kesalahan-kesalahan jenayah syariah dibawah enakmen pentadbiran ugama islam & adat resam...
DESCRIPTION
Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah Dibawah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987)TRANSCRIPT
Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah Dibawah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam
& Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987)
Pembahagian Peruntukan Kanun Jenayah Syariah Bagi Tujuan Kajian
Kebanyakan kesalahan di dalam Kanun Jenayah Syariah ini boleh dibahagikan kepada dua
kategori yang secara umumnya berkenaan perbuatan dan perkataan yang dilakukan oleh
seseorang Muslim tersebut. Kedua-dua bentuk kesalahan ini banyak dilakukan oleh umat
Islam di Malaysia terutamanya yang melibatkan kesalahan dari segi perbuat yang mana
kesalahan-kesalahan tersebut boleh didakwa di bawah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam
& Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987) (Bahagian IX – Kesalahan) berdasarkan
bidang kuasa di negeri Pahang sepertimana yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan
Persekutuan.
Bagi tujuan Analisa ini, penulis akan hanya mengambil beberapa seksyen tertentu daripada
kedua-dua statut ini sebagai subjek kajian dan perbandingan. Kesalahan-kesalahan jenayah
Syariah banyak berkait rapat di dalam peruntukan bahagian IX dan Penulis tidak akan
membincangkan tentang perlakuan permasalahan yang lain dan hanya memberi penumpuan
di dalam kanun jenayah syariah di negeri Pahang sahaja.
Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah Dibawah Enakmen Pentadbiran Ugama
Islam
& Adat Resam Melayu Pahang 1982
Seksyen 135. Sembahyang Jumaat.
Mana-mana lelaki yang berumur lima belas tahun atau lebih tidak menunaikan fardhu
Jumaat di Masjid Mukimnya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit boleh
dihukum denda tidak lebih daripada lima puluh ringgit atau penjara tidak lebih daripada
tujuh hari:
Dengan syarat bahawa tidak menjadi kesalahan jika ketidak hadirannya itu boleh dimaafkan
mengikut Hukum Syara'.
Seksyen 135, Kesalahan Jenayah Syariah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam & Adat Resam
Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987) menyatakan mana-mana lelaki yang berumur lima belas
tahun atau lebih tidak menunaikan fardhu Jumaat di Masjid Mukimnya adalah melakukan
suatu kesalahan dan apabila sabit boleh dihukum denda tidak lebih daripada lima puluh
ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan. Tetapi dengan syarat kesalahan yang
dilakukan itu bukan disebabkan berlakunya kesulitan untuk menhadirkan dirinya.
Minuman Yang Memabukkan
Seksyen 136. Minuman yang memabukkan.
Sesiapa jua orang Islam dalam mana-mana kedai atau tempat awam, menjual, membeli atau
meminum arak adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum
denda tidak lebih daripada satu ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada lima belas
hari.
Seksyen 136, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam
& Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987) menyatakan mana-mana orang di kedai
atau di tempat awam yang meminum minuman yang memabukkan adalah melakukan satu
kesalahan dan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tidak lebih 3 bulan atau kedua-dua hukuman itu.
Analisa
Apa yang penting untuk diketahui di sini ialah kesalahan meminum minuman yang
memabukkan hanya akan dianggap sebagai satu kesalahan jika ia diminum di tempat awam
atau di kedai sahaja. Persoalannya, bagaimana pula jika seseorang Muslim meminum arak di
tempat persendirian? Adakah ianya boleh dianggap sebagai satu kesalahan di bawah undang-
undang ini? Penulis juga mendapati bahawa hukuman yang diperuntukkan kepada pihak yang
meminum arak sebenarnya agak ringan jika. berbanding dengan kesalahan lain yang
disebutkan di atas sedangkan kesalahan meminum itu adalah tetakluk kepada hukuman hudud
dan hukumannya adalah sebatan sebanyak empat puluh kali atau lapan puluh kali rotan iaitu
satu hukuman yang agak Berat.
Di dalam kes Timbalan Pendakwa Syarie Lawan Kartika Seri Dewi Binti Shukarno.2008.
pihak yang kena tuduh telah disabitkan kesalahan meminum minuman yang memabukkan
jenis Tiger Beer. Pada 1 Disember 2008, pertuduhan telah dibacakan dan difahamkan kepada
Tertuduh. Tertuduh tahu dan faham berkenaan pertuduhan yang dibacakan oleh Timbalan
Pendakwa Syarie dan mengakui fakta yang telah dikemukakan kepadanya serta mengaku
bersalah (al-Iqrar). Tertuduh juga faham dan tahu kesan dan akibat daripada pengakuan
bersalahnya itu. Tertuduh dihukum dengan di denda sebanyak RM 5000.00 dan penjara 3
tahun jika gagal membayar denda dan Tertuduh disebat sebanyak enam kali sebatan. Tetapi
hukuman ini telah ditukar dengan hukuman melakukan kerja amal di sebuah rumah anak
yatim selama tiga minggu. Hukuman yang diterima itu hanyalah berbentuk takzir sahaja
sedangkan hukuman yang diperuntukkan di dalam undang-undang Jenayah Syariah adalah
lebih berat lagi.
Hukuman di dalam undang-undang kesalahan jenayah syariah ini juga nampaknya tidak
memperuntukkan hukuman sebat kepada pesalah sepertimana yang diperuntukkan di dalam
kesalahan yang melibatkan kesusilaan seperti zina, sumbang mahram, pelacuran dan
sebagainya. Ini juga tidak bertepatan dengan peruntukan yang diberikan oleh Parlimen
kepada Mahkamah Syariah melaksanakan hukuman sebat seperti mana yang diberikan
melalui Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1984 iaitu hukuman sebat
sebanyak enam kali diperuntukkan.
Seksyen 137. Makanan dalam bulan Ramadan.
(1) Sesiapa jua orang Islam pada waktu siang hari dalam bulan Ramadan membeli apa-apa
barang untuk dimakan, diminum atau dihisap dengan serta merta atau menjualnya kepada
seorang yang berugama Islam untuk dimakan, diminum atau dihisap dengan serta merta
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit boleh dihukum denda tidak lebih
daripada lima puluh ringgit atau penjara tidak lebih daripada tujuh hari dan bagi kesalahan
yang kedua atau bagi tiap-tiap kesalahan yang berikutnya didenda tidak lebih daripada satu
ratus ringgit atau dipenjara tidak lebih daripada lima belas hari.
(2) Sesiapa jua orang Islam yang tidak harus pada Hukum Syara' berbuka puasa memakan
atau meminum sebarang makanan atau minuman atau menghisap apa-apa benda sahaja
pada siang hari dalam Bulan Ramadan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit
boleh dihukum denda tidak lebih daripada lima puluh ringgit atau penjara tidak lebih
daripada tujuh hari dan bagi kesalahan yang kedua atau bagi tiap-tiap kesalahan yang
berikutnya didenda tidak lebih daripada satu ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada
lima belas hari atau kedua-duanya.
Seksyen 137 (1) dan (2), Kesalahan Jenayah Syariah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam &
Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987) menyatakan Sesiapa jua orang Islam pada
waktu siang hari dalam bulan Ramadan membeli apa-apa barang untuk dimakan, diminum
atau menjualnya kepada seorang yang berugama Islam untuk dimakan, dan membuka puasa
tidak berdasarkan apa yang disyaratkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit
boleh dihukum denda tidak lebih daripada dua ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada
satu tahun.
Seksyen 144. Menghasut.
Sesiapa menghasut isteri atau suami orang dan menjadikan mereka tidak taat terhadap satu
dengan lain sama ada disebabkan oleh hasutan itu atau tidak, adalah melakukan suatu
kesalahan dan apabila sabit boleh didenda tidak lebih daripada satu ratus ringgit atau
penjara tidak lebih daripada lima belas hari.
Bercumbuan atau Khalwat
Seksyen 145, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang 1982
(Pindaan 1987) memperuntukkan tentang khalwat iaitu : -
Seksyen 145. Bercumbuan atau berkhalwat.
(1) Mana-mana lelaki Islam didapati bersama dengan seorang perempuan atau beberapa
orang perempuan sama ada mereka itu perempuan-perempuan Islam atau tidak dan mereka
itu bukan isterinya atau bukan mahramnya mengikut Hukum Syara' di tempat sunyi, atau di
dalam sebuah bilik pada mana-mana bangunan atau di tempat yang boleh mendatangkan
syak bahawa mereka bercumbu-cumbuan atau mereka ada bertujuan melakukan zina atau
sudah berzina adalah menjadi satu kesalahan dan apabila sabit bolehlah didenda tidak lebih
daripada lima ratus ringgit atau penjara tidak lebih dari tiga bulan atau kedua-duanya. Jika
didapati salah pada kali yang keduanya dan yang berikutnya maka ia bolehlah dihukum
pada tiap-tiap kali ia didapati bersalah itu dengan didenda tidak lebih daripada satu ribu
ringgit atau tidak lebih daripada enam bulan penjara atau kedua-duanya.
