kajian gerko ikan patin
TRANSCRIPT
Bab 1
1.0-Pendahuluan
1.1-Pengenalan
Malaysia adalah sebuah Negara yang kaya dengan hasil makanan semulajadi yang
pelbagai sama ada yang berasal dari tumbuhan ataupun haiwan.kajian yang disediakan ini adalah
berasaskan Industri kecil sederhana (IKS).Industri kecil sederhana merupakan antara modul
dalam membantu rakyat untuk menampung kehidupan mereka malah sebagai sumber pencarian
rakyat Malaysia.
.
1.2-Latar belakang kajian
Kami memilih untuk mengkaji ikan patin kerana ikan air tawar ini mempunyai
khasiatnya yang tersendiri.Selain itu penternakan ikan patin ini dijalankan secara turun
menurun.Oleh itu ternakan ikan air tawar telah lama dijalankan di perkampungan bintang di
temerloh Pahang.Ternakan air tawar yang dijalan tidak hanya menumpukan pada penternakan
ikan patin sahaja,mereka juga menternak pelbagai jenis ikan air tawar didalam sangkar yang
disediakan seperti ikan keli dan sebagainya.
Kebanyakan penduduk kampong Bintang serta Teluk Ira menjalankan ternakan
air tawar ini di belakang atupun berdekatan rumah mereka kerana jarak sungai dengan tempat
mereka amat berdekatan.Malah gerai untuk menjual ikan patin juga berdekatan dengan jaring
ikan mereka.Selalunya ikan yang dijual oleh orang kampung ditangkap terus dari sangkar,oleh
itu ikan yang dijual amat segar dan ia amat berbeza dengan ikan patin yang diternak di dalam
kolam keraan ikan yang diternak di dalam sangkar yang bersumberkan air sungai Pahang
menghasilkan ikan yang tidak berbau hanyir dan amat sedap jika dimasak.
Kajian ini diadakan di Temerloh Pahang Darul Makmur yang mengkhususkan dalam
penternakan ikan air tawar khususnya dalam penternakan ikan patin secara komersial.ikan patin
1
merupakan antara ikan air tawar yang berkhasiat serta merupakan ikan yang amat dikenali di
Temerloh.
Kajian ini ini diharap dapat membantu para individu lain agar dapat menjadikan pekerjaan dalam
penternakan ikan air tawar sebagai sumber pendapatan serta menjadikan kajian ini sebagai
sumber maklumat awam agar dapat dijadikan rujukan akan datang.
2
1.2.2 –Sejarah Temerloh
Temerloh merupakan salah sebuah daerah yang terbesar di Negeri Pahang. Keluasannya
ialah 3601.5 km persegi. Daerah ini terdiri daripada beberapa buah mukim yang ditadbir oleh
penghulu-penghulu dan setiap mukim ini dibahagikan pula kepada bebarapa buah kampung yang
dijaga oleh ketua-ketua kampung.
Daerah Temerloh yang berkembang pesat pada hari ini mempunyai latar belakang sejarah
yang menarik. Menurut cerita seorang tokoh yang terkenal di Pahang iaitu Haji Zakaria Hitam,
Bandar Temerloh yang ada sekarang berkembang dari penempatan sebuah kuala sungai di
Sungai Pahang yang bernama Kuala Semantan. Beliau juga mengatakan bahawa nama lama bagi
Temerloh ialah Kuala Semantan. Justeru itu adalah perlu untuk diketahui sejarah asal usul Kuala
Semantan kerana dari sinilah lahirnya Bandar Temerloh.
Kuala Semantan pada asalnya merupakan sebuah kampung tua. Letaknya ialah di tanjung
sebelah kanan kuala Sungai Semantan yang bertentangan dengan Kampung Bangau Parit.
Mengikut ceritanya, nama 'Semantan' itu mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Perkataan
'Semantan' itu terbit dari perkataan 'Seman Tahan' . 'Seman Tahan' merupakan seorang Brunei
yang menetap di tanjung sebelah kanan kuala, salah sebuah anak Sungai Pahang . Osman yang
dikenali sebagai Seman ini merupakan seorang yang pandai bersilat dan banyak ilmunya.
3
Disebabkan oleh kepandaiaannya,maka ramai orang yang tinggal di sekitar tempatnya datang
berguru dengan Seman.
Disamping pandai bersilat, Seman juga mempunyai ilmu kebal . Kelebihan yang
dimilikinya ini menyebabkan beliau digelar sebagai 'Seman Tahan' oleh penduduk di sekitar
kawasan itu. Nama 'Seman Tahan' semakin hari semakin masyur di kalangan penduduk di
sepanjang sungai yang tidak bernama ketika itu.Oleh kerana kemasyurannya ini, maka nama
'Seman Tahan' diabadikan kepada sungai yang terdapat disitu . Dari situlah nama sungai itu
menjadi sungai Seman Tahan .Sungai Seman Tahan itu lama kelamaan menjadi sungai Semantan
(mungkin untuk penyebutan yang mudah dan ringkas) dan kuala yang terdapat di Sungai
Semantan masih kekal hingga ke hari ini . Oleh kerana ramai yang berpindah ke Kuala Semantan
untuk berguru dengan Seman Tahan menyebabkan ia berkembang menjadi sebuah pekan dan
seterusnya menjadi tempat persinggahan yang terkenal semasa sebelum kedatangan British.
Bersesuaian dengan perkembangan yang berlaku di Kuala Semantan , maka banyak
kawasan-kawasan baru telah dibina untuk dijadikan kawasan penempatan .Nama Kuala
Semantan dirasakan tidak bersesuaian dengan perkembangan kawasan baru ini kerana perkataan
'kuala' itu hanya meliputi kawasan sekitar pertemuan antara pintu Sungai Semantan dengan
Sungai Pahang .Oleh kerana itu nama Temerloh telah diambil bagi menamakan kawasan yang
baru berkembang itu.
