jenis jenis pantun
TRANSCRIPT
SAUDAH BINTI ISMAIL EH PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU/PANTUN
1.0 PENGENALAN
Kesusasteraan Melayu merupakan warisan pusaka Melayu yang amat bernilai. Hal ini kerana,
kesusasteraan Melayu itu memaparkan bahasa, sejarah, budaya dan lambang kebudayaan
masyarakat Melayu. Oleh itu, pengajaran kesusasteraan dalam bahasa Melayu mula diberi
penekanan oleh Kementerian Pendidikan selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara
dalam melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
(JERIS). Menurut Abdul Rasid Jamian dan Arba’ie Sujud (2009), melalui pembacaan karya
sastera sebagai bahan pengajaran, murid-murid akan dapat menikmati serta menghayati
kesusasteraan Melayu yang disampaikan dalam struktur bahasa yang indah. Awang Had
Salleh (1968) pula, menyebut bahan sastera dalam pengajaran adalah untuk melatih murid
menikmati sesebuah karya sastera sepenuhnya dengan membuat penilaian, pertimbangan dan
kritik.
Di sekolah rendah bahan sastera seperti pantun, puisi, seloka, gurindam dan sebagainya
ada diselit di dalam buku teks bahasa Melayu. Antara bahan sastera tersebut, pantun
merupakan satu daripada warisan Melayu klasik yang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang
dek panas. Ia merupakan sastera lisan yang lahir dan berkembang dalam kalangan masyarakat
yang akrab dengan alam, dan diwarisi dari generasi ke generasi. Genre pantun hidup subur
dalam sekitar 30 bahasa dan dalam 35 dialek Melayu. Apabila muncul teknologi percetakan
pada akhir abab ke 19, koleksi pantun mula terbitkan dalam bentuk buku.
Berdasarkan pendapat Wan Hashim Wan Teh (2000), pantun merupakan pernyataan
manusia yang merangkumi unsur-unsur akal budi, pemikiran emosi dan imaginasi. Unsur-
unsur seperti ini dapat menyemai nilai-nilai kehalusan budi, menyemai sifat pengasih, saling
menghormati dan merangsang pemikiran kreatif. Oleh itu, pantun digunakan secara meluas
dalam pengajaran bahasa Melayu di sekolah. Penggunaan pantun dalam pendidikan
memperlihatkan gabungan dua unsur iaitu penyediaan bahan dan tenaga guru. Hal ini,
melibatkan ketelitian aspek perancangan dan penyediaan yang khusus serta sistemetik.
Perancangan yang baik mestilah menerapkan unsur-unsur interaktif, didik hibur atau apa
sahaja yang boleh menarik perhatian murid, menjana daya kreativiti dan merangsang minat.
Selain itu, pendedahan genre pantun juga, membolehkan murid menikmati karya sastera serta
mengukuhkan kemahiran berbahasa murid dari segi mendengar, bertutur, membaca dan
menulis (Dr. Sharifah Maimumah Syed Zin, 2000). Namun demikian, penggunaan pantun 1
SAUDAH BINTI ISMAIL EH PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU/PANTUN
sebagai bahan pengajaran ini mestilah mengutamakan kaedah dan teknik terkini yang
mengutamakan pendekatan kreatif agar objektif pembelajaran tercapai.
2.0 MAKSUD PANTUN
2.1 Definisi
Pantun wujud dalam pelbagai bentuk dan wajah dari pantun dua kerat, empat kerat
hinggalah ke pantun berkait. Genre pantun ini menduduki tempat yang penting dalam
kehidupan masyarakat Melayu ,justeru diungkapkan dalam permainan kanak-kanak, dalam
percintaan, upacara peminangan dan perkhawinan. Pendeknya setiap tahap kehidupan
masyarakat Melayu, yakni dalam buaian hingga ke alam percintaan dan hari-hari tua, dibantu
dan dihiasi dengan pantun.
