6.0 teras 5: pengurusan pembangunan berkesan teknikal/bahagian 1/bab 6/6.1...terhadap kejayaan...
TRANSCRIPT
Pengurusan dan Pelaksanaan 6.1-1
6.0 TERAS 5: PENGURUSAN PEMBANGUNAN BERKESAN
6.1 PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN
Sektor Pengurusan dan Pelaksanaan merupakan sektor yang penting di dalam menilai
pembangunan di Kawasan Rancangan Tempatan Jajahan Machang. Selain itu, ianya juga
menjadi alat untuk mengukur tahap kemampuan dan keupayaan Majlis Daerah Machang
(MDM) dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk tempatan.
Pengurusan yang teratur serta sumber kewangan yang kukuh akan memberi jaminan
terhadap kejayaan pelaksanaan projek pembangunan di sesuatu kawasan.
Penumpuan akan diberikan kepada penilaian keupayaan sistem organisasi dan tenaga kerja,
mengenalpasti pencapaian agensi-agensi pelaksana yang terlibat bagi projek-projek yang
dicadangkan serta pematuhan agensi-agensi pembangunan di dalam melaksanakan projek
yang dicadangkan.
Sektor Pengurusan dan Pelaksanaan berharap agar Rancangan Tempatan Jajahan Machang
ini dapat diterimapakai sebagai panduan utama di dalam merancang dan meluluskan
pembangunan oleh semua jabatan dan agensi di peringkat negeri dan daerah.
6.1.1 Profil
Majlis Daerah Machang bertanggungjawab dalam segala aspek pembangunan di Jajahan
Machang seperti mewujudkan perkhidmatan asas Kerajaan Tempatan dalam aspek
perancangan, pembangunan ekonomi dan sosial, pembangunan fizikal dan keperluan asas
seperti infrastruktur dan utiliti, kawasan rekreasi dan pembangunan insan. Keupayaan
jabatan-jabatan di MDM menjadi penanda aras kepada mutu perkhidmatan yang diberikan
kepada penduduk setempat.
Secara amnya, dasar-dasar yang dirangka dalam Draf RSN Kelantan 2003-2020 kurang
memberi impak kepada pembangunan jajahan Machang. Kekurangan projek-projek
pembangunan terutamanya yang dilaksanakan oleh Majlis Daerah Machang memberikan
kesan kepada pendapatan dan hasil cukai yang diperolehi.
Sektor Pengurusan dan Pelaksanaan juga akan melihat kepada aspek pengurusan dan
pemakaian Rancangan Tempatan sebagai rujukan utama di peringkat negeri dan pihak
berkuasa perancangan tempatan (PBPT) di dalam proses kawalan dan kelulusan sesuatu
projek pembangunan. Selain itu juga, pengurusan dan pelaksanaan projek-projek
pembangunan di dalam Rancangan Tempatan akan dilihat dari aspek pematuhan dan rujukan
agensi terhadap RT Machang.
Pengurusan dan Pelaksanaan 6.1-2
6.1.2 Keadaan Semasa
6.1.2.1 Kawasan Pentadbiran Majlis Daerah Machang
Kawasan Rancangan Tempatan Jajahan
Machang meliputi keseluruhan Jajahan
Machang dengan keluasan sebanyak 527
km persegi. Kawasan pentadbiran Majlis
Daerah Machang setakat ini merangkumi
hanya kawasan seluas lebih kurang 130
km persegi iaitu 24.62 peratus daripada
keluasan daerah secara keseluruhannya.
Cadangan perluasan kawasan
pentadbiran kepada keseluruhan jajahan
Machang dilakukan bagi memberikan
perkhidmatan yang lebih baik kepada
penduduk tempatan.
Asas pembentukan pentadbiran Majlis
Daerah Machang (MDM) bermula di mana
ketiga-tiga Majlis Tempatan di dalam
Jajahan Machang iaitu Lembaga
Bandaran Machang, Majlis Tempatan
Temangan dan Majlis Tempatan Pulai
Chondong bergabung. Seterusnya pada 1
Januari 1979, Majlis Daerah Machang
telah ditubuhkan di bawah Akta Kerajaan
Tempatan 1976 (Akta 171) secara
rasminya sebagai Majlis Daerah.
Majlis Daerah Machang (MDM) bertindak
sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang
mentadbir Bandar Machang dan tujuh (7)
petempatan utama di Jajahan Machang
iaitu Pulai Chondong, Temangan, Labok,
Kampung Pek, Banggol Judah, Bukit Tiu
dan Batu 30/ Batu Lawar.
Majlis Daerah Machang menjalankan
fungsi pentadbiran sebagai Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) selepas
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. MDM bertanggungjawab dalam segala aspek
pembangunan penduduk seperti ekonomi, politik dan sosial tempatan.
PENTADBIRAN Majlis Daerah Machang
527 km persegi (52,791 hektar)
Cadangan Perluasan Kawasan Tadbir
130 km persegi (13,000 hektar)
Kawasan Pentadbiran Sediada
Pengisytiharan Majlis Daerah Machang dengan penggabungan tiga (3) Majlis Tempatan
• Lembaga Bandaran Machang
• Majlis Tempatan Temangan
• Majlis Tempatan Pulai Chondong
1 Januari 1979
Pengurusan dan Pelaksanaan 6.1-3
Rajah 6.1: Kawasan Pentadbiran Majlis Daerah Machang Tahun 2010
PELAN WARTAPELAN CADANGAN PERLUASAN SEMPADAN MELIPUTI
KESELURUHAN MUKIM/DAERAHDIBAWAH PENTADBIRAN
MAJLIS DAERAH MACHANG
PETUNJUK :
Kawasan Sediada (130 km persegi)
Cadangan Perluasan Kawasan (527 km persegi)
Sempadan Daerah
Jalan Raya
Landasan Kereta Api
Pengurusan dan Pelaksanaan 6.1-4
6.1.2.2 Strategi Pembangunan RSN Kelantan Di Dalam Jajahan Machang
• Pembangunan Wilayah Kelantan Utara sebagai kawasan pertumbuhan dan perbandaran
yang dinamik di peringkat nasional melalui konsep “Membawa Pembangunan Kepada
Penduduk”.
• Mengintegrasikan pembangunan antara sebahagian Wilayah Kelantan Selatan yang
terletak hampir dengan Wilayah Kelantan Utara bagi mewujudkan wilayah pertumbuhan
yang lebih luas dan saling menyokong.
• Mengeksploitasi secara bijaksana dan berhemah untuk membangunkan Wilayah Kelantan
Selatan sebagai kawasan pertanian, pelancongan, perindustrian, berasaskan sumber asli,
mineral dan pemeliharaan Kawasan Sensitif Alam Sekitar.
• Mencapai ciri-ciri pembangunan seimbang melalui penyebaran dan penekanan
pembangunan di kawasan atau pusat yang strategic secara bersepadu. Setiap pusat dan
kawasan pertumbuhan ‘Polycentric’ digalakkan membangun mengikut aset dan potensi
masing-masing dengan pergantungan yang minimum dari kesan limpahan pembangunan
konurbasi Kota Bharu dan kawasan sekitarnya.
6.1.2.3 Strategi Pembangunan Majlis Daerah Machang
Strategi Pembangunan yang dibentuk di dalam Rancangan Tempatan Machang, 2010 adalah
Strategi Pembangunan Pemusatan Bersepadu. Tujuan utamanya adalah meningkatkan daya
saing bandar Machang sebagai Pusat Perniagaan, Perindustrian dan Pendidikan. Dengan
strategi ini, pembangunan adalah ditumpukan di dalam kawasan Jajahan Machang dengan
pemangkin utamanya di Bandar Machang (Nodus Pertumbuhan Utama) yang disokong oleh
tiga Nodus Pertumbuhan Sokongan iaitu di Bukit Tiu, Labok dan Batu 30 (Nodus
Pertumbuhan Sokongan Utama) manakala Banggol Judah, Pulai Chondong, Kampung Pek
dan Temangan merupakan empat Nodus Pertumbuhan Sokongan Sekunder yang
menyokong kepada tiga Nodus Pertumbuhan Sokongan Utama.
