kajian mini didik hibur

39
KEBERKESANAN PENDEKATAN DIDK HIBUR TERHADAP PENCAPAIAN KEMAHIRAN MEMBACA BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN MURID LEMAH ABSTRAK ABSTRAK: Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti keberkesanan pelaksanaan didir hibur dalam meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid Tahun 3. Kajian telah dilaksanakan ke atas 15 orang murid Tahun 3yang juga turut terlibat dengan program LINUS di Sekolah Kebangsaan Pekan Kinarut, Papar. Bagi mencapai objektif kajian ini, instrumen kajian berbentuk kuantitatif telah digunakan untuk mengumpul data dan maklumat kajian seperti pelaksanaan ujian pra dan ujian pos ke atas respondan kajian serta penggunaan borang soal selidik. Dalam pada itu, kaedah pemerhatian juga digunakan untuk mengenal pasti kesan penggunaan kaedah didik hibur ini dalam meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan respondan kajian. Hasil pelaksanaan kajian yang telah diperolehi mendapati bahawa kesemua 15 orang murid kajian hanya mendapat Band 2 dalam ujian tersebut. Ini bermakna bahawa kesemua 15 orang murid Tahun 3 ini hanya tahu membaca dan mengenal huruf vokal dan konsonan sahaja. Sebaliknya, tidak dapat membaca dengan baik seperti mana yang sewajarnya. Walau bagaimanapun, keputusan ujian pos yang telah dilaksanakan ke atas kesemua 15 orang murid Tahun 3 ini mendapati bahawa kemahiran membaca murid telah dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih baik. Melalui ujian pos dapat dilihat pencapaian yang diperolehi oleh murid-murid ini yang mana 9 orang (60%) murid memperolehi band 3 dapat mengeja secara perlahan, iaitu dapat menterjemahkan huruf-huruf yang mereka lihat untuk menjadi sebutan dalam bentuk ejaan. Seramai 4 orang (26.7%) memperolehi band 4 pula dapat mengeja dengan laju tidak seperti sebelum pengajaran dan

Upload: eda-muryanti

Post on 12-Apr-2017

1.092 views

Category:

Education


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian mini didik hibur

KEBERKESANAN PENDEKATAN DIDK HIBUR TERHADAP PENCAPAIAN KEMAHIRAN MEMBACA BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN MURID LEMAH

ABSTRAK

ABSTRAK: Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti keberkesanan pelaksanaan didir hibur

dalam meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid Tahun 3. Kajian telah

dilaksanakan ke atas 15 orang murid Tahun 3yang juga turut terlibat dengan program LINUS di

Sekolah Kebangsaan Pekan Kinarut, Papar. Bagi mencapai objektif kajian ini, instrumen kajian

berbentuk kuantitatif telah digunakan untuk mengumpul data dan maklumat kajian seperti

pelaksanaan ujian pra dan ujian pos ke atas respondan kajian serta penggunaan borang soal

selidik. Dalam pada itu, kaedah pemerhatian juga digunakan untuk mengenal pasti kesan

penggunaan kaedah didik hibur ini dalam meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan

respondan kajian. Hasil pelaksanaan kajian yang telah diperolehi mendapati bahawa kesemua

15 orang murid kajian hanya mendapat Band 2 dalam ujian tersebut. Ini bermakna bahawa

kesemua 15 orang murid Tahun 3 ini hanya tahu membaca dan mengenal huruf vokal dan

konsonan sahaja. Sebaliknya, tidak dapat membaca dengan baik seperti mana yang

sewajarnya. Walau bagaimanapun, keputusan ujian pos yang telah dilaksanakan ke atas

kesemua 15 orang murid Tahun 3 ini mendapati bahawa kemahiran membaca murid telah

dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih baik. Melalui ujian pos dapat dilihat pencapaian yang

diperolehi oleh murid-murid ini yang mana 9 orang (60%) murid memperolehi band 3 dapat

mengeja secara perlahan, iaitu dapat menterjemahkan huruf-huruf yang mereka lihat untuk

menjadi sebutan dalam bentuk ejaan. Seramai 4 orang (26.7%) memperolehi band 4 pula dapat

mengeja dengan laju tidak seperti sebelum pengajaran dan pembelajaran dengan pendekatan

didik hibur, mereka hanya tahu sebut vokal dan konsonan sahaja. Seterusnya 2 orang murid

(13.3%) telah berjaya memperolehi band 5, iaitu dapat membaca tanpa mengeja huruf-huruf

yang diberikan.

Page 2: Kajian mini didik hibur

BAB 1: PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Didik hibur merupakan satu pembaharuan yang cuba diperkenalkan kepada murid - murid

sebagai kaedah alternatif semasa proses pengajaran sesuatu subjek. Tujuannya supaya sesi

pengajaran dan pembelajaran sesuatu subjek itu menjadi seronok untuk diikuti murid-

murid. Fokus pelaksanaan adalah kepada penguasaan kemahiran asas sesuatu subjek dalam

kalangan murid melalui pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. Penghayatan dan

apresiasi ini perlu diterapkan secara terancang untuk murid-murid sekolah rendah.

1.2LATAR BELAKANG KAJIANKurikulum Bahasa Malaysia dibina berasaskan tujuh tunjang, iaitu mementingkan tindak

balas komunikasi, pembentukan kerohanian, melahirkan sikap dan nilai kemanusiaan,

berdaya literasi sains dan teknologi, mengamalkan estetika dan melahirkan keterampilan

diri. Tujuh tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong gagasan penting

antara satu sama lain dalam usaha menyepadukan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif.

Kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan modal insan yang seimbang,

berpengetahuan dan berketerampilan. Selain itu, matlamat KSSR juga digubal untuk

membolehkan murid berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk

memenuhi keperluan diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, menguasai kemahiran lisan,

menganalisis maklumat, menentukan nilai dan idea serta merealisasikan hubungan sosial

dalam kehidupan harian. Fokus kajian ini adalah untuk melihat bagaimana kemahiran seni

bahasa dapat memberikan penekanan pada standard kandungan dan standard

pembelajaran” yang perlu diketahui dan dapat dilakukan oleh murid. Standard kandungan

dan standard pembelajaran ini berpaksikan sistem kemahiran bahasa dan sistem bahasa

yang disokong oleh elemen pengisian kurikulum. Jika dirujuk pada tajuk kajian, kajian turut

membincangkan kepentingan unsur seni bahasa yang terdapat dalam KSSR. Aspek seni

bahasa ini merujuk keupayaan murid memahami, mengungkap dan menghargai bahasa

yang indah melalui pembelajaran yang menyeronokkan dalam konteks pendekatan didik

hibur (pembelajaran yang menyeronokkan). Oleh itu, didik hibur ini dilihat dapat

mengupayakan dan membolehkan bahasa yang indah itu dapat diperoleh secara mudah

daripada teknik nyanyian, bercerita, berlakon, mendeklamasi atau berpuisi itu dilaksanakan

secara lebih santai tetapi bermakna. Seni bahasa juga menampakkan keindahan bahasa

dari segi pembentukan gaya bahasa khususnya ayat yang menggunakan unsur simile,

peribahasa, bahasa kiasan dan personifikasi yang terdapat dalam teks yang dibaca. Oleh

Page 3: Kajian mini didik hibur

itu, melalui idea yang kreatif, pembelajaran seni bahasa ini diharapkan akan dapat

melahirkan murid yang menguasai kemahiran lisan dan penulisan dengan baik.

1.3 PERNYATAAN MASALAH

Unsur didik hibur yang diterapkan dalam Memartarbatkan Bahasa Melayu Memperkukuh

Bahasa Inggeris (MBMMBI) adalah suatu langkah bijak Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM). Unsur ini diperkenalkan kepada murid murid sebagai kaedah alternatif semasa proses

pengajaran Bahasa Melayu. Tujuannya supaya sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Melayu menjadi seronok untuk diikuti oleh murid-murid. Fokus pelaksanaan adalah kepada

penguasaan kemahiran asas bahasa Melayu dalam kalangan murid melalui pendekatan didik

hibur dan apresiasi bahasa. Antara contoh didik hibur ialah sesi pembelajaran yang

menyeronokkan dengan unsur jenaka, estetik, permainan, muzik dan lakonan (Zailah 2012).

Oleh itu, cara ini dapat mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan kepada guru yang

berkonsepkan santai dan berhibur. Justeru, menjadikan keadaan pembelajaran yang positif dan

murid sentiasa tertunggu-tunggu untuk melalui sesi seterusnya. Di samping itu, sesi

pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan kreativiti guru dalam

menyampaikan pengajaran seperti aktiviti nyanyian dan lakonan serta main peranan yang

berpusatkan kepada murid sepenuhnya (Deen Jack 2012). Hal ini akan membentuk iklim

pembelajaran yang aktif. Sehubungan itu, Abdul Ghani dan Abd.Rahman (2007, 2009)

mencadangkan beberapa aspek kemanusiaan yang mempunyai peranan dalam membentuk

tingkah laku mulia murid-murid perlu diberi perhatian.Sebagai contoh, guru perlu dilihat sebagai

model tingkah laku yang berkesan kepada murid-murid. Guru perlu melengkapi diri mereka dari

aspek kekemasan diri dan juga pemantapan peribadi bagi menjadi idola dan panduan kepada

murid kerana pada dasarnya, guru mempunyai pengaruh yang cukup besar dalam perspektif

hidup murid.

