laporan tahunan kementerian kesihatan malaysia...

19
1 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2017 BAB: KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN PENGENALAN Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mempunyai bidang kuasa di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya adalah untuk melindungi orang ramai dari segi bahaya kesihatan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan mengenai perkara-perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya. Di samping itu, di bawah bidang kuasa PKKM juga terdapat Akta Juruanalisis Makanan 2011 dan Peraturan-Peraturan Juruanalisis Makanan 2013 bagi mendaftar juruanalisis makanan dan mengawal amalan juruanalisis makanan. AKTIVITI DAN PENCAPAIAN Aktiviti Pematuhan Domestik 2017 Aktiviti utama pematuhan domestik adalah meliputi perancangan, kajian semula dan penyelarasan bagi semua tindakan penguatkuasaan yang melibatkan pensampelan makanan, pemeriksaan premis makanan, pendaftaran premis makanan. Manakala tindakan perundangan seperti aktiviti penutupan premis makanan yang tidak bersih, tindakan penyitaan bagi produk makanan yang tidak mematuhi perundangan, penyiasatan terhadap aduan yang dikemukakan dan pengurusan isu keselamatan makanan dilakukan bagi pelanggaran di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Pencapaian Aktiviti Pemeriksaan, Pendaftaran, Pensampelan dan Penutupan Premis Makanan Pada tahun 2017, daripada sejumlah 131,404 premis makanan yang telah diperiksa, 2,184 (1.66 peratus) premis makanan tidak bersih telah ditutup di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 (Rajah 1) Rajah 1: Pemeriksaan dan Penutupan Premis Makanan 2012 – 2017 Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

Upload: others

Post on 22-Oct-2019

49 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA …fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=81be2a954c90eecd76c309ae9dda9f5c.… · LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2017

1

LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2017 BAB: KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN PENGENALAN Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mempunyai bidang kuasa di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya adalah untuk melindungi orang ramai dari segi bahaya kesihatan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan mengenai perkara-perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya. Di samping itu, di bawah bidang kuasa PKKM juga terdapat Akta Juruanalisis Makanan 2011 dan Peraturan-Peraturan Juruanalisis Makanan 2013 bagi mendaftar juruanalisis makanan dan mengawal amalan juruanalisis makanan. AKTIVITI DAN PENCAPAIAN

Aktiviti Pematuhan Domestik 2017 Aktiviti utama pematuhan domestik adalah meliputi perancangan, kajian semula dan penyelarasan bagi semua tindakan penguatkuasaan yang melibatkan pensampelan makanan, pemeriksaan premis makanan, pendaftaran premis makanan. Manakala tindakan perundangan seperti aktiviti penutupan premis makanan yang tidak bersih, tindakan penyitaan bagi produk makanan yang tidak mematuhi perundangan, penyiasatan terhadap aduan yang dikemukakan dan pengurusan isu keselamatan makanan dilakukan bagi pelanggaran di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Pencapaian Aktiviti Pemeriksaan, Pendaftaran, Pensampelan dan Penutupan Premis Makanan Pada tahun 2017, daripada sejumlah 131,404 premis makanan yang telah diperiksa, 2,184 (1.66 peratus) premis makanan tidak bersih telah ditutup di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 (Rajah 1)

Rajah 1: Pemeriksaan dan Penutupan Premis Makanan 2012 – 2017

Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

Page 2: LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA …fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=81be2a954c90eecd76c309ae9dda9f5c.… · LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2017

2

Manakala sebanyak 44,223 premis makanan telah didaftarkan sepanjang 2017 (Jadual 1). Jumlah tersebut terdiri daripada 1,840 kilang makanan, 4,616 premis makanan yang terlibat dalam katering makanan, 33,599 premis outlet makanan, 135 kenderaan menjual makanan dan 4,033 merupakan lain-lain jenis premis makanan.