Strategi pembangunan majlis yang dibentuk melalui visi, misi dan objektif pembangunan
bertujuan meneraju perancangan pembangunan Jajahan Machang ke arah mencapai
matlamat pembangunan yang ditetapkan.
i. Visi Majlis Daerah Machang
“Menjadikan Bandar Machang sebagai Bandar Sejahtera”
ii. Misi Majlis Daerah Machang
“Memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk terutamanya dari segi kesihatan dan
keselesaan hidup”
Pengurusan dan Pelaksanaan 6.1-5
iii. Objektif Majlis Daerah Machang
6.1.2.3 Pengurusan Dan Struktur Organisasi
i. Sistem Pengurusan Majlis Daerah
Machang
Sistem pengurusan yang diamalkan oleh Majlis
Daerah Machang adalah berasaskan sistem
jawatankuasa yang mempunyai tiga (3) peringkat
pembuat keputusan. Tiga peringkat yang
dimaksudkan adalah bermula dari Ahli Majlis
sebagai penggubal dasar, jawatankuasa-
jawatankuasa kecil yang menjadi penasihat
kepada majlis serta pihak pengurusan Majlis
Daerah Machang yang melaksanakan tugas
pentadbiran serta memberikan perkhidmatan
berdasarkan keperluan masyarakat. Setiap
peringkat mempunyai kuasa-kuasa tertentu untuk
membuat keputusan berdasarkan kepada akta-
akta yang diterimapakai. Walau bagaimanapun,
keputusan tertinggi adalah di peringkat
Mesyuarat Ahli Majlis.
• Untuk menepati dasar Kerajaan Tempatan yang memerlukan bahawa kelaknya setiap
inci tanah di Semenanjung Malaysia ini diletakkan di bawah pentadbiran yang cekap.
• Untuk meningkatkan taraf organisasi penguasa-penguasa tempatan yang ada sekarang
ke taraf yang lebih baik.
• Meningkatkan mutu perkhidmatan kerajaan tempatan kepada orang ramai dalam ertikata
yang lebih memuaskan dan lebih meluas.
• Menambah keupayaan dan membolehkan penguasa-penguasa tempatan membuat,
mengatur, menyusun dan melaksanakan perancangan-perancangan yang sesuai
mengikut keperluan dan desakan kehendak semasa.
• Mengatasi kelemahan-kelemahan yang terdapat serta viable organisasi dan agensi
pentadbiran dan pembangunan.
Pengurusan dan Pelaksanaan 6.1-6
a. Ahli Majlis Daerah Machang
Peringkat pembuat dasar dan keputusan tertinggi
di Majlis Daerah Machang dikenali sebagai
Mesyuarat Majlis Penuh. Mesyuarat ini
dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah
Machang dan terdiri daripada 24 orang Ahli Majlis
yang dilantik di peringkat negeri dan merupakan
wakil masyarakat setempat di peringkat jajahan
Machang. Pada lazimnya, Mesyuarat Majlis
Penuh diadakan sebulan sekali. Rajah 6.2
menunjukkan struktur Ahli Majlis MDM.
b. Jawatankuasa Kecil
Seksyen 28 Akta 171 memperuntukan bahawa sesebuah PBT boleh melantik dan
menubuhkan jawatankuasa kecil mengikut keperluan. Di MDM terdapat lima belas (15)
jawatankuasa yang terdiri daripada tiga belas (13) jawatankuasa dan dua (2) jawatankuasa
kecil yang berperanan sebagai penasihat kepada Majlis Daerah Machang. Keputusan yang
dibuat oleh Jawatankuasa ini akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Penuh untuk kelulusan dan
pelaksanaan. Jawatankuasa Kecil dipengerusikan oleh Ahli Majlis dan ahli-ahlinya yang
dilantik oleh Mesyuarat Majlis Penuh.
1. Jawatankuasa Kewangan dan Pengurusan Harta
2. Jawatankuasa Perkhidmatan, Kenaikan Pangkat dan Tatatertib
3. Jawatankuasa Perlesenan, Peniaga Kecil dan Pembangunan Usahawan
4. Jawatankuasa Kebersihan, Keindahan Bandar dan Alam Sekitar
5. Jawatankuasa Pembangunan Islam, Belia dan Kebajikan
6. Jawatankuasa Buka Tender
7. Jawatankuasa Tender dan Sebut Harga
8. Jawatankuasa Rayuan Kenaikan Pangkat dan Tatatertib
9. Jawatankuasa Perancangan dan Bangunan
10. Jawatankuasa Pembangunan, Pelaburan dan Projek-Projek Khas
11. Jawatankuasa Penerangan, Perpaduan dan Pelancongan
12. Jawatankuasa Undang-Undang, Penguatkuasaan dan Lalulintas
13. Jawatankuasa Pusat Sehenti (OSC)
14. Jawatankuasa Kecil Tunggakan Cukai
15. Jawatankuasa Kecil Rayuan Cukai Taksiran
c. Struktur Organisasi Majlis Daerah Machang
Pengurusan dan sistem pentadbiran di Majlis Daerah Machang (MDM) diterajui oleh Yang
DiPertua dan dibantu oleh Setiausaha serta lapan (8) jabatan. Setiap jabatan mempunyai
peranan dan tanggungjawab yang tersendiri di dalam memperkemaskan sistem pentadbiran
di MDM. Peranan yang dipertanggungjawab dan yang perlu dilaksanakan adalah mengikut
keperluan bagi memenuhi arus pembangunan dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan
kepada penduduk tempatan.
PENGERUSI
Yang Di Pertua Majlis Daerah Machang
AHLI MAJLIS
24 Orang Ahli Majlis Yang Dilantik
Sumber : Majlis Daerah Machang, 2010
Rajah 6.2 : Struktur Ahli Majlis MDM
Pengurusan dan Pelaksanaan 6.1-7
Rajah 6.3 : Struktur Organisasi Majlis Daerah Machang
Sumber : Majlis Daerah Machang, 2010
ii. Tenaga Kerja Majlis Daerah Machang
Tenaga kerja di dalam pentadbiran Majlis Daerah Machang terletak di bawah pengawasan
Yang Dipertua dan dibantu oleh jabatan-jabatan yang berkaitan. Setiap jabatan mempunyai
kakitangan sendiri yang melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan untuk
memastikan perkhidmatan yang terbaik dapat diberikan kepada penduduk.
a. Pengisian Jawatan 2010
Jadual 6.1 menunjukkan jumlah keseluruhan penjawatan yang telah diluluskan di dalam
Majlis Daerah Machang iaitu sebanyak 124 jawatan merangkumi empat (4) peringkat skim
perkhidmatan. Sebanyak 74 jawatan telah diisi secara jawatan tetap iaitu 59.68 peratus
daripada keseluruhan penjawatan yang telah diluluskan dan sebanyak 50 jawatan iaitu 40.32
peratus kekosongan pelbagai jawatan di Majlis Daerah Machang.
YANG DIPETUA N48
SETIAUSAHA N41 JABATAN
PERHUBUNGAN AWAM
JABATAN PERUNDANGAN
JABATAN KHIDMAT
PENGURUSAN
JABATAN
PERBENDAHARAAN
JABATAN PENILAIAN &
PENGURUSAN HARTA
JABATAN PERANCANGAN
PEMBANGUNAN
JABATAN PEMBANGUNAN &
KEJURUTERAAN
JABATAN PERLESENAN &
KESIHATAN AWAM
BAHAGIAN PENTADBIRAN &
SUMBER
BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
BAHAGIAN PENGUATKUASAAN
UNIT PUSAT SEHENTI (OSC)
Pengurusan dan Pelaksanaan 6.1-8
Jadual 6.1 : Kakitangan Majlis Daerah Machang Mengikut Pengisian Jawatan, 2010
Skim Perkhidmatan Bilangan Dilulus
Pengisian Kekosongan
Tetap Kontrak
A Pengurusan dan Ikhtisas 2 1 - 1
B Pengurusan dan Separa Ikhtisas 12 5 1 6
C Perkeranian dan Teknik 42 19 3 20
D Perusahaan dan Buruh 68 49 - 19
Jumlah 124 74 4 46 Sumber : Majlis Daerah Machang, 2010
b. Taraf Pengisian Jawatan
Jadual 6.2 menunjukkan sebanyak 74 jawatan telah diisi secara tetap manakala 4 jawatan
diisi secara kontrak diikuti 32 jawatan secara sambilan telah diambil. Ini bermakna terdapat 50
kekosongan yang belum diisi secara tetap di Majlis Daerah Machang. Kekosongan jawatan di
dalam struktur pentadbiran Majlis Daerah Machang perlu disi dengan segera sekiranya
kawasan pentadbiran majlis ingin diperluaskan bagi memberikan perkhidmatan yang lebih
baik dan cekap kepada penduduk.
