kajian pemakanan di kalangan murid melayu tahun enam
DESCRIPTION
sainsTRANSCRIPT
ULASAN ARTIKEL
1.0 PENGENALAN
Ulasan artikel ini ialah mengenai amalan pemakanan bagi bayi dan kanak-
kanak. Amalan pemakanan yang sihat akan menjamin pertumbuhan
dan perkembangan yang baik bagi bayi dan kanak-kanak. Pengertian bagi
pertumbuhan ialah perubahan yang boleh dinilai dan diukur secara kuantitatif
dari satu peringkat ke suatu peringkat yang lain. Ianya melibatkan asas-asas
genetik bagi pembesaran fizikal pada semua bahagian badan, perubahan-
perubahan dalam perkembangan motor, deria dan sistem tubuh
badan, penjagaan kesihatan, pemakanan, tidur dan sebagainya (JAS LAILE,
2000).
Faktor pemakanan yang sihat akan menjamin pertumbuhan yang baik bagi
bayi dan kanak-kanak. Sebagai contohnya ialah ibu yang sedang hamil perlu
mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang,ini akan menyebabkan
pertumbuhan fizikal dan mental bayi dan kanak-kanak menjadi lebih baik.
Manakala, jika ibu yang sedang hamil yang tidak mengamalkan pemakanan yang
seimbang, sebaliknya akan memberikan kesan yang negatif terhadap
pertumbuhan bayi di dalam kandungan. Kemungkinannya, pertumbuhan bayi
akan terbantut.
Pengertian bagi perkembangan pula, menurut Slavin (1997), perkembangan
adalah berkaitandengan mengapa dan bagaimana individu tumbuh dan
membesar, menyesuaikan diri kepada persekitaran, dan berubah melalui
peredaran masa. Perkembangan juga berkaitan dengan faktor pemakanan, iaitu
apabila bayi dan kanak-kanak makan makanan yang sihat dan
seimbang, perkembangan daripada aspek fizikal, emosi, sosial dan kognitif
mereka akan menjadi lebih baik.Sebagai salah satunya contohnya ialah daripada
aspek kognitif, iaitu kanak-kanak pra sekolahadalah kreatif, bebas dan imaginatif,
contohnya mereka melukis manusia menyerupai orang-orangan
(scarecrow). Mereka boleh berbuat demikian adalah juga disebabkan pemakanan
yang berkhasiat, iaitu sebagai contohnya ibu bapa mereka memberikan buah-
buahan yangmengandungi banyak vitamin dan menyebabkan minda anak-anak
mereka berkembang dengan begitu baik sekali.
Seterusnya, artikel ini menerangkan tentang pemakanan yang tidak
seimbang dan tidak berkhasiat bagi kanak-kanak iaitu daripada pemakanan
ringan. Iklan yang terlalu banyak disiarkan di media massa dan media elektronik,
menyebabkan kanak-kanak begitu terpengaruh dengan makanan ringan ini.
Makanan ringan akan membawa kekurangan zat atau obesiti, kerana kandungan
dalam makanan ringan terlalu banyak kalori dan lemak. Kini, ramai kanak-
kanak yang menghidap penyakit berbahaya seperti diabetes, darah rendah,
penyakit buah pinggang dan sebagainya lagi, kerana makanan ringan yang
berlebihan yang diambil akan menyebabkan berlakunya penyakit yang tidak
diingini. Selalunya, ibu bapa gemar memberikan anak-anak mereka makanan
ringan, kerana sibuk dengan kerjaya. Malahan, mereka tidak berfikir apa kesan
yang akan berlaku nanti pada anak-anak mereka jika makanan ringan ini selalu
diambil.
