karangan cara2 ceriakan kawasan sekolah

2
`CARA-CARA UNTUK MENCERIAKAN KAWASAN SEKOLAH Sekolah ialah tempat kita belajar dan menimba ilmu. Lantarannya alam sekitar kawasan sekolahyang kondusif akan mempengaruhi pelajar menuntut ilmu dan menelaah pelajaran. Sebagai pelajar, kita seharusnya menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. Setiap pelajar akan berasaselesa jika persekitaran sekolahnya bersih dan ceria. Bak kata peribahasa, “Hendak seribu daya,tak hendak dalih.” Oleh itu, pihak sekolah perlu mengaturkan strategi yang dominan untuk menceriakan kawasan sekolah. Salah satu langkah yang dominan untuk menceriakan kawasan sekolah adalah mengadakan program bergotong- royong. Aktiviti bergotong royong harus diadakan berkala untuk membersihkan kawasan sekolah. Aktiviti ini perlu melibatkan seisi warga sekolah. Gotong-royong bertujuan untuk memastikan setiap warga sekolah dapat bekerjasama untuk menjagakebersihan sekolah. Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan cepat dan mudah, bak kata pepatah,yang berat sama dipikul, yang ringan sama dengan dijinjing. Pada hujungminggu,pelajar sekolah boleh hadir untuk aktiviti gotong-royong. Contohnya, pelajar dikehendaki memungut sampah atau membersihkan longkang. Tindakan yang seterusnya adalah mengadakan taman bunga di sekolah. “Program Sekolah dalamTaman” patut diadakan dengan menanam pokok-pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan yangmenghijau di kawasan sekolah. Lantarannya persekitaran sekolah lebih nyaman dan berudarasegar. Dalam situasi ini, pelajar-pelajar juga boleh membawa pokok bunga dari rumah untuk ditanam di kawasan sekolah. Landskap sekolah juga patut dilengkapi dengan kolam ikan dangunung-gunungan serta pondok atau bebalai untuk membaca. Nescaya pelajar lebih selasa danminat untuk menuntut ilmu dalam persekitaran seperti taman daripada bangunan konkrit yang kaku. Di samping itu pihak sekolah boleh mengecat bangunan semula. Mengecat bangunan bolehmencantikkan sekolah. Pelajar juga akan berasa seronok untuk datang ke sekolah yang berseri- seri. Cogan kata ada menyatakan , “sekolahku syurgaku.” Dengan bantuan Persatuan Ibu Bapadan Guru, pihak sekolah boleh

Upload: khairinzahin

Post on 06-Aug-2015

408 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Karangan Cara2 Ceriakan Kawasan Sekolah

`CARA-CARA UNTUK MENCERIAKAN KAWASAN SEKOLAH

Sekolah ialah tempat kita belajar dan menimba ilmu. Lantarannya alam sekitar kawasan sekolahyang kondusif akan mempengaruhi pelajar menuntut ilmu dan menelaah pelajaran. Sebagai pelajar, kita seharusnya menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. Setiap pelajar akan berasaselesa jika persekitaran sekolahnya bersih dan ceria. Bak kata peribahasa, “Hendak seribu daya,tak hendak dalih.” Oleh itu, pihak sekolah perlu mengaturkan strategi yang dominan untuk menceriakan kawasan sekolah.

Salah satu langkah yang dominan untuk menceriakan kawasan sekolah adalah mengadakan program bergotong-royong. Aktiviti bergotong royong harus diadakan berkala untuk membersihkan kawasan sekolah. Aktiviti ini perlu melibatkan seisi warga sekolah. Gotong-royong bertujuan untuk memastikan setiap warga sekolah dapat bekerjasama untuk menjagakebersihan sekolah. Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan cepat dan mudah, bak kata pepatah,yang berat sama dipikul, yang ringan sama dengan dijinjing. Pada hujungminggu,pelajar sekolah boleh hadir untuk aktiviti gotong-royong. Contohnya, pelajar dikehendaki memungut sampah atau membersihkan longkang.

Tindakan yang seterusnya adalah mengadakan taman bunga di sekolah. “Program Sekolah dalamTaman” patut diadakan dengan menanam pokok-pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan yangmenghijau di kawasan sekolah. Lantarannya persekitaran sekolah lebih nyaman dan berudarasegar. Dalam situasi ini, pelajar-pelajar juga boleh membawa pokok bunga dari rumah untuk ditanam di kawasan sekolah. Landskap sekolah juga patut dilengkapi dengan kolam ikan dangunung-gunungan serta pondok atau bebalai untuk membaca. Nescaya pelajar lebih selasa danminat untuk menuntut ilmu dalam persekitaran seperti taman daripada bangunan konkrit yang kaku.

Di samping itu pihak sekolah boleh mengecat bangunan semula. Mengecat bangunan bolehmencantikkan sekolah. Pelajar juga akan berasa seronok untuk datang ke sekolah yang berseri-seri. Cogan kata ada menyatakan , “sekolahku syurgaku.” Dengan bantuan Persatuan Ibu Bapadan Guru, pihak sekolah boleh menyediakan cat dan berus cat. Pelajar juga boleh bekerjasama bagai ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk mengecat pagar dan dinding bangunansekolah. Kelab atau persatuan kokurikulum juga digalakkan melukis di dinding sekolah. Mereka boleh melukis gambar landskap, pemandangan, lukisan dan corak serta cogan kata. Dalam konteks ini, sekolah kelihatan lebih cantik dan lebih sesuai untuk belajar.

Dalam pada itu, pertandingan kelas terbersih perlu diadakan setiap minggu. Melalui aktiviti ini,setiap pelajar akan menjalankan tugas masing-masing untuk membersihkan kelas mereka, sepertimengelap cermin tingkap, menyapu lantai dan mengemaskan meja dan kerusi. Guru bertugasharian akan memantau dan menilai kebersihan kelas setiap hari. Kelas terbersih dan terkotor akan diumumkan dalam perhimpunan mingguan. Kelas terbersih akan diberikan sijil penghargaan. Sebaliknya kelas terkotor perlu didenda untuk menjalankan pembersihan pada petang, seperti mencuci tandas dan kantin. Secara anjakan paradigma, pelajar akanmengamalkan tabiat menjaga kebersihan dalam kehidupan sehari-harian mereka.

Selain itu, sekolah juga perlu menjalankan Program 3K. Program 3K bermaksud mengutamakanKebersihan, Keindahan dan Keselamatan. Dalam program ini, pihak sekolah perlu memastikankawasan sekolah dalam keadaan yang bersih, indah dan selamat. Hal ini

Page 2: Karangan Cara2 Ceriakan Kawasan Sekolah

demikian kerana pihak sekolah sentiasa mengadakan pemeriksaan dan penyeliaan dari semasa ke semasa. Lebih-lebihlagi, pihak Kementerian Pelajaran akan membuat pemantauan terhadap sekolah tersebut. Hal iniakan memangkinkan semangat pihak sekolah untuk memastikan program berjaya diadakan.Sebagai impaknya, program 3K perlu diadakan di sekolah.

Intihanya, semua warga sekolah hendaklah bekerjasama untuk menceriakan sekolah. Dalam halini, guru,pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah perlu bersama-sama menjaga persekitaransekolah supaya bersih dan ceria.