Jadual 6.2 : Taraf Jawatan Mengikut Pengisian Kakitangan di Majlis Daerah Machang,
2010
Skim Perkhidmatan Taraf Jawatan
Tetap Kontrak Sambilan
A Pengurusan dan Ikhtisas 1 - -
B Pengurusan dan Separa Ikhtisas 5 1 -
C Perkeranian dan Teknik 19 3 5
D Perusahaan dan Buruh 49 - 27
Jumlah 74 4 32 Sumber : Majlis Daerah Machang, 2010
c. Kakitangan Yang Dilulus Mengikut Jabatan
Jadual 6.3 menunjukkan jumlah kakitangan yang diluluskan mengikut jabatan di MDM.
Sebanyak 124 jawatan telah diperuntukkan untuk keseluruhan jabatan di mana Jabatan
Khidmat Pengurusan mendapat kelulusan jawatan paling tinggi iaitu sebanyak 36 jawatan
diikuti oleh Jabatan Perlesenan dan Kesihatan Awam sebanyak 34 jawatan. Penjawatan bagi
Jabatan Perancangan Pembangunan dan Unit Pusat Setempat (OSC), bilangan kakitangan
perlu penambahan terutamanya melibatkan Gred C (Kumpulan Perkeranian dan Teknik).
Pengurusan dan Pelaksanaan 6.1-9
Jadual 6.3 : Kakitangan Yang Dilulus Mengikut Jabatan di Majlis Daerah Machang, 2010
Jabatan Jumlah Dilulus
Kumpulan Jawatan
A B C D
1. Jabatan Khidmat Pengurusan 36 2 3 18 13
2. Jabatan Perbendaharaan 8 - 1 5 2
3. Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta 5 - 1 3 1
4. Jabatan Perancangan Pembangunan 18 - 1 4 13
5. Jabatan Pembangunan dan Kejuruteraan 15 - 1 3 11
6. Jabatan Perlesenan dan Kesihatan Awam 34 - 2 4 28
7. Jabatan Perhubungan Awam 3 - 1 2 -
8. Jabatan Perundangan 3 - 1 2 -
9. Unit Pusat Setempat (OSC) 2 - 1 1 -
Jumlah 124 2 12 42 68 Sumber : Majlis Daerah Machang, 2010
Pengisian kakitangan secara amnya berdasarkan keperluan semasa dan sumber kewangan
majlis bagi pembayaran gaji kakitangan (emolumen). Jika dilihat pada kekosongan jawatan
yang terdapat di struktur pentadbiran Majlis Daerah Machang ianya menunjukkan peratusan
yang tinggi iaitu 40.32 peratus berbanding penjawatan yang diluluskan (rujuk Jadual 6.4).
Jadual 6.4 : Senarai Penjawatan Kakitangan Majlis Daerah Machang, 2010 Bil Skim Perkhidmatan Gred Penjawatan Pengisian Kekosongan
Tadbir
1. Yang Dipertua N41 1 - 1
2. Setiausaha N41 1 1 -
Jumlah 2 1 1
Pertanian
1. Pembantu Pertanian G22 1 1 -
Jumlah 1 1 -
Sistem Maklumat
1. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 1 - 1
2. Juruteknik Komputer FT17 1 1 -
Jumlah 2 1 1
Kejuruteraan
1. Penolong Jurutera J29 2 1 1
2. Penolong Arkitek J29 - - -
3. Pen. Pegawai Perancang Bandar dan Desa J29 1 1 -
4. Juruteknik J22 1 - 1
5. Juruteknik Perancangan Bandar dan Desa J17 1 - 1
6. Juruteknik J17 1 1 -
7. Pelukis Pelan J17 1 - 1
Jumlah 7 3 4
Perundangan dan Kehakiman
1. Pen. Pegawai Undang-Undang L29 1 1 -
Jumlah 1 1 -
Pentadbiran dan Sokongan
1. Penolong Pegawai Tadbir N32 1 - 1
2. Penolong Pegawai Penguatkuasa N27 1 - 1
3. Penolong Pegawai Tadbir N27 1 1 -
4. Pembantu Tadbir N22 1 1 -
5. Pembantu Tadbir (P/O) N22 - - -
6. Pembantu Tadbir (P/O) N17 16 11 5
7. Pembantu Penguatkuasa N17 11 9 2 Bil Skim Perkhidmatan Gred Penjawatan Pengisian Kekosongan
8. Pegawai Khidmat Pelanggan N17 1 - 1
9. Pembantu Tadbir Rendah N12 - - -
10. Pembantu Tadbir Rendah N11 1 1 -
11. Penghantar Notis N3 3 1 2
Pengurusan dan Pelaksanaan 6.1-10
12. Pembantu Am Pejabat N1 1 1 -
Jumlah 37 25 12
Perkhidmatan Sokongan
1. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U32 1 - 1
2. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29 1 - 1
3. Pembantu Kesihatan Awam U17 2 - 2
Jumlah 4 - 4
Mahir/Separuh Mahir/Tidak Mahir
1. Tukang K2 R11 1 - 1
2. Tukang K3 R9 2 1 1
3. Pemandu Kenderaan R6 3 2 1
4. Pekerja Awam R4 1 1 -
5. Pemandu Kenderaan R3 15 15 -
6. Pekerja Awam Khas R3 1 - 1
7. Pekerja Awam R1 41 41 -
Jumlah 64 60 4
Kewangan
1. Penolong Akauntan W27 1 1 -
2. Penolong Pegawai Penilaian W17 1 1 -
3. Pembantu Tadbir Kewangan W17 2 - 2
4. Pembantu Penilaian W17 2 2 -
Jumlah 6 4 2
Jumlah Keseluruhan 124 96 28 Sumber : Majlis Daerah Machang, 2010
d. Analisa Keperluan Kakitangan
Jadual 6.5 menunjukkan jumlah keperluan kakitangan berdasarkan penduduk pada tahun
2010 mengikut kumpulan skim perkhidmatan. Pertambahan kakitangan di Majlis Daerah Machang perlu bagi
memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada penduduk tempatan. Keperluan kakitangan
ini dibuat mengikut kaedah pengukuran yang digunakan oleh Petunjuk Bandar Malaysia
(MURNInet) bagi mengukur bandar mampan di Malaysia. Berdasarkan analisis, bilangan
kakitangan bagi setiap kumpulan belum diisi sepenuhnya iaitu mengikut bilangan yang
diluluskan semasa namun keperluan kumpulan B dan C perlu diisi segera bagi memberikan
perkhidmatan lebih baik kepada penduduk tempatan.
Jadual 6.5 : Keperluan Kakitangan Berdasarkan Penduduk Tahun 2010
Skim Perkhidmatan Bilangan Dilulus Semasa
Pengisian Semasa (Tetap)
Keperluan Kakitangan Mengikut Penduduk Jajahan Machang,
2010 (96,300)
A Pengurusan dan Ikhtisas 2 1 9
B Pengurusan dan Separa Ikhtisas 12 5 18
C Perkeranian dan Teknik 41 19 36
D Perusahaan dan Buruh 69 49 72
Jumlah 124 74 135 Sumber : Majlis Daerah Machang, 2010
Pengurusan dan Pelaksanaan 6.1-11
Rajah 6.4 : Graf Perbelanjaan dan Pendapatan MDM
6.1.2.4 Kewangan Majlis Daerah Machang
Kedudukan kewangan Majlis Daerah Machang menunjukkan keadaan yang tidak
seimbang di mana terdapat peningkatan
pendapatan pada tahun 2008 dan
penurunan pendapatan yang diperolehi
pada tahun 2009.
