laporan big

8
Laporan Keseluruhan Program Bina Insan Guru (BIG) adalah hasil daripada beberapa aktiviti yang terancang dari segi pengurusan masa, kewangan dan perlu melalui beberapa peringkat iaitu sebelum program dijalankan, semasa program dijalankan dan selepas program BIG dijalankan. Proses untuk menjayakan sesuatu program seperti ini akan mengambil masa dan bermula dari peringkat awal penubuhan jawatankuasa sehingga kepada mesyuarat post-mortem bagi menilai keberkesanan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Program ini bertujuan bagi mendedahkan guru pelatih dengan domain pembangunan diri insan guru yang seimbang, guru dan hubungan dengan komuniti, aktiviti kemasyarakatan, jenis khidmat kemasyarakatan, khidmat pendidikan kepada komuniti, berakauntibiliti, amanah, kreatif dan inovatif. Hal ini secara langsung dapat membina pemikiran dan motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan, disamping mencapai matlamat dan objektif Program Bina Insan Guru serta PIN (Plan Integrity National). Rasional menjalankan program BIG ini adalah guru pelatih dapat membina insan guru dalam diri masing-masing dengan seimbang selain memberi kesedaran awal tentang perkaitan guru dengan komuniti serta akauntabiliti profesionalisma dalam bidang keguruan. Manakala matlamat menjalankan program adalah untuk mendekatkan diri dengan masyarakat setempat selaras dengan profession keguruan, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran-