Selain itu juga, artikel ini menerangkan tentang langkah-langkah
pemakanan untuk memperbaiki pemakanan dan menggalakkan tabiat makan
yang bijak iaitu beberapa garis panduan yang diberi oleh Klinik Mayo untuk diet
yang sihat. Ini menerangkan bagaimana cara pemakanan yang sihat diambil, iaitu
dari kanak-kanak yang berumur sejak lahir hingga 2 tahun. Bermulanya daripada
susu iaitu susu badan merupakan satu-satunya makanan yang terbaik bagi bayi
sejak lahir hingga berumur enam bulan. Ini disebabkan susu badan memberi
pemakanan yang baik kepada bayi dan melindungi daripada jangkitan. Susu
badan juga diperkaya dengan zat besi. Sebaik-baiknya susulengkap lembu boleh
diguna untuk mengganti susu formula atau susu ibu selepas bayi berumur 12
bulan.
Selain itu juga, pemakanan bayi pada umur satu tahun juga perlu
dititikberatkan, ini kerana pertumbuhan dan perkembangan tengah berlaku pada
peringkat awal ini. Jika pemakanan yang berkhasiat diamalkan, mereka tidak
mempunyai masalah kesihatan kelak. Seterusnya, ibu bapa juga perlu
menggalakkan anak-anak mereka bersenam pada setiap minggu. Jika kanak-
kanak hanya makan makanan berkhasiat sahaja, itu tidak mencukupi jika
senaman tidak dilakukan. Oleh itu, ibu bapa perlu menanamkan sikap suka
bersenam agar anak-anak dapat hidup secara sihat dari aspek fizikal dan emosi
mereka.
Artikel ini juga menerangkan tentang penyakit yang akan dialami oleh bayi
dan kanak-kanak jika pemakanan mereka tidak berkhasiat. Contohnya ialah
penyakit yang boleh dicegah seperti sakit gigi, cacar air, campak dan sebagainya
lagi. Penyakit ini sememangnya berkaitan dengan pemakanan kanak-kanak itu
sendiri. Sebagai salah satu penyakit yang dapat diambil ialah sakit gigi, iaitu
kanak-kanak mungkin banyak terdedah banyak kepada makanan ringan seperti
gula-gula dan snek.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, apa yang boleh saya ulaskan disini ialah
kesihatan diri bagi kanak-kanak pada awal usia merupakan harta yang paling
paling berharga serta sangat penting, namunramai yang tidak menyedarinya
sehingga anak-anak mereka ditimpa sesuatu penyakit yangtenat. Ramai juga
yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiatuntuk
kanak-kanak bagi memastikan kesihatan yang baik untuk mereka. Selain itu, apa
yangdapat saya tegaskan disini ialah corak pengambilan makanan yang teratur
sepatutnya dimulakansejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan,´ Diri Anda ialah
Apa Yang Anda Makan´ dankenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Corak
pemakanan menentukan keadaan kesihatan kanak-kanak mahupun orang
dewasa, kerana diet yang tidak teratur akan memburukkankesihatan. Oleh itu, ibu
bapa, guru dan masyarakat di sekeliling perlulah mendidik kanak-kanak makan
makanan yang seimbang, berkhasiat dan baik untuk kesihatan. Kanak-kanak
yang cergasdan cerdas adalah bermula daripada pemakanan yang baik.
KAJIAN
Tajuk / Isu : Masalah kegemukan dikalangan kanak-kanak
1. PENGENALAN
Pemakanan merupakan satu faktor yang penting di dalam kehidupan
seharian setiap manusia. Keperluan pemakanan di kalangan kanak-kanak
prasekolah perlu dikawal agar mendapat pemakanan yang seimbang dan
berkhasiat, Ini disebabkan oleh tenaga yang diperlukan untuk menjalani aktiviti
harian. Pertambahan saiz badan dan aktiviti fizikal pada usia 6 tahun amat
penting. Kanak-kanak yang mendapat cukup zat makanan dan dalam keadaan
persekitaran yang baik akan berpeluang untuk mencapai tumbesaran yang
optimum. Sebaliknya kanak-kanak yang mendapat kurang zat makanan akan
mengalami gangguan pertumbuhan fizikal dan mental, keletihan, kurang
penumpuan terhadap pelajaran dan kemerosotan pencapaian dalam pelajaran di
sekolah (Wan Nudri dan Aminah,1996).
