kesan persekitaran ruang rumah terhadap …repo.uum.edu.my/11686/1/zakiyah.pdf · 2014. 7. 9. ·...

11
Kepentingan Tenbaik Kanak-kanak: lsu & Cabaran I The Gurney Resort Hotel & Residences, Pulau Plnang - 21 - 22 Julai 2004 KESAN PERSEKiTARAN RUANG RUMAH TERHADAP KESEJAHTERAAN KANAK-KANAK ZAKIYAH JAMALUDDI N Jabatan Kerja Sosial Fakulti Pembangunan Sosial dan Manusia Universti Utara Malaysia Tel: 04-928 3846 Fax: 04-928 3898 E-Mail: [email protected]

Upload: others

Post on 11-Aug-2021

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KESAN PERSEKiTARAN RUANG RUMAH TERHADAP …repo.uum.edu.my/11686/1/Zakiyah.pdf · 2014. 7. 9. · ' Kertas kerja dibentangkan dalam Simposium Kebangsaan Kebajikan Kanak-kanak 2004,

Kepentingan Tenbaik Kanak-kanak: lsu & Cabaran I

The Gurney Resort Hotel & Residences, Pulau Plnang - 21 - 22 Julai 2004

KESAN PERSEKiTARAN RUANG RUMAH TERHADAP KESEJAHTERAAN KANAK-KANAK

ZAKIYAH JAMALUDDI N Jabatan Kerja Sosial

Fakulti Pembangunan Sosial dan Manusia Universti Utara Malaysia

Tel: 04-928 3846 Fax: 04-928 3898 E-Mail: [email protected]

Page 2: KESAN PERSEKiTARAN RUANG RUMAH TERHADAP …repo.uum.edu.my/11686/1/Zakiyah.pdf · 2014. 7. 9. · ' Kertas kerja dibentangkan dalam Simposium Kebangsaan Kebajikan Kanak-kanak 2004,

KESAN PERSEKITARAN RUANG RUMAH TERHADAP KESEJAHTERAAN KAN AK-KAN AK'

ZAKIYAH JAMALUDDIN Universiti Utara Malaysia

A bstrak

Rumah adalah keperluan yang paling asas dalam kehidupan manusia. Kebahagiaan keluarga seringkali dikaitkan dengan pepatah "Rumahku Syurgaku", iaitu bhidupan yang bahagia dun sejuhtera bermula dari rztmah. Salah saru dasar kerajaan dalam 'pendemokrasian pemilikan rumah" ialah memberi kemudahan peruniahan kas rendah kepada golongan berpendapatan rendah. Namun, seringkali terdengar rungutan bahmua rumah kos rendah kurang berkualiti, sempit dun mempunyai saiz yang terhad. Kajian ini menurnpukan kepada kesan persekitaran ruang iaitu ruang jzikal dun ruang persekitaran terhadap kesejahteraan kanak- kanak. Ruangjzikal meliputi saiz dun ~umlah hilik tidur, ruang tamu, ruang makan dun dapur. Manakala ruang persekitaran merangkumi ruang untuk kanak-kanak bermain, badaan persekitaran rumah dun tamun permainan kanak-kanak. Kajian dijalankan di sebuuh perumahan kos rendah di Jitra, Kedah. Seramai 90 oi-ang responden yang terdiri daripada ibu bapa yang mempunyai anak-anuk yang masih kecil dun remaja dipilih sebagai sampel kajian, berdasarkan persampelun stratiJikasi rawak.Kajian ini menggunakan borang soul selidik, temubual dun pemerhatian. Temubual dilakukan ke atas 20 orang kanak-kanak yang merupakan anak bpada responden z~ntuk mendapathn maklumat yang lebih lengkap. Hasil kajian mendapati bahawa kesemua ruang Jizikal dun persekitaran rumah menzberi kesan terhadap kesejahteraan anak-anak. Oleh itu adalah .diharapkan agar pihak kcrajuan serta pemaju swasta mengambil kira manfaat sosial dun cuba mengelakkcln pelbagai implikasi sosial yang bakcal timbul di kemudian hari.

Pengenalan Salah satu objektif sosial dalam pembangunan perumahan di Malaysia ialah

menyedizikan perumahan yang murah untuk keperluan rakyat dan agar semua rakyat Malaysia berpeluang memiliki rumah. Beberapa garis panduan dalam dokumen-dokumen kerajaan ada menyebut bahawa objektif utama dalam Dasar Perumahan Negara ialah menentukan agar golongan berpendapatan rendah mendapat kemudahan perumahan yang mencukupi, dan mampu membeli rumah-rumah kos rendah (Malaysia, 1991).

Selain pihak kerajaan, sektor swasta turut aktif dalam program pembangunan perumahan di Malaysia. Penglibatan secara aktif oleh sektor swasta dalam projek perumahan kos rendah sebenarnya bermula sejak Rancangan Malaysia Keempat (RME) lagi. Dalam RME, kerajaan menetapkan bahawa pemaju-pemaju swasta mesti membina sekurang- kurangnya 30% rumah kos rendah dalam projek perumahan mereka. Ini kerana pemaju swasta lebih berminat menlbina rumah kos sederhana dan mewah yang menjanjikan pulangan yang lebih lumayan. Harga rumah juga ditetapkan dengan harga maksimum RM25,OOO (Abdul 1,atib Omar, 1989). Kuota kaum ditetapkan iaitu 30% unit kediarnan hendaklah dikhasltan kepada kaum bumiputera.

