qgj 3053 -kertas kerja dan program latihan sukan
DESCRIPTION
Kertas kerja pertandingan boling dan program latihan sukan olahragaTRANSCRIPT
PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2014/2015
QGJ 3053: SUKAN INDIVIDU
TAJUK
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK
PUSAT PEMBELAJARAN:
NAMA TUTOR E-LEARNING:
TARIKH SERAH:
1
Merancang satu program latihan selama 2 bulan bagi acara lompat tinggi supaya dapat memilih murid yang berbakat untuk ke Kejohanan Sukan
Peringkat Daerah
PEMARKAHAN
ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK HALAMAN
Kertas Kerja Program Latihan Padang : Lompat Tinggi
1.0 Pendahuluan 4
2.0 Tajuk Program 4
3.0 Tempoh Masa Program Latihan 4
4.0 Matlamat Program Latihan 4
5.0 Tempoh Masa Sesi Latihan 4
6.0 Jumlah Murid yang Dilatih 5
7.0 Alatan yang Diperlukan 5
8.0 Jadual Program Latihan
8.1 Petunjuk Aktiviti Program Latihan
8.2 Perincian Program Latihan Kemahiran Gaya fosbury Flop
6
7-8
9-12
9.0 Objektif Ansur Maju Latihan 13
10.0 Perincian Aktiviti Ansur Maju Kemahiran 13-15
11.0 Variasi Latih Tubi Kemahiran 16-17
12.0 Prinsip-prinsip Latihan 17-19
13.0 Kaedah Pemilihan Murid 19
14.0 Aspek Keselamatan 19-20
15.0 Persediaan Pasukan 20
16.0 Penutup 21
17.0 Bibliografi 22
2
KERTAS KERJAPROGRAM LATIHAN PADANG
LOMPAT TINGGI
TARIKH : 4 OGOS 2014 - 28 SEPTEMBER 2014
TEMPAT : PADANG SK PENDIDIKAN KHAS JOHOR BAHRU
3
1.0 PENDAHULUAN
Program latihan acara lompat tinggi ini di adakan adalah bertujuan untuk memberi
pendedahan awal kepada murid tentang acara lompat tinggi. Program ini di adakan
juga adalah untuk memilih murid yang mempunyai potensi untuk mewakili sekolah ke
kejohanan sukan peringkat daerah yang akan dilaksanakan pada bulan November
2014.
2.0 TAJUK PROGRAM
Program Kecemerlangan Lompat Tinggi
3.0 TEMPOH MASA PROGRAM LATIHAN
Tempoh : 8 Minggu
Tarikh : 4 Ogos hingga 28 September 2014
4.0 MATLAMAT PROGRAM LATIHAN
Program ini diadakan untuk :
4.1 Memilih murid yang berkelayakan untuk mewakili sekolah ke kejohanan
peringkat daerah.
4.2 Memberi murid pendedahan tentang kaedah latihan yang betul.
4.3 Membatu murid dari aspek kecergasan fizikal mereka.
5.0 TEMPOH MASA SESI LATIHAN
6 Hari dalam 1 Minggu selama 8 minggu
4
6.0 JUMLAH MURID YANG DILATIH
8 Orang
BIL NAMA MURID S. BERANAK KELAS
1 MUHAMMAD SAFWAN BIN JAMIL AJ 31658 5 AMANAH
2 IKHWAL HAFIZ BIN SAMSUDIN ND56301 5 AMANAH
3 MUHD FAIZ BIN HASHIM BJ27438 5 BESTARI
4 JASRIN HAKIMI BIN JUSOH BY67244 5 BESTARI
5 SHAHRUL HAFIZI BIN SHAHRUDIN AL35276 5 CEKAP
6 MOHD AWAL BIN MOHD RADZI BT42873 5 DEDIKASI
7 WAN MOHD FARIS BIN WAN HUSSIEN AR67382 5 DEDIKASI
8 MUHD FAZRUL BIN MUHD NAIM BC52718 5 DEDIKASI
7.0 ALATAN YANG DIPERLUKAN
BIL NAMA ALATAN KUANTITI
1 Skittle 16 unit
2 Gelung 8 unit
3 Tilam mendarat 1 unit
4 Bendera putih 2 unit
5 Bendera kuning 2 unit
6 Wisel 2 unit
7 Tiang Lompat Tinggi 1 Unit
8 Tali 2 Unit
9 Palang lompat tinggi 1 unit
5
8.0 JADUAL PROGRAM LATIHAN
PROGRAM : JADUAL LATIHAN PEMILIHAN ALTET
SUKAN : LOMPAT TINGGI
TAHUN : 2014
NAMA JURULATIH :
6
FAKTOR-FAKTORLATIHAN
UJIAN
MINGGU MINGGU 1 MINGGU 2 MINGGU 3 MINGGU 4 MINGGU 5 MINGGU 6 MINGGU 7 MINGGU 8HARI 1 2 3 4 5 6 7 1 2 3 4 5 6 7 1 2 3 4 5 6 7 1 2 3 4 5 6 7 1 2 3 4 5 6 7 1 2 3 4 5 6 7 1 2 3 4 5 6 7 1 2 3 4 5 6 7100%
50%
10%
LATIHANAEROBIK
FARTLEK
LSDLATIHAN
ANAEROBIKJEDA
PLIOMETRIKBEBANAN
LATIHANKEMAHIRAN
LANGKAH 1, 2
LANGKAH 3,4,5
PETUNJUK ISIPADUINTENSITI
MINGGU HARI LATIHAN AEROBIKTEMPOH
(MINIT)LATIHAN ANAEROBIK
TEMPOH
(MINIT)
1
1 Berjalan Pantas 5 minit Larian lutut tinggi 5 minit
2 Larian (5 x) 2 m/s Skip 7 minit
3 Larian (5 x) 2 m/s 3 x 25 meter x 2 set
Bench press
2 minit
5 minit
4 Berlari anak 10 minit 3 x 25 meter x 2 set 2 minit
5 Larian (5 x) 2 m/s
6
7 Leg press 7 minit
2
1 Larian ( 6 x) 3 m/s
2 Jogging 10 minit 3 x 35meter x 2set 3 minit
3 Pecut 70% kelajuan 30 saat 3 x 40meter x 2 set 3 minit
4 Larian (6 x) 3 m/s Kotak pelbagai
ketinggian
10 minit
5 Bounding 10 minit
6
7 Berlari Anak 8 minit Biceps curl 7 minit
3
1 2 x 50meter x 2 set 3 minit
2 2 x 55meter x 2 set
Heel raise
3 minit
10 minit
3 Jogging 10 minit Leg press 5 minit
4 Berjalan pantas 10 minit Lompat sebelah kaki 3 minit
5 Larian (6 x) 3 m/s Skip 5 minit
6 Larian (6 x) 3 m/s Larian lutut tinggi 7 minit
7
4
1 3 x 30meter x 2 set 2 minit
2 4 x 20meter x 2 set 2 minit
3 Berlari anak 8 minit 5 x 15meter x 2 set
Skip
3 minit
4 minit
4 Larian (7 x) 2 m/s Larian lutut tinggi 7 minit
5 Larian (7 x) 2 m/s Bounding 5 minit
6 Pecut 70% 30 saat Heel raise 4 minit
7
8.1 Petunjuk Aktiviti Program Latihan Lompat Tinggi
7
MINGGU HARI LATIHAN AEROBIKTEMPOH
(MINIT)LATIHAN ANAEROBIK
TEMPOH
(MINIT)
5
1 Berjalan pantas 5 minit Skip 5 minit
2 Berlari anak 10 minit Larian lutut tinggi 10 minit
3 Larian (5 x) 4 m/s Lompat sebelah kaki
Bicep curl
7 minit
5 minit
4 Larian (5 x) 4 m/s Leg press 5 minit
5
6 Pecut 80% kelajuan 20 saat 3 x 35 meter x 2 set 3 minit
7 3 x 40 meter x 2 set 3 minit
6
1 Bounding 7 minit
2 Larian (3 x) 5 m/s Kotak pelana ketinggian 8 minit
3
4 Berlari 60% kelajuan 20 saat 2 x 50 meter x 2 set
Bench press
3 minit
5 minit
5 Jogging 10 minit 2 x 55 meter x 2 set
Biscep curl
3 minit
5 minit
6 Larian (3 x) 5 m/s
7
7
1 3 x 40 meter x 2 set 3 minit
2 Berjalan pantas 5 minit 3 x 45 meter x 2 set 3 minit
3 Larian (3 x) 5 m/s 2 x 50 meter x 2 set/Skip 3 minit
4 Berjalan lambat 3 minit Bounding 5 minit
5 Larian (4 x) 2 m/s Lompat sebelah kaki
Heel raise
4 minit
5 minit
6 Leg press 5 minit
7
8
1 Triceps curl 5 minit
2 Larian (5 x) 2 m/s Butt kick / Heel raise 5 minit
3 Berlari langkah panjang 2 minit Lompat sebelah kaki 4 minit
4 Berlari anak 8 minit Bounding
4 x 20 meter x 2 set
4 minit
3 minit
5 Berlari pantas 5 minit 4 x 25 meter x 2 set 4 minit
6 Larian (5 x) 2 m/s 3 x 30 meter x 2 set 3 minit
7
8
8.2 Perincian Program Latihan Kemahiran Gaya Fosbury Flop
8.2.1 Latihan 1
Berlari anak atau pantas beberapa langkah ke hadapan dan kemudian melengkok
beberapa langkah ke kiri ( jika melonjak dengan kaki kiri ).
Sekiranya pelompat melonjak dengan kaki kanan , dia haruslah melengkok ke
kanan.
Latihan ini bertujuan untuk melatih para pelajar supaya dapat berlari lurus dan
melengkok.