Menurut Kamus Dewan (1986:813), definisi pantun ialah ,
“...sejenis puisi lama yang terdiri daripada empat baris dalam tiap-
tiap rangkap yang mempunyai pembayang dan maksud...”
Berdasarkan Kamus Umum Bahasa Indonesia (hlm.710) pula, definisi pantun
ialah,
“ ...sajak pendek, tiap-tiap kuplet biasanya empat baris(abab) dan
dua baris yang dahulu biasanya untuk tumpuan sahaja...”
Zaaba (1965) pula menyatakan,
“... perkataan pantun itu pada mulanya dahulu dipakai orang
dengan makna seperti,umpama, laksana...”
Hal ini, dibuktikan melalui ungkapan “kami sepantun telur itik” atau “tuan sepantun kilat
cermin” yang dijumpai dalam rangkap-rangkap pantun lama Melayu, membawa maksud
2
SAUDAH BINTI ISMAIL EH PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU/PANTUN
“seperti atau umpama”. Istilah pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan seperti
contoh ayat yang dipetik dari Hikayat Hang Tuah (1975:182) yang berbunyi:
“...akan sekarang adalah seperti pantun orang ‘pagar makan padi’ ”.
Dalam ayat tersebut istilah pantun digunakan sama dengan perumpamaan. Malah mengikut
teori Wilkinson (1923) dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang,
mulanya dua baris, kemudian empat baris dan seterusnya lapan baris. Contohnya,
perumpamaan “Sudah gaharu cendana pula” menjadi pantun dua kerat :
“ Sudah gaharu cendana pula
Sudah tahu bertanya juga.”
Menurut Kamus Ensiklopedia Malaysiana (2010), menyatakan pantun ialah
puisi tradisi Melayu iaitu puisi tulen milik orang Melayu semenjak mereka belum
tahu membaca dan menulis. Hak milik orang Melayu ini ada disebut oleh Zainal
Abidin bin Ahmad (Za’ba) dalam buku Pelita bahasa Melayu (1957) iaitu:
“Pantun ialah cara karangan berangkap yang betul-betul hak Melayu
dari asal dan betul-betul mengandungi semangat Melayu. Dan lagi
ialah kaedah Malaya yang sejati bagi menggubahkan alun perasaan
‘syair’ yang sebenar iaitu menggambarkan fikiran-fikiran hiba, sayu,
sedih, suka,sindir,giat dan warna-warna perasaan yang indah seperti
hal ehwal berkasih-kasih dan pujuk rayu yang lembut antara kekasih
dengan kekasihnya.”
Berikut maksud pantun dalam bahasa Nusantara yang lain:
i. Bahasa Jawa : parikan
ii. Bahasa Sunda : paparikan
iii. Minangkabau : panuntun (pembimbing/penasihat)
iv. Bahasa Pampanga : tuntun (teratur)
v. Bahasa Tagalog : tonton (bercakap mengikut aturan tertentu)
vi. Bahasa Jawa kuno : tuntun (benang), atuntun (teratur) dan Matuntun (memimpin)3
SAUDAH BINTI ISMAIL EH PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU/PANTUN
vii. Bahasa Toba : pantun (kesopanan atau kehormatan)
viii. Bahasa Melayu : pantun (quatrain atau sajak berbaris empat, rima a-b a-b)
ix. Bahasa Sunda : pantun (cerita panjang yang bersajak dan diiringi muzik).
Walau apapun sebutan dalam berbagai bahasa Nusantara, secara ringkasnya, pantun itu
membawa maksud bahasa yang tersusun dalam ikatan berirama a-b a-b dan mempunyai
sebutan yang sama di hujungnya. Pantun terbahagi kepada dua bahagian iaitu pembayang
dan maksud pantun. Pembayangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan alam dan
persekitaran orang Melayu. Maksud pantun atau sampiran adalah perkara tersirat atau tersurat
yang hendak disampaikan.
