kertas kerja program latihan gimnastik

Upload: rossly-hamid

Post on 02-Apr-2018

354 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Kertas Kerja Program Latihan Gimnastik

    1/16

    HBPE2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF

    1.0: PENDAHULUAN

    Gimnastik berirama mula berkembang daripada idea I.G. Noverre (1722-1810), Francois

    Delsart (1811-1871), dan R. Bode (1881). Mereka bersependapat bahawa seseorang itu

    menggunakan tarian untuk meluahkan diri sendiri dan bersenam pelbagai bahagian tubuh.

    Peter Henry Ling seterusnya mengembangkan idea dalam sistem latihan bebas Sweden abad

    ke-19, yang melayakan "aestheticgymnastics", di mana pelajar menyatakan perasaan-

    perasaan mereka dan emosi melalui pergerakan menyeluruh. Idea ini telah dilanjutkan oleh

    Catharine Beecher, yang mengasaskan Western Female Institute di Ohio, AmerikaSyarikat,

    pada 1837.

    Gimnastik berirama kompetitif bermula dalam 1940-an dalam Kesatuan Soviet. FIG

    mengiktiraf disiplin ini pada 1961, pertama seperti gimnastik moden, kemudian sebagai

    gimnastik berirama sportive, dan akhirnya sebagai gimnastik berirama. Kejohanan Dunia

    pertama untuk gimnas individu mengambil tempat pada 1963 di Budapest, Hungary.Kumpulan telah diperkenalkan pada tahap yang sama pada 1967 di Copenhagen, Denmark.

    Gimnastik berirama telah ditambah di Sukan Olimpik Musim Panas1984 di Los Angeles,

    dengan pertandingan Individual All Around. Bagaimanapun, banyak persekutuan daripada

    negara-negara Eropah Timur telah dipaksa untuk memulau. Lori Fung dari Kanada adalah

    gimnas berirama pertama untuk mengondol satu pingat emas Olimpik. Pertandingan

    kumpulan telah ditambah ke Sukan Olimpik Musim Panas 1996 di Atlanta, Georgia.

    Manakala, perkembangan gimrama di Malaysia bermula di sekolah. Latihan gimrama

    tidak ditawarkan di mana-mana tempat pada mulanya. Di sekolah, gimrama telah dimulakan

    sebagai aktiviti kokurikulum. Sukan gimrama telah diperkenalkan secara serius di Malaysiapada tahun 1982 dimana satu Kursus Kejurulatihan Peringkat Asas telah diadakan di Kuala

    Lumpur dibawah pimpinan Puan Emmy Bellwood iaitu seorang jurulatih dari New Zealand.

    Pada tahun 1983, Jawatankuasa Teknik Gimrama yang pertama telah ditubuhkan di bawah

    Persekutuan Gimnastik Malaysia. Seterusnya pada tahun 1984, satu lagi kursus kejurulatihan

    bagi guru-guru dari sekolah dan maktab telah dijalankan oleh beberapa orang instruktor

    tempatan. Pada tahun 1985, Persekutuan Gimnastik Malaysia telah mengimport seorang

    jurulatih dari Australia untuk mengadakan program intensif selama setahun. Seramai 300

    orang jurulatih dapat dihasilkan. Pada tahun yang tersebut juga, satu lagi Kursus

    Kejurulatihan Serantau Peringkat Lanjutan telah diadakan dengan menjemput pakar yang

    sama.

    Pada tahun 1985 kejohanan gimrama peringkat kebangsaan yang pertama telah

    diadakan dan telah disertai sebanyak 30 pasukan dari seluruh negara. Seterusnya pada tahun

    1989, gimrama telah diperkenalkan di Sukan SEA Kuala Lumpur, dan Malaysia telah

    memungut lima pingat emas melalui Faiznur Miskin. Selain itu, gimnas peringkat nasional

    telah diberi peluang bertanding dalam Kejohanan Empat Benua untuk memperolehi

    pendedahan. Malaysia juga telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Sedunia di Alicante,

    Sepanyol. Pada tahun 1998, negara kita telah dipilih menjadi tuan rumah Sukan Komanwel

    dan kita berjaya memperolehi 10 pingat emas. Salah satu pingat emas tersebut telahdisumbangkan melalui acara gimrama melalui Elaine Koon.