Temerloh, seperti juga kawasan-kawasan lain di negeri Pahang , mendapat namanya
melalui satu peristiwa yang berlaku di Kuala Semantan .Menurut Haji Zakaria Hitam (beliau
mendapat cerita ini daripada orang-orang tempatan) nama Temerloh itu berpunca daripada
perkataan 'mereloh' .Ini berdasarkan pada satu peristiwa yang berlaku di sebuah anak sungai di
kiri hilir Sungai Pahang bertentangan dengan Pulau Temerloh. Pada suatu hari ada seorang
Minangkabau mendarat di kuala anak sungai itu .Semasa beliau berada di kampung tersebut ,
beliau melihat seorang sakai yang asyik mereloh (tidur) sepanjang hari tanpa mempedulikan hal-
hal lain . Dari peristiwa itulah terbitnya perkataan temerloh yang kemudiannya diambil untuk
menamakan kawasan yang baru dibuka itu . Pendapat yang mengatakan nama Temerloh itu
datangnya dari perkataan mengeloh juga dipersetujui oleh beberapa tokoh tempatan lainnya
4
seperti Ishak Haji Muhammad dan Haji Omar walaupun peristiwa-peristiwa yang mereka ketahui
agak berlainan sedikit .
Selain itu Temerloh juga terkenal dengan penternakan ikan patin yang diusahakan oleh
orang kampung secara tradisional.Malah pengusahaan ikan patin juga masih dilakukan di tepi
sungai Pahang yang dijadikansebagai pendapatan sampingan.
5
1.3-Matlamat kajian
Kajian ini dilakukan bagi mengkaji cara penternakan,cara penangkapan,pemakanan ikan
patin serta ikan air tawar yang lain.Selain itu,kajian ini juga mendedahkan jenis dan khasiat ikan
air tawar khususnya ikan patin.kajian ini juga menerangkan teknik dan kaedah yang betul dalam
penternakan ikan patin.Tambahan pula kajian ini akan mendedahkan bagaimana sistem
perindustrian kecil djalankan di kampung-kampung agar dapat dijadikan rujukan orang lain.
1.4-Objektif
1.4.1- Mengenalpasti tentang cara penternakan ikan air tawar yang dijalankan di kampong
Teluk Ira dan Kampung Bintang.
1.4.2- Mengenalpasti sumber pendapatan penduduk Kampung Teluk Ira dan Kampung Bintang
alam sistem ekonomi mereka.
1.4.3- Menyenaraikan peralatan-peralatan yang digunakan dalam penternakan ikan air tawar
khususnya ikan patin.
1.4.4- Menganalisis khasiat ikan air patin.
1.4.5- Meninjau habitat dan cara pemakanan ikan patin.
1.4.6- Mengenalpasti cara penjualan ikan patin.
1.5-Skop kajian
Skop kajian ini dibuat di kampong Teluk Ira,Temerloh,Pahang Darul Makmur.Skop
kajian ini dilakukan dan dijalankan melalui pemerhatian dan temubual untuk mengetahui cara
penternakan ikan patin serta ikan air tawar lain.
6
1.6-Kepentingan kajian
1.6.1 Kajian ini dapat memberi maklumat kepada semua orang sebagai pengatahuan am,malah
ia juga dapat dijadikan sumber maklumat dan sumber rujukan bagi bakal penternak ikan
air tawar yang lain.
1.6.2 Kajian ini diharap dapat membantu kepada pihak berkepentingan untuk membaiki dan
menaiktaraf sama ada kajian R&R ataupun research and development agar dapat
menaiktaraf dan membantu alam menghasilkan cara penternakan yang lebih efisyen agar
dapat membantu penternak tradisional meningkatkan pendapatan mereka serta menjana
ekonomi setempat dan Negara.
1.6.3 Memperbagaikan produk yang dihasilkan yang bersumberkan ikan patin agar ia dapat
digunakan oleh semua pihak ,malah dapat diimport ke luar Negara produk-produk yang
berasaskan ikan air tawar serta mempelbagaikan produk air tawar.
1.6.4 Menyambut seruan kerajaan dalam menjayakan sistem industry kecil sederhana (IKS)
1.6.5 Kajian ini diharap dapat memberi pendedahan dan maklumat kepada generasi muda
tentang penternakan ikan air tawar khususnya ikan patin yang dijalankan.
1.6.6 Maklumat yang dihasilkan dapat dimanafaatkan dan digunakan untuk menghasilkan
produk-produk berkualiti.
7
Bab 2
2-Kajian literatur
2.1-Pendahuluan
Bab ini memaparkan kajian-kajian yang dikaji mengenai cara penternakan dan penjualan
ikan patin di kampung Teluk Ira,Temerloh,Pahang Darul Makmur.Kajian ini bertujuan untuk
memberi maklumat secara am mengenai cara penternakan ikan air tawar khususnya ikan patin
agar dapat dijadikan rujukan sampingan oleh para penternak ikan tawar yang lain.Selain itu
kajian ini juga mengalakkan industri kecil sederhana dalam menghasilkan pengeluaran produk-
produk yang berkaitan dengan ikan air tawar agar dapat menjana pendapatan penduduk serta
membantu ekonomi penduduk setempat yang menjalankan penternakan ikan air tawar.
Tambahan pula kajian ini juga diharap dapat dijadikan sumber rujukan bagi penternak-
penternak baru.Malah ia juga dapat diharap menjadi penggalak kepada kajian yang lebih
mendalam dalam bidang ini agar dapat dimajukan lagi sektor penternakan air tawar agar lebih
moden dan maju.
2.2-Kajian-kajian lalu
Daripada kajian-kajian lalu yang dapat kami perolehi menerusi sesi pembacaan dalam
khasiat-khasiat dalam ikan patin.Selain itu kajian-kajian lalu juga dapat kami dapati menerusi
rujukan-rujukan menerusi media elektronik dalam mengkaji dan mendapatkan maklumat
mengenai ikan patin yang terdapat dalam ikan patin serta penyelidikan terbaru dalam
pembaharuan penternakan ikan patin agar dapat menaikkan pengeluaran ikan patin serta menaik
taraf penternakan ikan agar lebih maju.
Selain itu,kajian lalu juga membantu kami dalam industri kecil sederhana (IKS) dalam
memberi pengeluaran yang lebih konsisten dalam pengeluaran ikan patin bagi tujuan komersial
dan penjualan ikan patin bagi pengeluaran produk yang setia ada dan produk yang terbaru dalam
memajukan sistem ekonomi penduduk setempat dan ekonomi Negara.
8
Bab 3
3-Metodologi
3.1-Pengenalan
Bab ini membincangkan tentang reka bentuk kajian ,jenis maklumat dan data
penganalisis data dan instrument data yang digunakan dalam kajian ini.Dalam ini juga ada
membincangkan tentang reka bentuk kajian,jenis maklumat data,kaedah pungutan maklumat data
dan instrument atau bentuk pengukuran yang digunakan dalam kajian ini.