Melalui penggunaan unsur pembelajaran menyeronokkan guru akan sentiasa disenangi oleh

murid apabila mereka yakin bahawa guru mereka adalah insan mesra murid. Menurut Shaffe et

al. (2011), salah satu daripada keceriaan aspek emosi dapat diwujudkan melalui amalan

pembelajaran menyeronokkan terhadap murid sama ada ketika sesi pembelajaran atau ketika

berinteraksi dengan murid secara tidak formal. Amalan ini akan dapat mengurangkan batasan

hubungan atau formality antara guru dengan murid. Natijahnya, murid akan lebih selesa, yakin

diri dan berani berjumpa guru untuk berbincang dan berinteraksi. Amalan ini membolehkan isi

pembelajaran mudah diingati kerana penerimaan ilmu adalah secara semula jadi dan bukannya

Page 4: Kajian mini didik hibur

secara paksaan. Amalan pembelajaran menyeronokkan berupaya membantu kelancaran

interaksi guru-murid. Sebagai kesimpulan, pembelajaran menyeronokkan amat perlu

dilaksanakan dengan berkesan di sekolah-sekolah.Lebih-lebih lagi dalam Bahasa Melayu agar

pembelajaran dan pengajaran lebih menarik minat murid.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan objektif kajian yang dilaksanakan ini maka terdapat beberapa persoalan berikut:

a) Apakah sikap guru Bahasa Melayu bersikap positif terhadap pembelajaran

menyeronokkan dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu?

b) Apakah medium yang guru gunakan untuk mewujudkan pembelajaran menyeronokkan

dalam pengajaran Bahasa Melayu?

c) Adakah pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan dalam usaha meningkatkan

prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu?

d) Mengguna dan memahami sesuatu pelajaran secara didik hibur;

e) Mengguna dan memahami bahasa yang indah atau bahasa badan dalam aktiviti

f) Mengguna dan memahami sesuatu kemahiran yang ditunjukkan secara didik hibur

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia, (SKPM) elemen 9.13, pembelajaran dan

pengajaran yang menyentuh disposisi guru telah menyatakan kepentingan amalan

pembelajaran menyeronokkan dalam kalangan guru sekolah. Dasar yang diunjurkan oleh

kementerian ini selari dengan Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner (2000), yang

telah menghuraikan sehingga lapan kecenderungan potensi seseorang untuk belajar.

Lazimnya, setiap individu akan mempunyai sekurang-kurangnya satu atau dua kecerdasan

yang lebih menonjol berbanding dengan kecerdasan lain. Semua kecerdasan boleh

dikembangkan melalui pendidikan, pengalaman dan persekitaran. Kepelbagaian ini menuntut

kreativiti guru untuk membantu murid belajar dengan cara dan gaya yang sesuai serta

memenuhi minat dan kemampuan murid (Salhah 2009; Roselan 2003).

Sehubungan itu, kajian ini dilakukan kerana beberapa kepentingan. Antaranya, hasil kajian ini

dapat menjelaskan tentang sikap guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan pembelajaran

yang menyeronokkan untuk meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Melayu. Kerana melalui pembelajaran menyeronokkan yang berpusatkan murid dapat

Page 5: Kajian mini didik hibur

memenuhi kepelbagaian kecerdasan murid. Sekiranya guru mengamalkan kaedah

pembelajaran menyeronokkan dalam pengajaran maka aspirasi Standard Kualiti Pendidikan

Malaysia (SKPM) tersebut sesuai untuk semua situasi. Namun, jika sebaliknya maka pihak-

pihak tertentu terutamanya di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri

(JPN) dan KPM perlu mengambil langkah-langkah tertentu untuk membantu guru-guru.

Selain itu, hasil kajian ini akan dapat menjelaskan jenis-jenis medium yang sering digunakan

oleh guru untuk melaksanakan pembelajaran menyeronokkan. Dengan demikian, kajian ini

akan dapat membantu guru-guru dalam merancang penggunaan bahan bantu mengajar dalam

pembelajaran Bahasa Melayu dengan lebih baik dan berkesan untuk melaksanakan

pembelajaran menyeronokkan. Selain itu, kajian ini juga diharapkan dapat menjadi bahan

rujukan kepada para pengkaji yang berminat dengan amalan pembelajaran menyeronokkan

dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah rendah. Justeru, hasil

daripada kajian ini akan berupaya membantu pelbagai pihak dalam menangani permasalahan

dan isu murid kurang minat terhadap Bahasa Melayu. Pada masa yang sama, mampu

meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

1.6 PERSOALAN KAJIAN

1) Apakah sikap guru Bahasa Melayu bersikap positif terhadap pembelajaran

menyeronokkan dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu?

2) Apakah medium yang guru gunakan untuk mewujudkan pembelajaran menyeronokkan

dalam pengajaran Bahasa Melayu?

3) Pada peringkat penyampaian pengajaran yang manakah sesuai untuk guru

mengaplikasikan pembelajaran menyeronokkan dalam pengajaran Bahasa Melayu?

4) Adakah pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan dalam usaha meningkatkan

prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu?

1.7 KEPENTINGAN KAJIANDapatan kajian ini diharap dapat memberikan maklumat kepada guru tentang kepentingan

penggunaan elemen didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian

ini diharapkan menjadi perhatian kepada Kementerian Pendidikan serta sekolah agar

menyediakan perkhidmatan guru yang berkebolehan di dalam menguasai seni bahasa

serta pelbagai kaedah pengajaran untuk mengajar Bahasa Malaysia

Page 6: Kajian mini didik hibur

1.7.1 GuruGuru yang bukan berpengkhususan dalam Bahasa Melayu pula diharap dapat

meningkatkan pengetahuan dengan menguasai keindahan seni bahasa dengan

mengaplikasikan elemen didik hibur dalam mata pelajaran lain yang diajar. Guru juga dapat

memperbaiki teknik pengajaran mengikut kesesuaian dan tahap pelajarnya. Selain daripada

itu, kajian ini juga dapat membantu murid untuk mengaplikasikan kemahiran seni bahasa di

dalam mata pelajaran lain.

1.7.2 MuridMurid dapat menggunakan kelebihannya sebagai salah satu inisiatif di dalam meningkatkan

kefahaman dan daya ingatan mereka di dalam sesuatu topik yang diajar oleh guru.

1.8 BATASAN KAJIAN

Responden bagi kajian tinjauan secara soal selidik ialah kumpulan guru mata pelajaran Bahasa

Malaysia di sekolah rendah. Secara khususnya,responden kajian ialah guru yang

melaksanakan P&P seni bahasa dalam kerangka sistem KSSR. Menurut Mohd. Majid Konting

(2009), populasi boleh didefinisikan sebagai satu set ciri yang menunjukkan cerapan atau

ukuran yang tertentu terhadap sekumpulan individu atau objek. Bagi kajian ini pula, seramai 30

orang guru yang mengajar Bahasa Melayu di Daerah klang telah terlibat sebagai responden

dan mereka diminta mengisi borang soal selidik yang dikemukakan oleh pengkaji.

1.9 KESIMPULANKesimpulannya, melalui pelaksanaan didik hibur ini, kerajaan berharap agar penumpuan

memperkasa penguasaan Bahasa melayu dapat ditekankan. Kaedah pengajaran diharapkan

akan menjadi lebih interaktif iaitu berkonsepkan didik hibur supaya pengajarannya lebih mudah

dihayati dan difahami.

Page 7: Kajian mini didik hibur

BAB 2 : KAJIAN PERPUSTAKAAN

2.1 LATAR BELAKANG DIDIK HIBUR

Cadangan pelaksanaan penyerapan pendekatan didik hibur dalam pengajaran Bahasa

Malaysia bermula apabila keputusan kabinet pada 8 Julai 2009 yang memutuskan bahawa

PPSMI dimansuhkan dengan mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam

Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis

Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil menjelang tahun 2012. Keputusan ini dibuat berasaskan

pertimbangan objektif berdasarkan kajian empirical dan saintifik, iaitu penemuan-penemuan

atas dasar kajian yang khusus yang telah dilaksanakan. Dalam masa yang sama, Kerajaan

melalui Kementerian Pelajaran Malaysia memberi sepenuh penumpuan dalam penguasaan

Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dengan memperkenalkan 12 langkah bagi maksud

berkenaan selain transformasi kurikulum Bahasa Malaysia di sekolah rendah dan menengah

selaras dengan saranan Y.A.B Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah

mengumumkan strategi untuk memartabatkan bahasa Melayu (MBM) serta memantapkan

penguasaan bahasa Inggeris (MBI) di semua peringkat persekolahan.