Justeru itu, faktor-faktor yang mempengaruhi pemakanan adalah amat
penting dan berguna jika ianya dikaji secara terperinci dan berterusan
terutamanya bagi mempastikan kesinambungan wujudnya generasi yang sihat
secara berterusan di negara ini. Isu-isu berkaitan dengan makanan dan
pemakanan melibatkan interaksi budaya, sosial, ekonomi dan psikologi yang
kompleks. Pada tahun 1988, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendakwa
terdapat bukti-bukti yang kukuh menunjukkan bahawa tabiat atau amalan makan
yang buruk merupakan salah satu faktor penting yang meningkatkan penyakit-
penyakit kronik begitu cepat (KKM, 1996).
Baik buruknya pemakanan seseorang juga berpunca daripada tabiat
makan yang diamalkannya.Tabiat makan seseorang menggambarkan
pengambilan makanan yang sering diamalkan oleh seseorang individu. Tabiat
makan yang buruk boleh membawa kepada keadaan yang tidak sihat seperti
kegemukan atau berkemungkinan meningkatkan risiko mendapat penyakit seperti
penyakit jantung, diabetis, tekanan darah tinggi, karies gigi dan beberapa jenis
kanser. Berdasarkan isu-isu di atas, adalah penting bagi setiap individu
mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai makanan, tabiat makan dan
penyakit-penyakit yang berkaitan dengannya untuk membolehkan mereka
mengamalkan tabiat atau amalan makan yang sihat serta membolehkan mereka
hidup sihat dan memiliki kehidupan yang berkualiti (KKM,1996).
Pengetahuan pemakanan dan amalan makan yang sihat perlu diberi
penekanan lebih awal kepada setiap individu iaitu bermula di peringkat sekolah
rendah lagi. Murid-murid dalam usia ini perlu diberi pendedahan kepada perkara
di atas bagi mewujudkan generasi yang mempunyai pemakanan yang baik iaitu
sihat dari segi rohani, jasmani dan mental, seterusnya bebas dari risiko penyakit
yang merbahaya seperti diabetis, tekanan darah tinggi dan beberapa jenis kanser.
Selain daripada itu, pendedahan awal ini juga akan dapat memberikan kesedaran
awal kepada mereka mengenai kepentingan menjaga kesihatan diri supaya
sentiasa berada pada tahap yang optimum.
Kajian menunjukkan bahawa kadar obesiti kanak-kanak di kawasan bandar
adalah tinggi berbanding dengan kanak-kank di luar bandar (Bong & Safurah,
1996). Terdapat juga kemungkinan berlakunya kes-kes kekurangan makanan di
kalangan murid-murid sekolah rendah. Fenomena ini perlulah diberi perhatian
yang serius oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab bagi meminimumkan
permasalahan pemakanan di kalangan kanak-kanak di Malaysia.
Kini telah banyak usaha yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia terutamanya dalam memberi kesedaran berkaitan tabiat pemakanan
kepada seluruh rakyat Malaysia. Banyak kajian dan kempen pemakanan sihat
telah dijalankan, namun permasalahan pemakanan ini masih merupakan satu
masalah yang belum dapat diatasi sepenuhnya. Selain daripada Kementerian
Kesihatan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia juga amat prihatin dalam
menangani pemasalahan ini. Program Rancangan Makanan Tambahan Sekolah
(RMTS) yang mula diperkenalkan ke seluruh sekolah rendah di Malaysia pada
tahun 1979 dan diikuti oleh Program Susu Sekolah yang mula dipekenalkan pada
tahun 1989, adalah antara program yang dijalankan bagi meminimumkan masalah
tersebut. (Abdul Rahman, 1993).
2.KAJIAN LITERATUR
Isu obesiti telah menjadi masalah utama di kalangan kanak-kanak sedunia .