    1

  • 7/27/2019 Kertas Kerja Program Latihan Gimnastik

    2/16

    HBPE2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF

    2.0: KERTAS KERJA PROGRAM LATIHAN

    2.1: Pengenalan

    Sukan gimnastik berirama atau lebih dikenali sebagai gimrama merupakan suatu sukan yang

    memerlukan kemahiran yang tinggi serta kelembutan dan koordinasi tubuh badan yang baik

    dengan diselitkan koreografi seperti tarian dan gerakan-gerakan yang menarik yang

    bersesuaian dengan iringan muzik. Ia merupakan suatu sukan yang boleh dikatakan sebagai

    sukan yang menggabungkan elemen pergerakan dan tarian yang pada masa yang sama

    memasukkan unsur kelembutan badan yang memerlukan kekuatan otot-otot. Sukan gimrama

    juga merupakan suatu program kecergasan fizikal khususnya bagi pelajar-pelajar perempuan

    di perinkat sekolah.

    Sukan gimrama kini kian mendapat tempat di hati para penggemar sukan dan ini telah

    dibuktikan apabila negara kita menghantar beberapa wakil dalam pertandingan juga di

    temasya sukan antarabangsa, contohnya Sukan Komanwel. Sehubungan itu, bagi menyahut

    cabaran sukan gimrama ini, pihak sekolah ingin turut serta dalam menyumbangkan bakat-

    bakat baru untuk diketengahkan dengan harapan dapat mengharumkan nama sekolah juga

    nama negara di persada sukan antarabangsa dalam bahagian gimrama.

    Seperti yang telah disentuh tadi, sukan gimrama merupakan pergerakan atau senaman

    yang memerlukan koordinasi pada tahap tinggi dan ianya bersifat estetik serta perlu

    dilakukan secara licin dan berterusan. Pergerakan dalam sukan ini seakan-akan pergerakan

    tarian tetapi mempunyai ciri tersendiri. Ia dilakukan di atas lantai samada dengan alatan atau

    tanpa alatan yang biasanya dipanggil asparatus. Secara kesimpulannya, gimrama

    merupakan pergerakan yang ada ciri-ciri gimnastik dan tarian dan pada masa yang sama

    mempunyai perkaitan dengan tiga komponen asas iaitu pergerakan tubuh badan, penggunaan

    peralatan dan irama muzik.

    Oleh yang demikian, menyedari tahap kesukaran dan keperluan kemahiran yang tinggidalam sukan gimrama ini, Kelab Gimrama sekolah ingin mencadangkakan sebuah program

    latihan sebagai satu langkah persediaan untuk menyertai pertandingan gimrama yang akan

    disertai kelak.

    Sebagai langkah pertama, pihak sekolah di bawah Panitia Pendidikan Jasmani Sekolah

    Kebangsaan Pekan, akan mengadakan uji bakat bagi mengenalpasti bakat-bakat baru dan

    seterusnya akan dilatih khas dalam Program Latihan Pasukan Gimrama Sekolah Kebangsaan

    Pekan

    2

  • 7/27/2019 Kertas Kerja Program Latihan Gimnastik

    3/16

    HBPE2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF

    2.2: Matlamat

    Program ini dirangka bertujuan untuk mempromosikan sukan gimrama di kalangan murid-

    murid terutama murid-murid perempuan di tahap satu dan tahap dua yang berusia antara 7

    tahun hingga 11 tahun sebagai barisan pelapis juga perintis bagi sukan gimrama di daerah.

    Selain itu, program ini dirangka bagi mendapatkan kelulusan dari pihak sekolah dan

    seterusnya peruntukan kewangan daripada pihak sekolah serta sumbangan dan tajaan dari

    pihak Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SK Pekan bagi menjayakan program ini dalam

    jangka masa yang panjang.