Jadual 1: Pendaftaran Premis Makanan Dari Tahun 2012 - 2017

Kategori Tahun

2012 2013 2014 2015 2016 2017

Kilang Makanan 2,139 3,071 1,843 1,932 1,114 1,840

Premis Katering Makanan

1,403 2,297 1,524 1,057 1,113 4,616

Outlet Makanan

21,071

38,670

33,580 17,554 12,777 33,599

Kenderaan Makanan 177 667 609 243 230 135

Lain – Lain Premis

- - - 2479 477 4033

JUMLAH 24,790

44,705 37,556 23,265 15,711 44,223

Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

Pada tahun 2017, daripada 31,289 sampel makanan yang telah diambil dan dianalisa, 1073 (3.43 peratus) sampel didapati melanggar peruntukan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 (Rajah 2). Seramai 156 orang penjual/pengeluar produk makanan telah dihadapkan ke mahkamah dengan jumlah denda yang dikenakan sebanyak RM132,949.

Rajah 2: Jumlah Pensampelan Makanan bagi tahun 2012 hingga 2017

Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

Page 3: LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA …fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=81be2a954c90eecd76c309ae9dda9f5c.… · LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2017

3

Aktiviti Kawalan Makanan Import 2017 Objektif utama kawalan makanan import adalah untuk memastikan makanan yang diimport ke adalah selamat dan mematuhi segala peruntukan dalam Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturannya. Aktiviti kawalan makanan import yang dijalankan di pintu masuk negara meliputi seperti pemeriksaan dan persampelan konsainan makanan serta aktiviti penguatkuasaan seperti penahanan, pelabelan semula, pemprosesan dan pembaikan semula mutu makanan import, penarikan balik, pengeksportan semula, penolakan, pendakwaan dan pemusnahan konsainan yang telah didapati melanggar perundangan makanan.

Pencapaian Aktiviti Penguatkuasaan Makanan Import

Bagi tahun 2017, sebanyak 261,042 konsainan diperiksa di mana 27,286 (10.5 peratus) sampel diambil untuk dianalisis (Rajah 3). Daripada jumlah sampel yang diambil, sebanyak 163 (0.6 peratus) sampel telah didapati melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985 dan merupakan peratus pelanggaran terendah sejak 2013 (Rajah 4). Sebanyak 79 alert makanan import dikeluarkan bagi berbagai kesalahan di bawah Akta Makanan Makanan dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang melibatkan 13 buah Negara. Notifikasi pengesahan pelanggaran alert makanan import oleh PKKM telah dimaklumkan kepada semua pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) bagi pintu masuk yang terlibat untuk tindakan penguatkuasaan selanjutnya.

Rajah 3: Jumlah Pemeriksaan dan Persampelan Konsainan Makanan Import (2013 hingga 2017)

Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

2013 2014 2015 2016 2017

Bil Konsainan Diperiksa 181629 125936 124098 131216 261042

Bil Konsainan Disampel 17206 14673 14278 14473 27286

Peratus Persampelan 9.5 11.7 11.5 11.0 10.5

0.0

2.0

4.0

6.0

8.0

10.0

12.0

14.0

16.0

18.0

20.0

0

50000

100000

150000

200000

250000

300000

Bil

Ko

nsa

inan

Page 4: LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA …fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=81be2a954c90eecd76c309ae9dda9f5c.… · LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2017

4

Rajah 4: Jumlah Pelanggaran Makanan Import (2013 hingga 2017)

Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

Aktiviti Eksport 2017

Lawatan Audit Verifikasi Negara Pengimport

PKKM telah menerima enam (6) lawatan audit verifikasi daripada negara pengimport iaitu Jepun, Kanada, Amerika Syarikat, China, Taiwan dan Australia. Lawatan audit verifikasi ini bertujuan menilai sistem keselamatan makanan yang dilaksanakan oleh Malaysia di sepanjang rantaian pengeluaran eksport. Senarai lawatan audit adalah seperti di Jadual 2.

Jadual 2: Senarai Lawatan Audit Negara Pengimport 2017

Bil Negara Komoditi Lawatan Audit Verifikasi Tempoh Audit

1. Jepun Makanan Lawatan Ministry Of Health, Labor & Welfare (MHLW), Jepun

13-15 Februari

2. Amerika Syarikat

Udang Lawatan US Food and Drug Administration (USFDA)

18 Mac- 2 April

3. Kanada Makanan - Allergen Lawatan Foreign Verification Office (FVO) of Canadian Food Inspection Agency (CFIA), Canada

21 April- 5 Mei

4. China Sarang burung mentah

Lawatan General Administration of Quality Supervision, Inspection and Quarantine of the People's Republic of China (AQSIQ)

9-16 Mei

5. Taiwan Minyak masak (palm oil)

Lawatan pihak Nothern Center of Regional Administration, Food and Drug Administration, Minitry of Health and Welfare, Taiwan