Penumpuan memperkasa penguasaan Bahasa Malaysia turut ditekankan. Oleh itu, Kerajaan

akan mula melaksanakan transformasi kurikulum Bahasa Malaysia di sekolah rendah dan

menengah yang mana akan memberi fokus kepada penguasaan asas kemahiran berbahasa

dalam kalangan murid melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik

merangkumi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta penguasaan

tatabahasa dan seni bahasa. Di sekolah rendah, kerajaan berhasrat memperkenalkan

pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa bagi merealisasikan hasrat transformasi

berkenaan. Manakala di peringkat sekolah menengah pula, transformasi kurikulum Bahasa

Malaysia akan memberi penekanan kepada penghayatan dan apresiasi aspek Kesusasteraan

Melayu. Kaedah pengajaran akan lebih interaktif, iaitu berkonsepkan didik hibur supaya

pengajarannya lebih mudah dihayati dan difahami.

2.2 DEFINISI DIDIK HIBUR

Didik hibur bermaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan

didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud

menyenangkan atau menggirangkan hati. Didik hibur juga boleh ditakrifkan sesuatu aktiviti

Page 8: Kajian mini didik hibur

di mana pelajar melakukannya untuk melepaskan tekanan, merehatkan minda, menghiburkan

hati dan menenangkan jiwa setelah melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang

demikian, dapatlah dirumuskan bahawa didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur dengan penekanan

pelaksanaannya terhadap empat komponen asas iaitu nyanyian, bercerita, lakonan, puisi dan

lain-lain aktiviti sokongan.

Yahya (2012) mengaitkan humor dengan kelucuan yang boleh menyebabkan seseorang

menjadi seronok apabila mendengarnya.

Menurut Shafie et al. (2011), amalan jenaka guru pelatih dapat mewujudkan persekitaran

pembelajaran yang menyeronokkan. Guru perlu kreatif dalam merancang langkah-langkah

pengajaran yang berkesan melalui kepelbagaian didik hibur.

Dalam situasi ini, penulis ingin mengaitkan definisi didik hibur atau hiburan dalam proses

pembelajaran menurut persfektif Islam. Berdasarkan kepada maksud hiburan itu sendiri

menurut Sheikh Mahmud Shaltut (1960), bekas Sheikh al-Azhar berpendapat bahawa

mendengar suara indah dan merdu sama ada daripada binatang, manusia atau apa-apa alat

atau ada kecenderungan untuk mempelajari sesuatu daripadanya adalah merupakan keinginan

untuk memenuhi tuntutan nalurinya. Selagi perkara itu tidak melalaikan daripada kewajipan

agama, bersesuaian dengan nilai akhlak dan bersesuaian pula dengan kedudukannya, maka ia

diharuskan.

Oleh itu, keseronokan murid secara keseluruhannya dalam mempelajari sesuatu subjek itu

akan dapat direalisasikan secara terancang dan bersistematik. Selain itu, didik hibur juga

berkait rapat dengan penggunaan bahan bantu mengajar. Penggunaan bahan bantu mengajar

yang menarik akan mewujudkan suasana pembelajaran yang menggembirakan.

Pendapat ini disokong oleh Yahya dan Dayang Raini (2011) yang menyatakan “pelbagaikan

bahan yang hendak digunakan seperti menggunakan gambar yang melucukan atau unsur

humor berdasarkan bahasa badan yang boleh menerbitkan ketawa. Perlu juga difikirkan

kepelbagaian pelajar yang memiliki tahap kognitif dan afektif yang berbeza.

2.3 CIRI-CIRI DIDIK HIBURCiri-ciri didik hibur seperto berikut:

a) Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar, kecindan,

ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya.

b) Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru. Seperti

Page 9: Kajian mini didik hibur

yang dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan berhibur. Justeru

murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif dan tertunggu-

tunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari berikutnya.

c) pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan pelbagai. Menerusi

aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid boleh main peranan dengan

menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang penting, arahan guru perlu jelas dan

ringkas di samping penggunaan ICT dan BBM untuk menarik penglibatan murid

terhadap pengajaran dan pembelajaran.

d) Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan

kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada ganjaran

atau dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada aktiviti Bahasa

Malaysia.

e) Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting Berjaya

melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan santai.

f) Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan

supaya wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi.

g) Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik tetapi terkawal

untuk memberikan satu persembahan yang menarik.

h) Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya tetapi terkawal.

i) Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh.

2.4 KAJIAN MENGENAI TEORI BERKAITANMenurut Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad di dalam karya mereka Kaedah

Pengajaran Bahasa Melayu (2012:53), teori-teori pemerolehan bahasa merujuk kepada

teori yang berfungsi untuk membantu seseorang memahami dan mengorganisasikan

pengalaman dan memberi makna rujukan yang sesuai. Terdapat banyak teori pemerolehan

bahasa antaranya ialah Teori Behavioris, Teori Kognitif, Teori Mentalis dan Teori

Interaksionalis.

2.4.1 Teori pembelajarn kognitifTeori ini menegaskan bahawa pembelajaran bahasa sebagai satu proses pemikiran, iaitu

satu aktiviti mental yang merupakan kebolehan manusia secara semulajadi.. Teori ini

mementingkan kefahaman struktur bahasa kerana pemahaman memudahkan pembelajaran

dan penguasaan bahasa. Pengetahuan tatabahasa juga dititikberatkan kerana ini

membantu kanak-kanak menguasai bahasa secara berkesan.

Page 10: Kajian mini didik hibur

Teori ini juga mementingkan pengetahuan mengenai pola-pola sintaksis dan leksikal. Di

samping itu, peraturan tatabahasa juga perlu dihafal dan teori ini menganggap bahasa

adalah fenomena pemikiran dan bukan mekanikal

2.4.2 Teori konstruktivisme

Teori ini juga berputik daripada pandangan kognivitisme iaitu pengetahuan manusia dibina secara aktif oleh manusia itu sendiri melalui daya pemikirannya.  Segala maklumat yang diterima oleh murid-murid akan diserap dan disesuaikan dengan maklumat sedia ada untuk membentuk storan baru di dalam fikirannya.

Teori pemikiran yang dibawa oleh Mc Brien & Brandt (1997) ini antaranya menegaskan bahawa manusia tidak sekadar menerima pengetahuan tetapi membina pengetahuan melalui informasi yang diterima otaknya.  Melalui pengalaman sedia ada, murid-murid membina pengetahuan dengan cara menguji idea dan pendekatan, mengadaptasinya dan meletakkannya bersama-sama pengetahuan sedia ada di storan baru.  Teori ini lebih dikenali juga dengan teori pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.  Guru bertindak sebagai penyumbang gagasan dan pereka bentuk bahan pengajaran dan terpulang kepada murid-murid untuk menganalisis idea,  mengolah semula atau mengadaptasinya bersesuaian dengan pengetahuan yang sedia ada di dalam mindanya. 

2.5 KESEDIAAN GURUDalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah guru adalah segala-galanya

(Pullias & Young 1982), yang akan menjalankan pelbagai peranan dalam bilik darjah (Syed

Lutfi 1994). Ini bermakna kejayaan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran itu adalah

terletak kepada kebijaksanaan guru sebagai pengurus dan perancang pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan. Sebagai guru, beberapa perkara berikut perlu dipatuhi, iaitu:

a) Perwatakan guru yang menarik, kecindan, tidak menakut atau menggerunkan

murid-murid.

b) Bahasa yang digunakan sesuai dengan tahap murid.

c) Guru tidak menjatuhkan air muka atau memalukan murid di khalayak.

d) Guru seorang pengurus atau penganjur aktiviti yang baik.

e) Sepatutnya guru boleh melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai aktiviti.

f) Guru boleh membuat pelbagai suara.

g) Boleh memberi arahan dengan tepat dan menarik.

Page 11: Kajian mini didik hibur

h) Seorang yang prihatin dan peka serta tajam daya pemerhatian.

i) Guru berkebolehan menukar atau melakukan penyesuaian mendadak, dan

j) Guru atau fasilitator seorang yang fleksibel.

2.6 PENDEKATAN DIDIK HIBUR

Didik hibur adalah satu kaedah alternatif semasa proses pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu. Pendekatan mendidik sambil berhibur dipraktikan semasa

sesi pengajaran dan pembelajaran. Ianya merupakan Pengisian Transformasi Kurikulum

Standard  Sekolah Rendah ( KSSR) dalam pelajaran Bahasa Melayu melalui

kemahiran bahasa, aspek didik hibur dan  aspek tatabahasa. Tujuannya supaya sesi

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia menjadi seronok dan dapat   merangsang

murid untuk belajar dengan lebih baik. Fokus pelaksanaan adalah terhadap penguasaan

kemahiran asas Bahasa Malaysia dalam kalangan   murid melalui pendekatan didik hibur

dan apresiasi  bahasa. Penekanan pelaksanaan didik hibur adalah terhadap empat

komponen sastera iaitu, nyanyian,bercerita, lakonan dan puisi.

