kefahaman pelajar mengenai konsep asas, · pdf filekumpulan logam alkali untuk mencapai...

27
KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP ASAS, PEMBELAJARAN TERDAHULU DAN KONSEP MENYELURUH JADUAL BERKALA UNSUR DI BEBERAPA BUAH SEKOLAH DI DAERAH KOTA STAR ILYANA BINTI MOHAMMAD KAMEL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vodieu

Post on 03-Feb-2018

259 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP ASAS, · PDF fileKumpulan Logam Alkali untuk mencapai kestabilan oktet. 4.3.19 Dapatan kajian mengenai konsep asas JBU yang merujuk kepada sifat-sifat

KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP ASAS, PEMBELAJARAN TERDAHULU DAN KONSEP MENYELURUH JADUAL BERKALA UNSUR DI

BEBERAPA BUAH SEKOLAH DI DAERAH KOTA STAR

ILYANA BINTI MOHAMMAD KAMEL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP ASAS, · PDF fileKumpulan Logam Alkali untuk mencapai kestabilan oktet. 4.3.19 Dapatan kajian mengenai konsep asas JBU yang merujuk kepada sifat-sifat

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL : _____KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP ASAS,____

PEMBELAJARAN TERDAHULU DAN KONSEP MENYELURUH _JADUAL BERKALA UNSUR DI BEBERAPA BUAH SEKOLAH_ ________________DI DAERAH KOTA STAR___________________

SESI PENGAJIAN: 2003/2004

Saya : __________ILYANA BINTI MOHAMMAD KAMEL_____________

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti

Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan (√ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

_____________________________________ (TANDATANGAN PENULIS)

Disahkan oleh

___

Alamat Tetap: BATU 6½ JALAN DATO KUMBAR, 05300 ALOR STAR,_______________ KEDAH_________________________

PRO

Tarikh: ____8 MAC 2004_____________ Tarikh:

CATATAN: *

** ♦

Potong yang tidak berkenaan. Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, siatau organisasi berkenaan dengan menperlu dikelaskan sebagai SULIT atau TTesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ipenyelidikan, atau disertasi bagi pengaLaporan Projek Sarjana Muda (PSM).

________________________________ (TANDATANGAN PENYELIA)

F. MADYA AZIZ BIN NORDIN

Nama Penyelia

____8 MAC 2004_____________

la lampirkan surat daripada pihak berkuasa yatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini ERHAD. jazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara jian secara kursus dan penyelidikan, atau

Page 3: KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP ASAS, · PDF fileKumpulan Logam Alkali untuk mencapai kestabilan oktet. 4.3.19 Dapatan kajian mengenai konsep asas JBU yang merujuk kepada sifat-sifat

“Saya akui saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah

memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Sains Serta Pendidikan (Kimia)”

Tanda Tangan :

Nama Penyelia :

Tarikh :

Prof. Madya Aziz Bin Nordin

9 Mac 2004

Page 4: KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP ASAS, · PDF fileKumpulan Logam Alkali untuk mencapai kestabilan oktet. 4.3.19 Dapatan kajian mengenai konsep asas JBU yang merujuk kepada sifat-sifat

KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP ASAS, PEMBELAJARAN

TERDAHULU DAN KONSEP MENYELURUH JADUAL BERKALA UNSUR DI

BEBERAPA BUAH SEKOLAH DI DAERAH KOTA STAR

ILYANA BINTI MOHAMMAD KAMEL

Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian syarat Penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

FEBRUARI, 2004

Page 5: KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP ASAS, · PDF fileKumpulan Logam Alkali untuk mencapai kestabilan oktet. 4.3.19 Dapatan kajian mengenai konsep asas JBU yang merujuk kepada sifat-sifat

ii

“Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang telah

saya jelaskan sumbernya”.