6-17 Ogos

6. Australia Salmon, Marine and Freshwater Fish,

Shrimp

Lawatan pihak Department of Agriculture and Water Resources (DAWR), Australia

4-7 September

Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

2013 2014 2015 2016 2017

Bil konsainan disampel 17206 14673 14278 14473 27286

Bil pelanggaran 194 210 143 132 163

Peratus pelanggaran 1.1 1.4 1.0 0.9 0.6

0.0

2.0

4.0

6.0

8.0

10.0

12.0

14.0

16.0

18.0

20.0

0

5000

10000

15000

20000

25000

30000

Bil.

ko

nsa

inan

dsa

mp

el

Page 5: LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA …fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=81be2a954c90eecd76c309ae9dda9f5c.… · LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2017

5

Imej 1: Lawatan Audit Negara Pengimport 2017

a) Lawatan verifikasi MHLW, Jepun

Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

b) Lawatan verifikasi USFDA, Amerika Syarikat

Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

c) Lawatan verifikasi CFIA, Canada

Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

d) Lawatan verifikasi TFDA, Taiwan

Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

Page 6: LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA …fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=81be2a954c90eecd76c309ae9dda9f5c.… · LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2017

6

Pengeluaran Sijil Eksport

Bagi mematuhi keperluan negara pengimport yang ditetapkan kepada premis pemprosesan eksport sebanyak 66,296 sijil eksport telah dikeluarkan kepada pemohon sepanjang tahun 2017 masing-masing 60,268 (90.9 peratus) sijil kesihatan, 5,771 (8.7 peratus) sijil penjualan bebas dan 257 (0.4 peratus) sijil Non-Genetically Modified Food (Rajah 5). Pengeluaran sijil eksport dapat memberi jaminan bahawa produk yang dieksport daripada Malaysia adalah selamat dan ini sekaligus dapat meningkatkan permintaan eksport produk makanan dari pelbagai negara.

Rajah 5: Pengeluaran Sijil Eksport 2017

Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

Aktiviti Industri Domestik 2017

Pendaftaran MyFood Tag

Pendaftaran MyFood Tag (Imej 2) telah diperkenalkan pada 2017 sebagai satu mekanisma pengukuhan kawalan keselamatan makanan dan kebolehkesanan di sepanjang rantaian yang memfokuskan keselamatan makanan di check point/peringkat rantaian tertentu di sepanjang rantaian bekalan makanan. MyFood Tag dijalankan secara projek pilot untuk premis yang terlibat dengan penyimpanan daging dan hasilan daging dan juga pengangkutan bagi kilang ais yang telah dilesenkan. Sebanyak 18 buah premis penyimpanan daging dan hasilan daging dan 286 buah lori pengangkutan ais telah diverifikasi dan diberikan nombor pendaftaran MyFood Tag.

Imej 2: MyFood Tag

Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

Page 7: LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA …fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=81be2a954c90eecd76c309ae9dda9f5c.… · LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2017

7

Aktiviti Surveilan Keselamatan Makanan 2017 PKKM telah menganjurkan Seminar Surveilan Keselamatan Makanan (Imej 3) pada 18 hingga 19 Julai 2017 di Putrajaya untuk berkongsi maklumat saintifik berkenaan kajian-kajian yang telah dijalankan melalui kajian spesifik dan kajian kerjasama bersama agensi lain. Sepanjang seminar tersebut, sebanyak 15 kertas pembentangan telah berjaya dibentangkan yang melibatkan 4 kertas pembentangan daripada wakil Lembaga Minyak Sawit Malaysia(MPOB), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Agensi Nuklear Malaysia (ANM), manakala 11 lagi kertas pembentangan telah dibentangkan oleh pegawai daripada PKKM. Antara tajuk pembentangan adalah seperti Authenticity and Traceability Edible Bird Nest (EBN), Penentuan MCPD Esters dan Glycidyl Ester dalam Minyak Masak, Kualiti Minyak Masak di Restoran Makanan Segera, Antimicrobial Resistance (AMR) in foods dan 4-Methylimidazole (4-MEI) Contamination in Dark Colored Drinks.

