adat resam kaum melanau
DESCRIPTION
EDuTRANSCRIPT
ADAT RESAM KAUM MELANAU
PERKAHWINAN
Aspek pangkat dititikberatkan dalam institusi perkahwinan berbanding
dengan institusi yang lain. Masyarakat Melanau juga begitu
mementingkan status sosial mereka iaitu sembilan pikul, tujuh pikul,
tujuh betirih dan lima betirih. Jenis barangan dan hadiah yang perlu
dibawa untuk tanda bertunang dan barang yang mengiringi mas kahwin
seperti adat menuga, adat mebin dan pakan juga dikira berdasarkan
status sosial ini. Namun begitu, asas adat perkahwinan adalah sama
seperti masyarakat lain iaitu merisik, meminang dan majlis perkahwinan.
STATUS SOSIAL: BANGSA TUJUH PIKUL
• Perkahwinan untuk golongan berpangkat bawah dari Sembilan
Pikul hampir sama. Cuma yang membezakan adalah dari segi
jumlah mas kahwin sahaja. Penyekab terdiri daripada tujuh amas
emas, sebilah keris, sehelai persarakab, sapu tangan berbenang
emas dan sebuah tumo'. Berian pula terdiri daripada barangan
tembaga kuning sebanyak tujuh pikul atau pelbagai jenis
barangan lain yang senilai.
STATUS SOSIAL: BANGSA TUJUH BERITIH
• Bagi golongan Tujuh Beritih adat pemberian mas kahwin adalah seperti
sebentuk cincin yang diletakkan dalam bekas anak selapak, segantang
padi diletakkan di dalam segamut yang tidak bertutup dan sebiji kelapa
yang diletakan di dalam bukor dan ditudung. Penyekab pula terdiri
daripada lima amas emas, sebilah keris, sebuah sipir, pinggan tembaga
bergigi di sisi dan sehelai kain perasa. Berian pula terdiri daripada
barang-barang tembaga kuning sebanyak tiga pikul sembilan puluh kati
atau harta yang lain senilai dengan tembaga tersebut.
• Adat Menuga pula adalah sebanyak sepikul barang tembaga
kuning atau wang tunai yang sama nilai. Manakala pakan yang
diberikan dalam bentuk wang tunai bergantung pada pihak
perempuan. Semasa pengantin perempuan menaiki rumah
pengantin lelaki, wakil pengantin lelaki akan diberi kain
sebuhuong tanjing sarek. Pahe' mukad yang mengandungi satu
amas emas, lima biji manik tilak yang diikat bersama bibe' kuali
dan sepikul barang tembaga kuning (menuga).
STATUS SOSIAL: BANGSA SEMBILAN PIKUL
• Apabila hari perkahwinan akan dilangsungkan mas kahwin
diberikan. Terdapat dua bahagian yang penting iaitu penyekab
dan berian. Penyekab terdiri daripada sembilan amas emas,
sebilah pedang, sehelai persarakap betabor (sapu tangan
berebang emas dengan corak tertentu) dan sebuah tumo' (bekas
diperbuat daripada kayu dalam bentuk tertentu). Berian pula
terdiri daripada barang-barang tembaga kuning sebanyak
sembilan pikul (133 paun x 9) atau harta lain yang senilai dengan
harga barangan tersebut.
ADAT MERISIK
• Di dalam adat merisik ini, adalah perlu untuk kedua-dua keluarga
memperjelaskan status sosial masing-masing. Sekiranya status
sosial mereka adalah sama maka ianya dikenali dengan sama
gara dan sekiranya status sosial mereka tidak sama maka ianya
dikenali sida adat. Penentuan status sosial ini akan menentukan
hantaran dan bentuk mas kahwin yang harus diberikan apabila
kata sepakat telah diambil di dalam adat merisik ini nanti
barulah akan diteruskan dengan ADAT BERTUNANG.
ADAT BERTUNANG
• Rombongan pihak teruna biasanya akan bertandang ke rumah
keluarga si dara dengan membawa beberapa hantaran sebagai
Tanda Tunang. Hantaran tersebut adalah sebentuk cincin emas,
sebilah senjata, segantang padi, sebiji kelapa dan satu pikul
barang tembaga. Sekiranya hantaran tersebut diterima oleh
pihak keluarga si dara maka dengan rasminya si dara menjadi
tunangan orang yang sah.
• Terdapat beberapa perkara yang harus diambilkira sewaktu pertunangan
berlangsung iaitu sekiranya jodoh tidak kesampaian maksudnya
pertunangan tidak dapat diteruskan atas hal-hal tertentu. Sekiranya
pihak perempuan yang memutuskan pertunangan tersebut maka pihak
perempuan hendaklah menghantar kembali kesemua tanda tunang
tersebut kepada pihak lelaki dan sekiranya pihak lelaki yang
memutuskan pertunangan tersebut maka kesemua tanda tunang
tersebut dikira “hangus” iaitu ianya akan terus menjadi milik
perempuan tersebut.
