karl ogerh

14
Pandangan Terapi Perorangan Carl Rogers Terhadap Kawalan Murid. Menurut Amir Awang (1987), Carls Rogers mempunyai pandangan yang cukup teguh mengenai sifat tabii manusia. Baginya manusia boleh berkembang secara positif dan membina jika wujud perasaan percaya mempercayai, hormat menghormati yang boleh dirasai dan dialami. Rogers menolak sekuat-kuatnya anggapan bahawa manusia itu tidak boleh dipercayai dan pasif, dan menjadi mangsa sifat biologi atau persekitarannya. Ia menolak anggapan kepercayaan bahawa manusia itu perlu diarah, didorong, diajar, didera, diberi ganjaran, dikawal dan diuruskan hidupnya oleh orang lain. Ia yakin bahawa manusia memang dari mula lagi sudah mempunyai kecenderungan dan keupayaan semulajadi untuk berkembang peringkat demi peringkat menuju ke arah nirwana kendiri, andainya wujud keadaan-keadaan yang sesuai. Begitu juga dengan kawalan murid didalam kelas, jika teori ini diamalkan dengan berkesan, maka kita akan dapat mewujudkan suasana yang harmoni di dalam kelas. Sifat saling saying- menyayangi diantara guru dan murid dapat diwujudkan dan murid- murid akan mempunyai sifat mempercayai dan menghormati guru. Sifat-sifat yang ada pada murid-murid seperti membina, bekerjasama, boleh dipercayai, bersifat realistik dan sanggup bersosial dapat dibentuk dengan baik dan juga perasaan-perasaan negatif yang terdapat pada manusia seperti marah dan benci yang wujud akibat penafian keperluan seperti kasih sayang, keselamatan dan penerimaan dapat dielak dan dicegah sebelum ia merebak.

Upload: fatah92

Post on 19-Nov-2015

226 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

barang baikkkk

TRANSCRIPT

Pandangan Terapi Perorangan Carl Rogers Terhadap Kawalan Murid.

Menurut Amir Awang (1987), Carls Rogers mempunyai pandangan yang cukup teguh mengenai sifat tabii manusia. Baginya manusia boleh berkembang secara positif dan membina jika wujud perasaan percaya mempercayai, hormat menghormati yang boleh dirasai dan dialami. Rogers menolak sekuat-kuatnya anggapan bahawa manusia itu tidak boleh dipercayai dan pasif, dan menjadi mangsa sifat biologi atau persekitarannya. Ia menolak anggapan kepercayaan bahawa manusia itu perlu diarah, didorong, diajar, didera, diberi ganjaran, dikawal dan diuruskan hidupnya oleh orang lain. Ia yakin bahawa manusia memang dari mula lagi sudah mempunyai kecenderungan dan keupayaan semulajadi untuk berkembang peringkat demi peringkat menuju ke arah nirwana kendiri, andainya wujud keadaan-keadaan yang sesuai. Begitu juga dengan kawalan murid didalam kelas, jika teori ini diamalkan dengan berkesan, maka kita akan dapat mewujudkan suasana yang harmoni di dalam kelas. Sifat saling saying-menyayangi diantara guru dan murid dapat diwujudkan dan murid-murid akan mempunyai sifat mempercayai dan menghormati guru. Sifat-sifat yang ada pada murid-murid seperti membina, bekerjasama, boleh dipercayai, bersifat realistik dan sanggup bersosial dapat dibentuk dengan baik dan juga perasaan-perasaan negatif yang terdapat pada manusia seperti marah dan benci yang wujud akibat penafian keperluan seperti kasih sayang, keselamatan dan penerimaan dapat dielak dan dicegah sebelum ia merebak.

