kebimbangan sains kbsm di kalangan pelajar … · sekalung penghargaan ku tujukan khas buat:...
TRANSCRIPT
KEBIMBANGAN SAINS KBSM DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN
SATU DAN TINGKATAN DUA
ROHAYU BINTI ROZALI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
KEBIMBANGAN SAINS KBSM DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN
SATU DAN TINGKATAN DUA.
ROHAYU BINTI ROZALI
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada
Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
SEPTEMBER 2004
ii
"Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia )".
iii
"Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya".
iv
DEDIKASI
Sekalung penghargaan ku tujukan khas buat:
Keluarga ku yang tercinta
segala jasa, doa dan dorongan kalian
ku kenang selalu dalam lipatan kenangan ku
Buat rakan-rakan seperjuangan sekalian
bantuan dan komitmen yang diberikan
menjadi semangat perjuanganku.
Buat yang teristimewa..
Mohd Rozi b, Ghazali dan keluarga
Yang telah banyak memberi sokongan yang tidak berbelah bagi,
Pengorbananmu membakar semangatku
Ku panjat kesyukuran kepada-Mu Allahu Ya Rabbi…..
kesihatan dan ketenangan yang diberikan
adalah limpah kurnia-Mu jua
kejayaanku ini adalah milik semua
Jasa kalian akan kukenang sehingga ke akhir hayat
v
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim …Setinggi-tinggi syukur pada Allah S.W.T yang
teramat luas sekali rahmat-Nya. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi
Muhammad S.A.W dan para sahabatnya serta sekalian pengikutnya.
Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, maka dapatlah
penulis menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dalam jangka masa yang telah
ditetapkan. Sehubungan dengan itu, penulis ingin mengucapkan jutaan ucapan
penghargaan kepada penyelia tesis ini iaitu Prof. Dr Hj Sulaiman Yamin di atas segala
bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar yang tidak terhingga untuk penulis menjayakan
projek penyelidikan ini. Penghargaan ini juga ditujukan buat penyelaras PSM iaitu Prof.
Madya Aziz Nordin di atas segala bantuan yang diberikan untuk melaksanakan projek
ini.
Setinggi ucapan penghargaan ini juga ditujukan kepada Kementerian Pendidikan
Malaysia, Fakulti Pendidikan UTM, Pengetua sekolah, guru-guru dan para pelajar yang
terlibat dalam memberikan kerjasama dan komitmen yang baik untuk penulis
menyempurnakan kajian ini.
Tidak lupa kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dalam
memberi teguran, semangat dan perangsang kepada penulis dalam menghadapi setiap
cabaran semasa menyiapkan PSM ini.
Penghargaan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam usaha penulis menjayakan projek penyelidikan ini.
Semoga segala bantuan dan sumbangan yang diberikan beroleh balasan yang setimpal
daripada Allah S.W.T.. Insya-Allah..
vi
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan melihat tahap kebimbangan para pelajar terhadap
mata pelajaran Sains dan faktor- faktor kebimbangan Sains. Sampel kajian ini terdiri
daripada 200 orang pelajar tingkatan 1 dan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Munsyi
Abdullah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Kulai. Instrumen kajian yang
digunakan untuk menentukan tahap kebimbangan Sains ialah borang soal selidik.
Penentuan tahap kebimbangan dianalisis secara kuantitatif dan dipaparkan dalam
bentuk jadual. Statistik deskriptif seperti peratus min dan sisihan piawai digunakan
dalam menganalisis data yang diperolehi. Dapatan kajian menunjukkan tahap
kebimbangan Sains di kalangan pelajar- pelajar adalah tinggi. Berikutan daripada itu,
didapati para pelajar masih lagi menghadapi masalah ketakutan dan fobia terhadap
Sains. Selain itu, didapati terdapat 3 faktor kebimbangan Sains iaitu faktor sekolah,
faktor pencapaian Sains dan faktor ekonomi keluarga. Hasil kajian ini diharapkan dapat
dijadikan rujukan oleh guru- guru untuk memastikan pelajar-pelajarnya sentiasa
mempunyai sikap positif dan berani terhadap mata pelajaran Sains KBSM.
