laporan tahunan 2018 bahagian jaringan industri

16
1 LAPORAN TAHUNAN 2018 BAHAGIAN JARINGAN INDUSTRI & MASYARAKAT (BJIM) USM memperkukuhkan kolaborasi dengan pihak luar untuk meningkatkan usaha aktiviti-aktiviti penyelidikan, pembangunan profesional dan kesarjanaan untuk memenuhi keperluan kedua-dua pihak iaitu universiti dan industri/ masyarakat. Sepanjang 2018, USM telah mensasarkan untuk meningkatkan lebih banyak kumpulan masyarakat yang berkolaborasi dengan kepakaran yang ada dalam meningkatkan kualiti hidup mereka. Bukan sahaja di peringkat tempatan dan antarabangsa, tetapi juga pada peringkat dunia, USM berkolaborasi dengan pelbagai pihak untuk memastikan proses keilmuan dapat dimanfaatkan untuk membawa perubahan dalam masyarakat di negara ini. Untuk itu sebanyak 20 perjanjian persefahaman ditandatangani dengan pelbagai pihak tempatan dan antarabangsa, pewujudan 38 industri baharu dan 63 projek baharu terhasil, antaranya adalah dalam industri semikonduktor, peralatan perubatan dan juga industri kecil sederhana (IKS). Sementara itu USM memastikan sasaran Sustainable Development Goals (SDG) turut dicapai terutamanya dalam 10 daripada 17 matlamat dalam SDG yang melibatkan 1,232 komuniti, 192 di peringkat nasional dan 9 di peringkat antarabangsa. 1.0 Kolaborasi Akademia-Industri (4. Driving Talent Excellence) Sepanjang 2018, USM telah menjalinkan sebanyak 22 kolaborasi melaksanakan kolaborasi akademia-industri dengan berbagai pihak luar. Kolaborasi ini telah menghasilkan empat (4) impak utama iaitu penyelidikan, latihan industri, akademik/ biasiswa dan penajaan kewangan. Antaranya ialah kejayaan USM dalam mencipta sejarah pembinaan Bandar Kontena Terbesar di dunia. Bandar Kontena seluas 340 ekar yang melibatkan penggunaan tenaga solar dengan kos hampir RM90 juta. Ia adalah hasil daripada kolaborasi C&M Renewable Energy Technology Sdn. Bhd., Kementerian Pendidikan, Smart Win Property Sdn. Bhd. dan Kumpulan GDTC. Selain itu, antara pihak-pihak luar yang telah menjalinkan kolaborasi dengan USM dan impak adalah seperti dalam gambarajah di bawah:

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN TAHUNAN 2018 BAHAGIAN JARINGAN INDUSTRI

1

LAPORAN TAHUNAN 2018 BAHAGIAN JARINGAN INDUSTRI & MASYARAKAT (BJIM)

USM memperkukuhkan kolaborasi dengan pihak luar untuk meningkatkan usaha aktiviti-aktiviti

penyelidikan, pembangunan profesional dan kesarjanaan untuk memenuhi keperluan kedua-dua

pihak iaitu universiti dan industri/ masyarakat. Sepanjang 2018, USM telah mensasarkan untuk

meningkatkan lebih banyak kumpulan masyarakat yang berkolaborasi dengan kepakaran yang

ada dalam meningkatkan kualiti hidup mereka. Bukan sahaja di peringkat tempatan dan

antarabangsa, tetapi juga pada peringkat dunia, USM berkolaborasi dengan pelbagai pihak untuk

memastikan proses keilmuan dapat dimanfaatkan untuk membawa perubahan dalam masyarakat

di negara ini.

Untuk itu sebanyak 20 perjanjian persefahaman ditandatangani dengan pelbagai pihak tempatan

dan antarabangsa, pewujudan 38 industri baharu dan 63 projek baharu terhasil, antaranya adalah

dalam industri semikonduktor, peralatan perubatan dan juga industri kecil sederhana (IKS).

Sementara itu USM memastikan sasaran Sustainable Development Goals (SDG) turut dicapai

terutamanya dalam 10 daripada 17 matlamat dalam SDG yang melibatkan 1,232 komuniti, 192

di peringkat nasional dan 9 di peringkat antarabangsa.