Pendapatan MDM menurun daripada
6.53 juta pada tahun 2008 kepada 4.23
juta pada tahun 2009 sebanyak RM 2.3
juta iaitu 35.27 peratus. Bagi
perbelanjaan pula, berlaku tren
penurunan perbelanjaan oleh MDM dari
tahun 2007 sehingga 2009 sebanyak
4.70 peratus. Walau pun peratusan
perbelanjaan ini adalah kecil, tetapi jumlah pendapatan yang diperolehi oleh MDM dijangka
tidak dapat menampung jumlah perbelanjaan yang semakin meningkat setiap tahun sekiranya
hasil pendapatan tidak bertambah (rujuk Rajah 6.4 dan Jadual 6.6).
Berdasarkan tahap kemampanan bandar dengan menggunakan pengukuran MURNInet,
perbelanjaan mengurus kepada hasil yang diperolehi MDM pada tahun 2009 menunjukkan
peratusan melebihi 80 peratus iaitu 83.71 peratus berbanding 52.81 peratus pada tahun 2008.
Ini menunjukkan hasil bukan cukai yang diperolehi MDM menurun dengan ketara terutamanya
daripada hasil perkhidmatan, bayaran perkhidmatan dan perolehan daripada jualan barang-
barang (rujuk Jadual 6.7).
Jadual 6.6 : Indeks Prestasi Kewangan Majlis Daerah Machang, 2007-2009
Sumber : Majlis Daerah Machang, 2010
i. Pendapatan Majlis Daerah Machang
Keterangan (RM Juta)
2007 2008 2009
1. Pendapatan 4,462,877.58 6,527,747.63 4,225,621.18
2. Perbelanjaan 3,774,918.54 3,967,884.75 3,588,310.07
3. Lebihan / (Kurangan) Tahunan 687,959.04 2,559,862.88 637,311.11
4. Aset Bersih 5,110,795.28 8,687,081.68 8,947,614.48
5. Simpanan Tetap 1,500,000.00 1,600,000.00 4,000,000.00
6. Aset Tetap 2,527,738.25 1,410,336.87 2,894,240.49
Pengurusan dan Pelaksanaan 6.1-12
Berdasarkan Jadual 6.7 menunjukkan pendapatan Majlis Daerah Machang bagi tahun 2007
sehingga 2009. Secara keseluruhannya, hasil pendapatan MDM diperolehi daripada tiga
sumber iaitu hasil cukai, hasil bukan cukai dan terimaan bukan cukai. Hasil Cukai terdiri
daripada pendapatan yang diperolehi daripada cukai taksiran yang dikenakan. Hasil Bukan
Cukai diterima daripada perkhidmatan, lesen dan permit, sewaan dan lain-lain manakala
Terimaan Bukan Cukai merujuk kepada pendapatan yang diterima daripada geran
keseimbangan.
Pendapatan terbesar yang diperolehi oleh MDM adalah Hasil Bukan Cukai iaitu sebanyak
RM4.43 juta pada tahun 2008. Jumlah kutipan Hasil Bukan Cukai ini didapati menurun
dengan ketara iaitu sebanyak 2.34 juta pada tahun 2009 (52.8 peratus). Walaupun
peningkatan Hasil Bukan Cukai bagi Sewaan meningkat sebanyak dua kali ganda berbanding
tahun sebelumnya (2008), ianya masih tidak dapat menampung hasil yang diperolehi
daripada bayaran perkhidmatan dan perolehan daripada jualan barang-barang.
Pihak pengurusan Majlis Daerah Machang seharusnya mencari kaedah bagi meningkatkan
pendapatan tahunan terutamanya daripada hasil sewaan dan perkhidmatan yang diberikan.
Jadual 6.7 : Pendapatan Majlis Daerah Machang, 2007-2009
Sumber : Majlis Daerah Machang, 2010
Jenis Hasil (RM Juta)
2007 2008 2009
Hasil Cukai
1. Cukai Taksiran (Cukai Langsung) 360,676.96 479,590.47 488,341.71 Jumlah Kecil 360,676.96 479,590.47 488,341.71
Hasil Bukan Cukai
1. Lesen dan Permit 290,454.50 310,143.10 330,231.87
2. Perkhidmatan dan Bayaran Perkhidmatan 700,925.60 1,262,471.50 678,137.70
3. Perolehan Daripada Jualan Barang-Barang 700,157.00 2,392,707.00 49,245.00
4. Sewaan 505,679.80 372,716.80 952,924.00
5. Hibah Akaun Semasa/Simpanan Tetap/ Perkhidmatan
25,593.96 75,721.47 67,687.93
6. Denda dan Hukuman 24,382.00 20,634.00 17,497.00
7. Pelarasan Pendapatan - - - Jumlah Kecil 2,247,192.86 4,434,393.87 2,095,723.50
Terimaan Bukan Cukai
1. Bantuan Tahunan Kerajaan Persekutuan 1,739,507.76 1,370,665.92 1,377,874.00
2. Lain-lain Pemberian 115,500.00 243,097.37 263,681.97 Jumlah Kecil 1,855,007.76 1,613,763.29 1,641,555.97
Jumlah Keseluruhan 4,462,877.58 6,527,747.63 4,225,621.18
Pengurusan dan Pelaksanaan 6.1-13
ii. Perbelanjaan Majlis Daerah Machang
Jadual 6.8 menunjukkan perbelanjaan Majlis
Daerah Machang bagi tahun 2007 sehingga
2009. Perbelanjaan yang dikeluarkan oleh
MDM melibatkan perbelanjaan mengurus dan
perbelanjaan pembangunan. Perbelanjaan
mengurus melibatkan pembayaran emolumen,
perkhidmatan dan bekalan, pemberian dan
kenaan bayaran tetap serta lain-lain
perbelanjaan yang berkaitan (rujuk Jadual 6.8).
Perbelanjaan MDM mencatatkan penurunan
bagi tahun 2009 sebanyak 9.6 peratus
berbanding tahun 2008. Ini menunjukkan pihak
pengurusan MDM mengurangkan perbelanjaan
pembangunan sebanyak 10 kali ganda pada
tahun 2009. Perbelanjaan emolumen
merupakan perbelanjaan terbesar iaitu
sebanyak 56.8 peratus daripada keseluruhan
perbelanjaan mengurus diikuti perkhidmatan
dan bekalan sebanyak 38.7 peratus.
Jadual 6.8 : Perbelanjaan Majlis Daerah Machang, 2007-2009
Keterangan (RM Juta)
2007 2008 2009
Perbelanjaan Mengurus
a. Emolumen 1,723,657.98 1,920,644.34 2,012,110.28
b. Perkhidmatan dan Bekalan 1,129,355.89 1,375,541.02 1,368,250.51
c. Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap 85,533.00 42,074.00 27,000.00
d. Lain-lain Perbelanjaan 96,042.67 109,029.39 129,894.52
Jumlah Kecil 3,034,589.54 3,447,288.75 3,537,255.31
Perbelanjaan Pembangunan 740,329.00 520,596.00 51,054.76
Jumlah Keseluruhan 3,774,918.54 3,967,884.75 3,588,310.07
Sumber : Majlis Daerah Machang, 2010
PERBELANJAAN 2009 Majlis Daerah Machang
56.8 %
EMOLUMEN
38.7 %
PERKHIDMATAN DAN BEKALAN
0.8 %
PEMBERIAN DAN KENAAN BAYAR
3.7 %
LAIN-LAIN PERBELANJAAN
Pengurusan dan Pelaksanaan 6.1-14
iii. Kunci Kira-Kira
Kunci kira-kira dibuat bertujuan menilai tahap keupayaan kewangan Majlis Daerah Machang.
Kredibiliti MDM sebagai Pihak Berkuasa Tempatan akan dinilai berdasarkan jumlah aset sedia
ada. Jadual 6.9 menunjukkan kunci kira-kira bagi tahun 2007 sehingga 2009 dan didapati
kedudukan kewangan MDM berada pada kedudukan yang baik.
Aset bersih MDM telah bertambah daripada 5.11 juta pada tahun 2007 kepada 8.94 juta pada
tahun 2009. Pertambahan ini dilihat semakin baik terutamanya aset semasa (Pelbagai Belum
Terima) dalam jumlah yang tinggi pada tahun 2009 iaitu sebanyak 4.24 juta. Pihak pentadbir
MDM perlu mencari alternatif bagi memudahkan kutipan cukai dan sebagainya dibuat seperti
bayaran cukai secara online dan pemberian diskaun dapat dilaksanakan.
