keselarasan congruency) personalitipustaka2.upsi.edu.my/eprints/590/1/keselarasan (...
TRANSCRIPT
KESELARASAN ( CONGRUENCY) PERSONALITIPERSEKITARAN JURUSAN PENGAJIAN PELAJAR
PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
SABARIAH BT. SIRONFAKULTI SAINS KOGNITIF DANPEMBANGUNAN MANUSIA
KOD PENYELIDIKAN UPSI : 03-08-28-02AKAUN PENYELIDIKAN UPSI : 050541
2003
KESELARASAN ( CONGRUENCY) PERSONALITIPERSEKITARAN JURUSAN PENGAJIAN PELAJAR
PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
SABARIAH BT. SIRONFAKULTI SAINS KOGNITIF DANPEMBANGUNAN MANUSIA
KOD PENYELIDIKAN UPSI : 03-08-28-02AKAUN PENYELIDIKAN UPSI : 050541
2003
KANDUNGANHALAMAN
Senarai JadualSenarai RajahAbstrak
BAB
1. PENGENALAN
Latarbelakang Pendidikan Oi Sekolah , .. 2
Permasalahan Kajian 3
Objektif Kajian , 5
Persoalan Kajian 7
Hipotesis Kajian 8
Signifikan Kajian 9
Batasan Kajian 10
Oefinisi Konsep dan Operasional. 11
2. TINJAUAN L1TERATUR
Kajian Tentang Pengukuran Personaliti.. 16
Kajian Tentang Pengukuran Persekitaran 21
Kajian Tentang Keselarasan Personaliti - Persekitaran .28
3. METHOOOLOGI KAJIAN
Kerangka Teori. 38
Teori Tipologi Kerjaya Holland .40
Rekabentuk Kajian 53
Populasi dan Persampelan Kajian 55
Alat Kajian , 61
Pengumpulan Data 67
Penganalisisan Data 68
4. DAPATAN KAJIAN
Kajian Deskriptif Menggunakan Teknik EAT. 71
Dapatan Kajian Berkaitan Keselarasan Antara Personaliti
Pelajar Dengan Persekitaran Jurusan pengajian 80
5. PERBINCANGAN, CADANGAN DAN PENUTUP
Dapatan Kajian Tentang Pengukuran Personaliti.. 88
Dapatan Kajian Tentang Pengukuran Persekitaran 88
Dapatan Kajian Tentang Personaliti-Persekitaran 90
Implikasi Teori. 94
Implikasi Praktikat. 95
Cadangan 96
Kesimpulan 97
Penutup 97
BIBLIOGRAFI. 98
LAMPIRAN 1- Penentuan Saiz Sampel Cohen
LAMPIRAN 2-Table for Determining Needed Size of a Randomly ChosenSample from a Given Definite Population of N Cases Proportion p Willbe +
. 05 of the Population Proportion p With a 95 Percent Level of Confidence.
LAMPIRAN 3 - Indeks Keselarasan
LAMPIRAN 4 - Soalselidik Self - Directed Search Holland.
