kajian kami

Download kAjiAn kAmi

If you can't read please download the document

Upload: inchik-zaid-fadil

Post on 02-Jul-2015

1.361 views

Category:

Documents


28 download

TRANSCRIPT

SISTEM PENGUDARAAN DAN PENYAMANAN UDARA : KAJIAN KES DI BANGUNAN TABUNG HAJI KUALA LUMPUR

NAMA 1. MUHD FAIZ BIN ZULKIFLY 2. ZAID FADIL BIN SAJULI 3. MOHAMMAD RAFIE BIN ZAIDI MUSSHADAD

NO.PENDAFTARAN 15DPB09F2029 15DPB09F2031 15DPB09F2036

KEJURUTERAAN PERKHIDMATAN BANGUNAN JABATAN KEJURUTERAAN AWAM POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

SESI DISEMBER 2010

SISTEM PENGUDARAAN DAN PENYAMANAN UDARA : KAJIAN KES DI BANGUNAN TABUNG HAJI KUALA LUMPUR

NAMA 1. MUHD FAIZ BIN ZULKIFLY 2. ZAID FADIL BIN SAJULI 3. MOHAMMAD RAFIE BIN ZAIDI MUSSHADAD

NO.PENDAFTARAN 15DPB09F2029 15DPB09F2031 15DPB09F2036

PENGESAHAN LAPORAN

Laporan kajian bertajuk Sistem Pengudaraan dan Penyamanan Udara : Kajian Kes di bangunan Tabung Haji Kuala Lumpur ini telah dikemukakan, disemak serta disahkan sebagai memenuhi syarat dan keperluan penulisan seperti yang telah ditetapkan.

Disemak oleh : Nama Penyelia Tandatangan Penyelia Tarikh : : :

Disahkan oleh : Nama Penyelaras Tandatangan Penyelaras Tarikh : : :

Kami akui karya ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali nukilan yang setiap satunya telah kami jelaskan sumbernya

1. Tandatangan Nama No.Pendaftaran Tarikh

: : : :

2. Tandatangan Nama No.Pendaftaran Tarikh

: : : :

3. Tandatangan Nama No.Pendaftaran Tarikh

: : : :

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t. terima kasih diucapkan kepada penyelia iaitu Pn Nurul Izza Bt. Abdul Ghani, dan rakan-rakan, serta kakitangan Tabung Haji yang telah membantu dalam menyiapkan kajian kes yang dijalankan untuk modul Kajian Integrasi (C 3365). Di dalam kajian integrasi ini, pihak penyelia telah menugaskan untuk mengkaji Sistem Pengudaraan Dan Penyamanan Udara di sesebuah bangunan. Dengan sokongan dan dorongan oleh penyelia dan rakan-rakan serta pihak yang terlibat dalam menjayakan kajian kes ini.

Penyelia Penyelia t,pt kajian

Lecturer Rakan2

ABSTRAK

Kajian kes ini bertujuan untuk mengenalpasti Sistem Pengudaraan Dan Penyamanan Udara yang digunapakai di Bangunan Tabung Haji Kuala Lumpur. Skop kajian yang dijalankan di Bangunan Tabung Haji ialah di bahagian pejabat zon bawah iaitu bermula dari aras 12 sehingga aras 19. Kajian ini dijalankan menerusi temuramah bersama ketua unit penyelenggaraan Tabung Haji, pengumpulan data melalui internet dan juga melalui sumber buku-buku rujukan.