Insentif yang diberikan ole11 pihak kerajaan turut menggalakkan penglibatan secara aktif oleh sektor swasta misalnya melalui Program Khas Perumahan Kos Rendah (PKPKR) yang dilancarkan pacia 1985. Namun, kemudahan perumahan sahaja tidak mencukupi sekiranya tidak dapat memberi kcpuasan dan keselesaan kepada penghuni. Justeru, kualiti dar~ persekitaran perumahan yang selesa sangat penting dalam menjamin kesejahteraan hidup penduduk. Kesejahteraan hidup boleh dibahagikan kepada beberapa komponen iaitu kesejahteraan fizikal, mental, emosional, sosial dan spiritual (Ragheb, 1993).

Artikel ini adalah berasaskan kajian yang dilakukan terhadap tingkat kepuasan penghuni terhadap rumah kos rendah di Taman Bersatu, Jitra, Kedah yang dimajukan oleh

' Kertas kerja dibentangkan dalam Simposium Kebangsaan Kebajikan Kanak-kanak 2004, Gurney Resort Hotel & Residences, Pulau Pinang, 21 -22 Julai 2004.

Page 3: KESAN PERSEKiTARAN RUANG RUMAH TERHADAP …repo.uum.edu.my/11686/1/Zakiyah.pdf · 2014. 7. 9. · ' Kertas kerja dibentangkan dalam Simposium Kebangsaan Kebajikan Kanak-kanak 2004,

pihak swasta. Walau bagaimanapun, artikel ini hanya menumpukan kepada kesan persekitaran ruang iaitu ruang fizikal dan ruang persekitaran perumahan terhadap kesejahteraan kanak- kanak. Ini kerana keadaan ruang fizikal dan persekitaran mmah memainkan peranan penting dalam menjana pembangunan fizikal, jasmani dan rohani seseorang kanak-kanak. Selain itu, tidak dapat dinafikan bahawa pembentukan personaliti dan sahsiah kanak-kanak sedikit sebanyak bennula dari rumah, selain hubungan kekeluargaan yang harmonis dan mantap.

Kepuasan terhadap perumahan dan kualiti hidup Banyak kajian-kajian terdahulu menunjukkan bahawa rumah-rumah yang disediakan

ole!l pihak kerajaan ataupun pemaju swasta memberi kesan terhadap kesejahteraan hidup penghuni. Kajian-kajian yang berkisar tentang perumahan kos rendah di Malaysia banyak dilakukan dengan perlumpuan kajian terhadap implikasi sosial yang dihadapi oleh penghuni setelah menduduki rumah kos rendah (Sulong Mohamad, 1984; Azizah Kassim, 1989; Mohd Razali Agus, 1986; 1992;1993; dan Nurizan Yahya, 1989; 1992; 1998). Kajian-kajian mereka niendapati bahawa penghuni mmah kos rendah seringkali menghadapi masalah penyesuaian dengan rumah yang baru diduduki, terutamanya akibat saiz ruang yang sempit; hubungan Lejiranan dan kadar kebisingzn yang tinggi.

Salah satu aspek yang dikaji terhadap rumah kos rendah ialah kepuasan terhadap perumahan yang merupakan salah satu komponen penting yang mempengaruhi kualiti hidup (Peck & Stewart, 1 385; Husna & Nurizan, 1987; Lawrence, 1995). Ini kerana ketidakpuasan ini boleh membawa kepada pelbagai implikasi termasuklah pencemaran persekitaran, kesesakan, menjejaskan kesihatan mental dan pelbagai masalah keluarga (Nurizan Yahya, 1998). Penghuni rumah kos rendah seringkali tidak berpuas hati dengan kualiti rumah (Zakiyah Jamaluddin, 1995; Zakiyah Jamaluddin & Mohd Razali Agus, 1998), saiz ruang makan dan dapur serta jumlah bilik tidur (Nurizan Yahya & Halimah Ahmad, 1992; Zakiyah Jamaluddin, Sharifah Sofiah Atiqah Syed Ibrahim, Afifah Abu Yazid, 2003). Kajian Sulong Mohamad (1984) misalnya mendapati bahawa rekabentuk rumah, saiz dapur, bilik tidur dan ruang tamu memainkan peranan penting dalam memberi kepuasan kepada penghuni. Pengubahsuaian akan dilakukan bagi menggambarkan proses penyesuaian penghuni terhadap perumahan awam.

Manakala kajian Nurizan Yahya & Halimah Ahmad (1992) mendapati bahawa defisit ruang yang paling teruk dialami oleh responden ialah bilik tidur (80%) dan ini berkait dengan saiz keluarga yang besar iaitu dengan purata enam orang. Penghuni yang tinggal di rumah teres didapati mendapat kepuasan yang lebih berbanding dengan yang tinggal di rumah pangsa disebablcan saiz yang lebih luas. Ini disolcong oleh kajian Mohd Razali Agus (1993) di Terengganu yang mendapati bahawa saiz ruang dapur dan ruang tamu memerlukan pengubahsuaian sejajar dengan pertambahan bilangan ahli keluarga dan peningkatan pendapatan.