Tanda Tangan :

Nama Penulis :

Tarikh :

Ilyana Binti Mohammad Kamel

9 Mac 2004

Page 6: KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP ASAS, · PDF fileKumpulan Logam Alkali untuk mencapai kestabilan oktet. 4.3.19 Dapatan kajian mengenai konsep asas JBU yang merujuk kepada sifat-sifat

iii

Dedikasi

Assalamualaikum……

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, syukur ke hadrat Ilahi

kerana dengan izinNya, kajian ini dapat disiapkan. Berkat dorongan dan pengorbanan

insan-insan teristimewa dalam hidup saya terutamanya abah Mohammad Kamel, mama

Wardah, yang tersayang Syahrul Ridwan Shahlan dan adik-adik Nadiah, Thariq, Afeeq

dan Zyad, tugasan ini terhasil dengan jayanya. Hanya Allah yang dapat membalas segala

jasa dan pengorbanan kalian……..

Wassalam…..

Page 7: KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP ASAS, · PDF fileKumpulan Logam Alkali untuk mencapai kestabilan oktet. 4.3.19 Dapatan kajian mengenai konsep asas JBU yang merujuk kepada sifat-sifat

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, saya telah

berkesempatan menyiapkan kertas Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan saya dedikasikan khusus kepada semua pihak yang

terlibat sepanjang saya menyiapkan penyelidikan ini. Terlebih dahulu saya rakamkan

jutaan penghargaan dan terima kasih istimewa buat Profesor Madya Aziz Nordin yang

telah banyak meluangkan masa untuk membantu dan memberi tunjuk ajar dalam

membimbing saya menyiapkan penyelidikan ini.

Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan setinggi penghargaan

kepada:

1. Pengetua SM Teknik Alor Star

2. Pengetua SMK Syed Mohamed Al-Buqhary

3. Pengetua SMK Jabi

Di atas kerjasama mengaturkan pertemuan dan menyediakan responden untuk

menyiapkan penyelidikan ini.

Akhir sekali saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak terutamanya

keluarga tersayang yang memberikan bantuan dan dorongan sama ada secara langsung

atau secara tidak langsung ketika penyelidikan ini dilakukan.

Page 8: KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP ASAS, · PDF fileKumpulan Logam Alkali untuk mencapai kestabilan oktet. 4.3.19 Dapatan kajian mengenai konsep asas JBU yang merujuk kepada sifat-sifat

v

ABSTRAK

Kajian ini meninjau pemahaman konsep pelajar Tingkatan Empat aliran Sains

tulen dan teknikal mengenai tajuk konsep asas Jadual Berkala Unsur (JBU), di tiga buah

sekolah sekitar daerah Kota Star. Persoalan kajian adalah melihat sama ada pelajar

mempunyai salah konsep dan gagal menguasai asas pembelajaran terdahulu dan konsep

menyeluruh dalam topik yang dikaji. Sejumlah 116 orang responden terdiri daripada

pelajar Tingkatan Empat telah terlibat dalam kajian ini. Data yang dikumpul dianalisis

menggunakan SPSS 10.0 bagi mendapatkan kekerapan dan peratusan mengenai salah

konsep yang terdapat pada pelajar. Hasil kajian mendapati sebahagian besar pelajar

mempunyai konsep yang salah dalam tajuk yang dikaji dan pelbagai konsep ini ternyata

berbeza dengan konsep yang diterima oleh ahli sains. Konsep-konsep ini didapati

mengganggu proses pembelajaran dan guru seharusnya mengambil kira konsep yang ada

pada pelajar dalam memilih kaedah pengajaran dan merancang strategi pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan. Kajian ini telah dapat mengenalpasti beberapa masalah

dalam tajuk Jadual Berkala Unsur.

Page 9: KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP ASAS, · PDF fileKumpulan Logam Alkali untuk mencapai kestabilan oktet. 4.3.19 Dapatan kajian mengenai konsep asas JBU yang merujuk kepada sifat-sifat

vi

ABSTRACT

This research investigates the conceptual understanding of topics on basic

concepts of Jadual Berkala Unsur (JBU), previous concepts and the whole concepts in

JBU amongst students in 3 schools in the Kota Star district. The objective of this study is

to find out the misconceptions amongst students on the topics investigated. A total of 116

form four students from 3 secondary schools were involved as respondents in this

research. The data obtained were then analyzed using SPSS 10.0 to obtain the frequencies

and percentages for misconceptions. Findings have shown that students possessed various

concepts which are different from those accepted by scientists. These concepts interferes

learning process and teachers should take into account the concepts students have when

choosing teaching methods and teaching strategies effectively.