ABSTRACT

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH) atau secara ringkasnya Tabung Haji berperanan untuk menguruskan perjalanan jemaah haji dari Malaysia ke Makkah pada setiap tahun. Bangunan utama pejabat tabung haji terletak di Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur iaitu di tempat kami menjalankan kajian kes. Tabung Haji merupakan institusi kewangan yang terbukti berkesan menguruskan perbelanjaan pergi dan balik dari Malaysia ke Makkah. Seterusnya, Bangunan Tabung Haji di Kuala Lumpur berketinggian 152 meter. (500 kaki). Bangunan Tabung Haji mempunyai 39 tingkat. Ia terdiri daripada 27 lantai pejabat, tujuh lantai tempat letak kenderaan, dua lantai jentera, satu lantai bawah (jalan masuk utama), satu lantai untuk bank dan kedai, dan satu lantai untuk dewan serbaguna dan kedai. Bangunan tabung haji berbentuk bulat (circular) dengan profil melengkung (curved profile). Setiap tingkat Bangunan Tabung Haji mempunyai saiz yang berlainan.

HURAIAN LOGO TABUNG HAJI

Pembaharuan dan peralihan dunia korporat ke alam global telah mengajak TH untuk turut sama mara ke arah globalisasi perkhidmatan yang berkesan. Setelah dikuatkuasakan akta baru dalam tahun 1995 yang menyediakan ruang dan peluang untuk memberikan perkhidmatan secara global, maka pada 28 Ogos 1997, TH telah melancarkan logo korporatnya yang baru yang lebih bersifat semasa dan terkini dengan ciri-ciri tersendiri. i. Logo TH yang condong ke sebelah kanan menggambarkan bahawa TH tidak statik malah sentiasa positif dalam usaha-usaha ke arah pencapaian segala misi dan cita-citanya. la sentiasa selari dan seiring dengan perkembanganperkembangan sistem dalam pengurusan haji, kepelbagaian kegiatan pelaburan dan perisian teknologi. ii. Huruf ( ta ha) adalah kependekan perkataan-perkataan Tabung Haji di dalam bahasa Arab. iii. Huruf dan TH ditimbulkan bagi melambangkan huruf-huruf identiti Tabung Haji. Bentuk segi empat logo ini melambangkan Ka'abah yang menjadi arah tuju dan tumpuan sembahyang seluruh umat Islam di dunia. Dalam hal ini, TH akan terus menyeru dan menggalakkan orang di Malaysia untuk melawat Ka'abah bagi tujuan haji dan umrah.

iv.

Sementara itu, perkataan 'Tabung Haji' diletakkan bersebelahan dengan logo ini pada bahagian kanan yang turut disertai di bawahnya dengan kalimah Arab, 'Haiyya Alal Falah' (Mari menuju kejayaan).

v.

Warna hitam menunjukkan warna kaabah apabila ia diselubungi oleh kain Kiswa.

vi. vii.

Warna hijau menunjukkan warna korporat bagi Tabung Haji. Warna putih melambangkan kebersihan dalam Islam dan ia menjadi asas dalam segala aktiviti Tabung Haji.

HURAIAN VISI DAN MISI

Lembaga Tabung Haji sebagai sebuah organisasi Islam yang dinamik dan prihatin dalam pengurusan dan pengendalian haji dan umrah yang sempurna serta mengukuhkan ekonomi ummah, beriltizam melaksanakan dan mencapai wawasan ini dengan : i. ii. Memberikan perkhidmatan yang cekap dan cemerlang kepada pelanggan. Mengamalkan semangat berpasukan yang beramanah, profesional, produktif dan berhemah tinggi. iii. iv. Beriktikad memberikan pulangan yang tinggi dan setanding dengan pasaran. Menggunakan teknologi dan sistem terkini untuk pengurusan dan perkhidmatan yang berkualiti.

1.2

Ojektif Kajian

Objektif kajian adalah seperti berikut :

i.

Mengenalpasti jenis sistem operasi yang terdapat di bangunan Tabung Haji Kuala Lumpur.

ii.

Mengetahui masalah yang sering berlaku dan jalan penyelesaian yang dilakukan pada sistem pengudaraan dan penyamanan udara di bangunan Tabung Haji Kuala Lumpur .

iii.

Mengenalpasti penyelenggaraan sistem pengudaraan dan penyamanan udara yang terdapat di bangunan Tabung Haji Kuala Lumpur.

