ringkasan carta alir lapor diri pelajar … · apa yang pelajar perlu tahu mengenai program pelajar...

14
Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2016 RINGKASAN CARTA ALIR LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI DISEMBER 2016 KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SESI JUN 2016 21 Nov 2016 PENDAFTARAN PENGAJIAN (ONLINE) DI http://spmp.polimelaka.edu.my (icon i-HELP Lapor Diri Pelajar Senior) 21 Nov 27 Nov 2016 ( pelajar sem 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 & 9) NOTA : Pelajar hanya boleh login ke URL SPMP setelah 3 hari pembayaran yuran dibuat. Pelajar WAJIB menjelaskan kedua-dua jenis yuran sebelum pendaftaran pengajian dibuat. Sila rujuk JHEPP bagi pelajar yang menghadapi masalah untuk pendaftaran pengajian 23 NOV 2016 Pelajar yang masih belum membuat pendaftaran pengajian selepas tarikh di atas PERLU MENDAPAT KELULUSAN DARIPADA KETUA JABATAN AKADEMIK masing-masinguntuk pelepasan pendaftaran pengajian. MEMBUAT PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN DAN BAYARAN PELBAGAI sebelum 24 Nov 2016 PENDAFTARAN KURSUS DI http://spmp.polimelaka.edu.my (icon i-DAFTAR) Sila rujuk Penasihat Akademik (PA) atau Jabatan Akademik anda untuk proses pendaftaran kursus. NOTA : Pendaftaran kursus hanya boleh dibuat setelah anda lapor diri di i-Help. PENDAFTARAN KENDERAAN (ONLINE) DI http://spmp.polimelaka.edu.my (icon i-HELP DISIPLIN Permohonan sticker kenderaan) KULIAH BERMULA 28 Nov 2016 Pelajar yang masih belum mendaftar pengajian sehingga tarikh ini perlu mendapatkan KEBENARAN BERTULIS DARIPADA KETUA JABATAN AKADEMIK MASING-MASING untuk mendaftar pengajian.

Upload: truongkhanh

Post on 01-May-2018

264 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: RINGKASAN CARTA ALIR LAPOR DIRI PELAJAR … · APA YANG PELAJAR PERLU TAHU MENGENAI PROGRAM PELAJAR ... Anugerah Pelajar Aktif ... dengan harapan pelajar akan terus berusaha mengekalkan

Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2016

RINGKASAN CARTA ALIR LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI DISEMBER 2016

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SESI JUN 2016

21 Nov 2016

PENDAFTARAN PENGAJIAN (ONLINE) DI http://spmp.polimelaka.edu.my (icon i-HELP – Lapor Diri Pelajar Senior)

21 Nov – 27 Nov 2016 ( pelajar sem 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 & 9)

NOTA :

Pelajar hanya boleh login ke URL SPMP setelah 3 hari pembayaran yuran dibuat. Pelajar WAJIB menjelaskan kedua-dua jenis yuran sebelum pendaftaran pengajian dibuat. Sila rujuk JHEPP bagi pelajar yang menghadapi masalah untuk pendaftaran pengajian –

23 NOV 2016 Pelajar yang masih belum membuat pendaftaran pengajian selepas tarikh di atas PERLU

MENDAPAT KELULUSAN DARIPADA KETUA JABATAN AKADEMIK masing-masinguntuk pelepasan pendaftaran pengajian.

MEMBUAT PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN DAN BAYARAN PELBAGAI

sebelum 24 Nov 2016

PENDAFTARAN KURSUS DI http://spmp.polimelaka.edu.my (icon i-DAFTAR)

Sila rujuk Penasihat Akademik (PA) atau Jabatan Akademik anda untuk proses pendaftaran kursus.

NOTA : Pendaftaran kursus hanya boleh dibuat setelah anda lapor diri di i-Help.

PENDAFTARAN KENDERAAN (ONLINE) DI http://spmp.polimelaka.edu.my (icon i-HELP – DISIPLIN – Permohonan sticker kenderaan)

KULIAH BERMULA

28 Nov 2016

Pelajar yang masih belum mendaftar pengajian sehingga tarikh ini perlu mendapatkan KEBENARAN

BERTULIS DARIPADA KETUA JABATAN AKADEMIK MASING-MASING untuk mendaftar pengajian.