Page 10: KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP ASAS, · PDF fileKumpulan Logam Alkali untuk mencapai kestabilan oktet. 4.3.19 Dapatan kajian mengenai konsep asas JBU yang merujuk kepada sifat-sifat

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Halaman Judul

Pengakuan

Dedikasi

Penghargaan

Abstrak

Abstract

Kandungan

Senarai Jadual

Senarai Singkatan

Senarai Lampiran

i

ii

iii

iv

v

vi

vii

xiii

xvi

xvii

I PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif Kajian

1.5 Persoalan Kajian

1.6 Kepentingan Kajian

1

4

5

6

7

7

Page 11: KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP ASAS, · PDF fileKumpulan Logam Alkali untuk mencapai kestabilan oktet. 4.3.19 Dapatan kajian mengenai konsep asas JBU yang merujuk kepada sifat-sifat

viii

1.7 Skop Kajian

1.8 Batasan Kajian

1.9 Terminologi Istilah

1.9.1 Pelajar / Responden

1.9.2 Kerangka Alternatif

1.9.3 Konsep

1.9.4 Konsep Asas

1.9.5 Konsep Pembelajaran Terdahulu

1.9.6 Konsep Jadual Berkala Unsur (JBU)

1.9.7 Jadual Berkala Unsur (JBU)

1.9.8 Kumpulan

1.9.9 Kala

8

8

9

9

9

10

10

10

10

11

11

11

II KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

2.2 Definisi Masalah

2.3 Masalah Pembelajaran Kimia

2.3.1 Kerangka Alternatif Mengenai Konsep

Asas

2.3.2 Kefahaman Melalui Pembelajaran

Terdahulu

2.3.3 Masalah Dari Segi Topik JBU

(Menyeluruh)

12

12

13

14

16

17

III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

3.2 Rekabentuk Kajian

3.3 Populasi Kajian

3.4 Pemilihan Sampel

20

20

21

21

Page 12: KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP ASAS, · PDF fileKumpulan Logam Alkali untuk mencapai kestabilan oktet. 4.3.19 Dapatan kajian mengenai konsep asas JBU yang merujuk kepada sifat-sifat

ix

3.5 Instrumen Kajian

3.6 Prosedur Kajian

3.7 Analisis Data

21

23

23

IV ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan

4.2 Analisis Latar Belakang Responden

4.2.1 Bilangan Responden Mengikut Sekolah

4.2.2 Bilangan Responden Mengikut Jantina

4.2.3 Umur, bangsa dan agama

4.2.4 Pencapaian responden dalam PMR

4.2.5 Pencapaian Peperiksaan Pertengahan

Tahun responden untuk mata pelajaran

Kimia.

4.2.6 Latar belakang pekerjaan bapa/penjaga

responden.

4.2.7 Keminatan terhadap mata pelajaran Sains

dan Matematik

4.3 Analisis Kefahaman Pelajar Terhadap Konsep Asas

Jadual Berkala Unsur

4.3.1 Analisis jawapan responden mengenai

pengetahuan asas Jadual Berkala Unsur

4.3.1.1 Pencapaian responden bagi soalan

berkaitan konsep asas Jadual

Berkala Unsur

4.3.2 Analisis jawapan responden mengenai

soalan berkaitan pembelajaran terdahulu.

4.3.2.1 Analisis skor markah bagi soalan

berkaitan pembelajaran terdahulu.

25

26

26

27

27

28

28

29

29

30

31

34

35

36

Page 13: KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP ASAS, · PDF fileKumpulan Logam Alkali untuk mencapai kestabilan oktet. 4.3.19 Dapatan kajian mengenai konsep asas JBU yang merujuk kepada sifat-sifat

x

4.3.3 Analisis jawapan responden mengenai

soalan berkaitan konsep Jadual Berkala

Unsur (Menyeluruh).

4.3.3.1 Analisis skor markah bagi soalan

berkaitan konsep JBU

(Menyeluruh).

4.3.4 Pencapaian responden bagi soalan

berkenaan konsep asas JBU, konsep

pembelajaran terdahulu dan konsep Jadual

Berkala Unsur (Menyeluruh).