(2) Mana-mana perempuan Islam yang didapati bersama dengan seorang lelaki atau
beberapa orang lelaki sama ada lelaki itu berugama Islam atau tidak dan lelaki itu bukan
suaminya atau bukan mahramnya dalam keadaan sama seperti di bawah seksyen-kecil (1)
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit bolehlah didenda tidak lebih daripada
lima ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya. Jika
didapati salah pada kali yang keduanya dan yang berikutnya, maka ia bolehlah dihukum
pada tiap-tiap kali ia didapati bersalah itu dengan didenda tidak lebih daripada seribu
ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.
(3) Mana-mana lelaki Islam yang didapati bersekedudukan dengan seorang perempuan sama
ada ianya berugama Islam atau tidak sebagai suami isteri dengan tidak berkahwin atau jika
berkahwin perkahwinan itu tidak diakui oleh Hukum Syara' adalah melakukan suatu
kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan hukuman yang sama seperti yang
diperuntukkan di bawah seksyen-kecil (1).
(4) Mana-mana perempuan Islam yang didapati bersekedudukan dengan seorang lelaki sama
ada ia berugama Islam atau tidak sebagai suami isteri dengan tidak berkahwin dan jika
berkahwin perkahwinan itu tidak diakui oleh Hukum Syara' adalah melakukan suatu
kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan hukuman yang sama seperti yang
diperuntukkan di bawah seksyen-kecil (2)
(5) Mana-mana orang Islam didapati bersubahat dalam mana-mana kesalahan pada seksyen
ini jika lelaki bolehlah dihukum dengan hukuman yang sama seperti yang diperuntukkan di
bawah seksyen-kecil (1) dan jika perempuan di bawah seksyen-kecil (2).
Analisa
Jika diteliti di dalam Kanun Jenayah Syariah di Semenanjung hampir keseluruhan
negeri mempunyai peruntukan yang serupa dengan Seksyen 136, Enakmen Pentadbiran
Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987) berkenaan dengan
kesalahan khalwat ini.
Bagi kesalahan khalwat ini, terdapat beberapa unsur penting untuk menyabitkan
kesalahan ini iaitu:
(a) lelaki atau perempuan yang bukan pasangan suami isteri atau mahramnya
(b) lelaki atau perempuan yang bersama dengan seorang atau lebih yang bukan suami
isteri atau mahramnya
(c) berada di tempat yang terselindung dalam rumah atau bilik
(d) dalam keadaan yang menimbulkan syak mereka sedang melakukan perbuatan
tidak bermoral
Jika didapati keempat-empat unsur ini lengkap mereka boleh dikenakan hukuman
sepertimana yang diperuntukkan di dalam undang-undang kanun jenayah syariah ini. Jelas
kepada kita, bahawa peruntukan di bawah kesalahan khalwat ini jika digunakan secara
meluas akan dapat mencegah perlakuan tidak bermoral terutamanya kesalahan khalwat
daripada berleluasa ketika ini.
Persetubuhan Luar Nikah
Seksyen 146. Zina.
(1) Mana-mana lelaki Islam yang bersetubuh dengan seseorang perempuan yang telah
diketahuinya atau ada sebab-sebab yang boleh dipercayainya bahawa perempuan itu adalah
isteri orang lain dan tidak ada tuduhan dibuat terhadapnya dalam Mahkamah Awam di atas
kesalahan rogol di bawah kanun kesiksaan atau persetubuhan itu tidak menjadi kesalahan
rogol di bawah kanun kesiksaan, adalah melakukan suatu kesalahan zina dan apabila sabit
bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada seribu ringgit atau penjara tidak
lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.
(2) Mana-mana perempuan Islam yang menjadi pasangan dalam kesalahan di bawah
seksyen-kecil (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum
dengan hukuman yang sama seperti diperuntukkan di bawah seksyen-kecil (1).
(3) Mana-mana orang Islam didapati bersubahat dalam mana-mana kesalahan pada seksyen
ini bolehlah dihukum dengan hukuman yang sama seperti diperuntukkan di bawah seksyen-
kecil (1) pada seksyen ini.
Analisa
Seksyen 146, Kesalahan Jenayah Syariah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam & Adat
Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987) mendefinisikan zina sebagai persetubuhan
antara lelaki dengan perempuan tanpa nikah. Seksyen 146 (1) dan (2), Enakmen ini
menyatakan mana-mana orang lelaki atau perempuan yang melakukan persetubuhan dengan
orang yang bukan isteri atau suaminya adalah melakukan kesalahan yang apabila disabitkan
boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara tidak melebihi tiga
tahun atau sebat enam kali sebatan.
Enakmen ini juga memperuntukkan seorang yang tidak dituduh atas kesalahan rogol
dibawah kanun kesiksaan atau persetubuhan yang dilakukan dengan kerelaannya adalah
diaggap telah melakukan zina.
Sebenarnya Islam amat memandang berat kesalahan zina kerana ia boleh merosakkan
keturunan seseorang manusia itu dan mengkategorikannya sebagai salah satu daripada tujuh
kesalahan yang boleh dikenakan hukuman hudud. Zina diertikan oleh ulama mazhab Syafie
sebagai persetubuhan yang berlaku apabila lelaki memasukkan zakar ke dalam faraj wanita
sedangkan mereka belum bernikah dan bukan syubhah milik. Para pesalahnya boleh
dikenakan hukuman rotan sebanyak seratus kali atau direjam sehingga mati bergantung sama
ada ia penzina mulisan atau ghairu muhsan.
Jika dilihat daripada peruntukan undang-undang jenayah Islam, hukuman yang dikenakan
bagi pesalah yang melakukan zina ini adalah amat berat dan dapat mencegah daripada
berlakunya kesalahan zina daripada berleluasa. Apa yang boleh kita perhatikan di sini, kuasa
yang diperuntukkan oleh undang-undang Islam di Malaysia terutamanya di negeri
Pahang adalah amat terhad. Walau bagaimanapun, peruntukan yang sedia ada perlu juga
digunakan untuk mengawal jenayah perzinaan ini dari terus berlaku. Sekurang-kurangnya ia
merupakan satu lernatif untuk menyelamatkan maruah agaraa, bangsa dan negara dari
terjerumus ke arah kehancuran.
Pada pandangan penulis kesemua peruntukan yang disebutkan di dalam Enakmen
Pentadbiran Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987) hanya
membawa hukuman takzir sahaja jika sabit kesalahan. Oleh itu, berdasarkan kepada kes
di mana ramai wanita hamil tanpa suami sekarang maka perlulah mereka sendiri
membuktikan bahawa mereka telah dirogol atau telah dipaksa. Bagi mengatasi
keruntuhan moral dan akhlak remaja Islam sekarang dengan kes pembuangan bayi yang
semakin bcrleluasa, maka peruntukan undang-undang ini wajar ditukar supaya lebih tegas
dan berat.
Perbuatan Sumbang Mahram
Seksyen 147. Sumbang.
(1) Mana-mana orang yang bersetubuh dengan seorang yang diketahuinya ditegah atau ada
sebab-sebab yang boleh dipercayainya bahawa ia ditegah berkahwin dengan orang itu oleh
Hukum Syara' kerana keturunan, sesusuan atau perkahwinan adalah melakukan satu
kesalahan sumbang.
(2) Mana-mana lelaki Islam melakukan kesalahan sumbang apabila sabit kesalahannya
bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada seribu ringgit atau penjara tidak
lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.
(3) Mana-mana perempuan Islam yang menjadi pasangan dalam kesalahan sumbang
bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara tidak
lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya.
Analisa
Seksyen 147, Kesalahan Jenayah Syariah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam & Adat
Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987), sumbang mahram ditafsirkan sebagai
persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang dilarang berkahwin di antara satu sama lain
menurut hukum syarak. Seksyen 147 (1) ini memperuntukkan :
".. Mana-mana orang yang bersetubuh dengan seorang yang diketahuinya ditegah atau
ada sebab-sebab yang boleh dipercayainya bahawa ia ditegah berkahwin dengan orang
itu oleh Hukum Syara' kerana keturunan, sesusuan atau perkahwinan adalah
melakukan satu kesalahan."
Peruntukan hukuman ini nampaknya adalah satu kesalahan yang dikenakan hukuman
maksimum kepada pesalah yang melakukan perbuatan sumbang mahram yang diperuntukkan
oleh Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1984 kepada Mahkamah Syariah
negeri negeri. Kcsalahan ini juga tunit diperuntukkan di bawah seksyen 147, Enakmen
Pentadbiran Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987) di mana
hukuman yang maksimum juga dikenakan oleh negeri Pahang
.
Menurut hukum syarak, seseorang lelaki dan perempuan tidak boleh dikahwini dalam
Islam dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu yang haram dikahwini untuk selama-lamanya
(haram mu'abbad) dan haram dikahwini buat sementara waktu (haram mu 'aqqat). Bagi
kumpulan yang haram dikahwini buat selama-lamanya terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu
mereka yang mempunyai hubungan nasab atau keturunan dengannya, mempunyai hubungan
rada' (susuan) dan mempunyai hubungan persepmendaan (mitsaharah). Kesemua kategori ini
telah dijelaskan oleh Allah tentang pengharamannya di dalam al-Quran surah al-Nisa: 23.