    2.3: Objektif

    Secara spesifiknya, program latihan ini bertujuan untuk:a. Menyediakan barisan peserta yang akan mewakili SK Pekan untuk menyertai

    Pertandingan Gimrama Terbuka Daerah

    b. Menyediakan peserta yang berkebolehan untuk menyertai mana-mana pertandingan

    gimrama yang dianjurkan samada dalam daerah mahupun di luar daerah

    c. Sebagai persediaan mental kepada bakal para peserta pertandingan.

    d. Menyediakan para peserta secara fizikal untuk menyertai mana-mana pertandingan.

    e. Melahirkan pelajar yang sentiasa aktif dalam apa jua bidang yang diceburi.

    f. Menanamkan minat terhadap sukan gimnastik di kalangan para pelajar.

    g. Menyediakan pelapis untuk menyertai pertandingan gimrama dalam jangka masa

    panjang.

    2.4: Tarikh

    2.4.1: Uji bakat : 12 September 2012 (Rabu)

    2.4.2: Pertandingan : 07 09 Januari 2013 (Isnin Rabu)

    2.5: Masa

    2.5.1: Uji bakat : 08.00 pagi 10.00 pagi (Tahap satu)

    02.00 petang 04.00 petang (Tahap dua)

    3

  • 7/27/2019 Kertas Kerja Program Latihan Gimnastik

    4/16

    HBPE2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF

    2.5.2: Pertandingan : 08.00 pagi 02.00 petang

    2.6: Tempat

    2.6.1: Uji bakat : Dewan Perdana Sekolah Kebangsaan Pekan.

    2.6.2: Pertandingan : Dewan Masyarakat Daerah

    2.7: Kumpulan Sasaran

    Sepuluh orang Pelajar perempuan Sekolah Kebangsaan Pekan yang berusia antara 7 tahun

    hingga 11 tahun.

    2.8: Jurulatih

    2.9: Kewangan

    Rujuk Lampiran 1

    2.10: Jadual Latihan

    Rujuk Lampiran 2

    2.11: Acara yang disertai

    PERKARA INDIVIDU BERPASUKAN

    Tali / /

    Gelung / /

    Bola / /

    Belantan / /

    Riben / /

    2.12: Penutup

    Panatia Pendidikan Jasmani SK.Pekan merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kepada

    pihak pentadbiran agar dapat mempertimbangkan serta meluluskan peruntukkan kewangan

    untuk menampung perbelanjaan untuk membeli peralatan semasa uji bakat, latihan dan

    pertandingan gimrama pada peringkat daerah pitas nanti.

    4

  • 7/27/2019 Kertas Kerja Program Latihan Gimnastik

    5/16

    HBPE2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF

    TARIKH 20 OGOS 2012

    Disediakan oleh

    Setiausaha,Panitia Pendidikan Jasmani.

    Tandatangan :..................................

    Tarikh :............................................

    Disemak oleh

    Ketua Panitia Pendidikan Jasmani 2012.

    Tandatangan :..................................

    Tarikh :............................................

    Disokong oleh

    Penolong Kanan Korikulum, SK. Pekan

    Tandatangan :..................................

    Tarikh :...........................................

    Diluluskan oleh

    Guru Besar,

    Sekolah Kebangsaan Pekan

    Tandatangan :..................................

    Tarikh :............................................

    5

  • 7/27/2019 Kertas Kerja Program Latihan Gimnastik

    6/16

    HBPE2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF

    3.0: RUTIN PERGERAKAN GIMRAMA

    3.1: Pengenalan

    Gimnastik berirama atau gimrama merupakan suatu sukan yang sangat istimewa dan menarik

    perhatian kerana memerlukan kemahiran yang tinggi serta kelembutan dan kordinasi tubuh

    badan yang baik juga daya kreativiti dalam mencipta gerakan. Setiap gerakan yang dicipta

    perlulah bersesuaian dengan kemahiran dan juga teknik peralatan. Gerakan yang dilakukan

    perlulah dilakukan dengan kawalan badan yang baik serta dengan gaya badan yang bergaya

    dan kemas. Gimnas perlu memahami segala pergerakan badan atau elemen teknik badan

    untuk membentuk gerakan yang baik dalam gimrama. Elemen-elemen ini merupakan asas

    kepada gimrama dan mesti dilakukan sepanjang rutin latihan. Kesemua elemen teknik badan

    hendaklah digabungkan dalam rutin gerakan supaya menjadi suatu rangkaian yang licin dan

    baik. Terdapat berbagai jenis pergerakan badan dalam setiap kumpulan untuk melahirkan

    suatu rutin yang asli dan tersendiri. Gabungan-gabungan berbeza yang terhasil di antara

    pergerakan badan dan manipulasi peralatan menjadikan gimrama sebagai suatu sukan yang

    sangat mencabar bagi gimnas dan jurulatih.