4.3.5 Dapatan kajian mengenai konsep asas JBU

‘Jadual ini digelar...’.

4.3.6 Dapatan kajian mengenai konsep asas JBU

‘Kumpulan 1 hingga 18 JBU’.

4.3.7 Dapatan kajian mengenai konsep asas JBU

‘Kala’.

4.3.8 Dapatan kajian mengenai konsep

pembelajaran terdahulu ‘Nombor Proton’.

4.3.9 Dapatan kajian mengenai konsep

pembelajaran terdahulu ‘Simbol Unsur’.

4.3.10 Dapatan kajian mengenai konsep

pembelajaran terdahulu ‘Nama Unsur’.

4.3.11 Dapatan kajian mengenai konsep

pembelajaran terdahulu ‘Nombor Nukleon’

4.3.12 Dapatan kajian mengenai konsep

pembelajaran terdahulu ‘Cara Menulis

Konfigurasi Elektron’

4.3.13 Dapatan kajian mengenai konsep asas bagi

menyusun unsur dalam JBU

4.3.14 Dapatan kajian mengenai konsep asas JBU

(Kumpulan)

37

38

39

41

41

42

42

43

44

44

45

46

47

Page 14: KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP ASAS, · PDF fileKumpulan Logam Alkali untuk mencapai kestabilan oktet. 4.3.19 Dapatan kajian mengenai konsep asas JBU yang merujuk kepada sifat-sifat

xi

4.3.15 Dapatan kajian mengenai konsep asas JBU

‘Takrifan Kala’

4.3.16 Dapatan kajian mengenai konsep asas JBU

yang memerlukan responden mengaitkan

bilangan elektron valens dalam unsur

dengan Kumpulan unsur tersebut.

4.3.17 Dapatan kajian mengenai perkaitan antara

bilangan petala yang diduduki elektron

dengan kala unsur tersebut.

4.3.18 Dapatan kajian mengenai tindak balas

antara Kumpulan Halogen dengan

Kumpulan Logam Alkali untuk mencapai

kestabilan oktet.

4.3.19 Dapatan kajian mengenai konsep asas JBU

yang merujuk kepada sifat-sifat Kimia

unsur Kumpulan 18 (Gas Adi)

4.3.20 Dapatan kajian mengenai sifat-sifat Kimia

(kereaktifan) unsur Kumpulan 1 (Logam

Alkali) apabila menuruni kumpulan.

4.3.21 Dapatan kajian mengenai sifat Kimia

Kumpulan 17 (Halogen) yang merujuk

kepada kereaktifan unsur Kumpulan 17

semakin berkurang apabila menuruni

Kumpulan tersebut.

4.3.22 Dapatan kajian mengenai konsep asas JBU

iaitu perubahan saiz atom apabila merentasi

Kala 3.

4.3.23 Dapatan kajian mengenai konsep JBU

(Menyeluruh) terhadap rajah JBU yang

diwakili oleh simbol A, B, C, D, E, F, G

dan H.

48

49

50

51

52

53

54

56

57

Page 15: KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP ASAS, · PDF fileKumpulan Logam Alkali untuk mencapai kestabilan oktet. 4.3.19 Dapatan kajian mengenai konsep asas JBU yang merujuk kepada sifat-sifat

xii

V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan

5.2 Perbincangan kajian

5.2.1 Perbincangan mengenai dapatan yang

diperoleh dari persoalan pertama.

5.2.2 Perbincangan mengenai dapatan yang

diperoleh dari persoalan kedua

5.2.3 Perbincangan mengenai dapatan yang

diperoleh dari persoalan ketiga.

5.3 Rumusan

5.4 Cadangan

59

60

60

63

64

65

67

Page 16: KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP ASAS, · PDF fileKumpulan Logam Alkali untuk mencapai kestabilan oktet. 4.3.19 Dapatan kajian mengenai konsep asas JBU yang merujuk kepada sifat-sifat

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1

3.2

4.1

4.2

4.3

4.4

4.5

4.6

4.7

4.8

Menunjukkan pecahan soalan mengikut konsep.

Penggredan Pencapaian Pelajar di Sekolah

Menengah.

Bilangan responden mengikut jantina.