23. Diharamkan atas kamu (mengawini) ibu-ibumu; anak-anakmu yang perempuan
saudara-saudaramu yang perempuan, Saudara-saudara bapakmu yang perempuan;
Saudara-saudara ibumu yang perempuan; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu
yang laki-laki; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang perempuan; ibu-ibumu
yang menyusui kamu; saudara perempuan sepersusuan; ibu-ibu isterimu (mertua); anak-
anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang Telah kamu campuri, tetapi jika
kamu belum campur dengan isterimu itu (dan sudah kamu ceraikan), Maka tidak berdosa
kamu mengawininya; (dan diharamkan bagimu) isteri-isteri anak kandungmu (menantu); dan
menghimpunkan (dalam perkawinan) dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang Telah
terjadi pada masa lampau; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Undang-Undang Keluarga Islam Di Wilayah Persekutuan juga telah memperuntukkan
di bawah seksyen 9, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Pcrsekutuan)
1984 (Akta 3(3)) tentang pertalian yang melarang pcrkahwinan sama seperti yang
diperuntukkan oleh Hukum Syarak.
Perbuatan sumbang mahram sama ada rela atau tidak boleh dikenakan hukuman di
bawah Kanun Jenayah Syariah ini jika pasangan tersebut adalah Muslim. Bagi
pasangan yang bukan Muslim sebenarnya tidak ada peruntukan undang-undang boleh
dikenakan jika kedua-dua pasangan itu rela untuk disetubuhi. Jika berlaku kekerasan,
pesalah boleh dihukum di Malaysia melalui peruntukan rogol di bawah seksyen 375 (f)
Kanun Keseksaan yang terpakai kepada semua rakyat Malaysia dan dalam hal ini, hanya
pesalah lelaki sahaja yang boleh dihukum. Namun begitu, tafsiran sumbang mahram di
dalam Kanun Jenayah Syariah lebih bersifat umum kerana tidak menentukan sama
ada pasangan itu reda atau tidak, tetap akan dikenakan hukuman di bawah undang-undang
ini tetapi dengan syarat pasangan itu Muslim.
Menurut satu kajian yang dibuat, kesalahan sumbang mahram semakin banyak berlaku
yang melibatkan orang Melayu dan Indonesia. Kebanyakan pelakunya melibatkan bapa dan
anak (haruan makan anak). Walau bagaimanapun, kesalahan sumbang mahram yang
melibatkan gadis di bawah umur 16 tahun akan dikenakan tindakan menurut kesalahan
merogol di bawah Kanun Keseksaan FMS bab 45.
Seksyen 149. Zina dengan orang bukan Islam.
(1) Mana-mana lelaki atau perempuan Islam didapati bersetubuh dengan seorang
perempuan atau seorang lelaki bukan Islam adalah melakukan kesalahan zina dan apabila
sabit kesalahannya bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada seribu ringgit
atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.
(2) Mana-mana lelaki atau perempuan Islam didapati bersekedudukan dengan seorang
perempuan atau seorang lelaki bukan Islam hendaklah dianggap telah melakukan kesalahan
zina di bawah seksyen-kecil (1).
(3) Mana-mana orang Islam didapati bersubahat dalam kesalahan di bawah seksyen ini
bolehlah dihukum di bawah seksyen-seksyen kecil (1).
Musahaqah
Seksyen 150. Hubungan jenis antara perempuan.
Mana-mana perempuan Islam membuat sebarang hubungan jenis dengan seorang
perempuan Islam atau bukan Islam yang lain, adalah melakukan suatu kesalahan dan
apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau
penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya.
Seksyen 150, Kesalahan Jenayah Syariah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam & Adat
Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987), Musahaqah diertikan sebagai hubungan seks
sesama perempuan. Hukuman yang diperuntukkan ialah denda tidak melebihi RM2.000 atau
penjara tidak melebihi 1 tahun. Seksyen 147 ini menyebutkan tentang hubungan jenis antara
perempuan secara khusus iaitu :
\ "Mana-mana perempuan Islam membuat sebarang hubungan jenis dengan seorang
perempuan Islam atau bukan Islam yang lain, adalah melakukan suatu kesalahan dan
apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada lima ratus ringgit
atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya."
Negeri Pahang tidak memperuntukkan hukuman maksimum dikenakan kepada pesalah-
pesalah yang beragama Islam kepada kesalahan tersebut.
Islam memandang berat terhadap kesalahan musahaqah ini. Pelbagai pandangan telah
ditimbulkan oleh ulama fiqh tentang musahaqah kerana ketiadaan nas al-Quran yang
menyebutkan tentang hukuman musahaqah ini. Majoriti ulama Islam bersetuju bahawa
musahaqah juga boleh dikategorikan sama dengan zina dan dikenakan had zina. Namun
begitu, ada ulama Islam yang menganggap musahaqah bukannya zina tetapi sebagai
kesalahan luar tabii yang tidak membawa hukuman had zina tetapi sekadar hukuman takzir
sahaja.
Walau bagaimanapun, peruntukan yang jelas dan khusus yang terdapat di dalam Kanun
Jenayah Syariah ini harus diguna pakai untuk membendung gejala ini dari terus berleluasa.
Ini kerana ramai golongan remaja dan umat Islam terjebak ke dalam kedua-dua maksiat ini.
Penyelidikan yang pernah dilakukan mendapati, wujudnya kelab-kelab khusus untuk gay dan
lesbian di kota-kota besar seperti Kuala Lumpur. Malah golongan ini sedang berusaha untuk
mendapatkan hak sama rata sebagai rakyat Malaysia untuk mengamalkannya.
Seksyen 155. Tidak memberi kuasa kepada Hakam.
Sesiapa tidak memberi kuasa kepada Hakamnya sebagaimana yang dikehendaki oleh seksyen
79 (5) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan
didenda tidak lebih daripada tiga ratus ringgit.
Seksyen 156. Tidak melaporkan keluar Islam oleh Muallaf.
Sesiapa yang dikehendaki melaporkan keluarnya daripada memeluk Ugama Islam di bawah
seksyen 103 (2) dengan sengajanya lalai atau tidak melaporkannya adalah melakukan suatu
kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada seratus
ringgit atau penjara tidak lebih daripada satu bulan atau kedua-duanya.
Seksyen 157. Memungut wang dengan melanggar seksyen 124.
Sesiapa yang dikehendaki melaporkan keluarnya daripada memeluk Ugama Islam di bawah
seksyen 103 (2) dengan sengajanya lalai atau tidak melaporkannya adalah melakukan suatu
kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada seratus
ringgit atau penjara tidak lebih daripada satu bulan atau kedua-duanya.
Seksyen 158. Tidak menjalankan tugas-tugas di bawah Enakmen ini.
Sesiapa yang telah dilantik menjadi Amil atau sesiapa yang ditanggungkan mengikut
Enakmen ini dengan tugas-tugas untuk mendaftarkan apa-apa perkara kes-kes pembicaraan
atau membuat, menyedia, menyimpan atau menjaga daftar menunjukkan bayaran, buku kira-
kira, anggaran perbelanjaan, keratan resit, buku, minit mesyuarat, senarai pungutan Khairat
atau mengeluarkan suratan keterangan, resit atau salinan yang sah tiada mahu atau sengaja
atau tiada membuat tugas-tugasnya itu atau menjalankan dengan secara salah atau tiada
betul adalah melakukan satu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda
tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau
kedua-duanya.
Seksyen 159. Memecahkan rahsia.
Sesiapa yang melanggar peruntukan dalam seksyen 33 dengan memberitahu atau membuka
rahsia akan apa-apa perkara yang mana telah menjadi tugasnya merahsiakan kepada
seseorang yang tidak berhak di sisi undang-undang untuk diberitahukan adalah menjadi satu
kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada lima
ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.
Seksyen 160. Mendirikan masjid dan jumaat tidak mengikut Enakmen ini.
(1) Mana-mana orang melanggar seksyen 126 adalah melakukan satu kesalahan.
(2) Fardhu Jumaat tidak boleh didirikan di mana-mana dalam Negeri dengan tidak terlebih
dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Majlis.
(3) Sesiapa yang melanggar seksyen-kecil (1) dan (2) bolehlah dihukum dengan didenda
tidak lebih daripada seribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau
kedua-duanya.
Seksyen 161. Mengajar Ugama yang salah.
Sesiapa kecuali di tempat kediamannya sendiri dan di hadapan ahli-ahli rumahnya sahaja,
mengajar apa-apa hukum atau ajaran Ugama Islam dengan tiada mempunyai Tauliah
daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan adalah melakukan satu kesalahan dan
apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau
penjara tidak lebih daripada tiga bulan.
Seksyen 162. Ajaran yang salah.
(1) Sesiapa mengajar atau menghuraikan kepada orang ramai apa-apa ajaran atau
menjalankan apa-apa perbuatan berkaitan dengan Ugama Islam yang berlawanan dengan
Hukum Syara' adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum
dengan didenda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada
enam bulan atau kedua-duanya.