1.0 Kolaborasi Akademia-Industri (4. Driving Talent Excellence) Sepanjang 2018, USM telah menjalinkan sebanyak 22 kolaborasi melaksanakan kolaborasi

akademia-industri dengan berbagai pihak luar. Kolaborasi ini telah menghasilkan empat (4)

impak utama iaitu penyelidikan, latihan industri, akademik/ biasiswa dan penajaan kewangan.

Antaranya ialah kejayaan USM dalam mencipta sejarah pembinaan Bandar Kontena

Terbesar di dunia. Bandar Kontena seluas 340 ekar yang melibatkan penggunaan tenaga

solar dengan kos hampir RM90 juta. Ia adalah hasil daripada kolaborasi C&M Renewable

Energy Technology Sdn. Bhd., Kementerian Pendidikan, Smart Win Property Sdn. Bhd. dan

Kumpulan GDTC. Selain itu, antara pihak-pihak luar yang telah menjalinkan kolaborasi

dengan USM dan impak adalah seperti dalam gambarajah di bawah:

Page 2: LAPORAN TAHUNAN 2018 BAHAGIAN JARINGAN INDUSTRI

2

Kolaborasi Akademia-Industri 2018

Page 3: LAPORAN TAHUNAN 2018 BAHAGIAN JARINGAN INDUSTRI

3

Secara ringkas kolaborasi ini telah memberi impak yang sangat positif kepada USM. Antaranya:-

2.0 Program Latihan Industri (Internship) (2.0 Ensuring Distinguished Students’ Learning and Living Experience) Seramai 2288 pelajar USM berpeluang untuk menjalani latihan industri di syarikat/

organisasi terkemuka termasuk di luar negara antaranya Kawai Corporation, Jepun dan

Intel Technology Sdn. Bhd. Ia adalah hasil daripada hubungan/kolaborasi dengan pihak

luar. Ia merupakan pendedahan awal kepada pelajar untuk kesiapsediaan pelajar

menghadapi dunia pekerjaan.

Page 4: LAPORAN TAHUNAN 2018 BAHAGIAN JARINGAN INDUSTRI

4

Program Latihan Industri Pelajar 2018

3.0 UNIMAKER Makeathon Competition (2.0 Ensuring Distinguished Students’ Learning and Living Experience)

UNIMAKER Makeathon Competition 2018 adalah inisiatif daripada Kementerian Pendidikan

Malaysia (KPM) dengan kerjasama universiti awam Malaysia (UA) [USM sebagai hos untuk Zon

Utara] telah berlangsung bermula dari bulan Julai hingga September 2018. UNIMAKER adalah

Makeathon selama 48 jam untuk pelajar berfikir, berinovasi, mencipta dan membangunkan

penyelesaian yang inovatif untuk Revolusi Perindustrian Ke-4 (4IR).

Page 5: LAPORAN TAHUNAN 2018 BAHAGIAN JARINGAN INDUSTRI

5

UNIMAKER Makeathon Competition 2018

4.0 CEO Faculty Programme 2.0 ‘Coached by the Pros’ (4.0 Driving Talent Excellence) Enam (6) orang pensyarah muda dari USM telah terpilih untuk menjalani sandaran di lima

(5) industri selama enam (6) bulan sekaligus merapatkan hubungan industri-akademia.

Sandaran ini diharapkan dapat membawa lebih banyak manfaat kepada Universiti dari segi

kemajuan teknologi, peluang kerjasama dalam penyelidikan, penempatan latihan industri

dan peluang pekerjaaan di syarikat-syarikat tersebut.

Felo CEO Faculty Programme 2.0 Musim ke-2

o Juara (RM 80,000) Whatever, USM (inovasi

Farmlogy: Precision farming with IoT)

o Naib Juara (RM50,000)

4dynamo, USM (inovasi Intelligent and Responsive Imaging System, IRIS)

Page 6: LAPORAN TAHUNAN 2018 BAHAGIAN JARINGAN INDUSTRI

6

5.0 Pencapaian Jaringan Industri dalam Angka

Pencapaian Jaringan Industri 2018

6.0 USM Prihatin (Projek Libatsama Komuniti) (7. Ensuring Financial Sustainability “Supporting Excellence Through Financial Sustainability”) Seiring dengan halatuju Sustainable Development Goals (SDG), jaringan dengan

komuniti diperkukuhkan dengan penglibatan sebanyak 31 projek libatsama universiti-

komuniti dengan jumlah pembiayaan dari geran komuniti (Penyelidikan Translasional)

sebanyak RM715,069.00. Projek ini telah meninggalkan impak kepada banyak pihak

seperti yang digambarkan dalam rajah dibawah.