1.3

Skop Kajian

Menjalankan kajian mengenai sistem Pengudaraan Dan Penyamann Udara di bahagian pejabat zon bawah, bermula dari aras 12 sehingga aras 19 di Bangunan Tabung Haji Kuala Lumpur.

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

Penyaman udara bukan sahaja untuk pendinginan,tetapi ia meliputi pemanasan, mengawal suhu, mengawal kelembapan, pembersihan dan pengagihan udara untuk mencapai kehendak tempat yang dinyamankan. Di dalam sistem penyamanan udara, haba hendaklah di keluarkan dari tempat yang hendak dinyamankan, haba kemudiannya hendaklah dibuang ke udara luar. Ianya dibuat melalui sifat pergerakan haba itu sendiri iaitu bergerak dari satu kawasan yang panas ke satu kawasan yang sejuk.

Proses Penyamanan Udara

Sistem penyamanan udara terbahagi kepada dua bahagian: i. Bahagian bertekanan tinggi (kawasan 1). ii. Bahagian bertekanan rendah (kawasan 2).

Komponen Utama Dalam Penyamanan Udara Pemampat (Compressor) a) Merupakan jantung kepada system penyamanan udara. b) Ia bertanggungjawab untuk memampat dan menghantar gas refrigerant ke condenser. Pemeluwap (Condensor) a) Memindahkan haba yang diambil oleh refrigerant di dalam gelung penyejuk. b) Ianya memeluwapkan wap refrigerant kepada cecair refrigerant. Haba dipindahkan dan proses pemeluwapan mengambil alih dalam dua cara :a) Secara proses penyejukkan air. Jika air digunakan bagi memindahkan haba. Wap refrigerant dilalukan melalui satu gelung yang tenggelam di dalam bekas yang penuh air. Suhu iar yang dibekalkan ketakungan adalah lebih rendah lagi dari suhu refrigerant itu sendiri. Haba dipindahkan dari refrigerant ke air melalui dinding gelung. Air kemudian yang membuat haba dialirkan ke aliran. b) Bagi proses penyejukan udara. Jika udara digunakan bagi membuang haba, wap refrigerant dialirkan dalam gelung dan disejukkan dengan kipas. Kipas menghembus udara melintasi gelung dan oleh kerana udara itu sejuk dari wap refrigerant maka wap tersebut melepaskan haba ke udara melalui dinding gelung. Udara itu dihembus keluar bilik dan haba dihamburkan dalam udara kasar. Dalam proses pemelowapan, udara atau air mengambil haba dari refrigerant dalam dalam proses penyejukkan refrigerant mengambil haba dari udara bilik.

Gelung Penyejuk (Coil Evaporator) Gelung penyejuk adalah komponen yang dapat mengalirkan udara dan refrigerant. Gelung ini menyediakan permukaan yang mana udara akan mengalir menyentuh permukaannya dan pada masa yang sama refrigerant mengalir di dalam gelung tersebut. Aliran udara panas melalui gelung penyejuk menyebabkan udara menjadi sejuk sementara refrigerant menjadi panas. Sebenarnya suhu refrigerant tidak berubah tetapi perubahan cecair ke wap menyebabkan refrigerant menjadi panas. Dalam membekalkan permukaan sejuk untuk udara, gelung penyejuk menyediakan alat perpindahan haba. Haba akan berpindah daripada udara kepada permukaan gelung dan seterusnya ke refrigerant yang berada di dalam gelung. Kesannya haba akan berpindah dari udara ke refrigerant melalui permukaan gelung.

Injap Pengembangan (Restriction Valve) Injap pengembangan merendahkan tekanan cecair refrigerant dan sekaligus menyejukkan cecair tersebut. Refrigerant masuk ke injap di bawah tekanan. Apabila ia melalui liang injap kecil mka ia memasuki kawasan tekanan rendah daripada gelung penyejuk. Liang injap bertindak sebagai alat perjangkaan diantara kawasan tekanan tinggi dan kawasan tekanan rendah. Selepas cecair refrigerant melalui liang injap dalam injap pengembangan, ia mula berwap kerana ianya berada dalam kawasan tekanan rendah.

