langkah-langkah pengajaran secara kumpulan dan individu

Upload: najihah-ismail

Post on 06-Jan-2016

37 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pemulihan

TRANSCRIPT

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN SECARA KUMPULAN DAN INDIVIDU

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN SECARA KUMPULAN DAN INDIVIDUPROSEDUR PELAKSANAANPROGRAM PEMULIHANPendekatan Secara KumpulanDefinisi : pelajaran secara berberlandaskan prinsip-prinsip psikologi kemasyarakatan dan dinamik kumpulciri-ciri pentingaktiviti secara kumpulan harus mempunyai satu tujuan. guru perlulah memilih prosedur pengajaran secara kumpulan yang boleh membantu pelajar mencapai objektif spesifiktanggung jawab guru untuk mengenal pasti tajuk yang sesuai untuk kerja kumpulanpenglibatan pelajar secara aktif dalam kumpulankerja kumpulan yang berkesan akan wujud jika individu diberi tanggungjawabsemangat berkerjasama dalam kumpulan harus dipupukkelebihan pengajaran secara kumpulan ialah membolehkan pelajar, mengenalpasti, menganalisis dan menyelesaikan masalah secara koperatif

Pendekatan kumpulan bermaksud murid bekerja dalam kumpulan. Walaupun berkumpulan setiap murid mengekalkan individualitinya dan dibantu untuk menyumbang idea kepada kumpulan. Setiap murid dalam kumpulan bertanggungjawab berkongsi idea dan memberi sumbangan yang baik, bukan mengikut sahaja. Guru memainkan peranan penting lebih-lebih lagi bagi murid pendidikan khas. Guru haruslah memastikan murid boleh mengalami pembelajaran bertujuan dan matlamat serta objektif kumpulan secara beransur dan penilaian diadakan berterusan. Guru mestilah berulang-ulang kali menyatakan objektif kerja secara kumpulan, kelas dan individu. Ini supaya murid memahami peranan dan akan meningkatkan kerjasama untuk kejayaan kerja kumpulan. Pendekatan kumpulan sebagai satu kaedah pengajaran membantu murid menjadi bebas serta yakin dan pada masa yang sama belajar bahawa seseorang itu bergantung antara satu sama lain. Ia sesuai sebagai satu cara untuk mempertingkatkan penyesuaian sosial.

kumpulan mengikut kebolehana) kumpulan jenis ini melibatkan murid-murid yang lebih kurang samam taraf kebolehan mereka. mereka ini diletakkan dalam satu kumpulan berdasarkan keputusan penialaian.b) pengumpulan murid-murid mengikut kebolehan biasanya digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran seperti lisan, membaca, dan menulis. ini membolehkan guru memberi perhatian kepada satu-satu kumpulan murid yang hampir-hampir sama kebolehannya dalam usaha menanamkan satu-satu kemahiran. guru dapat merancangkan jenis pemeringkatan bahan mengikut kebolehan murid-murid dalam kumpulan berkenaan.c) kumpulan mengikut kebolehan harus dibentuk berdasarkan penilaian guru, sama ada pemerhatian atau ujian. kebolehan murid-murid berbeza-beza mengikut mata pelajaran serta aspek-aspek tertentu dalam satu-satu mata pelajaran. kebolehan mereka berubah-ubah dari semasa ke semasa. oleh itu, ahli satu-satu kumpulan tidak semestinya sama sepanjang masa. perhatian diberi kepada individu-individu hendaklah juga dijalankan.d) pada amnya, guru bolehlah membentuk 3 kumpulan:- kumpulan cerdas (2 kelompok)- kumpulan sederhana (5 kelompok)- kumpulan lemah (1 kelompok)guru harus menyediakan bahan-bahan yang sesuai dan sewajarnya mengikut kelompok masing-masing.