2.6.1 DIDIK HIBUR NYANYIANNyanyian merupakan salah satu aktiviti yang disarankan dalam didik hibur yang melibatkan

perkembangan kreatif dan daya estetika. Aktiviti nyanyian yang dirancang dapat

menyumbang kepada proses perkembangan murid-murid secara menyeluruh, meliputi

perkembangan intelek, emosi, sosial dan fizikal. Dua kemahiran yang ditekankan adalah

aktiviti menyebut seni kata lagu dengan jelas, manakala kedua murid dapat memahami seni

kata lagu melalui persembahan nyanyian.

Aktiviti Nyanyiana. Definisi NyanyianKamus Dewan (2000) mentakrifkan nyanyian sebagai satu gubahan muzik yang dilagukan

dengan suara. Manakala Kamarudin Husin (1999), pula melihat aktiviti menyanyi sebagai

satu aktiviti yang berlaku dalam kehidupan sebenar dan boleh di bawa ke bilik darjah

sebagai satu kegiatan lisan yang menarik.

b. Kebaikan Aktiviti Nyanyian( i ) Menyumbang kepada kepelbagaian aktiviti bukan sahaja kepada proses pembelajaran

tetapi juga pengalaman baru murid-murid sewaktu mempelajari bahasa. Ini mencetuskan

Page 12: Kajian mini didik hibur

perubahan dalam aktiviti yang lazim ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik

darjah.

( ii ) Menyanyi adalah sesuatu yang menghiburkan. Justeru murid-murid berpeluang belajar

dalam suasana yang menyeronokkan.

( iii ) Menyanyi dapat mempertingkatkan motivasi kerana ia merupakan aktiviti yang

tertumpu kepada penglibatan murid sepenuhnya.

( iv ) Menyanyi memberi peluang kepada murid-murid untuk terlibat sepenuhnya dalam

aktiviti pembelajaran dan biasanya melibatkan seluruh bilik darjah.

( v ) Menyanyi dapat membantu murid-murid mengingat kembali bahasa yang dipelajari

dengan lebih baik berbanding aktiviti lain. Rentak, irama dan melodi semuanya boleh

menerapkan perkataan-perkataan yang dipelajari ke dalam otak secara berkesan.

( vi ) Lagu juga membantu murid-murid menguasai perbendaharaan kata, sebutan, intonasi,

rima dan tekanan, struktur serta bentuk ayat.

( vii ) Nyanyian menyumbang kepada sesi pengajaran guru yang menarik. ( viii ) Nyanyian

memberi pengukuhan yang baik dalam aspek kefahaman berbahasa.

c. Prinsip Nyanyian( i ) Elak memilih lagu yang tidak mempunyai susunan kata yang betul dan salah dari segi

tatabahasa. Ia juga tidak seharusnya mengandungi bahasa pasar, kuno atau dialek negeri

tertentu. Pilihlah senikata dari lagu-lagu yang mengandungi bahasa yang standard (bahasa

baku) dan diguna pakai sehari-harian.

( ii ) Pilihlah lagu yang mempunyai melodi yang senang dipelajari dan diingati. Sebaik-

baiknya murid sudah mampu melagukan melodinya sebelum mempelajari lirik lagu tersebut.

( iii ) Lagu yang dipilih mempunyai kelajuan yang sederhana, iaitu tidak terlalu lambat dan

tidak terlalu cepat. Lagu yang melodinya biasa didengar serta mudah dan senang diingat

perlulah diberikan keutamaan.

( iv ) Pilih lagu yang mempunyai banyak pengulangan seperti pengulangan melodi,

perkaTaan dan sebagainya. Pengulangan memudahkan murid menguasai bahasa yang

hendak dipelajari. Ini kerana pembelajaran bukan sahaja berlaku melalui penyampaian yang

baik tetapi juga melalui pengulangan bahan pembelajaran.

( v ) Sebaik-baiknya lagu yang dipilih itu hendaklah mengandungi cerita. Seperti kisah

seseorang yang menceritakan sesuatu perasaan, pandangan atau pendapat. Contohnya

lagu ‘Balik Kampung’ dan ‘Ayah dan Ibu’ nyanyian Sudirman Hj. Arshad, ‘Perigi Biru’

nyanyian Dato’ M. Daud Kilau dan sebagainya.

Page 13: Kajian mini didik hibur

( vi ) Bagi murid-murid yang berada ditahap rendah, lagu yang dipilih perlu mengandungi

perbendaharaan kata yang terhad. Elakkan juga memilih seni kata Lagu yang ada ayat yang

pelbagai jenis kerana boleh menganggu pembelajaran

d. Standard Kandungan Kurikulum Menyebut dan memahami unsur dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur.

1.1 Menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui persembahan nyanyian secara didik

hibur.

1.2 Menyebut dengan jelas dan memahami seni kata lagu melalui persembahan

nyanyian secara didik hibur.

e. Prosedur Menjalankan Aktiviti Nyanyian( i ) Pra Persediaan

Pada tahap ini, guru harus bijak memilih dan menentukan jenis lagu yang sesuai dengan murid

serta sepadan dengan objektif pengajaran. Pertama, tentukan tahap kesusahannya, panjang

pendek bahan, kekerapan mengulang perkataan, aspek bahasa yang hendak ditekankan,

apakah tindakan susulan, bahan bantu mengajar yang diperlukan dan sebagainya. Jika perlu,

guru kena mengubah suai atau menulis semula senikata lagu tersebut mengikut kesesuaian.

( ii ) Penyampaian

Guru boleh memilih untuk menggunakan kad imbasan perkataan dengan meminta murid-murid

mencari maksud atau membina ayat mudah daripada perkataan berkenaan. Seterusnya, guru

mengedarkan senikata lagu yang hendak disampaikan dan meminta murid-murid membaca dan

mengenal pasti beberapa perkataan yang susah. Dalam masa yang sama, guru boleh

memainkan CD lagu berkenaan dan memperdengarkannya kepada murid-murid. Buat latih

nyanyian lagu tersebut mengikut baris ke baris, sehingga seluruh perenggan itu diingat. Guru

perlu memberi perhatian kepada sebutan murid murid. Pastikan setiap perkataan di dalam lagu

tersebut, disebut dengan betul. Setelah menyanyi beberapa kali, guru bolehlah mengajar pula

aspek bahasa yang hendak dipelajari. Terang dan latih mereka untuk menguasai bentuk ayat,

atau strukturnya. Gunakan gambar untuk menjelaskan maksud atau gunakan bahasa badan

untuk menggambarkan makna secara jelas dan tepat.

( iii ) Penutup

Guru menyanyikan lagu bersama-sama murid. Bagi tujuan pengukuhan, guru boleh menguji

murid-murid secara bertulis tentang aspek bahasa yang telah diajar sebelumnya. Umpamanya

murid-murid diminta menghasilkan sebuah dialog ringkas atau cerita pendek menggunakan

kreativiti sendiri berdasarkan beberapa perkataan yang telah dikenal pasti dalam senikata lagu

Page 14: Kajian mini didik hibur

berkenaan. Guru juga boleh meminta murid untuk melukiskan gambar dalam lagu di atas

sehelai kertas A4 menggunakan lakaran pensel yang tidak berwarna.

f. Elemen Didik Hibur dalam Aktiviti Nyanyian( i ) Santai – Mendengar lagu dan membaca senikata lagu yang digemari.

( ii ) Lucu – Mengubahsuai seni kata lagu mengikut jalan tema sendiri.

( iii ) Seronok dan gembira – Banyak aktiviti nyanyian dan gerak badan.

( iv ) Semangat mencuba – Usaha murid untuk menghasilkan cerita ringkas daripada tema atau

perkataan dalam senikata lagu berkenaan.

( v ) Tidak takut – Guru turut menyanyi bersama-sama murid.

( vi ) Tidak stres – Murid berasa usaha mereka dihargai guru dan rakan-rakan.

2.6.2 BERCERITA DALAM DIDIK HIBUR

Bercerita adalah aktiviti yang menarik dan sesuai untuk sesi pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Malaysia kerana sifat kanak-kanak yang suka mendengar cerita. Cara ini bukanlah

sesuatu yang baru, malah ia kerap digunakan oleh ibu bapa sewaktu menyampaikan sesuatu

pengajaran kepada anak-anak mereka. Bercerita amat memikat dan bersifat menghiburkan

menyebabkan murid-murid cepat menumpukan perhatian jika sesuatu pengajaran itu dapat

disampaikan dalam keadaan yang menyeronokkan.