Kajian ini dilakukan mengunakan kajian jenis temubual bersama dengan penternakan dan
penjual ikan patin di kampung Teluk Ira,Temerloh,Pahang Darul Makmur.
3.2-Reka bentuk kajian
Kajian ini mengunakan reka bentuk deskriptif iaitu dengan menemubual penternak ikan
dan mengkaji secara terperinci mengenai penternakan ikan patin dan ikan air tawar yang
lain.Selain itu ia menerangkan dengan lebih lanjut mengenai sejauhmana prosedur penternakan
ikan air tawar dalam cara penternakan dan kos penternakan ikan patin secara kasar.
3.3-Kawasan kajian
3.3.1-Kajian ini dilakukan di Kampung Teluk Ira,Temerloh,Pahang Makmur.Pengusaha dan
penternak ikan patin iaitu Encik Sahri bin Abdullah.
9
3.3.2-Biodata pengusaha ikan patin
Nama: Encik Sahri bin Abdullah
Umur:52 tahun
Alamat:No.11, jalan mengkuang,kampung Teluk Ira,Temerloh,Pahang Darul Makmur.
Pekerjaan:penoreh getah dan penternak ikan patin.
Status:berkahwin
Anak:4 orang
Latar belakang pendidikan:Sijil Rendah Penilaian (SRP)
10
3.5-kajian mengenai ikan patin
3.5.1-maklumat ikan patin
Ikan patin merupakan jenis ikan jenis air tawar, berbadan panjang berwarna putih perak.
Ikan patin memiliki harga jual yang tinggi. Hal inilah yang menyebabkan ikan patin mendapat
perhatian dan diminati oleh para pengusaha untuk menternaknya. Ikan ini cukup responsif
terhadap pemberian makanan tambahan. Semasa penternakan,dalam usia enam bulan ikan patin
mencapai panjang 35-40 cm. Sebagai keluarga Pangasidae (ikan patin), ikan ini memerlukan
oksigen.Sistem pengairan dengan kandungan oksigen rendahpun sudah memenuhi syarat untuk
membesarkan ikan ini.
Ikan patin berbadan panjang untuk ukuran ikan tawar tempatan, warna putih seperti
perak. Kepala ikan patin relatif kecil, mulut terletak di kepala agak di sebelah bawah (merupakan
ciri khas golongan cat fish). Pada sudut mulutnya terdapat dua pasang kumis pendek
yangberfungsi sebagai pengesan.
3.5.2-Klasifikasi ikan patin
Ordo : Ostarioplaysi.
Subordo: Siluriodea.
Famili: Pangasidae.
Genus: Pangasius.
Spesies:Pangasius pangasius Ham. Buch.
Selain itu spesis ikan patin lain:
Pangasius micronemus
Pangasius nasutus
Pangasius nieuwenhuisi
Pangasius polyuranodo (ikan juaro)
Pangasius macronema
11
3.5.3-Lokasi penternakan
i. Tanah yang baik untuk kolam pemeliharaan adalah jenis tanah liat. Jenis
tanah tersebut dapat menahan kuantiti air yang besar dan tidak bocor
sehingga dapat dibuat dinding kolam.
ii. Komposisi tanah yang baik untuk pembuatan kolam berkisar antara 3-5%
untuk memudahkan pengairan kolam secara gravitasi.
iii. Apabila pembesaran ikan patin dilakukan dengan jala apung yang
dipasang di sungai maka lokasi yang sesuai ialah sungai yang berarus
lambat.
iv. Kualiti air untuk pemeliharaan ikan patin harus bersih, tidak terlalu keruh
dan tidak tercemar bahan-bahan kimia beracun, dan minyak. Kualiti air
harus diperhatikan, untuk menghindari timbulnya lumut,maka perlu
ditambahkan larutan penghalang pertumbuhan lumut (Emolinatau Blitzich
dengan dosis 0,05 cc/liter).
v. Suhu air yang baik pada saat penetasan telur menjadi larva di akuarium
adalah antara 26–28 darjah C. Pada daerah-daerah yang suhu airnya
relative rendah diperlukan heater (pemanas) untuk mencapai suhu optimal
yang relatif dan stabil.
vi. Keasidan air berkisar antara: 6,5 hingga 7
3.5.4-Penyakit yang terdapat pada ikan patin.
Penyakit ikan patin ada yang disebabkan infeksi dan non-infeksi. Penyakit non-infeksi
adalah penyakit yang timbul akibat adanya gangguan faktor yang bukan patogen.
Penyakit non-infeksi ini tidak menular. Sedangkan penyakit akibat infeksi biasanya
timbul kerana gangguan organisme patogen.
1) Penyakit akibat infeksi
12
Organisme patogen yang menyebabkan infeksi biasanya berupa parasit,lumut, bakteri,
dan virus. Produksi benih ikan patin secara manual masih menemui beberapa kaedah
antara lain kerana sering mendapat serangan parasit Ichthyoptirus multifilis (white spot)
sehingga banyak benih patin yang mati, terutama benih yang berumur 1-2 bulan. Dalam
usaha pembesaran patin belum ada laporan yang mengungkapkan secara lengkap
serangan penyakit pada ikan patin, untuk pencegahan, beberapa penyakit akibat infeksi
berikut ini sebaiknya diperhatikan.
2)Penyakit parasit
Penyakit white spot (bintik putih) disebabkan oleh parasit dari bangsa protozoa dari jenis
Ichthyoptirus multifilis Foquet. Pengendalian:menggunakan metil biru atau methilene
blue konsentrasi 1% (satu grammetil biru dalam 100 cc air). Ikan yang sakit dimasukkan
ke dalam bak air yang bersih, kemudian ke dalamnya masukkan larutan tadi. Ikan
dibiarkan dalam larutan selama 24 jam. Lakukan pengubatan berulang-ulang selama tiga
kali dengan selang waktu sehari.
3)Penyakit non-infeksi
Penyakit non-infeksi banyak diketemukan adalah keracunan dan kurang gizi.Keracunan
disebabkan oleh banyak faktor seperti pada pemberian makananyang berbakteria dan
berkuman atau kerana pencemaran lingkungan perairan.Gejala keracunan dapat di
identifikasi dari tingkah laku ikan.
13
3.5.5-Cara penangkapan
Penangkapan ikan dengan menggunakan jala apung akan mengakibatkan ikan mengalami
luka-luka. Sebaiknya penangkapan ikan dimulai dibagian hili rkemudian bergerak
kebagian hulu. Jadi bila ikan didorong dengan kejaring ikan patin akan terdorong pada
bagian hulu. Cara penangkapan seperti ini menguntungkan kerana ikan tetap
mendapatkan air yang segar dan kematian ikan dapat dihindari.
