kesan perkembangan sistem pengangkutan dan cadangan langkah-langkah yang

8
NURAIN NAJIHAH BINTI HASRAN 2 RKIK

Upload: ain0207

Post on 03-Jun-2018

253 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kesan Perkembangan Sistem Pengangkutan Dan Cadangan Langkah-langkah Yang

8/11/2019 Kesan Perkembangan Sistem Pengangkutan Dan Cadangan Langkah-langkah Yang

http://slidepdf.com/reader/full/kesan-perkembangan-sistem-pengangkutan-dan-cadangan-langkah-langkah-yang 1/7

NURAIN NAJIHAH BINTI HASRAN

2 RKIK

Page 2: Kesan Perkembangan Sistem Pengangkutan Dan Cadangan Langkah-langkah Yang

8/11/2019 Kesan Perkembangan Sistem Pengangkutan Dan Cadangan Langkah-langkah Yang

http://slidepdf.com/reader/full/kesan-perkembangan-sistem-pengangkutan-dan-cadangan-langkah-langkah-yang 2/7

 

Pendahuluan

Pengangkutan bermaksud membawa barangan dari satu tempat ke satu tempat

yang lain. Selain itu, pengertian pengangkutan ini juga bermaksud kenderaan.

Walaupun definisi pengangkutan disampaikan dengan cara berlainan tetapi

masih membawa maksud yang sama iaitu, pengangkutan bermaksud

pergerakan untuk membawa penumpang atau barangan dari suatu tempat ke

tempat yang lain ataupun mengubah lokasi fizikal sesuatu barangan atau

penumpang. Oleh itu, pengangkutan berfungsi sebagai media yang

menghubungkan satu lokasi dengan lokasi yang berlainan dan membolehkan

melakukan pergerakan manusia.

Sebagai satu aktiviti asas manusia, pengangkutan membantu memindahkan

manusia dan barangan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Sistem

pengangkutan yang terjalin dibentuk oleh jaringan jalan dan pengangkutan

dan seterusnya membentuk pergerakan yang berlaku dalam sesebuahkawasan. Bidang pengangkutan memainkan peranan penting dalam

menyelaras segala program pembangunan sesebuah negara. Sektor

pengangkutan bukan sahaja merupakan penawaran perkhidmatan yang

produktif dan berpotensi, tetapi juga merupakan penawaran kemudahan mod

pergerakan umum dalam pelbagai jenis dan bentuk bersesuaian dengan

kehendak kemajuan masyarakat. Malah dewasa ini pengangkutan merupakan

keperluan dalam kemudahan pergerakan manusia dan barangan yang perlu

dimiliki dan menjadi asas utama dalam kehidupan seharian.

Page 3: Kesan Perkembangan Sistem Pengangkutan Dan Cadangan Langkah-langkah Yang

8/11/2019 Kesan Perkembangan Sistem Pengangkutan Dan Cadangan Langkah-langkah Yang

http://slidepdf.com/reader/full/kesan-perkembangan-sistem-pengangkutan-dan-cadangan-langkah-langkah-yang 3/7

 

Dengan perkembangan aktiviti manusia yang kian meningkat dan bertambah

kompleks melalui pelbagai fungsi dan aktiviti seharian secara tidak

langsung meningkatkan keperluan permintaan terhadap pelbagai jenis

kenderaan. Serentak dengan itu, jumlah kenderaan di jalan raya juga

meningkat dengan pesatnya pada setiap tahun. Dengan bertambahnya

bilangan kenderaan secara berterusan di negara kita ketika ini seperti

 juga di negara-negara lain terutama di bandar-bandar utama dan di jalan-jalan raya utama secara langsungnya telah menimbulkan pelbagai

isu dan permasalahan lalu lintas khususnya kemalangan jalan raya.