Aktiviti Berceritaa. Definisi BerceritaKamus Dewan Bahasa (2000) mentakrifkan bercerita sebagai mengisahkan sesuatu cerita,

bercakap atau berbual. Manakala Kamarudin Husin (1999) mentakrifkan bercerita sebagai

salah satu aktiviti lisan yang penting dan memerlukan beberapa kebolehan tertentu. Bagi guru

yang ingin bercerita, perlu memilih dan menggunakan perkataan yang sesuai, berkebolehan

melahirkan sesuatu gaya, suara, mimik muka dan intonasi yang boleh memikat perhatian

pendengar. Guru juga harus membina ayat yang betul, penggunaannya tepat, mudah dan

menarik. Pendek kata, semua unsur yang terdapat dalam bahasa lisan terutama dalam

percakapan yang natural, perlu diwujudkan semasa bercerita.

b. Kebaikan Aktiviti Bercerita( i ) Dapat menyuburkan daya imaginasi murid-murid. Usaha ini akan menjadikan murid-murid

lebih imaginatif dan kreatif. Semasa guru menjalankan aktiviti bercerita umpamanya, secara

imaginasi murid-murid boleh memasuki alam cerita tersebut dan menggambarkan seolah-olah

Page 15: Kajian mini didik hibur

mereka terlibat dalam cerita itu. Contohnya, kanak-kanak boleh menjadi angkasawan, gergasi,

makhluk halus, haiwan dan sebagainya.

( ii ) Menyemai rasa empati dalam kalangan murid-murid. Dalam cerita sering berlaku peristiwa

yang melibatkan emosi manusia seperti watak utama menemui kejayaan, gembira dan

menderita. Keadaan ini amat sesuai untuk murid-murid dan dalam masa yang sama boleh

mengubah suasana dengan membawa mereka untuk menghayati tema dan isi cerita

sepenuhnya.

( iii ) Menyuburkan akal dan kecerdasan otak. Semasa cerita disampaikan oleh guru, murid

lazimnya akan menunjukkan rasa minat, hairan, geram dan perasaan ingin tahu. Murid-murid

digalakkan bertanya atau menyoal, dibenarkan memberi komen atau pandangan terhadap

peristiwa, sifat serta perilaku watak-watak dalam cerita tersebut. Aktiviti-aktiviti seperti ini

membantu mengasah akal dan mempertingkatkan kecerdasan otak murid.

( iv ) Menggalakkan perkembangan bahasa. Ketika bercerita mereka akan menambah

perbendaharaan kata dan memperlihatkan pelbagai ragam gaya dan bentuk bahasa kepada

murid-murid.

v ) Bercerita merupakan asas untuk pendidikan agama. Ada sebahagian cerita mengandungi

unsur-unsur agama yang mempunyai pelajaran dan unsur pendidikan yang berharga seperti

moral dan akhlak, tingkah laku dan sikap yang baik untuk disampaikan kepada murid-murid.

( vi ) Asas kepada panduan hidup. Cerita yang disampaikan dengan cara yang menarik dan

memikat hati biasanya akan lebih berfaedah kerana sedikit sebanyak ia dapat membentuk jiwa

murid secara sihat. Cerita Si Tenggang umpamanya, mempunyai beberapa falsafah yang tinggi

di sebalik cerita itu. Kisah-kisah yang dipaparkan di dalamnya memberi kesedaran yang amat

mendalam. Implikasi cerita itu begitu berpengaruh dan sentiasa kekal dalam ingatan murid.

Pengajaran yang diperoleh daripada cerita itu juga boleh dijadikan panduan hidup mereka.

c. Prinsip Aktiviti Bercerita( i ) Cerita yang hendak digunakan perlu mempunyai tema yang sesuai. Ini bermakna, cerita itu

tidak boleh mengabaikan objektif mendidik dan mengasuh. Ceritanya mesti mengandungi isi

yang sesuai dengan murid-murid, terutama dari segi kematangan berbahasa, umur, latar

belakang, minat, kecerdasan otak dan pengalaman mereka.

( ii ) Menggunakan bahasa yang sesuai dengan tahap murid. Ini bermaksud bahasa perlu

mengandungi perkataan atau rangkai kata yang tepat, sesuai dan berkesan. Pengucapan cerita

itu harus dilakukan dengan jelas, ringkas dan tidak mengelirukan. Perkataan dan rangkai kata

yang mengandungi beberapa pengertian harus juga dielakkan.

( iii ) Plot cerita dan penyampaiannya perlu menarik. Jalan ceritanya tersusun dan ada

kesudahan cerita. Semasa menyampaikan cerita tersebut, guru perlu menggunakan pelbagai

Page 16: Kajian mini didik hibur

gaya yang pelbagai dan menarik seperti gaya isyarat, pergerakan, pertanyaan, menggunakan

cakap ajuk, melakonkan peristiwa peristiwa tertentu dan sebagainya.

( iv ) Penglibatan murid hendaklah menyeluruh dan maksimum. Guru harus bijak dan pandai

mengaitkan jalan cerita dengan intelek, emosi dan kadangkala fizikal murid-murid semasa sesi

bercerita. Semua aktiviti ini boleh diikuti dengan pelbagai gerak kerja lanjutan yang dirasakan

sesuai.

d. Standard Kandungan KurikulumMengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan dengan kreatif semasa

bercerita secara didik hibur.

1.1 Mengujarkan ayat dengan sebutan yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara melalui

penceritaan secara didik hibur.

1.2 Mengujarkan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu

perkara serta menggunakan bahasa bahan dengan kreatif melalui penceritaan secara didik

hibur.

e. Prosedur Menjalankan Aktiviti Bercerita( i ) Permulaan cerita

( a ) Bahagian ini menumpukan kepada keupayaan murid yang mengambil bahagian untuk

menarik minat rakan-rakan lain dan kekal hingga ke akhir cerita. Boleh dilaksanakan melalui

penggunaan isyarat, mimik muka, gambar, penglibatan murid, media di samping bijak

memainkan kata-kata, dan ini mampu menyediakan satu situasi bercerita yang sesuai.

Permulaan cerita lebih menarik jika mereka berjaya membawa imaginasi murid-murid lain ke

zaman berlakunya cerita dan peristiwa yang disampaikan itu. Dalam masa yang sama, guru

berperanan membimbing murid supaya membaca dialog dengan gaya, nada dan intonasi yang

betul.

( b ) Guru harus menunjukkan kecenderungan untuk membina perhubungan yang baik dengan

murid-murid. Kemesraan guru dan murid perlu dibina terlebih dahulu sebelum aktiviti bercerita

bermula. Keadaan ini boleh menarik perhatian murid di samping dapat menggalakkan

penyertaan mereka dalam aktiviti bercerita yang hendak disampaikan.

( ii ) Pembentukan cerita

( a ) Bahasa yang digunakan mestilah mudah dan sesuai dengan tahap murid-murid. Ini penting

agar maksud cerita dapat difahami sepenuhnya oleh murid-murid. Penggunaan cakap ajuk

pada bahagian tertentu cerita mampu menambahkan kesan yang boleh menjadikan pendengar

memberi perhatian lebih kepada cerita. Perkataan dan rangkai kata yang kabur perlu dielakkan

manakala istilah baru perlu disokong menggunakan gambar, ilustrasi atau sebagainya

Page 17: Kajian mini didik hibur

( b ) Kelancaran pertuturan amat penting untuk memberikan kesan penceritaan di samping

membolehkan terhasilnya satu perkembangan cerita yang licin dan berkesan. Murid yang

terlibat sebagai pelakon atau pendengar pula tidak menghadapi sebarang masalah untuk

memahami cerita berkenaan.

( c ) Kepelbagaian suara penting dan boleh dilihat dari segi tekanan tinggi-rendah, nada,

intonasi, kelantangan, panjang-pendek, besar dan kecil dan sebagainya. Keadaan suara yang

sedemikian hendaklah diwujudkan di tempat yang sesuai dengan peristiwa-peristiwa dalam

cerita itu. Umpamanya situasi menyeramkan pada waktu tengah malam, suara pencerita tadi

akan bertukar menjadi garau, kasar, seram dan ditambah dengan sedikit hilaian. Jika suara ini

benar-benar berkesan, lazimnya murid-murid akan menutup telinga dan mata sebagai refleksi

di luar kawalan mereka.

( d ) Gerak-geri dan mimik muka juga dapat membantu guru atau murid yang sedang bercerita

untuk menyampaikan maksud dan kandungan cerita dengan jelas dan bermakna. Situasi ini

akan melahirkan satu suasana bercerita yang menarik dan menghiburkan.

( e ) Penggunaan bahan rangsangan yang sesuai seperti penggunaan media boleh menarik

minat murid-murid terhadap keseluruhan cerita berkenaan. Jika perlu gunakan pelbagai bahan

rangsangan supaya mereka tidak cepat jemu dan bosan.