ii
Senarai Jadual
Jadual Muka Surat
1. Jenis dan Bilangan Sekolah-Sekolah Oi Malaysia 3
2.Persekitaran Menggunakan Kod Tiga Mata 14
3.Keselarasan Bidang Pengkhususan Kolej dengan Enam
Orientasi Personal. 23
4. Perbandingan Kod R, I, A, S, E, C 27
5. Profil Personaliti Berkaitan dengan Bidang Pekerjaan 33
6. Tahap-Tahap Ketekalan untuk Semua Perubahan
Susunan dan Kombinasi Pola Personaliti. 47
7. Model Gaya Individu dan Persekitaran Pekerjaan MengikutHolland ( 1973 ) .
8. Oeskripsi Persekitaran Akademik ( Holland, 1973 ) 51
9. Kod Tiga Mata berdasarkan Program dan Bidang
Pengkhususan....................... 55
10.Pemecahan Bilangan Populasi bagi Kajian, Environmental Assessment Technique' 56
11.Pemecahan sampel Mengikut Program Pengkhususan. 58
12.Pemecahan Sampel Mengikut Jantina 59
13.Pemecahan Sampel yang Oiperolehi. 60
14.Nilai Realibiliti bagi Alat SOS 62
15.Kod Persekitaran Berdasarkan .Jurnlah Skor Personaliti
untuk Jurusan Kejuruteraan Awam : 72
16.Kod Persenaliti Berdasarkan Jumlah Skor Personaliti
untuk Jurusan Sains · 73
17.Kod Persekitaran Berdasarkan Jumlah Skor Personaliti
untuk Jurusan Bakeri. 74
iii
18.Kod Persekitaran Berdasarkan Jumlah skor Personaliti
untuk Jurusan Sastera 75
19.Kod Persekitaran Berdasarkan Jumlah Skor Personaliti
untuk Jurusan Pengurusan Perniagaan 76
20.Kod Persekitaran Berdasarkan Jumlah Skor Personaliti
untuk Jurusan Perakaunan 77
21.Kod Tiga Mata Persekitaran Berdasarkan Min Skor
Mentah SDS Berbanding Kod Tentatif 79
22.Kod Tiga Mata Personaliti Berdasarkan Min Skor
Mentah SDS Bagi Enam Jurusan Penqajian 81
23.Kod Tiga Mata Personaliti, Indeks Keselarasan,
Kendall's Coefficient of Concordance dan Nilai Khi-Kuasa
Dua ( x 2) Bagi Enam Jurusan Pengajian yang Dikaji. 83
24.Kod Diperolehi daripada EAT berbanding Kod Holland.......... 91
iv
Senarai Rajah
Rajah Muka Surat
1. Model Heksagonal Holland untuk menginterpretasiKeserupaan psikologi, jenis personaliti danpersekitaran serta Interaksi 46
v
KESELARASAN ( CONGRUENCY) PERSONALITI - PERSEKITARANJURUSAN PENGAJIAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
Abstrak
Holland ( 1973 ) mengutarakan enam jenis personaliti dan Model Persekitaraniaitu Realistik ( R ), Investigatif ( I ), Artistik (A ), Sosial ( S ) , Enterprising ( E) ,
dan Conventional ( C ) . Beliau juga menyatakan seseorang individu itucenderung memilih persekitaran yang konsisten dengan orientasi peribadinya.Kajian ini ingin melihat dan mendefinisi pola persekitaran jurusan pengajian yangterdapat di sekolah, meninjau pola personaliti pelajar di dalam disiplin pengajiantersebut dan melihat keselarasan antara personaliti pelajar dengan jurusanpengajian di sekolah menengah. Kajian yang menggunakan rekabentuk diskriptifdan ex-post facto jenis korelasi ini menggunakan sampel pelajar-pelajar sekolahmenengah di Perak. Soal selidik untuk mengumpul data adalah terdiri daripadainventori SDS ( Self-Directed Search, Holland ). Data dianalisis menggunakanteknik Environment Assesement Technique ( EAT) dan Statistik Kendall'sCoefficient of Concordance w. Dapatan kajian secara keseluruhan menunjukkanterdapat keselarasan yang signifikan antara personaliti pelajar denganpersekitaran jurusan pengajian mereka ( w=0.345, x2 ( 5 ) = 24.337, P < .05 ).Secara khusus dapatan kajian menunjukkan 1 a ) terdapat keselarasan yangsignifikan antara personaliti pelajar jurusan Kejuruteraan Awam denganpersekitaran R - I - E ( w = 0.867, x2 ( 5 ) = 4.351 , P < .05 ); 1b ) terdapatkeselarasan yang signifikan antara personaliti pelajar jurusan Sains denganpersekitaran 1- S - R (w = 0.276, x2 (5) = 4.351, P < .05); 1c) tidak terdapatkeselarasan yang signifikan antara personaliti pelajar jurusan Bakeri denganpersekitaran A - R - E ( w = 467, x 2 ( 5 ) = 4.351, P > .05 ) ; 1d) terdapatkeselarasan yang signifikan antara personaliti pelajar Jurusan Sastera denganpersekitaran S - E - A (w = 0.556, x2 ( 5 ) = 4.351 , P < .05 ); 1e) tidak terdapatkeselarasan yang signifikan antara personaliti pelajar jurusan PengurusanPemiagaan dengan persekitaran E - S - C (w = 0.467, x2 (5) = 4.351, p> .05); 1f) tidak terdapat keselarasan yang signifikan antara personaliti pelajar jurusanPerakaunan dengan persekitaran C - E - S ( w = 0.600, x2 ( 5 ) = 4.351, p> .05
). Ini menunjukkan sistem pemilihan ke jurusan tertentu perlu mengambilkirapersonaliti mereka bukan berdasarkan semata-mata kepada pencapaianpeperiksaan awam seperti PMR sahaja.