38 Industri Baharu

20 MoA/MoU

RM4,886,496.30 Janaan Kewangan

63 Projek Baharu 20 PTJ

31 Pensyarah Terlibat

PENCAPAIAN JARINGAN INDUSTRI

Page 7: LAPORAN TAHUNAN 2018 BAHAGIAN JARINGAN INDUSTRI

7

6.1 Pengiktirafan Kepada Warga (3. Embracing our Alumni “I am USM”) Majlis Penyampaian Sijil Kecemerlangan & Sijil Penghargaan Libatsama Universiti

Komuniti/Industri diadakan bagi mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada

warga USM serta warga luar yang terlibat secara aktif dan sukarela dalam

aktiviti/program/projek libatsama komuniti yang telah atau sedang dijalankan di

luar tugas hakiki tanpa menerima apa-apa bayaran dan elauan subsidi. Pihak USM

juga telah mewujudkan Anugerah Kepimpinan Masyarakat (AKM) sebagai

kategori dalam Anugerah Sanggar Sanjung (ASS).

Page 8: LAPORAN TAHUNAN 2018 BAHAGIAN JARINGAN INDUSTRI

8

7.0 Program AKEPT Competency and Enhancement Programme (ACEP):

Perkongsian Amalan Terbaik Libatsama Universiti-Komuniti (4.0 Driving Talent Excellence) Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) melantik Universiti Sains Malaysia

(USM) iaitu BJIM untuk melaksanakan Program ACEP: Perkongsian Amalan Terbaik

Libatsama Universiti-Komuniti. Melalui program yang dilaksanakan peserta yang terdiri

daripada ahli akademik dari 20 UA akan diberi pendedahan tentang kaedah-kaedah

merangka projek dalam aktiviti hands-on dan minds-on iaitu Relating, Experiencing,

Applying, Cooperating dan Transfering. Sebanyak RM120,000.00 peruntukan telah

disalurkan kepada USM untuk melaksanakan program kepada 20 UA di Malaysia.

Page 9: LAPORAN TAHUNAN 2018 BAHAGIAN JARINGAN INDUSTRI

9

8.0 Program Pusat Inovasi Komuniti (CIC) (2.0 Ensuring Distinguished Students’ Learning and Living Experience) Program Pusat Inovasi Komuniti (CIC) merupakan inisiatif kerajaan melalui kerjasama

Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan Universiti Sains Malaysia (USM)

sebagai menggalakkan usaha sama bermanfaat berdasarkan landasan kerjasama yang

diwujudkan untuk membolehkan pemegang taruh (kerajaan, akademia, industri dan

komuniti setempat) bersama-sama mengembleng tenaga secara Collective Impact

melalui pendekatan Quadruple Helix bagi membentuk satu negara bangsa yang benar-

benar berwibawa serta berminda par excellence. Impak program kepada USM dan

komuniti seperti berikut:

Page 10: LAPORAN TAHUNAN 2018 BAHAGIAN JARINGAN INDUSTRI

10

Program ini juga telah disenaraikan bagi penilaian MEA 2017 dalam kategori institusi

sebagai program libatsama komuniti yang bercirikan elemen–elemen keusahawanan,

keterangkuman dan kemampanan. Rakan kerjasama CIC iaitu Pihak Berkuasa

Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) telah dijemput untuk berkongsi hasil pelaksanaan

program CIC kepada panel penilai.

Page 11: LAPORAN TAHUNAN 2018 BAHAGIAN JARINGAN INDUSTRI

11

9.0 Program University Community Internship (UCI) (2.0 Ensuring Distinguished Students’ Learning and Living Experience) Seramai 3 orang pelajar dari PPTI telah menjalani internship dibawah BJIM dan melalui

UCI pelajar telah dibekalkan latihan secara in House Training oleh pembekal latihan yang

dikenal pasti oleh BJIM dan seterusnya pelajar ditempatkan di lapangan melibatkan projek

komuniti BJIM agar dapat berperanan untuk memindahkan ilmu kepada kumpulan

sasaran. Impak program ialah:

10.0 Program Keusahawan Sosial (WUS101)

(2.0 Ensuring Distinguished Students’ Learning and Living Experience) USM mengintergrasikan libatsama komuniti dalam program akademik melalui

pelaksanaan Program Keusahawanan Sosial iaitu model keusahawanan yang tidak

hanya mementingkan keuntungan, malah menekankan kepada pewujudan masyarakat

yang berimpak positif dan saksama. Keusahawanan sosial sebagai satu pendekatan

inovatif ke arah transformasi sosial masyarakat.