Keputusan PMR responden

Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun (Kimia)

Pekerjaan bapa atau penjaga kepada pelajar

Tahap keminatan responden terhadap matapelajaran

Kimia, Fizik, Matematik Moden dan Matematik

Tambahan.

Keputusan jawapan yang diberikan oleh responden

mengenai konsep asas Jadual Berkala Unsur.

Skor markah bagi soalan mengenai konsep asas

Jadual Berkala Unsur.

Taburan keputusan jawapan responden mengenai

soalan berkaitan pembelajaran terdahulu.

22

24

27

28

28

29

30

31

34

35

Page 17: KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP ASAS, · PDF fileKumpulan Logam Alkali untuk mencapai kestabilan oktet. 4.3.19 Dapatan kajian mengenai konsep asas JBU yang merujuk kepada sifat-sifat

xiv

4.9

4.10

4.11

4.12

4.13

4.14

4.15

4.16

4.17

4.18

4.19

4.20

4.21

4.22

4.23

Taburan markah bagi soalan berkaitan

pembelajaran terdahulu.

Keputusan jawapan salah responden mengenai

konsep Jadual Berkala Unsur (Menyeluruh).

Taburan skor markah bagi soalan berkaitan konsep

Jadual Berkala Unsur (Menyeluruh).

Taburan skor markah bagi soalan mengenai konsep

asas Jadual Berkala Unsur, konsep pembelajaran

terdahulu dan konsep Jadual Berkala Unsur

(Menyeluruh).

Taburan contoh jawapan mengenai Kumpulan JBU

yang diberikan responden.

Taburan contoh jawapan mengenai Kala JBU yang

diberikan responden.

Taburan contoh jawapan mengenai Nombor Proton.

Taburan contoh jawapan mengenai Simbol Unsur.

Taburan contoh jawapan mengenai Nama Unsur

yang diberikan oleh responden.

Taburan contoh jawapan mengenai Nombor

Nukleon yang diberikan oleh responden.

Taburan contoh jawapan mengenai Cara Menulis

Konfigurasi Elektron yang diberikan oleh

responden.

Taburan contoh jawapan mengenai prinsip asas

penyusunan unsur dalam JBU.

Taburan contoh takrif mengenai Kumpulan JBU

yang diberikan oleh responden.

Taburan contoh takrifan Kala yang diberikan oleh

responden.

Taburan contoh jawapan perkaitan antara bilangan

elektron valens dengan Kumpulan unsur.

36

37

38

40

41

42

43

43

44

45

46

47

48

49

50

Page 18: KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP ASAS, · PDF fileKumpulan Logam Alkali untuk mencapai kestabilan oktet. 4.3.19 Dapatan kajian mengenai konsep asas JBU yang merujuk kepada sifat-sifat

xv

4.24

4.25

4.26

4.27

4.28

4.29

4.30

Taburan contoh jawapan mengenai perkaitan antara

bilangan petala dengan Kala suatu unsur.

Taburan contoh jawapan mengenai tindak balas

Kumpulan 1 dengan Kumpulan 17.

Taburan jawapan responden yang menunjukkan

unsur Kumpulan 18 bersifat lengai secara Kimia.

Taburan contoh jawapan yang menjelaskan sebab

kereaktifan bertambah apabila menuruni

Kumpulan 1.

Taburan contoh jawapan berkaitan kereaktifan

unsur Kumpulan 17 yang semakin berkurang

apabila menuruni Kumpulan.

Taburan contoh jawapan responden terhadap

konsep asas JBU berkaitan perubahan saiz atom

apabila merentasi Kala 3.

Taburan contoh jawapan responden terhadap

konsep JBU (Menyeluruh) merujuk kepada rajah

JBU yang diwakili oleh simbol A, B, C, D, E, F, G

dan H.