Page 4: Kesan Perkembangan Sistem Pengangkutan Dan Cadangan Langkah-langkah Yang

8/11/2019 Kesan Perkembangan Sistem Pengangkutan Dan Cadangan Langkah-langkah Yang

http://slidepdf.com/reader/full/kesan-perkembangan-sistem-pengangkutan-dan-cadangan-langkah-langkah-yang 4/7

FUNGSI PENGANGKUTAN

Keperluan untuk pengangkutan wujud walaupun dalam masyarakat yang belum

mencapai pembangunan ekonomi yang tinggi. Apabila ekonomi sesuatu

kawasan makin membangun, permintaan untuk pengangkutan semakin

meningkat. Selain fungsi ekonomi, pengangkutan juga mempunyai fungsi

sosial untuk menghubungkan silaturahim sesama manusia sama ada ahli

keluarga atau sahabat handai. Dengan adanya sistem pengangkutan yang

lebih baik manusia boleh memilih untuk bekerja di sesuatu tempat di mana

majikan boleh menawarkan gaji yang lumayan tetapi pada masa yang sama

memilih untuk tinggal di kawasan pilihan mereka. Pengangkutan juga

membolehkan manusia menggunakan masa santainya dengan cara terbaik.

Di bandar, sebahagian besar penyediaan kemudahan adalah untuk memenuhi

permintaan bergerak daripada pengguna, dari satu tempat ke satu tempat

yang lain. Anataranya untuk menghubungkan pengguna ke tempat bekerja,

pusat perkhidmatan, sekolah dan institut pengajian, tempat membeli belah

dan sebagainya. Penyediaan mod pengangkutan yang pelbagai, adalah untuk

memberi peluang kepada masyarakat memilih mod pengangkutan yang lebih

mesra pengguna, selamat, selesa dan ekonomik. Pengangkutan juga dilihatsebagi pemangkin yang mampu melonjakkan pembangunan ekonomi ke

tahap yang lebih tinggi sejajar dengan maklamat untuk meningkatkan

Pengeluaran barangan dan perkhidmatan, penjanaan, guna tenaga dan

pembangunan masyarakat seluruhnya.

Pengangkutan berfungsi sebagai faktor integrasi dan koordinasi dalam masyarakat

yang komplek terutamanya dalam masyarakat perusahaan. Pegangkutan

berkait rapat dengan pergerakan barangan. Tanpa sistem pengangkutan,

sesuatu masyarakat itu tidak dapat berkembang maju dan menerima

perubahan dalam sistem sosial, ekonomi dan sebagainya. Pengangkutan juga

mempunyai fungsi yang berkaitan dengan pertambahan penduduk,

perkembangn bandar dan guna tanah. Pengangkutan boleh mengubah bentuk

perkembangan bandar. Pada masa dahulu, pertambahan penduduk hanya

tertumpu pada kawasan yang mempunyai sosioekonomi tertentu tetapi

dengan perkembangan pengangkutan, perkembangan bandar mengikut

perkembangan pengangkutan.

Page 5: Kesan Perkembangan Sistem Pengangkutan Dan Cadangan Langkah-langkah Yang

8/11/2019 Kesan Perkembangan Sistem Pengangkutan Dan Cadangan Langkah-langkah Yang

http://slidepdf.com/reader/full/kesan-perkembangan-sistem-pengangkutan-dan-cadangan-langkah-langkah-yang 5/7

JENIS-JENIS PENGANGKUTAN

Pengangkutan boleh dibahagiakan kepada pelbagai jenis. Jika dikaitkan dengan

mod atau ragam pengangkutan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagianiaitu pengangkutan darat, pengangkutan air, dan juga pengangkutan udara.

PENGANGKUTAN DARAT

Pengangkutan darat biasanya dikaitkan dengan kenderaan yang menggunakan

 jalan raya sebagai laluan. Antaranya ialah kenderaan persendirian seperti

kereta dan juga motosikal, pengangkutan awam seperti bas ekspres, bas mini,

teksi dan juga kereta sewa, serta kenderaan perdagangan seperti lori, bas

kilang dan juga treler.