Kanak- kanak di Malaysia juga mempunyai masalah yang sama dan ia semakin
diambil perhatian terutamanya di sekolah dan masyarakat. Menurut Nutrition
Research Priorities in Malaysia - For 10th Malaysia Plan (2011-2015), satu kajian
yang telah dijalankan oleh Ismail, 2009 pada 11,500 orang kanak-kanak berumur
6-12 tahun di semenanjung Malaysia telah mendapati 10% daripadanya adalah
dalam kategori lebih berat dan 6% dalam kategori obesiti. Satu lagi kajian yang
dilakukan oleh Ruzita, 2009 pada pelajar sekolah rendah di Semenanjung
Malaysia, Sabah dan Sarawak telah mendapati 12.6% daripadanya dalam kategori
lebih berat dan 13.5% dalam kategori obesiti.
Di Malaysia, peningkatan masalah obesity dalam kalangan kanak-kanak
berumur 7-10 tahun adalah sebanyak 6.6% bagi umur tujuh tahun ke 13.8 % bagi
umur 10 tahun. Sebanyak 12.8% peratus daripada kanak-kanak ini adalah lelaki.
Masalah obesiti ini juga semakin ketara di kalangan remaja berumur 13-17 tahun.
Kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan adalah berisiko untuk
menjadi obes apabila dewasa dan keadaaan ini akan menjurus kepada kewujudan
masalah kronik yang lain pada masa hadapan (Chee et al, 2008).
Menurut Bill (2002), kajian menunjukkan pengetahuan tentang diet
yangseimbang dapat mencegah penyakit dan dapat meningkatkan kasihatan diri.
Iaperlulah diterapkan pada peringkat awal kanak-kanak dan berterusan sehingga
peringkat remaja dan dewasa.
Menurut Krause dan Mohan (1998), akibat pengambilan makanan yang
tidak baik, seseorang remaja akan menghadap risiko penyakit jantung, bulimia,
obesiti dan masalah tingkah laku.
Amalan pemakanan yang baik amat penting bagi perkembangan tubuh
badan, fungsi tubuh, pembiakan dan pertumbuhan yang normal. Tenaga
diperlukan bagi menjalankan aktiviti harian, kecekapan melakukan
pekerjaan,keupayaan pemulihan kecederaan tubuh badan. Bagi mendapatkan
keseluruhan tuntutan yang dikehendaki oleh tubuh badan, ia memerlukan
pengetahuan dan pemilihan pemakanan yang sempurna.
Jelliffe (1989) berpendapat bahawa salah satu faktor yang mempengaruhi
pengambilan makanan yang tidak sempurna adalah kerana kurangnya
pengetahuan golongan remaja tentang cara pemakanan yang baik
selarasdengan keperluan hariannya
Menurut Syed Mahadzir ( 2004 ), amalan pemakanan di kalangan kanak-
kanak dan remaja perlu dipantau dan dijaga kerana tabiat pemakanan
merekamudah dipengaruhi oleh iklan-iklan televisyen dan media lain. Ini
akanmenimbulkan masalah hiperaktif dan obesiti di kalangan kanak-kanak dan
remaja yang mungkin disebabkan oleh terlalu banyak makan makanan
sampingan segera yang terlalu tinggi kandungan logam, perisa dan pengawet.
Ibu bapa perlu mengawasi tabiat pemakanan anak-anak mereka. Ilmu tentang
pemakanan sihat tentang pemakanan sihat boleh diperolehi melalui sumber-
sumber yang begitu banyak di dalam negara kita sama ada melalui media
elektronik, bahanbercetak seperti majalah dan buku dan juga melalui
perbincangan dalam forum bengkel dan seminar.
Kajian Hadijah (1986), mendapati bahawa sumber pengetahuan pemakanan
yang ke dua ialah daripada ibu bapa dan adik beradik. Oleh yang demikian, ibu
bapa perlulah mempunyai pengetahuan yang cukup tentang pemakanan supaya
dapat menyediakan makanan yang seimbang untuk meningkatkan taraf
pemakanan dan kesihatankeluarga. Selain itu, pelajar juga mendapat maklumat
tentang pemakanan melalui media massa dan media elektronik.