    Elemen pergerakan badan boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu

    pergerakan melangkah, ayunan dan pusingan, putaran dan pivot, alunan, lompatan dan

    layangan, imbangan, lentikan dan gulingan. Manakala peralatan yang digunakan dalam rutin

    pergerakan gimrama ialah gelung, bola, belantan dan riben. Pakaian untuk gimnas juga

    mempunyai standard yang sudah ditetapkan. Kesemua peralatan ini mempunyai spesifikasi

    yang telah ditetapkan oleh FIG. Manakala gelanggang permainan ditentukan oleh

    jawatankuasa penganjur yang boleh memuatkan dua karpet yang bersaiz 13m x 13m.

    Dalam sesuatu pertandingan gimrama, ada beberapa kreteria yang dijadikan sebagai

    ukuran untuk menentukan dalam membuat penilai peserta. Kreteria tersebut merangkumi:-

    Nilai hiburan

    Kreatif dan tersusun

    Impresi keseluruhan berdasarkan tema

    Innovasi, keaslian dan variasi dalam pergerakan dan kemahiran,

    Teknik, kualiti kemahiran dan keselamatan dalam kemahiran.

    6

  • 7/27/2019 Kertas Kerja Program Latihan Gimnastik

    7/16

    HBPE2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF

    3.2: Rutin Pergerakan.

    Elemen pergerakan gimrama dengan menggunakan alatan terbahagi kepada lima kategori

    iaitu acara gelung, acara bola, acara belantan, acara tali dan acara riben. Dalam pertandingan

    gimrama peringkat daerah ini, pasukan gimrama individu Sekolah Kebangsaan Pekan

    memilih elemen pergerakan dengan menggunakan alatan bola dan riben. Setiap acara yang

    disertai, jurulatih telah memilih beberapa jenis rutin yang sesuai dan membuat variasi

    pergerakan / pelan pantai bagi tempoh tiga minit untuk dipersembahkan dalam pertandingan

    nanti.

    3.2.1: Acara Bola

    Rutin pergerakan 1: Pergerakan melangkah / Gerak edar

    Gimnas melakukan pergerakan Chasse yang mana akan melakukan pergerakan langkah

    tutup langkah ke hadap dengan cepat sambil melambung dan menyambut bola.

    Rutin pergerakan 2: Imbangan

    Gimnas berdiri satu kaki dengan badan membongkok ke hadapan dengan melantun-

    lantunkan bola sambil berputar pada satu kaki.

    Rutin pergerakan 3: Alunan

    Gimnas melakukan pergerakan alunan pada tangan dan badan ke depan, belakang, ke sisi

    sambil meletakkan bola antara dua kaki.

    Rutin pergerakan 4: Putaran dan pivot

    Gimnas melakukan putaran penuh dengan menggunakan dua kaki dan lutut di atas lantai

    sambil melambung dan menyambut bola

    Rutin pergerakan 5: Lompatan dan layangan

    Gimnas berlari dan dikuti aksi layangan sambil melambung dan menyambut bola.

    7

  • 7/27/2019 Kertas Kerja Program Latihan Gimnastik

    8/16

    HBPE2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF

    3.2.2: Acara Gelung

    Rutin pergerakan 1: Skipping

    Gimnas berlari anak sambil melalui gelung ke hadapan.

    Rutin pergerakan 1: Putaran

    Gimnas berdiri pada satu kaki dan

    membuat putaran gelung mengelilingi pinggang

    Rutin pergerakan 1: Alunan

    Gimnas membuat alunan tangan, badan dan kaki sambil menggerakan gelung ke belakang

    dank e depan.

    Rutin pergerakan 1: Lompatan dan layangan

    Gimnas berlari untuk membuat lompatan dan layangan sambil bermain skipping gelung di

    udara.

    Rutin pergerakan 1: Lambungan dan pivot

    Gimnas melambung dan menyambut gelung sambil membuat putaran penuh.

