keperluan tenaga

7
KEPERLUAN TENAGA A148756 NURUL AIDA BINTI MOHAMMAD NUIN

Upload: aidanuien

Post on 18-Jan-2017

25 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Keperluan tenaga

KEPERLUAN TENAGA

A148756NURUL AIDA BINTI MOHAMMAD NUIN

Page 2: Keperluan tenaga

SOALAN DAN PENYELESAIAN• Sebuah bandar kecil yang terpencil amat memerlukan bekalan tenaga

untuk memajukan agro-industrinya. Penduduk bandar itu hanya 5000 orang dan kedudukannya di kawasan pegunungan. Terdapat banyak sungai-sungai kecil yang deras arusnya dan juga mata air panas yang mengeluarkan wap panas. Berikan cadangan ringkas dengan gambar-gambar yang sesuai.

• Bekalan tenaga sememangnya sangat penting untuk memastikan kelangsungan hidup penduduk di sebuah bandar kecil yang terletak di kawasan pergunungan.

• Bekalan tenaga yang wujud daripada tenaga solar, tenaga hidro, tenaga angin dan tenaga geoterma sanagt berguna bagi penduduk di kawasan ini.

• TENAGA SOLAR, TENAGA HIDRO, TENAGA ANGIN, TENAGA GEOTERMA

Page 3: Keperluan tenaga

• TENAGA SOLARTenaga solar merupakan tenaga yang diambil secara

terus melalui sinaran cahaya matahari.

Merupakan sumber yang mampu ditukarkan menjadi tenaga haba dan tenaga elektrik.

Tenaga elektrik dalam diperoleh melalui alat yang dipanggil panel solar

Page 4: Keperluan tenaga

TENAGA HIDROTenaga Hidro atau hidroelektrik merupakan tenaga alternatif yang

boleh diperbaharui dan boleh dijana dalam jangka waktu yang singkat.

Tenaga hidroelektrik ini penting kepada penduduk dunia untuk bekalan tenaga elektrik.

Hampir 90% daripada tenaga boleh diperbaharui datang daripada kuasa tenaga hidro.

Penggunaan tenaga hidro bergantung kepada kitaran sumber air, dimana tekan air yang tinggi sangat diperlukan untuk menjana tenaga ini sebagai contoh aliran sungai.

Aliran sungai yang deras seperti air terjun membolehkan tenaga elektrik yang tinggi dihasilkan.

Page 5: Keperluan tenaga

TENAGA ANGINTenaga angin merupakan tenaga yang boleh diperbaharui

dan ia tidak menyebabkan pencemaran, oleh itu ia merupakan tenaga alternatif kepada bahan bahan bakar fosil.

Tenaga angin adalah bersih; loji kuasa angin atau dipanggil ladang janakuasa angin tidak menghasilkan sebarang pencemaran udara atau air kerana tiada bahan bakar yang dibakar untuk menghasilkan elektrik.

Angin yang bertiup (tenaga kinetik) akan memusing bilah kipas pada turbin angin. Bilah kipas akan menggerakkan gandar yang disambungkan pada generator yang akan menghasilkan tenaga elektrik.

Page 6: Keperluan tenaga

TENAGA GEOTERMA• Geoterma atau tenaga geoterma ialah tenaga yang wujud dalam

bentuk haba di bawah permukaan bumi.

• Tenaga ini boleh digunakan untuk tujuan menjana kuasa elektrik dan juga rekreasi

• tenaga geoterma juga digunakan untuk memanaskan bangunan pada musim sejuk dan menyejukkan bangunan pada musim panas.

• Geoterma merupakan tenaga yang boleh diperbaharui.

• Tekanan wap air yang tinggi digunakan utuk memutarkan turbin bagi menjana tenaga.

Page 7: Keperluan tenaga