pola keselarasan huruf viokal
TRANSCRIPT
-
8/4/2019 Pola Keselarasan Huruf Viokal
1/19
1.0 Pengenalan
Terdapat dua sistem pengejaan baru bahasa Melayu iaitu Sistem Keselarasan
Huruf Vokal yang digunakan untuk mengeja kata bahasa Melayu dan Sistem
Kekecualian Keselarasan Huruf Vokal yang digunakan untuk pengejaan kata
pinjaman.
Pola Keselarasan Huruf Vokal.
Dalam Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu terdapat lapan belas (18) polakeselarasan huruf vokal.
Keselarasan huruf vokal ialah kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk
dua suku kata pada kata dasar iaitu pasangan antara huruf vokal pada
suku kata praakhir dan pada suku kata akhir tertutup.
Keselarasan huruf vokal ini terbentuk berasaskan prinsip:
i. Keselarasan antara dua huruf vokal pada kata dasar yang tidak
melibatkan pengimbuhan.
ii. Kata dasar yang berakhiran dengan suku kata tertutup iaitu tidak
melibatkan suku kata akhir terbuka.
iii. Bagi kata yang lebih daripada dua suku kata , yang termasuk
dalam sistem keselarasan huruf vokal ini hanyalah daripada dua
suku kata yang terakhir sahaja.
-
8/4/2019 Pola Keselarasan Huruf Viokal
2/19
18 Pola Keselarasan Huruf Vokal yang Utama.
Pola Contoh Penggunaan
1) a - a = asah, balak, halaman
2) a - i = alih, balik, sumbangsih
3) a - u = asuh, datuk, lembayung
4) e pepet - a = emas, kelam, cemerlang
5) e pepet - i = lebih, betik, sembelih
6) e pepet - u = telur, tempuh, temenggung7) e taling - a = elak, dewan, belerang
8) e taling - e taling = leceh, gelek, selekeh.
9) e taling - o = esok, telor, selekoh.
10) i - a = ingat, kilang, selinap
11) i - i = intip, sisih, belimbimg
12) i - u = riuh, tidur, periuk
13) o - a = otak, borang, sekolah
14) o - e taling = oleh, boleh,celoteh.
15) o - o = obor,borong,kelompok
16) u - a = ubat, tumpang, ketupat
17) u - i = usik, kuih, gerusih
18) u - u = untuk, tunduk, tengkujuh.
-
8/4/2019 Pola Keselarasan Huruf Viokal
3/19
Hukum Kekecualian Keselarasan Vokal (HKKV)
Dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu yang ada sekarang terdapat
beberapa perkataan yang dikecualikan daripada hukum keselarasan vokal.
Hukum ini dilaksanakan kepada beberapa perkataan yang berasal daripada
bahasa Nusantara dan kata serapan daripada bahasa Inggeris. Hukum ini
dikenali sebagai Hukum Kekecualian Keselarasan Vokal (HKKV).
Terdapat sejumlah perkataan daripada bahasa Jawa yang sering
digunakan dalam bahasa Melayu, namun pengejaannya dikecualikan daripada
hukum keselarasan vokal yang digunakan. Perkataan-perkataan tersebut ialahaneh, perabot, lancong, lakon, calon, lapor, tulen, pamer, kaget, gembleng.
Dalam hal ini ramai yang masih keliru dengan pengejaan perkataan-
perkataan yang disebutkan itu. Cara terbaik untuk itu ialah dengan
menghafazkannya, ia merupakan salah satu langkah terbaik.
Hukum kekecualian keselarasan vokal melibatkan pasangan vokal
berikut:-
i. a - e (t) yang sepatutnya keselarasan vokal ialah a - i .
Misalnya dalam perkataan /aneh/ dan /kaget/ polanya ialah a - e
bukan dieja sebagai /anih/ dan /kagit/ yang menggunakan pola a - i
seperti dalam perkataan balik, kalis, masin yang terdapat dalam sistem
keselarasan vocal.
-
8/4/2019 Pola Keselarasan Huruf Viokal
4/19
ii. a - o yang sepatutnya keselarasan vokal ialah a - u .