2.2 Jenis-Jenis Sistem Penyaman Udara Sistem penyaman udara mempunyai 2 jenis iaitu sistem unit dan sistem loji. Sistem unit terbahagi kepada 3 bahagian iaitu unit tingkap, unit kemas siap, dan unit pisah. Manakala sistem loji terbahagi kepada 2 bahagian iaitu sistem loji pusat dan sistem air disejukkan.

2.2.1 Sistem Unit Sistem ini digunakan untuk pendinginan kecil ke sederhana yang melibatkan beban penyejukan dalam lingkungan 15 Tan refrigeration (360 000 BTUH) dengan keupayaan pengendalian udara sebanyak 6 000 CFM kebawah. Ia selalunya digunakan untuk mendinginkan satu atau beberapa ruang kecil yang berdekatan secara serentak. Berikut adalah beberapa jenis-jenis sistem unit : i. ii. Unit Tingkap Unit Kemas Siap a) Keseluruhan b) Penyejukan Udara c) Penyejukan Air iii. Unit Pisah a) Sistem Pisah Tanpa Udara Luar b) Sistem Pisah Dengan Udara Luar

2.3 Unit Tingkap Kesemua komponen-komponen asasnya dibina dalam satu unit yang padat, lengkap dan kecil. Unit-unit tingkap dipasang dengan sebelah permukaanya diluar dinding ruang yang ingin didinginkan dan sebelah lagi didalam ruang, sekurang-kurangnya 1000mm dari aras lantai.

2.4 Unit Pisah Digunakan untuk pendinginan satu hingga ketiga buah ruang/bilik kecil yang boleh dikendalikan secara berasingan. Ia boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu unit pisah tanpa udara luar dan unit pisah dengan udara luar. (i) Unit Pisah Tanpa Udara Luar a. Jenis ini menyedut balik udara dalam ruang untuk disejukkan dan tidak mengambil udara luar untuk disejukkan dan tidak mengambil udara luar untuk memperbaharui udara (pengudaraan) sedia ada. b. Sistem ini tidak begitu sesuai untuk digunakan pada ruang-ruang yang memerlukan pergantian udara yang banyak.

(ii) Unit Pisah Dengan Udara Luar a. Jenis ini menyedut balik udara dalam ruang, sistem ini juga mengambil udara luar untuk tujuan pengudaraan. Keupayaannya lebih besar berbanding dengan sistem unit pisah tanpa udara luar. Udara bersih diambil secara terus dari luar atau dibekalkan melalui salur.

2.5 Unit Kemas Siap Sistem ini melibatkan pendinginan satu ruang atau beberapa ruang kecil bagi kegunaan serentak. Ciri-cirinya seakan-akan sama dengan sistem loji sepusat. Ia boleh dibahagikan kepada tiga sistem asas, iaitu: Sistem Unit Kemas Siap keseluruhan y Konsep tatatur komponen seperti Sistem Unit Tingkap tetapi keupayaannya adalah jauh lebih besar. Keseluruhan alatan ditempatkan di luar bangunan berdekatan dengan ruang-ruang yang akan didinginkan. Sambunbungan ke ruang adalah melalui salur bekal dan balik. Unit ini selalunya dipasang pada bangunan.

a) Sistem kemas siap penyejukan udara

y

Dalam sistem ini kebanyakan kompenen-kompenen asanya seperti kipas penghembus,lingkaran pengewap,injap pengembang serta alat pemanpat diletakkan dalam satu unit dalaman lengkap.Satu unit luaran dengan kipas berserta lingkaran pengental diletakkan diluar dan disambung dengan unit dalaman melalui paip-paip ulang alik yang diperbuat dari tembaga dan ditebatkan.

b) Sistem Kemas siap penyejuk air

y

Kesemua kompenen-kompenen asas kitaran penyejukan dibina atau ditempatkan didalam satu unit dalaman yang padat.Satu unit menara penyejuk (Cooling Tower) diperlukan dan selalunya diletakkan di satu tempat yang tinggi diluar bangunan.Kedua-dua unit disambung dengan paip ulang alik air sejuk.

