jepun sebagai sebuah negara contoh-2
DESCRIPTION
jepun sebagai negara contoh aeu assignmentTRANSCRIPT
Jepun Sebagai Sebuah Negara Contoh
Nipponkoku/Nihonkoku atau lebih dikenali sebagai Jepun adalah sebuah negara
kepulauan di Asia Timur yang terletak di sebelah barat Lautan Pasifik, , di sebelah timur Laut
Jepun, dan berjiran dengan Republik Rakyat China, Korea danRusia. Pulau paling utara terletak
di Laut Okhotsk, dan wilayah paling selatan pula merupakan sekelompok pulau kecil di Laut
China Timuriaitu kawasan selatan Okinawa yang berjiran dengan Taiwan.
Bendera dan Cap Mohor Diraja
Jepun disebut Nippon atau Nihon dalam bahasa Jepun; kedua-duanya ditulis
dengan aksara kanji yang sama, iaitu 日本 yang membawa maksud punca matahari.
Sebutan Nippon sering digunakan dalam urusan rasmi, termasuk nama negara dalam duit yen
Jepun, setem, dan pertandingan sukan antarabangsa. Sementara itu, sebutan Nihon digunakan
dalam urusan tidak rasmi seperti pembicaraan seharian.
Istilah Nippon dan Nihon sama-sama bererti "negara matahari terbit". Nama ini disebut
dalam wakil Maharaja Jepun ke Kerajaan Sui di China, dan merujuk kepada kedudukan Jepun
yang terletak di sebelah timur tanah besar China. Sebelum Jepun menjalin hubungan dengan
China, negara ini dikenali sebagai Yamato. Di China sewaktu zaman Tiga Kerajaan, Jepun
dikenali sebagai negara Wa (倭) atau Wagoku (倭国).
Nama negara Jepun dalam bahasa Melayu lama ialah "Jepang" (kini diterapkan
dalam bahasa Indonesia) yang dipinjam dari suatu loghat bahasa Cina, lalu ditemui oleh para
pedagang Portugis di Melaka pada abad ke-16. Oleh itu, dipercayai bahawa pedagang Portugis
inilah yang memperkenalkan nama negara Jepun ke Eropah. Nama Jepun julung kali dicatatkan
dalam bahasa Inggeris iaitu tereja Giapan dalam sepucuk surat bertarikh tahun 1565, nama Jepun
dalam bahasa Inggeris kini dieja Japan. Nama Jepun dalam bahasa Melayu masa kini mungkin
berasal dari bahasa Hokkien, iaitu ‘Ji7t-pún’.
Jepun terdiri daripada 6,852 pulauyang membentuk segugusankepulauan. Pulau-pulau
utama dari utara ke selatan adalah Hokkaido,Shikoku, Kyushu, dan Honshu adalah pulau
terbesar. Lebih kurang 97% wilayah daratan Jepun berada di keempat-empat pulau terbesarnya.
Sebahagian besar pulau di Jepun bergunung-gunung, dan sebahagian di antaranya
merupakan gunung berapi. Gunung tertinggi di Jepun ialahGunung Fuji yang merupakan sebuah
gunung berapi yang pendam dan juga kebanggaan bagi penduduk-penduduk disekitarnya.
Peta Jepun
Penduduk Jepun berjumlah 128 juta orang, menjadikannya negara ke-10 paling ramai
penduduknya di dunia. Tokyo ialah ibu negara Jepun yang bertaraf "kawasan
metropolitan". Tokyo Raya ialah sebutan untuk Tokyo dan beberapa bandaraya lain yang berada
di wilayah-wilayahsekelilingnya. Sebagai daerah metropolitan yang terluas di dunia, Tokyo Raya
diduduki lebih 30 juta orang.
Menurut mitos tradisional, Jepun didirikan oleh Maharaja Jimmu padaabad ke-7 SM.