9
8.2.2 Latihan 2
Seperti dalam Latihan 1 , apabila pelompat melangkah tandaan di bahagian
melengkung, dia mestinya melonjak dengan serta-merta ke atas.
Kemudian kedua-dua belah tangannya dihayunkan ke atas ( siku dibengkokkan )
dan badan dipusingkan di udara dengan lutut kaki bebas menyilang badan.
Pelompat mendarat di atas kaki lonjak sambil menghadap tempat permulaan.
8.2.3 Latihan 3
10
Seperti dalam latihan 2, pelompat melonjak ke atas dan melentikkan badan.
Sebelah tangan dihulur ke belakang untuk menyentuh palang yang tergantung.
8.2.4 Latihan 4
Pelompat berdiri membelakangkan tali atau palang yang direntangkan.
Pelompat melonjak dengan kedua-dua belah kaki ke belakang sambil melentikkan
badan dan melepasi tali.
Pelompat mendarat di atas bahagian bahu atau belakang badan.
Latihan ini bertujuan untuk melentikkan badan, melepasi halangan dan mendarat
11
8.2.5 Latihan 5 Pelompat berlari lima hingga tujuh langkah dan terus melompat dengan gaya
Fosbury Flop.
Latihan ini merupakan latihan berlari pantas dan menentukan tempat yang sesuai
melonjak.
12
9.0 OBJEKTIF ANSUR MAJU LATIHAN
9.1 Menyediakan atlet dengan keupayaan dan kekuatan untuk acara lompat
tinggi
9.2 Memberi pemahaman tentang kaedah lompat tinggi yang sebenar.
9.3 Mendedahkan atlet tentang ilmu dan gaya lompatan yang betul
9.4 Memberi pendedahan kepada atlet dari aspek kognitif dan psikomnotor
supaya latihan menjadi mebih bermakna kepada mereka.
9.5 Membantu murid agar lebih fokus untuk mendapatkan lompatan yang baik.
10.0 PERINCIAN AKTIVITI ANSUR MAJU KEMAHIRAN
10.1 LATIHAN-LATIHAN PERSEDIAAN
10.1.1 Latihan Garisan
Palang lompatan diletakkan di atas lantai gelanggang. Pendekatan
melompat pada sudut 45 darjah digunakan. Kaki dihayunkan kehadapan
dan lompatan dibuat melintasi palang dengan pendaratan kaki yang sama.
Kesesuaian latihan ini adalah untuk peserta yang baru mempelajari gaya ini.
10.1.2 Latihan Pergerakan Kaki
Palang lompatan diletakkan kira-kira satu meter tinggi dari lantai.
Sudut 45 darjah digunakan untuk melompat dengan tiga langkah larian.
Latihan melompat melepasi palang dilakukan dan pendaratan masih
dilakukan dengan menggunakan kaki hadapan. (Latihan pendaratan juga
boleh dilakukan serentak dengan latihan menaikkan palang dan tilam
digunakan untuk mendarat).
10.1.3 Latihan Kepantasan Dan Kekuatan Kaki
Larian boleh dibuat beberapa langkah dan melompat serta
menendang sesuatu objek yang digantungkan. Perlakuan dalam latihan ini
hendaklah dilakukan dengan berhati-hati kerana ia agak merbahaya.
10.1.4 Latihan Melonjak
Palang diletakkan lebih tinggi di bahagian kaki dan direndahkan di
bahagian kepala pelompat. Dengan cara ini, pelompat dapat menguji
keupayaan kakinya untuk membuat lonjakan yang lebih bertenaga.
10.1.5 Latihan Gulingan Badan
13
Kedudukan palang adalah lebih tinggi di bahagian kepala dan
direndahkan di bahagian kaki pelompat. Keadaan ini akan membolehkan
pelompat membuat gulingan badan pada aras yang lebih tinggi. Pergerakan
badan akan mendahului pergerakan kaki yang berpusing di atas palang.
Cara mendarat yang betul boleh dicapai melalui latihan ini.
10.2 LATIHAN ANSUR MAJU LOMPAT TINGGI GAYA FOSBURY FLOP
Langkah 1 :
Langkah ini bertujuan memberi peluang kepada atlit untuk menghayati rasa
semasa mendarat. Ia bertujuan untuk memberi keyakinan kepada mereka
untuk melakukan aktiviti-aktiviti seterusnya.
Pelajar ditunjukkan dengan demonstrasi cara menjatuhkan badan di atas
belakang. Perlu disediakan sebuah kotak yang lebih tinggi daripada
kawasan mendarat. Ianya diletakkan di sisi kawasan tilam atau tempat
pendaratan. Pelajar atau atlit diarahkan untuk berdiri di ats kotak itu dengan
keadaan badan yang lurus dan tegak. Kemudian badan dijatuhkan ke
belakang. Aktiviti ini diulang beberapa kali untuk keyakinan
seterusnya. Untuk meneguhkan ansur maju langkah ini, pelajar diberitahu
untuk menjatuhkan badan di bahagian belakang bahu. Dagu hendaklah
dirapatkan pada dada. Perlu ditegaskan bahawa tangan hendaklah
dihayunkan ke belakang. Untuk peneguhan, semasa aktiviti ini, ianya dapat
dijayakan dengan menggunakan sebiji bola (saiz bola sepak). Perlakuannya
ialah dengan memegang bola tersebut dan semasa jatuhan, bola itu dibaling
ke belakang serentak dengan tangan dihayun. Ini bertujuan untuk hayunan
tangan yang lebih mantap. Semasa aktiviti ini, kaki hendaklah dalam
keadaan kangkang sedikit.
Langkah 2 :
Kotak yang lebih rendah sedikit daripada aktiviti langkah 1 digunakan.
Segala perlakuan dan aktiviti adalah seperti dalam langkah 1. Pelajar
dikehendaki dan diarahkan untuk membuat lonjakan sedikit. Ia bertujuan
untuk mengangkat badan. Gunakan tali getah dan ini akan memberi
keyakinan semasa membuat lonjakan dengan kedua belah kaki. Langkah ini
perlu diulang beberapa kali untuk peneguhan dan keyakinan.
Langkah 3 :
14
Kotak dalam langkah 2 digantikan dengan bangku yang lebih rendah lagi.
Pelajar dikehendaki membuat lonjakan dengan sebelah kaki iaitu kaki
lonjakan. Pengasingan pelajar yang menggunakan kaki lonjakan yang
berlainan perlu diasingkan di kiri dan kanan tempat melompat.
Dalam keadaan berjalan, mereka dikehendaki memijak bangku tersebut
dengan kaki lonjakan sambil melonjak dan menghayun kaki sebebas-
bebasnya ke atas dan melompat. Perlu ditekankan bahaya tangan perlulah
dihayun seperti dalam langkah 2. Setelah beberapa kali dicuba, barulah tali
getah tadi digantikan dengan palang yang sebenar.
Langkah 4 :
Penumpuan dalam aktiviti ini ialah menitikberatkan perkara yang bersabit
dengan layangan.
i) Kaki yang paling dekat dengan palang hendaklah di kilas bebas
untuk mendapatkan daya putaran pada badan.
ii) Badan hendaklah dilengkungkan ketika berada di atas tali getah
supaya mendapat gaya dan ketinggian yang baik dan sempurna.
Selepas didapati aktiviti ini dapat dicapai, barulah palang digunakan
untuk merasai suasana sebenar acara lompat tinggi gaya ini.
Langkah 5 :
Dalam langkah ini, pelajar diarahkan untuk membuat lompatan yang
sebenar. Sebagai bantuan untuk aktiviti dalam langkah ini, satu
garisan untuk lari landas dengan lengkungan disediakan. Palang
hendaklah berada di paras yang rendah. Pada mulanya pelajar
akan mencuba dengan menggunakan empat atau lima langkah
larian landas. Ini cuba beberapa kali. Kemudian palang akan
ditinggikan sedikit demi sedikiti sekiranya lompatan berjaya
dilakukan. Selepas itu, lakuan untuk aktiviti yang sama tetapi dengan
menggunakan lari landas 9 hingga 11 langkah. Pada aktiviti ini,
larian hendaklah dilakukan dengan agak laju.
11.0 VARIASI LATIH TUBI KEMAHIRAN
11.1 Larian Melalui Kon
15
Objektif : Untuk mengawal larian dan ritma semasa larian
Mata memandang ke depan
Lutut tinggi dan berkoordinasi
Larian yang terkawal
11.2 Larian Bulatan 8
16
Objektif : Untuk merasai kecondongan ke dalam dan ritma
larian landas
Badan tegak dan bahu condong ke arah dalam
Lari lutut tinggi dalam bulatan
Lutut tinggi dengan aksi “spring”
11.3 Larian Selekoh dengan Lonjakan
Objektif : Untuk mempelajari lonjakan menegak
Buat penanda lurus dan selekoh.
Guna 4 – 6 langkah.
Kelajuan bertambah ketika langkah-langkah akhir.
Melonjak mencecah sasaran.
Gunakan kepelbagaian sasaran (contoh gambar di atas).
12.0 PRINSIP-PRINSIP LATIHAN
12.1 Memanaskan badan
17
Setiap latihan hendaklah dimulakan dengan sesi memanaskan badan
dan diakhiri dengan sesi melegakan badan(warming down). Memanaskan
badan adalah penting untuk merangsangkan sistem fisiologi badan supaya
dapat adaptasi dengan peningkatan fungsi-fungsi metabolisme yang akan
berlaku apabila atlit melakukan aktiviti fizikal yang lebih berat daripada
biasa. Adaptasi ini akan membolehkan atlit bersedia dari segi psikologi dan
juga penting bagi mengelak dan mengurangkan berlakunya kecederaan
otot.