3.5.6-Makanan ternakan ikan patin
Makanan ikan yang diberi mengikut umur ikan bagi anak ikan mereka diberi jenis
makanan ikan TP-1,manakala 2 bulan seterusnya makanan ikan diberi TP -2 dan amabila umur
ikan mencapai 6 bulan ia diberi makan makanan ikan jenis TP-3.Apabila umur ikan mencapai 6
bulan ikan tersebut boleh dijual.Kandungan atau ramuan dalam makan ikan tadi ialah terdiri
daripada tepung ikan,tepung kacang soya,dedak beras,jagung,beras hancur,vitamin sertamineral
tambahan bagi pertumbuhan ikan patinyang berkualiti.Manakala kandungan nutrisi di dalam
makanan ikan patin ialah protein,mineral,lemak dan kadar air yang mencukupi.
3.5.7-Cara pembersihan kolam
Membersihkan kolam selang 6 bulan sekali dengan membuang rumpai-rumpai yang
tumbuh.Jaring ikan juga mestilah diperiksa agar tidak mempunyai kebocoran pada jaring
ikan.Pada peringkat awal ikan patin yang masih berada dalam peringkat pemenihan.
3.5.8-Bajet penternakan ikan patin
1. Biaya penternakan
a. Kolam ikan/jaring ikan RM4000.00
b. Benih ikan patin RM2500.00
2. Makanan ikan(Artenia salina) RM400.00/sebulan
14
3. Ubat
a. Alat suntik RM80.00
b. Ubat RM 300.00
4. Alat/peralatan RM 3000.00
5. Tenaga kerja RM2000.00
3.5.9-Keuntungan
Sebulan –RM4000.00
Setahun –RM48000.00
Jualan seekor ikan:RM 14.00/sekilo
3.5.10-Cara pemasaran produk
3.5.11-cara pemasaran produk adalah dengan memasarkan ikan patin di gerai jualan yang
disediakan di tepi kolam.
3.6-Persampelan
Kajian ini mengunakan kaedah pensampelannya ialah dilakukan dengan cara deskriptif
iaitu melalui tinjauan dan temubual.Ia menjelaskan prosedur penternakan dan cara menternak
ikan patin yang dilakukan secara tradisional serta digabungkan dengan peraltan moden.Kajian ini
dilakukan dengan mengambil maklumat dari penternak itu sendiri serta sumber elektronik.
3.7-Jenis maklumat dan data
3.7.1-Maklumat dan data primer diperolehi daripada temubual
3.7.2-Maklumat data sekunder melalui rekod-rekod,cacatan-cacatan,laporan, bahan
terbitan,kajian dan internet.
15
3.7.3-Temubual -Temubual dilakukan dengan penternak ikan patin iaitu Encik Sahri bin
Abdullah dan penduduk setempat.
16
3.8-Resepi
3.8.1- Resepi ikan patin masak tempoyak
Bahan-Bahan:
Bahan-Bahan utama:
Satu ekor ikin patin (patin sangkar) -(ikan disiang dan diperapkan dengan asam jawa & limau
nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan selama 1 jam)
2 ulas kunyit hidup (ditumbuk halus)
6 biji bawang kecil (ditumbuk halus)
20 biji cili api (ditumbuk halus)
2 senduk tempoyak (agak2, nak pekat letak lebih lagi)
1 biji timun cina (dipotong dadu)
2 ikat daun kesum
2 ikat bunga kantan
sedikit asam keping
17
3 cawan air (ikut kepekatan)
garam (ikut rasa)
gula (kalau agak terlalu pedas)
Cara:
ikan dibersihkan dan diperapkan dengan asam jawa dan limau nipis untuk menghilangkan bau
hanyir ikan,kunyit hidup, bawang kecil dan cili api ditumbuk halus dan digaulkan dengan
tempoyak tadi masukkan kedalam periuk yang diletakkan air gaul sehingga rata masukkan juga
asam keping, letak atas api dan biar 3 minit baru masukkan ikan yang terlebih dahulu
dibersihkan, masukan bunga kantan, daun kesum dan timun cina tadi, sambil itu masukakn
garam, jangan terlampau masin, kalau agak-agak pedas sangat masukkan gula sikit.
Cadangan Hidangan:
sedap dimakan panas dengan nasi putih, amat menyelerakan.
Tambahan:
tempoyak biarlah yang 5 hari diperam baru sedap
18
3.8.2-Ikan patin bakar
Bahan-bahan:
2 ekor ikan patin segar.
( cuci dgn air jeruk nipis yg banyak dan belah 2)
Bahan perap:
* 15 butir bawang
* 10 butir bawang merah
* 8 siung bawang putih
* 2 cm kunyit yang sudah halus
* 1 sudu ketumbar
* garam, cili, gula, secukupnya
Cara-cara:
1.) Campurkan semua bahan, haluskan, tambahkan minyak zaitun jika suka
2.) Rendam ikan dalam bahan perap selama 1-2 jam
3.) Siapkan panggangan, bakar ikan hingga masak kecoklatan.
19
3.8.3-Sup ikan patin
Bahan
500 gram ikan patin segar
3 buah belimbing, potong-potong ( 6 buah)
2 buah tomato merah, potong dadu
1 buah jeruk nipis, ambil airnya
½ sdt garam
800 cc air
3 sdm minyak goreng
Kuah:
2 siung bawang putih diiris halus
3 siung bawang merah diiris halus
3 buah cili merah, diiris tipis
2 lbr daun salam
3 lbr daun jeruk
1 batang sireh,
1 batang daun bawang, potong 2 cm
¼ sdt gula
½ sdt garam
¼ sdt penyedap rasa (optional)
20
HIASAN:
1 tangkai daun kemangi, ambil daunnya
1 buah jeruk nipis, ambil airnya
2 buah jeruk , ambil airnya
Cara-cara:
1. Rendam ikan patin dalam larutan air, air jeruk nipis dan garam (ini untuk menghilangkan bau
tanah di ikan)
2. Tumis cili hingga layu dan harum
3. Tambahkan air, masukan tomato dan belimbing. Didihkan
4. Masukkan ikan patin sampai masak(jangan terlalu lama)
5. Hidangkan dengan penghias
21
3.8.4-Ikan patin masak sambal cili api
bahan:
ikan patin seekor
cili padi hijau segenggam ( ikut tahap kepedasan masing)
bawang besar 1ulas
bawang kecil 3ulas
cara memasak:
campurkan garam dan serbuk kunyit dengan ikan patin.Goreng dgn minyak yg panas sampai
garing,tumbuk bawang besar,bawang putih dan cili padi ,selesai menggoreng ikan
patin,tinggalkan sedikit minyak dalam kuali tadi dan mula lah menumis bahan yang ditumbuk
sampai garing..letakkan sedikit air supaya tidak terlalu kering..masukkan garam secukup rasa..
sudah garing,masukkan ikan patin yg digoreng ke dalam kuali dan kacau bagi rata..