Misalnya dalam perkataan /calon/ dan /lapor/ polanya ialah a - u
bukan dieja sebagai /calun/ dan /lapur/ yang menggunakan pola a - u
seperti yang digunakan untuk mengeja kata kasut, amuk dan anjung
dalam sistem keselarasan vokal.
iii. u - e (t) yang sepatutnya keselarasan vokal ialah u - i .
Misalnya dalam perkataan /tulen/ dan /ulet/ polanya ialah u - i bukandieja sebagai /tulin/ dan /ulit/ yang menggunakan pola u - i seperti
dalam perkataan kuih, tumis, kudis, bunyi yang terdapat dalam sistem
keselarasan vokal.
iv. e (p) - e (p) yang sepatutnya keselarasan vokal ialah e (p) - i
.
Misalnya dalam perkataan /pepet/ dan /demdem/ polanya ialah e (p)
- e (p) bukan dieja sebagai /pepit/ dan /demdim/ yang menggunakan
pola e (p) - i seperti dalam perkataan kecil, degil, yang terdapat dalam
sistem keselarasan vokal.
Rumusan: Kekecualian hukum ini untuk perkataan yang berasal daripada
bahasa di Nusantara khususnya bahasa Indonesia.
-
8/4/2019 Pola Keselarasan Huruf Viokal
5/19
Kajian Pola Keselarasan Vokal Berdasarkan Petikan Dari Internet.
Punca-punca dan cara-cara mengatasi masalah disiplin pelajar.
Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah
untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan
hangat masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk
sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan
apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan?
Masalah ini semakin runcing ekoran kurangnya kasih sayang danperhatian ibu bapa era globalisasi ini. Ibu bapa lebih mengutamakan kerjaya
mereka sehingga alpa tanggungjawab mereka mendidik anak yang dahaga kasih
sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan
melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibu
bapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibu bapalah yang menyebabkan
masalah disiplin menjadi-jadi.
Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini
memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tidak senonoh yang mereka saksikan
telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan
masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka
tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian
disiplin pelajar yang terus merosot itu.
Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi.
Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar.
Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibu
bapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Ringkasnya, rakan
sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot
dengan drastiknya.
-
8/4/2019 Pola Keselarasan Huruf Viokal
6/19
Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus
dalam isu ini turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada
pihak sekolah yang merahsiakan masalah disiplin sekolah mereka kerana tidak
mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang
beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh
pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin
ini menyebakan pelajar semakin berani melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu,
cara pihak sekolah menangani masalah disiplin turut menentukan peningkatan
masalah disiplin pelajar.
Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar
turut menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat
menghalang pelajar menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah dan
terjemurus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka habiskan
untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin.
Kemelut ini mudah dibendung jika ibu bapa terlebih dahulu sanggup
menngorbankan masa mereka. Ibu bapa hendaklah mengutamakan masa depananak mereka daripada kejayaan peribadi mereka dalam kerjaya. Ibubapa harus
memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang berhemah tinggi.
Ringkasnya, ibu bapa penting dalam membanteras isu disiplin ini.
Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh
masyarakat. Saban hari kita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal
cadangan sahaja. Mungkin kali ini kita perlu bertegas dan berpijak di bumi nyata
http://mazlan66.wordpress.com/2008/03/14/punca-punca-dan-cara-cara-
mengatasi-masalah-disiplin-pelajar/
-
8/4/2019 Pola Keselarasan Huruf Viokal
7/19
Bil. Suku kata
praakhir
Suku kata Akhir
Tertutup
Contoh Penggunaan
1. a a masalah, pelajar, hangat,masyarakat, peranan, sayang,
jalan, rapat, rakan, gagal, dapat
2. a i kasih, berani
3. a u sanggup
4. e (pepet) a -
5. e (pepet) i lebih
6. e (pepet) u terus
7. e (taling) a -
8. e (taling) e (taling) -
9. e (taling) o -
10. i a tidak
11. i i disiplin
12. i u -
13. o a sekolah, golongan
14. o e (taling) boleh
15. o o tonton
16. u a pusat, mudah
17. u i runcing
18. u u turut
-
8/4/2019 Pola Keselarasan Huruf Viokal
8/19
Kajian Pola Keselarasan Vokal Mengikut Persamaan 6 Pola Keselarasan
Vokal yang Mempunyai Persamaan Pada Suku Kata Akhir Tertutup.