Upload: alixius-bin-lasius

Post on 02-Oct-2015

19 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

laporan BIG

TRANSCRIPT

Laporan Keseluruhan Program Bina Insan Guru (BIG) adalah hasil daripada beberapa aktiviti yang terancang dari segi pengurusan masa, kewangan dan perlu melalui beberapa peringkat iaitu sebelum program dijalankan, semasa program dijalankan dan selepas program BIG dijalankan. Proses untuk menjayakan sesuatu program seperti ini akan mengambil masa dan bermula dari peringkat awal penubuhan jawatankuasa sehingga kepada mesyuarat post-mortem bagi menilai keberkesanan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Program ini bertujuan bagi mendedahkan guru pelatih dengan domain pembangunan diri insan guru yang seimbang, guru dan hubungan dengan komuniti, aktiviti kemasyarakatan, jenis khidmat kemasyarakatan, khidmat pendidikan kepada komuniti, berakauntibiliti, amanah, kreatif dan inovatif. Hal ini secara langsung dapat membina pemikiran dan motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan, disamping mencapai matlamat dan objektif Program Bina Insan Guru serta PIN (Plan Integrity National).Rasional menjalankan program BIG ini adalah guru pelatih dapat membina insan guru dalam diri masing-masing dengan seimbang selain memberi kesedaran awal tentang perkaitan guru dengan komuniti serta akauntabiliti profesionalisma dalam bidang keguruan. Manakala matlamat menjalankan program adalah untuk mendekatkan diri dengan masyarakat setempat selaras dengan profession keguruan, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran mengurus majlis atau program, menunjukkan dan mengetahui ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh pada ajaran agama, mengeratkan hubungan silaturahim sesama guru pelatih dengan masyarakat setempat dan membantu masyarakat setempat dalam kegiatan atau aktiviti bagi membersihkan dan menceriakan kawasan kampung. Objektif program BIG ini adalah untuk membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi komplek untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan, menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti, bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya, menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan, dan merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan.27 September 2013Pada 27 September 2013 yang lalu, telah berlangsungnya Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4 Siri 5 iaitu siri yang terakhir bagi Big Fasa 4. Program Anak Angkat ini telah dijalankan dengan kerjasama penduduk kampung Parit Banyumas,Parit Yaani, Batu Pahat bersama 64 orang pelatih guru dari Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan 2012 yang terdiri daripada Pelajar Pengajian Agama 1, Pendikan Khas Masalah Pembelajaran dan Pendidikan Seni Visual. Disebabkan faktor jarak yang dekat,kami telah bertolak ke Parit Banyumasjam 2.25 petang secara bergilir- gilir. Hal ini kerana kami kekurangan pengangkutan bas. Perjalanan kami mengambil masa selama lebih kurang tiga puluh minit. Setibanya di sana, wakil kampung dan sebahagian ibu bapa peserta program anak angkat telah bersedia menunggu ketibaan kami di dewan gerakan daya wawasan banyumas. Majlis perasmian yang dijadualkan akan berlangsung pada jam tiga petang ditangguhkan sehingga selepas asar sehingga semua peserta program anak angkat tiba. Satu majlis penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat telah dirasmikan oleh wakil rasmi IPG Tn Hj Hassan Bin Ahmad.Pada sebelah malam, setelah selesai pengurusan diri ,makan malam dan solat jam 9.00 malam telah berlangsungnya ceramah kerohanian oleh salah seorang pensyarah IPG Dr. Hairuddin Mohd Amin di dewan GDW Banyumas. Slot ceramah ini telah diaturkan oleh para pelajar pengajian agama 1. Antara penekanan yang diberikan oleh beliau ialah, tentang penghargaan beliau kepada penduduk kampung yang sudi mendidik pelatig guru sebagai anak angkat mereka selama hampir tiga hari. Selain itu, beliau ada juga menyebut mengenai tafsiran surah Al-Asr yang menceritakan tentang masa dan keadaan manusia yang berada dalam kerugiaan sekiranya mereka lalai di dunia. Melihat kepada penggunaan gaya bahasa beliau yang mudah serta sikap beliau yang peramah menjadikan ceramah tersebut lebih santai dan mudah difahami. Namun bilangan keluarga angkat yang kurang menjadikan program ceramah sedikit kosong kerana terdapat banyak kerusi kosong yang tidak bertuan. Keadaan ini adalah disebabkan adanya penyertaan dari sebahagian keluarga angkat ke rombongan ke Cameron Highlands selama satu hari. Melihat kepada keadaan ini, ajk slot ceramah telah mengambil tindakan dengan meminta anak angkat duduk bersama keluarga angkat masing- masing. Ceramah yang dijalankan selama hampir satu jam berakhir pada jam sepuluh malam diikuti jamuan ringan oleh penduduk kampung kepada penceramah dan peserta. Sebelum berakhir, sesi penghargaan disampaikan kepada penceramah Dr. Hairuddin atas kesudian beliau menyampaikan ceramah bagi slot ini. 28 September 2013 Pada jam 8.30 pagi telah dijalankan aktiviti gotong royong kampung. Antara tempat- tempat yang terlibat ialah pembersihan di sepanjang jalan berdekatan dewan, pembersihan stor bangunan islam kampung dan surau. Aktiviti lain yang diadakan mengecat semula sebahagian dewan dan bangunan pejabat gerakan kampung, memasang banner program di hadapan kampung, dan mengutip paku pakis bagi juadah makan tengah hari. Bagi aktiviti gotong royong yang diketuai para pelajar pendidikan seni visual ini, pembahagian tugas adalah mengikut opsyen. Selain dari pelajar, sebahagian keluarga angkat juga telah bersama-sama turun padang bergotong-royong bersama kami. Aktiviti ini telah berakhir jam 10.30 pagi, setelah hampir dua jam. Terdapat juga sebahagian pelajar yang turut bersama menyediakan juadah makan tengah hari bersama penduduk kampung. Masa lapang yang berbaki lebih dua jam berikutnya sambil menunggu waktu zohor dan aktiviti berikutnya, kembara sosial bersama keluarga angkat diadakan. Terdapat sebahagian anak angkat mengikut keluarga masing-masing pulang ke rumah dan sebahagian anak angkat mengambil peluang ini untuk berjalan-jalan melawat kampung. Kami juga telah berpeluang memberi bantuan kepada keluarga yang tidak bernasib baik di sekitar kampung. Keadaan ini telah mengingatkan kembali kepada segala nikmat yang telah kita perolehi dan bersyukurnya kita terhadap nikmat tersebut. Usai pengurusan diri dan solat zohor, pada jam 2.30 petang aktiviti sukaneka yang dikelolakan para pelajar opsyen pendidikan khas telah dijalankan. Melihat kepada sokongan dan penyertaan yang menggalakkan dari penduduk kampung dan keluarga angkat terhadap aktiviti yang disediakan sangat mengujakan kami setelah berpenat memikirkan aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk penduduk kampung. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah, bagi kategori kanak-kanak, cari gula dalam tepung secara berkumpulan dan penuhkan air dalam botol. Kanak-kanak dibahagikan ke dalam lima kumpulan. Manakala bagi kategori keluarga bersama anak angkat dan suami isteri, antara aktivitinya ialah makan biskut tergantung, penuhkan air dalam botol, dan belonku belonmu. Suasana riang dan gembira terpancar melalui gelak tawa yang didengari di seluruh kawasan dewan tempat aktiviti dijalankan. Sambutan yang diberikan adalah sangat memberangsangkan dan mereka sangat terbuka dan teruja menyertai dalam setiap aktiviti sukaneka. Sukaneka berakhir pada jam 4. Baki masa yang tinggal, telah diperuntukan kepada pelajar untuk membuat persiapan persembahan bagi malam kebudayaan nanti. Malam kebudayaan bermula pada jam 9.15 malam. Dewan mula dipenuhi oleh penduduk kampung, keluarga angkat dan para pelajar. Terdapat dua persembahan yang akan dipersembahkan bagi setiap opsyen. Antara persembahan para pelajar opsyen Pendidikan Seni ialah nyanyian menggunakan barang terpakai seperti baldi, mangkuk dan senduk yang diberi nama The Baldi Band. Manakala bagi pelajar Pendidikan Khas, mereka telah menghiburkan hadirin dengan penceritaan semula kisah rakyat Si Tanggang dalam bentuk hiburan mendidik jiwa. Rata- rata hadirin sangat teruja dengan teknik penceritaan dan kostum yang digunakan para pelakon. Bagi pelajar opsyen Pengajian Agama, mereka memilih persembahan Flash Mob mengenai isu dunia dan isu kemanusian iaitu peristiwa pergolakan di Mesir. Antara lain persembahan ialah, nyanyian solo pelajar, qasidah beramai-ramai serta lakonan. Majlis menutup tirai pada jam 11.30 malam setelah dewan siap dikemas. Tepukan yang gemuruh dan tindak balas penonton adalah sangat baik.