12.2 Ansur Maju
Program latihan fizikal hendaklah bersifat progresif. Beban kerja
hendaklah bertambah. Ini dilakukan secara beransur-ansur sesuai dengan
pencapaian fisikal seseorang atlit yang menjalani latihan. Jurulatih pula
perlu mengetahui bahawa jangka masa latihan yang diperlukan bagi
seseorang atlit untuk berada dalam keadaan fizikal yang terbaik ialah 6
hingga 8 minggu.
12.3 Intensiti
Di dalam sesuatu program latihan fizikal penekanan adalah terhadap
intensiti beban latihan. Intensiti latihan diberi dengan mempertingkatkan
tempo latihan supaya atlit bekerja di atas paras kemampuan fizikal masing-
masing. Petunjuk paling nyata terhadap intensiti latihan yang baik adalah
atlit mencapai kadar nadi latihan ke tahap sub maksimum. (70% higga 80%
KNL).
12.4 Spesifisiti (Pengkhususan)
Latihan yang dirancang perlu melibatkan aktiviti-aktiviti yang dapat
mempertingkatkan kekuatan dan dayatahan otot, kelenturan (fleksibiliti) dan
lain-lain aspek kecergasan fizikal. Latihan-latihan yang khusus hendaklah
dijalankan mengikut permainan yang diceburi. Contoh bagi atlit lompat tinggi
perlu banyak latihan di, pinggang dan kaki. Atlit ini juga perlu banyak
ditekankan dengan latihan untuk meningkatkan dayatahan kardiovaskular.
12.5 Kekerapan latihan
Gerakerja kecergasan haruslah dijadikan sebahagian aktiviti
kehidupan. Kekerapan latihan akan menjamin peningkatan kecergasan
fizikal kita. Adalah dicadangkan bahawa sekurang-kurangnya tiga kali
18
seminggu sudah mencukupi bagi seseorang individu untuk mengekalkan
kecergasan dan kesihatannya. Bagaimanapun ia haruslah bersesuaian
dengan latihan yang dilakukan. Latihan yang mempunyai intensiti rendah
dan dilakukan dalam jangka masa yang pendek akan menghasilkan tahap
kecergasan yang rendah.
12.6 Masa latihan
Masa latihan bergantung rapat dengan intensiti aktiviti latihan. Untuk
menaikkan kadar nadi ke tahap 75% daripada 0% (kadar nadi rehat)
semasa melakukan aktiviti latihan dalam jarak masa dari 30 minit adalah
cukup bagi menghasilkan kecergasan yang signifikan. Pada peringkat
permulaan latihan hendaklah dihadkan dalam lingkungan 50% kadar nadi
latihan dan tempuh latihan diturunkan 15 ke 20 minit sahaja. Ketika ini tubuh
badan kita belum bersedia untuk menerima bebanan yang tinggi. Setelah
beberapa minggu berlatih barulah intensiti latihan boleh dipertingkatkan.
13.0 KAEDAH PEMILIHAN MURID
Berdasarkan kepada latihan selama 2 bulan, jurulatih dapat mengenal pasti
atlet yang berbakat dalam menguasai kemahiran asas khususnya bagi
acara lompat tinggi. Ini kerana dengan perancangan program latihan yang
intensif dapat mengembangkan potensi diri murid secara menyeluruh dalam
menentukan gaya lompatan mereka.
14.0 ASPEK KESELAMATAN
Aspek keselamatan amat penting di dalam Latihan lompat tinggi. Bagi
mengelakkan kemungkinan berlaku kecederaan, beberapa pertimbangan
dari segi keselamatan perlu diambil kira. Antaranya ialah:
14.1 Keselamatan Gelanggang
14.1.1 Gelanggang hendaklah dalam keadaan yang selamat untuk
digunakan. Pastikan gelanggang tidak licin atau berlumut.
14.1.2 Jangan menggunakan gelanggang yang terlalu
kasar / hadkan penggunaan gelanggang / kawasan iaitu bersesuaian
dengan aktiviti yang ingin dijalankan.
19
14.2 Keselamatan Diri
14.2.1 Pemeriksaan doktor ke atas atlet yang terlibat perlu dibuat
bagi mengesahkan kesihatan sebelum menjalani sebarang bentuk
latihan terutamanya di kalangan kanak-kanak sekolah.
14.2.2 Arahan harus diberikan dengan jelas untuk mengelakkan
salah laku yang mungkin akan menyebabkan kecederaan.
14.2.3 Pastikan semua otot harus diberi latihan dan bukannya otot-
otot tertentu sahaja. Ini bagi memastikan kawalan tubuh badan
sentiasa seimbang.
14.2.4 Pengawasan yang mencukupi terhadap atlet dan pastikan
atlet mempunyai pengetahuan mengenai aktiviti yang akan
dijalankan.
14.2.5 Dapat menyesuaikan antara perbezaan tahap kemampuan
individu dan umur.
14.2.6 Pastikan atlet menggunakan pakaian sukan yang sesuai.
14.3 Keselamatan Latihan
14.3.1 Alat-alat yang digunakan haruslah sentiasa berada dalam
keadaan yang baik dan selamat untuk digunakan.
14.3.2 Setiap jenis aktiviti yang akan dijalankan boleh diubahsuai
mengikut kemudahan yang ada dan aktiviti yang khusus
bersesuaian dengan sukan yang akan dijalankan.
14.3.3 Sesuai untuk latihan fizikal dan kecergasan individu.
14.3.4 Pembantu amat penting untuk menyokong dan mengawasi
pelaku supaya dapat melakukan aktiviti dengan selamat.
15.0 PERSEDIAAN PASUKAN
Persediaan pasukan untuk ke kejohanan sukan memang disusun
rapi. Segala persiapan mental dan fizikal telah dilakukan mengikut jadual
perancangan yang telah disediakan. Semua atlit yang terpilih mempunyai
20
rekod lompatan yang terbaik. Digabungkan dengan keilmuan dari jurulatih
akan menambahkan lagi keyakinan diri
16.0 PENUTUP
Kesimpulan daripada pogram latihan lompat tinggi ini dapat
diperlihatkan memberi gambaran bahawa kepentingan fasa aerobik,
anaerobik dan kitaran secara berterusan pada kadar latihan yang pelbagai
dalam kitran makro. Bermakna item latihan berselang atau interval training
yang diketengahkan daripada program latihan kitaran, jeda, fartlek dan
bebanan perlu dalam penyesuaian dalam bentuk progres dan modaliti
latihan. Ia bagi mencapai prestasi puncak atlet selain fungsi penjagaan
makanan dan persediaan mental dari segi fisiologikal dan psikolgikal pada
peringkat permulaan, semasa dan transisi latihan.
Selain daripada itu dapat disimpulkan di sini untuk membentuk atlet yang
jitu dalam lompat tinggi, apa yang perlu diobjektifkan dalam latihan mereka
ialah pembinaan stmina, kelajuan, ketahanan, kekuatan dan fleksibiliti serta
pembinaan gaya lompatan. Beban atau kerja latihan juga perlu progresif
dengan peningkatan berkala dalam intensiti yang diberi, ulangan, volum dan
pemulihan (recovery). Dan ini telah di persetujui oleh L. Remigino (1994).
Spesifikasi latihan juga mampu memberi impak kepada atlet selain
penekanan kepada spritual atlet terbabit untuk merubah keadaan samada
lebih baik atau sebaliknya. Seterusnya untuk mencapai tahap prestasi
tinggi, bahan bantuan atau dikenali sebagai ‘ergogenic’ adalah perlu untuk
sesorang atlet memberatkan bahawa pengambilan protein sebagai bahan
tambahan mampu meledakkan prestasi puncak atlet yang terbabit.
21
17.0 BIBLIOGRAFI
Bowerman J.W and Freeman H.W. (1991). High perfomance training for
track and field. Champaign,IIIinois: Human Kinetics
Helen Ten, (1996). Manual Olahraga. Junjuara Publication Sdn Bhd. Selangor
Ten, H. (1997). Manual olahraga. Setiakawan. Kuala Lumpur.
Teng Boon Tong (2002). Panduan Pengajaran Olahraga. Longman.Selangor
Kementerian Pelajaran Malaysia (2011), Modul Pendidikan Jasmani
PJM3103. Institut Pendidikan Guru. Cyberjaya
Wee Eng Hoe (2009), Panduan Pengajaran Olahraga : Kejurulatihan &
Kepegawaian. Kharisma Publication. Shah Alam
http://nota-notapismppj.blogspot.com/2012/06/lompat-tinggi.html diperoleh pada
17.11.2014
22
PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2014/2015
QGJ 3053: SUKAN INDIVIDU
TAJUK
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK
AZRIN BINTI ABDUL GHAFAR D20112053176
PUSAT PEMBELAJARAN: (A141PJJ)
NAMA TUTOR E-LEARNING: EN NORAZAM BIN MAT ISA
TARIKH SERAH: 23 NOVEMBER 2014
23
Anda telah dipilih untuk menganjurkan satu pertandingan sukan individu untuk
peringkat negeri. Sediakan satu kertas kerja untuk mendapatkan kebenaran dan
bantuan kewangan daripada Pejabat Pendidikan Negeri.