Peranan teori perorangan carl rogers terhadap huahsjahsuiaskjahs

Matlamat yang ingin dicapai di dalam kaunseling / Terapi Pemusatan Insan ini bukanlah sekadar menyelesaikan masalah yang dihadapi atau dialami pada masa itu, tetapi apa yang lebih diutamakan ialah untuk mencapai perasaan bebas dan besepadu bagi diri seseorang murid itu. Tujuan kaunseling adalah untuk membantu murid di dalam proses perkembangannya, agar ia dapat menghadapi dan mengatasi masalah masa kini dan masalah-masalah di masa hadapan.Dengan berasaskan kepada matlamat yang ingin dicapai, maka murid haruslah bersedia untuk memisahkan dirinya daripada apa yang selama ini telah sebati dengan dirinya bagi membolehkan dirinya berhadapan dengan realiti. Menurut Amir Awang (1987), terdapat beberapa perkara yang dapat diperhatikan dan dirasai oleh murid itu sendiri untuk mencapai maksud yang ingin dituju di dalam kaunseling.

1. Murid bersedia menerima, merasai dan mengalami realiti yang sebenar, tanpa mengherot-berotkannya untuk disesuaikan dengan struktur kendiri seseorang itu. Murid tidak lagi bimbang atau takut untuk berhadapan dengan realiti. Ia sedia menerima dirinya sendiri baik atau buruk, ia dapat mengalami hidup dengan cara yang baru dan dapat terus berkembang.2. Murid akan merasa yakin pada diri sendiri. Biasanya murid tidak yakin yang ia boleh mengemudikan hidupnya, kerana itu ia sering meminta dirinya dibimbing dan diarah. Tetapi apabila ia sudah sedia menerima dirinya dan berhadapan dengan kenyataan, ia pun akan mula mempunyai keyakinan dan keupayaan sendiri untuk mengawal dan mengarah hidupnya.3. Murid akan dipandu dan diarah oleh perasaan dan pemikirannya sendiri. Walaupun penting bagi seseorang untuk memberi perhatian kepada nilai-nilai dan norma-norma masyarakat, individu perlu juga mempunyai nilai-nilai sendiri untuk memandu dirinya. Ia harus bersifat inner directed dan tidak dikongkong oleh outer directedness. Melalui inner directedness ini ia akan memperolehi kepuasan kerana ia dapat membuat sesuatu keputusan berdasarkan pertimbangan sendiri.4. Murid dalam keadaan untuk terus berkembang. Apabila wujud di dalam diri murid kesediaan untuk terus hidup, untuk terus mengalami peristiwa-peristiwa baru, untuk terus menghadapi cabaran-cabaran dan masalah-masalah baru, maka individu telah mencapai suatu tahap positif di dalam proses hidupnya. Dari sini ia akan bersedia membuat ketetapan-ketetapan baru untuk dirinya, untuk mencari matlamat-matlamat baru untuk hidupnya. Ia tidak lagi perlu bergantung kepada orang lain untuk mengarah atau mengawal hidupnya. Ia sudah berupaya menuju ke arah matlamat baru.

