kedudukan bahasa melayu pada hari ini

6
Kedudukan Bahasa Melayu pada Hari Ini SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN Secara umumnya, martabat bahasa Melayu pada hari ini sudah longgar. Hali ini terbukti melalui pengiktirafan Intitusi Pendidikan Swasta (IPS), sebagai sebahagian daripada Sistem Pendidikan Kebangsaan yang dibuat melalui Seksyen 16 Akta 1996. Oleh sebab IPS merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan, maka IPS mempunyai pilihan dalam hal penggunaan bahasa penghantar sama ada untuk mengikut amalan sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan atau memohon kecualian mengikut seksyen 17 akta berkenaan., dengan kata lain IPS mempunyai kebebasan seluas-luasnya dalam menentukan penggunaan bahasa penghantar. Kelonggaran inilah yang merendahkan martabat bahasa Melayu sekali gus melemahkan pencapaian falsafah dan matlamat dasar pendidikan kebangsaan. Dari segi lain, Seksyen 75 sebenarnya tidak memberikan apa-apa kuasa kepada Menteri dalam menghendaki pengajaran mata pelajaran tertentu yang relevan dalam konteks pendidikan bersepadu dan kenegaraan di peringkat menengah atas kerana Menteri hanya boleh meminta institusi pendidikan swasta untuk mengajarkan mata pelajaran bahasa kebangsaan apabila bahasa lain digunakan sebagai bahasa penghantar. Hal ini bermakna bahawa Menteri tidak diberi kuasa yang jelas untuk membolehkan pengajaran mata pelajaran bahasa Melayu diwajibkan. Selain itu, bahasa Melayu hanya diajarkan sebagai mata pelajaran tambahan di samping mata pelajaran lain yang diajarkan di institusi pendidikan tinggi swasta. Kesan lain yang ketara ialah bahasa Melayu mungkin tidak mempunyai tempat dalam kurikulum pendidikan swasta kerana bukan sahaja boleh tidak menjadi bahasa penghantar tetapi boleh juga tidak menjadi bahasa wajib. Malah, kedudukannya sebagai bahasa pilihan sebagai bahasa asing tidak disebut sama sekali. Hal ini menunjukkan kedudukan Bahasa Melayu pada hari ini mempunyai krisis dalam aspek martabatnya . Menurut syarahan daripada ketua menteri Sarawak, terdapat beberapa tentangan yang terpaksa dihadapi tentang Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar

Upload: siti-atiqah

Post on 29-Jun-2015

342 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kedudukan Bahasa Melayu pada Hari Ini

Kedudukan Bahasa Melayu pada Hari Ini

SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Secara umumnya, martabat bahasa Melayu pada hari ini sudah longgar. Hali ini terbukti melalui pengiktirafan Intitusi Pendidikan Swasta (IPS),  sebagai sebahagian daripada Sistem Pendidikan Kebangsaan yang dibuat melalui Seksyen 16 Akta 1996. Oleh sebab IPS merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan, maka IPS mempunyai pilihan dalam hal penggunaan bahasa penghantar sama ada untuk mengikut amalan sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan atau memohon kecualian mengikut seksyen 17 akta berkenaan., dengan kata lain IPS mempunyai kebebasan seluas-luasnya dalam menentukan penggunaan bahasa penghantar. Kelonggaran inilah yang merendahkan martabat bahasa Melayu sekali gus melemahkan pencapaian falsafah dan matlamat dasar pendidikan kebangsaan.

 Dari segi lain, Seksyen 75 sebenarnya tidak memberikan apa-apa kuasa kepada Menteri dalam menghendaki pengajaran mata pelajaran tertentu yang relevan dalam konteks pendidikan bersepadu dan kenegaraan di peringkat menengah atas kerana Menteri hanya boleh meminta institusi pendidikan swasta untuk mengajarkan mata pelajaran bahasa kebangsaan apabila bahasa lain digunakan sebagai bahasa penghantar. Hal ini bermakna bahawa Menteri tidak diberi kuasa yang jelas untuk membolehkan pengajaran mata pelajaran bahasa Melayu diwajibkan. Selain itu, bahasa Melayu hanya diajarkan sebagai mata pelajaran tambahan di samping mata pelajaran lain yang diajarkan di institusi pendidikan tinggi swasta.    Kesan lain yang ketara ialah bahasa Melayu mungkin tidak mempunyai tempat dalam kurikulum pendidikan swasta kerana bukan sahaja boleh tidak menjadi bahasa penghantar tetapi boleh juga tidak menjadi bahasa wajib. Malah, kedudukannya sebagai bahasa pilihan sebagai bahasa asing tidak disebut sama sekali.    