Vt
BAB 1
PENGENALAN
Personaliti merupakan keseluruhan tingkah laku individu , luaran atau
dalaman ( Cattell , 1950 ) dan persekitaran sebagai keseluruhan ruang hidup
individu ( Anatasi , 1976 ) . Holland ( 1973 ) mengutarakan enam jenis personaliti
dan model persekitaran iaitu Realisitik ( R ) , Investigatif ( I ) , Artisrtik ( A ) ,
Sosial ( S ) , Enterprising ( E ) , dan Conventional ( C ) serta menyatakan
seseorang individu itu cenderung memilih persekitaran yang konsisten dengan
orientasi peribadinya .
Keselarasan atau kesesuaian antara faktor personaliti dengan
persekitaran ini bukan sahaja boleh meramalkan tahap kepuasan bahkan juga
kestabilan , pencapaian dan juga motivasi berkaitan dengan pekerjaan atau
pendidikan ( Holland, 1973 ) .
Seperti seorang pekerja , pelajar juga perlu seharusnya berinteraksi
secara berkesan dengan persekitaran akademiknya untuk membolehkan mereka
terus berada di dalam persekitaran itu dan ini memberi kesan kepada tingkah
laku mereka . Seorang pelajar yang lebih banyak terlibat dengan persekitaran
sekolah , kolej atau universitinya akan merasa lebih berpuashati dengan
pengalamanya di sekolah , kolej atau universiti berbanding dengan pelajar yang
1
kurang terlibat ( Abrahamowicz , 1988 ; Astin , 1975 ) . Untuk membolehkannya
berinteraksi dan terlibat , seseorang pelajar itu harus mempunyai personaliti
selaras dengan persekitarannya .
Latar Belakang Pendidikan Di Sekolah
Untuk menceburi sesuatu bidang kerjaya , ia bermula dari keputusan
memilih jurusan pengajian di sekolah menengah dan seterusnya di peringkat
pengajian tinggi atau pengajian kernahiran di institusi latihan kemahiran . Oi
peringkat sekolah menengah , pilihan jurusan pengajian seharusnya mengambil
kira personaliti dan minat seseorang pelajar kerana keduanya merupakan faktor
penting dalam menentukan kejayaan dalam bidang pendidikan dan latihan yang
menjadi asas sesuatu kerjaya . Ini seterusnya dapat membina kepuasan pelajar
di jurusan tersebut dan dapat menjadi pelajar cemerlang dan bermotivasi-tinggi .
Sekolah menengah hari ini menawarkan pelbagai jurusan untuk pelajar
ikuti . Oi sekolah menengah harian terdapat jurusan sains dan sastera . Oi
sekolah menengah asrama penuh atau separuh asrama terdapat jurusan sastera
yang menggabungkan mata pelajaran jurusan sastera dengan lukisan teknikal
dan vokasional seperti landscaping, pertanian dan bakeri .
Oi sekolah Teknik terdapat 7 jurusan vokasional iaitu otomotif , binaan
bangunan , penyaman udara , elektrik , elektronik , kimpalan dan jentera dan 3
2
jurusan teknikal iaitu kejuruteraan awam , kejuruteraan mekanikal dan
kejuruteraan elektrikal . Sebuah sekolah vokasional di Ipoh menawarkan jurusan
perdagangan , pengurusan perniagaan dan perakaunan . Jadual 1 di bawah
menunjukkan jenis sekolah - sekolah yang terdapat di Malaysia.
Jadual1
Jenis dan Bilangan Sekolah - Sekolah Menengah di Malaysia
Jenis Sekolah Jumlah SebenarMenengah
Biasa 1682Asrama Penuh 45
Agama 55Vokasional 1Teknik 85Model Khas 8Sukan 2Khas 3Sumber : Data Kementerian Pendidikan Malaysia ( 2003 ).