Imej 3:Seminar Surveilan Keselamatan Makanan

Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

Aktiviti Codex dan Antarabangsa PKKM berperanan dalam menyelaras aktiviti Codex di peringkat kebangsaan, dan juga bertanggungjawab dalam urusan hubungan antarabangsa dan serantau berkaitan keselamatan makanan.

Pengerusi dan Negara Tuan Rumah Mesyuarat 25th Session of the Codex Committee on Fats and Oils (CCFO)

Mesyuarat 25th Session of the Codex Committee on Fats and Oils (CCFO) telah diadakan dengan jayanya dari 27 Februari hingga 3 Mac 2017 di Kuala Lumpur, Malaysia (Imej 4). Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Noraini binti Dato’ Mohd. Othman, Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan dan dihadiri oleh peserta dari 41 negara, satu (1) pertubuhan negara dan tujuh (7) pertubuhan antarabangsa.

Page 8: LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA …fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=81be2a954c90eecd76c309ae9dda9f5c.… · LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2017

8

Imej 4: Mesyuarat 25th Session of CCFO

Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

Aktiviti Pre-Market Approval 2017 Skim Pensijilan Hazard Analysis Critical Control Points (HACCP)

Pada tahun 2017, sebanyak 562 sijil telah dikeluarkan di bawah Skim Pensijilan HACCP kepada syarikat makanan yang telah mendapat pengiktirafan KKM. Pengiktirafan pensijilan ini membantu pihak industri dalam memenuhi kehendak negara-negara Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat bagi pengeksportan keluaran ikan dan hasilan ikan.

Skim Pensijilan Good Manufacturing Practices (GMP)

Pada tahun 2017, sebanyak 582 jumlah sijil telah dikeluarkan kepada syarikat makanan yang telah mendapat pengiktirafan GMP. Pengiktirafan ini meningkatkan keyakinan pengguna dan membantu industri untuk meluaskan pasaran mereka.

Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI)

Skim Pensijilan MeSTI merupakan skim pensijilan yang memberi fokus kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi memenuhi keperluan-keperluan yang diperuntukan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Pada tahun 2017, sebanyak 3,895 (50 peratus) premis pengilangan makanan telah berjaya mendapat pensijilan MeSTI (Rajah 6).

Page 9: LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA …fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=81be2a954c90eecd76c309ae9dda9f5c.… · LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2017

9

Rajah 6: Pencapaian Skim Pensijilan MeSTI (Tahun 2012-2017)

Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

Pengiktirafan Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS)

Pengiktirafan BeSS merupakan pengiktirafan yang diberikan kepada premis makanan untuk menggalakkan pengusaha premis outlet makanan menyediakan makanan yang selamat dan sihat kepada pelanggan. Pengiktirafan ini melibatkan dua (2) komponen iaitu keselamatan dan kualiti makanan serta komponen pemakanan. Bagi mendapatkan pengiktirafan ini, pengusaha premis makanan haruslah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi kedua-dua komponen ini. Sebanyak 2,417 buah premis outlet makanan telah berjaya mendapat pengiktirafan BeSS sejak 2013 hingga 2017 (Rajah 7).

Rajah 7: Bilangan Premis Mendapat Pengiktirafan BeSS (2013 hingga 2017)

Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

102 196

558

686

875

0

200

400

600

800

1000

2013 2014 2015 2016 2017

Page 10: LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA …fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=81be2a954c90eecd76c309ae9dda9f5c.… · LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2017

10

Pencegahan Kejadian Keracunan Makanan di Sekolah

Program Pemeriksaan Sendiri (KENDIRI) di sekolah merupakan salah satu strategi bagi menurunkan risiko berlakunya kejadian keracunan makanan di kantin dan dapur asrama seperti yang dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Keselamatan dan Kualiti Makanan dan Pemakanan di antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak tahun 2008. Pelaksanaan program ini membantu meningkatkan tahap kebersihan dan keselamatan makanan yang bertindak sebagai first line of defence dalam pencegahan kejadian keracunan makanan di kantin dan dapur asrama. Jadual 3 menunjukkan trend kejadian keracunan makanan yang berlaku secara keseluruhan di sekolah dari 2013 hingga 2017.