ADAT PERKAHWINAN
• Kebiasaannya MAJLIS PERKAHWINAN yang mengikut adat di
dalam masyarakat melanau akan diadakan secara besar-besaran
iaitu mengikut kemampuan kedua-dua keluarga kecuali
perkahwinan dikategorikan sebagai perkahwinan jenis
“Peramas” iaitu berkahwin kerana ditangkap basah.
Perkahwinan jenis ini lebih kepada perkahwinan bidan terjun dan
majlisnya hanya ala kadar sahaja.
• Bagi perkahwinan yang mengikut adat, kebiasaannya tempoh penyediaan
perkahwinan adalah beberapa hari sebelum tarikh majlis perkahwinan
diadakan. Beberapa hari sebelum majlis perkahwinan diadakan, pihak
lelaki dikehendaki menyerahkan hadiah mas kahwin iaitu “penyekab” dan
“berian”. Kemudian disusuli dengan sehari sebelum majlis perkahwinan
dengan hadiah lain seperti “adat menuga”, “adat mebin” dan “pakan”.
Selesai penyerahan hadiah ini barulah disusuli dengan acara pernikahan.
Acara pernikahan kebiasaannya adalah satu acara mengikut perkara wajib
di dalam lunas-lunas agama. Selesai hal-hal yang wajib ini barulah majlis
persandingan akan diadakan.
• Kebiasaannya majlis persandingan akan diraikan di rumah kedua-dua belah
pihak pengantin lelaki dan perempuan dengan dihadiri keluarga dan sahabat
handai yang telah dijemput. Majlis Persandingan biasanya dimulai di rumah
keluarga pengantin lelaki. Ini bermakna pengantin perempuan dan
rombongannya akan bertandang ke rumah pengantin lelaki dahulu. Apabila
pengantin perempuan tiba di rumah keluarga pengantin lelaki maka adalah perlu
untuk keluarga pengantin lelaki menghadiahkan “adat pahe” kepada pengantin
perempuan. Tanpa “adat pahe” ini, pengantin perempuan dan rombongannya
adalah dilarang untuk memakan sebarang makanan di rumah pengantin lelaki
itu.
• Sekiranya semua adat telah dijalani maka barulah persandingan akan
dibenarkan kepada kedua-kedua mempelai untuk duduk di astana pelamin
yang siap dibina bagi tontonan semua jemputan dan keluarga. Selesai sudah
majlis di sebelah pengantin lelaki, kini tibalah pula untuk majlis persandingan
di rumah keluarga pengantin perempuan. Rombongan pengantin lelaki akan
bertandang ke rumah keluarga pengantin perempuan. Di majlis persandingan
di sebelah pengantin perempuan ini akan diadakan “adat petudui’’ iaitu
penyerahan pelbagai barangan antaranya sebentuk cincin emas dan seutas
gelang perak oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan.
• Pada sebelah petang ataupun malam, kebiasaannya akan diadakan upacara makan
nasi temuan. Upacara makan nasi temuan adalah seisi suap-menyuap antara kedua-
dua pengantin dengan disaksikan oleh keluarga terdekat. Di dalam upacara makan
nasi temuan ini para hadirin akan boleh mengenal siapakah yang akan mendominasi
bahtera perkahwinan itu nanti berdasarkan siapakah yang paling cepat menyuapkan
makanan ke dalam mulut. Andaikata yang paling cepat adalah pengantin lelaki maka
pengantin lelakilah raja kepada rumahtangga tersebut tetapi andaikata pengantin
perempuan yang paling cepat maka akan terdapatlah “Queen Control” di dalam
bahtera perkahwinan itu nanti. Walau bagaimanapun ini hanyalah cerita orang-
orang tua, kebenarannya hanya pasangan suami isteri itu yang mengetahuinya.
• Pada hari ketujuh selepas majlis persandingan akan diadakan upacara
membebaskan kedua-dua pengantin daripada segala pantang yang
dikenakan. Pantang larang yang dikenakan itu adalah sepanjang tempoh
seminggu itu kedua-dua pengantin adalah tidak dibenarkan untuk tidur
di siang hari kerana sekiranya dilakukan akan membawa bala atau
bencana di dalam perkahwinan mereka. Untuk itu upacara membuang
pantang ini akan diadakan dengan upacara mandi pengantin di laut.
Ianya adalah simbolik kepada membuang segala bala dan bencana itu ke
laut.