29 September 2013Pada jam 8.00 pagi, pihak kampung telah menyediakan aktiviti senamrobik yang dipanggil khas dari Parit Raja di bawah kelab Jelita Parit Raja yang juga dianggotai kaum ibu Parit Banyumas. Aktiviti yang dijalankan selama hampir satu jam bagi kami adalah sangat seronok kerana kami jarang mengikuti aktiviti senamrobik di institut melainkan jika hari sukan. Majlis penutupan bermula jam 11.00 pagi yang dirasmikan oleh wakil rasmi IPG, Tn Hj Hassan bin Ahmad. Antara butir pengucapan beliau ialah, beliau dan pihak IPG sangat berterima kasih kepada penduduk kampung yang sudi menerima para pelajar sebagai anak angkat mereka selama hampir tiga hari. Program ini juga dapat melatih para guru pelatih apabila berhadapan dengan suasana masyarakat apabila menjadi guru kelak. Majlis penyampaian hadiah bagi aktiviti sukaneka dijalankan selepas majlis penutup dirasmikan. Usai majlis penutup, anak angkat diberi masa untuk bersama dan menemui keluarga angkat buat kali terakhir dalam program anak angkat ini. Sebelum kami menaiki bas, satu rantaian kasih dibina oleh keluarga angkat Parit Banyumas untuk sesi bersalaman dengan para guru pelatih. Diharap agar program ini dapat membantu membina hubungan pelatih guru dengan masyarakat sekeliling. Semoga para pelatih guru dapat meningkatkan kemahiran interpersonal, pengurusan projek dan pengurusan diri. Disediakan olehFaten fazira(FATEN FAZIRA MOHD NOOR)Setiausaha BIG Fasa 4,PISMP Siri 5/2013,IPG Kampus Tun Hussein Onn,Batu Pahat, Johor.