Umumnya, kadar ketidakpuasan yang tinggi lebih ketara di kalangan etnik Melayu oleh kerana latar belakang perumahan sebelumnya. Ini kerana mereka telah biasa dengan kehidupan di kampung yang lebih selesa dan tidak dapat menerima kehidupan di rumah kos rendah, khususnya rumah pangsa yang lebih sempit dan padat (Noor Sharifah Sutan Saidi, 1992).

Objektif kajian Objelctif kajian ini ialah untuk melihat kesan persekitaran ruang iaitu ruang fizikal dan rualig persekitaran terhadap kesejahteraan kanak-kanak.

Page 4: KESAN PERSEKiTARAN RUANG RUMAH TERHADAP …repo.uum.edu.my/11686/1/Zakiyah.pdf · 2014. 7. 9. · ' Kertas kerja dibentangkan dalam Simposium Kebangsaan Kebajikan Kanak-kanak 2004,

Metodologi Dalam kajian ini, seramai 90 responden dipilih sebagai sampel kajian berdasarkan

sampel stratifikasi rawak. Borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang profil responden, elemen fizikal rumah dan elemen persekitaran rumah. Untuk mendapatkan maklumat yang tepat, maka ibu bapa dikehendaki mengisi borang soal selidik yang disediakan. Selain itu, perlyelidik telah menemubual seramai 20 orang kanak-kanak untuk melengkapkan lagi maklumat yang diperlukan. Kaedah pemerhatian turut dilakulcan untuk inendapatkan gambaran yang lebih tepat tentang permasalahan yang dikaji.

Elemen fizikal rumah meliputi reka bentuk rumah, ruang tamu, saiz dan jumlah bilik tidur, ruang makan dan saiz dapur. Ciri yang ditekankail ialah ruang untuk kanak-kanak mengulangkaji pelajaran, menonion televisyen, menghabiskan masa dengan keluarga, tempat tidur, tempat makan dan ruang untuk bermain. Manakala elemen persekitaran rumah termasuklah seperti tarnan permainan kanak-kanak, kemudahan-kemudahan yang disediakan clleh pihak pemaju dan keadaan persekitaran untuk pembesaran dan kesejahteraan kanak- kanak

Kawasan taman perumahan yang dikaji ialah rumah jenis teres setingkat yang memptlnyai sebuah ruang tamu, sebuah ruang makanldapur, tiga bilik tidur, sebuah tandas dan sebuah bilik mandi (lihat Rajah 1).

Latar belakang sosio ekonomi responden Sejumlah besar responden adalah kaum Melayu (75.6%) dan selebihnya ialah kaum

India, Cina dan Siam (24.4%). Ini kerana sebilangan besar penghuni yang tinggal di Taman Bersatu adalah kaum Melayu. Kajian ini mendapati bahawa 48.9% responden menduduki rumah rnereka dalarn jangkamasa antara tiga bulan hingga tiga tahun. Manakala 51.1% responden telah menduduki rumah antara empat hingga tujuh tahun. Sebahagian besar dari mereka adalah pemilik rumah (65.6%) sementara 34.4% adalah penyewa. Bilangan penyewa mencatat kadar peratusan yang tinggi oleh lcerana tidak ramai pemilik yang mendiami rumah sendiri sebaliknya mereka lebih suka menyewakan kepada orang lain kerana telah mernpunyai rumah yang lain atau bekerja dan tinggal menetap di luar negeri Kedah. Kebanyakan ketua isirumah (30.0%) berkelulusan SPMIMCE. Ini diikuti dengan yang bekelulusan setakat sekolah rendah sahaja (28.9%) dan SRPILCE (25.6%). Sementara ketua isirumah yang berkelulusan maktablkolejluniversiti adalah 1 1.1 %. Selebihnya berkelulusan STPMISTPIHSC (3.3%) dan tidak bersekolah (1.1 %).

Jumlah isirumah yang dikaji didapati tidak melebihi sembilan orang. Ini mungkin berkait dengan faktor keselesaan dan rekabentuk rumah yang tidak sesuai dan terlalu kecil bagi mereka yang mempunyai keluarga yang besar. Sebanyak 55.6% responden mempunyai 4-6 orang isirumah dan ini juga merupakan kategori yang tertinggi berbanding kategori yang lain iaitu 1-3 orang (32.2%) dan 7-9 orang (12.2%). Seramai 52.2% mempunyai anak yang masih bersekolah sementara 47 8% mempunyai anak yang masih kecil iaitu di bawah usia 6 tahun.