Hal ini menunjukkan kedudukan Bahasa Melayu pada hari ini mempunyai krisis dalam aspek martabatnya . Menurut syarahan daripada ketua menteri Sarawak, terdapat beberapa tentangan yang terpaksa dihadapi tentang Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Pada masa kini, keyakinan masyarakat terhadap bahasa Melayu semakin berkurangan. Ini menjadi masalah utama terhadap penggunaan bahasa Melayu pada masa kini.Malahan, ada yang berpendapat anak Melayu tidak mungkin maju dan berjaya dalam sesetengah mata pelajaran melalui bahasa pengantar bahasa Melayu. Hal ini terbukti apabila pembelajaran untuk kuliah sains dan teknologi telah ditukar dalam bahasa Inggeris. Walaupun terdapat banyak kebaikan terhadap pertukaran itu, namun ia telah menjejaskan sedikit sebanyak kedudukan bahasa Melayu apabila ada sesetengah pihak telah menyalahtafsir dengan beranggapan bahawa bahasa Melayu tidak membawa kemajuan. Akan tetapi, masih ada pihak yang mempunyai kesedaran untuk mendaulatkan kembali bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, bahasa Melayu masih lagi digunakan dalam persuratan seperti surat-menyurat, laporan, minit mesyuarat, pekeliling dan lain-lain.

Page 2: Kedudukan Bahasa Melayu pada Hari Ini

PERMASALAHAN MARTABAT BAHASA MELAYU SEBAGAI   BAHASA KEBANGSAAN     

BEBERAPA gejala yang berlaku kini dengan seriusnya mencabar martabat dan kewibawaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia. Menurut kajian pada tahun 1996, yang paling serius ialah penubuhan kolej swasta dan separuh swasta dan institusi pengajian tinggi kerajaan yang kesemuanya berpenghantar bahasa Inggeris. Faktor ini ditambah pula oleh gejala globalisasi yang menekankan penggunaan bahasa Inggeris dengan pesatnya. Selain itu, faktor-faktor itu disertai juga oleh penggunaan bahasa Inggeris yang memang berleluasa dalam sektor swasta yang tidak pernah tergugat atau digugat. Selain itu, wujud golongan Inggerisofili yang muncul dengan nostalgia mereka yang amat tebal terhadap bahasa Inggeris hingga menggugat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia dan sebagai bahasa penghantar pendidikan.    Faktor lain yang tidak kurang pentingnya ialah kini dalam kalangan golongan elit Malaysia timbul satu perasaan curiga terhadap kemampuan bahasa Melayu untuk menjadi bahasa penghantar ilmu sains dan teknologi (Hashim Musa 1996). Dengan kata lain, wujud krisis keyakinan tentang kemampuan bahasa Melayu dalam menghuraikan dan mengungkapkan ilmu yang tinggi. Oleh hal yang demikian, faktor dan krisis ini perlu dilihat secara objektif dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu, lebih-lebih lagi apabila wujudnya Akta IPTS yang kelihatan meminggirkan bahasa Melayu.

     Berdasarkan pelbagai akta dan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berkenaan, jelaslah bahawa kedudukan dan martabat bahasa Melayu telah diletakkan di tahap yang tinggi sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa rasmi. Namun martabat bahasa Melayu kelihatan terhakis dengan wujudnya akta Pendidikan 1996. Peruntukan dalam akta berkenaan jelas menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah di ketepikan. Dalam hal ini, Abdullah Ayob (1998) Pro Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata bahawa para siswa tempatan perlu mempertahankan martabat bahasa kebangsaan kerana kedudukan bahasa kebangsaan sekarang ini berhadapan dengan beberapa banyak tekanan berikutan banyak institusi pengajian tinggi swasta yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar. Langkah ini juga perlu bagi memastikan bahasa Melayu kekal sebagai bahasa kebangsaan untuk selama-lamanya.  