22
3.8.5-Gulai Ikan Patin
Bahan :
- 2 ekor ikan patin, dipotong 3 bagian
- 2 lembar daun salam
- 2 cm serai, diambil putihnya, diracik
- 1 1/2 sdt garam
- 1 sdt gula pasir
- 500 ml santan
- 200 ml santan kental dari 1 butir kelapa
- 3 sdm untuk menumis
Kuah:
- 8 butir bawang merah -
- 5 siung bawang putih -
- 3 cm kunyit, dibakar -
- 4 butir kemiri, disangrai -
- 1/2 sdt cili kering
Cara membuat :
1. Lumuri ikan patin dengan 1/2 sdt garam dan 1/2 sdt air jeruk nipis. Perap selama 10 minit.
2. Panaskan minyak. Tumis cili halus, daun salam dan serai sampai harum. Masukkan santan ,
garam dan gula pasir. Masak sampai mendidih.
23
3. Tambahkan ikan patin. Masak sampai naik minyak. Tuang santan. Masak lagi sampai
mendidih.
4.Boleh dihidang bersama dengan nasi putih.
24
3.8.6- Patin Masak Sos Asam Manis
Bahan:
1 ekor ikan patin
2 sdm tepung maizena
1 sdt garam
½ sdt merica
2 sdm air jeruk nipis
Bahan sos:
3 sdm sos tomato
2 siung bawang putih, cincang
½ sdt garam
1 sdm gula
Air secukupnya
½ sdm kanji yang sudah dilarutkan dengan air
25
Cara membuat:
Cuci bersih ikan patin, ambil dagingnya, potong-potong dan rendam dengan air jeruk nipis ,
garam. Rendam selama 20 minit.
Balut ikan dengan tepung Maizena, Goreng hingga ranggup dan kemudian angkat.
Sos:
Tumis bawang putih sampai harum, masukan sos tomato, garam dan gula. masak sampai
mendidih. Tambahkan sedikit air, aduk rata. Setelah mendidih, masukan air kanji, aduk perlahan,
jika sudah mengental, matikan api.Susun ikan diatas piring, siram dengan sosnya. Sajikan
26
3.8.7-Ikan Patin Masak Tempoyak
Bahan-bahan:
Satu ekor ikan patin sederhana besar dibersihkan dan dipotong
1 inci lengkuas
1-1 1/2 inci kunyit hidup
6 biji bawang merah
2-3 sudu besar cili kering yg diblended (kalau nak pedas guna cili hidup/padi)
1 inci halia
1 btg serai diketok
1 senduk tempoyak
1 ikat daun kesum
1 kuntum bunga kantan dibelah 4
2-3 asam keping
4-5 cawan cawan air
27
garam (ikut rasa)
Cara-cara
1. Semua bahan ditumbuk/di blender sampai lumat.
2.Masukkan bahan yg ditumbuk lumat dlm periuk dan masukkan secawan air.Biarkan mendidih
sekejab.
3.Tambahkan baki air, asam keping dan garam dan biarkan mendidih.
4.Masukkan ikan,daun kesom,bunga kantan,serai dan tempoyak.Kacau dan biarkan mendidih
hingga masak.
28
3.8.8-Resepi Ikan Patin Belada
BAHAN:
1 ekor ikan patin
10 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
½ inci halia
½ inci kunyit hidup ditumbuk
1 sudu kecil kerisik
½ inci belacan
1 sudu besar rempah kari ikan
1 sudu besar asam jawa
3 tangkai daun limau purut
5 biji belimbing buluh
garam dan serbuk perasa secukupnya
Cara membuatnya :
1. Tumiskan bahan-bahan yang sudah ditumbuk hingga garing. Masukkan rempah kari dan
kerisik.
2. Tumis lagi dan masukkan sedikit air. Masukkan pula perahan air asam jawa.
3. Kemudian masukkan ikan, belimbing buluh, garam dan serbuk perasa. Biarkan mendidih dan
ikan masak.
4. Bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan nasi putih.
29
3.8.9-Pepes Ikan Patin
Bahan :
750 gr ikan patin, potong empat bagian
1 sdm air jeruk nipis
Garam secukupnya
Daun dan lidi utk membungkus
10 bh belimbing sayur, iris bulat
2 lbr daun salam
2 sdm minyak goreng
Kuah cili halus :
5 bh cili merah
5 siung bawang merah
3 siung bawang putih
30
Cara membuat :
1. Rendam ikan patin dalam air jeruk nipis dan garam, Perap beberapa saat agar bau hamisnya
berkurangan.
2. Lumuri ikan patin dengan cili campur bersama belimbing sayur, daun salam, dan minyak
goreng.
3. Bungkus ikan, lalu kukus selama 30 minit sampai masak. Angkat ikan dan hidangkan diatas
pinggan bersama-sama dengan hiasan.
31
3.8.10-PINDANG IKAN PATIN
Bahan:
1 kg ikan patin cuci bersih, potong2x, lumuri dgn 1 sdm air jeruk nipis selama 15 minit.
3 btg serai
3 lbr daun salam
3 buah tomato merah, belah 4
5 buah tomato hijau, belah 4
2 buah cabai merah, iris halus ± 2 cm
15 buah cabai rawit utuh
25 gr daun kemangi
3 sdm air asam
2 sdm kecap manis
2 sdm gula merah
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Bahan Yang Dihaluskan:
5 buah cili merah
6 siung bawang putih
6 buah bawang merah
Cara Membuat:
Rebus perasa halus, daun salam, serai, jahe, lengkuas dalam dengan 1250 cc airkedalam periuk
dengan api panas.Masukkan ikan dan bahan lainnya, beri garam sesuai selera hingga terasa asam,
manis, dan pedas. masak hingga masak.