Page 2: RINGKASAN CARTA ALIR LAPOR DIRI PELAJAR … · APA YANG PELAJAR PERLU TAHU MENGENAI PROGRAM PELAJAR ... Anugerah Pelajar Aktif ... dengan harapan pelajar akan terus berusaha mengekalkan

Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2016

LAMPIRAN 1 JADUAL BAYARAN SESI DISEMBER 2016

Bil Jenis

Bayaran Sem 2 Sem 3 Sem 4 Sem 5 Sem 6 Sem 7 Sem 8 Sem 9 Kaedah Bayaran

1. Yuran Pengajian

200 200 200 200 200 200 200 200

Bayaran hendaklah dibuat melalui mana-mana Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) melalui

mana-mana saluran berikut atas nama POLITEKNIK KPT:-

1. Perkhidmatan Perbankan Internet 2. Mesin Juruwang Automatik BIMB 3. Mesin Deposit Tunai BIMB

* Mulai 15 OGOS 2013, BIMB TELAH MENGHENTIKAN KUTIPAN BAYARAN DI KAUNTER bagi Yuran Politeknik dan Bayaran Balik Pinjaman KPT. Rujuk LAMPIRAN 2. * Bayaran boleh dibuat mulai 1 Nov 2016. * Bayaran hanya perlu dibuat atas nama POLITEKNIK KPT, tiada nombor akaun diperlukan.

2. Bayaran Pelbagai

150 150 150 150 150 144 107 144

Bayaran hendaklah dibuat melalui mana-mana

Bank Simpanan Nasional dengan akaun bank

bernombor

0410041000152319 atas nama Koperasi

Politeknik Kota Melaka Berhad.

Gunakan borang Wang Tunai Masuk BSN yang disediakan oleh pihak bank. Sila Rujuk LAMPIRAN 3 sebagai panduan untuk menulis maklumat pada slip bank BSN. * Bayaran boleh dibuat mulai 1 Nov 2016. * Bayaran BSN hanya boleh dibuat di KAUNTER BSN SAHAJA. Anda digalakkan untuk membuat

pembayaran di bank bagi mengelak sebarang permasalahan yang akan timbul pada masa hadapan.

Page 3: RINGKASAN CARTA ALIR LAPOR DIRI PELAJAR … · APA YANG PELAJAR PERLU TAHU MENGENAI PROGRAM PELAJAR ... Anugerah Pelajar Aktif ... dengan harapan pelajar akan terus berusaha mengekalkan

Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2016

Nota :

a) Semua bentuk bayaran perlu dibuat sebelum hari lapor diri. SILA SIMPAN RESIT SEBAGAI BUKTI PEMBAYARAN. Pelajar digalakkan untuk membuat salinan resit tersebut.

b) Bayaran Yuran Pengajian boleh dibuat kepada Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) melalui mana-mana saluran berikut: 1. Perkhidmatan Perbankan Internet

2. Mesin Juruwang Automatik BIMB 3. Mesin Deposit Tunai BIMB

c) Bagi mendeposit bayaran di Bank Simpanan Nasional (BSN), sila gunakan slip bayaran yang terdapat di kaunter BSN bagi tujuan :

1. Bayaran Pelbagai (wajib dibayar oleh semua pelajar) 2. Sewaan Kamsis Koperasi (hanya pelajar yang tinggal di Kamsis Koperasi sahaja) Pembayaran melalui Cash Deposit Machine (CDM) atau pindahan bayaran melalui Automatic Teller Machine (ATM) serta bayaran atas talian (On-line) TIDAK DIBENARKAN untuk akaun BSN.

Page 4: RINGKASAN CARTA ALIR LAPOR DIRI PELAJAR … · APA YANG PELAJAR PERLU TAHU MENGENAI PROGRAM PELAJAR ... Anugerah Pelajar Aktif ... dengan harapan pelajar akan terus berusaha mengekalkan

Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2016

LAMPIRAN 3 CONTOH PEMBAYARAN BAYARAN PELBAGAI POLITEKNIK MELAKA:

(SILA BUAT PEMBAYARAN BAYARAN PELBAGAI MENGGUNAKAN SLIP DEPOSIT BANK DI MANA-MANA CAWANGAN BSN BERHAMPIRAN)