(2) Jika, semasa dalam pembicaraan di atas sesuatu tuduhan di bawah seksyen ini ada
berbangkit soal-soalan yang berkehendakkan penyelesaiannya dengan berpandukan sesuatu
fatwa yang belum diakui atau dibuat dalam Negeri ini maka Mahkamah itu hendaklah
merujukkan soalan itu dengan secara bertulis kepada Majlis dan Mahkamah itu hendaklah
patuh kepada apa-apa penetapan yang dibuat oleh Majlis di atas soalan yang dirujukkan itu.
(3) Apabila rujukan dibuat di bawah seksyen-kecil (2), maka Mahkamah itu bolehlah
menangguhkan pembicaraan kes itu hingga diterima penetapan dari Majlis.
(4) Semua ajaran yang salah bagi maksud seksyen-kecil (1), jika bertulis, maka Mahkamah
hendaklah memerintahkan bagi barang-barang bertulis itu dirampas dengan arahan supaya
dimusnahkan atau dengan apa-apa arahan yang sesuai sama ada pendakwaan dibuat atau
tidak ke atas sesiapa pun.
Seksyen 163. Fatwa.
Sesiapa mengeluarkan, menyiarkan atau menyebarkan dengan apa cara jua pun apa-apa
fatwa atau penetapan berkenaan dengan ajaran Ugama Islam atau Adat Resam Melayu
selain daripada fatwa atau penetapan yang dikeluarkan oleh Majlis, Mufti atau sesiapa yang
diberi kuasa, adalah menjadi satu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan
didenda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan
atau kedua-duanya.
Seksyen 164. Buku Ugama yang salah.
(1) Sesiapa yang mencetak, menerbit, menjual, mempamirkan sama ada untuk dijual atau
dipertunjukkan percuma dengan apa cara jua pun, menyebar atau membahagi-bahagikan
apa-apa buku, majalah-majalah, dokumen-dokumen atau surat-surat yang mengandungi
ajaran, fatwa atau penetapan yang bertentangan dengan mazhab-mazhab yang empat atau
dengan mana-mana fatwa yang telah sah dikeluarkan dalam Negeri ini adalah menjadi satu
kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada lima
ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.
(2) Sesiapa ada dalam kawalannya, simpanannya atau padanya buku-buku, majalah-
majalah, dokumen-dokumen atau surat-surat yang disebut dalam seksyen-kecil (1), jika
didapati dalam keadaan yang boleh memberi sebab untuk mengesyaki bahawa buku-buku,
majalah-majalah, dokumen-dokumen dan surat-surat itu adalah untuk disebarkan, dibahagi-
bahagikan atau untuk dijual, maka barang-barang itu hendaklah dianggap sebagai di dalam
kawalannya, simpanan atau padanya untuk disebarkan, dibahagi-bahagikan atau dijual.
(3) Dalam ketiadaan keterangan-keterangan yang lain yang bertentangan, jika terdapat lima
buah atau lebih buku-buku atau majalah-majalah itu atau lima helai dengan kandungan yang
serupa atau lebih dokumen-dokumen atau surat-surat itu, maka ini adalah mencukupi untuk
memberi syak yang dikehendaki di bawah seksyen-kecil (2).
(4) Mahkamah hendaklah memerintahkan bagi semua buku-buku, majalah-majalah,
dokumen-dokumen dan surat-surat bagi maksud seksyen-kecil (1) dan (2) dirampas dengan
arahan supaya dimusnahkan atau dengan apa-apa arahan yang sesuai sama ada
pendakwaan dibuat atau tidak ke atas sesiapa pun.
Seksyen 165. Buku-buku, majalah-majalah dan lain-lain dalam kawalan dan simpanan.
Sesiapa ada dalam kawalannya, simpanannya atau padanya buku-buku, majalah-majalah,
dokumen-dokumen atau surat-surat yang mengandungi ajaran fatwa atau penetapan yang
bertentangan dengan mazhab-mazhab yang empat atau dengan mana-mana fatwa yang telah
sah dikeluarkan dalam Negeri ini adalah melakukan satu kesalahan dan apabila sabit
bolehlah dihukum denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit.
Seksyen 166. Mendakyah atau mengajar ugama lain kepada Orang Islam.
Sesiapa yang mendakyah atau mengajar ajaran atau kepercayaan Ugama lain daripada
Ugama Islam di kalangan orang-orang yang berugama Islam adalah melakukan suatu
kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada lima
ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya
Seksyen 167. Menyalahgunakan ayat-ayat Quran dan Hadis.
Sesiapa menggunakan sesuatu ayat Quran atau Hadis atau perkataan-perkataan yang
dipandang suci oleh orang-orang Islam di tempat-tempat hiburan awam atau di tempat-
tempat dan dalam keadaan-keadaan yang tidak sepatutnya adalah melakukan suatu
kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada dua
ratus lima puluh ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya.
Menghina Atau Mengingkari Pihak Berkuasa Agama
Seksyen 168. Mengejek atau menyenda perbuatan yang berkait dengan Ugama Islam.
Sesiapa mengejek atau mempersendakan atau meniru atau mengajukkan dengan secara
mengejek apa-apa perbuatan atau upacara yang berkaitan dengan Ugama Islam adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih
daripada dua ratus lima puluh ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau
kedua-duanya.
Seksyen 169. Penghinaan terhadap pihak berkuasa Ugama.
Sesiapa yang patuh kepada titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan selaku
Ketua Ugama Negeri atau terhadap apa-apa arahan yang sah dari Majlis, mana-mana
Jawatankuasanya atau pegawainya atau terhadap hukuman, perintah atau arahan mana-
mana Mahkamah termasuk Mahkamah Ulangbicara atau pegawai pengetua Mahkamah atau
pegawai-pegawai Masjid adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit bolehlah
dihukum dengan didenda tidak lebih daripada dua ratus lima puluh ringgit atau penjara
tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya.
Seksyen 170. Mencerca ugama.
Sesiapa dengan secara lisan atau bertulis atau dengan kelakuan yang nyata mencerca atau
membawa kepada penghinaan atau cuba mencerca atau menghina Ugama Islam atau ajaran
mana-mana mazhab yang empat itu atau pengajaran mana-mana guru ugama yang
bertauliah atau mana-mana fatwa yang dikeluarkan mengikut Enakmen ini adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih
daripada seribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.
Analisa
Seksyen 169, Kesalahan Jenayah Syariah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam & Adat
Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987) menyatakan mana-mana orang yang bertindak
dengan cara yang menghina pihak berkuasa agama atau mengingkari, melanggar atau
mempertikaikan perintah atau arahan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam,
Majlis atau Mufti, yang dinyatakan atau diberikan melalui fatwa, adalah melakukan suatu
kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda atau tidak melebihi dua ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Peruntukan di atas nampaknya agak kabur untuk didefinisikan terutamanya berkenaan
apa-apa tindakan yang dianggap menghina agama Islam. Jika diteliti, peruntukan ini
nampaknya terlalu umum dan luas dan apa-apa tindakan yang dilakukan bertentangan dengan
hukum syarak dianggap menghina agama Islam.
Kesalahan di bawah menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama ini tcrutamanya
melanggar fatwa yang telah diwartakan oleh pihak mufti amat wajar dikenakan tindakan.
Tetapi persoalannya, mcngapakah fatwa-fatwa yang telah diwartakan itu tidak dihebahkan
kepada masyarakat setempat supaya tidak wujud ruang bagi mereka yang mahu mengambil
kesempatan dengan menyatakan bahawa mereka tidak tahu tentang kewujudan fatwa itu.
Contohnya ialah fatwa mengenai larangan kepada orang Islam daripada memasuki
pertandingan ratu cantik di Selangor. Alasan mereka yang terlibat ialah mereka tidak
mengetahui wujudnya fatwa tersebut disebabkan tiada hebahan.
Seksyen 171. Tidak membayar zakat dan fitrah.
(1) Sesiapa yang wajib mambayar zakat dan fitrah mengikut penetapan yang sah akan
banyaknya dan tidak berjaya mendapatkan pengecualian daripada pembayarannya atau
apa-apa keputusan yang lain tidak mahu atau dengan sengaja tidak membayarnya adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih
daripada seratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada satu bulan atau kedua-duanya.
(2) Apa-apa hukuman yang dijatuhkan ke atas kesalahan di bawah seksyen ini tidak akan
meluputkan tanggungan seseorang yang dihukum itu daripada membayar zakat dan fitrah
itu.
(3) Zakat atau Fitrah yang wajib dibayar oleh seseorang itu bolehlah dituntut seolah-olah
ianya telah diperintahkan dengan sah oleh Mahkamah supaya diserahkan kepada Majlis
atau ianya boleh dituntut seolah-olah sebagai denda di bawah Enakmen ini.
Seksyen 172. Enggan memberi tafsiran pendapatan.
Sesiapa yang dikehendaki memberi penyata atau taksiran pendapatannya berhubung dengan
Zakat dan Fitrah dalam tempoh yang ditentukan dengan sengaja telah enggan atau cuba
mengelakkan diri daripada berbuat demikian itu dengan tiada sebab-sebab yang manasabah
ataupun memberi penyata atau taksiran yang palsu adalah melakukan suatu kesalahan dan
apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau
penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya.