Melalui sistem pendidikan yang menawarkan jurusan yang pelbagai dan
sistem penilaian terbuka maka pelajar di sekolah seharusnya dapat memilih dan
mengenalpasti jurusan dan bidang yang di minati bersesuaian dengan cita - cita
dan matlamat masa hadapan mereka .
Permasalahan Kajian
Pada hari ini kebanyakan sekolah menghadapi permasalah displin seperti
ponteng sekolah , ponteng kelas, tingkahlaku anti - sosial , tingkahlaku ganas ,
3
buli dan pelbagai tingkah laku salahsuaian . Ini memberi implikasi pelajar kurang
dapat menyesuaikan diri dengan alam persekolahan adakah kerana mereka
tidak berminat dengan mata pelajaran yang dikuti atau pengaruh - pengaruh lain
yang menyelewengkan mereka dari landasan untuk mencapai kecemerlangan .
Apa yang boleh diramal , pelajar - pelajar yang memonteng kelas boleh
diandaikan kepada dua kategori iaitu tidak berminat dengan mata pelajaran atau
guru yang mengajar .Tidak berminat dengan mata pelajaran boleh dikaitkan
dengan kemungkinan ketidakselarasan antara personaliti dengan jurusan yang
sedang diikuti . Ini adalah andaian asas teori Holland ( 1973 ) .
Oleh itu sejauhmanakah kursus yang diikuti oleh pelajar itu bersesuaian
dengan personaliti dan minat mereka . Aspek kesesuaian ini penting bagi
membolehkan mereka melibatkan diri serta menghayati segala aktiviti akademik
dan kokurikulum untuk mencapai tahap kepuasan belajar yang tinggi seterusnya
meningkatkan minat , motivasi belajar dan pencapaian akademik . Ini adalah
kerana Holland ( 1973 ) telah menyatakan bahawa untuk mencapai tahap
kepuasan , motivasi dan pencapaian akademik yang baik , keselarasan antara
personaliti dan persekitaran itu amat penting .
Minat belajar , kepuasan belajar dan kecemerlangan akademik adalah
hasil dari interaksi yang tinggi antara pelajar dengan persekitarannya . Oleh itu ,
adalah menjadi satu permasalahan untuk dikaji iaitu adakah kepuasan terhadap
4
keseluruhan sistem pendidikan di sekolah ini mempunyai hubungan dengan
keselarasan antara faktor diri pelajar dan jurusan pendidikan yang diikuti ? .
Masalah pencapaian akademik sering dikaitkan dengan aspek kendiri
pelajar iaitu faktor - faktor dalaman diri pelajar itu sendiri seperti kurang aspirasi ,
menunjukkan semangat yang rendah serta tidak mempunyai motivasi yang kuat
untuk belajar ( Awang Had Salleh , 1986 ). Faktor keselarasan antara
personaliti dan persekitaran yang berkemungkinan mempunyai hubungan
dengan kepuasan belajar dan seterusnya meningkatkan motivasi dan
pencapaian akademik kurang diberikan tumpuan .
Objektif kajian
Kajian ini ingin meninjau faktor keselarasan personaliti - persekitaran
pelajar sekolah . Teori Tipolgi Kerjaya Holland ( 1985 ) telah menghipotesiskan
bahawa kepuasan terhadap persekitaran pendidikan adalah berkaitan dengan
jenis personaliti tertentu . Lebih tinggi keselarasan antara jenis personaliti
tertentu dengan persekitaran ini maka kepuasan dari segi interaksi juga
meningkat.
Oleh itu keselarasan di antara personaliti dan persekitaran adalah satu
faktor yang penting dalam mempengaruhi kepuasan dan pencapaian akademik
seseorang pelajar . Seperi juga seorang pekerja , pelajar harus berinteraksi
5
secara berkesan dengan persekitarannya bagi membolehkan mereka terus
belajar . Dalam hal ini faktor individu dan persekitaran perlu sesuai .
Secara umum adalah diketahui persekitaran mempengaruhi tingkah laku
seseorang .. Beberapa aspek tentang persekitaran khususnya persekitaran di
sekolah seperti aktiviti akademik dan bukan akademik memberi gambaran
bahawa terdapat perbezaan pengalaman di kalangan pelajar ditambah pula
dengan perbezaan personaliti mereka . Kesan dan hubungan antara faktor -
faktor ini ke atas kepuasan dan pencapaian perlu diketahui dan diselidiki . Maka
adalah menjadi objektif kajian ini :
1. Untuk mengukur dan mendefiniskan pola persekitaran jurusan
pengajian yang terdapat di sekolah menggunakan Teknik Penilaian
Persekitaran ( Enviroment Assessment Technique) .