CONTOH BAYARAN PELBAGAI DAN YURAN KAMSIS

(A) NAMA : NUR NADIRAH BINTI AHMAD (B) NO. KP PELAJAR : 920612-04-2008 (C) NAMA PENERIMA BAYARAN : KOPERASI POLITEKNIK KOTA MELAKA BERHAD (D) NO. PENDAFTARAN PELAJAR : 11DKA10F1001 (E) NO. AKAUN PENERIMA BAYARAN : 0410041000152319 (F) JUMLAH BAYARAN : RM***.** (rujuk LAMPIRAN 1 – Jadual Bayaran) (G) PERKARA : BAYARAN PELBAGAI SESI DISEMBER 2016 (H) PASTIKAN BANK IN SLIP BERCETAK “ KOPERASI POLITEKNIK KOTA MELAKA BERHAD BERJUMLAH **RM***.** (bergantung kepada jumlah

bayaran yang dibayar oleh pelajar – rujuk LAMPIRAN 1 – Jadual Bayaran) (I) T.T PELANGGAN : TANDATANGAN PELAJAR/PELANGGAN

(A)

BD

UL

RA

HI

M

BI

N

RA

ZA

LI

(B)

BD

UL

RA

HI

M

BI

N

RA

ZA

LI

(C)

UL

RA

HI

M

BI

N

RA

ZA

LI

(D)

BD

UL

RA

HI

M

BI

N

RA

ZA

LI

(E)

BD

UL

RA

HI

M

BI

N

RA

ZA

LI

(F)

UL

RA

HI

M

BI

N

RA

ZA

LI

(G)

UL

RA

HI

M

BI

N

RA

ZA

LI

(H)

UL

RA

HI

M

BI

N

RA

ZA

LI

(I)

UL

RA

HI

M

BI

N

RA

ZA

LI

NUR NADIRAH BINTI AHMAD 920612-04-2008 KOPERASI POLITEKNIK KOTA MELAKA BERHAD 11DKA10F1001 0410041000152319 RM ***.** BAYARAN PELBAGAI

Nadirah KOPERASI POLITEKNIK KOTA MELAKA BERHAD *** RM***.**

Page 5: RINGKASAN CARTA ALIR LAPOR DIRI PELAJAR … · APA YANG PELAJAR PERLU TAHU MENGENAI PROGRAM PELAJAR ... Anugerah Pelajar Aktif ... dengan harapan pelajar akan terus berusaha mengekalkan

Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2016

LAMPIRAN 4

TATACARA PENDAFTARAN SECARA DALAM TALIAN (ONLINE) MELALUI SPMP

1) Telah membuat semua pembayaran.

2) Login http://spmp.polimelaka.edu.my selepas 72 jam (3 hari) membuat pembayaran dan

paparan berikut akan keluar.

3) Masukkan No Kad Pengenalan dan Katalaluan. Klik Login Pengguna. (Jika ada terlupa kata

laluan anda, sila hubungi PA anda untuk reset password atau hubungi Unit Teknologi Maklumat.)

4) Maklumat pengguna akan dipaparkan seperti di bawah :

Klik menu Hal Ehwal Pelajar.

5) Paparan berikut akan keluar.

Di bawah menu Pendaftaran, klik Kemaskini Maklumat Penjaga. Isikan semua

maklumat penjaga dengan lengkap, kemudian klik Simpan.

Page 6: RINGKASAN CARTA ALIR LAPOR DIRI PELAJAR … · APA YANG PELAJAR PERLU TAHU MENGENAI PROGRAM PELAJAR ... Anugerah Pelajar Aktif ... dengan harapan pelajar akan terus berusaha mengekalkan

Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2016

6) Paparan berikut akan keluar. Di bawah menu Pendaftaran, klik Lapordiri Pelajar

Senior.

7) Masukkan No Kp / No Pend pelajar dan klik. Cari Maklumat Pelajar. Klik Daftarkan

Saya.

DIS 2013 II DISEMBER 2013

Page 7: RINGKASAN CARTA ALIR LAPOR DIRI PELAJAR … · APA YANG PELAJAR PERLU TAHU MENGENAI PROGRAM PELAJAR ... Anugerah Pelajar Aktif ... dengan harapan pelajar akan terus berusaha mengekalkan

Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2016

8) Paparan berikut akan keluar. Klik Cetak Slip Pengesahan Lapordiri.