    8

  • 7/27/2019 Kertas Kerja Program Latihan Gimnastik

    9/16

    HBPE2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF

    4.0: PENUTUP / RUMUSAN

    Gimrama sejenis sukan yang memerlukan kemahiran dan kelenturan tubuh badan yang tinggi.

    Oleh sebab itulah mengapa sukan gimrama ini dikhususkan untuk perempuan. Perempuan

    mempunyai keboleh lenturan badan yang tinggi jika dibandingkan dengan lelaki. Sungguh

    pun demikian, atlet gimrama perlu dilatih dan diasah bakatnya dari awal usia kanak-kanak

    lagi. Di samping itu juga, atlet gimrama perlu mempunyai daya ingatan yang tinggi untuk

    mengingati rutin-rutin pergerakan dan kemahiran dalam memanipulasikan alatan dalam

    sesuatu persembahan. Persembahan yang menarik pula bergantung kepada variasi dan

    kekeratifan dalam pergerakannya.

    5.0: RUJUKAN

    9

    Pergeraka

  • 7/27/2019 Kertas Kerja Program Latihan Gimnastik

    10/16

    HBPE2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF

    6.0: LAMPIRAN

    LAMPIRAN 1

    Anggaran Harga Peralatan-Peralatan yang Diperlukan bagi Tujuan Pemilihan, Latihan dan

    Pertandingan Peserta.

    BIL PERKARA HARGA (RM) UNIT JUMLAH (RM)

    Peralatan Kekal

    1 Tali Skipping 2.50 20 50.00

    2 Pundi Kacang 1.50 20 30.00

    3 Gelung plastik 8.00 20 160.00

    4 Bola Besar 20.00 20 400.00

    5 Bola Kecil 2.00 20 40.006 Riben 80.00 20 160.00

    7 Tilam 150.00 3 450.00

    8 Papan Anjal 250.00 2 500.00

    9 Kon/Skittle 20.00 10 200.00

    10 Bangku Panjang 50.00 2 100.00

    11 Wall Bar 280.00 2 560.00

    12 Pakaian 50.00 10 500.00

    Uji Bakat

    13 Kertas A4 10.00 1 rim 10.00

    14 Fail 2.50 4 buah 10.0015 Pen 1.00 4 batang 4.00

    16 Marker 12.00 1 kotak 12.00

    17 Air mineral 7.00 3 kotak 21.00

    Pertandingan

    18 Pengangkutan 30.00 3 hari 90.00

    19 Makan / Minum 50.00 3 hari 150.00

    20 Luar jangka 200.00

    JUMLAH KESELURUHAN 3,647.00

    LAMPIRAN 2

    10

  • 7/27/2019 Kertas Kerja Program Latihan Gimnastik

    11/16

    HBPE2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF

    JADUAL LATIHAN LIMA SESI SEMINGGU

    Hari

    waktu

    Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad

    Pagi

    7.30 9.30 Latihan Rehat Latihan Rehat

    11

  • 7/27/2019 Kertas Kerja Program Latihan Gimnastik

    12/16

    HBPE2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF

    Aktif Pasif Petang

    3.00 5.00Latihan Latihan Latihan

    JANGKA MASA LATIHAN.

    Jangka masa bagi setiap sesi latihan ialah dua jam. Berikut jadual pecahan masa bagi setiap

    sesi latihan.

    Bil Perkara Masa

    1 Persediaan 30 minit

    2 Fasa utama 80 minit

    3 Hasil / penutup 10 minit

    Jumlah masa : 120 minit

    AKTIVITI SESI LATIHAN HARIAN.

    Bil Aktiviti

    1 Pengenalan aktiviti.

    2 Pemanasan badan.

    3 Melakukan latihan.

    4 Penyejukan badan.

    5 Rumusan / Psikologi.

    LAMPIRAN 3

    UNDANG-UNDANG DAN SYARAT-SYARAT

    PERTANDINGAN GIMRAMA

    MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) TAHUN 2013

    1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN INDIVIDU

    Peraturan Pertandingan dan Peraturan Am MSSM, Undang-Undang Code of Points FIG (

    2013 2016) dirujuk.