Seksyen 173. Membayar atau menerima zakat atau fitrah kepada atau oleh orang yang
tidak berkuasa.
Sesiapa yang wajib membayar Zakat atau Fitrah membayar kepada seorang bukan Amil, dan
sesiapa yang bukan Amil menerima atau mengutipnya adalah melakukan suatu kesalahan
dan apabila sabit boleh dihukum dengan didenda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau
penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya.
Seksyen 174. Amil tidak menyerahkan kutipannya.
(1) Mana-mana Amil, setelah menerima atau mengutip zakat dan Fitrah tidak menyerahkan
kutipannya atau kira-kira kutipannya sebagaimana yang dikehendaki oleh Enakmen ini atau
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya adalah melakukan suatu kesalahan dan
apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau
penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya.
(2) Mana-mana Mahkamah apabila tamatnya membicarakan kes di bawah seksyen ini jika
kutipan atau kira-kira atas kutipan itu atau kedua-duanya belum diserahkan lagi hendaklah
memerintahkan supaya ianya diserahkan kepada Yang di-Pertua atau wakilnya.
Seksyen 175. Menghasut jangan membuat Ibadat.
(1) Sesiapa menghasut, menghalang atau memujuk mana-mana orang Islam supaya tidak
menghadiri Masjid atau menghadiri kelas ugama Islam adalah melakukan satu kesalahan
dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada seratus ringgit
atau penjara tidak lebih daripada satu bulan.
(2) Sesiapa dengan apa cara jua pun meghasut, menghalang atau memujuk mana-mana
orang Islam daripada membayar Zakat dan Fitrah adalah melakukan satu kesalahan dan
apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada seribu ringgit atau
penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.
Pelacuran
Seksyen 176. Melacurkan diri.
Mana-mana perempuan Islam melacurkan diri adalah melakukan satu kesalahan dan
apabila sabit boleh dihukum dengan didenda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau
penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya.
Seksyen 177. Suami memaksa, menyokong atau membiarkan isteri melacurkan diri.
Seksyen 178. Isteri melacurkan dirinya.
Seorang isteri yang melacurkan dirinya dengan kemahuannya sendiri adalah melakukan satu
kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada lima
ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya.
Analisa
Seksyen 176, Kesalahan Jenayah Syariah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam & Adat
Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987) memperuntukkan kesalahan mengenai
pelacuran dengan menyatakan bahawa:
Mana-mana perempuan Islam melacurkan diri adalah melakukan satu kesalahan
dan apabila sabit boleh dihukum dengan didenda tidak lebih daripada lima ratus
ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya.
Manakala seksyen 177 dan seksyen 178 pula memperuntukan bagi kesalahan memaksa,
menyokong atau membiarkan isteri melacur dan isteri melacurkan dirinya :
“Seorang suami yang memaksa, menyokong atau membiarkan isterinya
melacurkan dirinya dengan tujuan untuk mendapat hasil dari pelacuran itu
adalah melakukan satu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan
didenda tidak lebih daripada seribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada
enam bulan atau kedua-duanya.”
”Seorang isteri yang melacurkan dirinya dengan kemahuannya sendiri adalah
melakukan satu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda
tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga
bulan atau kedua-duanya.”
Jika diteliti, peruntukan undang-undang ini hanya mcnyebut wanita yang melacur akan
dikenakan tindakan undang-undang. Sedangkan apa yang berlaku dalam masyarakat pada
hari ini lelaki juga melacurkan dirinya untuk memperolehi kesenangan. Golongan pelacur
lelaki ini dipanggil "gigolo" dan menawarkan khidmat seks hanya kepada golongan tertentu
sahaja. Adalah dicadangkan supaya lelaki yang melacurkan dirinya juga dikenakan tindakan
menurut Kanun Jenayah Syariah.
Peruntukan undang-undang ini boleh dianggap sebagai satu usaha untuk menangani
masalah pelacuran di kalangan masyarakat Islam terutamanya bagi golongan remaja yang
kebanyakan mereka melibatkan diri dalam aktiviti pelacuran dengan tujuan mengejar
kemewahan walaupun pada masa yang sama tidak dinafikan sebahagian daripada mereka
dipaksa untuk melacur. Namun begitu apa yang jelas peruntukan undang-undang Kanun
Jenayah Syariah ini tidak memperuntukkan secara khusus bagi orang Muslim yang
melanggani pelacuran, malah ianya tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang lain.
Memujuk Lari Orang Perempuan
Seksyen 179. Melarikan anak dara.
Sesiapa melarikan atau memujuk dengan tujuan untuk membawa lari mana-mana anak dara
dari dalam jagaan ibubapa atau penjaganya atau dari dalam jagaan sesiapa yang
memelihara bagi pihak ibubapa atau penjaganya adalah melakukan satu kesalahan dan
apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada seribu ringgit atau
penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.
Seksyen 180. Anak dara lari dari dalam jagaan.
Mana-mana anak dara lari dari dalam jagaan ibubapa atau penjaganya dengan tiada sebab
yang manasabah pada Hukum Syara' adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit
bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara tidak
lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya.
Seksyen 182. Melarikan isteri orang.
Sesiapa melarikan atau menyebabkan seseorang isteri itu lari meninggalkan suaminya
adalah melakukan satu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak
lebih daripada seribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-
duanya dan Mahkamah bolehlah memerintahkan supaya isteri itu kembali atau dihantarkan
kepada suaminya.
Seksyen 179, Kesalahan Jenayah Syariah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam & Adat Resam
Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987) menyatakan mana-mana orang yang memujuk
bertujuan untuk melarikan anak dara dari jagaan ibubapa adalah melakukan suatu kesalahan
dan apabila disabitkan boleh didenda atau tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Manakala Seksyen 180, Kesalahan Jenayah Syariah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam &
Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987) menyatakan mana-mana anak dara lari dari
dalam jagaan ibubapa atau penjaganya dengan tiada sebab yang manasabah pada Hukum
Syara' adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda
tidak lebih daripada lima setu ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau
kedua-duanya.
Memandangkan kejadian orang perempuan lari dari rumah semakin kerap dilaporkan
oleh pihak media, maka adalah disarankan agar pihak berkuasa agama negeri supaya
memberatkan tahap hukuman bagi kesalahan ini supaya memberi satu kesedaran kepada
masyarakat untuk mengatasi masalah sosial seperti lari dari rumah dan sebagainya.
Manakala Seksyen 180, Kesalahan Jenayah Syariah Enakmen Pentadbiran Ugama
Islam & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987) menyatakan sesiapa melarikan
atau menyebabkan seseorang isteri itu lari meninggalkan suaminya adalah melakukan satu
kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada empat
ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya dan juga
mahkamah bolehlah memerintahkan supaya isteri itu kembali atau dihantarkan kepada
suaminya.
Kesalahan memujuk lari orang perempuan yang telah bersuami juga diperuntukkan di
mana kejadian orang memujuk lari perempuan yang telah berkahwin adalah sangat kerap
dilaporkan dewasa ini. Undang-undang mengenakan hukuman bagi mereka yang memujuk
tetapi akan timbul masalah jika yang memujuk perempuan ini bukan beragama Islam kerana
peruntukan ini tidak terpakai kepada orang bukan Islam.
Seksyen 181. Menjual atau memberi anak.
(1) Sesiapa menjual atau memberikan anaknya kepada orang yang bukan berugama Islam
adalah melakukan satu kesalahan dan apabila sabit boleh dihukum dengan didenda tidak
lebih daripada seribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-
duanya.
(2) Jualan atau pemberian itu adalah tidak sah dan Mahkamah hendaklah memerintahkan
supaya anak itu diserahkan kepada mana-mana orang yang ditentukannya. Tidak ada
sebarang tuntutan dengan apa cara pun boleh mana-mana pihak boleh di buat berikutan dari
perintah serahan Mahkamah itu.
Seksyen 183. Mendedahkan tubuh.
Mana-mana perempuan Islam yang mendedahkan sebahagian besar daripada tubuh
badannya di khalayak ramai adalah melakukan satu kesalahan dan apabila sabit bolehlah
dihukum dengan didenda tidak lebih daripada tiga ratus ringgit.
Seksyen 184. Menjatuhkan maruah.
Mana-mana orang Islam yang sudah akil baligh memeluk atau mencium seseorang bukan
mahramnya di khalayak ramai adalah melakukan satu kesalahan dan apabila sabit bolehlah
dihukum dengan didenda tidak lebih daripada tiga ratus ringgit.
Seksyen 185. Menggunakan kenyataan untuk melepaskan tanggungjawab.
Mana-mana orang Islam menyatakan yang ia sudah keluar daripada Ugama Islam dengan
tujuan untuk melepaskan dirinya daripada tanggungjawabnya sebagai seorang Islam
terhadap sesiapapun sebagaimana yang dikehendaki oleh Hukum Syara' adalah melakukan
satu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada
lima ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.
Seksyen 186. Makna bersubahat membuat kesalahan.