Cetakan Slip Pengesahan Pendaftaran Pengajian ini hendaklah di bawa dan dikemukakan

kepada Penasihat Akademik pada hari Lapor diri di jabatan akademik masing-masing.

Proses Pendaftaran Pengajian Online Pelajar Senior TAMAT.

Page 8: RINGKASAN CARTA ALIR LAPOR DIRI PELAJAR … · APA YANG PELAJAR PERLU TAHU MENGENAI PROGRAM PELAJAR ... Anugerah Pelajar Aktif ... dengan harapan pelajar akan terus berusaha mengekalkan

Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2016

KALENDAR AKADEMIK SESI DISEMBER 2016 POLITEKNIK MELAKA

TARIKH MINGGU AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

21/11/2016 – 25/11/2016 1 minggu Aktiviti Suaikenal

/Pendaftaran Latihan Industri :

28/11/2016

sehingga

14/04/2017

Penilaian LI :

17/04/2017

sehingga

28/04/2017

28/11/2016 – 20/01/2017 9 minggu Perkuliahan

30/01/2017 – 30/02/2017 1 minggu Cuti Pertengahan

Semester

06/02/2017 – 24/03/2017 7 minggu Perkuliahan

25/03/2017 – 08/04/2017 2 minggu Peperiksaan

10/04/2017 – 16/06/2017 10 minggu

Cuti Antara

Semester/Semester

Pendek

*Sebarang perubahan akan diberitahu dari semasa ke semasa. CUTI UMUM MELAKA Maulidur Rasul - 1 Disember 2016 Krismas - 12 Disember 2016 Tahun Baru - 1 Januari 2017 Tahun Baru Cina - 28 & 29 Januari 2017 Hari Melaka Bandaraya Bersejarah - 15 April 2017 Hari Buruh - 1 Mei 2017 Hari Wesak - 10 Mei 2017 Awal Ramadhan - 27 Mei Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong - 3 Jun 2017

Page 9: RINGKASAN CARTA ALIR LAPOR DIRI PELAJAR … · APA YANG PELAJAR PERLU TAHU MENGENAI PROGRAM PELAJAR ... Anugerah Pelajar Aktif ... dengan harapan pelajar akan terus berusaha mengekalkan

Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2016

AMANAT DARI JHEPP, POLITEKNIK MELAKA SEBAGAI SEORANG PELAJAR POLITEKNIK MELAKA, ANDA:

1. HENDAKLAH SENTIASA MENJAGA IMEJ DAN NAMA BAIK POLITEKNIK

MELAKA

2. HENDAKLAH MENGENAKAN PAKAIAN YANG SOPAN DAN BERSESUAIAN

sewaktu menghadiri kuliah, makmal dan bengkel di Kampus PMK. (SILA RUJUK

LAMPIRAN A).

3. TIDAK DIBENARKAN MEMAKAI SELUAR JEANS ATAU BERPOTONGAN JEANS

atau codroy sewaktu menghadiri kuliah, makmal dan bengkel (SILA RUJUK

LAMPIRAN B).

4. TIDAK DIBENARKAN MEMAKAI T-SHIRT sewaktu menghadiri Kuliah, Amali &

Bengkel KECUALI sewaktu Aktiviti Kokurikulum Dan Aktiviti Yang Dibenarkan

Sahaja.

5. TIDAK DIBENARKAN BERAMBUT PANJANG iaitu sama ada rambut melepasi

kening di bahagian hadapan, menutup telinga di bahagian sisi dan mencecah

kolar baju di bahagian belakang. (SILA RUJUK LAMPIRAN A).

6. TIDAK DIBENARKAN MEWARNAKAN RAMBUT ATAU MENGGAYAKAN

RAMBUT DENGAN FESYEN YANG MENGGUSARKAN.

7. SENTIASA MEMPAMERKAN KAD PELAJAR sepanjang anda berada di dalam

kampus Politeknik Melaka dan tidak mengubahsuai serta tidak menggunakan

kad pelajar lain.

8. TIDAK MEMBUAT BISING YANG MENGGUSARKAN ATAU MENGGANGGU

ORANG LAIN DI KAMPUS PMK.

9. TIDAK MENGGUNAKAN MANA-MANA BAHAGIAN DI DALAM KAMPUS

SEBAGAI TEMPAT TINGGAL ATAU TIDUR.