PEMARKAHAN
ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK HALAMAN
Kertas Kerja Kejohanan Tenpin Boling Pendidikan Khas Negeri Johor 2014
1.0 Pendahuluan 26
2.0 Objektif 26
3.0 Pelaksanaan 27
4.0 Sasaran 27
5.0 Kategori yang Dipertandingkan 27-28
6.0 Jawatan Kuasa 28-30
7.0 Tentatif Kejohanan 30-31
8.0 Kewangan 31-32
9.0 Peraturan dan Syarat Pertandingan 32-35
10.0 Larangan 35-36
11.0 Lampiran Kertas Kerja 37-44
Laporan Kejohanan Tenpin Boling Pendidikan Khas Negeri Johor 2014
1.0 Laporan Semasa Kejohanan 46-50
2.0 Laporan Keseluruhan Kejohanan 50-53
3.0 Laporan Bergambar 54
24
KERTAS KERJA
KEJOHANAN TENPIN BOLING PENDIDIKAN KHAS NEGERI JOHOR 2014
TARIKH : 22 – 24 JUN 2014TEMPAT : DAIMAN BOWL, JOHOR JAYA
ANJURAN : SK PENDIDIKAN KHAS JOHOR BAHRU
25
PENGANJURAN KEJOHANAN TENPIN BOLING TERBUKA SEKOLAH-SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS NEGERI JOHOR 2014
1.0 PENDAHULUAN
Sukan tenpin boling merupakan salah satu program kokurikulum di SK Pendidikan
Khas Johor Bahru. Dengan mengadakan kejohanan seperti ini dapat
memperkenalkan sekolah ini kepada pihak luar serta dapat mencari peserta yang
berbakat dan mengeratkan hubungan dengan sekolah-sekolah Pendidikan Khas
dari daerah lain di negeri Johor. Selain itu ia juga dapat memberi pendedahan
kepada murid-murid sekolah ini bertanding bersama-sama murid Pendidikan Khas
dari pelbagai kategori masalah.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Kejohanan ini adalah untuk penyertaan semua murid-murid Pendidikan
Khas negeri Johor.
2.2 Mengeratkan hubungan silaturrahim antara SK Pendidikan Khas Johor
Bahru dengan sekolah-sekolah Pendidikan Khas negeri Johor yang
lainyang lain.
2.3 Memberi peluang kepada murid-murid yang terlibat memperolehi sijil dan
merit kokurikulum ke atas penyertaan di peringkat negeri.
2.4 Menjalinkan hubungan di antara sekolah ini dengan sekolah-sekolah
Pendidikan Khas di seluruh negeri Johor.
2.5 Memberi pendedahan kepada murid serta guru SK Pendidikan Khas Johor
Bahru mengelolakan kejohanan tenpin boling Pendidikan Khas di peringkat
negeri.
2.6 Mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan tenpin boling kepada murid-
murid Sekolah Pendidikan Khas.
2.7 Mempertingkatkan kemahiran dan teknik asas dalam permainan tenpin
boling.
2.8 Memupuk semangat saling bekerjasama semasa menjayakan aktiviti sukan
serta meningkatkan semangat kesukanan di kalangan murid-murid
Pendidikan Khas di negeri Johor.
26
3.0 PERLAKSANAAN
3.1 Nama Kejohanan
KEJOHANAN TENPIN BOLING TERBUKA SEKOLAH-SEKOLAH
PENDIDIKAN KHAS NEGERI JOHOR
3.2 Tarikh
22 – 24 Jun 2014
Pertandingan : 23 Jun 2014
3.3 Tempat Pertandingan
Daiman Bowl, Johor Jaya, Pasir Gudang, Johor
3.4 Penginapan
3.4.1 Asrama SK Pendidikan Khas Johor Bahru
3.4.2 Hotel-hotel berhampiran
4.0 SASARAN
4.1 Daerah = 9 daerah
4.2 Sekolah-sekolah Pendidikan Khas Sekolah Menengah
4.3 Sekolah-sekolah Pendidikan Khas Sekolah Rendah
5.0 KATEGORI YANG DIPERTANDINGAN
5.1 Kategori Masalah Pembelajaran (Sekolah Rendah dan Menengah)
- 2 LELAKI (INDIVIDU)
- 2 PEREMPUAN (INDIVIDU)
- 3 LELAKI (BERPASUKAN)
- 3 PEREMPUAN (BERPASUKAN)
5.2 Kategori Masalah Pendengaran (Sekolah Rendah dan Menengah)
- 2 LELAKI (INDIVIDU)
- 2 PEREMPUAN (INDIVIDU
- 3 LELAKI (BERPASUKAN)
- 3 PEREMPUAN (BERPASUKAN)
27
5.3 Kategori Masalah Penglihatan (Blind - Sekolah Rendah dan Menengah)
- 3 LELAKI (INDIVIDU)
- 3 PEREMPUAN (INDIVIDU)
5.4 Kategori Masalah Penglihatan (Low Vision - Sekolah Rendah dan
Menengah)
- 3 LELAKI (INDIVIDU)
- 3 PEREMPUAN (INDIVIDU)
6.0 JAWATANKUASA
6.1 Jawatan Pengelola
Pengerusi : En Mastar bin Hashim (Guru Besar)
Timbalan Pengerusi 1 : En Azmi bin Kusnin (PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi I : Pn. Siti Zarina bt Sulaiman (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi II : En Sohaimi bin Mohd Yusoff (PK HEM)
Penyelaras Program : Pn Mardiah bt Baian
Setiausaha : Pn. Siti Azrin binti Abdul Ghafar
Bendahari : Cik Fatimah Mohamed
AHLI JAWATANKUASA DAN TUGASAN
BIL AHLI JAWATANKUASA TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
1. Penyelaras Program Pn. Mardiah bt Baian
Menyelaras program dari mula hingga akhir.
Termasuk:i) Menempah tempat
menjalankan program.iii) Menyusun tentatif perjalanan
program.
2. Surat Menyurat dan Jemputan Pn Azrin bt Abdul Ghafar (K)
Membuat sebarang surat menyurat kepada BPK, JPN, PPD dan jemputan.
3. Teknik dan Pertandingan Pn. Azrin bt Abdul Ghafar(K) En. Mohd Hisham b Mohd Nor En. Zainolazizi b Khamis En. Rahiman b Jumat
Mengurus dan memastikan perjalanan kejohanan berjalan lancar.
Memberi taklimat kepada
28
En. Wira b Yasin marshal dan scorer. Menyelesaikan sebarang
masalah teknikal yang dihadapi.
Menyediakan scorer dan memastikan markah diperolehi betul seperti yang dipaparkan di skrin.
4. Sijil Cik Norbasirah bt Saodi (K) Pn Nasirahjamal bt Zainal Abidin
Menyediakan sijil penghargaan dan penyertaan kepada peserta.
5. Pendaftaran, Urusetia dan perangkaan Pn. Fadzilah bt Md Salleh (K) Pn. Ida Salina Abdullah Pn. Noor Azlin Yusof
Memasukkan keputusan yang diterima ke dalam sistem.
Mendaftarkan peserta yang menyertai kejohanan.
Menyediakan borang pendaftaran peserta untuk hari kejohanan.
Mengambil kehadiran sekolah-sekolah yang telah berdaftar semasa kejohanan
Menyediakan nombor peserta-peserta mengikut sekolah
6. Siaraya dan Dokumentasi En. Kamal b Abdul Rahim (K) En. Azarudinamri Md Zainon
Mengambil dan merakamkan gambar sepanjang program sedang dijalankan.
Menyediakan laptop, LCD untuk paparan markah peserta.
Menyediakan banner bagi kejohanan tersebut
7. Hadiah Pn Azimah bt Abd Karim (K) Pn. Noor Asykin bt Badri
Menyediakan hadiah yang akan diberikan kepada para pemenang bagi setiap kategori.
Menyediakan borang penerimaan hadiah bagi wang tunai bagi hadiah berpasukan, individu lelaki dan individu perempuan.
Menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.
8. Makanan, minuman dan cenderamata Pn. Maznah bt Amran (K) Pn Che Lasefah bt Che Husin
Menyediakan makanan dan minuman kepada pegawai-pegawai yang bertugas
29
Pn Nur’Hamizah bt Abdul Rahman sepanjang kejohanan. Menyediakan beg cenderahati
kepada peserta kejohanan
9. Pengacara Majlis Penyampaian Hadiah En. Abdul Manap b Seriman
Mengacarakan majlis penyampaian hadiah dan penutup kejohanan.
10. Penginapan En. Asahffar bin Mansor Pn Norhulda bt Abu Bakar Pn Salwa bt Borhan
Menyediakan dan menetapkan penginapan kepada kontinjen yang memerlukan asrama.