Page 3: Kedudukan Bahasa Melayu pada Hari Ini

KESIMPULANSecara kesimpulannya, bahasa Melayu adalah wacana komunikasi utama dan asa

pembinaan dalam tamadun Melayu.Seperti yang diketahui umum, sejak zaman dahulu hingga kini bahasa Melayu telah menjadi ucapan penting dalam komunikasi masyarakat Melayu.Perkembangan bahasa Melayu secara bertahap adalah hasil daripada interaksi yang berlaku antara masyarakat Melayu dengan masyarakat daripada tamadun-tamadun asing yang lain.Bahasa Melayu menerima pengaruh dan kesan yang ketara daripada bahasa Sanskrit (tamadun India), bahasa Inggeris (tamadun Eropah) dan bahasa Arab ( tamadun Islam).

Pengaruh yang paling penting dalam bahasa Melayu ialah daripada tamadun Islam yang telah membawa revolusi baru berasaskan rasionalisme dan intelektualisme kepada bahasa Melayu. Kedatangan Islam bukan hanya membawa suatu kepercayaan ketuhanan yang baru kepada masyarakat Melayu , tetapi juga membawa sistem-sistem bahasa seperti tulisan, kosa kata dan sebagainya yang berjaya menghasilkan kemajuan dan ilmu baru dalam tamadun Melayu. Walau bagaimanapun, pengaruh India melalui bahasa Sanskrit juga penting dalam khususnya pengaruh kosa kata.

Peranan kesusasteraan Melayu melalui persuratan dan penulisan berkembang seiring dengan perkembangan bahasa Melayu. Justeru, kesusasteraan Melayu yang sejak zaman pengaruh Hindu Buddha meskipun dalam bentuk sastera lisan sudah menjadi medan pengucapan seni dan kreativiti masyarakat Melayu yang penting.Seperti juga dengan perkembangan bahasa, perkembangan kesusasteraan Melayu banyak menerima pengaruh revolusi kedatangan Islam. Daripada konsep yang kabur tentang tema dan matlamat sastera , Islam telah memperkenalkan kerana Allah S.W.T dengan tema-tema ketuhanan-kemanusiaan seperti tauhid,jihad,kepahlawanan dan sebagainya.

Bentuk sastera berubah dengan kehadiran genre-genre baru seperti syair, puisi, dan prosa. Lebih-lebih lagi apabila pengucapan sastera berkembang daripada lisan kepada penulisan menerusi tulisan Jawi dan tulisan Rumi.Dengan perkembangan tersebut, kedudukan dan peranan bahasa dan kesusasteraan Melayu menjadi semakin penting dalam perkembangan tamadun Melayu. Pembinaan Negara bangsa dan tamadun Malaysia tidak dapat mengenepikan peranan bahasa dan kesusasteraan Melayu sebagai pembentuk jati diri dan pentakrif kepada kebudayaan kebangsaan.

Page 4: Kedudukan Bahasa Melayu pada Hari Ini

1PERKUKUH GUNA BAHASA MELAYU DALAM SEMUA SEKTOR

Pada 3 Mac yang lalu, akhbar tempatan telah menyiarkan satu berita tentang pelbagai pihak yang mendesak agar kedudukan bahasa Melayu perlu dinaikkan dan dimartabatkan sekaligus memperkukuhkan kedudukannya dalam semua sektor. Mereka juga menggesa semua agensi yang terlibat memartabatkan bahasa kebangsaan supaya berfungsi sepenuhnya bukan sekadar menerbitkan buku atau menganjurkan konvensyen mengenai bahasa Melayu semata-mata.

Malah usaha memartabatkan bahasa Melayu perlu dijadikan agenda utama yang dilaksanakan secara berterusan supaya `bahasa benar-benar menjadi jiwa bangsa'.Pensyarah di Jabatan Antropologi Universiti Malaya, Prof. Datuk Zainal Kling berkata, penggunaan bahasa Melayu secara rasmi dalam semua aspek kehidupan di sektor kerajaan atau swasta adalah jalan terbaik untuk memartabatkan bahasa kita ini.Hal ini membuktikan kedudukan bahasa Melayu pada hari ini telah mengalami krisis yang agak menggugat martabatnya. Namun sebagai warganegara yang bijak berfikir, kita seharusnya sedar bahawa masalah ini boleh diatasi jika kita sebagai generasi muda berusaha bersungguh-sungguh memartabatkan kembali bahasa jiwa bangsa kita ini.

1 Y. Bhg. Dato’ Haji Abdul Rahim Bin Abu Bakar,2002, Syarahan Ketua Menteri Sarawak “ Bahasa Melayu sebagai Tonggak Negara Bangsa dalam Gelombang Globalisasi”.