Tidur di ruarrg tamu Kajian ini mendapati bahawa sebahagian kecil (22.2%) isirumah tidur di ruang tamu,

biasanya bagi anak lelaki. Faktor yang menyebabkan ramai ahli rumah yang tidur di ruang tamu ialah disebabkan bilangan isirumah yang ramai dan bilangan bilik yang tidak dapat menampung jumlah penghuni. Seberiarnya terdapat tiga buah bilik tidur yang disediakan oleh pihak pemaju. Namun, terdapat segelintir penghuni yang menjadikan bilik ketiga (di hujung sekali) sebagai dapur kerana dapur tidak disediakan secara berasingan. Oleh itu hanya dua blah bilik sahaja yang dijadikan bilik tidur. Ukuran saiz bilik yang kecil (100 kp) ditambah dengzn perabot menyebabkan kesesakan di dalam bililc tidur. Di samping itu, kanak-kanak ini

Page 5: KESAN PERSEKiTARAN RUANG RUMAH TERHADAP …repo.uum.edu.my/11686/1/Zakiyah.pdf · 2014. 7. 9. · ' Kertas kerja dibentangkan dalam Simposium Kebangsaan Kebajikan Kanak-kanak 2004,

.- -

PELAN LANTAI =:- : ,-

Page 6: KESAN PERSEKiTARAN RUANG RUMAH TERHADAP …repo.uum.edu.my/11686/1/Zakiyah.pdf · 2014. 7. 9. · ' Kertas kerja dibentangkan dalam Simposium Kebangsaan Kebajikan Kanak-kanak 2004,

mengakui bahawa tidur di ruang tamu lebih selesa kerana menurut seorang kanak-kanak, "dalam bilik panas, rak ada kipas". Seorang kanak-kanak lain menambah bahawa beliau "tak tidur kat bilik, panas sangat ..... sempit". Ruang bilik yang sempit dan peredaran udara yang tidak begitu niemuaskan menyebabkan mereka memilih untuk tidur di ruang tamu.

Roang makanldapur Ruang untuk dapur dan ruang makan diwujudkan bersama-sama ruang tarnu tanpa

adanya sckatan. Sinki untuk membasuh pinggan mangkuk juga diletakkan di ruang tersebut. R ~ m a h yang terdapat di taman ini tidak mempunyai dapur yang khusus bagi kemudahan surirumah untuk inemasak (lihat rajah l).Oleh itu pelbagai langkah telah diwujudkan oleh responden bagi mengatasi masalah tersebut (rujuk jadual).

Ketiadaan ruang dapur yang khusus menyebabkan timbul beberapa masalah misalnya menyebabkan ruang tamu menjadi lebih sempit dan menimbulkan kesesakan di dalam rumah. Sepertimana yang telah dijelaskan sebelum ini, masalah timbul apabila bilik ketiga dijadikan dapur, menyebabkan anak-anak responden yang tidur di ruang tamu akibat kekurangan bilik.

Alcibatnya ruang tarnu akan menjadi tempat tidur, ruang malcan, dapur, ruang untuk berehat bersama keluarga serta tempat untuk anak-anak belajar. Kebanyakan aktiviti keluarga seperti menonton televisyen, berbual dan menjamu selera dijalankan di ruang tamu. Apabila kesernua aktiviti dijalankan tii ruang ini, sudah pasti akan wujud masalah dan perasaan tidak selesa.

Satu cara yang digunakan oleh responden ialah dengan mewujudkan partition, meletakkan almari atau perabot di ruang tamu untuk dijadikan kawasan dapur. Majoriti responden (68.9%) memilih kaedah kedua iaitu dengan menjadikan bilik hujung (no. 3) untuk dijadikan dapur. Keadaan ini biasanya wujud bagi penghuni yang inempunyai keluarga yang sedikit atslu yang mempunyai isirumah lelaki yang ramai agar golongan remaja boleh tidur di ruang tamu. Cara ketiga ialah dei~gan mengubahsuai bahagian belakang rumah dengan menambah atau membina bahagian belakang untuk dijadikan dapur.

Jadual 1

-nakan Bilangan

I Jumlah 1 90 1 100.0 I

perat u s 7

1 Bilik hujung dijadikan dapur Ubahsuai belakang Wujcdkan partition, almarilperabot

Ruang Mengulangkaji Pelajaran Hasil kajian menunjukkan 52.2% anak-anak adalah dalam peringkat persekolahan dan

kebanyakannya di peringkat sekolah rendah. Manakala 47.8% mempunyai anak yang masih kecil dan belum bersekolah, iaitu di bawah usia enam tahun. Kanak-kanak yang bersekolah ini mengulangkaji pelajaran di bilik tidur atau di ruang tamulruang rehat dan ruang makan. Seramai 65% kanak-kanak mengulangkaji pelajaran dan membuat kerja sekolah dalam jangkamasa satu jam, 15% dalam jangkamasa satu setengah jam dan 10% dalam jangkamasa dua jam, hanya 10% yang mengulangkaji pelajaran dan membuat kerja sekolah dalam jangkamasa setengah jam. Manakala 55% menyatakan mereka menggunakan meja dan kerusi semasa ulangkaji pelajaran dan membuat kerja sekolah, selebihnya meniarap di atas lantai

62 2 1 7

Page 7: KESAN PERSEKiTARAN RUANG RUMAH TERHADAP …repo.uum.edu.my/11686/1/Zakiyah.pdf · 2014. 7. 9. · ' Kertas kerja dibentangkan dalam Simposium Kebangsaan Kebajikan Kanak-kanak 2004,

ruang tamu yang dilapik dengan pennaidani atau tikar getah. Walau bagaimanapun, hanya 2% sahaja yang menggilnakan meja dan kerusi yang disediakan khusus untuk kegunaan pelajaran, selebihnya menggunakan meja dan kerusi di ruang tamu atau ruang makan. Mereka juga biasanya ~nengulangkaji pelajaran dan membaca buku di sebelah petang atau malam.