Maharaja Jimmu yang mendirikan sistem pemerintahan beraja Jepun yang masih wujud hingga
kini. Meskipun begitu, untuk kebanyakan masa sepanjang sejarahnya, kuasa pemerintah
sebenarnya berada di tangan anggota istana, shogun, pihak tentera, dan memasuki zaman moden,
di tangan perdana menteri. Menurut Perlembagaan Jepuntahun 1947, Jepun ialah sebuah
negara raja berperlembagaan di bawah pimpinan Maharaja dan Diet Jepun.
Sebagai kuasa ekonomi utama, Jepun memiliki ekonomi ketiga terbesar dari segi KDNK
nominalmahupun pariti kuasa beli. Jepun ialah sebuah negara anggota Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu, G8,OECD dan APEC. Jepun dilengkapi dengan sistem pertahanan yang cukup,
dilengkapi dengan kecanggihan teknologi seperti AEGIS serta sebuah armada kapal
pembinasa yang besar.
Dalam perdagangan luar negeri, Jepun merupakan negara pengeksport keempat
terbesar dan negara pengimport keenam terbesar di dunia. Sebagai negara maju, penduduk Jepun
menikmati taraf hidup yang tinggi dan menduduki tempat ke-8 dalam Indeks Pembangunan
Manusia dan usia jangka hayat tertinggi di dunia menurut perangkaan PBB. Dalam bidang
teknologi, Jepun adalah negara termaju dalam bidang telekomunikasi, kejenteraan dan robotik.
Dari segi ekonomi, Sejak zaman Meiji (1868-1912). Jepun mengamalkan sistem
ekonomi pasaran bebas dan kapitalis yang berasaskan ekonomi England dan Amerika Syarikat.
Sistem pendidikan Barat diterapkan di Jepun, dan terdapat ribuan rakyat Jepun yang melanjutkan
pelajaran ke Amerika Syarikat dan Eropah. Lebih dari 3,000 orang Eropah dan Amerika dibawa
masuk sebagai tenaga pengajar di Jepun.Pada awal zaman Meiji, pihak kerajaan menyediakan
landasan kereta api dan jalan raya, serta memulakan pembaharuan dasar pemilikan tanah, di
samping mendirikan kilang dan pelabuhan untuk dijual kepada pemilik swasta dengan harga
yang murah. Sesetengah golongan usahawan yang lahir pada zaman Meiji berkembang
menjadi zaibatsu, dan ada di kalangannya yang masih berniaga sehingga masa kini.
Pertumbuhan ekonomi benar dari 1960-an hingga 1980-an bergelar"keajaiban ekonomi
Jepun", iaitu purata 10% pada tahun 1960-an, 5% pada tahun 1970-an, dan 4% pada tahun 1980-
an.Dekad 1980-an merupakan zaman keemasan eksport barangan automotif dan barang
elektronik ke Eropah dan Amerika Syarikat sehingga terjadi lebihan imbangan perdagangan yang
mengakibatkan konflik perdagangan. SetelahPerjanjian Plaza 1985 ditandatangani, dolar AS
mengalami penyusutan nilai berbanding yen.
Pada Februari 1987, kadar diskaun rasmi diturunkan hingga 2.5% agar hasil perkilangan
Jepun kembali berdaya saing setelah terjadinya kemerosotan jumlah eksport akibat pengukuhan
nilai yen. Akibatnya, terjadi penciptaan wang berlebihan. Spekulasi menyebabkan
harga saham danharta tanah terus meningkat, sehingga menimbulkan gelembung harga aset.
Harga tanah menjadi begitu tinggi akibat wujudnya ramai yang menyangka bahawa harga tanah
tidak akan jatuh. Ekonomi gelembung Jepun jatuh pada awal tahun 1990-an berikutan
pengetatandasar kewangan oleh Bank Jepun pada tahun 1989, serta kenaikan kadar diskaun
rasmi menjadi 6%. Pada tahun 1990, pihak kerajaan mengeluarkan sistem cukai pembelian tanah
baru, dan pihak bank diminta untuk mengehadkan pembiayaan aset harta.