2. Untuk meninjau pola personaliti pelajar di dalam dsiplin pengajian
tertentu .
3. Untuk melihat keselarasan antara personaliti pelajar dengan
program pengajian ( persekitaran ) yang diikuti oleh pekajar di
sekolah.
6
Persoalan Kajian
Linton menyatakan ciri - ciri persekitaran sosial bergantung kepada ciri -
ciri dominan ahli - ahli yang ada di dalamnya (Pervin 1967). Oleh yang
demkian jika ciri - ciri manusia di dalam kelompok itu diketahui sepatutnya dapat
pula diketahui iklim persekitaran yang di hasilkan oleh ahli - ahli di dalamnya .
Untuk menilai jenis persekitaran sekolah, Enviroment Assessment
Technique ( EAT) digunakan . Kaedah ini dapat memberikan deskripsi tentang
ciri - ciri sesuatu persekitaran itu ( Astin & Holland , 1961 ) sama ada
persekitaran itu bercirikan Realisitik, Invetigatif , Artistik , Sosial , Enterprising
atau Conventional .
Antara persoalan - persolan yang dikemukan ialah :
1. Adakah terdapat keselarasan antara personaliti pelajar dengan
jurusan pengajian yang diikuti oleh pelajar di sekolah .
2. Apakah pola persekitaran untuk jurusan Kejuruteraan Awan ,
Sains , Bakeri , Sastera , Pengurusan Perniagaan dan
Perakaunan .
3. Apakah Pola personaliti untuk pelajar jurusan Kejuruteraan Awam ,
Sains , Bakeri, Sastera , Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan .
7
Hipotesis Kajian
Keselarasaan antara personaliti dan persekitaran akan memberikan
kepuasan ,mewujudkan kestabilan , motivasi dan pencapaian baik dalam bidang
pekerjaan mahupun pekerjaan . Ini adalah asas premise yang diutarakan oleh
Teori Tipologi Kerjaya Holland ( 1973 , 1985 ) .
Hipotesis Utama , kajian ini menguji kebenaran utama Teori Tipologi
Kerjaya Holland ( 1973 ) ini iaitu terdapat keselarasan yang signifikan antara
personaliti pelajar dengan enam displin pengajian terutama dengan persekitaran
aliran pengajian .
Hipotesis Umum
Terdapat keselarasan yang signifikan antara personaliti pelajar daripada
enam displin pengajian tertentu dengan persekitaran program pengajian .
Hipotesis Khusus
H1 a Terdapat keselarasan yang signifikan antara personaliti pelajar
Kejuruteraan Awam dengan persekitaran R - I - E .
8
H1 b Terdapat keselarasan yang signifikan antara personaliti pelajar Sains
dengan Persekitaran I - S - R .
H1c Terdapat keselarasan yang signifikan antara personaliti pelajar Bakeri
dengan persekitaran A - R - E .
H1d Terdapat keselarasan yang signifikan antara personaliti Sastera dengan
persekitaran S - E - A .
H1 e Terdapat keselarasan yang signifikan antara personaliti pelajar
Pengurusan Perniagaan dengan persekitaran E - S - C .
H 1f Terdapat keselarasan yang signifikan antara personaliti pelajar
Perakaunan dengan persekitaran C - E - S .
Signifikan Kajian
Walaupun kajian ini bukan bertujuan menilai keberkesanan - sistem
pendidikan tetapi ia sedikit sebanyak dapat memberi maklum balas yang khusus
dari sumber primer iaitu kumpulan sasaran kepada pihak yang tertentu . Ini
adalah kerana keberkesanan sistem pendidikan yang menjadi persekitaran
pelajar ini berkait rapat dengan tingkahlaku pelajar , aspek objektif dan kognitif .
Maklum balas ini dirasakan penting untuk meningkatkan mutu selaras
dengan kepesatan perkembangan pedagogi dan pendidikan tinggi . Maklum
balas ini juga boleh merupakan reaksi terhadap perubahan semasa pada
9
peringkat konsepsi , kesan dari pemikiran semula idea pendidikan dan fungsi
pendidikan itu sendiri .