Jadual 3 : Trend Kejadian Keracunan Makanan di Sekolah (2013 hingga 2017)

Perkara Tahun

2013 2014 2015 2016 2017

Jumlah keseluruhan kejadian di semua premis

495 501 412 524 404

Jumlah kejadian di sekolah 130 151 118 167 181

Key Performance Index (KPI) bagi keracunan makanan: Bilangan sekolah KPM dengan kejadian KRM x 100peratus / Bilangan sekolah KPM pada tahun semasa

- - <1.4 <1.6 <1.6

Pencapaian Key Performance Index (KPI) bagi keracunan makanan

- 1.49 1.16 1.64 1.14

Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

Aktiviti Komunikasi Dan Kepenggunaan 2017 PKKM juga merancang dan melaksanakan aktiviti promosi berkaitan keselamatan dan kualiti makanan disamping menyelaras dan memantau pertanyaan dan aduan berkaitan keselamatan makanan.

Majlis Anugerah Medan Selera Bersih, Selamat dan Sihat Peringkat Kebangsaan 2017

PKKM telah menganjurkan Majlis Anugerah Medan Selera Bersih, Selamat dan Sihat Peringkat Kebangsaan 2017 dengan kerjasama Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 10 Oktober 2017 di Dewan Siantan, Perbadanan Putrajaya, Putrajaya (Imej 5). Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Timbalan Menteri Kesihatan dan juga dihadiri bersama oleh YBhg Timbalan Ketua Setiausaha KPKT.

Page 11: LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA …fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=81be2a954c90eecd76c309ae9dda9f5c.… · LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2017

11

Imej 5: Majlis Anugerah Medan Selera Bersih, Selamat dan Sihat Peringkat Kebangsaan 2017

Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

Kempen Keselamatan Makanan Di Media Sosial

Kempen Keselamatan Makanan di media sosial telah dilaksanakan di beberapa portal terpilih berdasarkan jumlah followers yang tinggi di media sosial. Antara kempen keselamatan makanan yang dijalankan sepanjang tahun 2017 adalah seperti berikut :

Jadual 4 hingga 8 menunjukkan jumlah capaian dalam Facebook (FB) dan Twitter portal yang terpilih untuk kempen keselamatan di media sosial. Imej 6 hingga 10 pula merupakan antara promosi yang dibuat untuk kempen ini.

Promosi Keselamatan Makanan Sempena Bulan Ramadhan

Promosi Keselamatan Makanan Sempena Hari Raya

Promosi Pengiktirafan Premis Makanan Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS)

Promosi Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI)

Promosi Tip Makanan Selamat

2

3

4

5

1

Page 12: LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA …fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=81be2a954c90eecd76c309ae9dda9f5c.… · LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2017

12

Jadual 4: Jumlah Capaian Facebook dan Twitter Portal Berkaitan Promosi Keselamatan Makanan Sempena Bulan Ramadhan

MEDIA MONTHLY PAGE VIEW FB REACH

Sinar Harian 3,376,892 407,773 Mynewshub 2,623,658 89,411 Beautiful Nara 971,231 98,119 Rotikaya 3,961,788 25,674 The Vocket 394,269 173,477 Ohmedia 3,213,822 208,379 Vitdaily 435,162 93,160 Ketuk-Ketuk Ramadan 712,339 51,413

Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

Imej 6: Promosi Keselamatan Makanan Sempena Bulan Ramadhan

Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

Jadual 5: Jumlah Capaian Facebook dan Twitter Portal Berkaitan Promosi Keselamatan

Makanan Sempena Hari Raya

MEDIA MONTHLY PAGE VIEW FB REACH

Mynewshub 2,623,658 15,512 Beautiful Nara 971,231 16,368

Rotikaya 3,961,788 74,357

The Vocket 394,269 22,236

Vitdaily 435,162 6,996 Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

Page 13: LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA …fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=81be2a954c90eecd76c309ae9dda9f5c.… · LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2017

13

Imej 7: Promosi Keselamatan Makanan Sempena Musim Perayaan

Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

Jadual 6: Jumlah Capaian Facebook dan Twitter Portal Berkaitan Promosi Pengiktirafan BeSS

MEDIA MONTHLY PAGE VIEW FB REACH

Sinar Harian 3,376,892 14,443 Mynewshub 2,623,658 35,377 Beautiful Nara 971,231 47,370 Rotikaya 3,961,788 117,260 The Vocket 394,269 233,864 Ohmedia 3,213,822 70,008 Vitdaily 435,162 57,633 Ketuk-Ketuk Ramadan 712,339 8,254

Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

Imej 8: Promosi Pengiktirafan BeSS

Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

Page 14: LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA …fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=81be2a954c90eecd76c309ae9dda9f5c.… · LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2017

14

Jadual 7: Jumlah Capaian Facebook dan Twitter Portal Berkaitan Promosi Pensijilan MeSTI

MEDIA MONTHLY PAGE VIEW FB REACH

Sinar Harian 3,376,892 271,636 Mynewshub 2,623,658 117,367 Ohbulan 2,092,320 121,323 Beautiful Nara 971,231 78,293 Rotikaya 3,961,788 260,526 The Vocket 394,269 195,799 Ohmedia 3,213,822 122,378 Vitdaily 435,162 79,281 Ketuk-Ketuk Ramadan 712,339 33,299

Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

Imej 9: Promosi Pensijilan MeSTI

Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

Jadual 8: Jumlah Capaian Facebook dan Twitter Portal Berkaitan Promosi Tip Makanan Selamat

FACEBOOK PAGE LIKES

TOPIK REACH

Khalifah Media Networks 1.6m Jangan Basuh Telur Selepas Beli 122,760

Klick.My 235k Jangan Basuh Telur Selepas Beli 15,813

Khalifah Media Networks 1.6m 8 Tips Simpan Makanan Dalam Peti Ais 68,407

Klick.My 235k 8 Tips Simpan Makanan Dalam Peti Ais 13,924

Khalifah Media Networks 1.6m 9 Tips Elak Keracunan Makanan 57,075

Klick.My 235k 9 Tips Elak Keracunan Makanan 10,561

JUMLAH POST ARTIKEL PADA 25-28 OKT 2017 288,540 Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

Page 15: LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA …fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=81be2a954c90eecd76c309ae9dda9f5c.… · LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2017

15

Imej 10:Promosi Tip Makanan Selamat

Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

Kempen Keselamatan Makanan Di Media Massa

Kolaborasi bersama Produksi Sheila Rusly dan RTM 1 di dalam Rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan 2016/2017 untuk 30 episod (Imej 11). Setiap episod menampilkan tip keselamatan makanan dan elakkan keracunan makanan dan merupakan rancangan top 5 di RTM 1 dan menjadi tontonan 2 juta orang. Manakala jumlah tontonan TV Online RTM adalah 30,000 orang setiap episod.

Imej 11: Rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan

Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

Iklan di Stesen TV Al Hijrah

Rancangan temubual di slot Assalamualaikum sebanyak tiga (3) kali dan iklan Kempen Pengiktirafan Premis Makanan BeSS sebanyak 200 slot di Rancangan TV AlHijrah. Iklan Radio IKIM sebanyak 90 spot bagi Kempen Perhati dan Pilih semasa bulan Ramadan

Page 16: LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA …fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=81be2a954c90eecd76c309ae9dda9f5c.… · LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2017

16

Imej 12: Rancangan Temubual di Stesen TV

Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

Infografik Keselamatan Makanan

Infografik adalah salah satu bahan promosi berbentuk interaktif serta menarik yang dihasilkan untuk menarik minat pengguna mendapatkan maklumat keselamatan makanan dengan cepat dan mudah seiring dengan perkembangan dunia digital yang semakin pesat melalui media sosial. Sebanyak 30 set infografik berkenaan tip keselamatan makanan dan elakkan keracunan makanan telah dihasilkan pada tahun 2017 dan dimuatnaik di Facebook BKKM (Imej 13). Info ini telah telah mendapat reach 1,020,323 dari pengguna Facebook BKKM.

Imej 13: Infografik Keselamatan Makanan

Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

Program Pembangunan Profesional Germ Buster Bersama Petrosains PKKM dengan kerjasama Petrosains telah mengadakan Program Pembangunan Profesional Germ Buster 2017 pada 7-9 Mac 2017 dan 21-23 Mac 2017 (Imej 14). Tujuan program ini diadakan sebagai perkongsian maklumat dan kepakaran Petrosains dalam pelaksanaan promosi di peringkat sekolah.