51

52

53

54

55

56

58

Page 19: KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP ASAS, · PDF fileKumpulan Logam Alkali untuk mencapai kestabilan oktet. 4.3.19 Dapatan kajian mengenai konsep asas JBU yang merujuk kepada sifat-sifat

xvi

SENARAI SINGKATAN

SPSS - Statistical Package for Social Science

JBU - Jadual Berkala Unsur

K - Kekerapan

KM - Kurang Minat

M - Minat

PM - Paling Minat

SM - Sangat Minat

Page 20: KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP ASAS, · PDF fileKumpulan Logam Alkali untuk mencapai kestabilan oktet. 4.3.19 Dapatan kajian mengenai konsep asas JBU yang merujuk kepada sifat-sifat

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A

Borang Soal Selidik

B

Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan Dari Kementerian

Pendidikan Malaysia

C

Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan Dari Jabatan Pendidikan

Negeri Kedah

Page 21: KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP ASAS, · PDF fileKumpulan Logam Alkali untuk mencapai kestabilan oktet. 4.3.19 Dapatan kajian mengenai konsep asas JBU yang merujuk kepada sifat-sifat

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan, pendidikan Sains menjadi semakin

penting dan diberi perhatian. Di Malaysia kaedah pembelajaran Sains dilaksanakan

melalui pendekatan inkuiri terpimpin. Sains dianggap sebagai proses, bermula dengan

perlaksanaan Kurikulum Sains Moden iaitu Sains perlu diajar dengan memberi peluang

kepada pelajar melakukan penyelidikan dan menyelesaikan masalah (Abu Hassan

Kassim,1999).

Dari segi strategi pengajaran dan pembelajaran Sains KBSM, penumpuan

diberikan kepada pendekatan inkuiri yang dijalankan sama ada secara induktif atau

deduktif. Semua aktiviti pembelajaran sepatutnya berpusatkan pelajar melalui pelbagai

aktiviti contohnya kerja projek, eksperimen, kajian kes, simulasi dan sebagainya yang

boleh menarik minat pelajar. Aktiviti sebegini bertujuan untuk membolehkan pelajar

Page 22: KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP ASAS, · PDF fileKumpulan Logam Alkali untuk mencapai kestabilan oktet. 4.3.19 Dapatan kajian mengenai konsep asas JBU yang merujuk kepada sifat-sifat

2

menguasai kemahiran saintifik yang meliputi kemahiran proses Sains dan kemahiran

manipulatif yang meliputi teknik dan cara pengendalian peralatan Sains dengan betul

(Aziz Nordin dan Sulaiman Yamin,1996).

Sebagai satu bidang keilmuan, pendidikan Sains membekalkan satu rangka

konsep yang membolehkan pelajar memahami alam sekeliling. Ilmu Sains menjadi

lebih bermakna jika pelajar boleh menghubungkan fakta dan konsep yang dipelajari di

bilik darjah dalam kehidupan harian, membuat pengitlakan dan mengaitkan

pembelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada dalam minda mereka (Abu Hassan

Kassim, 1999).

Walau bagaimanapun, akhir-akhir ini didapati minat pelajar terhadap mata

pelajaran Sains semakin berkurangan. Mereka menganggap Sains merupakan mata

pelajaran yang sukar untuk dipelajari, difahami dan dikuasai. Malah dalam sistem

KBSM yang diperkenalkan, para pelajar diberi peluang untuk memilih mata pelajaran

yang bersesuaian dengan minat dan kebolehan mereka. Implikasi daripada sistem ini

ialah ramai pelajar cenderung untuk memilih mata pelajaran yang tidak menjurus

kepada saliran Sains tulen (Aziz Nordin dan Sulaiman Yamin, 1996).

Pada tahun 1999-2000, setelah lebih 10 tahun pelaksanaan Kurikulum Sains

KBSM, ia telah disemak semula.Penyemakan ini dilakukan bagi memastikan

kurikulum yang digunakan dapat memenuhi keperluan negara yang berkehendakkan

tenaga kerja yang berpengetahuan, mahir dan berfikrah. Kurikulum Sains bertujuan

untuk melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang

Sains dan teknologi serta mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran

berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni untuk membuat keputusan dalam

menyelesaikan masalah kehidupan seharian mereka (Pusat Perkembangan Kurikulum,

1996).