vii
ABSTRACT
This research was done in order to find the level of anxiety among the students
towards Science and the factors that influenced them. Sample of 200 students of form
one and two from Kulai schools were selected randomly in this study. The instrument
used in this research was a set of questionnaires. The data was analyzed quantitatively
and shown in a table. Descriptive statistic likes mean, percentage and standard
deviation were also use in analyzing the data. The findings showed that the level of
Science anxiety among students is quite high. Hence, it showed that the students were
having phobia in Science. Besides that, there were three anxiety factors found in this
study. They were school factor, achievement of science factor and economic factor. It
is hoped that this research can be used by the teacher as a guide to ensure their students
will always have a positive thinking and courage towards the Science KBSM Subject.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB I PENDAHULUAN 1
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 3
1.2 Pernyataan Masalah 5
1.3 Objektif Kajian 6
1.4 Persoalan Kajian 6
1.5 Rasional Kajian 7
ix
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Skop / Batasan Kajian 8
1.8 Definisi Istilah 9
BAB II SOROTAN PENULISAN 12
2.0 Pengenalan 12
2.1 Kebimbangan Sains 13
2.2 Sains dan Sastera 15
2.2.1 Perbezaan Sains dan Seni 16
2.2.2 Mitos Perbezaan Sains dan Seni 20
2.2.3 Persamaan Sains dan Seni 22
2.3 Kebimbangan Sains dan Kebimbangan Metematik 24
2.4 Rumusan 27
BAB III METODOLOGI 28
3.0 Pengenalan 28
3.1 Reka Bentuk Kajian 28
3.2 Persampelan 29
3.2.1 Tempat Kajian 29
3.2.2 Sampel Kajian 29
3.3 Instrumen Kajian 31
3.4 Prosedur Kajian 31
3.5 Analisis Kajian 32
3.6 Jangkamasa Kajian 34
3.7 Kajian Rintis 34
x
BAB IV ANALISIS DATA 35
4.0 Pengenalan 35
4.1 Analisis Persoalan Kajian 1: Apakah tahap
kebimbangan pelajar – pelajar Tingkatan 1 dan 2
terhadap mata pelajaran Sains. 37
4.1.1 Item – item berkaitan dengan matematik 38
4.1.2 Item - item berkaitan dengan fakta– fakta Sains. 40
4.1.3 Item- item berkaitan dengan penggunaan alatan
Sains dan melakukan eksperimen
di dalam makmal. 43
4.1.4 Item- item negatif. 47
4.1.5 Tahap kebimbangan Sains bagi keseluruhan
Item- item soal selidik. 51
4.2 Analisis persoalan kajian 2: Apakah masalah- masalah
yang dihadapi oleh para pelajar Tingkatan 1 dan 2
yang membawa kepada kebimbangan Sains? 52
4.2.1 Analisis keseluruhan bagi masalah- masalah
berkaitan matematik. 52
4.2.2 Analisis keseluruhan bagi masalah- masalah
berkaitan fakta- fakta sains. 52
4.2.3 Analisis keseluruhan bagi masalah- masalah
berkaitan penggunaan alatan sains dan melakukan
eksperimen di dalam makmal. 53
4.3 Analisis Persoalan Kajian 3 : Faktor- faktor
kebimbangan Sains. 54
4.3.1 Faktor tingkatan. 55
4.3.2 Faktor kategori sekolah. 56
4.3.3 Faktor jantina. 57
4.3.4 Faktor bangsa. 57
4.3.5 Faktor pencapaian dalam subjek Sains. 59
xi
4.3.6 Faktor pekerjaan bapa. 60
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN
CADANGAN 62
5.0 Pengenalan 62
5.1 Ringkasan Kajian 63
5.2 Rumusan 64
5.3 Perbincangan Kajian 66
5.3.1 Perbincangan hasil dapatan analisis
persoalan kajian yang pertama 66
5.3.2 Perbincangan hasil dapatan analisis
persoalan kajian yang kedua. 66
