memakan masa yang banyak dan ia sesuai digunakan

    dalam isu-isu yang penting serta memerlukan perancangan yang teliti.