kecemerlangan akhlak teras kejayaan insan

5
MTQ 2010 SYARAHAN AGAMA BAHAGIAN LELAKI TAJUK: KECEMERLANGAN AKHLAK TERAS KEJAYAAN INSAN Bismillah hirrahamanirahimAssalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh... Alhamulillah....... Kalungan apreasasi untuk Pengacara majlis, yang dihormati barisan panel hakim yang bertunjangkan keadilan, penjaga masa seterusnya pemimpin era finalis sekalian. Tajuk syarahan saya pada hari ini Kecemerlangan Akhlak Teras Kejayaan Insan”. Kecemerlangan akhlak bermaksud keelokan atau keindahan budi pekerti. Teras bermaksud asas atau dasar. Manakala Kejayaan insan membawa erti kemenangan kepada seseorang manusia. Konklusinya keberhasilan insan yang mulia adalah berdasarkan kepada keindahan budi pekerti yang elok. Hasrat tersebut boleh dicapai berdasarkan tujuh faktor berikut: Faktor Yang Pertama Keimanan Dan Ketakwaan Yang Mantap Kepada Allah S.W.T. Sesungguhnya kekuatan iman dan takwa akan memancu insan berpekerti dan negara yang berkualiti. Firman Allah S.W.T dalam surah al-A’raaf, ayat 96: وذ ع أ له ال ب ن م طان ي ش ل أ م ي ج ر ل أ .Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Allah akan menurunkan keberkatannya sekiranya ketakwaan kepada Allah menjadi agenda utama, sebagaimana yang berlaku kepada keluarga Yasir walaupun disiksa oleh kafir Quraish beliau tetap beriman. Begitulah bekalan takwa dan iman 1

Upload: mohd-rani-bin-hassan

Post on 28-Jun-2015

1.129 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kecemerlangan Akhlak Teras Kejayaan Insan

MTQ 2010SYARAHAN AGAMA BAHAGIAN LELAKI

TAJUK: KECEMERLANGAN AKHLAK TERAS KEJAYAAN INSAN

Bismillah hirrahamanirahim…Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...Alhamulillah.......

Kalungan apreasasi untuk Pengacara majlis, yang dihormati barisan panel hakim yang bertunjangkan keadilan, penjaga masa seterusnya pemimpin era finalis sekalian.

Tajuk syarahan saya pada hari ini “Kecemerlangan Akhlak Teras Kejayaan Insan”.

Kecemerlangan akhlak bermaksud keelokan atau keindahan budi pekerti.Teras bermaksud asas atau dasar.Manakala Kejayaan insan membawa erti kemenangan kepada seseorang manusia.

Konklusinya keberhasilan insan yang mulia adalah berdasarkan kepada keindahan budi pekerti yang elok. Hasrat tersebut boleh dicapai berdasarkan tujuh faktor berikut:

Faktor Yang Pertama Keimanan Dan Ketakwaan Yang Mantap Kepada Allah S.W.T.

Sesungguhnya kekuatan iman dan takwa akan memancu insan berpekerti dan negara yang berkualiti. Firman Allah S.W.T dalam surah al-A’raaf, ayat 96:

الرجيم الشيطان من بالله أعوذ

.…Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi.

Allah akan menurunkan keberkatannya sekiranya ketakwaan kepada Allah menjadi agenda utama, sebagaimana yang berlaku kepada keluarga Yasir walaupun disiksa oleh kafir Quraish beliau tetap beriman. Begitulah bekalan takwa dan iman menjana peribadi unggul. Inilah yang diharapkan kepada kita dalam mengharungi perubahan zaman yang deras ini.

Sidang dewan yang budiman,

Faktor Yang Kedua Beribadat Dengan Iklas Dan Bertawadu’.

Pekerti unggul dijana dengan pembentukan hati yang bertunjangkan keikhlasan dan kemantapan yang hakiki. Sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah Al Bayyinah, ayat 5:

الرجيم الشيطان من بالله أعوذ

1

Page 2: Kecemerlangan Akhlak Teras Kejayaan Insan

MTQ 2010SYARAHAN AGAMA BAHAGIAN LELAKI

Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan Ibadat kepadaNya dalam menjalankan agama yang lurus.

Keikhlasan dan kesungguhan beramal kepada Allah akan membentuk akhlak mulia sehingga mereka dijulang ke mercu kegemilangan seperti Abdul Rahman Bin Auf sahabat yang kaya raya telah memanfaatkan hartanya untuk keperluan masyarakat Islam, tidak digunakan untuk dirinya seorang hingga dijadikan syurga untuknya, inilah hasil daripada ibadat yang ikhlas.

Faktor Yang Ketiga Akhlak Rasulullah S.A.W. Sebagai Panduan.

Akhlak merupakan kompenan terpenting dalam struktur agama, selepas akidah dan syariah. Serta menjadi misi penting pengutusan Rasulullah S.A.W. Seperti sabdanya........