5.3.3 Perbincangan hasil dapatan analisis
persoalan kajian yang ketiga. 68
5.4 Cadangan 69
5.4.1 Pelajar 70
5.4.2 Guru 71
5.4.3 Kementerian Pelajaran Malaysia 72
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 73
BIBLIOGRAFI 74
LAMPIRAN 76
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.3 Taburan markat min bagi menentukan tahap kebimbangan
Sains di kalangan pelajar sekolah menengah
Tingkatan Satu (1) dan Dua (2). 34
4.1.1 Item- item berkaitan dengan matematik. 38
4.1.2 Item – item berkaitan dengan fakta- fakta Sains. 40
4.1.3 Item- item berkaitan dengan penggunaan alatan sains dan
melakukan eksperimen di dalam makmal. 43
4.1.4 Item- item negatif. 47
4.1.5 Tahap kebimbangan Sains bagi keseluruhan item-
item soal selidik. 51
4.2.1 Analisis keseluruhan bagi masalah- masalah
berkaitan masalah. 52
4.2.2 Analisis keseluruhan bagi masalah- masalah berkaitan
fakta- fakta sains. 52
4.2.2 Analisis keseluruhan bagi masalah- masalah berkaitan
Penggunaan alatan sains dan melakukan eksperimen
di dalam makmal. 53
4.3.1 Dapatan tentang Faktor tingkatan 1 dan 2 55
4.3.2 Dapatan tentang Faktor sekolah Bandar dan sekolah
Luar Bandar. 56
xiii
4.3.3 Dapatan tentang Faktor jantina. 57
4.3.4 Dapatan tentang Faktor bangsa. 57
4.3.5 Dapatan tentang Faktor pencapaian dalam mata pela jaran
Sains. 59
4.3.6 Dapatan tentang Faktor pekerjaan bapa. 60
xiv
SENARAI SINGKATAN
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
PMR - Penilaian Menengah Rendah
RMT - Rancangan Malaysia Ketujuh
S & T - Sains dan Teknologi
S.I - System International
SMKMA - Sekolah Menengah Kebangsaan Munsyi
Abdullah
SMKS - Sekolah Menengah Kebangsaan Senai
SPM - Sijil Peperiksaan Malaysia
SPSS - Statistical Package for Social Science
UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Jadual bagi Bab 1 dan 3. 76
B Borang soal selidik 78
C Keputusan analisis alfa bagi borang soal selidik 86
D Surat kebenaran daripada Bahagian Perancangan
dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan 87
E Surat kebenaran daripada Fakulti Pendidikan 89
BAB I
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Sains dan teknologi memainkan peranan penting dalam segala aspek kehidupan
seharian sama ada di rumah atau semasa bekerja. Begitu juga dengan industri dan
kemakmuran negara bergantung kepada sains dan teknologi. Hampir kesemua isu –isu
mengenai dasar awam mempunyai implikasi saintifik dan teknologikal. Sama ada
pembuat keputusan seperti ahli politik, pekerja awam, pemimpin kewangan atau
industri, atau pengundi dalam masyarakat demokratik, perlu memahami asas saintifik ke
atas setiap keputusan mereka. Begitu juga dengan setiap kehidupan peribadi masing-
masing. Setiap orang perlu memahami sains, pencapaiannya dan batasan sains biarpun
mereka bukan ahli sains atau jurutera. Ia merupakan satu pelaburan untuk keperluan
hidup untuk menjamin kehidupan masa hadapan dalam masyarakat. (The Royal Society,
1985)
1
Kepentingan bidang sains dan tenologi pada hari ini memang tidak dapat
dinafikan. Justeru itu, kerajaan telah menetapkan sasaran untuk mencapai nisbah
pelajar sains dan pelajar sastera pada kadar 60:40. Namun sayangnya usaha ini masih
belum lagi membuahkan hasil sebagaimana yang diharapkan. Pelajar, terutamanya
pelajar bumiputera masih fobia terhadap bidang sains dan teknologi.