Page 23: KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP ASAS, · PDF fileKumpulan Logam Alkali untuk mencapai kestabilan oktet. 4.3.19 Dapatan kajian mengenai konsep asas JBU yang merujuk kepada sifat-sifat

3

Bagi meningkatkan kefahaman dan pencapaian pelajar dalam Sains, banyak

kajian telah dijalankan mengenai masalah yang sering timbul dalam proses pengajaran

dan pembelajaran Sains. Masalah yang timbul dalam pengajaran dan pembelajaran

Sains sering dikaitkan sebagai salah satu puca pelajar lemah dalam Sains dan

menjadikan Sains suatu subjek yang tidak diminati. Pelajar lazimnya melihat Sains

sebagai sesuatu yang amat menakutkan dan ini dapat diatasi jika mereka dapat

mengaitkan Sains dalam kehidupan seharian (Deborah, 1994).

Kimia merupakan salah satu bidang Sains yang dianggap kurang menarik bagi

sesetengah pelajar sekolah menengah. Kajian berkaitan pengetahuan konsep pelajar

terhadap mata pelajaran Kimia mendapati pelajar gagal memahami konsep asas yang

menjadi dasar disiplin Kimia. Salah konsep tentang perubahan fizik dan Kimia yang

dijelaskan oleh ahli Kimia untuk menggambarkan fenomena Kimia adalah biasa di

kalangan para pelajar (Dorothy dan Samuel, 1987).

Kimia adalah salah satu bidang yang menarik jika dikaji. Kimia banyak

menyumbang dan mempengaruhi kehidupan harian kita. Hampir kesemua aktiviti

harian kita melibatkan Kimia atau penggunaan bahan Kimia sama ada secara langsung

atau tidak langsung (Abu Hassan Kassim, 1999).

Jika pelajar dapat disedarkan bahawa Kimia adalah sebahagian daripada

kehidupan mereka, maka proses untuk menerapkan konsep Kimia akan menjadi lebih

mudah dan mereka tidak akan merasakan bahawa konsep-konsep ini bercanggah

dengan kepercayaan mereka.

Page 24: KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP ASAS, · PDF fileKumpulan Logam Alkali untuk mencapai kestabilan oktet. 4.3.19 Dapatan kajian mengenai konsep asas JBU yang merujuk kepada sifat-sifat

4

1.2 Latar belakang masalah

Di bawah konteks pembelajaran, Teori Konstruktivisme mengangggap bahawa

ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda tetapi dibina di dalam minda

berdasarkan pengalaman sebenar. Mengikut Von Glasserfeld, proses pembentukan

ilmu merupakan hasil rasionalisasi pengalaman individu. Ilmu pengetahuan adalah

dibina melalui proses saling pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan

pembelajaran terbaru yang berkaitan. Di bawah proses pembelajaran, pelajar membina

ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya secara aktif menggunakan cara

membanding maklumat baru dengan pengalaman yang sedia ada supaya menyelesaikan

sebarang perselisihan yang timbul dengan tujuan mencapai kefahaman terhadap

maklumat baru (Mok Soon Sang, 2002).

Interaksi dengan alam sekitar dan individu lain mewujudkan makna terhadap

alam semesta dari segi persepsi dan interpretasi. Persepsi adalah proses minda

membaca, mentafsir dan memahami alam. Persepsi adalah tahap pertama proses

berfikir (Ainon Mohd. dan Abdullah Hassan, 1996) manakala interpretasi pula adalah

tafsiran mental.

Berdasarkan kepada pengalaman, pelajar akan membina stuktur kognitif dalam

minda mereka. Setiap individu akan menyusun, menggabung dan menyusun semula

tingkah laku dan fikiran kepada sistem yang selari. Seterusnya idea yang diterima akan

disesuaikan kepada persekitaran (Saniah Sayuti, Yeo Kee Jiar, Ahmad Johari Sihes,

Azlina Mohd. Kosnin, 2000).

Pembinaan idea yang berbeza ini dipanggil kerangka alternatif yang juga

dikenali sebagai prakonsepsi. Kadang kala idea pelajar tidak sealiran dengan idea dan

Page 25: KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP ASAS, · PDF fileKumpulan Logam Alkali untuk mencapai kestabilan oktet. 4.3.19 Dapatan kajian mengenai konsep asas JBU yang merujuk kepada sifat-sifat

5

pandangan saintifik yang diajar di sekolah. Perselisihan idea sebegini mengelirukan

pelajar dan mengganggu pembelajaran Sains mereka.