2.6 Sistem loji sepusat Sistem ini selalu digunakan pengdinginan yang melibatkan beban penyejuk 15 Tan Refrigerant atau keupayaan kendalian udara 6000 CFM keatas.Ia dapat dibahagikan kepada dua sisten asas iaitu:

a) Sistem Loji pengendalian pusat

y

Dalam sistam ini,kebanyakan kompenen-kompenen asasnya diletak dalam satu ruang Loji Mekanikal Penyaman Udara (Mechanical aircinditioning plant room) yang mengendalikan sebahagian besar kitaran penyejukan.Sistem ini memerlukan satu unit pengental penyejukan udara atau menara penyejuk jenis ruang di dalam bangunan dimana ia boleh mendapat pengudaraan yang baik(selalunya di tempat-tempat yang tinggi dan tidak menimbulkan masalah pepeluhan haba.Udara bekal didatngkan dari Loji Pusat dan diagihkan melalui saluran dan baur ke ruang-ruang yang diinginkan.

b) Sistem Loji Pemgendalian Setempat atau Sistem Loji Air Sejuk (Central Plant With Local Handling)

y

Ciri utama sistem ini adalah penggunaan air yang disejukkan dari kitaran penyejukan untuk menyejukkan udara.Sistem ini mengadakan media air sejuk(chilled water) di satu Loji Pendinginan dengan tujuaan diagihkan ke beberapa Unit Pengendalian Udara(Air Handling Unit).Ia mempunyai empat pusingan berasingan untuk mengendalihkan haba dari dalam ruang didinginkan ke udara luar bangunan.

2.7 PENYAMAN UDARA

Terbahagi kepada tiga sistem berlainan untuk menentukan flexibility dan penjimatan kos operasi.

Sistem Pusat untuk 27 lantai pejabat mengandungi: i) 3 X 300 tan centrifual chiller. ii) 1 X 150 tan reciprocating chiller. iii) 76 X AHU (alat pengendali udara).

2.7.1 Cooling Tower dan pam.

Operasi sistem bergantung kepada keperluan beban dengan dibantu oleh programmable logic controller (PLC), untuk menentukan operasi optima.

Pengendalian udara di ruang pejabat menggunakan sistem variable air volume (VAV) dengan bantuan kawalan pneumatic dan injap dua hala. Ini dapat menentukan bekalan udara yang berkuantiti dan suhu optima.

2.8 Sistem Package Berpenyejukan Air.

Digunakan untuk kawasan umum dan ruang yang cukup besar tetapi mempunyai waktu operasi yang tidak setara. Sistem terdiri dari:

(a) 9 X WCPU jumlah keupayaan 180 ton lengkap dengan cooling tower dan pam.

2.9 Fan coil dan Split unit berpenyejukan udara.

Digunakan untuk ruang yang mempunyai masa operasi yang tidak menentu seperti bank, klinik dan lain-lain. Jumlah keupayaan unit adalah kecil.

3.0 Hawa dingin

Sistem hawa dingin bangunan Ibu Pejabat TH terbahagi kepada 3 sistem berlainan untuk menetukan flexibility dan penjimatan kos operasi. Antara sistem tersebut ialah sistem pusat untuk 27 lantai pejabat iaitu aras 12 sehingga aras 38, sistem package berpenyejukan air dan fan coil dan split unit berpenyejukan udara. Sistem tersebut beroperasi secara automatic yang dikawal di bilik kawalan lantai 2 bangunan.

Sistem Pusat untuk 27 lantai pejabat mengandungi Nos of ton centrifugal chiller yang terdiri daripada 400 tan-CH#1, 450 tan-CH2 dan 360 tan-CH3,74 X AHU (alat pengendali udara) dan cooling tower serta pam.