Bagi yang mengulangkaji pelajaran di ruang tamu atau ruang makan, masalah yang kerap dihadapi ialah apabila ada teta~nu yang berkunjung ke rumah atau apabila ada di kalangan anggota isirumah yang memasang televisyen dengan kuat. Keadaan ini memaksa mereka beralih ke tempat atau ruang yang lain. Seorang kanak-kanak berkata " adik bukak tv, tengok sama. Bila mak marah, buat laa ...( kerja sekolah)".

Sementara bagi kanak-kanak yang mengulangkaji pelajaran atau membuat kerja aekolah di dalam bilik tidur menghadapi masalah apabila ada isirumah yang lain ingin tidur dan menutup lampu serta suasana yang bising di dalam rumah. Ini diakui oleh seorang ltanak- kanak yang berkata " orang datang (tetamu) ... bising. Bising jugak, abang bukak tv deras (kuat)".

Tiada kaitan Bilik Tidur

I Ruang Rehathamu Ruang Makan ! Tidak tentu

Jadual2 Pelajaran

I Jurnlah I 90 1 100.0 1

Tempat Bilangan

Ruang untuk bermain Walaupun pihak pemaju ada menyedialtan kemudahan taman permainan kanak-kanak,

nalnun ia menjadi tumpuan 26.7% kanalt-kanak sahaja. Ini kerana taman permainan yang terdapat di kawasan peruinahan kos rendah Taman Bersatu tidak terurus dan tidak diperbaiki. Banyak kemudahan permainan yang terdapat di taman tersebut seperti buaian, jongltang- jongkit dan papan ge lu~sur telah rosak dan tidak ada usaha pihalt-pihak tertentu untuk memperbaikinya. Di sarnping itu, tainan permainan ini juga penuh dengan lalang-Ialang dan rumput yang terbiar yang sekaligus memburukkan lagi keadaan taman permainan di Taman Bersatu. Ia juga dipenuhi dengan kaca, paku, besi-besi yang digunakan untuk pembinaan rumah.

Bagi kanak-kanak yang bermain di sekeliling kawasan rumah pula terdedah dengan masalah kekotoran dan penyakit. Parit dan longkang di persekitaran rumah sering tersumbat kerana tingkah laku penghuni sendiri yang gelnar membuang sampab dan sisa makanan ke dalamnya. Ia akan menimbulkan bau yang kurang enak kerana pengaliran air tidak dapat berjalan lancar dan menimbulkan pencemaran bau serta boleh mendatangkan penpakit seperti aedes dan denlam denggi apabila menjadi sarang nyamuk. Dalam masa yang sama, mereka juga terdedah kepnda bahaya jika terjatuh masuk ke dalam longkang dan parit. Manakala keadaan jalan-jalan di taman irii seringkali dipenuhi dengan sampah sarap dan najis-najis binatang seperti najis lembu dan kambing yang bertaburan di atas jalan dan dibiarkan begitu sallaja ianpa d iatnbil sebarang tindakan.

peratus 1

Page 8: KESAN PERSEKiTARAN RUANG RUMAH TERHADAP …repo.uum.edu.my/11686/1/Zakiyah.pdf · 2014. 7. 9. · ' Kertas kerja dibentangkan dalam Simposium Kebangsaan Kebajikan Kanak-kanak 2004,

Jadual3 Ruang untuk bermain

7

Tidak Tidak Berkaitan Tempat

----- Yo

Disekeliling rumah Di dalam rumah 27.8 56.7 15.6

26.7 57.8 15.6

* lebih daripada satu jawapan

Bertentangan dengan Taman Bersatu ialah Taman Delima iaitu sebuah taman perumahan kos sederhana yang baru sahaja siap dibina dan diduduki. Taman ini juga menyediakan sebuah taman permainan kanak-kanak. Kebersihan dan keselesaan taman permainan kanak-kanak di Taman Delima menyebabkan ada di kalangan kanak-kanak di Taman Bersatu memilih untuk bermain di situ. Mereka juga mengakui "lebih selamat" bermain di taman permainan kanak-kanak di Taman Delima. Namun begitu, seorang kanak- kanak berusia 8 tahun menyatakan beliau tidak seronok bermain di taman permainan Taman Delima kerana terlalu ramai kanak-kanak yang tertumpu di situ.

Kesan persekitaran ruang Berdasarkan kajian, golongan berpendapatan rendah di kawasan ini secara zahirnya

sudahpun mernenuhi keperluan asasi hidup mereka apabila berjaya memperolehi sebuah rumah sesuai dengan pendapatan mereka dan dapat memenuhi keperluan keluarga. Namun, Icajian ini menunjukcan bahawa rata-rata penghuni merungut tentang tiadanya keselesaan akibat kekurangan ruang, Kanak-kanak juga didapati merasa tidak selesa dengan keadaan kesesakan ruang fizikal rurnah serta ruang persekitaran yang mengundang bahaya.