Jadual 6.9 : Kunci Kira-Kira Majlis Daerah Machang, 2007-2009
Sumber : Majlis Daerah Machang, 2010
iv. Unjuran Kewangan Majlis Daerah Machang
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mempunyai pendapatan yang diperolehi setiap tahun hasil
kutipan cukai dan bukan cukai di dalam kawasan pentadbirannya. Berdasarkan senario
semasa, pendapatan yang diperolehi oleh Majlis Daerah Machang sehingga tahun 2020
dianggarkan meningkat dengan kadar asas sebanyak 1.45 peratus setiap tahun. Merujuk
kepada unjuran yang dibuat sehingga tahun 2020, MDM dijangka memperolehi pendapatan
RM36.54 juta pada tahun 2020. Sekiranya pendapatan dan lebihan yang diperolehi meningkat
setiap tahun, MDM dijangka mencapai status Majlis Perbandaran lebih awal iaitu pada tahun
2017 dengan pendapatan tahunan melebihi RM 20 juta setahun.
Keterangan (RM Juta)
2007 2008 2009 ASET TETAP (Termasuk Pelaburan) 2,527,738.25 1,410,336.87 2,894,240.49
ASET SEMASA
Kerja Dalam Perlaksanaan - - -
Pelbagai Belum Terima 3,639,714.73 3,932,540.00 4,248,364.43
Pinjaman Kenderaan - 39,199.50 26,847.20
Pinjaman Komputer - - 2,562.50
Pelbagai Pendahuluan 38,616.27 61,042.89 1,094.49
Simpanan Tetap/Repo 1,500,000.00 1,600,000.00 4,000,000.00
Wang di Bank dan di Tangan 578,656.72 3,396,495.39 1,604,737.30 Jumlah Aset Semasa 5,756,987.72 9,029,277.78 9,883,605.92
Tolak (-) Liabiliti Semasa
Pelbagai Belum Bayar 448,566.44 - -
Pelbagai Amanah dan Deposit 197,626.00 185,592.00 234,264.00
Lain-lain Pemiutang & Terakru - 156,604.10 701,727.44
Liabiliti Semasa Bersih - 342,196.10 935,991.44 Aset Bersih 5,110,795.28 8,687,081.68 8,947,614.48
Pinjaman - - -
Kumpulan Wang Hasil - - -
Kumpulan Wang Pinjaman Kenderaan - - 44,781.57
Kumpulan Wang Pinjaman Komputer - - 20,164.13
Kumpulan Wang Penjelasan - - -
Kumpulan Wang Pembangunan - - -
Kumpulan Wang Pendahuluan Diri - - -
Kepada Perunding/Pemborong - - - JUMLAH KUMPULAN WANG - - 64,945.70
Pengurusan dan Pelaksanaan 6.1-15
Rajah 6.5 : Graf Unjuran Kewangan MDM, 2009-2020
Jadual 6.10 : Unjuran Kewangan Majlis Daerah Machang
Tahun
Kadar Peningkatan
(1.45 % Setahun)
Jumlah Peningkatan
(RM)
Anggaran Pendapatan
Tahunan
Jangkaan Perbelanjaan
(75.00% Setahun)
Lebihan Semasa
2009 4.25 - 4,225,621.18 3,588,310.07 637,311.11
2010 5.7 61,271.51 4,862,932.29 3,647,199.28 1,215,733.07
2011 7.15 70,512.52 6,149,177.88 4,611,883.41 1,537,294.47
2012 8.6 89,163.08 7,775,635.43 5,831,726.57 1,943,908.86
2013 10.05 112,746.71 9,425,676,61 7,069,257.46 2,356,419.15
2014 11.5 136,672.31 11,918,768.07 8,939,076.05 2,979,692.02
2015 12.95 172,822.14 15,071,282.23 11,303,461.67 3,767,820.56
2016 14.4 218,533.59 19,057,636.38 14,293,461.67 4,764,409.10
2017 15.85 276,335.73 24,098,381.21 18,073,785.91 6,024,595.30
2018 17.3 349,426.53 30,472,403.04 22,854,302.28 7,618,100.76
2019 18.75 441,849.84 38,532,353.64 28,899,265.23 9,633,088.41
2020 20.2 558,719.13 48,724,161.18 36,543,120.88 12,181,040.30
Majlis Daerah Machang dijangka melaksanakan
perbelanjaan secara berhemah bagi meminima
dan mengurangkan perbelanjaan mengurus dan
pembangunan setiap tahun. Ini bagi memastikan
unjuran perbelanjaan terutamanya perbelanjaan
mengurus tidak melebihi pendapatan yang
diperolehi setiap tahun (rujuk Jadual 6.10 dan
Rajah 6.5).
6.1.2.5 Program-Program dan Projek Pembangunan
Di bawah Program Pembangunan RMKe-10, Majlis Daerah Machang merencana pelbagai
program pembangunan melalui peruntukan Persekutuan, Negeri dan Majlis yang telah
dirancang untuk memajukan kawasan pentadbirannya.
i. Projek Pembangunan Peruntukan Majlis Daerah Machang
Sebanyak RM400,000.00 telah diperuntukkan oleh Majlis Daerah Machang pada tahun 2009
untuk melaksanakan projek pembangunan di Jajahan Machang. Selain itu juga, terdapat dua
projek pembangunan yang dibuat oleh Majlis Daerah Machang pada tahun 2009 dan siap
pada tahun 2010 iaitu menaiktaraf Pasar Temangan dan menaiktaraf saliran air buangan di
Pasar Borong Machang. Buat masa ini, terdapat 35 cadangan projek pembangunan baru
yang dipohon oleh Majlis Daerah Machang untuk tahun 2011 kepada kerajaan Persekutuan
melibatkan kos projek RM 3.63 juta untuk projek menaiktaraf jalan dan kemudahan asas
penduduk. Ini menunjukkan Majlis Daerah Machang komited dalam menyediakan kemudahan
Pengurusan dan Pelaksanaan 6.1-16
yang lebih baik dan dapat membantu penduduk tempatan hidup dalam persekitaran yang
lebih selesa dan terjamin.
Jadual 6.11: Anggaran Perbelanjaan Projek Pembangunan Majlis Daerah Machang,
2009
Projek Pembangunan Peruntukan
(RM)
1. Menaiktaraf Jalan Taman Sri Machang 15,000.00
2. Menaiktaraf Longkang di Wakaf Bata 20,000.00
3. Menaiktaraf Gerai di Batu 30 (4 unit) 20,000.00
4. Menaiktaraf Jalan Kampung Bandar, Pulai Chondong 25,000.00
5. Menaiktaraf Jalan Pak Da Che Lah, Lepan Rambutan 25,000.00
6. Menaiktaraf Jalan Kampung Bandar ke Kampung Laha, Pulai Chondong
30,000.00
7. Menaiktaraf Jalan Taman Sri Kuin, Kampung Kubang Katak 15,000.00
8. Menaiktaraf Jalan Taman Sri Makmur 15,000.00
9. Menaiktaraf Jalan Taman Desa Arif 20,000.00
10. Menaiktaraf Jalan Taman Osman, Kampung Bakat 20,000.00
11. Menaiktaraf Jalan Kampung Surau, Pulai Chondong 20,000.00
12. Menaiktaraf Jalan Kampung Lalang Luas, Labok 20,000.00
13. Menaiktaraf Jalan Belakang Kedai, Pulai Chondong 20,000.00
14. Menaiktaraf Jalan Hadapan SK Bandar ke Pengkalan Nangka, Pulai Chondong
20,000.00
15. Menaiktaraf Longkang di Taman Sri Machang, Padang Selising 20,000.00
16. Menaiktaraf Longkang Tepi Jalan di Kampung Gertak Pak Esah 20,000.00
17. Menaiktaraf Pasar Temangan 50,000.00
18. Menaiktaraf Saliran Air Buangan di Pasar Borong Machang 25,000.00
Jumlah Perbelanjaan 400,000.00 Sumber : Majlis Daerah Machang, 2010
ii. Projek Pembangunan Peruntukan Kerajaan Negeri
Bagi projek pembangunan peruntukan Kerajaan Negeri pula sebanyak 26 projek
pembangunan telah disiapkan pada tahun 2009 yang melibatkan peruntukan sebanyak
RM507,434.57.