Kesedaran mengenai sains dan teknologi amat penting, sesuai dengan dasar
kerajaan yang akan terus memberi keutamaan kepada usaha menggalakkan
pembudayaan sains, penyelidikan, kreativiti, dan inovasi teknologi sebagai teras penting
kepada strategi pembangunan untuk mengekalkan kadar pertumbuhan yang pesat dan
meningkatkan taraf hidup kerana Sains dan Teknologi (S&T) akan menunjangi
kemajuan ekonomi dan daya saingan, khususnya di peringkat antarabangsa..
Seperti yang digariskan dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua
(RRJP2) dan Rancangan Malaysia Ketujuh (RMT), matlamat dasar S & T negara ialah
untuk memastikan pembangunan saintifik dan teknologi yang berterusan bagi
menyokong dan mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi,
mempercepatkan pembangunan perindustrian secara menyeluruh serta menyediakan
asas bagi mewujudkan masyarakat yang maju dari segi sains dan teknologi menjelang
tahun 2020. (Ramlan Abd Wahab, 1998).
Oleh itu, kajian mengenai kebimbangan pelajar-pelajar terhadap sains dijalankan
untuk mengetahui tahap dan faktor- faktor yang mempengaruhi kebimbangan sains di
kalangan pelajar. Diharapkan hasil daripada kajian ini dapat memberi idea dan panduan
kepada pihak guru dan Kementerian Pendidikan untuk menghasilkan proses pengajaran
dan pembelajaran sains yang lebih berkesan.
2
1.1 Latar Belakang Masalah
Pada alaf baru, teknologi yang akan menentukan pembangunan masa hadapan
adalah teknologi maklumat dan komunikasi, mikroelektronik, bioteknologi dan sains
hayat, teknologi pembuatan termaju, teknologi bahan termaju, teknologi alam sekitar
dan lain- lain. Oleh itu, negara memerlukan lebih ramai jurutera, doktor, dan saintis
pada masa hadapan. Kegagalan melahirkan generasi bumiputera yang berpengetahuan
dan pakar dalam sains akan menjadi faktor utama yang menghalang penyertaan mereka
dalam proses pembangunan. Peluang mereka untuk menikmati pemodenan dan
kemakmuran hasil daripada pembangunan dan teknologi juga berkurangan. (Dr. Sahol
Hamid Abu Bakar, Dewan Siswa, 1999).
Cabaran ke enam dalam Wawasan 2020 ialah membentuk masyarakat yang
bersifat sains dan progresif, berdaya cipta dan berpandangan jauh pada hari muka.
Dengan itu, masyarakat diharapkan dapat memantapkan teknologi dan menjadi
penyumbang terhadap pembentukan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan.
Namun begitu, isu terkini ialah tentang minat negatif pelajar terhadap subjek Matematik
dan Sains. Ada sekolah yang terpaksa menutup tingkatan enam kerana kekurangan
pelajar.
Bagi merealisasikan wawasan pembangunan negara menjadikan Malaysia
sebuah negara perindustrian yang membangun sepenuhnya menjelang tahun 2020,
Malaysia memerlukan lebih ramai pakar sains dan golongan teknologi dalam berbagai-
bagai bidang. Pakar sains dan teknologi yang berwibawa merupakan tenaga penggerak
kepada pemodenan kemajuan dan pembaharuan negara. Walau bagaimanapun
kekurangan pakar sains untuk memajukan bidang teknologi merupakan agenda yang
kritikal yang perlu ditangani segera. Mengikut Menteri Pendidikan, Datuk Seri Najib
Tun Razak nisbah pakar sains dan teknologi ialah satu dalam sejuta bagi penduduk di
3
Malaysia. Kadar graduan dalam bidang sastera yang dikeluarkan oleh institusi tinggi di
negara ini jauh lebih tinggi beberapa kali ganda berbanding dengan graduan dalam
bidang sains. (Abd. Rahim Abd.Rashid, 2000). Kesan yang ketara dapat dilihat apabila
keputusan sains SPM para pelajar Negeri Johor menurun dari tahun 1997 hingga 2000
(rujuk Jadual 1.1: Lampiran A).