Indeks Purata Nikkei dan harga tanah menyusut pada Disember 1989 dan musim luruh
1990. Pertumbuhan ekonomi terbantut pada 1990-an, sehingga hanya mencapai angka purata
pertumbuhan ekonomi sebanyak 1.7% akibat pelaburan modal yang tidak cekap di samping
fenomena gelembung harga aset pada 1980-an. Institusi kewangan menanggung masalah
pinjaman kerana telah mengeluarkan pinjaman wang dengan jaminan tanah atau saham. Usaha
kerajaan mengembalikan pertumbuhan ekonomi hanya sedikit berhasil, kemudian terhambat
oleh kelesuan ekonomi global pada tahun 2000.
Jepun merupakan ekonomi negara ketiga terbesar di dunia mengekori Amerika Syarikat
dan China, dari segi KDNK nominal (sekitar US$5 trilion) mahupun pariti kuasa beli. Kegiatan
industri terbesar Jepun terletak dalam
sektor perbankan, insurans, hartanah, peruncitan,pengangkutan, telekomunikasi,
dan pembinaan. Jepun memiliki industri berteknologi tinggi dalam
bidang automotif, elektronik,permesinan, keluli dan logam bukanbesi, perkapalan, kimia, tekstil,
danpemprosesan makanan. Sebesar tiga perempat dari produk domestik bruto Jepun berasal dari
sektor jasa.
Sehingga tahun 2001, jumlah tenaga kerja Jepun mencapai 67 juta orang. Kadar
pengangguran di Jepun sekitar 4%. Pada tahun 2007, Jepun menjadi negara ke-19 yang paling
produktif tenaga kerjanya. Menurut Indeks Big Mac, tenaga kerja di Jepun menikmati kadar gaji
sejam yang tertinggi di dunia. Toyota Motor,Mitsubishi UFJ Financial,Nintendo, NTT
DoCoMo, Nippon Telegraph & Telephone, Canon, Matsushita Electric
Industrial, Honda,Mitsubishi Corporation, dan Sumitomo Mitsui Financial merupakan sepuluh
syarikat Jepun terbesar pada tahun 2008.Sejumlah 326 syarikat Jepun tersenarai dalam Forbes
Global 2000 atau 16.3% dari 2,000 syarikat awam terbesar di dunia (mengikut data tahun
2006).Bursa Saham Tokyo memiliki jumlah permodalan pasaran kedua terbesar di dunia. Indeks
daripada 225 saham syarikat besar yang diperdagangkan di Bursa Saham Tokyo
dipanggil Nikkei 225.
Dalam Indeks Kemudahan Berniaga, Jepun menduduki tangga ke-12, oleh itu menjadi
salah sebuah negara maju dengan birokrasi paling sederhana. Kapitalisme ala Jepun
menampakkan beberapa ciri-ciri istimewa. Keiretsu adalah sekelompok perusahaan yang
dianggotai oleh syarikat-syarikat yang saling menjalin kerjasama perniagaan dan pemilikan
saham. Rundingan gaji (shuntō) serta pembaikan keadaan tempat kerja antara pihak pengurusan
dan kesatuan sekerka dilakukan setiap awal musim semi. Budaya perniagaan Jepun
mengamalkan konsep-konsep tempatan, seperti Sistem Nenkō, nemawashi,salaryman, dan office
lady.
Perusahaan di Jepun mengamalkan kenaikan pangkat berdasarkan kekananan dan
jaminan pekerjaan seumur hidup. Kejatuhan ekonomi gelembung disusuli kemuflisan dan
pembuangan kerja besar-besaran menyebabkan amalan jaminan pekerjaan seumur hidup semakin
diabaikan.Perusahaan Jepun dikenali kerana kaedah pengurusan seperti The Toyota
Way. Aktivisme pemegang saham amat jarang kelihatan.Dalam Indeks Kebebasan Ekonomi,
Jepun merupakan negara kelima paling besar laissez-faire di kalangan 41 negara Asia.