Pengurusan dan Pelaksanaan 6.1-17
Jadual 6.12 : Peruntukan Kerajaan Negeri Bagi Jajahan Machang, 2009
Projek Pembangunan Peruntukan
(RM)
1. Membaiki Jalan Belakang Masjid Kampung Tengah 10,000.00
2. Membaiki Jalan Kampung Air Hijau, Gosong ke Pangkal Pak Amin, Batu 30
10,000.00
3. Membaiki Jalan-jalan Kampung Homestay, Labok 10,000.00
4. Membaiki Jalan Lepan Peringkat Kerilla 10,000.00
5. Membaiki Jalan Kampung Baru Pertok ke Kampung Buncit 10,000.00
6. Membatu dan Mengetar Bahu Jalan Tok Janggut, Pangkal Binjai 20,000.00
7. Membaiki Jalan Kampung Pauh ke Sungai Bedal, Temangan 30,000.00
8. Menaiktaraf Jalan Pangkal Kuang, Limau Hantu 20,000.00
9. Menaiktaraf Jalan Endok ke Pangkal Jentik 10,000.00
10. Membaiki / Menampung Tar Jalan Gelong Gajah 10,000.00
11. Menaiktaraf Jalan Hutan Kweng ke Pangkal Changgung Luar 10,000.00
12. Menaiktaraf Jalan Kampung Sungai Hala 10,000.00
13. Menaiktaraf Jalan Kampung Padang Gerek 30,000.00
14. Menaiktaraf Jalan Muka Bukit ke Kampung Selimbar Guntong 10,000.00
15. Menaiktaraf Jalan Kampung Takel Luar, Lepan Rambutan ke Buluh Peleting
10,000.00
16. Menaiktaraf Jalan Tok Kaya melalui Estet (Tok Bok) 10,000.00
17. Menaiktaraf Jalan Tok Ajil ke Banggol Pak Awang 10,000.00
18. Menaiktaraf Jalan Lalang Luas ke Kampung Banggol Chantik 10,000.00
19. Menaiktaraf Jalan Lubok Mak Udang, Pulai Chondong 20,000.00
20. Menaiktaraf Jalan Seri Aman, Pulai Chondong 30,000.00
21. Menaiktaraf Jalan Pangkal Meleret 40,000.00
22. Menaiktaraf Jalan Utang Panjang 40,000.00
23. Menaiktaraf Jalan Penempatan Kampung Kepas 38,000.00
24. Menaiktaraf Jalan Kampung Banggol Chantik Hulu 30,000.00
25. Menaiktaraf Jalan Kampung Pak Roman Tengah 32,000.00
26. Mengetar Jalan di Pusat Latihan Kemahiran KESDEC 37,434.57
Jumlah Perbelanjaan 507,434.57
Sumber : Majlis Daerah Machang, 2010
Projek pembangunan bagi peruntukan Kerajaan Negeri ini disalur dan diserahkan kepada
Pejabat Tanah dan Jajahan Machang untuk diuruskan. Jabatan ini akan bertanggungjawab
memastikan peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri dapat disalurkan mengikut
peruntukan yang telah diluluskan.
iii. Projek Pembangunan Kerajaan Persekutuan
Sebanyak RM 58.347 juta telah diperuntukan oleh Kerajaan Persekutuan untuk projek
pembangunan di Jajahan Machang. Projek-projek ini diurus dan dikawalselia melalui Jabatan
Kerja Raya dan Jabatan Pengairan dan Saliran bagi memastikan kelancaran projek
pembangunan ini. Kebanyakan projek pembangunan ini disiapkan pada tahun 2009 dan
sebahagiannya disambung ke tahun 2010. Projek pembangunan Kerajaan Persekutuan di
Jajahan Machang banyak menumpukan kepada penyediaan kemudahan asas di sektor
pendidikan dan selebihnya kepada penyediaan kemudahan asas untuk keperluan rakyat
seperti jambatan dan pelebaran sungai.
Pengurusan dan Pelaksanaan 6.1-18
Jadual 6.13 : Anggaran Peruntukan Kerajaan Persekutuan Bagi Jajahan Machang, 2009
Projek Pembangunan Peruntukan
(RM)
1. Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah 2 4,500,000.00
2. Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Samad 4,400,000.00
3. Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Wataniah 3,700,000.00
4. Pejabat Tanah dan Jajahan Machang 4,500,000.00
5. Blok Tambahan Sekolah Kebangsaan Hamzah 1 3,260,000.00
6. Blok Tambahan Sekolah Kebangsaan Pangkal Gong 2,590,000.00
7. Blok Tambahan Sekolah Kebangsaan Temangan 4,460,000.00
8. Blok Tambahan Sekolah Kebangsaan Kelaweh 3,810,000.00
9. Blok Tambahan Sekolah Kebangsaan Belukar 3,650,000.00
10. Blok Tambahan Sekolah Kebangsaan Machang 1 2,860,000.00
11. Sekolah Kebangsaan Sungai Bagan 5,670,000.00
12. Blok Tambahan Asrama Anak Yatim 1,500,000.00
13. Kompleks Islam Jajahan Machang 2,290,000.00
14. Pembinaan Jambatan Sungai Sat 5,000,000.00
15. Pembinaan Jambatan Kweng Hitam 2,800,000.00
16. Kerja menggali, melebar dan mendalam Sungai Sat, Machang 2,610,000.00
17. Membina dan menyiapkan Satu Blok Bangunan TAC Zon Kelantan (JPH)
747,000.00
Jumlah Perbelanjaan 58,347,000.00
Sumber : Majlis Daerah Machang, 2010
6.1.2.6 Penyampaian Perkhidmatan Majlis Daerah Machang
i. Perundangan
Fungsi dan peranan yang dimainkan oleh Majlis Daerah Machang adalah berdasarkan
beberapa akta yang digunapakai iaitu:
i. Akta
1. 2. 3. 4.
Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171) Akta Perancangan Bandar Dan Desa, 1976 (Akta 172) Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 (Akta 133) Akta Pengangkutan Jalan, 1987 (Akta 333)
ii. Undang-Undang Kecil
1. 2.
3. 4. 5. 6. 7.
8. 9. 10.
11. 12.
Undang-Undang Kecil (Pengendalian Makanan) Majlis Daerah Machang 1995 Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-kesalahan) Majlis Daerah Machang 1991 Undang-Undang Kecil (Pasar) Majlis Daerah Machang 1995 Undang-Undang Kecil (Iklan) Majlis Daerah Machang 1995 Undang-Undang Kecil (Mencegah Kekotoran) Majlis Daerah Machang 1983 Undang-Undang Kecil (Haiwan Merayau-rayau) Majlis Daerah Machang 1983 Undang-Undang Kecil (Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap) Majlis Daerah Machang 1986 Undang-Undang Kecil (Iklan Pilihanraya) Majlis Daerah Machang 1990 Undang-Undang Kecil (Penjaja) Majlis Daerah Machang 1995 Undang-Undang Kecil (Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian) Majlis Daerah Machang 1995 Undang-Undang Kecil (Kerja Tanah) Majlis Daerah Machang 1996 Undang-Undang Kecil (Kedai Gunting Rambut dan Pendandan Rambut) Majlis Daerah Machang 1996
Pengurusan dan Pelaksanaan 6.1-19
13. 14. 15. 16.
17.
18. 19.
Undang-Undang Kecil (Taman) Majlis Daerah Machang 1996 Undang-Undang Kecil (Vandalisme) Majlis Daerah Machang 1996 Undang-Undang Kecil (Perlesenan Anjing) Majlis Daerah Machang 1996 Undang-Undang Kecil (Pengawalan dan Penyeliaan Establisyen Makanan) Majlis Daerah Machang 1995 Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-kesalahan Jalan, Parit dan Bangunan) Majlis Daerah Machang 1996 Undang-Undang Kecil (Tandas Awam) Majlis Daerah Machang 1996 Undang-Undang Kecil (Bangunan Seragam) Majlis Daerah Machang 1984
iii. Enakmen
1. Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Kelantan 1998 iv. Perintah dan Peraturan Tetap
1.