2.2 Jenis-jenis Pantun
Jenis-jenis pantun Melayu adalah berdasarkan bentuk dan isinya. Secara umumnya jenis
pantun terbahagi dua jenis utama iaitu pantun berkait dan tidak berkait. Jenis pantun tidak
berkait yang utama ialah ;
a. Pantun dua kerat/baris
b. Pantun empat kerat/baris
c. Pantun enam kerat/baris
d. Pantun lapan kerat/baris
e. Pantun sepuluh kerat/baris
f. Pantun dua belas kerat/baris
Jenis pantun yang paling popular dan banyak digunakan ialah pantun empat kerat/baris.
Jenis pantun empat kerat, jika berdasarkan isinya ialah ;
a. Pantun Kanak-kanak
b. Pantun Jenaka
c. Pantun Teka-teki
d. Pantun Bersukacita
e. Pantun Berdukacita
f. Pantun Peribahasa dan kiasan4
SAUDAH BINTI ISMAIL EH PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU/PANTUN
g. Pantun Budi
h. Pantun Nasihat
i. Pantun Agama
j. Pantun Kasih Sayang
k. Pantun Nasib.
l. Pantun Adat
Secara ringkasnya, jenis-jenis umum pantun dapat dinyatakan dalam rajah 2.1 di bawah:
Rajah 2.1 : Jenis-jenis Pantun Secara Ringkas.
2.2.1 Jenis Pantun Berdasarkan Bentuknya.
Jika mengkaji pantun berdasarkan bentuknya, pantun terbahagi kepada dua bahagian
iaitu bahagian pembayang dan bahagian maksudnya. Jika pantun empat kerat/baris,dua baris
pertama ialah pembayang manakala dua baris yang berikut ialah maksudnya. Jika pantun
lapan kerat/baris, empat baris di atas ialah empat ayat pembayang dan diikuti empat ayat
maksudnya dan demikianlah seterusnya.
Pembayang atau sampiran dalam pantun memainkan peranan untuk memberi persamaan
bunyi/rima kepada maksud. Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubungkait
5
Jenis pantunPantun tidak berkait
pantun dua kerat
pantun empat kerat
pantun enam kerat
pantun lapan kerat
pantun sepuluh kerat
pantun dua belas kerat
Pantun berkait
SAUDAH BINTI ISMAIL EH PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU/PANTUN
dengan pembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun. Lihat contoh pantun
empat kerat di bawah:
Air melurut ke tepian mandi,......................a (ayat pembayang)
Kembang berseri bunga senduduk,.............b (ayat pembayang)
Elok diturut resmi padi ;..............................a (ayat maksud)
Semakin berisi semakin menunduk.............b (ayat maksud)
Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkap pantun.
Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikan dalam pantun
tersebut (tema). Jumlah perkataan yang terdapat dalam pantun biasanya mengandungi empat
atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris. Pantun yang baik memaparkan bilangan patah
perkataan yang sama bagi setiap barisnya.
Setiap patah perkataan dalam pantun itu terdiri daripada tiga atau empat suku kata.
Dalam tiap-tiap baris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata.
Pantun yang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak. Rima atau bunyi yang
terdapat dalam pantun itu pula pada bahagian tengah atau akhir setiap baris pantun
mempunyai bunyi yang sama (rujuk contoh pantun di bawah). Rima pada baris pertama ayat
pembayang mestilah sama dengan rima baris pertama maksud dan begitulah seterusnya.
Pantun yang baik berima a-b a-b namun ada juga yang berima a-a a-a.
Bakar gaharu /dalam taman,
Asamkan karat/ si pisau raut;
Kalau berguru/ salah pedoman,
Sesat di darat/ karam di laut.