32
3.8.11-Ikan Patin goreng Masak Cili Api
Bahan:
4 ekor ikan patin hidup
2 sdm air jeruk nipis
1 siung bawang putih,
1 sdt garam
4 sdm minyak sayur
3 buah cili merah,
hiris serong halus
buah belimbing sayur,hiris tipis
Haluskan:
5 butir bawang merah
4 siung bawang putih
buah cili padi merah
1 sdr garam
Cara membuat:
Kerat-kerat badan ikan patin
Lumuri dengan air jeruk, bawang putih dan garam hingga rata. Diamkan selama 30 menit.
Goreng dalam minyak panas dan banyak hingga kering. Angkat dan Hiriskan.
Tumis campuran blender halus hingga wangi.
33
Masukkan cili dan belimbing sayur. Aduk hingga layu. Angkat.
Siramkan ke atas ikan patin tadi
Sajikan segera.
34
3.8.12-Ikan Patin masak krim
Bahan-bahan:
1 ekor ikan patin, potong jadi 8 bagian
500 ml air kelapa
1 daun salam
2 cm lengkuas (Haluskan)
5 siung bawang putih haluskan
1 sdt ketumbar
1 sdt garam
Krim:
250 air rebusan ikan patin
50 gr tepung beras
Cara membuat:
1. Cuci bersih Ikan patin, lumuri ikan patin dengan air jeruk nipis dan garam. Dan perapkan ia
selama 15 minit.
2. Cuci ikan patin hingga bersih. Masukkan ikan patin dalam bekas berisi air kelapa, rebus
lengkuas, perasa halus masak hingga ikan patin empuk. Angkat, sisihkan air rebusan.
3. Campur air rebusan ikan patin dengan tepung beras, aduk hingga rata dan licin.
4. Panaskan minyak dengan api besar, goreng ikan patin hingga berwarna kuning kecokelatan.
Angkat, sisihkan.
5. Panaskan minyak, goreng tepung berperisa (jangan diaduk) hingga kering dan berwarna
kuning kecokelatan. Angkat, hiriskan. Taburi krim di ikan patin goreng. Sajikan
35
3.8.13-Nasi Ikan Patin Surabaya
Bahan:
1 ekor ikan patin, potong menjadi 4 bagian
750 ml air
minyak goreng
Haluskan:
5 bh bawang merah
3 siung bawang putih
1 sdt ketumbar
1 sdt garam
3 cm kunyit
Pelengkap:
nasi putih, mentimun, daun selada, kemangi, dan sambal cili padi
Cara membuat:
1. Campur ikan patin, air, dan perasa halus, masak hingga ikan patin empuk. Jika ikan patin
belum empuk, ditambah dengan air panas.
2. Panaskan minyak goreng secukupnya, masukkan ikan patin. Goreng hingga kering 3. Sajikan
ikan patin goreng dengan nasi, dan sambal.
4. Buat sambal: haluskan 10 bh cili hijau hijau dan 1/2 sdt garam, lalu beri minyak bekas
menggoreng ikan patin secukupnya.
36
3.8.14-Bebek Goreng Bali
Bahan :
Ikan patin Goreng :
1 ekor (900 g) ikan patin, potong 4 bagian
4 sdm minyak sayur
2 lembar daun salam
2 lembar daun jeruk
1 batang serai, memarkan
Perasa, haluskan :
2 cm lengkuas
8 siung bawang putih
1/2 sdt ketumbar
1 sdt gula pasir
2 sdt garam
Cara membuat :
Adukkan ikan patin dengan perasa halus hingga rata. perapkan selama beberapa jam.
Panaskan minyak, masukkan ikan patin berperasa, daun salam, daun jeruk dan serai.
Aduk hingga ikan patin ,Tuangkan air, masak dengan api kecil hingga daging ikan patin empuk.
Angkat, dinginkan. Panaskan minyak banyak di atas api sedang, goreng hingga ikan patin kering.
Angkat dan tuskan, Sajikan dengan Sambal.
Bahan:
3 sdm minyak sayur
3 butir bawang merah,hiris tipis
2 siung bawang putih, hiris tipis
3 buah cabai rawit merah, hiris halus
2 lembar daun jeruk purut, hiris halus
1 batang serai, ambil bagian yang putih, hiris halus
1/2 sdt garam
1 butir jeruk limau, ambil airnya
37
Cara membuat :
Panaskan minyak, goreng terasi hingga harum. Angkat,aduk dengan bahan lainnya hingga rata.
letakkan air jeruk limau, aduk rata.Sajikan.
3.8.15-Ikan patin Goreng Madura
Bahan:
1 ekor (900 g) ikan patin, potong-potong
2 sdm cuka/air jeruk nipis
500 ml air
4 lembar daun jeruk purut
2 batangs erai, potong 4 cm dari pangkal akar, memarkan
Perasa haluskan:
8 butir bawang merah
8 butir kemiri
5 siung bawang putih
2 sdt ketumbar ,3 cm kunyit
3 lembar daun jeruk purut
3 cm lengkuas muda
1 batang serai, ambil bagian yang putih, iris halus
2 sdt garam
Cara Membuat:
Bersihkan ikan patin, potong-potong menjadi 8 atau 10 bagian. Lumuri dengan cuka/air jeruk
nipis sambil sapuan hingga rata, Taruh dalam bekas bertutup, taruh dalam lemari es selama 30
minit. Bilas air hingga bersih, Aduk ikan patin dengan perasa yang dihaluskan hingga rata.
Perapkan selama 1 jam.Taruh ikan patin berperasa dalam bekas, tuangi air, masak dengan api
sedang hingga mendidih. Kecilkan api, masak hingga daging ikan patin empuk. Kalau perlu
tambahkan air panas.Goreng ikan patin dalam minyak banyak dan panas hingga kering.Angkat,
tiriskan.Sajikan dengan Sosnya dan Sambal
38
3.8.16-Dutch Fish Steak
Bahan:
500 gr daging ikan patin, potong membulat setebal 1 1/2 cm
2 sdm mentega
1 sdm bawang bombay
1 sdm kicap
1/2 sdt lada halus
1/2 sdt garam halus
Sos Steak:
2 butir cengkih
1/4 sdt pala halus
1 sdm saus tomato
1/4 sdt lada halus
1/2 sdt garam halus
1 sdt gula pasir
150 ml daging
Pelengkap:
Setup Okra
Penne pasta, rebus
Cara membuatnya:
Perasakan ikan patin dengan lada, garam, dan kicap English. Biarkan meresap 30 minit.