Sesiapa bersubahat melakukan mana-mana kesalahan dalam Enakmen ini hendaklah
dihukum dengan hukuman yang sama dengan hukuman bagi kesalahan itu seolah-olah ia
telah melakukan kesalahan itu. Seseorang yang bersubahat dalam melakukan sesuatu
kesalahan itu ialah seorang yang -
(a) menghasut mana-mana orang untuk melakukan kesalahan itu walaupun orang yang
dihasut itu akhirnya tidak melakukan kesalahan itu; atau
(b) mengambil bahagian dengan seorang atau beberapa orang yang lain dalam
sesuatu pakatan jahat untuk melakukan kesalahan itu jika kesalahan itu berlaku atau
tidaknya disebabkan pakatan jahat itu; atau
(c) dengan niat membantu dengan membuat sesuatu perbuatan untuk melakukan
kesalahan itu.
Seksyen 187. Kesalahan-kesalahan yang tidak dinyatakan hukumannya.
Mana-mana kesalahan sama ada dalam Enakmen ini atau dalam peraturan-peraturan yang
dibuat di bawah Enakmen ini yang tidak diperuntukkan baginya hukuman yang nyata boleh
dihukum dengan didenda tidak lebih daripada seratus ringgit atau dipenjara tidak lebih
daripada satu bulan atau kedua-duanya.
Kesimpulan
Peruntukan-peruntukan di dalam Kanun Jenayah Syariah di Selangor dan Wilayah
Persekutuan walaupun belum sempurna tetapi sekurang-kurangnya boleh digunakan bagi
menghadapi permasalahan moral umat Islam masa kini. Walaupun kebanyakan Kanun
Jenayah Syariah di setiap negeri telah menambahkan hukuman kepada hukuman yang paling
maksimum seperti yang dibenarkan oleh undang-undang namun permasalahan jenayah
syariah kerap dilaporkan. Peruntukan-peruntukan tersebut walaupun kebanyakannya masih
tidak menepati konsep hukuman hudud tetapi ianya bolehlah dianggap sebagai satu alternatif
kepada pelaku-pelaku kesalahan ini. Peruntukan yang ada ini tidak seharusnya diperleeeh
atau sekurang-kurangnya ia satu usaha dalam menjaga kemaslahatan agama, bangsa dan
negara dan dalam menangani permasalahan sosial remaja terutamanya remaja Islam.
Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah Dibawah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987)
Seksyen
Kesalahan Hukuman
135 Tidak Sembahyang Jumaat RM 500 @ 3 bulan penjara @ kedua sekali
136 Minuman Yang Memabukkan RM 5,000 @ 3 tahun penjara @ kedua sekali & 6 kali sebat
137 Makan dalam bulan Ramadhan RM500 @ 3 bulan penjara @ kedua sekali Kali ke 2 - RM 1,000 @ 6bulan penjara @ kedua sekali
139 Makan dalam bulan Ramadhan RM2,000 @ 1 tahun penjara @ kedua sekali
144 Menghasut RM1,000 @ 6 bulan penjara @ kedua sekali
145 Bercumbuan Atau Berkhalwat RM1,000 @ 6 bulan penjara @ kedua sekaliKali ke 2 - RM2,000 @ 1 tahun penjara @ kedua sekali
146 Zina RM5,000 @ 3 tahun penjara @ kedua sekali & 6 kali sebat
147 Sumbang (Lelaki) RM5,000 @ 3 tahun penjara @ kedua sekali & 6 kali sebat(Perempuan) RM2,000 @ 1 tahun
penjara @ kedua sekali149 Zina Dengan Orang Bukan Islam RM5,000 @ 3 tahun penjara @ kedua
sekali & 6 kali sebat150 Hubungan Jenis Antara Perempuan RM2,000 @ 1 tahun penjara @ kedua
sekali155 Tidak Memberi Kuasa Kepada Hakam RM300156 Tidak Melaporkan Keluar Islam Oleh
MuallafRM500 @ 3 bulan penjara @ kedua sekali
157 Memungut Wang Dengan Melanggar Sek. 124
RM2,000 @ 1 tahun penjara @ kedua sekali
158 Tidak Menjalankan Tugas-Tugas Di Bawah Enakmen Ini
RM1,000 @ 6 bulan penjara @ kedua sekali
159 Memecahkan Rahsia RM1,000 @ 6 bulan penjara @ kedua sekali
160 Mendirikan Masjid & Smbahyang Jumaat Tidak Mengikut Enakmen.
RM3,000 @ 2 tahun penjara @ kedua sekali
161 Mengajar Ugama dengan Tidak Bertauliah
RM1,000 @ 6 bulan penjara @ kedua sekali
162 Ajaran Yang Salah RM5,000 @ 2 tahun penjara @ kedua sekali
163 Fatwa RM3,000 @ 2 tahun penjara @ kedua sekali @ 3 kali sebat atau ketiga sekali
164 Buku Ugama yang Salah RM2,000 @ 1 tahun penjara @ kedua sekali
165 Buku-buku, majalah-majalah & lain-lain dalam kawalan & simpanan
RM2,000 @ 1 tahun @ kedua sekali
166 Mendakyah atau mengajar ugama lain kepada orang Islam
RM2,000 @ 1 tahun penjara @ kedua sekali
167 Menyalahgunakan ayat-ayat Quran & Hadis
RM1,000 @ 1 tahun penjara @ kedua sekali
168 Mengejek atau menyenda perbuatan yang berkaitan dengan agama Islam
RM1,000 @ 1 tahun penjara @ kedua sekali
169 Penghinaan terhadap pihak berkuasa Agama
RM2,000 @ 1 tahun penjara @ kedua sekali
170 Mencerca agama RM3,000 @ 2 tahun penjara @ kedua sekali
171 Tidak Bayar Zakat & Fitrah RM1,000 @ 6 bulan penjara @ kedua sekali
172 Enggan memberi tafsiran pendapatan RM1,000 @ 6 bulan penjara @ kedua sekali
173 Membayar atau menerima zakat atau fitrah kepada atau oleh orang yang tidak berkuasa
RM2,000 @ 1 tahun penjara @ kedua sekali
174 Amil tidak menyerahkan kutiapannya RM1,000 @ 6 bulan penjara @ kedua sekali
175 i) Menghasut jangan membuat ibadat
ii) Menghasut daripada membayar zakat
RM1,000 @ 6 bulan penjara @ kedua sekali
176 Melacurkan diri RM4,000 @ 2 tahun penjara @ kedua sekali
177 Suami memaksa, menyokong atau membiarkan isteri melacurkan diri
RM4,000 @ 2 tahun penjara @ kedua sekali & 6 kali sebat
178 Isteri melacurkan dirinya RM4,000 @ 2 tahun penjara @ kedua sekali
179 Melarikan anak dara RM2,000 @ 1 tahun penjara @ kedua sekali
180 Anak dara lari dari dalam jagaan RM1,000 @ 6 bulan penjara @ kedua sekali
181 Menjual atau memberi anak RM4,000 @ 2 tahun penjara @ kedua sekali
182 Melarikan isteri orang RM4,000 @ 2 tahun penjara @ kedua sekali
183 Mendedahkan tubuh RM1,000 @ 6 bulan penjara @ kedua sekali
184 Menjatuhkan maruah RM1,000 @ 6 bulan penjara @ kedua sekali
185 Menggunakan kenyataan untuk melepaskan tanggungjawab
RM5,000 @ 3 tahun penjara @ kedua sekali & 6 kali sebat
186 Makna bersubahat membuat kesalahan Sama dengan hukuman bagi kesalah tersebut
187 Kesalahan - kesalahan yang tidak dinyatakan
RM500 atau 3 bulan penjara @ kedua sekali
Contoh kes yang pernah dijalankan mengikut Enakmen Pentadbiran Ugama Islam &
Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987)
TIMBALAN PENDAKWA SYARIE
lwn
MOHD NASIR BIN MOHAMAD @ SULAIMAN
[ Dalam Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Pahang ( Di hadapan Y.A. Dato’ Haji Abd.
Rahman bin Md Yunus AlBirry, HMTS ) bertarikh 15 Muharam 1430 H bersamaan 12
Januari 2009 ]
KES JENAYAH BIL: 06100 – 139 – 0005 – 2008
PENTADBIRAN – Bidangkuasa Mahkamah Syariah - Seksyen 47 (1) dan (2) (a) & (b)
Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 - Seksyen 67 Enakmen Tatacara Jenayah
Syariah 2002
PENTADBIRAN – Meminum minuman yang memabukkan - Seksyen 136 Enakmen
Pentadbiran Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 Pindaan 1987 - Seksyen 4
Enakmen Pentadbiran Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang 1987
KETERANGAN – Iqrar - Seksyen 17 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah 2005
Fakta Kes
Okt Mohd Nasir bin Mohamad @ Sulaiman (NO. K/P: 710422-11-5091) telah pun ditangkap
kerana dituduh meminum minuman yang memabukkan di bawah seksyen 136 Enakmen
Pentadbiran Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di
bawah Seksyen 4 pindaan 1987 oleh Pegawai Penguatkuasa Agama Jabatan Agama Islam
Pahang (JAIP) pada 11 Julai 2008 pada jam 11.37 malam di Fun Pub, Holiday Villa
Cherating, Kuantan
Okt telah dihadapkan ke hadapan Mahkamah Tinggi Kuantan untuk dilepaskan dengan
jaminan dan Okt telah di lepaskan sementara dengan jaminan Pegawai Penguatkuasa Agama.