Page 12: LAPORAN TAHUNAN 2018 BAHAGIAN JARINGAN INDUSTRI

12

11.0 Asia-Pacific University-Community Engagement Network (APUCEN) (1. Achieving Global Prominence “Bringing USM to the World, and the World to USM”)

APUCEN adalah inisiatif USM untuk memposisikan universiti di peringkat global dengan

mewujudkan jaringan kerjasama antara universiti-universiti dan entiti-entiti luar negara bagi

usaha libatsama komuniti dalam usaha memakmurkan masyarakat sejagat. USM

mengetuai 95 institusi daripada 20 buah negara. Dua keahlian baru yang menyertai

APUCEN bagi tahun 2018 iaitu Kiel University dan Ho Chi Minh City University of Economics

and Finance.

Empat (4) objektif yang ingin dicapai oleh APUCEN adalah:

1) perkongsian jaringan kepakaran antara ahli-ahli

2) memupuk konsep dan nilai libatsama komuniti kepada staf dan pelajar institusi

pengajian tinggi

3) membina keupayaan kerjasama (capacity building) universiti-komuniti

4) menyediakan platform untuk projek flagship bersama ahli

Kiel University

Ho Chi Minh City University of Economics and Finance

Page 13: LAPORAN TAHUNAN 2018 BAHAGIAN JARINGAN INDUSTRI

13

11.1 Kerjasama Serantau melalui APUCEN APUCEN telah menerima pengiktirafan daripada BIG TENT GLOBAL COMMUNIQUE, sebuah

jaringan universiti dan komuniti di bawah UNESCO untuk Institusi Pengajian Tinggi dan UN

SDG. APUCEN adalah salah satu daripada sebelas jaringan terbesar di dunia.

11.2 Program dan Aktiviti APUCEN Bagi mencapai objektif tersebut, pada tahun 2018, USM telah menghantar 3 orang pensyarah

untuk menjalani latihan di Kanada di bawah bimbingan Prof. Budd L. Hall sebagai sebahagian

syarat untuk menjadi UNESCO Knowledge 4 Change (K4C) untuk memahami bagaimana

menjalankan libatsama komuniti berimpak tinggi dengan efektif. Selain itu, APUCEN telah

mengadakan program dan aktiviti sepanjang tahun 2018 yang menepati semua objektif

penubuhan APUCEN.

Page 14: LAPORAN TAHUNAN 2018 BAHAGIAN JARINGAN INDUSTRI

14

12.0 Pusat Kebudayaan Jepun Kyoto University of Foreign Studies (KUFS-USM)

(1. Achieving Global Prominence “Bringing USM to the World, and the World to USM”) USM memperkukuhkan hubungan antara Malaysia – Jepun melalui penubuhan Pusat

Kebudayaan Jepun (KUFS-USM) selaras dengan Dasar Pandang Ke Timur 2.0.

Pengukuhan jalinan kerjasama ini dilaksanakan melalui program dan aktiviti pertukaran

budaya. Kolaborasi program bersama Universiti-universiti daripada Jepun adalah seperti

berikut:

Page 15: LAPORAN TAHUNAN 2018 BAHAGIAN JARINGAN INDUSTRI

15

Program dan aktiviti kebudayaan Jepun yang telah dilaksanakan pada tahun 2018 adalah

seperti berikut:

Impak program dan aktiviti kebudayaan Jepun yang telah dilaksanakan serta jumlah penglibatan

peserta bagi kesemua program adalah seperti dibawah:

Page 16: LAPORAN TAHUNAN 2018 BAHAGIAN JARINGAN INDUSTRI

16

PENUTUP

Jaringan industri dan masyarakat terus diperkukuhkan pada tahun 2018 dalam usaha meletakkan

nama USM sebagai sebuah universiti yang menjadikan universiti-industri-komuniti sebagai

agenda utama. Sebagai penghubung antara universiti-industri dan komuniti pencapaian bahagian

ini sangat membanggakan dengan jaringan industri yang dibina terutama melibatkan syarikat dan

kilang-kilang di Pulau Pinang dan program berimpak yang melibatkan komuniti khasnya bagi

masyarakat golongan B40 ke arah kecemerlangan USM dalam memenuhi agenda transformasi

negara.