39
Panaskan mentega, masukkan iksn pstin, masak hingga masak. Angkat, potong-potong.
Buat sosnya:
Tambahkan tepung dan ikan patin pada bekas memasak steak. Masukkan perasa yang
lain. Didihkan hingga sos memekat Angkat dan saring.
Penyajian:
Taruh steak di atas piring saji bersama pelengkapnya. Siram dengan sos steaknya. Sajikan
panas.
3.8.17-Bakso bebola Daging Sapi berkuahkan ikan patin
Bahan:
60 g ikan patin, potong-potong, rebus,
60 g suun, seduh air panas,
60 g mi kuning, rebus, 1 sdm bawang merah goreng
Kuah:
1500 ml daging sapi
4 siung bawang putih, haluskan
1 sdm minyak goreng
1 sdm kicap asin
1 sdt lada halus
1 sdt garam halus
1 sdm saleri cincang
40
3.8.18-Bakso Sapi:
400 g daging sapi, giling halus
1 sdm tepung
2 sdm tepung kanji
1 butir putih telur,
¼ sdt lada halus
¼ sdt garam halus
Pelengkap:
Sambal cabai rawit
Sos tomato
Kicap manis
Cara Membuat:
1. Bakso Sapi: campur semua bahan bakso, uli hingga tercampur rata. Bentuk menjadi bulatan-
bulatan. Rebus hingga rata dan terapung. Angkat, sisihkan.
2. Kaldu: panaskan minyak, tumis bawang putih hingga harum, tuang kaldu, kecap assin, lada,
garam dan sledri cincang. Masak hingga mendidih. Angkat.
3. Penyajian: Atur bakso, suun, mi kuning, di dalam mangku saji. Tuang kaldu panas, taburi
dengan bawang merah goreng. Sajikan panas dengan sambal cabai rawit, kecap manis dan saus
tomato. Sajikan.
41
3.8.19-Risotto ikan patin
Bahan-bahan:
100 gram Daging dada ayam, dipotong kotak 1 cm
1oo gm ikan patin
2 sdm Mentega
1 buah Bawang Bombay, dicincang halus
2 siung Bawang putih, dicincang halus
400 gram Beras
2 sdt Garam
30 gram Keju parmesan
1 sdm Peterseli cincang
Cara Membuat:
1. Didihkan kaldu, sisihkan.
2. Tumis bawang Bombay dan bawang putih sampai layu.
3. Tambahkan beras, aduk rata. Masukkan ayam dan ikan patin
5. Tambahkan 150 ml kaldu, masak diatas api kecil dan . Sesekali diaduk. Tambahkan sisa kaldu
sedikit-sedikit sampai nasi masak.
6. Masukkan jamur dan garam. Aduk rata.
7. Taburkan keju dan peterseli cincang, aduk sampai matang lalu sajikan panas.
42
3.8.20-Ikan Patin masak Taocu
Bahan-bahan:
2 ekor ikan patin
Garam dan gula
Air jeruk nipis
Minyak masak
Cara:
Bersihkan ikan, potong-potong, beri garam dan air jeruk nipis, biarkan
sebentar sampai meresap. Goreng ikan dalam minyak panas sampai agak kuning.. Serai,
lengkuas .Tumis bumbu dlm sedikit minyak sampai harum, beri air secukupnya untuk
kuahnya (kira-kira 2 cups), setelah mendidih masukkan tauco dan ikan.
Kemudian masukkan belimbing yg sudah dibelah. Masak sampai bumbu
meresap. Bubuhi garam seperlunya. Angkat dan hidangkan.
NB: Belimbing dapat diganti dg tomato.
43
3.8.21-RESEPI MASAKAN PINDANG IKAN PATIN
Bahan:
1. 1 ekor ikan patin
2. 8 buah cili padi, potong-potong
3. 4 buah cili merah
4. 2 cm lengkuas,hiris tipis
5. 3 cm halia, hiris tipis
6. 3 cm kunyit,h iris tipis
7. 2 buah tomato
8. 5 lembar daun salam
9. 2 batang serai
10. 1 senduk the garam
11. 1 senduk penyedap rasa, jika suka
12. 650 cc air
13. Minyak goreng secukupnya
Bahan yang dihaluskan:
1. 6 butir bawang merah
2. 2 siung bawang putih
Cara membuat Resepi Masakan Pindang Ikan Patin:
1. Rebus air sampai mendidih, masukkan daun salam, serai, lengkuas, kunyit, tomato,
garam, penyedap rasa, cili merah. Aduk rata.
44
2. Tumis perasa halus hingga harum, masukkan ke air rebusan. Aduk sampai rata dan
meresap. Masukkan ikan patin. Angkat
3. Hidangkan.
45
3.8.22-Ikan tumis ala jawa
Bahan-bahannya :
- 1 ekor ikan (kurang lebih 1 kg, aku pakai patin)
- Jeruk nipis dan garam
- 4 buah belimbing sayur, iris memanjang buang bagian tengah yang mengandung biji
- 2 tangkai daun salam koja (uen temurui atau daun kari), lepas dari tangkainya
- 2 butir bawang merah, iris tipis
- minyak untuk menumis
- garam dan gula untuk penyedap
bumbu halus:
- 7 buah cili merah keriting
- 5 buah cili padi (bisa ditambah kalau suka pedas)
- 5 siung bawang merah
- 4 siung bawang putih
- 5 buah asam sunti
- 2 cm kunyit
- 1 sdt ketumbar
Caranya :
- bersihkan ikan lalu potong serasi. Lumuri dengan jeruk nipis dan garam sampai rata, serapkan
46
15 minit . Lumuri kembali ikan dengan bumbu halus dan potongan belimbing sayur, diamkan
selama 5 minit.Panaskan minyak di dalam bekas, goreng bawang merah iris dan daun setelah
wangi, masukkan ikan berperisa.Aduk perlahan sampai ikan berubah warna.Tuangi air sampai
ikan hampir terendam, didihkan.Tambahkan garam dan gula, masak sampai ikan
masak.Hidangkan dengan nasi panas.
47
3.8.22-Resepi ikan patin pindang Indonesia
2 kg ikan patin, bersihkan dan potong-potong
1/2 kg bawang merah, haluskan
10 cabai merah, haluskan
10 btg serai, memarkan
3 cm lengkuas, hiriskan
1 buah kunyit
5 sdm kicap manis
3 sdm asam Jawa
Air secukupnya
Garam dan penyedap secukupnya
3 sdm gula pasir
Bahan Pelengkap :
2 ikat daun cili padi merah secukupnya
2 btg daun bawang, potong-potong
48
Cara Membuat :
1. Rebus ikan patin hingga setengah masak
2. Siapkan bekas masukkan perasa yang telah dihaluskan, serai, lengkuas, kunyit, asam
jawa dan air, aduk rata masak hingga matang dan tambahkan garam, gula pasir, penyedap
rasa, kicap manis, masak hingga mendidih.