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Kajian ini merupakan satu kajian mengenal pasti masalah kegemukan.
Masalah ini merupakan masalah dikalangan kanak-kanak. Berdasarkan tujuan
kajian tersebut, bab ini akan membincangkan kaedah penyelidikan yang telah
dijalankan. Penggunaan kaedah yang bersesuaian menentukan ketetapan dan
hasil kajian yang terbaik serta berupaya untuk mencapai matlamat dan objektif
yang ditetapkan. Aspek yang dibincangkan menerangkan tentang reka bentuk
kajian, populasi dan sempel, kaedah soal selidik digunakan dalam pengumpulan
data dan penganalisian data bagi mencapai objektif .
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini ialah untuk mengetahui masalah kegemukan dan pemakanan
kanak-kanak pra sekolah yang terbabit dan melihat amalan pemakanannya dari
segi makanan kegemaran, senaman, waktu makan dan tempat makan.. Selain
daripada itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui hubung kait antara cara
pemakanan kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan .
REKA BENTUK KAJIAN
Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik dalam mengenal pasti kanak-
kanak atau pelajar yang mempunyai masalah obesiti. Dalam kajian ini satu
borang telah disediakan untuk kanak-kanak dan beberapa solan yang ditanya
adalah berdasarkan pengalaman dan kegemaran kanak-kanak. Soal selidik ini
disediakan untuk melihat mengapakah masalah obes terjadi. Kajian ini juga telah
memberi ruang yang lebih mendalam bagai mana cara pemakanan yang betul
dapat dilhat agar masalah ini dapat dikurangkan.
POPULASI DAN SAMPEL
Populasi kajian ini ialah 10 kanak-kanak yang sedang mengikuti program
pendidikan prasekolah secara integrasi di sebuah sekolah yang terletak di Kuala
Lumpur. Pemilihan sekolah atau lokasi kajian yang dibuat dirancang dan
dipersetujui oleh pihak sekolan berkenaan. Sekolah yang telah dipilih untuk
menjadi lokasi kajian ialah Sekolah Kebangsaan Intan Baiduri Kuala Lumpur.
Sampel yang diambil ialah secara rawak yang berada di dalam kelas prasekolah
yang berumur 6 tahun..
SOAL SELIDIK
Soal selidik ialah satu kaedah untuk mendapat maklumat atau data lanjut lebih
mendalam terhadap kanak-kanak dalam pemilihan makanan harian dan aktiviti
yang dilakukan kanak-kanak yang menjurus masalah kegemukan.
BAB 4 : PENEMUAN
Kanak- kanak dan remaja yang cenderung dalam pemakanan dan aktiviti
yang tidak sihat mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi obes. Faktor-
faktor yang menyebabkan obesiti :
1. Keturunan dan faktor genetik
2. Tiada senaman yang mencukupi
3. Nutrisi yang tidak seimbang/ Pengambilan makanan dengan kadar yang banyak
4. Hormon
5. Pengambilan ubat/ Rawatan
6. Virus
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan terhadap murid Pra-sekolah SK
Intan Baiduri, didapati antara makanan kegemaran yang menjadi pilihan utama
mereka ialah coklat, ayam goreng, burger, gula-gula dan aiskrim. Manakala
minuman pilihan utama ialah air bikarbonat. Memang diakui makanan-makanan
ini mempunyai kalori yang sangat tinggi dan tidak baik untuk kesihatan jika
berlebihan dan boleh menyebabkan penyakit obesiti. Sayur-sayuran adalah
makanan yang paling tidak disukai oleh murid pra-sekolah.