Kaunseling Pemusatan Insan mengandaikan bahawa setiap individu mempunyai keinginan untuk berkembang, matang dan mencapai atau menuju ke arah kesempurnaan kendiri. Ini adalah merupakan satu-satunya pendekatan teraputik yang utama yang bergantung terhadap gerakan dalaman murid untuk menuju ke arah pertumbuhan. Individu dilihat sebagai boleh memulihkan diri, memerlukan kemesraan, dan persekitaran yang menyokong untuk mencapai kepuasan kendiri pada tahap yang tinggi.Menurut Gelso & Carter (1985), hubungan guru dengan murid dilihat sebagai ramuan yang penting di dalam psikoterapi. Dalam perhubungan kaunseling, komunikasi difokuskan kepada individu yang mengalami masalah. Rogers (1986) menyarankan tiga suasana yang fasilatatif iaitu :1. Ketulenan sebenar atau kongruen2. Penerimaan, mengambil berat dan bersangka baik3. Mempunyai kefahaman empatiKajian yang telah dibuat menunjukkan kaunseling pemusatan insan yang dicadangkan oleh Rogers adalah sesuai untuk menggalakkan peningkatan penyesuaian psikologikal pada diri murid. Melalui kaunseling pemusatan insan, murid telah meningkatkan penghargaan kendiri. Menurut Carkhuff dan Berenson (1967), kajian-kajian telah mengesahkan kepentingan sumbangan empati, penghormatan dan ketulenan dalam proses kaunseling. Brammer dan Shostrom (1982), satu ciri utama yang membezakan kaunseling pemusatan insan dengan pendekatan lain ialah meningkatnya tahap tanggungjawab pada diri murid berbanding dengan yang dijangkakan oleh guru.Amir Awang (1987), menjelaskan bahawa Rogers telah mengemukakan beberapa sifat yang terdapat di dalam teori ini. Antaranya ialah teori ini dianggap sebagai fleksibel dan sedia menerima perubahan dari semasa ke semasa. Ia memberi fokus kepada keupayaan murid serta tanggungjawabnya untuk mencari jalan bagi menghadapi kenyataan, dan seterusnya menghasilkan tingkahlaku yang sesuai dengan realiti. Pendekatan teori ini memberi tumpuan utama kepada dunia fenomenologi murid sendiri. Ini bermaksud setiap murid melihat kenyataan atau realiti menurut kaca mata dan teropongnya sendiri. Manakala guru harus bersedia untuk menerima persepsi subjektif ini dan harus bersedia merasai dan mengalami apa yang dirasai dan dialami oleh murid melalui proses empati. Guru juga harus mengelak dari mencemuh, menyangkal, mengkritik atau sebagainya. Pendekatan teori ini boleh digunakan dengan semua jenis murid iaitu normal, neurotik dan psikotik. Melalui hubungan yang dibina oleh guru bersama murid yang kongruen, menerima muridnya tanpa syarat dan mempunyai keupayaan untuk berempati, murid dengan sendirinya akan menemui dirinya sendiri melalui proses kaunseling. Dengan menggunakan teori ini guru hendaklah ikhlas, jujur, mesra dan bersedia menerima muridnya, serta mempunyai kebolehan untuk berempati secara tepat. Dengan sifat dan kebolehan ini, murid bolehlah diajak untuk memberi fokus kepada apa yang dirasai dan dialaminya masa kini dan pada ketika itu.Sebagai suatu teori yang menekankan usaha bersama di antara guru dan murid untuk membolehkan murid berkembang, guru dan murid terlibat secara langsung di dalam proses berkembang untuk menuju ke arah matlamat, manakala kuasa dan kawalan tidak dipegang oleh guru. Malah muridlah yang memilikinya, dan murid juga yang menentukan bagaimana ia hendak menggunakan kuasa dan kawalan ini bagi mengembangkan dirinya.(Rogers, 1977).

Teknik-teknik teori Pemusatan Insan

Penerimaan Tanpa Syarat

Teknik ini menekankan supaya guru mempunyai sikap menerima murid tanpa syarat iaitu tanpa menilai tingkahlaku, peristiwa atau perasaan murid sama ada baik atau jahat. Dalam ertikata lain, guru haruslah bersedia menerima muridnya tanpa mengenakan apa-apa syarat ke atasnya. Ia harus bersedia menerima muridnya tanpa prasangka atau sebarang penilaian. Guru juga haruslah juga sering berwaspada agar ia tidak memberi gambaran kepada muridnya yang ia sedia menerima muridnya, agar muridnya rasa senang terhadapnya lantas memuji, menyanjung atau menghargai kesediaanya menerima murid. Sikap ikatan dua hala ini (double binding) hendaklah dielak bagi menghindarkan perasaan ada udang disebalik batu. Tanpa mengenakan syarat seperti ini, murid akan dapat merasa ketulenan guru tadi untuk menolongnya dan dengan wujudnya persepsi dan perasaan seperti ini, maka lebih mudahlah proses perubahan personaliti berlaku, kerana tidak akan terasa sebarang ancaman.