�ن� �ُت� م�ا ِإ �ِع�ْث �ِّم م� ب �َت �اِر�َم� ُال �ق م�َك �ْخ�َال اُال”Tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan akhlak yang baik…”

Rasulullah benar-benar satu gambaran yang dicintai, dikagumi dan dicontohi oleh setiap pelakunya. Sejarah telah membuktikan kesempurnaan peribadi Rasulullah, baginda mampu mentadbir dan menyelesaikan problem masyarakat. Hal ini berlaku ketika ketua-ketua kabilah di Mekah bertelagah untuk meletakkan Hajarul Aswad ke tempat asalnya, baginda sendiri telah menyelesaikan pertelingkahan tersebut dengan menyuruh setiap kaum memegang hujung kain yang ada Hajarul Aswad di tengahnya. Tangan baginda yang mulia telah mengangkat sendiri batu tersebut ke tempat asalnya. Oleh itu, hanya Rasulullah S.A.W sebagai contoh dalam membentuk masyarakat yang bertamadun dan negara yang gemilang.

Faktor Yang Keempat Kesabaran Merupakan Kunci Kejayaan Insan.

Memiliki sifat sabar, tabah menghadapi ujian Allah harus dijadikan sebahagian daripada jasad kita dalam usaha mewujudkan masyarakat berkualiti. Firman Allah S.W.T. dalam surah al-Baqarah, ayat 153:

الرجيم الشيطان من بالله أعوذ

Wahai sekalian orang-orang Yang beriman! mintalah pertolongan dengan bersabar dan mengerjakan sembahyang kerana Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.

Kita susuri perjuangan Nabi Muhammad S.A.W. bagaimana keperitan yang dihadapi, belum surut derita pemulauan oleh kafir Quraish, pergi pula isteri dan bapa saudaranya yang tercinta. Demikianlah juga prinsip kesabaran yang ditonjolkan oleh Nik Nor Madiha dalam menuntut ilmu telah memperolehi 20A dalam peperiksaan SPM 2008. Jika amalan ini diterapkan akan lahirlah anak-anak muda yang berwawasan pemangkin kegemilangan negara.

Sidang audian yang dirahmati Allah,

2

Page 3: Kecemerlangan Akhlak Teras Kejayaan Insan

MTQ 2010SYARAHAN AGAMA BAHAGIAN LELAKI

Faktor Yang Kelima Iman Tunggak Kegemilangan Akhlak.

Iman mempunyai kaitan yang erat dengan kualiti insan. Iman adalah asas kepada kecemerlangan akhlak. Jesteru, setiap insan mestilah berupaya melaksanakan titah perintah Allah dan menjauhi laranganNya serta menghindari diri dari belenggu kejahilan. Iman yang mendalam akan mampu menyelamatkan diri daripada terdedah kepada segala macam bahaya dan kesusahan. Sebagaimana firman Allah S.W.T. dalam surah at-Talaq, ayat 4:

الرجيم الشيطان من بالله أعوذ

Dan ingatlah, sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya.

Sejajar dengan itu, setiap insan disarankan mempertingkatkan kualiti iman, agar lahir dalam dirinya jiwa kekuatan dan keberanian, yang akan menjadi motivasi untuk memaju kejayaan.

Faktor Yang Keenam Akidah Yang Sempurna Teras Akhlak Cemerlang.

Dalam dunia yang penuh dengan cabaran penyelewengan keaslian ajaran Islam. Maka akidah yang sempurna, mestilah menjadi akar tunjang dan pegangan bagi mengatasi segala permasalahan yang mendatang. Hanya mereka yang memiliki akidah yang kukuh akan menuju kebahagiaan abadi. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah, ayat 5:

الرجيم الشيطان من بالله أعوذ

Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.

Akidah yang sempurna menjadi asas kepada melahirkan insan yang sempurna akhlaknya. Segala kekalutan sosial yang berlaku di kalangan masyarakat kini, contohnya gejala pembuangan bayi yang berleluasa adalah berpunca dari rapuhnya akidah yang dianuti. Kesempurnaan akidah akan meledakkan sifat taqwa dalam diri manusia seterusnya membentuk keperibadian diri yang cemerlang.

Faktor Yang Ketujuh Akhlak Berteraskan Pendidikan Al-Quran.

Mendadaknya gejala negatif dalam masyarakat hari ini dipercayai berpunca daripada kurangnya penekanan terhadap aspek pendidikan agama dan moral sama ada di rumah mahupun di sekolah. Justeru itu, pada kesempatan yang bermakna ini, saya mengajak saudara-saudara sekalian supaya sama-sama menyoroti sejenak model pentarbiyahan yang diguna pakai oleh Luqman Al-Hakim sewaktu mendidik anak-anaknya.

Di dalam Al-Quran, Allah S.W.T. ada merakamkan beberapa nasihat Luqman kepada anaknya, yang sewajarnya kita contohi dalam usaha mendidik anak-anak kita. Ini kerana nasihat ataupun model pentarbiyahan yang dikemukakan oleh Luqman itu berteraskan

3

Page 4: Kecemerlangan Akhlak Teras Kejayaan Insan

MTQ 2010SYARAHAN AGAMA BAHAGIAN LELAKI

kepada aqidah, syariah dan akhlak. Di antara nasihat Luqman kepada anaknya yang dirakamkan dalam surah Luqman, ayat 13:

الرجيم الشيطان من بالله أعوذ

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah Engkau mempersekutukan Allah, Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".

Jelaslah bahawa akhlak yang cemerlang menjadi penggerak kepada kejayaan insan yang gemilang. Akhir kalam…. Wabillahi taufiq walhidayah wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh..... sekian.

4