Antara penyumbang utama masalah kegemukan di kalangan kanak-kanak
khususnya di SK Intan Baiduri ialah makanan segera yang kini boleh didapati
dengan mudah. Restoran makanan segera yang menjadi pilihan utama mereka
ialah restoran KFC diikuti McDonald dan Pizza Hut. 50% responden kerap
mengunjungi restoran makanan segera dalam masa satu bulan manakala 40%
responden sangat kerap mengunjungi restoran makanan segera dan bakinya
kadang-kadang. Ini menunjukkan 90% responden memilih makanan segera
sebagai pengganti makanan berkhasiat.
Faktor senaman juga merupakan salah satu aspek dalam membantu
penyakit obesiti. Daripada kajian yang telah dijalankan 90% daripada responden
sangat jarang melakukan aktiviti senaman bersama keluarga manakala bakinya
10% responden ada melakukan aktiviti senaman tetapi kadang-kadang bersama
keluarga. Melalui aktiviti senaman, kita dapat membakar kalori berlebihan dalam
badan agar badan sentiasa sihat dan ini dapat mengelakkan daripada penyakit
obesiti. Kesedaran untuk melakukan senaman bagi ibubapa kanak-kanak terbabit
masih di tahap yang rendah.
Pemilihan waktu makan juga memain peranan penting dalam
mempengaruhi penyakit kegemukan. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan
ini, didapati 90% responden suka makan pada waktu malam. Ini bukanlah
merupakan petanda yang baik. Jumlah kalori yang kita makan hanya akan
disimpan sebagai lemak kerana tidak banyak aktiviti yang dapat dijalankan pada
malam hari kecuali tidur. Ini boleh mengakibatkan terjadinya penyakit obesiti jika
tidak dibendung.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan ini, didapati 50% daripada
responden mempunyai Body Mass index (BMI) melebihhi 23 kg/m2. Ini
menunjukkan mereka telah menghidap penyakit kegemukan di usia 6 tahun dan
berat badan mereka tidak sesuai dengan ketinggian mereka. 40% daripada
responden mempunyai berat badan yang normal namun jika diteliti BMI
responden terbabit kebarangkalian untuk mereka mendapat penyakit kegemukan
adalah tinggi jika tidak dikawal pemakanan mereka. Hanya 10% responden
mempuyai berat badan yang tidak sesuai dengan ketinggiannya memandangkan
BMI nya di bawah paras 18kg/m2.
Standard Pengiraan Obesiti
Pertubuhan Kesihatan Sedunia menetapkan standard Indeks jisim tubuh (BMI)
yang berikut untuk dewasa dan kanak-kanak
(Sumber WHO)
Standard Untuk Bayi dan Kanak- Kanak
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah membangunkan satu standard
pertubuhan untuk bayi sehingga kanak –kanak berumur 5 tahun yang telah
dilancarkan pada April 2006. Standard ini dipanggil WHO child growth standards.
Walau bagaimanapun disebabkan oleh ketiadaan standard antarabangasa
untuk definisi bagi obesiti di kalangan kanak-kanak yang berumur 5-14 tahun,
cara ukuran obesiti bagi kumpulan ini agak mencabar. Oleh itu Pertubuhan
Kesihatan Sedunia kini sedang membangunkan satu panduan antarabangsa
untuk pertumbuhan bagi kumpulan kanak-kanak sekolah dan remaja. WHO child
growth standards ini dibangunkan dengan menggunakan bukti- bukti teknikal
dan diharap agar negara-negara ahli Pertubuhan Kesihatan Sedunia dapat
mengikut standard tersebut.
BAB 5 RUMUSAN
Daripada kajian ini dapatlah dirumuskan bahawa, tahap pemakanan murid-
murid pra-sekolah di SK Intan Baiduri adalah kurang memuaskan. Faktor yang
dikenalpasti paling mempengaruhi tahap pemakanan ialah pemilihan makanan
(makanan segera) murid dan amalan pemakanan (waktu makan) di mana semua
responden memilih waktu malam. Cara penyediaan dan masakan makanan juga
mempengaruhi taraf pemakanan murid-murid. Murid-murid dalam kajian ini hanya
mempunyai pengetahuan pemakanan pada tahap sederhana sahaja.