Empati

Sifat empati adalah kebolehan untuk merasa dan mengenalpasti perasaan orang lain dan kemampuan memberitahu kepada murid daripada sudut pandangannya, iaitu cuba masuk ke dalam ruang rujuk murid. Di dalam teknik ini memerlukan guru mempunyai kefahaman empati yang tepat. Murid yang datang bersamanya membawa dunia subjektifnya, yang tentu berbeza daripada dunia subjektif guru itu sendiri. Dari huraian murid, baik melalui bahasa mahupun melalui gerak-geri tubuh badannya, guru haruslah berusaha menyelami dunia subjektif muridnya, sehingga ia dapat merasai, mempersepsi dan mengalami segala apa yang dirasai, dipersepsi dari alam objektifnya dari realiti yang sebenar.

Ketulenan

Sifat jujur, ikhlas dan tulen harus ada pada guru yang menggunakan teknik ini. Ketulenan adalah kebolehan untuk menjadi sejati dan benar dengan orang lain. Guru tidak sepatutnya menyelewengkan komunikasi, menyembunyikan motif atau bertindak dengan agenda yang tersembunyi, berpura-pura dan mengelak.Guru haruslah bersikap terbuka dengan muridya. Ia tidak tersekat-sekat atau teragak-agak untuk menyampaikan apa jua yang dirasainya, baik yang positif mahupun negatif. Dengan yang demikian ia dapat menjadi sebagai contoh atau model kepada muridnya untuk juga bersifat terbuka, jujur dan ikhlas di dalam menyatakan perasaan dan pengalamannya.

Aktif Mendengar dan berfikir

Mendengar merupakan satu kemahiran yang amat penting dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Tumpuan yang penuh ataupun konsentrasi hendaklah diberikan kepada apa yang murid cakap samada secara lisan atau bukan lisan. Tumpuan atau perhatian merupakan prasyarat terhadap membantu. Pendengar yang aktif akan memberi maklum balas tentang apa yang dicakapkan menggunakan perkataannya sendiri untuk tiga sebab iaitu ;ia akan memastikan ia betul-betul faham apa yang dicakapkan oleh muridnyaia akan memastikan ia betul-betul telah mendengaria akan membantu murid membuat pendedahan kendiriMengenal pasti perasaan dapat memberitahu kepada murid bahawa guru sedang mendengar dan menggalakkan murid untuk bercakap lebih bebas. Ini boleh membantu untuk merangka suatu ketetapan yang lebih memuaskan. Menurut Mc Kay, Davis dan Fanning (1983) menyatakan bahawa mendengar dengan aktif memerlukan guru bekerjasama di dalam proses berkomunikasi. Ini termasuklah parafrasa, menjelaskan dan maklum balas.ParafrasaParafrasa bermaksud mengatakan dengan perkataan sendiri apa yang telah dikatakan oleh murid seperti;apa yang saya fahamdengan kata lainGuru harus memparafrasakan apabila murid menyebut sesuatu yang penting kepadanya.

PenjelasanPenjelasan bermaksud bertanyakan soalan untuk mendapatkan penjelasan agar guru boleh memahami kenyataan-kenyataan yang kabur. Tujuannya ialah memahami dari konteks bagaimana cara berfikir murid dan perasaannya terhadap sesuatu masalah.

Maklum BalasSewaktu temubual kaunseling maklum balas menyediakan peluang untuk guru berkongsi apa yang difikirkan, dirasakan dan untuk menyemak persepsi. Untuk menyemak persepsi guru merangka apa yang dia dengar dan dipersepsikan ke dalam tentatif.

Kongruen

Kongruen memerlukan guru bersifat telus terhadap murid, iaitu jika guru merasa marah terhadap cara murid berkomunikasi tetapi dia menyembunyikannya. Ini menyebabkan berlakunya tidak kongruen. Adalah menjadi satu dilema untuk menjadi kongruen kerana ia kadangkala bercanggah dengan sikap tidak menghukum.