Bil Suku Kata Praakhir Suku Kata Akhir Tertutup Contoh Perkataan
1. a a masalah, pelajar, hangat,
masyarakat, peranan, sayang,
jalan, rapat, rakan, gagal
dapat
2. e pepet a -
3. e taling a -
4. i a tidak
5 o a sekolah, golongan
6 u a pusat, mudah
Kajian Pola Keselarasan Vokal Yang Mempunyai Persamaan Huruf Antara
Suku Kata Praakhir Dengan Suku Kata Akhir.
Bil Suku Kata
Praakhir
Suku Kata Akhir
Tertutup
Contoh Perkataan
1. a a masalah, pelajar, hangat, masyarakat,
peranan, sayang, jalan, rapat, rakan,
-
8/4/2019 Pola Keselarasan Huruf Viokal
9/19
gagal, dapat
2. e taling e taling -
3. i i disiplin
4. o o tonton
5. u u turut
Kajian Kata Pinjaman
Bil. Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
1. factor faktor
2. era era
3. globalization globalisasi
4. discipline disiplin
5. mass media media massa
6. drastic drastij
7. negative negatif
8. issue Isu
9. programs program
10. activity aktiviti
-
8/4/2019 Pola Keselarasan Huruf Viokal
10/19
Kajian Pola Keselarasan Vokal Brdasarkan Rencana Dari Akhbar.
Bil. Suku Kata
Praakhir
Suku Kata Akhir
Tertutup
Contoh Penggunaan
1. a a kadar, alat, belakang, panjang,
badan, langkah, bandar
2. a i -
3. a u harus
4. e (pepet) a rendah, tempat, besar, tetap,
letak
5. e (pepet) i lebih
6. e (pepet) u -
-
8/4/2019 Pola Keselarasan Huruf Viokal
11/19
7. e (taling) a -
8. e (taling) e (taling) -
9. e (taling) o -
10. i a pihak, minat, peringkat
11. i i prinsip
12. i u -
13. o a sekolah
14. o e (taling) boleh
15. o o borong
16. u a murah, pusat, tugas, mudah,
sudah
17. u I tulis
18. u u khusus, kursus
Kajian Pola Keselarasan Vokal Mengikut Persamaan 6 Pola Keselarasan
Vokal yang Mempunyai Persamaan Pada Suku Kata Akhir Tertutup Dengan
Huruf a.
Bil Suku Kata
Praakhir
Suku Kata Akhir
Tertutup
Contoh Perkataan
-
8/4/2019 Pola Keselarasan Huruf Viokal
12/19
1. a a kadar, alat, belakang, panjang, badan,
langkah, bandar
2. e pepet a rendah, tempat, besar, tetap, letak
3. e taling a -
4. i a pihak, minat, peringkat
5. o a sekolah
6. u a murah, pusat, tugas, mudah, sudah
Kajian Pola Keselarasan Vokal Yang Mempunyai Persamaan Huruf Antara
Suku Kata Praakhir Dengan Suku Kata Akhir.
Bil Suku KataPraakhir
Suku Kata AkhirTertutup
Contoh Perkataan
1. a a kadar, alat, belakang, panjang,
badan, langkah, bandar
2. e e -
3. i i prinsip
4. o o borong
5. u u khusus, kursus
Kajian Kata Pinjaman
-
8/4/2019 Pola Keselarasan Huruf Viokal
13/19
Bil. Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
1. premises premis
2. transaction transaksi
3. coop koperasi
4. science sains
5. computer komputer
6. recreation rekreasi
7. landscape landskap
8. principles prinsip
9. product produk
10. technology teknologi
11. effective efektif
12. composition komposisi
-
8/4/2019 Pola Keselarasan Huruf Viokal
14/19
Kajian Pola Keselarasan Vokal Berdasarkan Bahan Iklan
(laras bahasa iklan)
Bil. Suku kata
praakhir
Suku kata Akhir
Tertutup
Contoh Penggunaan
1. a a tangan, dapat, kasar, badan
2. a i -
3. a u -
4. e (pepet) a kerap, segar
5. e (pepet) i kering, lebih, kering
6. e (pepet) u lembut
7. e (taling) a hebat, lembab
8. e (taling) e (taling) -
-
8/4/2019 Pola Keselarasan Huruf Viokal
15/19
9. e (taling) o -
10. i a sihat
11. i i licin
12. i u hidup
13. o a -
14. o e (taling) boleh
15. o o -
16. u a -
17. u i putih
18. u u untuk
Kajian Pola Keselarasan Vokal Mengikut Persamaan 5 Pola Keselarasan
Vokal yang Mempunyai Persamaan Pada Suku Kata Akhir Tertutup.