2. 3. 4.
Perintah Lalulintas Jalan (Peruntukan Mengenai Tempat Letak Kereta) Majlis Daerah Machang 1985 Peraturan Tetap dan Perintah Majlis 1991 Perintah Pengangkutan Jalan (Letak Kereta Bermeter) Majlis Daerah Machang 2001 Garis Panduan Kawalan Hiburan 2003
Sumber : Majlis Daerah Machang, 2010
ii. Permohonan Pembangunan
Permohonan pembangunan memberikan maklumat keadaan pembangunan semasa di
Jajahan Machang. Ia juga menjadi penanda aras kepada tren pembangunan fizikal di jajahan
Machang. Terdapat satu jenis permohonan yang dijalankan di bawah Majlis Daerah Machang
buat masa ini iaitu permohonan pembangunan yang melibatkan Kebenaran Merancang dan
Pelan Bangunan. Bagi Kebenaran Merancang, permohonan pembangunan terdiri daripada
permohonan pecah sempadan, pecah bahagian, cantuman lot, serah balik / pemberi milikan
semula dan tukar syarat secara serentak. Permohonan pembangunan yang dibuat kepada
Majlis Daerah Machang turut menambah pendapatan Majlis bagi menampung perbelanjaan
dalam memberikan perkhidmatan kepada penduduk tempatan. (Rujuk Jadual 6.14)
Jadual 6.14 : Permohonan Yang Diterima Oleh Majlis Daerah Machang
Permohonan 2007 2008 2009 2010
Permohonan Pembangunan
1. Kebenaran Merancang
a. Pecah sempadan 8 19 26 13
b. Pecah bahagian 1 - 17 17
c. Cantuman lot - - - 1
d. Serah balik / pemberi milikan semula 7 22 20 17
e. Pecah sempadan / tukar syarat serentak 8 31 60 56
2. Pelan Bangunan 149 154 147 144
Jumlah 173 226 270 248
Sumber: Majlis Daerah Machang, 2010
Pengurusan dan Pelaksanaan 6.1-20
Rajah 6.6 : Graf Permohonan Pembangunan Bagi Kebenaran Merancang 2007-2010
Permohonan pembangunan yang diterima
oleh Majlis Daerah Machang menunjukkan
ada peningkatan pada tahun 2007 hingga
2009. Hanya pada tahun 2010 ada sedikit
penurunan permohonan pembangunan yang
diterima oleh Unit Pusat Setempat (OSC). Ini
menunjukkan berlakunya pengurangan
pelaburan dari segi ekonomi dan hartanah
oleh para pelabur. Walau bagaimanapun,
pembangunan fizikal di Jajahan Machang
dijangka meningkat sekiranya projek-projek
pembangunan diluluskan oleh Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
iii. Aduan Awam
Aduan awam memainkan peranan penting di dalam menilai tahap perkhidmatan yang
diberikan oleh Majlis Daerah Machang kepada penduduk. Setiap aduan yang diterima akan
dikategorikan oleh Jabatan Perhubungan Awam dan tindakan penyelesaian akan diambil bagi
menyelesaikan aduan yang diterima. Fail aduan ini telah dikategorikan kepada Fail Borang
Aduan Awam/Surat/ Telefon, Fail E-Aduan, Fail Keratan Akhbar dan Fail Biro Pengaduan
Awam.
Jadual 6.15 menunjukkan jumlah dan kategori aduan awam yang diterima oleh Majlis Daerah
Machang. Jumlah aduan tertinggi yang diterima oleh Jabatan Perhubungan Awam adalah
melalui Borang Aduan Awam / Surat / Telefon iaitu sebanyak 44 aduan atau 81 peratus.
Jadual 6.15 : Rekod Pelaksanaan Aduan Awam Kepada Majlis Daerah Machang, 2010
Fail Aduan Jumlah Aduan Peratus (%)
Fail Borang Aduan Awam / Surat / Telefon 44 81.00
Fail E-Aduan 3 6.00
Fail Keratan Akhbar 3 6.00
Fail Biro Pengaduan Awam 4 7.00
Jumlah 54 100.00
Sumber: Majlis Daerah Machang, 2010
Pengurusan dan Pelaksanaan 6.1-21
Rajah 6.7 : Rekod Pelaksanaan Aduan Diterima Oleh Majlis Daerah Machang, 2010
Berdasarkan Rajah 6.7 dan Jadual 6.16,
kebanyakan aduan awam yang diterima
adalah mengenai masalah parit dan longkang
serta masalah berkaitan alam sekitar. Masalah
ini menjadi semakin ketara apabila tibanya
musim hujan dan banjir pada setiap tahun di
Jajahan Machang. Majlis Daerah Machang
sebagai pihak berkuasa tempatan terutamanya
perlu memainkan peranan bagi memastikan
penyelenggaraan secara berkala dapat
dilakukan di kawasan yang berpotensi banjir.
Mutu perkhidmatan yang diberikan juga mampu
memberikan impak positif kepada pandangan
penduduk setempat mengenai keberkesanan
sesuatu program yang dilaksanakan.
Jadual 6.16 : Kategori Aduan Awam Terhadap Majlis Daerah Machang, 2010
Kategori Aduan
Saluran Aduan Tindakan Susulan / Status
Aduan
Fa
il B
ora
ng A
du
an
/
Su
rat/
Te
lefo
n
Fa
il E
-Ad
ua
n
Fa
il K
era
tan
A
kh
ba
r
Fa
il B
iro
P
en
ga
du
an
Aw
am
(
Dis
ele
saik
an
Da
lam
Tin
da
ka
n /
D
ala
m P
roses
Tid
ak D
ise
lesa
ikan
/
Tia
da
Ma
klu
m
Ba
las
Se
ba
b T
idak D
apa
t D
ise
lesaik
an
1. Aduan diterima berkaitan parit dan longkang 13 1 14
2. Aduan diterima berkaitan pungutan dan pengurusan sampah
1 1
3. Aduan diterima berkaitan penyelenggaraan rumput/semak/pokok
1 1
4. Aduan diterima berkaitan lampu jalan 1 1
5. Aduan diterima berkaitan kerosakan jalan raya 3 3
6. Aduan diterima berkaitan alam sekitar 7 7
7. Aduan diterima berkaitan kes bunyi bising 2 1 3
8. Aduan diterima berkaitan pengangkutan dan aksessibiliti
1 1
9. Aduan diterima berkaitan binatang peliharaan 3 1 4
10. Aduan diterima berkaitan lain-lain perkara 12 2 1 4 9 Jumlah 44 3 3 4 54
Sumber: Majlis Daerah Machang, 2010
iv. Sistem Aplikasi
Majlis Daerah Machang tidak ketinggalan di dalam menyediakan sistem aplikasi kepada
pengguna yang dapat dicapai melalui laman sesawang Majlis. Sistem aplikasi ini telah
dibangunkan untuk memudahkan sesuatu maklumat dan maklumbalas diberi oleh pihak
Pengurusan dan Pelaksanaan 6.1-22
pengguna manakala bagi pihak MDM pula dapat memberi maklumbalas dan tindakan
pencegahan dengan lebih awal dan berkesan.