3. Tuang perasa ke dalam rebusan ikan patin dan masak hingga ikan patin masak. angkat.
4. Siapkan mangkuk hidang. masukkan ikan bersama kuah pindang, sajikan dengan
kemangi, cabai merah, dan taburan daun bawang. Sajikan hangat.
49
3.8.23-Resepi sup ikan patin
Bahan Membuat Sup Ikan Patin:
1 ekor ikan patin (600 gr), bersihkan, lumuri jeruk nipis dan garam, biarkan beberapa
minit, cuci kembali
1.5 ltr air
10 bh belimbing sayur
3 btg serai
3 btg daun bawang, potong-potong
5 btg seleri, iris
2 sdm minyak goreng
Bumbu Halus Memasak Sup Ikan Patin:
7 btr bawang merah
5 siung bawang putih
50
2 sdt garam
1 sdt merica bubuk
Pelengkap:
10 bh cili padi merah, tomato merah, potong melintang
Cara Membuat Soup Ikan Patin:
1. Rebus air hingga mendidih, masukkan belimbing sayur.
2. Tumis perasa halus hingga harum, masukkan ke dalam air rebusan belimbing sayur,
tambahkan serai.
3. Masukkan ikan patin dan daun bawang, masak hingga ikan masak. Tambahkan cili
blender dan hirisan tomato, masak sebentar, angkat.
4. Siapkan pinggan, taruh ikan dan kuahnya, taburi dengan hirisan seleri.
51
3.8.24-Sos ikan patin
Bahan-bahan:
1 kg patin
4 siung bawang merah
2 siung bawang putih
5 biji cili padi
1 biji tomato
Lengkuas secukupnya
Asam jawa dan garam secukupnya
Cara memasak :
bersihkan ikan potong ,hiris bawang merah, bawang putih dan cili serta tomato.
masukkan semua perasa dan ikan ke dalam bekas dan beri air kurang lebih 1 liter. masak hingga
mendidih.sos ikan patin siap disediakan.
Bab 4
Dapatan kajian
Dapatan kajian bagi penyelidikan ini tidak mengunakan sisitem soal selidik dan responden.Ia
hanya mengunakan sistem temubual bersama-sama dengan pengusaha dan penternak ikan patin.
52
Bab 5
5- RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1- RUMUSAN
Mengenai kajian yang telah di buat, bahagian ini membincangkan tentang hasil rumusan
kajian mengenai perusahaan ikan patin di Temerloh, Pahang. Setelah mengkaji pelbagai aspek
mengenai perusahaan ikan patin, ternyata terdapat rahsia ciptaan Allah memang tidak boleh
ditandingi oleh ilmu manusia. Ikan patin mempuyai rasa yang tidak sama seperti ikan-ikan yang
lain. Ikan patin mempunyai keunikan yang tersendiri.
Selain itu, ikan patin ini juga boleh dijadikan pelbagai jenis masakan. Samada masakan
tradisional mahupun masakan moden. Dahulu, ikan patin ini hanya terkenal di sekitar negeri
Pahang, terutamanya daerah Temerloh, tetapi kini ikan patin telah dikenali di seluruh negeri di
Malaysia. Hal ini kerana, ikan patin mempunyai keunikannya yang tersendiri yang tidak ada
pada ikan-ikan lain.
Rahsia alam masih banyak yang belum di terokai lagi. Ciptaan Allah yang Maha Agong
telah dijanjikan mengandungi seribu satu hikmah, seperti yang tercatat di dalam al-Quran:
“Tidaklah Kami menjadikan sesuatu itu sia-sia”. Semoga melalui kajian ringkas ini akan dapat
menyuntik semangat generasi muda untuk terus meneruskan perusahaan ikan patin ini. Di
harapkan semoga perusahaan ikan patin ini tidak akan pupus ditenggelam zaman.
53
5.2. CADANGAN
1. Jabatan Perikanan atau badan-badan yang terlibat perlu mengadakan kursus perusahaan
ikan patin kepada mereka yang berminat di samping boleh menambahkan pendapatan
seharian mereka.
2. Memperkenalkan produk ikan patin dengan lebih meluas di dalam Malaysia.
3. Mengeluarka produk yang berasaskan ikan patin seperti keropok.
4. Memperbaiki kecekapan dari segi prasarana dan pengurusan ikan patin.
5. Memohon pinjaman bagi membantu memulakan dan mengembangkan perusahaan ikan
patin.
5.3. CADANGAN KAJIAN MASA DEPAN
1. Mengkaji potensi pasaran ikan patin hingga ke peringkat antarabangsa dari segi import
dan eksport.
2. Memperluaskan lagi pasaran dan keistimewaan ikan patin.
3. Mempelbagaikan lagi jenis masakan dari keluaran ikan patin.
4. Menjalankan kajian susulan yang lebih menyeluruh dengan meluaskan populasi kajian
kepada masyarakat.
5. Member dorongan untuk serta membantu IKS (Industri Kecil Sederhana) untuk
meningkatkan hasil jualan mereka.
54
5.4 PENUTUP
Kesimpulannya, diharapkan maklumat dan informasi yang dapat dihasilkan melalui kajian
ini dapat membuka minda masyarakat mengenai perusahaan ikan patin. Generasi akan datang
perlu mempelajari serta meneruskan perusahaan ikan patin ini agar tidak hilang ditelan zaman.
Di harapkan semoga perusahaan ikan patin ini di biarkan serta pupus.
55
Bibliografi
Encik Sahri bin Abdullah - Penguasaha Perusahaan Ikan Patin
Puan Rabi’ah binti Hassan – Sumber resepi
Puan Zaliha binti Sahak @ Ishak – Sumber resepi
Sumber internet
Resepi.com.my
Scrib.com.my
Makanan tradisional.com
Temerloh.gov.com
Malaysiatourism.gov.com
56
57
Lampiran gambar –Sangkar ikan patin
58
Peralatan menangkap ikan
59
Cara menangkap ikan
60
61
Cara memotong ikan
62
Ikan patin
63
Makanan ikan
64