    2. ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

    2.1 Pre - Junior

    Pertandingan I dan II - Latihan Tanpa Alat, Gelung, Bola, Belantan

    Pertandingan III - Latihan Tanpa Alat, Gelung, Bola, Belantan

    (acara terbuka ) - Riben

    2.2 JuniorPertandingan I dan II - Gelung, Bola, Belantan, Riben

    12

  • 7/27/2019 Kertas Kerja Program Latihan Gimnastik

    13/16

    HBPE2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF

    Pertandingan III - Gelung, Bola, Belantan, Riben

    2.3 Senior

    Pertandingan I dan II - Gelung, Bola, Belantan, Riben

    Pertandingan III - Gelung, Bola, Belantan, Riben

    3. PASUKAN

    3.1 Setiap pasukan ( Acara Individu ) hendaklah terdiri daripada 3 atau 4 orang gimnasbagi setiap kumpulan umur. Jumlah bilangan gimnas setiap pasukan ialah 12 orang

    maksima.

    3.2 Kontinjen setiap negeri terdiri daripada : -

    KONTINJEN BILANGAN

    1. Ketua Kontinjen 1

    2. Fisioterapi 1

    3. Pengerusi Teknik 1

    4. Pengurus Pasukan 1

    5. Jurulatih 4

    6. Juruhakim 2

    7. Gimnas ( Individu & Kumpulan ) 27 ( Maksima )

    JUMLAH 37

    3.3 Peserta yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Gimrama MSSM

    mestilah lulus Gred 2 program Klasifikasi Gimrama (kategori Pre-Junior).

    4. PERTANDINGAN

    4.1 Pertandingan I, II dan III akan dijalankan. Pertandingan I dan II akan dilakukan

    sekali.

    4.2 Pertandingan I (Acara Pasukan)

    4.2.1 Jumlah latihan yang dipersembahkan oleh setiap pasukan ialah:

    4.2.1.1 Pre - Junior8 latihan (2 untuk setiap alatan)

    4.2.1.2 Junior

    8 latihan (2 untuk setiap alatan)

    4.2.1.3 Senior

    8 latihan (2 untuk setiap alatan)

    4.2.2 Tiap-tiap alatan mesti dipersembahkan oleh dua orang gimnas sahaja.

    4.2.3 Untuk menentukan Johan Pasukan, jumlah mata yang diperolehi daripada 8

    latihan akan diambilkira.

    4.3 Pertandingan II (Acara Individu Keseluruhan)

    4.3.1 Untuk layak ke Pertandingan II, seorang gimnas mesti mempersembahkan

    sekurang-kurangnya 3 latihan dalam Pertandingan I bagi kategori Pre-Junior, Junior dan Senior.

    13

  • 7/27/2019 Kertas Kerja Program Latihan Gimnastik

    14/16

    HBPE2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF

    Gimnas yang memperolehi mata tertinggi untuk 3 acara yang dipertandingkan

    dalam Pertandingan 1 akan diambil kira sebagai Johan Perseorangan

    Keseluruhan bagi kategori Pre-Junior, Junior dan Senior.

    4.4 Pertandingan III (Acara Alatan Secara Individu)

    4.4.1 8 gimnas terbaik dalam Pertandingan 1 bagi setiap alatan layak untuk

    mengambil bahagian dalam Pertandingan III4.4.2 Gimnas yang memperolehi mata tertinggi dalam setiap acara dikira

    sebagai Johan acara tersebut.

    4.5 Keperluan Teknik

    Pre- Junior - Min 3, Max. 5 difficulties

    (Refer to Code Of Point 2013-2016)

    Junior - Min 4, Max. 7 difficulties

    (Refer to Code Of Point 2013-2016)

    Senior - Min 6, Max. 9 difficulties

    ( Refer to Code Of Point 2013-2016)

    5. PERALATAN

    Pastikan alatan yang digunakan adalah mengikut spesifikasi FIG. Bagi kategoriPre-Junior dan Junior riben yangberukuran 5 meter panjang dibenarkan.

    6. PAKAIAN GIMNAS

    6.1 Leotard atau unitard dibenarkan.

    6.2 Leotard /Unitard yang mempunyai lambang negeri dan negara tidak dibenarkan.

    Hanya gimnas pelapis dan elite negara dikecualikan.

