kecelaruan sosial punca kes buang bayi meningka1

3
Kecelaruan Sosial Punca Kes Buang Bayi Meningkat NEGARA kita semakin maju. Negara berkembang pesat dalam semua aspek sama ada dari segi ekonomi, politik ataupun sosial, selaras dengan Wawasan 2020. Dalam kepesatan pembangunan fizikal itu, kita mengalami masalah sosial yang agak kronik, seperti pembuangan bayi. Kemelut pembuangan bayi semakin berleluasa. Keadaan ini amat membimbangkan. Baru-baru ini, polis menahan seorang wanita dipercayai ibu kepada bayi berusia sehari yang dibuang di dalam sebuah mesin basuh rumahnya di Kampung Ulu Dulang Kechil, Yan, Kedah. Hasil siasatan, suspek berusia 38 tahun itu mengaku melahirkan bayi berkenaan dalam bilik air di rumah berkenaan yang dikongsi bersama bapa mentuanya, tanpa pengetahuan suami serta bapa mentuanya. Bayangkan, ada juga yang membungkus mayat bayi dengan plastik, mencekik bayi sebelum ditanam, dibuang ke dalam mangkuk tandas, bahkan ada yang sanggup menanam bayi hidup- hidup. Mengikut ahli kriminologi, pengaruh rakan sebaya dan pergaulan bebas, suka sama suka, ingin mencuba seks, terlalu percayakan lelaki, terdedah aktiviti seksual secara berleluasa melalui jaringan internet, persekitaran tempat tinggal dan dirogol, antara sebab remaja terjebak dalam gejala pembuangan bayi. Punca keadaan sosial yang tidak teratur juga berkait rapat dengan hubungan renggang antara anak dan ibu bapa. Keadaan ini menjadikan remaja berani keluar rumah dan terbabit dengan aktiviti salah laku seksual sehingga hamil. Mereka kemudiannya mencari jalan mudah dengan membuang bayi yang dilahirkan akibat hubungan seks luar nikah. Keruntuhan moral Keruntuhan moral remaja juga dipengaruhi cara hidup. Sering kali ia membabitkan remaja yang berasal dari kampung dan berhijrah ke bandar. Di bandar pula, kurang pengawasan dan kasih sayang ibu bapa juga mempengaruhi tingkah laku remaja. Ada juga remaja yang cukup didikan agama atau pelajar institusi pengajian tinggi yang terbabit dalam gejala pembuangan bayi. Oleh kerana takutkan dirinya atau bayi yang dilahirkan tidak diterima keluarga, serta pandangan serong dan cacian masyarakat, mereka mencari jalan mudah untuk membuang bayi mereka seperti sampah, dibuang di merata tempat, di masjid, surau, sungai, tong sampah, tepi jalan dan yang paling teruk di buang ke dalam mangkuk tandas tanpa

Upload: ummiabhar

Post on 12-Apr-2016

26 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

SOSIAL

TRANSCRIPT

Page 1: Kecelaruan Sosial Punca Kes Buang Bayi Meningka1

Kecelaruan Sosial Punca Kes Buang Bayi Meningkat

NEGARA kita semakin maju. Negara berkembang pesat dalam semua aspek sama ada dari segi

ekonomi, politik ataupun sosial, selaras dengan Wawasan 2020. Dalam kepesatan pembangunan

fizikal itu, kita mengalami masalah sosial yang agak kronik, seperti pembuangan bayi. Kemelut

pembuangan bayi semakin berleluasa. Keadaan ini amat membimbangkan. Baru-baru ini, polis

menahan seorang wanita dipercayai ibu kepada bayi berusia sehari yang dibuang di dalam

sebuah mesin basuh rumahnya di Kampung Ulu Dulang Kechil, Yan, Kedah. Hasil siasatan, suspek

berusia 38 tahun itu mengaku melahirkan bayi berkenaan dalam bilik air di rumah berkenaan

yang dikongsi bersama bapa mentuanya, tanpa pengetahuan suami serta bapa mentuanya.

Bayangkan, ada juga yang membungkus mayat bayi dengan plastik, mencekik bayi sebelum

ditanam, dibuang ke dalam mangkuk tandas, bahkan ada yang sanggup menanam bayi hidup-

hidup. Mengikut ahli kriminologi, pengaruh rakan sebaya dan pergaulan bebas, suka sama suka,

ingin mencuba seks, terlalu percayakan lelaki, terdedah aktiviti seksual secara berleluasa melalui

jaringan internet, persekitaran tempat tinggal dan dirogol, antara sebab remaja terjebak dalam

gejala pembuangan bayi. Punca keadaan sosial yang tidak teratur juga berkait rapat dengan

hubungan renggang antara anak dan ibu bapa. Keadaan ini menjadikan remaja berani keluar

rumah dan terbabit dengan aktiviti salah laku seksual sehingga hamil. Mereka kemudiannya

mencari jalan mudah dengan membuang bayi yang dilahirkan akibat hubungan seks luar nikah.