Jadual 6.17 : Sistem Aplikasi Yang Digunakan Oleh Majlis Daerah Machang, 2010
Bil Nama Sistem Status Jabatan Pengguna
1. Sistem Bersepadu PBT - Perlesenan
Beroperasi sepenuhnya Unit Perlesenan
2. Sistem Bersepadu PBT - Sewaan
Beroperasi sepenuhnya Unit Hasil dan Sewaan
3. Sistem Bersepadu PBT – Hasil dan Kutipan Pelbagai
Beroperasi sepenuhnya Unit Hasil dan Sewaan
4. Sistem Bersepadu PBT - Perakaunan
Beroperasi sepenuhnya Unit Kewangan
5. Sistem Bersepadu PBT - Penilaian
Beroperasi sepenuhnya Unit Penilaian
6. Sistem Bersepadu PBT- Kompauan
Beroperasi sepenuhnya Unit Penguatkuasaan dan Parking
7. Sistem Pengurusan Kakitangan (SISPEN)
Beroperasi sepenuhnya Unit Pentadbiran
8. Sistem Maklumat Rujukan Satu ID (MyID)
Beroperasi sepenuhnya Unit OSC, Unit Hasil, Unit Perlesenan, Unit Pentadbiran, Unit Penguatkuasaan
9. Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS)
Beroperasi sepenuhnya Unit Pentadbiran
10. Portal OSC Beroperasi sepenuhnya Unit OSC
11. Jaringan Petunjuk-petunjuk Bandar Malaysia (Murni Net)
Beroperasi sepenuhnya Unit Pembangunan
12. My GDI Beroperasi sepenuhnya Unit Penilaian
13. OSC Online Sistem akan datang Unit OSC
14. ePBT – Pihak Berkuasa Tempatan
Sistem akan datang Semua Unit terlibat
15. eJKT – Jabatan Kerajaan Tempatan
Sistem akan datang Unit Pembangunan, Unit Penilaian, Unit OSC, Unit Teknologi Maklumat
6.1.3 Semakan Cadangan Rancangan Tempatan Machang 2010
Bagi Sektor Pengurusan dan Pelaksanaan, cadangan di dalam RT Machang 2010 sediada
tidak dinyatakan secara sektoral. Walau bagaimanapun, objektif kajian RT Machang sediada
ada menyentuh berkaitan pengurusan dan pelaksanaan berkaitan projek awam dan
usahasama antara agensi awam, swasta dan pemilik tanah bagi projek swasta. Perkara ini
diperjelaskan lagi di dalam dasar-dasar pembangunan setiap sektoral antaranya :-
Jadual 6.17: Semakan Cadangan Sektor Pengurusan dan Pelaksanaan RT Machang 2010
Dasar Pembangunan Guna Tanah
Perkara 11 Majlis akan mengkaji semula sempadan pentadbiran untuk meningkatkan taraf perkhidmatan dan memperkemaskan penyelarasan kawalan pembangunan.
Dasar Pembangunan Pusat Bandar
Perkara 30 Majlis akan bekerjasama dengan agensi kerajaan seperti PKINK untuk memajukan kawasan pembesaran pusat bandar.
Dasar Pembangunan Perumahan
Perkara 14 Majlis akan menyelaras dan bekerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan untuk mengadakan program pembaikan kawasan kampung.
Perkara 15 Majlis akan berusaha menggalakkan penglibatan pemaju swasta dengan menyediakan insentif-insentif untuk membangunkan projek perumahan.
Pengurusan dan Pelaksanaan 6.1-23
Perkara 18 Majlis akan mengawasi projek-projek perumahan yang telah diluluskan agar dapat dilaksanakan mengikut jangkamasa yang ditetapkan.
Dasar Kemudahan Sosial dan Masyarakat
Perkara 36 Menyelaras dan meningkatkan kerjasama dengan pihak yang terlibat bagi memastikan keberkesanan perancangan dan pelaksanaan projek kemudahan sosial.
Dasar Pembangunan Infrastruktur dan Utiliti
Perkara 41 Majlis akan mempertingkatkan kerjasama dengan agensi / jabatan yang berkaitan dengan kemudahan infrastruktur dan utiliti untuk memastikan perancangan dan pelaksanaan program-program infrastruktur yang selaras.
Sumber : Rancangan Tempatan Machang, 2010
6.1.4 Isu dan Potensi
Berdasarkan kepada analisis yang dijalankan, terdapat beberapa penemuan yang telah
dikenalpasti bagi memperkukuhkan urustadbir bandar yang efisien melalui pengurusan dan
pelaksanaan yang sistematik. Beberapa isu sektor Pengurusan dan Pelaksanaan telah
dikenalpasti antaranya :
i. Tenaga Kerja Majlis Daerah Machang
Masalah kekurangan tenaga kerja tetap di Majlis Daerah Machang adalah tinggi iaitu 40.32
peratus yang melibatkan tenaga kerja di kategori Perkeranian dan Teknik terutamanya
kakitangan di skim perkhidmatan kejuruteraan, pentadbiran dan sokongan. Jabatan-jabatan
yang terlibat adalah Jabatan Perkhidmatan Pengurusan, Jabatan Perancangan
Pembangunan, Jabatan Pembangunan dan Kejuruteraan, serta Jabatan Perlesenan dan
Kesihatan Awam.
ii. Sistem Pembangunan Pangkalan Data
Pembangunan sistem aplikasi pangkalan data yang berkaitan dengan rancangan pemajuan
seperti GIS dan EIS perlu disediakan dan dipertingkatkan sistemnya dari masa ke semasa
untuk memberikan maklumat yang terkini kepada pelabur dan penduduk setempat berkaitan
guna tanah kawasan yang ingin dibangunkan. Sistem aplikasi yang dibangunkan bagi
memproses data dan maklumat di setiap jabatan perlu dikemaskini dari masa ke semasa
untuk memudahkan maklumbalas diberikan dan mutu perkhidmatan kepada penduduk
Jajahan Machang juga dapat ditingkatkan semasa ke semasa.
iii. Projek Pembangunan Berimpak Tinggi
Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Majlis Daerah Machang, kekurangan projek
pembangunan berimpak tinggi memberi kesan kepada unjuran pembangunan fizikal di
Jajahan Machang. Bagi projek pembangunan yang memerlukan kelulusan Kebenaran
Merancang daripada Majlis Daerah Machang, kebanyakkannya melibatkan projek berskala
kecil dan sederhana sahaja. Ini menunjukkan kurangnya projek-projek pembangunan fizikal
yang telah dilaksanakan di Jajahan Machang kebelakangan ini.
Kebanyakan projek-projek pembangunan yang dipohon oleh Majlis Daerah Machang dipohon
daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan. Kerjasama antara Majlis Daerah Machang,
Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan adalah perlu bagi menyediakan peruntukan
projek pembangunan secara bersama untuk pembangunan di Jajahan Machang.
Pengurusan dan Pelaksanaan 6.1-24
6.1.5 Cadangan Awal
i. Penambahan Pegawai Profesional dan Teknikal
Penambahan pegawai dan kakitangan adalah perlu bagi memberikan perkhidmatan yang
lebih baik kepada penduduk setempat. Setiap jabatan perlu memberikan penekanan khusus
dalam memperkukuhkan keupayaan MDM untuk melaksanakan pentadbiran dan pengurusan
lebih cekap dan berkesan.
Memperkukuhkan peranan dan fungsi Jabatan Perancangan Pembangunan melalui
peningkatan kecekapan sumber manusia dan kelengkapan pejabat dapat memberikan
penduduk perkhidmatan lebih baik dan cepat terutamanya aspek khidmat nasihat
perancangan dan permohonan pembangunan.
ii. Mewujudkan Sistem Maklumat Perancangan Yang Efisien
Sistem perancangan yang efisien di peringkat Majlis Daerah Machang memerlukan kepada
sistem maklumat guna tanah yang terkini dengan penggunaan perisian berkaitan
perancangan seperti GIS dan EIS. Dengan adanya maklumat ini, perancangan guna tanah di
jajahan Machang akan lebih tersusun dan terancang.
iii. Peruntukan Projek Pembangunan
Peranan Majlis Daerah Machang antaranya mendapatkan peruntukan untuk projek-projek
pembangunan terutamanya daripada Kerajaan Persekutuan. Cadangan projek-projek
pembangunan di jajahan Machang yang dinyatakan di dalam Rancangan Tempatan Machang
nanti perlulah menumpukan kepada projek yang dapat dilaksanakan dalam fasa
pembangunan yang ditetapkan.
Agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri bersama PBT merupakan agensi pelaksana utama.
Kerjasama, penyelarasan dan toleransi adalah penting semasa melaksanakan sesuatu projek.
Satu pasukan penyelarasan projek (Task Force) perlu diwujudkan untuk memastikan projek-
projek RT dilaksanakan dengan lebih efisien.
Selain itu juga, penglibatan masyarakat digalakkan dalam proses perancangan dan
pengurusan bandar terutamanya penyertaan mereka di dalam aktiviti seperti publisiti bagi
mendapatkan maklumbalas mereka.