7.0 TENTATIF KEJOHANAN
7.1 Aturcara Keseluruhan
Tarikh Masa Acara Tempat
22 Jun 2014Hari Pertama
2.00 ptg – 6.00 ptg Ketibaan / Pendaftaran Kontinjen
Asrama SK Pendidikan Khas Johor Bahru
7.00 mlm – 8.00 mlm Makan Malam / rehat
8.00 mlm – 9.00 mlm Taklimat Ketua Kontinjen / Pengurus
Latihan dan pemilihan lagu Pertandingan Semerdu Bintang dan Gerak Tari Zapin
Bilik mesyurat Asrama SK Pendidikan Khas Johor Bahru
Dewan SK Pendidikan Khas Johor Bahru
23 Jun 2014Hari Ke 2
7.30 pg – 4.00 ptg Acara Bermula – Pertandingan Boling
Daiman Bowl, Johor Jaya
8.00 mlm Pertandingan Semerdu Bintang dan Gerak Tari Zapin
Dewan SK Pendidikan Khas Johor Bahru
24 Jun 2014Hari Ke 3
8.00 pagi Perjalanan Pulang
8.0 KEWANGAN
BIL PERKARA JUMLAHSUMBER
KEWANGAN
30
1 Hadiah berpasukan mengikut kategori (TROFI): Peruntukan - Bahagian Pendidikan Khas,Kementerian
Pelajaran Malaysia
Kategori Masalah Pembelajaran Sekolah Rendah (L/P) PERTAMA : RM 150.00 X 2 300.00KEDUA :RM 120.00 X 2 240.00Kategori Masalah Pembelajaran Sekolah Menengah (L/P) PERTAMA : RM 150.00 X 2 300.00KEDUA :RM 120.00 X 2 240.00Kategori Masalah Pendengaran Sekolah Rendah (L/P) PERTAMA : RM 150.00 X 2 300.00KEDUA :RM 120.00 X 2 240.00KETIGA :RM 90.00 X 2 180.00Kategori Masalah Pendengaran Sekolah Menengah (L/P) PERTAMA : RM 150.00 X 2 300.00KEDUA :RM 120.00 X 2 240.00
2 Hadiah Individu mengikut kategori (MEDAL): Kategori Masalah Pembelajaran Sekolah Rendah (L/P) 1 hingga 5(2) : RM10.00 x 10 pcs 100.00Kategori Masalah Pembelajaran Sekolah Menengah (L/P) 1 hingga 5(2) : RM10.00 x 10 pcs 100.00Kategori Masalah Pendengaran Sekolah Rendah (L/P) 1 hingga 10(2) : RM10.00 x 20 pcs 200.00Kategori Masalah Pendengaran Sekolah Menengah (L/P) 1 hingga 5(2) : RM10.00 x 10 pcs 100.00Kategori Masalah Penglihatan (Low Vision) Sekolah Rendah (L/P) 1 hingga 3(2) : RM10.00 x 6 pcs 60.00Kategori Masalah Penglihatan (Low Vision) Sekolah Menengah (L/P) 1 hingga 3(2) : RM10.00 x 6 pcs 60.00Kategori Masalah Penglihatan (Blind) Sekolah Rendah (L/P) 1 hingga 3(2) : RM10.00 x 6 pcs 60.00Kategori Masalah Penglihatan (Blind) Sekolah Menengah (L/P) 1 hingga 3(2) : RM10.00 x 6 pcs
60.00
3High game lelaki dan perempuan semua kategori (TROFI): 16 pcs X RM 20.00 320.00
4Makan minum pegawai 30 orang X RM 15.00 450.00
5T-shirt Kejohanan (Pegawai) 30 orang X RM 30.00 900.00
6 Peralatan Urusetia 140.00
7 Banner 250.00
8 Sijil 300.00
9 Latihan persediaan pasukan sekolah 440.00
10 Bayaran Pendaftaran pasukan sekolah(SMPKVIP) 500.0011 Face towel @ logo sekolah
60 helai x RM 10.00 600.00
31
JUMLAH 6980.00
8.1 Hadiah8.1.1 Mengikut Kategori
BIL ACARAPEMBELAJARAN PENDENGARAN PENGLIHATAN
(BLIND)PENGLIHATAN(LOW VISION)
REN (L/P) MEN (L/P) REN (L/P) MEN (L/P) REN (L/P)
MEN (L/P)
REN (L/P)
MEN (L/P)
1 Berpasukan(3 orang)
1 – 2(6x2=12)
1 – 2(6x2=12)
1 – 3(9x3=27)
1 – 2(6x2=12)
2 Individu 1 – 5(5x2=10)
1 – 5(5x2=10)
1 – 10(10x2=20)
1 – 5(5x2=10)
1 – 3(3x2=6)
1 – 3(3x2=6)
1 – 3(3x2=6)
1 – 3(3x2=6)
3 Jatuhan pin tertinggi
2 2 2 2 2 2 2 2
*hadiah tertakluk kepada penyertaan peserta dan boleh dipinda oleh pihak penganjur
9.0 PERATURAN DAN SYARAT PERTANDINGAN
9.1 PENDAFTARAN PESERTA
Peserta :
9.1.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua negeri yang mana
ahlinya terdiri daripada murid-murid Pendidikan Khas yang belajar di
sekolah Pendidikan Khas.
9.1.2 Peserta terdiri daripada kategori Lelaki dan Perempuan Sekolah
Rendah dan Menengah bagi semua kategori seperti di no.5.0.
9.2 YURAN PENDAFTARAN
9.2.1 Setiap peserta dikehendaki mengemukakan borang-borang
penyertaan bersama WANG PENDAFTARAN sebanyak RM 20.00
seorang bagi semua kategori.
9.2.2 Semua peserta akan diberi Sijil penyertaan. Penyertaan yang tidak
disertakan dengan wang pendaftaran adalah tidak sah dan tidak
akan didaftarkan sebagai peserta.
9.2.3 Tarikh tutup menghantar Borang Pengesahkan Penyertaan dan
bayaran ialah pada 12 Jun 2014 (Khamis) Borang penyertaan
boleh difaxkan ditalian 07-5587844.
32
9.2.4 Bayaran boleh dibuat melalui cek atau wang tunai atas nama
SK Pendidikan Khas Johor Bahru sebelum atau pada 12 Jun
2014 (Khamis).
9.2.5 Sebarang masalah boleh menguhubungi En Azmi bin Kusnin (PK
Kokurikulum) ditalian 012- 7222787 atau Pn. Azrin bt Abdul
Ghafar (Setiausaha) ditalian 019-7646564 untuk keterangan lanjut.
9.3 FORMAT KEJOHANAN
9.3.1 Kejohanan ini adalah acara berpasukan dan individu
9.3.2 Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid-murid
Pendidikan
Khas.
9.3.3 Kategori yang dipertandingkan ialah :
a) Masalah Pembelajaran
b) Masalah Pendengaran
c) Masalah Penglihatan (blind & low vision)
9.3.4 Semua kategori ini akan bermain sebanyak 3 permainan
seorang.
9.3.5 Jumlah jatuhan pin setiap pemain (jumlah permainan) diambil kira
untuk menentukan pemenang.
9.3.6 Jika terdapat individu yang mempunyai jumlah jatuhan pin yang
sama (Grand Total), pemenang akan ditentukan melalui jumlah
jatuhan pin pada permainan yang sebelumnya.
9.3.7 Jika masih sama, pemenang akan ditentukan melalui jumlah jatuhan
pin pada permainan yang sebelumnya dan seterusnya.
9.3.8 Hadiah yang disediakan adalah mengikut penyertaan dan adalah
menjadi hak kepada pihak penganjur untuk menentukannya.
9.4 PEMBATALAN
Sekiranya didapati ada peserta yang cuba menukar atau membuat
sebarang perubahan kepada skor markah mereka dengan niat untuk
menipu, maka markah permainan tersebut dikira tidak sah dan terbatal
dengan sendirinya.
33
9.5 TANGGUNGJAWAB PENGURUS PASUKAN
Pengurus Pasukan akan bertanggungjawab pada kelayakan, tatatertib dan
kehadiran pasukannya. Beliau akan bertindak sebagai wakil pasukan dalam
jawatankuasa pengurusan. Beliau juga mempunyai hak untuk memilih
wakilnya bagi menghadiri mesyuarat, menyemak skor peserta-pesertanya
dan menguruskan rekod yang sebenarnya bagi pasukannya.
9.6 KECACATAN, KECEDERAAN DAN KECEMASAN.
Apabila seseorang peserta tidak dapat menghabiskan permainan
disebabkan oleh kecacatan, kecederaan dan kecemasan, maka jatuhan
pinnya akan dikira sampai frame yang beliau berhenti, ataupun mata
percuma akan diberikan bergantung kepada mata atau skor yang lebih
tinggi.
9.7 PAKAIAN PESERTA
9.7.1 Peserta-peserta dikehendaki memakai seluar panjang slack dan
baju berkolar (tuck-in) dengan kemas.
9.7.2 Peserta yang memakai seluar pendek atau skirt tidak akan
dibenarkan bermain.
9.8 PENGESAHAN KEPUTUSAN
9.8.1 Adalah tanggungjawab setiap peserta untuk mengesahkan
keputusan perlawanan dalam skor yang disediakan.
9.8.2 Keputusan setelah disahkan hanya boleh diubah dengan kebenaran
Pengerusi Teknik Pertandingan atau wakilnya.
9.9 PERUNTUKAN LORONG
Peruntukan lorong akan ditetapkan terlebih dahulu oleh pihak urusetia.
34
10.0 LARANGAN
10.1 Peserta adalah dilarang daripada merokok, minum minuman keras
atau di bawah pengaruh alkohol semasa pertandingan. Sekiranya
didapati ada peserta yang melanggar peraturan ini, beliau akan
dibatalkan penyertaannya.
10.2 Pengerusi Teknik Pertandingan harus membawa kes ini kepada
Jawatankuasa Teknikal supaya peserta ini digantung daripada
seluruh pertandingan. Beliau juga akan dikenakan tindakan disiplin
lain yang dianggap sesuai.
10.3 Minuman dan tepung serta peralatan lain tidak bolah ditinggalkan di
atas meja console.
10.1 HAL-HAL LAIN
10.1.1 Penginapan
Pihak penganjur akan menyediakan penginapan sekiranya
diperlukan oleh sekolah-sekolah yang menyertai. Tempat adalah
terhad dan bayaran akan dikenakan sebanyak RM3.00 seorang
untuk menampung kos dobi.
10.1.2 Makanan dan minuman
Pihak penganjur tidak menyediakan makanan dan minuman
sepanjang kejohanan berlangsung. Ia adalah dibawah
tanggungjawab sekolah masing-masing. Jika sekolah ingin membuat
tempahan, boleh menghubungi pihak penganjur untuk urusan
dengan pembekal makanan.
10.1.3 Jawatankuasa Pengelola tidak boleh dipertanggungjawabkan atas
sebarang kehilangan harta benda pemain dan pegawai, atau apa-
apa bentuk kecederaan atau kemalangan pada masa pertandingan.
Walaubagaimana pun Jawatankuasa Pengelola akan membuat
segala persediaan dan langkah-langkah keselamatan jika kejadian
seumpamanya berlaku.
10.1.4 Acara Pegawai
35
Acara pegawai akan diadakan selepas semua peserta menamatkan
permainan. Pegawai yang berminat akan dikenakan bayaran
sebanyak RM30.00 (3 permainan). Bayaran hendaklah dibuat
semasa hari pertandingan kepada Urusetia Kejohanan. Hadiah
akan disediakan mengikut penyertaan.