10. SENTIASA MENJAGA KEBERSIHAN DI DALAM KAMPUS PMK.

KEGAGALAN ANDA MEMATUHI PERKARA 2 HINGGA 10 YANG DISENARAIKAN DI ATAS, ANDA BOLEH DIKENAKAN KOMPAUN MAKSIMUM RM50.00 DI BAWAH KAEDAH 26 A, BAHAGIAN II, TATATERTIB AM, AKTA INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB) 1976.

Page 10: RINGKASAN CARTA ALIR LAPOR DIRI PELAJAR … · APA YANG PELAJAR PERLU TAHU MENGENAI PROGRAM PELAJAR ... Anugerah Pelajar Aktif ... dengan harapan pelajar akan terus berusaha mengekalkan

Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2016

SEKIRANYA ANDA DIKOMPAUN,

1. Surat rayuan (berserta salinan notis kompaun) boleh dikemukakan kepada JHEPP dalam tempoh 5 hari dari tarikh notis kompaun.

2. Pembayaran kompaun hendaklah dijelaskan di Unit Kewangan Politeknik Melaka dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh kompaun dikeluarkan.

3. Resit Pembayaran Kompaun hendaklah dikemukakan kepada Pegawai Hal Ehwal

Pelajar dalam masa 3 hari dari tarikh kompaun dijelaskan untuk tujuan kemaskini sistem.

SEKIRANYA ANDA GAGAL MENJELASKAN KOMPAUN DALAM TEMPOH YANG DITETAPKAN, ANDA BOLEH DIGANTUNG PENGAJIAN BERDASARKAN KAEDAH 63 & 64, BAHAGIAN V, TATACARA TATATERTIB, AKTA INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB) 1976.

LAMPIRAN A

Contoh pemakaian yang dibenarkan semasa menghadiri kuliah.

Page 11: RINGKASAN CARTA ALIR LAPOR DIRI PELAJAR … · APA YANG PELAJAR PERLU TAHU MENGENAI PROGRAM PELAJAR ... Anugerah Pelajar Aktif ... dengan harapan pelajar akan terus berusaha mengekalkan

Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2016

LAMPIRAN B

SELUAR JEANS DAN POTONGAN JEANS

SELUAR JEANS

SELUAR BERPOTONGAN JEANS

Page 12: RINGKASAN CARTA ALIR LAPOR DIRI PELAJAR … · APA YANG PELAJAR PERLU TAHU MENGENAI PROGRAM PELAJAR ... Anugerah Pelajar Aktif ... dengan harapan pelajar akan terus berusaha mengekalkan

Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2016

PERINGATAN KEPADA PARA PELAJAR PMK !!!

SEBELUM ANDA MENDAFTAR PENGAJIAN BAGI SESI DISEMBER 2016, SILA

PASTIKAN :

1. ANDA BERAMBUT PENDEK DAN KEMAS

a. Rambut tidak melepasi kening di bahagian hadapan.

b. Rambut tidak menyentuh/menutup telinga di bahagian tepi.

c. Rambut tidak menyentuh kolar baju di bahagian belakang.

d. Rambut tidak diwarnakan.

e. Rambut tidak digayakan dengan fesyen yang menggusarkan

(seperti mohawk, punk dan sebagainya)

2. BERPAKAIAN KEMAS DAN SOPAN

a. Memakai Baju Kemeja (Lelaki) / Baju Kurung (Wanita)

b. Tidak memakai pakaian yang ketat dan jarang

c. Tidak memakai seluar jeans atau berpotongan jeans

d. Baju hendaklah tuck in

e. Pakaian tradisi adalah dibenarkan tetapi mestilah sopan dan

tidak menjolok mata.

3. MEMAKAI KASUT BERTUTUP

a. Tidak dibenarkan sama sekali mengenakan selipar.

b. Sila pastikan kasut bertutup terutamnya kepada para pelajar

wanita.

4. TIDAK MENGENAKAN SEBARANG AKSESORI DAN PERHIASAN BAGI

LELAKI

a. Tidak dibenarkan memakai rantai leher, gelang tangan serta

subang atau anting-anting bagi lelaki.

KEGAGALAN PELAJAR UNTUK MEMATUHI PERATURAN RUPADIRI

DAN BERPAKAIAN PMK, BOLEH MENYEBABKAN ANDA

DIHALANG DARI MENERUSKAN PROSES PENDAFTARAN PENGAJIAN ANDA BAGI SESI DISEMBER 2016.