Pendidikan Sains KBSM bermatlamat untuk membekalkan pelajar dengan
pengetahuan dan kemahiran sains, mengembangkan daya pemikiran saintifik dan
memupuk nilai- nilai murni. Seterusnya dengan tercapainya matlamat ini, diharapkan
para pelajar dapat memahami dan menghargai sains dan aplikasinya dalam kehidupan
dan untuk membangunkan negara serta berkeupayaan menyelesaikan masalah harian
bagi membentuk warga negara yang bertanggungjawab demi kesejahteraan manusia
(Pusat Perkembangan Kurikulum, 1988).
Aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (P & P) yang bermatlamat untuk
membina keupayaan teknologi tempatan dalam teknologi- teknologi strategi seperti
Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Mikroelektronik, Bioteknologi dan Sains Hayat,
Teknologi Pembuatan, Teknologi Bahan Termaju dan Teknologi Alam Sekitar bukan
sahaja akan memperkukuh pembangunan S& T, tetapi juga menghindarkan kongkongan
negara- negara maju ke atas orientasi dan perkembangan S & T negara, serta
menjimatkan pengaliran keluar wang tempatan. Bayaran bagi perolehan teknologi dari
negara luar mencatatkan pertumbuhan sebanyak 14 peratus dalam tempoh 1991- 1995,
daripada kira –kira RM 240 juta pada tahun 1990 kepada kira- kira RM 1.0 bilion pada
tahun 1995. Bayaran ini terdiri daripada royalti dan yuran terutamanya untuk perolehan
francais, penggunaan jenama antarabangsa dan bayaran kerana penggunaan teknologi
baru dan yang dipertingkatkan.(Dewan Masyarakat, 1998).
4
Keperluan melahirkan lebih banyak pakar sains dan teknologi meningkat
beberapa kali ganda ekoran daripada perkembangan pesat yang dialami oleh Malaysia
dalam pelbagai bidang pembangunan pertumbuhan ekonomi yang tinggi, diikuti dengan
Keluaran Negara Kasar pada kadar 8.0 selama lima tahun berturut- turut telah
mendorong perubahan pesat dalam sektor perindustrian, komunikasi, infrastruktur,
pembinaan, telekomunikasi dan teknologi maklumat.(Dewan Masyarakat, 1998). Jika
pelajar masih mengalami kebimbangan sains, bagaimana untuk melahirkan lapisan
generasi seperti yang diharapkan dan bagaimana guru hendak menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran secara berkesan?.
1.2 Pernyataan Masalah
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti apakah tahap kebimbangan pelajar –
pelajar Tingkatan Satu dan Dua terhadap mata pelajaran Sains serta faktor-faktor
kebimbangan tersebut. Selain itu, kajian ini bertujuan mengenalpasti masalah- masalah
yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan Satu dan Dua yang membawa kepada
kebimbangan Sains.
1.3 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk:
5
(i) Meninjau tahap kebimbangan terhadap sains bagi pelajar- pelajar
Tingkatan 1 dan 2.
(ii) Mengenalpasti masalah- masalah yang dihadapi oleh pelajar- pelajar
Tingkatan 1 dan 2 yang membawa kepada kebimbangan Sains.
(iii) Mengkaji faktor-faktor kebimbangan Sains di kalangan pelajar- pelajar
Tingkatan 1 dan 2.
1.4 Persoalan Kajian
(i) Apakah tahap kebimbangan pelajar- pelajar Tingkatan 1 dan 2 terhadap
mata pelajaran sains?.
(ii) Apakah masalah- masalah yang dihadapi oleh para pelajar Tingkatan 1
dan 2 yang membawa kepada kebimbangan Sains?
(iii) Apakah faktor- faktor yang menjadikan pelajar bimbang terhadap sains?.