Disediakan oleh : Disemak oleh (1) :
(PN AZRIN BINTI ABDUL GHAFAR)Setiausaha Kejohanan Tenpin Boling KebangsaanSk Pendidikan Khas Johor Bahru.
Disemak oleh (2) : Disahkan oleh :
11.0 LAMPIRAN KERTAS KERJA
LAMPIRAN 1
SK PENDIDIKAN KHAS JOHOR BAHRU, JKR 5739, JALAN PAHLAWAN 17,
TAMAN UNGKU TUN AMINAH, 81300 SKUDAI,
JOHOR BAHRU.
TEL : 07-5566281 FAKS : 07-
5587844
36
Ruj.Kami : SKPKJB/JBA1062 700(01)
Tarikh : 13 Januari 2014PengarahJabatan Pendidikan Negeri JohorWisma Pendidikan,Jalan Tun Abdul Razak,80604 Johor BahruJOHOR
Tuan, MEMOHON PERUNTUKAN KEWANGAN
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dengan sukacitanya pihak sekolah akan mengadakan Kejohanan
Tenpin Boling Pendidikan Khas Peringkat Negeri Johor pada 22-24 Jun
2014.
3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memohon peruntukan
kewangan untuk menampung keperluan serta hadiah untuk
pertandingan tersebut.
4. Bersama-sama surat ini disertakan kertas kerja program tersebut.
Sekian Terima Kasih
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
..............................................(MASTAR BIN HASHIM )Guru BesarSKPK Johor Bahru
37
LAMPIRAN 2
Pertandingan Boling Pendidikan Khas Negeri Johor 2014 Tarikh : 22 – 24 Jun 2014
Tempat : Daiman Bowl, Johor Jaya(Anjuran SK Pendidikan Khas Johor Bahru)
NAMA PASUKAN/DAERAH
NO. TELEFON (PEJABAT) (BIMBIT)
AHLI PASUKANBIL. NAMA PEMAIN JANTINA NO KAD
PENGENALANKATEGORI NO.
TELEFON1.2.3.4.
YURAN PENYERTAAN : RM 20 SEORANG
HADIAH YANG DITAWARKAN : 3 PASUKAN TERBAIKPERSEORANGAN (game 1,2 dan 3)PERSEORANGAN KESELURUHAN
Disahkan oleh,
............................................Tandatangan Ketua Pasukan Pembayaran perlu dilakukan semasa penghantaran borang pendaftaran(sebelum 12
Jun 2014 (Khamis). Borang pendaftaran perlu dihantar kepada Urusetia Pendaftaran melalui salinan
keras/email/faks. 07-5587844 Bayaran boleh dibuat melalui cek atau wang tunai atas nama SK Pendidikan Khas
Johor Bahru sebelum atau pada 12 Jun 2014 (Khamis). Sebarang masalah boleh menguhubungi En Azmi bin Kusnin 012- 7222787 Pn. Azrin bt Abdul Ghafar 019-7646564
38
BORANG PENYERTAAN
LAMPIRAN 3
SURAT AKUAN KEBENARAN IBU BAPA/PENJAGA MENYERTAIAKTIVITI KOKURIKULUM
Saya : ........................................................................................................... No. Kad Pengenalan
: ...........................................................................................................Beralamat
: ........................................................................................................... ........................................................................................................
...No. Telefon : ................................................. mengaku adalah waris kepada murid bernama di bawah :
Nama Pelajar: .................................................................................................Tingkatan/Kelas : .................................................................................................No. KP /Surat Lahir : .................................................................................................Sekolah : SK PENDIDIKAN KHAS JOHOR BAHRU
Saya dengan ini memberi kebenaran bertulis saya kepada anak / jagaan saya untuk menyertai :
Nama Program :Tarikh :Tempat :Anjuran :Kelolaan :
2. Saya difahamkan bahawa soal keselamatan dan disiplin sentiasa diberi perhatian sewajarnya oleh Guru/Pegawai/Urus Setia yang telah diamanahkan. Sekiranya kesihatan anak/jagaan saya terganggu dalam masa latihan/perkhemahan atau perjalanan/semasa program, maka saya dengan sepenuh hati membenarkan Guru/Pegawai/Urus Setia menguruskan bagi pihak saya untuk mendapatkan rawatan perubatan. Saya juga mengaku bahawa anak saya telah mempunyai skim perlindungan insurans bagi dirinya sendiri.
3. Saya dengan ini mengakui bahawa anak/jagaan saya ADA/TIDAK ADA* mengidap penyakit kronik/berjangkit. Nyatakan (Jika ada) : ...........................................................................................................(*Potong yang berkenaan)
Tandatangan Ibu bapa/Penjaga : .......................................................................Nama : .......................................................................Tarikh : .......................................................................
DISAHKAN OLEH GURU BESARSaya dengan ini mengakui bahawa sepanjang pengetahuan saya, segala keterangan di atas adalah benar.
Tandatangan : .......................................................................
39
Nama : .......................................................................No. Kad Pengenalan : ......................................................................
LAMPIRAN 2
BORANG PERAKUAN KESIHATAN MURID SEBELUM MENYERTAIAKTIVITI KOKURIKULUM
NAMA AKTIVITI KEJOHANAN TENPIN BOLING TERBUKA SEKOLAH-SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS 2014
TEMPAT AKTIVITI DAIMAN BOWL, JOHOR JAYA
PERINGKAT AKTIVITI KEBANGSAAN
TARIKH MULA 22 JUN 2014 TARIKH AKHIR 24 JUN 2014
NAMA PENUH MURID
NO. K.P/SIJIL LAHIR
JANTINANO. INSURANS TAKAFUL
(Dapatkan dari pihak sekolah)
NO. TELEFON RUMAH NO. TELEFON TANGANPENJAGA
REKOD PERUBATAN:Pernahkah anda menerima imunisasi terhadap Tetanus (Tandakan) Ya Tidak
Jika pernah, sila nyatakan tarikh terakhir anda menerima imunisasi.
SILA TANDAKAN√JIKA ”YA” DAN XJIKA ”TIDAK” DI PETAK YANG BERKENAAN:Pernah Pening atau sakit kepala yang teruk
Pernah dilakukan pembedahan pada tubuh
Pernah bermasalah pernafasan atau asma
Pernah mempunyai sakit sawan (epilepsy)
Alahan pada bisa, ubatan atau air laut
Pernah alami Diabetes atau tekanan darah tinggi
Pernah alami kecederaan pada tulang
Pernah mabuk laut atau pergerakan
Pernah alami sakit jantung Pernah alami masalah buah pinggangPernahkah anda dalam tempoh satu bulan yang lalu mengalami sebarang penyakit berjangkit atau cirit-birit?
Kumpulan Darah
A B AB O Rhesus
RH +
RH-
SILA BERIKAN MAKLUMAT TERPERINCI JIKA MASALAH KESIHATAN DI ATAS BERKAITANDENGAN ANDA.
SEKIRANYA PELAJAR MEMPUNYAI SALAH SATU DARIPADA PENYAKIT DI ATAS, PELAJAR ADALAH DILARANG MENYERTAI PERTANDINGAN DI ATAS.
40
Tanda Tangan Peserta & Nama: Disahkan oleh Pengetua : Tarikh :
......................................................... ........................................................................................