( Bunga Gerimis, 1986:3)
Berikut ialah contoh-contoh pantun dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat,
sepuluh kerat dan dua belas kerat. Pantun melebihi empat kerat disebut juga talibun:
Pantun Dua Kerat
6
SAUDAH BINTI ISMAIL EH PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU/PANTUN
Buah kelulut buah kepayang,
Dimakan mabuk dibuang sayang.
Dahulu parang sekarang besi,
Dahulu sayang sekarang benci.
Pantun Empat Kerat
Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di pulau angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi darjat kerana bahasa.
Pantun Enam Kerat
Belayar perahu membawa kuini,
Ke Tanjung Jati mengadap paduka,
Bunga kemboja sembah berkarang;
Kalaulah tahu jadi begini,
Tidaklah hati dibawa berduka,
Ku pilih sahaja orang lain.
Pantun Lapan Kerat
Dini hari melawat pusara,
Bawa merbah bersama emas,
Nenas terletak tepi belanga,
Belanga China bersalut arang;
Benihku cari disemai mesra,
Semaian bercambah menjelma tunas,
Kemudian subur indah berbunga,
Malangnya bunga di getu orang.
Pantun Sepuluh Kerat 7
SAUDAH BINTI ISMAIL EH PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU/PANTUN
Baju dastar kesumba,
Seluar gunting petani,
Jahitan nyonya kampung Erah,
Di hilir pasar Kampung Melaka,
Singgah di rumah nahkodanya;
Batang emas dahan suasa,
Buahnya intan dengan padi,
Bunga diisap burung merak,
Pipit hendak hinggap di rantingnya,
Adakah boleh saya yang punya?
Pantun Dua Belas Kerat
Rotan sepatah dua patah,
Tarik kerakap batang padi
Dibawa sultan dari Judah,
Padi jangan digemparkan,
Kalau gempar antara gugur,
Bila gugur masuk perigi;
Tuan di Mekah di Madinah,
Naik akhirat batu haji,
Tegak berdiri Rasulullah,
Kami yang jangan dilupakan,
Kalau lupa antara tidur,
Dalam tidur menjadi mimpi.
2.2.2 Jenis-jenis Pantun Berdasarkan Isinya
Pantun Melayu dikelaskan juga berdasarkan isi yang terkandung di dalamnya. Ayat-ayat
pembayang di dalam pantun adalah bertujuan untuk menyampaikan maksud penciptanya.
Contohnya, pantun yang isinya menyuruh orang berbuat baik atau berbentuk pengajaran
adalah dinamakan pantun nasihat. Huraian berikut , antara jenis-jenis pantun berdasarkan
isinya.8
SAUDAH BINTI ISMAIL EH PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU/PANTUN
2.2.2.1 Pantun Kanak-kanak
Pantun kanak-kanak digunakan kanak-kanak ketika bermain atau ketika bergurau senda.
Pantun ini bersifat memberi hiburan atau saling usik-mengusik. Contoh pantun :
Dari Ambun hendak ke Perak,
Singgah sebentar ke Semarang;
Si Jibun mencari kerak,
Hitam hidungnya mencari arang.
2.2.2.2 Pantun jenaka
Pantun jenaka mempunyai unsur kejenakaan atau kelucuaan yang berfungsi semata-
mata untuk hiburan. Pantun ini terhasil daripada gambaran keanehan dan keganjilan
perlakuan orang disekeliling penciptanya. Pantun jenaka mempunyai unsur-unsur pemikiran
yang tersusun yang mengandungi pengajaran , nasihat dan sindiran di dalamnya yang
disampaikan dalam bentuk jenaka. Berikut contoh pantun jenaka:
Orang rengat menanam betik,
Betik disiram air berlinang,
Hilang semangat penghulu itik;
Melihat ayam lumba berenang.