Operasi sistem bergantung kepada keperluan beban dengan dibantu oleh Sistem Automasi Bangunan (BAS) untuk menentukan operasi yang optima. Pengendalian udara di ruang pejabat menggunakan sistem kawalan suhu di A.H.U dan injap dua hala. Ini dapat menentukan bekalan udara yang berkualiti dan suhu optima.

Manakala Sistem Package Berpenyejukan Air digunakan untuk kawasan umum dan ruang yang cukup besar tetapi mempunyai waktu operasi yang tidak setara. Sistem ini terdiri daripada 8 X WCPU jumlah keupayaan 180 tan lengkap dengan cooling towers dan pam.

Sistem fan coil dan split unit berpenyejukan udara pula digunakan untuk ruang yang mempunyai masa operasi yang tidak menentu seperti bank, klinik dan lain-lain. Ini kerana jumlah keupayaan unit adalah kecil. Sistem hawa dingin berpusat ini terdiri daripada Chiller, Pam, Coolinhg Tower, AHU dan FCU. Jumlah hawa dingin di banguan ini adalah seperti berikut: BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Chiller Pam chill water Pam cond. Water Cooling tower AHU FCU Split unit VRF Water cooled package JENIS UNIT JUMLAH 3 5 5 5 74 2 156 15 8

Di dalam perkhidmatan cooling water,rawatan air perlu dilakukan. Pemerhatian terhadap sistem menara penyejuk untuk mengetahui keberkesanan terhadap perawatan bahan kimia dan juga kadar bleed off air yang perlu dilakukan sebulan sekali. Berikut merupakan bacaan contoh air untuk analisa makmal bagi parameter seperti: PERKARA UKURAN YANG DITETAPKAN pH at 25c TDS P alkaltinity Total alkaltinity Total Hardness Calcium Hardness Chlorides 7.0 9.0 Max 1000 ppm 0 50 ppm 50 500 ppm 100 1000 ppm 100 800 ppm Max 800 ppm

Phosphate Free Iron

20 100 ppm < 0.5 ppm

BAB 3

METHODOLOGI

5.1

Pengenalan

Methodologi merupakan satu kaedah untuk mendapatkan maklumat mengenai sistem yang dikaji.

5.2

Carta Alir Methodologi

PENGAGIHAN KUMPULAN SERTA PENYELIA UNTUK SETIAP KUMPULAN

PERBINCANGAN TAJUK DAN TEMPAT KAJIAN

PENGUMPULAN DATA

INTERNET

KAJIAN LITERATUR

PELAN

TEMURAMAH

PEMERHATIAN

ANALISIS DAPATAN KAJIAN

PERBINCANGAN

SEMAKAN LAPORAN

PEMBENTANGAN

PEMBAIKAN LAPORAN

HANTAR LAPORAN

Rajah 3.1

5.3

Pengumpulan Data Pengumpulan data merupakan satu kaedah atau cara yang digunakan untuk mendapatkan maklumat bagi menyiapkan kajian yang dijalankan. Kaedah yang digunakan adalah seperti berikut : a) Internet Maklumat tambahan yang diperolehi daripada laman web yang yang sumbernya boleh dipercayai.

b) Kajian Literatur Kajian literatur merupakan pengumpulan maklumat daripada modul-modul pembelajaran, buku-buku ilmiah, penerangan daripada pensyarah, dan juga gambar-gambar yang telah diperolehi daripada kajian yang dijalankan.

c) Pelan Pelan yang diperolehi daripada Ketua Juruteknik. Pelan itu digunakan untuk membuat penyelenggaraan di bangunan tersebut.

d) Temuramah Menemuramah ketua bahagian penyelenggaraan untuk mengetahui jenis

sistem yang digunakan di bangunan tersebut dan maklumat-maklumat lain dengan lebih mendalam.

e) Pemerhatian Melalui pemerhatian yang dijalankan di tapak kajian bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1