( f ) Cerita haruslah mengikut urutan, di mana jalan cerita yang perlu didahulukan akan

disampaikan di awal cerita dan begitulah sebaliknya. Ini perlu supaya hubungan cerita dengan

cerita, lebih konsisten dan menyakinkan pendengar

( g ) Semasa menjalankan aktiviti bercerita seorang guru perlu peka kepada tema yang hendak

disampaikan. Kefahaman terhadap tema membantu murid mengenal pasti plot cerita, watak-

wataknya dan moral cerita dengan tepat dan berkesan.

( h ) Penglibat murid perlu menyeluruh dan maksimum iaitu sama ada secara kognitif,

psikomotor atau secara lisan dengan memberikan pandangan atau cadangan

penambahbaikkan kepada rakan-rakan yang mengambil bahagian dalam aktiviti bercerita ini.

( iii ) Penutup Cerita

( a ) Cerita yang disampaikan perlu ada kesudahannya. Dalam bahagian ini, semua masalah

dan kerumitan watak dapat diselesai.

( b ) Perkara yang paling penting ialah kesudahan cerita itu dapat memenuhi objektif yang ingin

dicapai guru.

Page 18: Kajian mini didik hibur

f. Elemen Didik Hibur dalam Aktiviti Bercerita( i ) Santai – Murid dapat mendengar pelbagai tajuk cerita yang mereka digemari.

( ii ) Kelakar dan lucu – Apabila murid dibenar untuk menggunakan gaya sendiri yang kreatif

semasa menyampaikan cerita supaya berkesan, maka adegan lucu sudah pastinya akan

terjadi.

( iii ) Seronok dan gembira – Penggunaan mimik muka, suara dan bahasa badan.

( iv ) Semangat mencuba – Usaha murid untuk memgambil bahagian di hadapan rakan-rakan

sebagai pencerita berdasarkan tajuk cerita yang digemari.

( v ) Tidak takutkan guru – Guru turut bercerita bersama-sama murid dengan

mempelbagaikan suara, mimik muka dan gerak badan supaya penyampaian cerita lebih

berkesan.

( vi ) Kurang stress – Murid rasa sumbangan dan peranan mereka sebagai pencerita

atau pendengar cerita dihargai.

2.6.3 LAKONAN DALAM DIDIK HIBURDi sekolah, berlakon merupakan salah satu aktiviti yang sangat digemari oleh murid murid

kerana dijalankan dalam situasi bermain dan santai. Mereka akan tertarik dan teruja untuk

berlakon jika guru merakam lakonan tersebut dalam bentuk CD atau VCD dan kemudian

dipersembahkan semula di hadapan rakan-rakan mereka. Untuk aktiviti lakonan, murid-murid

biasanya diberi peranan untuk berdialog secara bebas, melahirkan pandangan, beraksi sesama

sendiri, berhibur dengan gelagat rakan sebaya, melaksanakan aktiviti bersama dan sebagainya.

Walaupun aktiviti berlakon ini berjalan secara tidak formal tetapi ia pasti membantu

meningkatkan kemahiran murid-murid untuk berbahasa dengan baik.

Aktiviti Lakonana. Definisi LakonanLakonan merupakan aktiviti, atau pergerakan tubuh badan atau segala bentuk perlakuan yang

meliputi segala kegiatan hidup manusia. Ia dilakukan oleh watak-watak tertentu sebagai

mencerminkan keadaan sebenar, atau meniru cara dan bentuk kegiatankegiatan yang berlaku

dalam hidup masyarakat. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan lakonan sebagai perihal

memainkan sesuatu drama, sandiwara dan sebagainya.

b. Kebaikan Aktiviti Lakonan( i ) Membolehkan murid-murid bertutur dengan gaya, suara, intonasi, nada dan sebutan yang

betul.

Page 19: Kajian mini didik hibur

( ii ) Murid-murid dapat menggunakan bahasa dalam situasi dan konteks tertentu dengan cara

yang betul.

( iii ) Melatih murid-murid bertutur menggunakan bahasa yang kemas dan teratur.

( iv ) Melatih mereka berinteraksi atau berhubung dengan orang lain untuk menyatakan

perasaan, kehendak, pengalaman dan buah fikiran.

( v ) Melatih murid menjadi pendengar yang baik dan mampu memahami apa yang

didengarinya itu dengan tepat.

( vi ) Menyuburkan semangat kekitaan, bertanggungjawab dan boleh bekerjasama dalam satu

kumpulan.

( vii ) Mendorong pembentukan pemikiran murid yang aktif, kreatif dan kritis.

( viii ) Mengikis perasaan rendah diri, malu dan pelbagai sifat negatif lain kepada sifat positif

seperti yakin, tegas dan sebagainya.

( ix ) Melatih murid memahami pelbagai aspek kehidupan menerusi lakonan sebelum mereka

menghadapi keadaan sebenar.

c. Prinsip-prinsip BerlakonUntuk memastikan aktiviti ini berjalan lancar, berkesan dan memenuhi tujuan pengajaran dan

pembelajaran, guru haruslah memiliki beberapa prinsip tertentu ketika mengendalikan aktiviti

berlakon, seperti berikut:

( i ) Aktiviti lakonan hendaklah menepati objektif pengajaran, iaitu untuk mempertingkat

kemahiran dan kebolehan berbahasa dalam kalangan murid.

( ii ) Berlakon memerlukan tema yang sesuai dengan pengalaman dan kebolehan mental murid

serta boleh dijalankan dalam situasi yang sebenar.

( iii ) Dialog dalam lakonan haruslah menggunakan bahasa yang sesuai, iaitu mudah, jelas,

ringkas, dan senang difahami oleh pelbagai peringkat murid.

( iv ) Aktiviti ini hendaklah dijalankan dalam bilik darjah. Lakonan yang memerlukan peralatan

yang sukar dibawa ke bilik darjah perlulah dielakkan.

( v ) Semua murid dibenarkan berlakon secara bebas. Guru hanya boleh membetulkan

kesalahan murid selepas persembahan lakonan tersebut supaya tidak menganggu perjalanan

lakonan atau membunuh minat serta semangat berlakon dalam kalangan mereka.

( vi ) Murid-murid digalakkan melibatkan diri sepenuhnya semasa aktiviti lakonan itu supaya

kemahiran intelek, emosi dan fizikal berkembang secara seimbang.

Page 20: Kajian mini didik hibur

d. Standard Kandungan Kurikulum( i ) Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui

lakonan secara didik hibur.

1.1 Mengujarkan (mengucapkan) dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas

tentang sesuatu perkara melalui lakonan secara didik hibur.

1.2 Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu

perkara serta menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur.

e. Jenis LakonanAktiviti lakonan dapat melatih murid-murid untuk bertutur dengan baik. Ada beberapa jenis

lakonan yang boleh dilaksanakan oleh guru dalam bilik darjah, iaitu:

( i ) Lakonan Berdasarkan Permainan

Lakonan jenis ini biasanya dijalankan tanpa perancangan.Murid diminta untuk melakukan suatu

permainan yang pernah mereka buat sebelumnya seperti bermain bola sepak, layang-layang,

guli, badminton dan sebagainya. Murid yang telah dipilih secara rawak, kemudian diminta keluar

ke hadapan dan guru meminta mereka untuk melakonkan permainan tersebut mengikut gaya

dan kreativiti sendiri. Manakala murid lain akan memerhatikan pergerakan yang sedang

dilakonkan dan meneka apakah jenis permainan tersebut. Contoh lain ialah permainan ‘pukul

berapa datuk harimau’, ‘ayam dan musang’, dan sebagainya.

( ii ) Lakonan Spontan

Merupakan lakonan yang tidak dirancang dan dijalankan tanpa skrip. Muridmurid diberi peluang

berlakon menggunakan ayat sendiri secara semerta iaitu lahir daripada fikiran mereka sendiri.

Biasanya melibatkan dua orang pelakon atau lebih. Sebelum berlakon, peranan masing-masing

diperjelaskan dan guru perlu memberikan gambaran suasana dan peristiwa yang hendak

dilakonkan itu sebelum murid melakonkannya secara bebas. Contohnya adegan berjumpa

doktor di klinik, melaporkan kehilangan barang di balai polis, hakim menjatuhkan hukuman

kepada pesalah dan sebagainya.

( iii ) Lakonan Bisu

Lakonan jenis ini hanya menggunakan pergerakan anggota badan tanpa dialog. Berpandukan

gerak-geri pelakonnya, murid-murid lain diminta meneka apakah yang dibuat oleh pelakon

berkenaan. Sebaik-baiknya guru menjelaskan terlebih dahulu situasi yang perlu dilakonkan

seperti jenis pekerjaan di rumah, permainan, situasi atau gelagat haiwan kesayangan.

Seterusnya mereka diminta menceritakan kembali gerak-geri yang dilihat menggunakan

Page 21: Kajian mini didik hibur

perkataan dan ayat sendiri. Contohnya perbuatan membelah kayu api, menyapu sampah,

menjemur padi, berlain layang-layang, mandi di sungai, menjual ubat, kuda berlari dan

sebagainya.