Bil Suku Kata
Praakhir
Suku Kata Akhir
Tertutup
Contoh Perkataan
1. a a tangan, dapat, kasar, badan
2. e pepet a kerap, segar
3. e taling a hebat, lembab
-
8/4/2019 Pola Keselarasan Huruf Viokal
16/19
4. i a sihat
5. o a -
6. u a -
Kajian Pola Keselarasan Vokal Yang Mempunyai Persamaan Huruf Antara
Suku Kata Praakhir Dengan Suku Kata Akhir.
Bil Suku Kata Praakhir Suku Kata Akhir
Tertutup
Contoh Perkataan
1. a a tangan, dapat, kasar, badan
2. e e -
3. i i licin
4. o o -
5. u u untuk
Kajian Kata Pinjaman
-
8/4/2019 Pola Keselarasan Huruf Viokal
17/19
Bil. Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
1. product produk
2. extract ekstrak
3. vitamin vitamin
4. unique unik
5. cream krim
6. hydration hidrasi
7. scrub skrub
8. cell sel
9. nutrition nutrisi
Rumusan analisis
-
8/4/2019 Pola Keselarasan Huruf Viokal
18/19
Keselarasan vokal bermaksud kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua
suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata
praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup.
Berdasarkan analisis yang telah saya jalankan daripada tiga bahan yang
berbeza iaitu petikan dari internet, rencana akhbar dan bahan iklan persamaan
ketara yang dapat dilihat ialah penggunaan vokal antara suku kata prakhir a dan
suku kata akhir tertutup a paling banyak digunakan. Selain itu, ketiga-tiga bahan
tersebut juga menampakkan kurangnya penggunaan vokal e taling, malah teks
dari akhbar dan internet menunjukkan tiada langsung penggunaan vokal e taling.
Petikan dari akhbar menunjukkan banyaknya penggunaan kata pinjamanbahasa Inggeris berbanding dengan petikan daripada internet dan petikan iklan.
Petikan daripada rencana iklan pula menunjukkan penggunaan keselarasan
vokal yang paling sedikit. Selain daripada faktor petikan teks yang pendek, faktor
lain ialah kerana laras iklan lebih berbentuk pemberitahuan dan fakta. Pada
umumnya, penggunaan kata dan frasa bagi laras iklan adalah ringkas, tepat dan
berkesan serta tiada kata-kata yang lewah.
Refleksi
-
8/4/2019 Pola Keselarasan Huruf Viokal
19/19
Peraturan keselarasan vokal ini digunakan untuk mengeja kata-kata dasar asli
bahasa Melayu. Bagi kata-kata pinjaman daripada bahasa Indonesia, bahasa
Inggeris, dan bahasa-bahasa Eropah yang lain, peraturan keselarasan vokal
tidak dipakai. Dalam peraturan keselarasan vokal ini, keselarasan antara dua
huruf vokal hanya berlaku pada kata dasar, iaitu tidak melibatkan kata
berimbuhan atau kata terbitan.
Selain itu, kata dasar yang terlibat mesti berakhir dengan suku kata
tertutup, iaitu diakhiri dengan bunyi konsonan. Bagi kata dasar asli yang
mempunyai lebih daripada dua suku kata, maka dua suku kata terakhir sahaja
yang terlibat dengan sistem keselarasan vokal. Dengan kata lain, keselarasanvokal berlaku antara suku kata praakhir dengan suku kata akhir.