2.2.2.3 Pantun Teka-teki
Bagi pantun teka-teki pula terdapat kelainan sifat dan peranannya yang
tersendiri.Tujuan penggunaan pantun teka-teki ialah untuk berseronok dengan menduga
seseorang. Pantun teka-teki yang memerlukan jawapan merupakan alat untuk
menggerakkan cara berfikir secara spontan atau membina kemahiran berfikir dengan cepat
dan tepat. Berikut contoh pantun teka-teki;
Kelip-kelip disangka api,
Kalau api di mana puntungnya;
Hilang ghaib disangka mati,
Kalau mati di mana kuburnya?9
SAUDAH BINTI ISMAIL EH PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU/PANTUN
2.2.2.4 Pantun Bersukacita
Pantun bersukacita dicipta untuk bersukaria atau untuk tujuan berseronok. Contohnya,
berbalas-balas pantun yang bertujuan untuk memberikan hiburan. Berikut ialah contoh
pantun:
Benih buah dari kota,
Mari ditanam di tepi telaga
Alangkah gembira tiada terkata;
Dikurnia tuah tak terduga.
2.2.2.5 Pantun Berdukacita
Pantun berdukacita pula mempunyai tujuan yang bertentangan dengan pantun
bersukacita. Isi pantun ini menggambarkan perasaan sedih seseorang kerana ditinggalkan
orang tersayang. Contoh pantun :
Buah peria ditimbang kati,
Dijual bersama buah ara,
Pergimu tiadalah berganti;
Tinggallah saya berdukalara
2.2.2.6 Pantun Peribahasa dan Kiasan
Pantun jenis peribahasa pula mudah dikenali iaitu melalui penyampaian isinya menggunakan peribahasa-peribahasa yang begitu jelas bentuk serta susunannya. Bagi pantun kias dan ibarat pula, sesuai dengan namanya maka setiap isi yang disampaikan bersifat kiasan, ibarat atau perbandingan. Pantun berbentuk peribahasa dapat dilihat seperti contoh ini.
Buah teratak bertangga tiga,
Tangga menghala permatang berlembah;
Kalau tidak berada-ada,
Masakan tempua bersarang rendah.
10
SAUDAH BINTI ISMAIL EH PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU/PANTUN
Contoh pantun isinya berbentuk kiasan ;
Gesek biola tiup serunai,
Sayu dara berhati walang;
Putih mata si burung punai,
Kayu ara ditunggu helang.
2.2.2.7 Pantun Budi
Pantun budi bertujuan menyatakan tentang amalan berbudi yang wajar diamalkan oleh
orang Melayu. Contoh pantun:
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah;
Budi yang baik dikenang juga.
2.2.2.8 Pantun Nasihat
Pantun nasihat senang untuk dikenali kerana menyampaikan maksud dalam bentuk teguran
atau nasihat. Pantun jenis ini bertujuan untuk memberi nasihat atau pengajaran . Berikut
contoh pantun:
Air melurut ke tepian mandi,
Kembang berseri bunga senduduk;
Elok diturut resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.
2.2.2.9 Pantun Agama
11
SAUDAH BINTI ISMAIL EH PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU/PANTUN
Pantun agama juga mudah dikenali kerana isinya yang bersifat memberi nasihat. Pantun
jenis ini memberi nasihat atau teguran ke arah melakukan perbuatan yang baik. Contoh
pantun:
Bakar gaharu dalam taman,
Asamkan karat si pisau raut;
Kalau berguru salah pedoman,
Sesat di darat karam di laut.
2.2.2.10 Pantun Kasih Sayang
Pantun berkasih sayang digunakan untuk menyampaikan perasaan cinta, kasih atau
sayang antara pasangan kekasih atau suami isteri. Berikut ialah contoh pantun:
Burung merbuk membuat sarang,
Anak enggang meniti di paya;
Tembaga buruk di mata orang,
Intan berkarang di hati saya.
2.2.2.11 Pantun Nasib.
Pantun jenis ini biasanya digunakan oleh orang muda yang berdagang atau merantau. Isi
yang cuba disampaikan tentang untung nasib ketika berdagang atau untuk menggambarkan
rasa sedih tentang nasib yang dialami. Contoh pantun:
Pandan tumbuh ditepi gua,
Diambil orang untuk jamu;
Badanlah lama tidak bersua,
Bilalah kita harus bertemu.