( ) (
41
CONTOH BORANG PENYERTAAN DAERAH
PERTANDINGAN TENPIN BOLING TERBUKA PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI JOHOR 2014DI DAIMAN BOWL, JOHOR JAYA, JOHOR BAHRU
PADA 22-24 JUN 2014
KEJOHANAN: TENPIN BOLING (TERBUKA) PENDIDIKAN KHAS TEMPAT: DAIMAN BOWL, JOHOR JAYA, JOHOR BAHRU PERINGKAT NEGERI JOHOR 2014
TARIKH KEJOHANAN : 22 – 24 JUN 2014 DAERAH: JOHOR BAHRU
LELAKI MASALAH PEMBELAJARAN (BP)BIL NAMA PESERTA
(HURUF BESAR)NO. KAD PENGENALAN /SURAT BERANAK
NO. KAD OKU
TARIKH LAHIR
NAMA SEKOLAH NO. PESERTA
1 FOO YUU WENG 951117-14-6921 LD 005943
17.11.1995 SMK TUN SYED NASIR ISMAIL
2 MUHAMMAD HAFIZUDDIN
SMK GELANG PATAH
PEREMPUAN MASALAH PEMBELAJARAN (BP)BIL NAMA PESERTA
(HURUF BESAR)NO. KAD PENGENALAN /SURAT BERANAK
NO. KAD OKU
TARIKH LAHIR
NAMA SEKOLAH NO. PESERTA
1 NURUL KHIARIZA LD 003859
SMK TASEK UTARA 2
2 ZULAIKHA BT. ZULKIFLI 961222-01-6298 LD 000466
22.12.1996 SMK TUN SYED NASIR ISMAIL
42
LELAKI MASALAH PENDENGARAN (BD)BIL NAMA PESERTA
(HURUF BESAR)NO. KAD PENGENALAN /SURAT BERANAK
NO. KAD OKU
TARIKH LAHIR
NAMA SEKOLAH NO. PESERTA
1 MUHD. HAFIZI B. ROSLAN
951205-01-7265 DD 102244
05.12.1995 SMK TAMAN SUTERA
2 PANDIAN A/L ANNAMALAI
951209-01-7393 DD 103928
09.12.1995 SMK TAMAN SUTERA
PEREMPUAN MASALAH PENDENGARAN (BD)BIL NAMA PESERTA
(HURUF BESAR)NO. KAD PENGENALAN /SURAT BERANAK
NO. KAD OKU
TARIKH LAHIR
NAMA SEKOLAH NO. PESERTA
1 NURUL AIN BT. HAMZAH 961024-01-5398 DD 701491
24.10.1996 SMK TAMAN SUTERA
2 NADIAH BT. MOHD. SALIM
970417-01-5652 DD 101731
17.04.1997 SMK TAMAN SUTERA
LELAKI MASALAH PENGLIHATAN (BL)BIL NAMA PESERTA
(HURUF BESAR)NO. KAD PENGENALAN /SURAT BERANAK
NO. KAD OKU
TARIKH LAHIR
NAMA SEKOLAH NO. PESERTA
1 MUHAMMAD KHAIRUL AMIR B. ABD. LATIF
960222-01-5047 B 102102 22.02.1996 MAKTAB SULTAN ABU BAKAR
2 MOHAMAD FARHAN SHUKRY B. JAMIL
970327-01-6045 B 103685 27.03.1997 MAKTAB SULTAN ABU BAKAR
43
PEREMPUAN MASALAH PENGLIHATAN (BL)BIL NAMA PESERTA
(HURUF BESAR)NO. KAD PENGENALAN /SURAT BERANAK
NO. KAD OKU TARIKH LAHIR
NAMA SEKOLAH NO. PESERTA
1 WAHIDAYU BT. ABDULLAH
960901-01-5284 BL/01/10/10/000063 01.09.1996 MAKTAB SULTAN ABU BAKAR
2 SAFIAH BT. SULAIMAN 970116-04-5102 B 110684 16.01.1997 MAKTAB SULTAN ABU BAKAR
LELAKI SINDROM DOWN (SD)BIL NAMA PESERTA
(HURUF BESAR)NO. KAD PENGENALAN /SURAT BERANAK
NO. KAD OKU
TARIKH LAHIR
NAMA SEKOLAH NO. PESERTA
1 MOHAMMAD HANIF BIN MOHD YUSOF
940427-01-5529 27.04.1994 SMK DATO ABDUL RAHMAN YASSIN
PEREMPUAN SINDROM DOWN (SD)BIL NAMA PESERTA
(HURUF BESAR)NO. KAD PENGENALAN /SURAT BERANAK
NO. KAD OKU
TARIKH LAHIR
NAMA SEKOLAH NO. PESERTA
1 SUNG YEN WEN 940716-01-5858 16.07.1994 SMK SERI PERLING
PEREMPUAN CELEBRAL PALSI (CP)BIL NAMA PESERTA
(HURUF BESAR)NO. KAD PENGENALAN /SURAT BERANAK
NO. KAD OKU
TARIKH LAHIR
NAMA SEKOLAH NO. PESERTA
1 NADIA SHAFIQAH BT. ABDUL RAHMAN
SMK BANDAR BARU UDA
44
KETUA KONTIGEN: JOHOR BAHRU (PPD)
SENARAI NAMA GURU PENGIRING:BIL NAMA GURU NAMA SEKOLAH NO. TELEFON CATATAN1 CHIN SIEW FAH SMK BANDAR BARU UDA 012-2720394 KETUA KONTIGEN2 SITI MASWANEY BT.
BAHARUDDINSMK TAMAN SUTERA 019-7778427 KETUA JURULATIH
3 SITI DIRAYAH BT SABRI @ SAHARI
SMK GELANG PATAH JURULATIH
4 SABARINA BINTI SABIRIN MAKTAB SULTAN ABU BAKAR
JURULATIH
5 MOHD FITRI ZAMMI BIN MUSTAFA
SMK TASEK UTARA 2 JURULATIH / DOKUMENTASI/FOTOGRAFI
6 MOHD FAKHZAN BIN MOHAMAD JAYA
SMK DATO ABDUL RAHMAN YASSIN
JURULATIH
7 NEZELYNN SURAYA BINTI MOHAMED
SMK SERI PERLING JURULATIH
45
LAPORAN
KEJOHANAN TENPIN BOLING PENDIDIKAN KHAS NEGERI JOHOR 2014
46
1.0 LAPORAN SEMASA KEJOHANAN
LAPORAN HARI KEJOHANAN TENPIN BOLING SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS
PERINGKAT NEGERI JOHOR 2014
Tarikh : 22 hingga 24 Jun 2014
Masa : 9.00 pagi hingga 2.30 petang
Tempat : Daiman Bowl, Johor Jaya
Bertempat di Daiman Bowl, Johor Jaya, seramai 120 orang atlet dari 10 daerah di negeri
Johor telah menyertai Kejohanan Tenpin Boling Pendidikan Khas Negeri johor 2014 yang
telah dianjurkan oleh SK Pendidikan Khas Johor Bahru. Kejohanan ini telah bermula pada
22 Jun dan berakhir 24 Jun 2014. Format pertandingan kali ini dijalankan secara individu
(2 game seorang) dan berpasukan.
Sebanyak 24 kategori dipertandingkan iaitu Bermasalah Pendengaran Lelaki dan
Perempuan Sekolah Rendah dan Menengah, Bermasalah Pembelajaran Lelaki dan
Perempuan Sekolah Rendah dan Menengah Bermasalah Penglihatan Lelaki dan
Perempuan sekolah rendah dan menengah, yang melibatkan penyertaan dari semua
sekolah rendah mahupun menengah. Jumlah keseluruhan sebanyak 9 daerah terlibat
dalam kejohanan kali ini.
Kejohanan ini dianjurkan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan serta
mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang sukan Tenpin Boling. Ia juga dapat menilai
prestasi setiap atlet pelapis peringkat daerah yang bertanding untuk diketengahkan ke
peringkat kebangsaan.
Berikut adalah keputusan rasmi kejohanan :-
KATEGORI INDIVDIU
MASALAH PENDENGARAN SEKOLAH RENDAH (LELAKI)
1. Emas - Megat Zaqrul Haikal (Johor Bahru) - total 543
2. Perak - Muhammad Hariz Adlan Azman (Kulaijaya ) - total 472
3. Gangsa - Muhammad Syafudin (Mersing) - total 414
MASALAH PENDENGARAN SEKOLAH RENDAH (PEREMPUAN)
1. Emas - Anis Hadirah (Johor Bahru) - total 457
2. Perak - Nuralia Amanina (Kluang) - total 369
3. Gangsa - Nur Aliah Izzati (Johor Bahru) - total 323
47
MASALAH PEMBELAJARAN SEKOLAH RENDAH (LELAKI)
1. Emas - Muhammad Akik Afif Azman (Pontian ) - total 294
2. Perak - Ong Siang Leing (Ledang) - total 256
3. Gangsa - Ku Nazhan (Batu Pahat) - total 231
MASALAH PEMBELAJARAN SEKOLAH RENDAH (PEREMPUAN)
1. Emas - Iman Nur Qistina (SMK Alma Jaya) - total 231
2. Perak - Nur Hidayah (SMK Kg Selamat) - total 187
3. Gangsa - Ainaa Alyaa (SMK Bukit Jambul) - total 140
MASALAH PENGLIHATAN (LOW VISION) RENDAH (LELAKI)
1. Emas - Yair Azraei (Johor Bahru) - total 217
2. Perak - Wan Zuhairi Izlan (Muar) - total 152
3. Gangsa - Muhammad Hazim (Kota Tinggi) - total 144
MASALAH PENGLIHATAN (LOW VISION) RENDAH (PEREMPUAN)
1. Emas - Anis Shazlin (Ledang ) - total 264
2. Perak - Nur Amirah Auni Azman (Johor Bahru) - total 211
3. Gangsa - Nurul Amelia Hani (Pontian) - total 184
MASALAH PENGLIHATAN (BLIND) RENDAH (LELAKI)
1. Emas – Khairil Johar (Kota Tinggi) - total 145
2. Perak – Ahmad Kusyairi Mohsin (Muar) - total 120
3. Gangsa – Hafridz Mohd Nor (Johor Bahru) - total 103
MASALAH PENGLIHATAN (BLIND) RENDAH (PEREMPUAN)
1. Emas – Solehah Mohd Radzi (Mersing ) - total 149
2. Perak – Huzaifa Ahmad Khalil (Johor Bahru) - total 133
3. Gangsa – Nurin Syahira Mohd Rose (Pontian) - total 110
MASALAH PENDENGARAN SEKOLAH MENENGAH (LELAKI)
1. Emas – Haris Hashim (Johor Bahru) - total 657
2. Perak - Muhammad Azman Hafis (Pontianijaya ) - total 612
3. Gangsa – Khalid Ibrahim (Ledang) - total 576
48
MASALAH PENDENGARAN SEKOLAH MENENGAH (PEREMPUAN)
1. Emas – Zulaikha Harun (Pontian) - total 552
2. Perak – Sahara Muis (Kota Tinggi) - total 519
3. Gangsa – Izzati Hamdan (Johor Bahru) - total 476
MASALAH PEMBELAJARAN SEKOLAH MENENGAH (LELAKI)
1. Emas – Irfan Khamis (Kulaijaya ) - total 312
2. Perak – Lim Yong Far (Mersing) - total 287
3. Gangsa – Mohd Badri (Muar) - total 255
MASALAH PEMBELAJARAN SEKOLAH MENENGAH (PEREMPUAN)
1. Emas – Nur Haina Farid (Kulaijaya) - total 236
2. Perak – Atikah Fadzil (Pontian) - total 229
3. Gangsa - Nurul Safiqa (Ledang) - total 160
MASALAH PENGLIHATAN (LOW VISION) MENENGAH (LELAKI)
1. Emas – Muhd Fauzan Aris (Johor Bahru) - total 256
2. Perak – Isyraf Zahari (Muar) - total 223
3. Gangsa – Syahrul Awal (Kota Tinggi) - total 200
MASALAH PENGLIHATAN (LOW VISION) MENENGAH (PEREMPUAN)
1. Emas – Nur Azwa Zulkifli (Johor Bahru ) - total 221
2. Perak – Amirah Amani Ahmad Aliff (Kluang) - total 205
3. Gangsa – Fatihah Muhd Isa (Pontian) - total 194
MASALAH PENGLIHATAN (BLIND) MENENGAH (LELAKI)
1. Emas – Khairil Azam Yusof (Johor Bahru) - total 232
2. Perak – Syafiq Abdul Hamid (Batu Pahat) - total 215
3. Gangsa – Azwan Aziz (Kota Tinggi) - total 198
MASALAH PENGLIHATAN (BLIND) MENENGAH (PEREMPUAN)
1. Emas – Syazreen Syukor (Pontian) - total 216
2. Perak – Alya Suhana Amirullah (Kluang) - total 199
3. Gangsa – Haliza Hashim (Muar) - total 187
49
KATEGORI BERPASUKAN
MASALAH PENDENGARAN SEKOLAH RENDAH (LELAKI)
1. Emas – Johor Bahru
2. Perak - Kulaijaya
3. Gangsa – Kota Tinggi
MASALAH PENDENGARAN SEKOLAH RENDAH (PEREMPUAN)
1. Emas – Mersing
2. Perak – Johor Bahru
3. Gangsa - Pontian
MASALAH PEMBELAJARAN SEKOLAH RENDAH (LELAKI)
1. Emas – Batu Pahat
2. Perak – Johor Bahru
3. Gangsa - Muar
MASALAH PEMBELAJARAN SEKOLAH RENDAH (PEREMPUAN)
1. Emas – Kota Tinggi
2. Perak – Johor Bahru
3. Gangsa - Kulaijaya
MASALAH PENDENGARAN SEKOLAH MENENGAH (PEREMPUAN)
1. Emas – Johor Bahru
2. Perak - Kulaijaya
3. Gangsa – Ledang
MASALAH PEMBELAJARAN SEKOLAH MENENGAH (LELAKI)
1. Emas – Johor Bahru
2. Perak – Mersing
3. Gangsa – Batu Pahat
MASALAH PEMBELAJARAN SEKOLAH MENENGAH (PEREMPUAN)
1. Emas – Pontian
2. Perak - Kulaijaya
3. Gangsa – Muar
50
Secara keseluruhan kejohanan ini berjalan dengan lancar. Pihak unit mengucapkan
tahniah kepada peserta yang menang dan kalah jangan berputus asa. Moga pada tahun-
tahun hadapan boleh berusaha lagi.