    7. MUZIK

    7.1 CD sahaja dibenarkan. Rakaman yang baik untuk pertandingan adalah

    tanggungjawab pasukan sendiri.

    7.2 Setiap CD perlu dilabelkan seperti berikut:

    Nama Gimnas :

    Negeri :

    Kumpulan Umur :

    Alatan (Simbol) :

    Tempoh Muzik :

    7.3 Potongan mata akan dikenakan untuk rakaman yang tidak baik dan tidak

    mengikut peraturan seperti dalam FIG Code Of Points.

    8. PENGHAKIMAN

    8.1 Penghakiman adalah mengikut perubahan baru 2013 - 2016. Dua panel (Difficulty

    danExecution) akan bersidang.

    8.2 Panel Juruhakim akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola Gimrama MSSM .

    9. BANTAHAN

    Bantahan tidak dibenarkan dan keputusan hakim adalah muktamad.

    10. BORANG PENYERTAAN

    10.1Borang penyertaan dengan senarai nama pasukan yang disahkan mesti diserahkan

    selewat-lewatnya SEMINGGU sebelum tarikh pertandingan. Senarai yang diterima

    selepas jangkamasa ini tidak akan dilayan.

    10.2Sebarang pertukaran nama gimnas selepas tarikh penyerahan borang penyertaanTIDAKakan dilayani kecuali dengan surat akuan doktor.

    14

  • 7/27/2019 Kertas Kerja Program Latihan Gimnastik

    15/16

    HBPE2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF

    Setiap gimnas dikehendaki membawa salinan sijil lahir yang disahkan ( Pre Junior )

    10.3Bagi (Junior) dan (Senior), setiap gimnas dikehendaki membawa salinan Kad

    Pengenalan yang disahkan.

    10.5 PERHATIAN: GIMNAS YANG DISENARAIKAN SEBAGAI GIMNAS

    YANG PERTAMA BAGI SESUATU ACARA AKAN DIBERI GILIRAN

    PERTAMA BAGI NEGERI YANG DIWAKILINYA.

    10.6 BORANG D

    WARNA PRE-JUNIOR JUNIOR SENIOR

    BORANG D1(BODY) PUTIH KUNINGMERAH

    JAMBU

    11. CABUTAN UNDICabutan undi akan dijalankan di hadapan saksi. Semua negeri akan diberitahu

    berkenaan cabutan undi. Rujuk Peraturan Am (10.4)

    12. HADIAH

    Hadiah akan disediakan mengikut Peraturan Pertandingan MSSM

    13. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN LATIHAN BERKUMPULAN

    13.1Undang-undang Code of Points FIG dirujuk.

    13.2Acara-acara yang dipertandingkan.

    13.2.1 (Pre-Junior) 5 TALI

    13.2.2 (Junior)10 BELANTAN dan 5 GELUNG13.2.3 (Senior)3 BOLA dan 2 RIBEN

    13.3 Pasukan

    Setiap latihan berkumpulan terdiri daripada 5 orang gimnas dan 1 orang gimnas

    simpanan. Gimnas-gimnas yang bertanding dalam acara individu dibenarkan

    bertanding dalam acara berkumpulan.

    13.4 Pertandingan

    13.4.1 Setiap pasukan perlu membuat 2 kali persembahan (Pertandingan I dan

    Akhir).

    13.4.2 Untuk menentukan Johan, jumlah markah yang diperolehi daripada kedua-

    dua pusingan diambil kira.

    13.5 Keperluan Teknik

    (Pre-Junior )

    13.5.1 Refer to Code Of Point 2013-2016

    13.5.2 Tempoh masa yang dihadkan adalah 1 minit 45 saat hingga 2 minit.

    13.6 Keperluan Teknik

    (Junior) dan (Senior)

    13.6.1 Refer to Code Of Point 2013-2016

    13.6.2 Semua keperluan khas dalam undang-undang Code of Points FIGEdisi 2013 - 2016 diutamakan

    15

  • 7/27/2019 Kertas Kerja Program Latihan Gimnastik

    16/16

    HBPE2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF

    13.6.3 Tempoh masa yang dihadkan adalah 2 minit 15 saat hingga 2 minit

    30 saat

    16