Page 17: LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA …fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=81be2a954c90eecd76c309ae9dda9f5c.… · LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2017

17

Imej 14: Program Pembangunan Profesional Germ Buster

Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

Aktiviti Pameran Keselamatan Makanan

Pameran : Nutrition Month Malaysia 2017 Tarikh : 23 April 2017 Tempat : IOI City Mall, Putrajaya

Pameran : Ekspresi Negaraku Tarikh : 16 September 2017 Tempat : Perkarangan Istana Kehakiman

Imej 15: Pameran Keselamatan Makanan 2017

Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

Aktiviti Makmal 2017

Pelaksanaan Fi Bagi Perkhidmatan Analisis Makanan Berdasarkan Peraturan-Peraturan Makanan (Fi Analisis Makanan) 2016

Bermula 1 Mac 2017, fi bagi perkhidmatan analisis makanan import yang dikenakan pemeriksaan tahap lima (5) iaitu Tahan, Uji dan Lepas (TUL) telah dilaksanakan oleh KKM. Fi bagi analisis adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak pengimport. Ini berikutan pewartaan Peraturan-Peraturan Makanan (Fi Analisis Makanan) 2016 pada 15 Disember 2016. Fi analisis makanan adalah bagi perkhidmatan analisis makanan di Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan (MKKM). Sepanjang Mac sehingga Disember 2017, sebanyak 690 sampel TUL pelbagai parameter telah dianalisis di MKKM seluruh Malaysia.

Page 18: LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA …fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=81be2a954c90eecd76c309ae9dda9f5c.… · LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2017

18

Aktiviti Polisi dan Pembangunan 2017

Mesyuarat Keempat Belas Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan (MKMPK-14)

Mesyuarat MKMPK-14 (Imej 16) telah diadakan pada 13 November 2017 di Kementerian Kesihatan dan telah dipengerusikan oleh YB Menteri Kesihatan adalah merupakan satu forum yang menyatukan semua pihak berkepentingan yang berkaitan bagi memperkukuhkan keselamatan makanan di semua peringkat rantaian bekalan makanan dengan memastikan rakyat negara ini mencapai taraf pemakanan yang optimum.

Imej 16: Mesyuarat ke 14 MKMPK

Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

International Food Safety Training Centre (IFSTC) Malaysia.

Pada tahun 2017, sejumlah 13 latihan telah dilaksanakan oleh IFSTC Malaysia (Jadual 9). Seramai 306 orang peserta telah dilatih yang terdiri daripada industri makanan, agensi kerajaan yang lain, ahli akademik, agensi swasta dan pegawai daripada Program Keselamatan dan Kualiti Makanan di semua peringkat.

Jadual 9: Senarai Latihan Anjuran IFSTC Pada Tahun 2017

BIL. TAJUK TARIKH

1. Product Labelling and Hands On (I) 14-15 Mac 2017

2. Food Safety Training for Auditor Under ACB-HACCP Scheme

27-29 Mac 2017

3. Method Validations for Food Chemical Analysis 10-12 April 2017

4. Good Manufacturing Practice (GMP)-Awareness 18-20 April 2017

5. Product Labelling and Hands On (II) 3-4 Mei 2017

6. Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) Awareness

16-18 Mei 2017

7. Method Validation for Food Microbiology Analysis 4-6 Julai 2017

Page 19: LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA …fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=81be2a954c90eecd76c309ae9dda9f5c.… · LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2017

19

BIL. TAJUK TARIKH

8. Estimation of Uncertainty for Food Microbiology Analysis

11-13 Julai 2017

9. Malaysian Food Act and Regulations & Updates 25-26 Julai 2017

10. Food Safety Certification and Licensing 8-9 Ogos 2017

11. Food Safety Training for Auditor Under ACB-GMP Scheme

22-24 Ogos 2017

12. Product Labelling and Hands On (III) 12-13 September 2017

13. Food Safety Inspection Training 25-28 September 2017 Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

Imej 17: Product Labelling And Hands On (I) 14-15 Mac 2017

Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

Imej 18: Food Safety Training For Auditor Under ACB-HACCP Scheme

Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

HALATUJU Program Keselamatan dan Kualiti Makanan sentiasa komited untuk memastikan keselamatan makanan dan mempertingkatkan integriti negara dalam keselamatan dan kualiti makanan melalui tanggungjawab dan akauntabiliti bersama berasaskan sistem pengurusan tripartite yang berkesan selari dengan penggubalan dasar dan polisi kerajaan dari masa ke semasa.

*Sumber: Cawangan Polisi dan Pembangunan, BKKM

*Sumber: Cawangan Polisi dan Pembangunan, BKKM