( iv ) Lakonan Berkait

Sesuai dijalankan kepada murid-murid tahap satu atau rendah. Guru menyebut beberapa

perkataan atau perbuatan, dalam masa yang sama guru akan melakonkan perkataan tersebut.

Misalnya apabila guru menyebut perkataan duduk, dia akan duduk di atas kerusi. Berbagai-

bagai aksi lain boleh dilakukan seperti menyebut perkataan ‘saya tidur’, ‘saya sedang bersikat

rambut’, ‘saya berjalan’ dan sebagainya. Situasi ini boleh ditukar ganti dengan meminta murid

pula yang menyebut dan melakonkannya atau guru menyebut perkataan, dan pelakonnya

adalah murid-murid secara beramai-ramai dalam bilik darjah. Melalui aktiviti ini, murid dapat

melihat perkaitan antara percakapan dengan lakonan yang dijalankan.

( v ) Lakonan Berskrip

Dijalankan dalam dua bentuk, iaitu lakonan tidak bersengaja dan lakonan bersengaja. Lakonan

tidak bersengaja merupakan lakonan tidak formal, dilakukan selepas murid-murid mendengar

sesuatu cerita atau kejadian. Tidak memerlukan persediaan yang rapi dan guru berperanan

memberikan nasihat dan cadangan sahaja manakala murid bebas berlakon menggunakan

perkataan sendiri. Manakala lakonan jenis bersengaja pula memerlukan perancangan teliti di

mana murid-murid diberi skrip lakonan berdasarkan cerita-cerita yang dipilih oleh guru.

Terdapat beberapa perkara yang perlu dilaksanakan guru sebelum menjalankan aktivitii

lakonan jenis bersengaja ini.

( a ) Jelaskan kepada murid peranan sebagai pelakon dengan menceritakan peristiwa yang

hendak dilakonkan atau memberikan skrip untuk diteliti.

( b ) Seterusnya, pemilihan pelakon dijalankan oleh guru. Semasa pemilihan dijalankan,

pastikan peluang berlakon diberikan kepada semua murid dan tidak hanya tertumpu kepada

murid pandai dan cergas sahaja.

( c ) Setelah guru menjelaskan peranan setiap pelakon, murid-murid yang terpilih bolehlah

melakonkannya secara bebas sebagaimana dikehendaki oleh jalan cerita berkenaan.

( d ) Ulasan dan komen boleh diberikan guru selepas selesai aktiviti lakonan supaya sesi

lakonan murid tidak terjejas. Sama ada untuk memberi peluang lakonan sekali lagi atau

membuka peluang kepada murid lain.

( e ) Sebaik-baiknya guru berikan motivasi atau rangsangan dan elakkan mengkritik atau

menyalahkan murid-murid sehingga membunuh minat dan keinginannya untuk terus berlakon.

Page 22: Kajian mini didik hibur

( f ) Guru boleh menyediakan beberapa peralatan sokongan seperti topeng dan pakaian yang

sesuai supaya lakonan murid lebih realistik dan berkesan.

( vi ) Lakonan Boneka

Guru memperlihatkan beberapa contoh boneka (puppet) dan melakonkannya. Pelbagai versi

dialog boleh dibina berdasarkan boneka berkenaan dan lakonan jenis ini amat sesuai untuk

menyampaikan pelajaran kepada murid-murid yang pemalu. Semasa boneka berkenaan

dilakonkan, murid-murid diminta mendengar dengan teliti dan mengenalpasti isi penting dan

kesalahan bahasa. Bagi murid murid sekolah menengah, mereka digalakkan membina skrip

mudah dan kemudiannya melakonkan sendiri menggunakan boneka berkenaan.

( vii ) Lakonan Nyanyian

Lakonan jenis ini memerlukan lagu sebagai bahan rangsangan dan sesuai dilaksanakan di

semua peringkat sama ada rendah atau menengah. Sebelum aktiviti jenis ini dijalankan, guru

perlu menjelaskan apakah peranan dan suasana yang perlu dilakukan oleh pelakon. Justeru,

pelakon hanya perlu menggerakkan anggota badan dan mimik muka tanpa berkata-kata kerana

sepanjang tempoh lakonan tersebut diiringi lagu yang diperdengarkan kepada mereka.

Contohnya lagu ‘Ayah dan Ibu’ nyanyian Sudirman Arshad, ‘Bukan Kerana Nama’ nyanyian

Ramli Sarip, ‘Jangan Tinggal Daku’ nyanyian P. Ramlee dan sebagainya.

( viii ) Lakonan Puisi

Lakonan puisi dijalankan oleh murid berdasarkan pembacaan puisi. Sebelum aktiviti ini

dijalankan, guru akan memilih puisi-puisi yang sesuai dengan tahap murid. Penggunaan sajak

dan pantun sesuai untuk murid-murid sekolah rendah, manakala gurindam, seloka, syair dan

nazam sesuai untuk murid-murid sekolah menengah. Contohnya, guru memasang pita rakaman

yang mengandungi ‘Sajak Ke Makam Bonda’, ‘Syair Burung Pungguk’, ‘Seloka Pak Kaduk’ dan

‘Gurindam Dua Belas’. Berdasarkan senikata puisi tersebut, murid-murid dikehendaki

melakonkan satu pergerakan mengikut baris-baris seperti yang terdapat dalam puisi berkenaan

semasa puisi berkenaan sedang diperdengarkan.

( ix ) Lakonan Cerita

Guru boleh mendapatkan bahan berkenaan menerusi buku cerita yang terdapat di

perpustakaan atau bilik darjah di sekolah. Caranya mudah kerana beberapa orang murid yang

dipilih akan membaca buku berkenaan sehingga tamat, kemudiannya melakonkan semula

peristiwa yang telah dibaca di hadapan rakanrakan. Guru boleh memperluas pengetahuan

murid-murid dengan menggunakan buku-buku cerita yang mempunyai tema yang pelbagai

seperti fiksyen Sains, Kesihatan, Agama, Sivik dan sebagainya.

Page 23: Kajian mini didik hibur

( x ) Lakonan Kaku

Lakonan jenis ini menyerupai ‘pantomime’ iaitu melibatkan seorang pembaca skrip dan pelakon.

Pembaca skrip boleh terdiri daripada murid-murid yang telah dikenalpasti oleh guru. Bezanya

hanyalah pada pergerakan pelakonnya sahaja yang bersifat statik atau setempat.

f. Prosedur Menjalankan Aktiviti Lakonan( i ) Sesi Pernyataan (Permulaan)

Pada peringkat ini, guru akan memberi penerangan tentang prosedur lakonan yang akan

dilaksanakan. Guru dan murid membincangkan secara ringkas isi dan jalan cerita, peranan

watak dan cara melakonkannya. Selepas itu, guru akan memilih murid-murid untuk diberikan

peranan tertentu. Mereka kemudiannya diminta melakonkannya di hadapan rakan-rakan.

( ii ) Sesi Berlakon

Pada peringkat ini murid-murid telah mengetahui tugas dan peranan masingmasing. Biarkan

mereka melakonkan cerita berkenaan menggunakan bahasa sendiri dan guru hanya memerhati

serta mengenalpasti sebarang kesalahan dan kelebihan yang berlaku. Komen secara membina

boleh dibuat selepas sesi lakonan berkenaan tamat.

( iii ) Sesi Perbincangan

Sesi ini diadakan selepas murid-murid selesai berlakon. Dalam sesi ini guru akan menyatakan

beberapa kesalahan yang telah dilakukan. Perbincangan boleh dijalankan antara guru dengan

murid, atau murid dengan murid. Perbincangan tidak hanya berfokus kepada kelemahan sahaja

tetapi juga kekuatan persembahan berkenaan.

g. Elemen Didik Hibur Dalam Lakonana. Santai – Murid berpeluang mendengar pelbagai tema cerita yang digemari

seperti ‘Seniman Bujang Lapok’ karya Tan Sri P. Ramlee dan sebagainya.

b. Kelakar – Murid berlakon menggunakan dialog sendiri.

c. Seronok dan gembira – Banyak aktiviti lakonan dan gerak badan.

d. Semangat mencuba – Murid berpeluang memegang watak yang digemari.

e. Tidak takut – Guru turut berlakon bersama-sama murid.

f. Tidak stress – Murid sukarela untuk berlakon.

Page 24: Kajian mini didik hibur

2.6.4 Pantun dalam Didik Hibur

Pantun merupakan salah suatu bentuk tradisi lisan yang masih wujud sehingga kini. Fungsinya

terdapat dalam hampir kesemua aspek kehidupan manusia seperti kegiatan berunsur ucapan,

seni, budaya dan pendidikan, menyebabkan pantun terus digemari. Kesemua pantun yang

dihasilkan oleh masyarakat Melayu tradisional memperlihatkan pemikiran masyarakat yang

menghasilkannya. Pantun juga menggambarkan latar hidup, dan penghayatan seni masyarakat

Melayu dalam zamannya.