Jumlah eksport Jepun pada tahun 2005 adalah AS$4,210 per kapita. Pasaran eksport
terbesar Jepun tahun 2006 ialah Amerika Syarikat 22,8%, Kesatuan
Eropah 14,5%, China 14,3%,Korea Selatan 7,8%, Taiwan6,8%, dan Hong Kong 5,6%. Keluaran
eksport utama Jepun termasuk alat pengangkutan, kenderaan bermotor, elektronik, mesin-mesin
elektrik, dan bahan kimia. Negara sumber import terbesar bagi Jepun pada tahun 2006
adalah China 20.5%, AS 12.0%, Kesatuan Eropah 10.3%, Arab Saudi 6.4%, Emiriah Arab
Bersatu 5.5%, Australia 4.8%, Korea Selatan 4.7%, dan Indonesia 4.2%. Import utama Jepun
merupakan jentera dan peralatan, minyak, bahan makanan, tekstil, dan bahan mentah untuk
perindustrian.
Jepun adalah negara pengimport hasil laut terbesar di dunia (bernilai AS$ 14 juta). Jepun berada
di tangga ke-6 selepas China, Peru, Amerika Syarikat, Indonesia, dan Chile, dengan jumlah hasil
tangkapan ikan yang merosot sejak tahun 1996.
Pertanian merupakan sektor ekonomi utama Jepun hingga beberapa tahun selepas Perang
Dunia Kedua. Menurut kaji selidik bancian tahun 1950, lebih kurang 50% tenaga kerja berada di
bidang pertanian. Sepanjang "zaman keajaiban ekonomi Jepun", peratusan tenaga kerja dalam
bidang pertanian terus merosot hingga kira-kira 4.1% pada tahun 2008.[81] Pada Februari 2007
terdapat 1,813,000 keluarga pertanian komersil, namun di antaranya hanya kurang dari 21.2%
atau 387,000 keluarga merupakan usahawan pertanian. Sebahagian besar tenaga kerja pertanian
sudah lanjut usia, sementara bilangan tenaga kerja berusia muda dalam bidang pertanian agak
berkurangan.
Seterusnya kita beralih kepada sikap ataupun cara hidup masyarakat jepun yang satu
ketika dahulu pernah dibicarakan oleh mantan perdana menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir
Mohammad iaitu Dasar Pandang Ke Timur pada 8 Februari 1982 semasa persidangan “5th
Annual Conference of MAJECA/JAMECA” di Hilton Kuala Lumpur. Dasar ini bermaknapihak
Kerajaan akan membuat pengkajian, penelitian dan pemilihan terhadap contoh-contoh dan
teladan yang terbaik daripada negara Jepun dan Korea dengan mengubahsuaikannya dengan
keadaan-keadaan di Malaysia. Adalah tidak tepat jika Dasar Pandang Ke Timur ditakrif sebagai
mengambil apa sahaja dari Jepun dan Korea untuk dipraktik di Malaysia dan mengenepikan
teladan yang boleh dipelajari dari negara-negara Barat.
Objektif utama Dasar Pandang Ke Timur ini ialah untuk meninggikan prestasi
pengurusan dan pembangunan di negara ini serta mewujudkan golongan masyarakat Malaysia
yang mempunyai nilai-nilai dan etika kerja yang positif untuk meninggikan kemajuan
negara.Perkara-perkara yang harus ditumpukan melalui dasar ini ialah 'kerajinan dan disiplin
bekerja, kesetiaan kepada negara dan perusahaan atau perniagaan di mana pekerja bekerja,
keutamaan kepada kumpulan dan tidak diri sendiri, tekanan daya pengeluaran (productivity) dan
mutu yang tinggi (quality), peningkatan kecekapan, pengurangan perbezaan dan perpisahan
antara eksekutif dan pekerja am sistem pengurusan yang menitikberatkan kejayaan jangka
panjang dan tidak semata-mata peningkatan dividen atau pendapatan kakitangan dalam jangka
pendek, dan lain-lain lagi yang dipercayai boleh menyumbangkan kepada kemajuan bagi negara
kita'.
Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, nilai-nilai dan etika kerja di atas perlu
diamalkan kerana ianya dapat membantu menjayakan usaha-usaha pembangunan yang
dijalankan. Dasar Pandang Ke Timur ini tidak bermakna bahawa Malaysia mengurangkan
hubungan dagangannya dengan rakan-rakan yang ada sekarang. Sebaliknya Kerajaan akan terus
memperluaskan lagi perdagangannya dengan mengadakan hubungan dengan rakan-rakan bukan
tradisional di samping terus mengekalkan dan memajukan hubungan perdagangan yang setia
selaras dengan kepentingan negara.
Berbalik kepada sikap masyarakat Jepun, jika kita lihat dari perspektif gaya kehidupan
masyarakat Jepun dengan masyarakat di Negara kita Malaysia adalah sangat jauh berbeza. Jika
kita lihat bagaimana peduduk yang mempunyai minda kelas pertama dan kita sedar bahawa
untuk mencapai tahap seperti ini banyak perubahan yang perlu dilakukan bermula daripada sikap
masyarakat itu sendiri. Di negara Jepun, etika dan kualiti sikap warga Jepun yang terpuji ini
seolah-olah mereka merupakan golongan umat Islam silam yang pernah suatu ketika dulu
mendahului banga-bangsa lain di dunia dari pelbagai aspek kehidupan
Kini orang Jepun bukan sahaja berjaya mempelopori dunia dalam bidang sains dan
teknologi, malah turut seiring mendahului bangsa lain dalam aspek sosio budaya dengan sifat
dan sikap diri serta etika kerja yang cemerlang. Untuk pengetahuan bersama, jika anda pernah
berada di Jepun, setibanya di Lapangan Terbang Narita, anda pasti akan terkejut melihat
bagaimana seorang seorang si penyapu sampah menolak troli berkejaran dari satu tong sampah
ke tong sampah yang lain semata-mata untuk memungut sampah tersebut. Berbanding pula
dengan si penyapu sampah di KLIA, Malaysia dimana mereka menolak troli sambil berjalan-
jalan, dan adakalanya sempat bersembang-sembang dengan rakan-rakan yang lain.
Pernyataan ini bukan untuk memburukkan negara kita sendiri tetapi ini adalah fakta
ataupun kenyataan yang berlaku di negara kita. Sikap menghargai perlu disemai dalam jiwa
anak-anak muda kita pada zaman sekarang. Walaupun hanya seorang penyapu sampah atau apa-
apa kerja yang dilakukan, semangat daya kerja yang tinggi haruslah dipupuk sejak bangku
sekolah lagi. Kita seharusnya mempunyai moral yang tinggi dan memikirkan setiap apa
pekerjaan yang dilakukan dapat memberi impak kepada keseluruhan walaupun hanya sedikit.
Dan jika semua mengamalkan sikap yang sama, ia akan memberi impak yang besar dalam sosio
budaya di negara kita.
Antara sikap yang boleh kita contohi dari masyarakat Jepun adalah:-
Sikap Menepati Masa
Ini adalah satu sifat yang sangat sinonim dengan masyarakat Jepun yang sepatutnya
dijadikan contoh oleh masyarakat kita. Bukan sahaja orang-orang Jepun menepati masa, malah
setiap aktiviti harian seperti Densya (keretapi) dan bas akan datang tepat pada waktu yang
dijadualkan. Di sini kita dapat melihat sikap nihonjin (menghargai) mereka terhadap masa. Sikap
ini juga didorong oleh teknologi yang sedia ada di negara jepun iaitu Shinkazen (kereta api
peluru) seperti Maglev yang berkelajuan 580km/j, sudah tentu akan tertinggal jauh walaupun
terlewat hanya seminit. Disebabkan oleh itu mereka sangat menepati masa.