Setiap jenis kenderaan mempunyai fungsi serta kapasiti masing-masing. Sebagai

contoh, kenderaan persendirian memberi kelebihan dari segi penjimatan

masa, perkhidmatan dari pintu ke pintu dan kebolehsampaian. Walau

bagaimanapun, kenderaan persendirian hanya mampu menampung 4 hingga

5 orang penumpang untuk kereta ataupun, 6-8 orang untuk kenderaan serba

guna (MPV). Sementara pengangkutan awam memberi faedah dari segikemurahan tambang, keupayaan kenderaan yang tinggi dan juga kemudahan

mendapatkan perkhidmatan. Berikut merupakan pendaftaran kenderaan

darat mengikut jenis.

Page 6: Kesan Perkembangan Sistem Pengangkutan Dan Cadangan Langkah-langkah Yang

8/11/2019 Kesan Perkembangan Sistem Pengangkutan Dan Cadangan Langkah-langkah Yang

http://slidepdf.com/reader/full/kesan-perkembangan-sistem-pengangkutan-dan-cadangan-langkah-langkah-yang 6/7

CARA PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN AWAL

NEGARA MALAYSIA

Pengangkutan awal di negara Malaysia terbahagi kepada dua iaitu pengangkutandarat dan pengangkutan air. Pengangkutan darat pada peringkat awal ialah

melalui denai, lorong-lorong jalan kaki, dan jalan tidak berturap. Cara

pengangkutannya adalah dengan menggunakan kereta lembu, kereta kerbau,

kereta kuda, kereta andu dan beca.

Pengangkutan air pula bergantung kepada sungai dan laut. Pengangkutan ini

menghubungkan satu kawasan dengan satu kawasan yang lain. Rakit dan

perahu merupakan cara pengangkutan sungai yang awal digunakan manakala

 jong pul digunakan untuk pengangkutan di laut.

Pada peringkat awal, sistem perhubungan di negara Malaysia menggunakan isyarat

asap, beduk, laung dan ketuk-ketuk. Isyarat ini digunakan untuk

menyampaikan maklumat antara penduduk dari satu tempat ke satu tempat

yang lain. Asap dihasilkan dengan menyalakan unggun api. Asap yang naik

berkepul-kepul ke udara menjadi isyarat untuk memaklumkan sesuatuperkara. Benduk dan ketuk-ketuk pula dipukul untuk mengeluarkan bunyi.

Cara ketukan yang berbeza akan mengeluarkan bunyi yang berlainan. Setiap

bunyi dan cara ketukan membawa isyarat atau maksud yang tertentu. Laung

pula ditiup bagi menghasilkan bunyi. Bunyi ini memberi isyarat tertentu.

Laung dan ketuk-ketuk digunakan sebagai isyarat keselamatan dan

pemberitahuan sesuatu aktiviti di sesuatu kawasan. Apabila berlaku

kecemasan, para penduduk akan menggunakan laung atau ketuk-ketuk juga

digunakan untuk memberitahu penduduk setempat tentang sesuatu aktivitiyang akan dijalankan seperti gotong-royong dan permainan rakyat.

Kereta andu ialah kenderaan tanpa roda untuk membawa barangan yang ditarik

oleh kerbau atau lembu.

Jong ialah kapal kecil untuk mengangkut barangan atau penumpang di laut.

Laung ialah alat yang dibuat daripada buluh atau tanduk binatang. Alat ini perlu

ditiup untuk menghasilkan bunyi.Ketuk-ketuk ialah alat yang diperbuat daripada batang kayu yang dibuang

bahagian tengahnya. Alat ini diketuk untuk mengeluarkan bunyi.

Page 7: Kesan Perkembangan Sistem Pengangkutan Dan Cadangan Langkah-langkah Yang

8/11/2019 Kesan Perkembangan Sistem Pengangkutan Dan Cadangan Langkah-langkah Yang

http://slidepdf.com/reader/full/kesan-perkembangan-sistem-pengangkutan-dan-cadangan-langkah-langkah-yang 7/7