Kajian ini juga boleh memberikan petunjuk bahwa sistem pengambilan
pelajar untuk memasuki jurusan di sekolah boleh ditingkatkan keberkesanannya
dengan mengambil kira ujian personaliti dan minat ,terutama pengajian yang
melibatkan kemahiran .
Secara tidak langsung kajian ini dapat memberi gambaran akan
kepentingan perkhidmatan kaunseling dan kerjaya di peringkat sekolah
khususnya . Dengan adanya perkhidmatan ini , pelajar dapat dibimbing untuk
mengenal diri dari segi minat dan personaliti supaya dapat mempertingkatkan
penghayatan mereka terhadap jurusan yang telah dipilih.
Batasan Kajian
Kajian ini hanya di jalankan di dua buah sekolah menengah harian dan
sebuah sekolah teknik di Negeri Perak Oleh itu dapatan kajian ini tidak dapat
mewakili keseluruhan sekolah-sekolah menengah di Malaysia.
10
Definisi Konsep Dan Definisi Operasional
Terdapat beberapa istilah di dalam kajian ini yang perlu didefinisikan
secara operasional dan kebanyakannya adalah istilah yang digunakan oleh
Holland di dalam Teori Tipologi Kerjayanya ( 1973 ) .
Personaliti
Allport ( 1937 ) mendefinisikan personaliti sebagai penyusunan yang
dinamis pada diri individu dari segi sistem psikojasmani yang unik kepada
persekitarannya . Pada masa yang sama Allport ( 1937 ) juga berpendapat
personaliti adalah organisasi tret - tret yang dinamik di dalam diri individu yang
menentukan keunikan individu itu memainkan peranan sosialnya .
Cattell ( 1950 ) melihat personaliti sebagai sesuatu yang berkaitan dengan
semua tingkahlaku individu sama ada secara luaran atau dalaman . Ini ada
bersamaan dengan pendapat Dashiel ( 1937 ) yang menyatakan personaliti
adalah tingkahlaku yang tersusun dan dapat dinyatakan secara tekal .
Hilgard ( 1957 ) pula melihat personaliti sebagai ciri � ciri dan cara gaya
tingkahlaku individu , di dalam pengorganisasian dan pencorakannya ,
11
mempengaruhi penyesuaian individu itu secara unik di dalam keseluruhan
persekitarannya .
Maddi ( 1989 ) juga cuba memberi definisi yang menyeluruh dengan
menyatakan personaliti adalah satu set ciri - ciri dan kecenderungan yang stabil
yang menentukan kesamaan dan perbezaan di dalam tingkahlaku psikologi
seseorang.
Liebert & Liebert ( 1998) berpendapat personaliti adalah ciri - ciri
organisasi yang dinamik dan unik tentang seseorang individu sama ada dari segi
fisikal atau psikologi yang mempengaruhi tingkahlaku dan tindak balasnya
kepada persekitaran sosial dan fisikal.
Takrif di atas menampakkan kepelbagaian di dalam mendefinisikan
personaliti tetapi terdapat kesamaan bahawa personaliti itu dinamis , berkaitan
dengan tingkahlaku berpadu dan merupakan satu tindakbalas di antara
keupayaan yang diwarisi dengan pengaruh persekitaran .
Walau bagaimanapun untuk tujuan kajian ini personaliti merujuk
khususnya kepada enam jenis personaliti yang diutarakan di dalam Teori
Tipologi Kerjaya Holland (1973) iaitu personaliti Realistik ( R ) , Investigatif
( I ) , Artistik ( A ) , Sosial ( S ) , Enterprising ( E ) dan Conventional ( C ) . Secara
12
operasional personaliti ditentukan dengan menggunakan alat ukuran Self -
Directed Search .
Persekitaran
Persekitaran bermaksud ruang hidup seseorang individu itu ( Anatasi ,
1976 ) . Kamus Lengkap Psikologi ( 1968 ) pula mendefinisikan persekitaran
sebagai keseluruhan atau sebarang aspek gejala - gejala fizikal dan sosial yang
melingkupi atau mempengaruhi satu organisme individu .