Antara faktor yang rnenyebabkan ketidakselesaan ialah tiadanya ruang yang khusus untuk ah!i keluarga penghuni antara yang lelaki dan perempuan dan tiada pembahagian ruang antara penghuni d m tetamu. Pengaruh susun atur ruang ini amat besar kepada penghuni sesebuah rumah. Melihat kepada rekabentuk dalaman rumah di kawasan kajian ini, ruang tamu dan dapur tidak dipisahkan dan tiada pembahagian bilik tidur yang khusus untuk mengasingkan anak lelaki dan anak perempuan. Pengasingan bilik tidur antara dua jantina anak-anak amat diutamakan didalam ajaran Islam terutamanya bagi kanak-kanak yang sudah mumuyyiz (mampu berfikir) (Siti Zalikhah Md. Noor, 1996).

Pemisahan tempar tidul- yang dimaksudkan adalah di antara ibu-bapa dan anak-anak dan juga di antara anak lelaki d m perempuan. Ajaran agama Islam amat menitik beratkan faktor ini demi menjaga akhlak dan mendidik hawa nafsu lnereka ke jalan yang diredhai Allah. Dalam usia muda percampuran anak lelaki dan perempuan di dalam satu tempat tidur dikhuatiri akan merangsang nafsu jantina mereka apabila terpandang aurat antara mereka sama ada secara sedar atau tidak dan semua ini akan rnenjurus kepada kerosakan akhlak serta kcruntuban moral yang natijahnya amat suksr dibendung (Abdullah Nasih Ulwan, 1988). Ini arnat penting bagi meningkatkan kesejahteraan sosial dan spiritual mereka.

Hasil kajian inenunjukkan walaupun pada pandangan kasar pemaju menyediakan tiga buah bilik, tetapi sebenamya tiada ruangan dapur disediakan. Penghuni yang tidak mahu mengurangkan saiz ruang tamunya telah mernilih bilik ketiga (belakang) sebagai ruang dapur. I r ~ i secara tidak l a~gsung telah mengurangkan jumlah bilik tidur yang sebenar. Jika bilik yang ketiga dijadikan dapur, inaka bilangan bilik tidur yang ada hanyalah dua buah, iaitu sebuah untuk bilik tidur ibu-bapa, dan sebuah lagi untuk anak perempuan. Jelas dari jawapan

Page 9: KESAN PERSEKiTARAN RUANG RUMAH TERHADAP …repo.uum.edu.my/11686/1/Zakiyah.pdf · 2014. 7. 9. · ' Kertas kerja dibentangkan dalam Simposium Kebangsaan Kebajikan Kanak-kanak 2004,

resporide1-1, ariak-anak lelaki terpaksa disuruh tidur di ruang tamu. Dapatan yang sarna didapati dalam kajian Nurizan Yahqa & Halimah Ahmad, 1992.

Selain itu, keselesaan sesebuah rumah juga membawa maksud kemudahan untuk menerima tetainu dan kesediaan untuk menerima mereka dengan rnesra dan murahati (Siti Zalikhah Md. Noor, 1996). Ruang tamu yar~g sempit di kawasan perumahan ini tidak mampu mengasingkan tetainu dengan ruang untuk keluarga. Pada hakikatnya senibina rumah-rumah Melayu lebih berkonsepkan ruang serbaguna berbanding rekabentuk rumah Limas (adunan pe~lgnruh Bugis, Jawa, Banjar dan Belanda) yang ada di Malaysia, yang mempunyai bilik- bilik tidur untuk anak gadis dan teiuna, Silik tidur tetamu dan bilik tidur ibu bapa (Abdul IIalim Nasir, 1985 3.

Pada kebiasaannya dalam senibina sesebuah rumall moden, ciri-ciri ini dikekalkan isiru serarnbi rumah dikenali sebagai ruang tamu manakala ibu rumah adalah ruang keluarga. Kekurangan ini jelas terdapat pada rekabentuk rumah kos rendah iaitu ruang tamu tidak dipisahkan dengan ruang makan atau ruang keluarga. Malah pada ketika yang sama jika rumah mereka dikunjungi tetamu, anak-anak harus berada di dalam bilik atau mereka terpaksa keluar merayau-rayau. Keadaan kesesakan ini boleh mempengaruhi kesihatan mental sesebuah keluarga. Anak-anak yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan kesesakan ini biassnya akan mencari altematif lain deilgan berada di luar rumah dan inilah yang lnerupakan antara punca timbulnya masalah lepak di kalailgan remaja, lari dari rumah a ta~i mencari hiburan di luar rumah, Dalain ltajian ini, pengkaji mendapati terdapat dua kes yang menjeru~nuskan kanak-kanak ke arah jenayah juvana dan gangsterisme. Satu kes melibatkan anak seorang reponden yang berusia 12 tahun ditangltap polis kerana mencuri motosikal. Sementara satu kes lagi melibatkan remaja 17 tahun yang bergaduh di kawasan luar sekolahnya dan dipukul di kepala dengan topi lteledar ole11 sekumpillan remaja. Kejadian ini berpunca akibat kesesakan di dalam rumah yang mengakibatkan mereka lebih suka menghabiskan masa di luar rumah dan terdedah kepada gejala sosial. Kajian Ahmad Nurulazam Md Zain dan Mustapa Kassim (1995) serta Iran Herman (1995) menunjukkan remaja melepak kerana keadaan di rumah yang terlalu ramai untuk menenangkan fikiran, keadaan di rumah yang sempit dan ketiadaan 'privacy' di rumah.