Sikap Menjaga Kebersihan
Jika kita menggunakan tandas-tandas awam di sekolah, stesen keretapi (eki) atau di
lapangan terbang, kita akan dapati tandasnya sangat bersih. Kawasan dalam tandas yang bersih
dan bersinar, seolah-olah boleh tidur di dalamnya. Air paipnya yang jernih dan boleh terus
diminum tanpa perlu dimasak. Ia amat berbeza sekali jika hendak dibandingkan dengan negara
kita. Alangkah bagusnya jika rakyat negara kita mempunyai minda dan sikap untuk sentiasa
menjaga kebersihan. Bermula daripada membuang sampah di tempat yang disediakan. Perkara
sebegitu amat membantu bagi menyuntik sikap menjaga kebersihan dalam kalangan masyarakat
kita.
Sikap Jujur
Kes-kes seperti kecurian amat jarang sekali didengari berlaku di Jepun. Jika anda terlupa
mengunci rumah anda atau tertinggal barangan berharga dalam kereta, anda tidak perlu risau
kerana peratusan kehilangan barang adalah sangat rendah. Jika tertinggal dompet dimana-mana
tempat, apa yang perlu dilakukan hanyalah pergi ke balai polis yang berdekatan. Barang-barang
itu akan boleh didapati semula di balai polis. Bahkan di setengah-setengah tempat di Jepun, ada
pasar-pasar terbuka yang dikendalikan oleh petani-petani Jepun yang hanya membiarkan barang-
barang jualan mereka berada di situ tanpa pengawasan pemilik. Pembeli hanya perlu memilih
produk yang dikehendaki dan memasukkan wang ke dalam bekas duit yang disediakan. Dari
situasi ini kita dapat melihat betapa jujurnya penduduk-penduduk di jepun.
Memiliki Budaya Kerja Yang Tinggi
Tidak kira pensyarah, pekerja pejabat, pelayan restoran, pemandu bas dan sebagainya,
mereka amat komited dengan kerja masing-masing. Kebiasaannya mereka akan bekerja sehingga
melampaui jadual waktu bekerja. Bagi mereka kerja adalah segala-galanya. Masyarakat Jepun
mengamalkan budaya kerja “Samurai Bushido” di mana prinsip-prinsipnya berjaya dihayati
sepenuhnya. Antara pegangan yang mengikut prinsip-prinsip tersebut adalah.
1. Pekerjaan itu satu penghormatan dan amanah
2. Berjuang untuk negara dan ketua/majikan dengan ikhlas dan bersungguh.
3. Jadi dan buatkan yang terbaik
4. Mati itu lebih baik daripada mengkhianati dan menghampakan majikan/ketua.
Faktor-faktor inilah yang membezakan kualiti kerja dan hasilnya seperti Proton dan Toyota,
walhal kedua-duanya mempunyai peralatan yang hampir sama. Maka tidak hairanlah dimana-
mana sahaja, banyak syarikat Jepun yang gah di mata dunia. Banyak juga yang telah bertapak di
negara kita sendiri. Itu adalah berkat ketekunan dan hasil usaha gigih mereka. Produk mereka
diktiraf oleh banyak negara di dunia.
Sikap Rajin Membaca
Di mana-mana sahaja kita pergi baik di dalam kenderaan awam seperti bas atau keretapi,
sambil menunggu kenderaan awam dan sebagainya kita dapat lihat mereka memegang buku dan
membaca. Satu sifat yang murni dan wajib dicontohi oleh semua orang. Kita dapat lihat mereka
bersungguh-sungguh menuntut ilmu, maka tidak hairanlah masyarakat Jepun ini dapat mencapai
kemajuan yang tinggi. Ilmu mereka sentiasa berkembang dengan bahan-bahan ilmu yang mereka
bawa kemana sahaja mereka pergi. Disebabkan oleh sikap ini, minda mereka sentiasa
berkembang dan terus cekap, hal ini amat membantu mereka dalam pekerjaan harian mereka.