Mendengar untuk merasa

Interaksi yang berkesan melibatkan pemahaman yang mendalam terhadap dunia seseorang dan menyatakan kefahaman itu kepada murid. Melalui pendengaran dan tindakan yang tepat, halangan yang merintangi persefahaman dua hala boleh dihindari. Dinkmeyer & Losoney, 1980, mengenalpasti dan menyatakan perasaan dalam sesuatu mesej boleh dirangka dalam bentuk;perasaan kamu sekarangjika apa yang saya dengar ini betul

Mendengar dengan empati

Mendengar dengan empati bermaksud guru menyedari bahawa walaupun sesuatu perkara amat berat tetapi guru perlu juga membantunya. Guru perlu bertanya diri sendiri bagaimana kepercayaan dan keputusan walau pun ia mungkin gagal tetapi boleh mengurangkan kerisauan murid.

Menghormati

Menghormati adalah kemahiran interpersonal yang menunjukkan penghargaan tentang keunikan orang lain, toleransi terhadap perbezaan atau kelainan, kemahuan dan keinginan untuk berinteraksi dengan orang lain secara sama rata.

Penerimaan yang mesra

Teknik ini merupakan keupayaan untuk bersifat terbuka, peramah dan menerima menggunakan komunikasi bukan lisan yang boleh menyampaikan isyarat-isyarat kongruen, keterbukaan dan kesudian untuk mendengar.

Konfrontasi

Konfrontasi merupakan keupayaan untuk memberitahu seseorang individu itu tentang perselisihan tingkah laku dan kesannya terhadap dirinya sendiri, dengan cara yang tidak agresif, tidak menghakimi, tidak kritikal atau tidak defensif (mempertahankan diri). Ia bertujuan untuk menyedarkan individu tersebut sama ada tingkah lakunya menggalakkan atau menghalang perhubungan interpersonalnya.

Peranan Guru

Dengan adanya sikap dan kebolehan berempati, guru haruslah berperanan seperti yang dijelaskan oleh Corey (1996);Guru berfungsi sebagai fasilitator bagi perkembangan seseorang murid. Guru haruslah mewujudkan suasana teraputik iaitu mewujudkan suasana yang tenang, selesa dan sesuai agar dapat menggalakkan murid mengalami suatu rasa bebas untuk meneroka dan mengalami cabang-cabang hidup yang disangkalnya. Oleh itu murid dapat dibantu supaya tidak bersifat defensif. Guru harus menganggap murid sama taraf dengan guru dan berusaha mengenali masalahnya.Guru perlu mewujudkan suasana iaitu guru harus berada dalam keadaan kongruen dan murid berada dalam keadaan tidak kongruen. Guru bersedia menerima tanpa syarat, prasangka dan tidak beranggapan buruk terhadap murid. Guru harus berempati bagi merasai dan mengalami apa yang dirasai dan dialami oleh murid.Guru haruslah memperlihatkan kepada muridnya yang ia dianggap sebagai sama taraf dengan dirinya dan secara bersama mereka akan berusaha untuk mengenali masalah murid dan mengatasinya.Guru tidak akan mendiagnos masalah murid. Ia hanya menjadi sebagai cermin yang akan membantu murid melihat dirinya dan masalahnya dengan jelas.

Untuk mempastikan tercapainya perkara-perkara yang disebutkan di atas, haruslah wujud:pertemuan, baik secara langsung atau tidak langsung, di antara guru dengan muridguru haruslah di dalam kongruen, dan murid pula berada di dalam keadaan tidak kongruenGuru bersedia menerima muridnya tanpa syarat, tanpa sebarang prasangka dan anggapanGuru boleh berempati bagi merasai dan mengalami apa yang dirasai dan dialami oleh muridGuru haruslah bersifat jujur, ikhlas dan terbukaMurid pula haruslah dapat melihat dan merasai, tak banyak sedikit, sifat-sifat dan kebolehan-kebolehan di atas yang ada pada guru

Aplikasi teori dalam bidang kaunseling

Teori ini sangat sesuai digunakan di dalam suasana sekolah kerana ia menekankan kaedah pengajaran pemusatan pelajar. Ini bersesuaian kerana teknik-teknik dan tatacara-tatacara yang digunakan adalah berbentuk nasihat, saranan, pujukan dan pengajaran adalah sesuai untuk pelajar-pelajar di peringkat sekolah rendah dan menengah. Teori ini juga sangat berkesan dalam mengubah tingkah laku pelajar.