Menurut Dorothy dan Samuel (1987), kesilapan pelajar sering berlaku kerana

idea dan pengetahuan konsep pelajar berkaitan Kimia tidak setaraf atau seiring dengan

pengetahuan saintifik semasa. Pelajar gagal memahami sesetengah konsep Kimia dan

tidak dapat menghuraikan perubahan fenomena Kimia seperti yang dijelaskan oleh ahli

Kimia.

Apabila guru memperkenalkan konsep Sains yang berbeza dengan kerangka

alternatif pelajar, pelajar menghadapi kesukaran untuk mengasimilasikan maklumat

baru dan menjadi keliru. Jika penjelasan yang diberikan oleh guru tidak selari dengan

pemahaman pelajar, pelajar akan berfikir tanpa arah yang pasti dan akhirnya apa yang

mereka fikirkan tidak ada kena mengena dengan konsep yang cuba disampaikan oleh

guru (Ainon Mohd. dan Abdullah Hassan, 1994).

1.3 Pernyataan Masalah

Masalah ketidakfahaman pelajar dalam proses menguasai mata pelajaran Kimia

bukanlah satu masalah remeh dan boleh dipandang ringan oleh pendidik. Terdapat

banyak faktor yang menjadi masalah kepada pelajar untuk menguasai mata pelajaran

Kimia. Semasa mempelajari mata pelajaran Kimia, beberapa masalah dijangka akan

dihadapi oleh pelajar yang merangkumi masalah pemahaman konsep, kaedah

pengajaran guru, minat pelajar terhadap Kimia, masalah bahasa serta masalah

menguasai pembelajaran terdahulu.

Page 26: KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP ASAS, · PDF fileKumpulan Logam Alkali untuk mencapai kestabilan oktet. 4.3.19 Dapatan kajian mengenai konsep asas JBU yang merujuk kepada sifat-sifat

6

Jika dilihat daripada topik Jadual Berkala Unsur, pelajar perlu menguasai

pelbagai konsep asas Kimia yang meliputi istilah-istilah Kimia, jenis-jenis unsur,

formula kimia dan sebagainya. Ini menjadikan Jadual Berkala Unsur satu topik yang

memberikan cabaran kepada proses pembelajaran pelajar. Oleh itu pelajar perlu

mempunyai pengetahuan dan pemahaman konsep yang kukuh untuk mengelakkan

gangguan proaktif iaitu pembelajaran terdahulu mengganggu pembelajaran berikutnya

(Mok Soon Sang, 2002).

Menurut Eng Nguan Hong (1997), dalam kajiannya beliau mendapati pelajar

sering membuat pelbagai anggapan yang salah apabila menjawab soalan berkaitan

topik ini. Ini disebabkan pelajar menjawab berdasarkan pemikiran logik mereka

sendiri. Pelajar mempunyai kerangka alternatif sendiri dan pandangan mereka sangat

berbeza berbanding pandangan yang diterima dalam konsep Sains.

Justeru kajian ini dilaksanakan dengan tujuan untuk mengenalpasti masalah

yang dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari tajuk Jadual Berkala Unsur ini.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti:

1. Kefahaman pelajar berkaitan dengan konsep asas Jadual Berkala Unsur

(JBU).

2. Kerangka alternatif mengenai konsep pembelajaran terdahulu.

3. Pemahaman dan penguasaan pelajar mengenai konsep JBU

(menyeluruh).

Page 27: KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP ASAS, · PDF fileKumpulan Logam Alkali untuk mencapai kestabilan oktet. 4.3.19 Dapatan kajian mengenai konsep asas JBU yang merujuk kepada sifat-sifat

7

1.5 Persoalan Kajian

1. Adakah pelajar Tingkatan Empat aliran Sains dapat memahami dan

menguasai konsep asas Jadual Berkala Unsur (JBU)?

2. Adakah pelajar Tingkatan Empat aliran Sains dapat memahami konsep

pembelajaran terdahulu?

3. Adakah pelajar Tingkatan Empat aliran Sains dapat memahami dan

menguasai konsep JBU (menyeluruh)?