Oleh itu persekitaran boleh dilihat sebagai kuasa atau faktor - faktor
luaran individu yang mengawal dan mengoperasi tingkahlaku individu itu serta
membentuk perkembangan fizikal dan mental seseorang .
Sebagai manusia , persekitaran juga dilihat sebagai mempunyai
personaliti yang unik sebagaimana personaliti individu boleh dinilai , persekitaran
juga boleh dinilai .
13
Jadual2
Persekitaran Menggunakan Kod Tiga Mata
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jurusan Jenis Persekitaran Kod Tiga Mata=============================================================
Kejuruteran Awam Realistik R-I-E
Sains Investigatif I-S-R
Bakeri Artistik A-R-E
Sastera Sosial S-E-A
Pengurusan perniagaan Enterprising E-S-C
Perakaunan Conventional C-E-S
-------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------
Di dalam kajian ini persekitaran dirujuk kepada enam jenis persekitaran
sama seperti enam jenis personaliti yang dinyatakan oleh Teori Tipologi -Kerjaya
Holland ( 1973 ) iaitu persekitaran Realistik ( R ) , Investigatif ( I ) , Artistik ( A ) ,
Sosial (S), Enterprising ( E ) dan Conventional ( C ) . Persekitaran ini dirujuk
menggunakan kod tiga mata seperti dalam Jadual 2 .
Keselarasan
Salah satu daripada konsep utama yang terkandung di dalam Teori
Tipologi Kerjaya Holland ( 1973 ) ialah konsep keselarasan . Kepuasan kerja ,
kestabilan kerja dan pencapaian bergantung kepada keselarasan antara
personaliti seseorang dan persekitarannya yang sebahagian besarnya terdiri
14
daripada individu - individu yang sama bekerja dengannya . Sebagaimana
seseorang yang merasa selesa berada bersama kawan - kawan yang mana
selera , bakat dan nilai yang serupa , begitu juga seseorang itu akan
menunjukkan pretasi yang baik di dalam pekerjaan yang selaras dengan
jiwanya.
Oleh itu di dalam kajian ini persekitaran dirujuk kepada persekitaran
pendidikan maka individu yang berpersonaliti Realistik akan merasa selaras
belajar di persekitaran Realistik .
Indeks Keselarasan ( IK ) ditentukan dengan membandingkan
kesepadanan antara kod tiga mata personaliti yang didapati daripada pelajar
melalui alat ukuran Self - Directed Search ( SDS ) dan kod tiga mata bidang
pengkhususan yang telah diberikan oleh Holland di dalam Occupational Finder .
Padanan yang tepat , contohnya , R - I - E dan R - I - E akan diberi IK 8 .
Kesepadanan yang langsung tidak mengena , contohnya , R - I - E dan S -
A - C akan diberi IK 0 ( rujuk Indeks Keselarasan Wiggins & Moody, 1981 pada
Lampiran 1 )
15
BAB2
TINJAUAN LETERATUR
Holland ( 1973 , 1985 ) di dalam Teori Tipologi kerjayanya menyatakan
bahawa kepuasan kerja , stabiliti dan pencapaian bergantung kepada
keselarasan antara personaliti seseorang dengan persekitaran di mana ia
bekerja (Holland, 1985 ) . Teorinya juga mencadangkan enam model
persekitaran iaitu Realisitik , Investigatif , Artistik , Sosial , Enterprising dan
Conventional yang mengambarkan ciri - ciri fizikal dan sosial sesuatu situasi
pekerjaan . Semenjak itu kajian - kajian keselarasan , mengukur personaliti dan
persekitaran , kajian tentang hubungan dan perkaitan antara keselarasan dan
kepuasan , di dalam bidang pendidikan banyak dijalankan . Di dalam tinjuan ini ,
pengkaji ingin menyorot kajian - kajian berkaitan dengan teori Tipologi Kerjaya
Holland ( 1973 , 1985 ) di dalam bidang pendidikan dan kerjaya .
Kajian Tentang Pengukuran Personaliti
Manusia mempunyai ciri-ciri kesemua enam jenis personaliti , tetapi
Holland mencadangkan bahawa setiap individu akan bertingkahlaku yang akan
mengambarkan orientasi satu , dua , atau tiga jenis personalti yang dominan
berbanding dengan yang lain . Orientasi ini di lambangkan oleh kod tiga mata
16