Dalam lnasa yang sama, pihak pemaju perumahan juga boleh menyediakan ruang untuk mini perpustakaan bagi membantu pelajar untuk mengulangkaji pelajaran serta membaca buku. Secara tidak langsung ia dapat meningkatkan kesejahteraan mental dan emosi kanak-kanak, memudahkan mereka belajar serta membolehkan mereka merasa selesa del~gan persekitaran pembelajaran yang kondusif, ekoran faktor ruang yang terhad atau ketiadaan ruang.

Kemudahan taman permainan kanak-kanak yang tidak begitu memuaskan sedikit sebanyak memberi kesan terhadap kesejahteraan fizikal, mental dan sosial kanak-kanak. Syed Zainol Abidin Idid Syed Abdullah Idid (2004) berpendapat bahawa kanak-kanak pada zaman sekarang hanya boleh bermain di sekitar kawasan perumahan mereka yang sempit dan terhad ataupun bsrmain di taman permainan kanak-kanak yang mernpunyai kelengkapan permainan yang statik, serta berdekatan Jengan rumah, berbanding zaman dahulu. Kanak-kanak yang tinggal di kawasan kampung lebih berpeluang bermain serta mempelajari peranan sosial mereka bersama-sama rakan sebaya di kawasan yang lebih luas dan tidak terhad. Akibat kekurangan ruang dan ruang yang terhad, kita dapati ramai di kalangan kanak-ltanak lebih suka mer~ghabiskan lnasa di dalam rumah dengan menonton televisyen. Sementara bagi kanak-kanak yang bermain di sekitar kawasan kediaman, adalah lebih baik sekiranya pihak pemaju menutup longkang dan parit dengan besi jeriji (grill) agar kanak-kanak tidak terjatuh ke dalam longkang dan parit yang terbuka.

Page 10: KESAN PERSEKiTARAN RUANG RUMAH TERHADAP …repo.uum.edu.my/11686/1/Zakiyah.pdf · 2014. 7. 9. · ' Kertas kerja dibentangkan dalam Simposium Kebangsaan Kebajikan Kanak-kanak 2004,

Rumusan Hasil kajian ini menunjukkan ruang fizikal dan persekitaran rumah memberi kesan

terhadap kesejahteraan kanak-kanak Ketiadaan ruang dapur telah menyebabkan kebanyakan penghuni terpaksa menjadikan bilik ketiga sebagai dapur. Ini sekaligus telah menyebabkan ruang tamu menjadi pusat bagi segala aktiviti seperti ruang untuk kanak-kanak mengulangkaji pelajaran, tnenonton televisyen, mengl~abiskan masa dengan keluarga, tempat untuk tidur dan ruang untuk makan. Isu kekurangan ruang ini jika dilihat dari aspek fizikal dan psikososial, boleh memberi kesan yang mendalam dari segi keperiuan ruang sebagai keperluan asasi sekaligus mempengaruhi kualiri hidup penghuni. Dari segi persekitaran, ruang untuk kanak- kanak bermain menimbulkan konflik ketana taman permainan kanak-kanak yang terbiar, rosak dan lnengundang bahaya.

Secara tidak langsung, kanak-kanak akan terjejas dari kesejahteraan fizikal, mental, emosi, sosial dan spiritual. Mereka akan merasa tidak seIesa dan tertekan apabila berada di rumah dan mencari jalan keluar sepertimana kes kedua-dua orang kanak-kanak yang telah dinyatakan sebelum ini.

Kajian ini juga memaparkan bahawa kebanyakan responden telah rnelakukan pengubahsuaian khususnya terhadap ruang dapur, selain daripada ruang tamu serta bilik mandi dan tandas. Keadaan ini adalah selaras dengan bertambahnya bilangan ahli keluarga dan meningkatnya pendapatan isirumah. Kemampuan inilah yang mempengaruhi responden untuk mengubah~suai rumah mereka.

Bagi mereka yang kurang berkemampuan untuk membuat pengubahsuaian rumah, pemaju perumahan seharusnya memikirkan tentang keperluan penghuni tersebut. Jika tidak, ini menggarnbarkan pemaju seolah-olah memaksa penghuni berpendapatan rendah menyesuaikan diri dengan saiz rulnah yang dibekalkan. Bagi kanak-kanak ini pula, mereka telpaksa berhadapan dengan keadaan kekurangan atau kesesakan ruang dan memilih untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sedia ada. Namun bagi segelintir kanak-kanak lain, mereka akan memilih jalan keluar yang boleh menyebabkan mereka terjebak d a l m ~ kancah gejala soslal jika tidak dipantau oleh ibu bapa atau keluarga.

RUJUKAN -4bdullah Nasih Ulwan. 1998. Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam. alihbahasa Syed Ahmad

Semait. Jilid 2. Singapura: Pustaka Nasional Pte.Ltd. Abdul Halim Nasir. 1985. Pengenalan Rumah Trrrdisional Me1a.y~ Semenanjung Malaysia.

