“kemahiran 3d nilai tambah komuniti songket dan … · dan bengkel kedua pembungkusan dan...
TRANSCRIPT
“KEMAHIRAN 3D NILAI TAMBAH KOMUNITI SONGKET DAN KERINGKAM TINGKAT
PENDAPATAN JUALAN DAN PAPAR HASIL WARISAN”
KOTA SAMARAHAN, 17 Julai 2018: Bengkel Ketiga iaitu Produk Dalam 3 Dimensi
Songket dan Keringkam merupakan salah satu program latihan untuk pengusaha
songket dan keringkam di bawah pelaksanaan Projek Inovasi Warisan Sarawak.
Modul ini bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan tentang Produk Dalam 3
Dimensi.
Sebelum ini dua bengkel telah dilaksanakan, Bengkel Pertama Ecommerce
telah dilaksanakan pada April 2018 yang disampaikan oleh Dr. Nadianatra binti Musa
dan Bengkel Kedua Pembungkusan dan Pelabelan telah diadakan pada Mei 2018
yang disampaikan oleh Dr. Dayang Hanani binti Abang Ibrahim. Berteraskan zaman
teknologi maklumat yang kian menjulang, pengusaha-pengusaha perniagaan mampu
memasarkan serta menambahbaik status penjualan produk mereka dengan
menggunakan teknologi seperti 3 Dimensi.
Bengkel Produk 3D Songket dan Keringkam telah diadakan pada 12 dan 13
Julai 2018 bertempat di Microsoft Lab, Tingkat 1, Fakulti Sains Komputer dan
Teknologi Maklumat, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan kerjasama
Kerajaan Negeri Sarawak di bawah Projek Inovasi Warisan Sarawak. Ahli Projek
terdiri daripada Profesor Madya Dr Johari Bin Abdullah, Professor Madya Dr Noor
Alamshah Bolhassan, Dr Dayang Hanani Bt Abang Ibrahim, Dr Nadianatra Musa dan
Puan Suhana Sarkawi (Institut Pengajian Guru Samarahan). Bengkel ini telah
disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Nooralamshah Bin Bolhassan dari UNIMAS.
Seramai 28 orang peserta yang terdiri daripada pengusaha songket dan keringkam
telah hadir di mana 3 orang mewakili Kuching, 6 orang mewakili Kuala Rajang, 11
orang dari Gedong, 3 orang dari Kampung Mang, Samarahan dan 5 orang dari
Centexs.
Pengisian bengkel kali ini adalah berasaskan pembinaan objek dalam 3D/360
Darjah. Kesinambungan dari Laman web Ecommerce yang telah dibina pada April
2018 dan penambahbaikan pembungkusan dan pelabelan yang dibuat pada Mei
2018, kali ini peserta diberi pendedahan menggunakan Peralatan/Aplikasi Foldio360
dan Kamera. Peserta juga dikehendaki membawa produk masing masing sebelum
pengenalan cara mengambil gambar 3D dibuat menggunakan peralatan dan aplikasi
Foldio360. Selepas itu mereka didedahkan dengan kaedah memindah dan berkongsi
gambar 3D di Spinzam dan Media Sosial. Seterusnya pihak peserta membuat aktiviti
berkumpulan mengambil gambar 3D untuk produk sendiri.
Gambar 1:- Banner bengkel Produk dalam 3 dimensi
Semasa program aktiviti mengambil gambar 3D secara berkumpulan sedang
berjalan, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datu Dr Sabariah Putit telah
melawat Bengkel dan juga peserta komuniti Songket dan Keringkam. Beliau telah
melihat sendiri bagaimana peserta mengambil gambar 3D untuk dimuat masuk ke
dalam laman web E-Commerce yang telah mereka bangunkan pada April 2018.
Gambar 2:- Peserta songket dan keringkam bergambar bersama Datu Dr. Sabariah Putit,
pensyarah, tenaga pengaja bengkel Produk dalam 3 Dimensi
Gambar 3:- Ucapan daripada Datu Dr. Sabariah Putit bersama komuniti songket dan
keringkam
Gambar 4:- Dato’ Dr. Sabariah melihat hasil kerja para peserta penyulam dan penenun
Gambar 5:- Datu Dr Sabariah melihat hasil kerja atau produk yang dihasilkan oleh peserta
bengkel
Selain itu, peserta juga menerima lawatan daripada Dekan Fakulti Sains
Komputer dan Teknologi Maklumat, Prof Madya Dr. Johari bin Abdullah pada hari
kedua bengkel Produk dalam 3 dimensi iaitu pada 13 Julai 2018. Dalam lawatan ini,
beliau sempat melihat hasil tangan penenun songket dan penyulam keringkam.
Gambar 6:- Gambar komuniti songket dan keringkam bersama dekan Fakulti Sains
Komputer dan Teknologi Maklumat, pensyarah dan tenaga pengajar bengkel Produk dalam
3 Dimensi.
Gambar 7:- Dr. Alamshah mengajar peserta cara menggunakan Foldio360
Gambar 8:- Peserta mengambil gambar produk mereka sendiri berbentuk 3D menggunakan Foldio360 untuk dimasukkan ke dalam ecommerce
Gambar 9:- Peserta turut menerima bimbingan daripada fasilitator yang bertugas
Gambar 10:- Pembentangan daripada peserta berkaitan masalah yang dihadapi oleh penenun dan penyulam untuk diketengahkan oleh pihak-pihak yang tertentu
Gambar 11:- Perbincangan peserta penyulam dan penenun yang terdiri daripada pelbagai kumpulan.
Gambar 12:- Penyampaian sijil kepada peserta-peserta yang menghadiri bengkel produk dalam 3 dimensi.
Kesimpulannya, pihak penganjur sangat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Sarawak
kerana membuka jalan untuk mengembangkan industri songket dan keringkam melalui Projek
Inovasi Warisan Sarawak. Dengan adanya projek seperti ini, kita dapat memelihara dan
memulihari warisan kita iaitu songket dan keringkam supaya tidak pupus ditelan zaman.
Penglibatan generasi muda dalam bidang menenun songket dan menyulam keringkam
amatlah dihargai kerana mereka merupakan pelapis warisan masyarakat Melayu Sarawak.
Hasil daripada temubual bersama peserta yang hadir, kebanyakan dari mereka amat
menghargai penganjuran bengkel seperti ini kerana mereka memerlukan bantuan seperti
yang dianjurkan ini untuk meluaskan lagi strategi pemasaran perniagaan songket dan
keringkam mereka. Malah, mereka berharap agar mereka dapat menyertai bengkel-bengkel
yang akan datang untuk mempelajari pelbagai teknik perniagaan. Bengkel yang seterusnya
iaitu “Ecosystem and Sustainaibility” akan diadakan pada 26 dan 27 Julai oleh Prof Madya Dr
Johari bin Abdullah.