ada dua bentuk kumpulan yang boleh dilaksanakan dalam kelas. pertama kumpulan mengikut kebolehan atau pencapaian, iaitu murid-murid yang lebih kurang sama taraf kebolehan mereka diletakkan dalam satu kumpulan berdasarkan keputusan ujian atau lain-lain cara pengukuran kebolehan otak murid-murid. kedua, ialah kumpulan mengikut pelbagai kebolehan dan kecenderungan.prinsip-prinsip pengajaran kumpulan berikut diperlihatkan beberapa perkara penting yang harus diberi perhatian oleh guru sewaktu hendak melaksanakan pengajaran secara berkumpulan :

a) murid-murid harus dibiasakan dengan satu rutin atau tatakerja aktiviti kumpulan, iaitu apabila satu-satu aktiviti kumpulan hendak dilaksanakan, murid harus tahu tugas mereka. misalnya, mengambil alat atau bahan, membahagikan bahan-bahan kepada setiap kumpulan, menjalankan aktiviti, mempersembahkan hasil aktiviti, menyimpan bahan dan alat, mengemas tempat, dan lain-lain.b) guru harus bersedia dan boleh menerima suasana pelajaran yang agak bising yang ditimbulkan oleh murid-murid semasa mereka bersoal jawab.c) guru harus dapat menentukan supaya tidak ada murid-murid yang merasa besar diri atau rendah diri berada di dalam sesuatu kumpulan.d) perhatian juga hendaklah diberi kepada individu-individu tertentu walaupun mereka telah ditempatkan dalam kumpulan.e) kerjasama dan pertandingan yang sihat hendaklah diwujudkan dalam kumpulan atau diri setiap individu.f) sebelum menjalankan aktiviti kumpulan, guru hendaklah menyediakan murid-murid dan beri arahan dengan jelas. guru hendaklah juga menyediakan tajuk-tajuk perbincangan. setiap aktiviti yang hendak dijalankan hendaklah dirancangkan terlebih dahulu. pastikan alat-alat dan bahan-bahan yang diperlukan tersedia.

PENDEKATAN SECARA INDIVIDUdefinisisatu cara atau program pengajaran yang mengambil kira perbezaan individu setiap pelajarciri-ciri pendekatan individu1.pengajaran berdasarkan kebolehan dan kemampuan seorang pelajar2. penilaian berkala memberi maklumbalas kepada pelajar mengenai penguasaan kemahiran dan pengetahuannya3. pelajar mempunyai peluang untuk memilih matlamat pembelajaran, hasilan dan aktiviti-aktiviti4. kurang sesuai untuk pelajar sekolah rendah atau pelajar lembap yang memerlukan motivasi dan dorongan daripada pengajaran aktif gurupendekatan individu pula menekankan rancangan untuk sesuatu pelajaran itu mengambil kira perbezaan murid. setiap murid bekerja dengan bebas dan meneima bantuan apabila mereka memerlukannya. murid akan melalui pembelajaran mengikut kadar kebolehannya. jadual juga dirancang untuk mereka, tugasan akan disusun supaya pmurid ini akan bekerja berterusan. ada beberapa kaedah untuk pengajaran individu seperti:menggunakan panduan yang rancangannya ditulis mengarah murid dalam pembelajarannya. dalam panduan itu, guru memberi objektif serta aktiviti yang disusun mengikut urutan supaya pada akhir aktivti itu, objektif pembelajaran tercapai. dengan cara ini, murid boleh membuat tugasan mengikut kadar kebolehannya. melalui kaedah ini, segala arahan dan tugasan sentiasa ada dan panduan belajar menyatakan apa yang perlu dilakukan. bahan dan program juga merupakan kaedah yang digunakan dalam pendekatan individu. setiap langkah mempunyai sedikit matlamat, disusuli dengan soalan dan meminta respon daripada murid. apabila murid memberi respon, dia akan ditunjukkan dengan jawapan yang betul yang memberi peneguhan kepada tindakan murid tersebut. maklumat baru, kemahiran, saranan dan cadangan dimasukkan dalam program itu.

memberi tugasan individu yang sesuai dengan tahap murid. tugasan individu ini berbeza dari segi kuantiti dan kualiti mengikut kebolehan dan keperluan murid. menggunakan tahap kesukaran dalam program pengajaran dan juga menggunakan tahap jangkaan dalam memperihalkan kemajuan atau kualiti murid. apabila murid diberikan tugasan mengikut tahap kesukaran tertentu, maka setiap tahap itu menjadi tahap jangkaannya. murid itu diharap akan mencapai kualiti dan kuantiti kerja yang dibentuk untuk tahap itu dan kemajuannya dilapor secara berterusan.pengajaran secara kumpulanpengajaran secara kumpulan meminta pengajaran guru dihadkan kepada murid-murid dalam satu-satu kumpulan tertentu. lazimnya bahan-bahan yang digunakan adalah berbeza di antara satu kumpulan dengan satu kumpulan yang lain, dan pengajaran dijalankan dalam keadaan kerusi meja yang disusun secara berkelompok.