CADANGAN
Daripada rumusan yang telah dilakukan, cadangan seperti berikut adalah
disyorkan:
i. Kawasan yang dikaji perlu diberi perhatian yang serius mengenai tahap
pemakanan murid-murid. Pihak-pihak yang berkaitan haruslah memberi perhatian
yang lebih serius bagi mengatasi fenomena ini. Satu kajian yang lebih
menyeluruh bagi menentukan sebab sebenar haruslah dilakukan bagi mencari
punca pemasalahan ini.
ii. program-program pemakanan yang telah dan sedang dijalankan perlulah dikaji
semula keberkesanannya bagi meningkatkan tahap pemakanan murid-murid
sekolah rendah.
iii. Pihak Kementerian Pendidikan harus menumpukan perhatian yang lebih
terhadap golongan murid-murid yang menghadapi masalah pemakanan (kurang
atau lebih). Usaha-usaha meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan
amalan pemakanan yang betul perlu dilakukan. Usaha ini mungkin boleh
dilakukan dengan cara menambahkan lagi sukatan pelajaran berkenaan
pemakanan ataupun mengadakan program khas bagi tujuan ini.
iv. Risalah dan maklumat pemakanan yang dikeluarkan oleh Kementerian
Kesihatan dan juga agensi lain perlu disebarkan secara lebih meluas dan efektif
agar maklumat yang hendak disampaikan tepat kepada kumpulan sasaran
khasnya ibubapa..
v. Di dalam kajian ini kuantiti makanan yang diambil oleh murid tidak dikaji.
Walaubagaimanapun terdapat kemungkinan bahawa murid yang tidak makan
makanan berat tapi kerap makan mempunyai potensi untuk mengalami lebih
pemakanan.
vi. Program kesedaran dan peningkatan kualiti bagi pengusaha-pengusaha kantin
sekolah perlulah diberi perhatian supaya penyediaan makanan dan
penyelenggaraan kantin pada tahap yang memuaskan.
vii. Pihak pentadbiran sekolah atau PIBG boleh meningkatkan lagi peranan
mereka dalam mengawasi penjualan makanan di kantin sekolah supaya makanan
dan minuman yang dijual / dihidangkan bersesuaian dengan keperluan
pemakanan murid-murid sekolah.
KESIMPULAN
Umum mengetahui, masalah pemakanan adalah penyebab obesiti tidak
mengira usia dan secara amnya, masalah pemakanan di kawasan kajian adalah
penyebab utama penyakit obesiti di kalangan murid pra-sekolah. Ianya haruslah
diberikan perhatian yang serius oleh semua pihak terutama ibubapa dan pihak
sekolah dalam membendung dan mengambil langkah awal bgi mengatasinya.
Kajian bersepadu dan mendalam yang meliputi semua aspek pemakanan patut
dilakukan bagi mencari punca sebenar masalah ini dan seterusnya akan dapat
menyelesaikan masalah pemakanan kanak-kanak di negara ini.
Bibliografi
1. http://intim.wordpress.com/2007/11/10/penjagaan-kesihatan-kanak-kanak
2. http://ratuhati.com/index.php?option=com_content&view=article&id=22:amalkan- pemakanansihat-untuk-anak-anda&catid=46&Itemid=100088
3. http://www.slideshare.net/syazayasmin/makanan-dan-amalan-pemakanan
4. http://www.searchinpdf.com/PREVALENS-LEBIHAN-BERAT-BADAN-DAN-OBESITI- DI-KALANGAN-PELAJAR
ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK MUKA SURAT
1 ULASAN JURNAL 1-3
2 KAJIAN 4
i. PENGENALAN
ii. KAJIAN LITERTUR
iii. METODOLOGI
iv. PENEMUAN
v. RUMUSAN
4
6
8
9
12
3 BIBLIOGRAFI 15
4 LAMPIRAN 16