Keruntuhan moral Keruntuhan moral remaja juga dipengaruhi cara hidup. Sering kali ia

membabitkan remaja yang berasal dari kampung dan berhijrah ke bandar. Di bandar pula,

kurang pengawasan dan kasih sayang ibu bapa juga mempengaruhi tingkah laku remaja. Ada

juga remaja yang cukup didikan agama atau pelajar institusi pengajian tinggi yang terbabit dalam

gejala pembuangan bayi. Oleh kerana takutkan dirinya atau bayi yang dilahirkan tidak diterima

keluarga, serta pandangan serong dan cacian masyarakat, mereka mencari jalan mudah untuk

membuang bayi mereka seperti sampah, dibuang di merata tempat, di masjid, surau, sungai,

tong sampah, tepi jalan dan yang paling teruk di buang ke dalam mangkuk tandas tanpa

Page 2: Kecelaruan Sosial Punca Kes Buang Bayi Meningka1

sedikitpun rasa belas kasihan atau perikemanusiaan. Di Jerman, kerajaan menyediakan tempat

khas sebagai pelindung kepada bayi yang dilahirkan akibat masalah sosial tadi. Tempat khas ini

dikenali sebagai Babywiege, bertujuan mengelakkan bayi mati atau terbunuh akibat terdedah

kepada kesejukan selepas dibuang. Undang-undang mereka juga membolehkan seorang bayi

dijaga oleh hospital selama lapan minggu. Dalam tempoh dua bulan, seseorang ibu boleh

mengambil semula anak yang mereka tinggalkan jika berubah fikiran. Selepas dua bulan barulah

bayi itu, diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk dijadikan anak angkat. Di negara

kita, sebuah badan bukan kerajaan iaitu Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak-Anak Yatim

Kuala Lumpur mewujudkan ruang khas Pelindung Bayi atau Baby Hatch di Kampung Tunku, Kuala

Lumpur. Penyediaan ruang ini bagi membolehkan sesiapa yang terdesak meninggalkan bayi

mereka di tempat selamat. Cara alternatif terbaik Ini adalah satu cara alternatif terbaik untuk

sesiapa yang melahirkan anak luar nikah supaya tidak melakukan jenayah pembuangan bayi atau

lebih sadis lagi, membunuh bayi mereka. Penempatan bayi di tempat perlindungan itu bagi

membolehkan bayi yang dilahirkan, dijaga dan dapat diserahkan kepada keluarga angkat yang

sesuai. Penyediaan tempat seperti ini tidak bermaksud untuk menggalakkan mereka membuat

perlakuan yang bercanggah dengan tatasusila moral, tetapi bertujuan menyelesaikan masalah

sosial yang berat, seperti pembuangan bayi yang seterusnya boleh mengakibatkan pembunuhan.

Tempat seperti ini sebenarnya tidak perlu diwujudkan sekiranya kita mempunyai masyarakat

yang bertanggungjawab. Lazimnya polis menyiasat kes pembuangan bayi mengikut Seksyen 318

Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. Sekiranya didapati bersalah, seseorang itu

boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya

sekali. Polis juga boleh menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak yang

meletakkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya

sekali jika sabit kesalahan. Bagi kesalahan membunuh bayi, siasatan boleh dilakukan mengikut

Seksyen 309B Kanun Keseksaan. Seksyen 309B memperuntukkan hukuman penjara maksimum

20 tahun dan denda. Disarankan supaya kerajaan mengkaji semula Seksyen 317 dan 318 Kanun

Keseksaan supaya denda yang lebih berat dikenakan ke atas mereka yang bersalah. Ini perlu

dilakukan supaya remaja akan berasa lebih takut dan serik untuk membuang bayi. Kabinet

pernah memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan

Page 3: Kecelaruan Sosial Punca Kes Buang Bayi Meningka1

membunuh bagi memastikan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan itu dikenakan hukuman

berat. Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman

gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 Kanun yang

sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun. Hukuman lebih berat Hingga kini polis

belum lagi menggunakan seksyen ini. Hukuman berat penting supaya mereka akan berhati-hati

ketika bergaul dan mengelak hubungan yang melampaui batasan agama. Ini membolehkan

mereka menghayati gaya hidup sihat dan kejadian mengandung tanpa nikah dan membuang bayi

pasti dapat dielakkan. Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan pusat seperti Taman Seri

Puteri Cheras yang memberi perlindungan dan pemulihan kepada remaja yang terbabit, tetapi

apa yang masih kurang ialah publisitinya. Insitusi agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

(JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri dan masjid perlu memainkan peranan lebih aktif dan

mencari jalan pencegahan serta penyelesaian holistik untuk mengelak berlakunya kes buang bayi

atau menyekatnya daripada merebak sehingga tidak boleh dikawal lagi. Sebagai masyarakat

Islam kita patut sama-sama mencari penyelesaian kepada masalah ini dengan memberi

penekanan didikan agama yang sempurna kepada anak dan menjaga nasib bayi yang bakal

dilahirkan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini ini. Keluarga adalah pelindung utama

dalam membina pembentukan sahsiah dan kesejahteraan psikologi dalam kalangan remaja.

Pemantauan ibu bapa terhadap aktiviti anak perlu. Ibu bapa hendaklah meluangkan masa untuk

anak. Di samping itu, bantuan pihak sekolah secara berterusan juga boleh membantu remaja

yang terlanjur. Dua institusi ini, iaitu institusi keluarga dan sekolah begitu dekat dengan remaja

dan jika kedua-duanya digembleng dengan rapi, ia dapat menyumbang kepada pengurangan kes

remaja hamil luar nikah dan pembuangan bayi, bahkan pembunuhan yang tidak berdosa.