pengajaran secara individupengajaran secara individu biasanya mengamalkan cara pengajaran yang menumpukan perhatian terus kepada seseorang murid tertentu dengan bahan-bahan pengajaran yang dikhaskan kepadanya. pengajaran cara ini diasaskan kepada pengakuan bahawa seitap murid adalah berbeza dari segi intelek, minat, kecekapan, daya cipta, dan kebolehan-kebolehan lain. kesemua pengajaran individu diwujudkan dengan mengambil kira perbezaan pencapaian serta kadar kepantasn murid. pengajaran cara ini pada keseluruhannya bertujuan supaya murid-murid boleh belajar mengikut kemampuan sendiri.- pengajaran secara individu ini boleh dijalankan dalam dua bentuk mengikut tujuan dan objektifnya. pertama ia boleh dilakukan seperti pengajaran biasa yang bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah pembelajaran yang dihadapi oleh individu-individu tertentu. biasanya, guru akan memberi perhatian yang teliti dan rapi kepada individu tersebut dan cuba membantunya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. untuk satu pembelajaran yang lebih berkesan, pengajran bentuk ini tidak menggalakkan jumlah bilangan murid yang besar kerana perhatian tidak dapat dilakukan sepenuhnya. pengajaran secara individu ini amat sesuai untuk pengajaran pemulihan.

bahan-bahan belajar sendiri disusun dengan tujuan supaya murid akan mencapai kemajuannya sendiri mengikut kebolehan dan keupayaan masing-masing, dan untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif mereka pada lain-lain masa. sistem ini menegaskan fleksibiliti dari segi masa, aktiviti-aktiviti diagnostik dan pemulihan, pemilihan bahan-bahan mengikut kemampuan sendiri serta tempat belajar dan cara mempelajarinya. dalam sistem yang lengkap, media seperti bahan-bahan bercetak, bahan-bahan tayangan, filem slaid atau strip, pita rakaman video, dan lain-lain boleh digunakan. aktiviti pengajaran terancang atau pukal pembelajaran sendiri adalah amat penting.

KAEDAH PEMUDAHCARAANdefinisikaedah yang kurang menitikberatkan peranan guru dan lebih menitikberatkan peranan murid. sangat berkesan dalam sekolah bestari diamana guru memainakan peranan sebagai guide dalam proses pembelajaranciri-ciri penting1.guru menggalak murid supaya aktif dalam proses pembelajaran dengan memberi arahan dan panduan yang jelas2.guru hanya memberi bimbingan tetapi murid yang menyelesaikan masalah dalam bilik darjah3.guru memberi penekenan kepada murid untuk membina pengetahuan mereka sendiri4. peranan guru adalah lebih sebagai pemerhati dan pendorong dalam proses pengajaran dan pembelajaran5.ia juga akan menggalakkan proses interaksi dikalangan murid supaya dapat mencetus idea dan jawapan yang betul kepada penyelesaian masalah6.peranan guru juga ialah untuk menyediakan pelbagai jenis bahan dan media pembelajaran bagi merangsang pembelajaran pelajarTEKNIK PERBINCANGANdefinisiperbincangan merupakan satu aktiviti berkumpulan dimana pelajar berinteraksi sesama mereka dan membincangkan sesuatu isu/masalahciri-ciri penting1.pelajar berpeluang mengemukakan isu-isu, pendapat dan idea-idea mengenai sesuatu topik dan guru bersama pelajar akan membuat rumusan pada akhir sesi perbincangan2. pelajar akan memberi reaksi/tindakbalas tentang topik atau masalah dan perbincangan dilaksanakan dibawah kawalan guru3. perbincangan dapat dilaksanakan dalam semua mata pelajaran dan sebarang situasi bilik darjah4.tujuan utama perbincangan ialah untuk menggalakan pelajar mengembangkan kemahiran diri dalam mengemukakan hujah, pendapat, menyoal serta menyelesaikan masalah