Dalam kes ini pertuduhan telah pun dibacakan oleh Pendakwa Syarie dan Okt telah pun
faham akan pertuduhan tersebut dan mengaku bersalah. Okt juga telah dimaklumkan
berkenaan akibat mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut tetapi Okt masih tetap mengaku
bersalah.
Diputuskan
1. MAHKAMAH sabit Orang Kena Tuduh Mohd Nasir bin Mohamad @ Sulaiman
(NO. K/P: 710422-11-5091) bersalah mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama
Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 pindaan 1987 iaitu meminum minuman yang
memabukkan.
2. MAHKAMAH perintah Orang Kena Tuduh, Mohd Nasir bin Mohamad @
Sulaiman (NO. K/P: 710422-11-5091) didenda sebanyak RM5000.00 dan dipenjarakan
selama 3 tahun sekiranya gagal membayar denda RM5000.00.
3. MAHKAMAH perintah Mohd Nasir bin Mohamad @ Sulaiman (NO. K/P:
710422-11-5091) dihukum sebat dengan 6 kali sebatan Syariah di mana-mana penjara di
Malaysia.
Pihak-Pihak
Pendakwa Syarie : En. Borhan Bin Husin
OKT : Tidak diwakili peguam
Surah Al-Quran Yang Dirujuk
1. Surah al-Maidah 5 : 90
Hadith Yang Dirujuk
الصفحة .1 ، عشر الحادى الجزء ، النووى بشرح مسلم سنة 305صحيح األولى الطبعة ،
1412. قرطبة مؤسسة ، ه
Kitab Yang Dirujuk
على .1 الحسن أبى لعالءالدين ، األحكام من الخصمين بين يتردد فيما الحكام معين
الصفحة ، الطرابلسى خليل سنة 125بن طبعة ،1300. األميرية بالمطبعة ، ه
الصفحة .2 ، القرطبي ، القرآن األحكام الطبعة 186الجامع ، الثالث المجلد ،
سنة لبنان . 1417الخامسة بيروت العلمية الكتب دار ، ه
Undang-Undang Yang Dirujuk
1. Seksyen 47 (1) dan (2) (a) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991
2. Seksyen 67 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002
3. Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang
1982
4. Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang
1987.
5. Seksyen 17 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah 2005
Alasan Penghakiman Yang Arif Dato’ Hj. Abd Rahman Bin Md. Yunus Al-Birry
Dalam kes ini Okt telah ditahan dan ditangkap pada 11 Julai 2008 di Fun Pub Holiday Villa
Cherating Kuantan Pahang dalam satu operasi bersepadu Daerah Kuantan bagi mencegah
umat Islam melakukan kesalahan meminum minuman yang memabukkan yang turut disertai
oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Agama Islam Pahang, Polis Diraja Malaysia, Majlis
Perbandaran Kuantan, Jabatan Kastam dan Pejabat Daerah Kuantan.
Berdasarkan siasatan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama, Okt telah didapati meminum
minuman yang memabukkan iaitu arak dari jenama Tiger Beer.
Dalam kes ini Mahkamah telah mengenalpasti dua isu penting yang perlu diberi perhatian
iaitu:-
1. Adakah iqrar Okt mengaku bersalah diterima oleh Mahkamah
2. Adakah Pendakwa Syarie berjaya membuktikan dakwaan
Bidang Kuasa
Sebelum Mahkamah menjawab isu dalam kes ini, Mahkamah akan mengenalpasti adakah
Mahkamah ini berbidangkuasa untuk mendengar dan memutuskan kes. Ini adalah kes
kesalahan orang Islam yang meminum minuman yang memabukkan dibawah Seksyen 136
Enakmen Pentadbiran Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 Pindaan
1987 yang memperuntukkan:-
“ Sesiapa jua orang Islam dalam mana-mana kedai atau tempat awam, menjual, membeli atau
meminum arak adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum denda
tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-
duanya dan sebat tidak lebih daripada enam kali sebatan ”.
Kes ini adalah di dalam bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah Pahang. Mahkamah merujuk
kepada Seksyen 47 (1) dan (2) (a) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991
memperuntukkan:-
(1) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai bidangkuasa diseluruh Negeri
pahang dan hendaklah diketuai oleh hakim Mahkamah Tinggi Syariah.
(2) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah:-
(a) dalam bidangkuasa jenayah, membicarakan semua kesalahan yang dilakukan oleh
orang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen Islam 1987 atau di bawah undang-
undang bertulis lain yang memberi kepada mahkamah Syariah bidangkuasa untuk
membicarakan apa-apa kesalahan, dan boleh mengenakan apa-apa hukuman yang
diperuntukkan di dalamnya: dan
(b) …
Kesalahan ini adalah dilakukan di Negeri Pahang dan adalah juga dalam bidangkuasa
Mahkamah Syariah Negeri Pahang untuk membicarakannya. Mahkamah dengan ini merujuk
kepada Seksyen 67 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002:-
“ Tiap-tiap kesalahan hendaklah pada lazimnya dibicarakan oleh Mahkamah yang didalam
had bidangkuasa tempatannya kesalahan itu dilakukan ”.
Isu Pertama: Adakah iqrar Okt mengaku bersalah diterima oleh Mahkamah
Dalam menjawab isu ini Mahkamah ingin merujuk kepada keseluruhan prosiding perjalanan
kes tersebut. Pertuduhan telah pun dibacakan dengan jelas dan terang kepada Okt dan
Mahkamah telah bertanya samada Okt mengaku atas pertuduhan tersebut atau sebaliknya.
Okt dalam kes ini telah dengan rela hati menyatakan iqrar mengaku bersalah tanpa membuat
apa-apa pindaaan kepada pertuduhan tersebut.
Pada 1 Disember 2008 telah dibentangkan semula kepada Okt fakta kes dan pertuduhan dan
Okt telah menyatakan bahawa dia faham dan tetap mengaku bersalah.
Pihak pendakwa juga telah menyatakan akibat mengaku bersalah atas tuduhan tersebut.
Dalam kes ini Okt menyatakan bahawa dia faham akibat daripada mengaku bersalah ini tetapi
Okt masih mengaku bersalah. Mahkamah telah memberi ruang yang cukup kepada Okt untuk
sama ada Okt menarik balik pengakuan bersalah ini.
Dalam kes ini Mahkamah merujuk kepada tulisan At-Tarabulasi dalam bukunya Mu’inul
Hukam berkenaan iqrar
ال�ب�ي�ن�ة� م�ن� و�ى ق�أ� و� و�ه� ا د�ه� ش�
أ� و� ك�ام� ح�� األ� و�ى ق�
أ� م�ن� ار� ر� �ق� اإل� �نأ� اع�ل�م�
Maksudnya: Ketahuilah bahawasanya iqrar adalah pembuktian yang paling kukuh dan ianya
lebih kuat dari kesaksian
Mahkamah juga merujuk kepada Seksyen 17 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah
2005 memberi definasi iqrar iaitu:-
“ suatu pengakuan yang dibuat oleh seseorang secara bertulis atau lisan dengan isyarat
menyatakan bahawa dia mempunyai obligasi atau tanggungan terhadap mana-mana orang
lain berkenaan dengan sesuatu hak ”.
Berdasarkan alasan pengakuan bersalah atas iqrar ini, Mahkamah tidak ragu lagi untuk
mensabitkan Okt bersalah di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang
Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 Pindaan 1987.
Isu Kedua: Adakah Pendakwa Syarie berjaya membuktikan pendakwaan
Mahkamah dalam kes ini telah meneliti pertuduhan dakwaan yang telah dikemukakan
oleh Pendakwa Syarie. Mahkamah juga telah meneliti dan mengakui benar segala dokumen
yang telah dikemukakan oleh Pendakwa Syarie.
Dalam kes ini Pendakwa Syarie telah membuat pertuduhan seperti berikut:-
“ Bahawa kamu Mohd Nasir bin Mohamad @ Sulaiman (No. K/P: 710422-11-5091) pada 11
Julai 2008 lebih kurang jam 11.37 malam di Fun Pub, Holiday Villa, Cherating, Kuantan
Pahang telah didaati meminum arak jenama Tiger Beer. Dengan itu kamu telah melakukan
kesalahan meminum arak di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam Dan
Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 Enakmen
Pentadbiran Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1987 ”.
Syeksen 136 Minuman Yang memabukkan menyatakan seperti berikut:-
“Sesiapa jua orang Islam dalam mana-mana kedai atau tempat awam, menjual, membeli,
atau meminum arak adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum
denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga tahun
atau kedua-duanya dan sebat tidak lebih daripada enam kali sebatan”.