Aktiviti Pantuna. Definisi PantunMenurut Kamus Dewan, (2000) pantun merupakan sejenis puisi lama yang terdiri daripada

empat baris dalam tiap-tiap rangkap yang mempunyai pembayang dan maksud. Manakala

Hashim Awang (1984) pula mentakrifkan pantun sebagai sejenis puisi lama yang mengandungi

empat baris ayat atau kalimat pada tiap-tiap rangkap. Tiap-tiap baris kalimat itu terdiri daripada

lapan, sembilan, sepuluh atau sebelas suku kata. Pada hujung tiap-tiap baris mestilah ada

persamaan bunyi atau rima. Bunyi akhir baris pertama mestilah sama dengan baris ketiga dan

baris kedua bersamaan dengan baris keempat. Jadi rima pantun itu dikatakan berbentuk abab.

b. Kebaikan Aktiviti Berpantun( i ) Melatih murid supaya peka kepada keindahan, kehalusan dan kesenian bahasa yang ada

dalam pantun dua kerat. Kesedaran ini penting supaya murid-murid menghargainya sebagai

sebahagian karya seni yang amat bernilai dalam kehidupan.

( ii ) Melatih murid memahami dan mentafsir bahasa yang mengandungi pelbagai makna dalam

pantun dua kerat. Cara ini boleh membantu murid-murid untuk mempertingkatkan

perbendaharaan kata di samping membantu memperkukuh kemahiran berbahasa mereka.

( iii ) Membolehkan murid-murid mengesan maksud, menyusun dan menyenaraikan idea, masej

dan pengajaran yang terdapat dalam pantun dua kerat dengan cekap dan pantas. Ini membantu

menambah kecekapan kefahaman mereka.

( iv ) Memberi peluang murid-murid untuk menikmati pantun dan memahami maksudnya secara

keseluruhan. Kegiatan ini mendorong mereka memupuk daya kreativiti dengan menghasilkan

karya seni.

( v ) Melatih murid-murid untuk menghasilkan pantun dua kerat ciptaan sendiri yang semakin

dilupakan masyarakat.

( vi ) Mendedahkan murid-murid dengan pengalaman baru iaitu bidang kemanusiaan.

( vii ) Membolehkan murid-murid belajar bahasa lisan dalam suasana yang menyeronokan

kerana terdapatnya unsur-unsur santai dan berhibur.

Page 25: Kajian mini didik hibur

( viii ) Menyuburkan minat murid-murid dan dalam masa yang sama dapat menghidupkan

imaginasi murid-murid semasa membaca pantun dua kerat.

c. Prinsip-prinsip BerpantunUntuk melaksanakan aktiviti secara berkesan, guru perlu berpegang kepada beberapa prinsip

berikut:

( i ) Aktiviti berpantun hendaklah dirancang supaya menepati objektif pengajaran, iaitu untuk

mempertingkat kemahiran dan kebolehan berbahasa dalam kalangan murid.

( ii ) Pantun digunakan perlulah menggunakan bahasa yang sesuai dari segi kebolehan

berbahasa murid-murid, perkembangan emosi, intelektual dan minat.

( iii ) Pantun yang dipilih juga perlu sesuai dengan peringkat dan mengikut kebolehan, mental,

bakat dan minat murid.

( iv ) Pilihlah hanya pantun yang mudah dan senang untuk difahami. Puisi yang terlalu panjang

dan kabur perlu dielakkan.

( v ) Pantun yang dipilih mestilah terdiri daripada pantun yang bermakna kepada murid-murid. Ia

bermanafaat dan dapat menyumbang kepada proses pembentukan peribadi mulia murid-murid.

Pantun yang mempunyai struktur dan persoalan yang menarik haruslah digalakkan

penggunaanya.

( vi ) Pantun dua kerat yang baik adalah pantun yang menggunakan unsur-unsur alam semula

jadi sebagai pembayangnya.

( vii ) Pantun tersebut perlu mengandungi olahan bahasa yang baik supaya menolong

mempertingkatkan kemahiran berbahasa murid-murid. Penggunaan pantun dua kerat yang

tidak beretika perlu dihindarkan.

( viii ) Pantun yang dipilih harus mudah dibayangkan oleh murid-murid dan jika boleh dapatkan

pantun-pantun yang ada dipersekitaran mereka terlebih dahulu.

( ix ) Bimbingan guru perlu semasa murid-murid menjalankan aktiviti mencipta pantun dua kerat.

Tujuannya supaya murid-murid tidak terlalu gairah menggunakan pelbagai ungkapan yang

kurang sesuai walaupun penggunaannya agak jenaka, tetapi akhirnya merosakan bahasa itu

sendiri.

d. Standard Kandungan KurikulumMelafaz dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah

secara didik hibur.

1.1 Melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul secara didik hibur.

1.2 Melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul serta memahami maksud pantun

yang dilafaz menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur.

Page 26: Kajian mini didik hibur

e. Prosedur Menjalankan Aktiviti Pantun Dua Kerat( i ) Sesi Permulaan

Pada peringkat ini, guru menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan pantun dua kerat

berserta contoh pantun yang lazim digunakan dalam masyarakat Melayu. Guru boleh

membincangkan secara ringkas tujuan dan firasat disebalik penggunaan secara meluas

pantuan jenis ini dalam masyarakat. Selepas itu, murid-murid dibahagikan kepada beberapa

kumpulan tertentu. Mereka kemudiannya diminta mencari seberapa banyak pantun dua kerat

dalam buku rujukan atau menerusi internet mengikut tema yang telah ditetapkan.

( ii ) Sesi Main Peranan

Pada peringkat ini murid-murid diajar cara melafazkan pantun dua kerat dengan gaya dan

intonasi yang betul, dengan bimbingan guru dan pita rakaman. Biarkan mereka cuba

melafazkan pantun berkenaan beberapa kali mengikut gaya dan bahasa badan masing-masing,

dan dalam masa yang sama mencari maksud pantun menggunakan perkataan sendiri. Guru

hanya memerhati serta mengenal pasti sebarang bentuk kesalahan atau kelebihan yang ada.

Komen secara membina boleh dibuat selepas sesi lakonan berkenaan tamat.

( iii ) Sesi Perbincangan

Sesi ini diadakan selepas murid-murid selesai menjalankan aktiviti melafazkan pantun. Dalam

sesi ini guru akan menyatakan beberapa kesalahan yang telah dilakukan. Perbincangan boleh

dijalankan antara guru dengan murid, atau murid dengan murid. Perbincangan tidak hanya

berfokus kepada kelemahan sahaja tetapi juga kekuatan persembahan berkenaan.

f. Elemen Didik Hibur dalam Berpantuna. Santai – Murid berpeluang mendengar pelbagai jenis dan tema pantun dua kerat yang

sering digunakan dalam masyarakat Melayu.

b. Kelakar – Murid membuat pelbagai aktiviti menggunakan perkataan dan kreativiti sendiri.

c. Seronok dan gembira – Banyak menggunakan aktiviti seni dan gerak badan semasa

berpantun.

d. Semangat mencuba – Murid berpeluang mengambil bahagian beberapa kali mengikut jenis

aktiviti yang digemari.

e. Tidak takut dan kurang stres – Guru turut mengambil bahagian dengan berpantun bersama-

sama di hadapan murid-murid.

f. Motivasi – Pujian guru dan rakan-rakan menyebabkan usaha mereka dihargai.

Page 27: Kajian mini didik hibur

2.7 KAJIAN LEPAS MENGENAI DIDIK HIBUR

Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Shaffe Mohd Daud dan rakan-rakannya dalam jurnal

pendidikan Universiti Putra Malaysia, dibawah tajuk Pengaruh Amalan Jenaka Terhadap

Pengajaran dan Pembelajaran Murid telah mendapati suasana pembelajaran yang seronok

dapat diwujudkan sekiranya guru berjenaka dalam bilik darjah semasa pengajaran dan pembe

lajaran. Guru pelatih juga menganggap amalan ini boleh mewujudkan kesan yang positif

terhadap pengajaran dan pembelajaran murid. Sementara tahap jenaka yang dilakukan oleh

guru pelatih adalah dengan kadar yang sederhana iaitu antara tiga hingga empat kali bagi

setiap sesi pengajaran.

Menurut kajian oleh Malikow (2007) murid menyukai guru yang pandai berjenaka. Namun ramai

guru yang tidak dapat melakukannya semasa dalam bilik darjah. Faktor jantina, mata pelajaran

dan personaliti guru dikatakan menjadi penyebab mengapa guru tidak berjenaka. Manakala

Frymier Wanzer dan Wojtaszczyk (2008) menyatakan terdapat amalan jenakayang sesuai dan

tidak sesuai dilakukan oleh guru. Jenaka yang tidak sesuai akan menimbulkan kesan yang tidak

baik kepada murid