KAEDAH KOPERATIFdefinisipendekatan koperatif ialah pembelajaran yang melibatkan pelajar bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannyaciri-ciri penting1.dalam pendekatan koperatif, sekumpulan pelajar boleh dikuasai oleh seorang ahli sahaja.2.walaupun penyelesaian terhadap sesuatu masalah merupakan pandangan seorang sahaja, semua ahli dalam kumpulan akan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah tersebut3. dalam pembelajaran koperatif, mesti ada tanggungjawab berkongsi dikalangan pelajar4. ganjaran dan pengiktirafan diberi kepada kumpulan yang menunjukkan prestasi yang baik. ini juga memotivasikan mereka untuk mencapai sesuatu matlamat5. guru hendakalah memupuk sikap positif seperti bekerjasama,, bertolak ansur dan tidak mementingkan diri agar objektif kumpulan tercapai6. guru juga hendaklah melatih kemahiran sosial dan memupuk konsep kendiri untuk membantu ahli kumpulan mencapai objektif dan mengekalkan hubungan positif

PENDEKATAN KOLABORATIFdefinisipembelajaran kolaboratif memerlukan penglibatan semua ahli kumpulan. ia memerlukan idea yang mencabar, menyokong dan menambah baik sesuatu idea sehingga mencapai persetujuan kumpulanciri-ciri penting1. dalam pembelajaran kolaboratif, pelajar-pelajar akan mengumpul idea atau data, berkongsi pengalaman, berbincang sesama mereka, dan menyelesaikan masalah bersama2. kriteria asas dalam pendekatan kolaboratifkebolehan bergaul dan bekerjasama pada peringkat peribadiperlunya ada komitmen, kesudian untuk berkorban masa bagi merancang, menilai dan membuat refleksisaling membantu antara satu sama lain untuk mencapai prestasi akademik yang baik

Kaedah tunjuk caradefinisitunjuk cara ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. ia melibatkan demonstrasi guru atau seorang individu di hadapan kelas untuk menunjukan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah.cara ini sesuai untuk pengajaran tarian, lukisan, jimnastik atau menjalankan sesuatu aktiviticiri-ciri pentingmemberi peluang kepada pelajar untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajarai setelah melalui prosedur yang ditunjukkanmembuat pelajar menguasai konsep dan prinsip dengan mudahmeningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah pelaksanaan sesuatu eksperimenmeningkatkan keyakinan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktivitimembolehkan pelajar mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudahkelebihan teknik tunjuk cara ini ialah memperkenalkan bahan pembelajaran baru kepada pelajar melalui penglihatan dan pendengarantiga jenis tunjukcara ialah model hidup, model simbolik dan model persepsi

Kaedah moduldefinisimodul merupakan satu set pengalaman-pengalaman pembelajaran yang disediakan ntuk membantu mencapai objektif pembelajarania meupakan satu komponen yang tersendiri dalam satu sistem pengajaran-pembelajarania direkabentuk untuk pelajar belajar secara sendiriia dibentuk untuk penggunaan satu-satu golongan penggunaciri-ciripenting1. ia mengandungi satu atau beberapa konsep sahaja2. modul mengandungi objektif-objektif tingkah laku3. ia boleh menggunakan pelbagai media4. ia mengandungi berbagai strategi atau aktiviti5. setiap panduan belajar mempunyai pengenalan, objektif pengajaran, siri, tugasan dan soalan-soalan untuk menguji kefahaman pelajarPenyelesaian masalahdefinisipenyelesaian masalah merupakan proses mental yang memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif dan kritis dalam mencari idea-idea alternatif and langkah-langkah tertentu untuk mengatasi kekurangan dan seterusnya menyelesaikan masalah yang dihadapipenyelesaian masalah adalah satu cara menggunakan daya pemikiran bagi mengendalikan satu-satu situasi yang sukar, mengatasi halangan, menghasilkan sesuatu yang diingini, dan menyelesaikan sesuatu yang rumit.ciri-ciripenting1.tujuan penyelesaian masalah ialah ia membolehkan pelajar berfikir secara rasional, logik dan objektif apabila menghadapi masalah2. mempertingkatkan daya berfikir pelajar secara kreatif dan kritispenyelesaian masalah dalam pengajaran1. mulakan penyelesaian masalah yang mudah secara lisan untuk menggalakkan perbincangan2. dalam penyelesaian masalah, soalan-soalan divergen mengenai masalah dikemukakan3.masalah yang dikemukakan hendaklah berkaitan dengan matapelajaran4.guru perlu membimbing dan merangsang perbincangan penyelesaian masalah