Pengenalan

Dapatan kajian merupakan himpunan maklumat yang diperolehi dan difahami hasil daripada pelajar membuat kajian kes di bangunan tersebut. Sistem penyamanan udara yang digunakan di Bangunan Tabung Haji Kuala Lumpur adalah merupakan dari sistem Loji Setempat (chiller). Sistem ini digunakan untuk membekalkan udara sejuk kepada setiap tingkat atau bahagian di Bangunan Tabung Haji Kuala Lumpur yang memerlukan udara sejuk dan nyaman. Kajian dijalankan secara menyeluruh pada loji tersebut bermula dari sistem pengoperasiannya dilaksanakan, kaedah serta bagaimana penyelenggaran dilakukan dan penyataan masalah yang terdapat pada sistem tersebut dan cadangan yang sesuai bagi mengatasi masalahmasalah yang dihadapi di masa akan datang.

4.1

Komponen-komponen utama dalam Sistem Loji Setempat chiller unit

4.1.1 Menara Penyejukan (cooling tower) Merupakan tangki yang berfungsi menyalurkan air ke pemeluwap (condenser). Kedudukannya terletak di bahagian paling atas di bangnan Tabung Haji. Ini untuk memudahkan air disalurkan tanpa menggunakan tekanan yang tinggi.

4.1.2 Tangki Tambahan (make-up tank) Tangki ini berfungsi sebagai penyokong bekalan air dalam menara penyejukan untuk mengekalkan aras air di dalam menara penyejukan supaya sentiasa mencukupi. Ini kerana semasa proses penyaluran air dalam menara penyejukan ke pengental kuantiti air akan berkurang.

4.1.3 Pemeluwap (condenser) Pengental berfungsi sebagai kompenan yang meningkatkan suhu air yang disalurkan dari menara penyejukan ke tahap yang tinggi.

4.1.4 Penyejat (Evaporator) Penyejat berfungsi sebagai kompenen yang menyejukan air ke tahap yang paling rendah untuk disalurkan kepada A.H.U. Air sejuk yang disalurkan ke A.H.U suhunya akan meningkat dan disalurkan semula ke penyejat untuk diproses semula menjadi air sejuk dan proses ini berlaku secara putaran.

4.1.5 Injap Pengembangan (expantion valve) Injap pengembangan berfungsi sebagai merendahkan suhu dan tekanan air dan melancarkan aliran dari pengental ke penyejat.

4.1.6 Pemanpat (compressor) Berfungsi sebagai

4.1.7 Pam Air Peralatan yang digunakan sebagai penyokong untuk penyaluran air untuk sistem loji,ini kerana menbantu pengaliran dari pengental ke menara penyejukan iaitu (condenser water pump).Selain itu menbantu dalam penyaluran air sejuk dari penyejat ke A.H.U iaitu (chiller water pump).

4.2

Operasi sistem Loji Setempat (chiller unit)

Pada peringkat pertama air yang dibekalkan oleh JPA akan disalurkan ke tangki simpanan air untuk disimpam di bahagian paling atas bangunan TH iaitu aras 39, air di dalam tangki simpanan akan disalurkan terus ke menara penyejukan dan tangki tambahan untuk disalurkan kepada pengental .

Dapatan kajian -masalah y sering berlaku -maintenance

BAB 5

PERBINCANGAN

5.1

Perbincanagan Hasil daripada pemerhatian dan kajian yang telah jalankan, kami telah dapat mengenalpasti sistem yang digunakan di Bangunan Tabung Haji. Sistem yang digunapakai di bangunan tersebut ialah Sistem Laji Setempat (Chiller).

Seterusnya, berdasarkan daripada lawatan kami ke Bangunan Tabung Haji, kami telah dapat mengenalpasti tentang masalah yang sering berlaku di bangunan tersebut. Antara masalah yang sering berlaku ialah, air lebihan ataupun jeli yang keluar dari A.H.U semasa penyedutan udara sejuk untuk disalurkan ke diffuser. Antara masalah lain ialah terdapat habuk di saluran penapis A.H.U. ini kerana sedutan panas yang masuk ke A.H.U melalui return duct.