Cara Yang Sistematik
Semua aktiviti di Jepun dilakukan berpandukan kepada satu system yang bersepadu dan
sistematik. Anda tidak akan dapat melihat situasi dimana “hari ini satu pihak gali lubang dan
turap” dan pada keesokannya ada satu pihak yang datang pula dan melakukan perkara yang
sama. Alangkah merugikan hal tersebut.
Sebagai contoh, system pembuangan sampah/kitar semula di jepun amat sistematik.
Ditetapkan pada hari sekian-sekian untuk membuang samapah/barang dan item-item tertentu
yang wajib diasingkan. Di Malaysia juga ada system seperti ini tetapi mungkin disebabkan
kurangnya sikap tanggungjawab disertakan pula dengan satu sistem yang tidak sistematik
menyebabkan sistem tersebut gagal.
Menghormati Orang Lain
Orang Jepun sememangnya terkenal dengan sikap sopan. Sopan terhadap orang tua,
orang yang lebih tua atau senpai (senior). Begitu juga sikap sopan mereka terhadap pelancong-
pelancong asing. Setiap kali jika kita masuk ke kedai atau tempat perniagaan mereka pasti akan
kedengaran pekerja-pekerja mengucap ‘irasshaimase’ atau selamat datang, hatta jika ada pekerja
yang sedang bekerja mengemop lantai sekalipun akan memberi ucapan selamat sambil tunduk
menghormati pelanggan. Dan bila keluar pula akan diucapkan ‘arigato gozaimasu’ atau terima
kasih. Ia adalah satu pengalaman dan pemandangan yang membuka minda kita bagi sesiapa yang
kali pertama mengunjungi Jepun. Walaupun majority masyarakat jepun tidak fasih berbahasa
inggeris, mereka tidak berputus asa jika pelancong bertanyakan arah kepada mereka. Mereka
berusaha untuk membuatkan pelancong faham dengan apa yang mereka hendak tujukan.
Kesimpulannya disini, negara Jepun amat perlu dicontohi oleh negara kita dari pelbagai
aspek kehidupan daripada pembangunan sosio ekonomi mahupun budaya. Perkara-perkara yang
harus ditumpukan melalui dasar ini ialah ‘kerajinan dan disiplin bekerja, kesetiaan kepada negara
dan perusahaan atau perniagaan di mana pekerja bekerja, keutamaan kepada kumpulan dan tidak
diri sendiri, tekanan daya pengeluaran (productivity) dan mutu yang tinggi (quality), peningkatan
kecekapan, pengurangan perbezaan dan perpisahan antara eksekutif dan pekerja am sistem
pengurusan yang menitikberatkan kejayaan jangka panjang dan tidak semata-mata peningkatan
dividen atau pendapatan kakitangan dalam jangka pendek, dan lain-lain lagi yang dipercayai
boleh menyumbangkan kepada kemajuan bagi negara kita.
Sumber asal : http://eiz1004.upprofits.com/malaysia-wajar-mencontohi-korea-selatan-selain-
jepun/#ixzz2KfBmRdgR
: http://ms.wikipedia.org/wiki/Jepun
: http://panduanpercuma.info/artikel-pilihan/2964/sikap-orang-jepun-yang-patut-
dicontohi
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 6
Mata pelajaran
Tajuk
Bahasa Melayu
Jepun sebagai sebuah negara contoh.
Peringkat Kelas: Tahun 6 Amanah
Masa: 8.30-9.00 pagi (30 minit)
Hasil Pembelajaran: Fokus Utama:
Lisan
5.3 Menyatakan isi penting berdasarkan bahan bacaan yang
dibaca. ( Aras 2 (ii) )
Fokus Sampingan :
Bacaan
5.2 Membaca bahan rencana yang disediakan dengan sebutan
dan intonasi yang betul. ( Aras 2 (i) )
Tulisan
9.2 Mengenal pasti maklumat yang diperdengarkan dan
membuat
catatan. ( Aras 1 (i) ).
Konsep/Prinsip/Teori/Hukum
Bahan Pembelajaran
dan
Pengajaran:
1. LCD
2. Komputer riba
3. Petikan Rencana
Langkah-langkah