Page 13: RINGKASAN CARTA ALIR LAPOR DIRI PELAJAR … · APA YANG PELAJAR PERLU TAHU MENGENAI PROGRAM PELAJAR ... Anugerah Pelajar Aktif ... dengan harapan pelajar akan terus berusaha mengekalkan

Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2016

ASSALAMUALAIKUM SEMUA PELAJAR PMK.

APA YANG PELAJAR PERLU TAHU MENGENAI PROGRAM PELAJAR DI PMK

1) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) terdiri daripada pelajar-pelajar yang dipilih melalui proses pilihanraya yang

diadakan di Politeknik Melaka.

OBJEKTIF

Melahirkan barisan pemimpin pelajar yang berwibawa.

Membantu pelajar mendapatkan kemudahan di samping memaksimumkan penggunaan kemudahan

sedia ada di Politeknik.

Merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti pelajar.

Menggalakkan penyertaan aktif pelbagai etnik dan agama dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan.

Menyalurkan segala permasalahan dan cadangan berhubung kebajikan pelajar kepada pihak

pengurusan.

2) RAKAN MPP

RAKAN MPP dipilih dilantik daripada kalangan pelajar Semester 1 yang belum layak menyertai

pilihanraya.

3) Semua pelajar digalakkan Like Facebook Rasmi Politeknik Melaka iaitu

http://www.facebook.com/PoliteknikMelaka

4) Semua pelajar digalakkan Like Facebook Rasmi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)

http://www.facebook.com/JPPforPMK

5) Sistem Aktiviti Pelajar (SIAP)

SIAP merupakan satu sistem yang menggantikan Buku Merah dalam merekodkan penglibatan pelajar

dalam aktiviti pelajar di Politeknik Melaka (PMK).

Page 14: RINGKASAN CARTA ALIR LAPOR DIRI PELAJAR … · APA YANG PELAJAR PERLU TAHU MENGENAI PROGRAM PELAJAR ... Anugerah Pelajar Aktif ... dengan harapan pelajar akan terus berusaha mengekalkan

Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2016

Pelajar yang memperolehi markah tertinggi di peringkat jabatan masing-masing akan dianugerahkan

Anugerah Pelajar Aktif manakala pelajar yang oaling tinggi markah akan dianugerahkan Anugerah

Emas.

Pelajar lain yang mendapat antara markah tertinggi dalam sesuatu jabatan ,akan dijemput ke Majlis

Anugerah Kecemerlangan Pelajar (MAKP) yang diadakan setiap hujung semester di PMK.(bergantung

kepada kekosongan)

6) Pelajar Hebat

Objektif program ini adalah untuk melahirkan pelajar politeknik yang menonjol; yakni mempunyai

ciri-ciri personaliti unggul (towering personality) dapat mewakili politeknik di peringkat kebangsaan

dan antarabangsa sebaris dengan wakil dari institusi pengajian tinggi yang lain.

7) Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar (MAKP)

Majlis anugerah kecemerlangan pelajar (MAKP) Politeknik Melaka diadakan untuk memberikan

pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam bidang

akademik serta bergiat aktif ko-kurikulum, MAKP dapat memberikan pelajar galakan dan motivasi

dengan harapan pelajar akan terus berusaha mengekalkan keputusan cemerlang dan sentiasa

mengaktifkan diri dalam ko-kurikulum. Setakat sesi Jun 2016, MAKP telah diadakan sebanyak 22 kali

dan ianya dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

PERANAN PELAJAR BARU

Sentiasa memberi komitmen kepada semua aktiviti yang dijalankan oleh MPP PMK

Bersedia untuk membantu MPP dengan memohon untuk menyertai MPP melalui RAKAN MPP

(RAKAN MPP sebagai sayap MPP yang dipilih dikalangan pelajar Semester 1 yang mempunyai ciri-

ciri kepimpinan dan komitmen yang sangat tinggi)

Menonjolkan diri sebagai bakal pemimpin masa depan yang mempunyai ketrampilan, keyakinan diri,

softskill dan gaya kepimpinan yang hebat.

Sentiasa berusaha untuk menjadi PELAJAR HEBAT (akan diterangkan semasa Minggu Suai Kenal).