Kuala Lumpur: Darulfikir. Abdul Latib Omar. 1986. Industri Perumahan Dalam Tempoh 1990-2000. Jurnal

Kementerian Perumahan dun Kerajaan Tempatan :28-37. Ahmad Nurulazam Md Zain & Mustapa Kassim.1995. Lepak di kalangan pelajar-kajian di

negeri Perak dan Pulau Pinang. Dalam Mahmood Nazar Mohamed & Hajah Sabitha Marican (Penyelenggara). Prosiding kertas kerja Gejala Sosial. Seminar Kebangsaan Gejala Sosial. Sintok: Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia.

Azizah Kassim. 1989. Pembandaran dan Masalah Perumahan Golongan Miskin di Kuala Lumpur. SAIUANA. Universiti Malaya. 5. Disember: 133-1 54.

Husna Sulaiman & Nurizan Yahya, 1987. Housing Provision and Satisfaction of Low Income Households in Kuala Lumpur. Habitat International. 13(4): 63-69.

Iran Herman. 1995. Tingkah laku lepak remaja luar bandar: strategi nienangani masalah. Dalarn Mahmood Nazar Mohamed & Hajah Sabitha Marican (Penyelenggara). Prosiding kertas kerja Gejala Sosial. Seminar Kebangsaan Gejala Sosial. Sintok: Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia.

Page 11: KESAN PERSEKiTARAN RUANG RUMAH TERHADAP …repo.uum.edu.my/11686/1/Zakiyah.pdf · 2014. 7. 9. · ' Kertas kerja dibentangkan dalam Simposium Kebangsaan Kebajikan Kanak-kanak 2004,

Lawrence, R.J. 1995. Housing Quality : An Agenda for Research, Urban Studies, 32(11): 1155-1664.

Malaysia. 1991. Rancangnn Malaysia Keenam, !991-1995. Kuala Lumpur : Jabatan Percetakan Negara.

Mohd Kazali Agus. 1986. Politik Dalam Perumuhan. Kuala Lumpur : Gateway Publishing House Sdn Bhd.

. 1992. Pembangunan Perumahan:Isu dun Pmspek. Kuala Lumpur:Dewan Eahasa dan Pustaka.

- . 1993. Keselesaan Penghuni dan Pilihan 13akal Pembeli Perumahan Kos enda ah di Terengganu Darul Iman. Laporan untuk Unit Perancangan Eltonomi Negeri Terengganu Darul Iman. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

Noor Sharifah Sutan Saidi. 1992. Aspek Kemanusiaan Dalam Perancangan Perumahan Kos Rendah: Kesesuaian Unit Rumah Flat. Kertas Kerja Seminar Penyelidikan Ke-2, Perancangari Pembangunan: Aspek Kemanusiaan Dalam Perancangan. Fakulti Sains Pembangunan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 24 Ogos.

Nurizan Yahya. 1989. Peranan Pemerintah Terhadap Perumahan dan Persetingganan: Tumpuan Ke Atas Golongan Miskin di Empat Buah Komuniti di Kuala Lumpur dan Seremban. Tesis PhD. Institut Pengajian Tinggi, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

. 1998. Kualiti Perumahan dan Kualiti Hidup. A-VALISIS. 5 (1&2): 133-149. Nurizan ~ a h y a & Halimah Ahmad. 1992. Kepuasan dan Defisit Perumahan di Rumah Kos

Rendah Semenanjung Malaysia. Manusia dun Masyarakat. 7: 3-20. Peck, C. & Stewart, K.K. 1985. Satisfaction With Housing and Quality of Life. Home

Economic Research Jourrzal. 13(4): 363-372. Siti Zalikhah Md Nor. 1996. Kaunseling Perkahwinan Menurut Perspebtlflslam. Selailgor:

Inqtitut Pengajian Ilmu-ilmu Islam. Sulong Mohamad. 1984. Perumahan Awam Kos Rendah di T~rengganu : Isu, Musalah Gian

Penerimaan Masyarakat. Monograf 10. Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Syed Z a i ~ ~ o l Abidin ldid Syed Abdullah Idid. 2004. Achieving quality of life through urban design. Kertas kerja dibentangkan dalam Eleventh Leadership Seminar (SEACEUM 1 I). Quality of Life-Challenges of Urban Living and Community Development. 19-20 Mei. Hotel Istana, Kuala Lumpur.

Zakiyah Jarnaluddin. 1995. Penempatan Semula Setinggan Melalui Projek Penswastaan : Kajian Kes di Desa Pandan, Kuala Lumpur. Tesis MA. Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Malaya.

Zakiyah Jamaluddin & Mohd Razali Agus. 1998. Penswastaan Perumahan Setinggan : Halangan dan Kejayaan. Dalam Mohd Razali Agus dan Fashbir Noor Sidin (eds). Pembangunan Sosiul dan Ekonomi di Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Malaya.

Zakiyah Jamaluddin, Sharifah Sofiah Atiqah Syed Ibrahim & Afifah Abu Yazid. 2003. Kepuasan terhadap perumahan dan impak terhadap permasalahan sosial. Dalam Zakiyah Jamaluddin (editor). Pengurusan Perkhidmatan Kerja Sosial di Malaysiu. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.