Sekian
2.0 LAPORAN KESELURUHAN KEJOHANAN
LAPORAN AKTIVITI / PERISTIWA
Hari Pertama
Pada jam 2.00 petang 22 Jun 2014, AJK sambutan telah menerima
kehadiran kontigen pertama dari daerah Kluang. Peserta telah didaftarkan di
Asrama SK Pendidikan Khas Johor Bahru. Kontigen ini menghantar seramai 12
orang murid dari 6 kategori dan 5 orang guru pembimbing. Setibanya kesemua
kontigen, urusetia penginapan telah memberi taklimat keselamatan dan peraturan
asrama.
Hari Kedua
Pada jam 8.00 pagi semua kontigen berkumpul di ruang legar yang
disediakan. Setiap kontigen diberi taklimat ringkas dan diminta menaiki
pengangkutan masing-masing untuk berkonvoi bersama ke tempat pertandingan di
Daiman Bowl, Johor Jaya Semua kontigen tiba serentak di tempat pertandingan
pada jam 8.45 pagi. Seterusnya, pihak urusetia memberi taklimat tentang undang-
undang pertandingan dan peraturan yang perlu diikuti semasa berada di tempat
pertandingan. Setiap peserta kemudiannya diberi kupon sewa kasut untuk
pertandingan. Peserta diminta beratur untuk mengambil kasut mengikut saiz
masing-masing. Pihak urusetia pertandingan kemudiannya memberi taklimat
kepada semua peserta agar berada di lorong masing-masing mengikut nama yang
telah didaftarkan. Pertandingan dimulakan serentak dengan semua kategori. Pada
masa yang sama, pihak urusetia mengumumkan supaya guru pengiring yang
berminat untuk menyertai pertandingan boleh mendaftar di meja urusetia dengan
bayaran RM 30 seorang.
51
Selepas selesai semua acara murid, pertandingan boling di kalangan guru
pengiring pula diadakan. Sebanyak 2 kategori dipertandingkan iaitu kategori lelaki
dan perempuan. Selepas acara guru pengiring selesai, semua peserta di minta
berkumpul untuk majlis penyampaian hadiah. Majlis tamat pada jam 2.00 petang.
Kontigen berlepas pulang ke asrama untuk persediaan majlis penutup.
Tepat jam 8.00 malam, majlis penutup Kejohanan Tenpin Boling Pendidikan Khas
Negeri Johor 2014 dimulakan. Majlis dimulakan dengan pertandingan Semerdu
Bintang dan Gerak Tari Zapin oleh murid-murid pendidikan khas daerah-daerah
Johor Bahru. Pertandingan ini diadakan serentak dengan majlis makan malam.
Selesai pertandingan, upacara penutup di adakan dengan tetamu kehormat yang
merasmikan upacara ini ialah Tuan Hj. Wan Mohd Noor bin Wan Endut iaitu
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Khas, Bahagian Pendidikan Khas.
Seterusnya upacara penyampaian hadiah dijalankan. Majlis bersurai kira-kira jam
11.45 malam.
Hari Ketiga
Semua kontigen bersarapan pagi pada jam 7.00 pagi. Seterusnya semua kontigen
berkumpul dan menaiki bas masing-masing. Kontigen bertolak pulang kira-kira jam
8.30 pagi menuju ke destinasi masing masing.
2.1 ISU / MASALAH
Tahniah diucapkan kepada semua guru pengiring setiap kontijen yang telah
berjaya dalam pertandingan tenpin boling Pendidikan Khas Negeri Johor Bahru.
Walaupun mereka mempunyai kekurangan iaitu tidak dapat mendengar, melihat
dan bermasalah pembelajaran tetapi semangat tinggi yang ditunjukkan oleh
mereka telah membuka mata kita semua, bahawa murid-murid ini mampu
menjalaninya.
Jika dilihat kepada contoh jadual pelaksanaan, pertandingan mestilah
sehingga jam 4 petang, tetapi untuk murid-murid khas ini, pertandingan mereka
dapat diselesaikan sehingga 2 petang. Ini kerana, kebanyakkan murid-murid khas
ini bukan sahaja mempunyai satu masalah sahaja iaitu masalah pendengaran,
tetapi ada juga dikalangan mereka yang mengalami masalah ’slow leaner’,
’hyperactif’, ’celeberal palsy’, ’autisma’ dan sebagainya. Oleh sebab itu, sesuatu
52
pertandingan yang dijalankan tidak boleh terlalu lama sehingga petang. Mereka
mudah jemu, cepat letih dan jika terlalu lama, kawalan emosi mereka mungkin
tidak akan stabil. Dengan demikian, jadual pertandingan ini harus diselesaikan
awal.
2.2 Analisis SWOT
2.2.1 KEKUATAN
a. Semua guru pembimbing memberikan kerjasama yang baik iaitu
sentiasa bersama dengan anak murid mereka sepanjang latihan dan
pertandingan diadakan
b. Guru yang berpengalaman mengendalikan pertandingan boling bagi
murid-murid pendidikan pendengaran.
c. Kebanyakkan peserta tinggal di asrama dan memudahkan
pergerakan ke tempat pertandingan.
d. Kawasan pertandingan yang selesa dengan pelbagai kemudahan
termasuk tempat parkir yang luas untuk bas.
e. Kerjasama para guru dan AJK yang amat baik.
2.2.2 KELEMAHAN
a. Masalah ketepatan masa kerana terdapat murid bermasalah
penglihatan dan pembelajaran
b. Jarak tempat pertandingan yang agak jauh dan memakan masa.
c. Ingatan murid yang jangka pendek menyebabkan guru berkali-kali
mengingatkan murid-murid.
d. Arahan yang disampaikan kepada murid mestilah diulang-ulang
supaya mereka faham.
e. Ada murid yang terlalu mengharapkan bantuan guru dalam
sesetengah aktiviti
2.2.3 PELUANG
a. Murid pendidikan khas boleh belajar berdikari.
b. Murid-murid boleh menunjukkan bakat menari dan berlakon.
c. Murid-murid menunjukkan bakat dan kebolehan yang terpendam.
53
d. Murid di beri peluang bertanding di luar daerah mereka
2.2.4 ANCAMAN
a. Kawasan pertandingan yang tiada kemudahan untuk murid
bermasalah penglihatan.
2.2.5 PENAMBAHBAIKAN
a. Urusetia perlu mentitikberatkan soal keselamatan sepanjang
pertandingan
b. Pihak ibu bapa murid yang bertanding di jemput untuk memeriahkan
pertandingan
c. Makanan dan minuman di sediakan untuk setiap murid yang
bertanding
Program Pertandingan Tenpin Boling Pendidikan Khas Negeri Johor pada tahun
ini memberi banyak manfaat kepada murid dan juga guru. Diharap program ini
akan diteruskan pada tahun akan datang dengan jayanya.
Tandatangan Pelapor : Disahkan oleh :
................................................. ..................................................
(PN.AZRIN BT ABDUL GHAFAR) (EN.MASTAR BIN HASHIM)
54
3.0 LAPORAN BERGAMBAR
Tempat Pertandingan Murid-murid bertanding
Score board Antara pemenang pertandingan
Pemenang Gerak Tari Zapin Selepas Upacara Penutup
55