Pendakwa juga dalam kes ini telah mengemukakan:-
1. Salinan Report Polis No. Report KUANTAN 012686/08
2. Rajah Kasar Tempat Kejadian
3. Perakuan Penganalisis bagi Spesimen Air Kencing OKT dari Jabatan Kimia
Malaysia
Dalam laporan Spesimen Air Kencing Okt, Penganalisis telah mendapati 68 mg etil alcohol
dalam 100 mililiter air kencing (iaitu 0.068 % w/v) dikesan di dalam spesimen tersebut.
Mahkamah juga ingin mengambil perhatian bahawa Hukum mengenai haramnya arak telah
pun diketahui oleh semua orang Islam hatta orang bukan Islam juga mengetahui bahawa
orang Islam adalah dilarang meminum arak. Perkara ini jelas dinyatakan oleh Allah s.w..t di
dalam firmannya:
تعالى : الله قال
$pkr'¯»t tûïÏ%©!$# (#þqãYtB#uä $yJ¯RÎ) ãôJsø:$# çÅ£øyJø9$#ur Ü>$|
ÁRF{$#ur ã »N s9øF{$#ur Ó§ô_Í ô`ÏiB È@yJtã Ç`»sÜø¤±9$# çnqç7Ï^tGô_$$sù
öNä3ª=yès9 tbqßsÎ=øÿè? ÇÒÉÈ
Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya meminum arak (khamar),
berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji
termasuk dalam amalan syaitan, maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kalian
mendapat kemenangan.
(al-Maidah 5 : 90)
Menurut al-Qurtubi dalam buku tafsirnya al-jami’ al-Ahkam al-Quran beliau
menafsirkan kalimah nqç7Ï^tGô_$$sù adalah األمر yang menunjukkan arahan wajib فعل
menjauhi arak. Sekaligus kalimah ini juga membawa maksud kepada pengharaman arak
secara jelas. Para Ulama Islam juga telah secara ijma’ bersepakat bahawa ayat ini
menunjukkan pengharaman arak secara total.
Hukuman Islam sangat berat kepada peminum arak ini iaitu 40 kali sebatan dan boleh
mencapai sehingga 80 kali sebatan sepertimana yang telah dilakukan oleh Saidina Umar al-
Khattab r.a.. Mahkamah merujuk kepada Buku Hadith Sahih Muslim yang disyarahkan oleh
Imam an-Nawawi
. ، بجريدتين فجلده الخمر شرب قد برجل أتى وسلم عليه الله صلى النى أن مالك بن أنس عن
: . . . الحدود أخف الرحمن عبد فقال الناس استشار عمر كان فلما بكر أبو فعله أربعين نحو
عمر . . به فأمر ثمامين
Maksudnya: Daripada Anas bin Malik meriwayatkan bahawa telah dibawa seorang yang
telah meminum arak kepada Nabi s.a.w.: Nabi s.a.w. telah menyebatnya dengan dua cambuk
sebanyak empat puluh kali sebatan. Saidina Abu Bakar r.a. juga berbuat sedemikian. Tetapi
apabila Umar r.a. menjadi khalifah beliau berbincang dengan Sahabat dan Abd Rahman r.a.
berkata: Serendah-rendah hukuman hudud adalah sebanyak lapan puluh kali sebatan. Maka
Umar r.a. mengarahkan yang sedemikian.
Mahkamah tidaklah berhasrat untuk membincangkan secara mendalam tentang perselisihan
pendapat ulama’ berkenaan bilangan sebatan bagi peminum arak. Apa yang penting hadith ini
menunjukkan bahawa telah sabit hukuman sebat bagi orang yang disabitkan dengan
kesalahan meminum arak.
Mahkamah juga ingin menegaskan bahawa Hukum Islam ini melihat kepada akibat
meminum arak iaitu:-
1. Membazirkan wang
2. Merosakkan akal fikiran
3. Kemalangan jalan raya
4. Bahaya kepada orang lain
5. Hilang maruah sebagai manusia
Orang yang mabuk akan melakukan apa sahaja perbuatan yang bertentangan dengan sifat
semula jadi manusia kerana telah hilang segala pertimbangan dan perasaan malu. Bahkan
orang mabuk ini akan menyebabkan berlakunya kes jenayah lain seperti merogol, zina dan
membunuh.
Menurut hukum Islam, kesalahan meminum arak ini hendaklah di hukum dengan sebatan.
Allah s.w.t. sebagai pencipta telah menentukan hukuman yang sesuai kepada makhluknya
dan sudah tentu di sebalik hukuman itu ada hikmahnya tersendiri. Dengan hukuman ini ia
dapat mencegah orang lain yang mempunyai keinginan untuk meminum arak dari melakukan
kesalahan ini. Dengan hukuman ini juga dapat menginsafkan Okt agar benar-benar bertaubat
dan berazam tidak mahu meminum arak lagi.
Dalam kitab perubatan Islam ada menyatakan bahawa sebatan boleh menghilangkan
ketagihan kepada arak. Walaubagaimanapun sebatan tersebut mestilah bertepatan dengan
kaedah sebatan yang berlandaskan sebatan Syariah.
Mahkamah juga ingin menarik perhatian bahawa Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama
Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 telah pun diluluskan oleh Sidang Dewan
Undangan Negeri (DUN) Pahang sejak tahun 1982 lagi dan telah pun diwartakan. Seksyen ini
telah pun dipinda hukumannya pada tahun 1988 menjadikan denda RM5000.00 atau penjara
3 tahun atau kedua-duanya dan sebat tidak melebihi 6 kali sebatan.
Berdasarkan peruntukan tersebut, maka dapat difahami bahawa hukuman bagi pesalah yang
disabitkan dengan kesalahan meminum minuman yang memabukkan di Negeri Pahang
diperuntukkan kepada tiga jenis bentuk hukuman iaitu denda, penjara dan sebat.
Rayuan Hukuman
Sebelum menjatuhkan hukuman ini Mahkamah telah menimbangkan rayuan Okt. Dalam kes
ini Okt tidak membuat sebarang rayuan kepada Mahkamah untuk diringankan hukuman yang
akan dikenakan tetapi hanya memaklumkan bahawa beliau bekerja di ‘work shop’.
Setelah Mahkamah meneliti keseluruhan kes dan latar belakang Okt, Mahkamah berpendapat
bahawa Okt belum pernah di dakwa atas mana-mana kesalahan dalam Mahkamah Syariah.
Kesalahan meminum arak ini juga merupakan kesalahan pertama Okt yang di dakwa di
Mahkamah Syariah. Maka hukuman yang terbaik ialah denda dan sebat tanpa dikenakan
hukuman penjara.
Hukuman denda yang dikenakan ke atas Okt adalah bertujuan memberi pengajaran supaya
menimbulkan rasa kepayahan dalam mencari wang dan lebih menghargai nilai wang tersebut.
Sepatutnya Okt harus bijak menggunakan wang kepada perkara-perkara yang lebih berfaedah
bukannya menghabiskan wang untuk membeli arak dan seterusnya terpaksa membayar denda
atas kesalahan meminum arak.
Mahkamah juga berpendapat hukuman sebat adalah sesuai bagi menghilangkan ketagihan
rasa ingin Okt kepada arak. Sebatan Syariah mampu memberi pengajaran yang berguna
kepada Okt dan masyarakat umum supaya menjauhkan diri daripada terlibat dengan
kesalahan meminum arak dan segala perkara yang memabukkan. Sebatan bagi kesalahan
meminum arak bukanlah bagi tujuan untuk menyiksa Okt bahkan ianya lebih kepada kepada
menghilangkan ketagihan kepada arak dan memberi pengajaran dan pemulihan kepada Okt.
Mahkamah juga berpendapat hukuman penjara adalah tidak diperlukan kerana Okt patut
diberi peluang selepas menjalani hukuman denda dan sebatan ini untuk insaf. Mahkamah
juga berpendapat jika dipenjarakan sudah tentu masa Okt tersebut hanya akan dihabiskan di
dalam penjara dan hukuman penjara juga akan memberikan kemudharatan kepada keluagra
Okt. Hukuman penjara juga akan memberi kesan yang buruk kepada masa depan Okt
terutamanya berkenaan dengan peluang pekerjaan pada masa akan datang.
KEPUTUSAN
Setelah Mahkamah melihat kepada Pendakwaan serta Dokumen yang dilampirkan DAN Iqrar
yang dibuat oleh Orang Kena Tuduh atas kesalahan yang didakwa maka Mahkamah berpuas
hati dan tanpa ragu lagi mengeluarkan PERINTAH seperti berikut:-
1. MAHKAMAH sabit Orang Kena Tuduh, Mohd Nasir bin Mohamad @ Sulaiman
(NO. K/P: 710422-11-5091) bersalah mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran
Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 pindaan 1987 iaitu meminum
minuman yang memabukkan.
2. MAHKAMAH perintah Orang Kena Tuduh, Mohd Nasir bin Mohamad @ Sulaiman
(NO. K/P: 710422-11-5091) didenda sebanyak RM5000.00 dan dipenjarakan selama
3 tahun sekiranya gagal membayar denda RM5000.00.
MAHKAMAH perintah Mohd Nasir bin Mohamad @ Sulaiman (NO. K/P: 710422-11-
5091) dihukum sebat dengan 6 kali sebatan Syariah di mana-mana penjara di Malaysia.