2.2.2.12 Pantun Adat12
SAUDAH BINTI ISMAIL EH PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU/PANTUN
Isi yang cuba disampaikan dalam pantun adat adalah lebih mendalam atau serius
berbanding pantun-pantun lain. Pantun ini membicarakan persoalan tentang adat yang
berkaitan dengan norma-norma adat, peraturan atau undang-undang dan persoalan agama
yang berkaitan dengan Keesaan Allah dan balasan hari kemudian. Contoh pantun ialah:
Buah berangan di rumpun pinang,
Limau kasturi berdaun muda,
Kalau berkenan masuklah meminang;
Tanda diri beradat budaya.
2.2.3 Pantun Berkait
Seperti namanya, pantun berkait adalah pantun yang disusun secara berangkai .Pantun
jenis ini membawa maksud bahawa baris kedua (pembayang) dan keempat (maksud) dalam
setiap rangkap akan diulang semula sebagai baris pertama (pembayang) dan ketiga (maksud)
bagi rangkap yang berikutnya. Maka, hanya baris pertama dan ketiga dalam rangkap pertama,
serta baris kedua dan keempat rangkap terakhir yang tidak berulang. Proses mengarang
pantun jenis ini memerlukan ketelitian supaya kesinambungan pembayang dan maksud yang
disampaikan tampak lancar.
Pantun berkait mempunyai lebih daripada dua rangkap. Pantun jenis ini bermacam tema
seperti juga pantun empat kerat. Berikut ialah contoh pantun berkait bertema budi :
Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah;
Budi yang baik dikenang juga.
Gunung daik bercabang tiga,
Tampak jauh dari seberang,
Budi yang baik dikenang juga;
Khidmat bakti disanjung orang.
Tampak jauh dari seberang,13
SAUDAH BINTI ISMAIL EH PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU/PANTUN
Tegak berdiri bagai raksasa,
Khidmat bakti disanjung orang;
Orang berbudi kita berbahasa.
3.0 PANTUN DALAM PEMBELAJARAN DAN
PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Penggunaan pantun dalam pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu secara tidak
langsung dapat memberi kefahaman kepada murid tentang laras dan gaya bahasa sastera dan
keindahan bahasa itu sendiri. Walaubagaimanapun, pemilihan bahan atau aktiviti berpantun
itu perlu dilakukan dengan mempertimbangkan beberapa perkara secara menyeluruh.
Menurut Asmah Hj. Omar (1984), pemilihan perlu dilihat dari tiga aspek iaitu:
i. Pandangan guru bahasa Melayu, apakah tujuan dia memilih aktiviti sastera
atau bahan sastera itu ?
ii. Kemampuan murid, bergantung pada tingkat umur, tingkat kesedaran,
pengalaman, pencapaian bahasa, jantina dan sebagainya.
iii. Linguistik dan pedagogi. Adakah teks atau aktiviti yang dipilih itu sesuai
dengan laras bahasa yang akan diajarkan.
3.1 Contoh Rancangan Pengajaran Harian(RPH)
Berikut iaitu contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) murid Tahun Enam yang
melibatkan aktiviti berbalas pantun:
Genre : Puisi Klasik
Tahun : 6 Bestari
Tajuk : Pantun Teka-teki
Masa : 8.45 - 9.45 pagi. (60 minit)
Bilangan murid : 30 orang
Hasil Pembelajaran
14
SAUDAH BINTI ISMAIL EH PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU/PANTUN
Fokus Utama :
10.1 Menghasilkan pelbagai genre(prosa dan puisi) termasuk emel yang mudah,menarik dan
bermakna.
Aras 3
Menghasilkan prosa dan puisi secara terancang,tertib dan kemas dengan menggunakan
bahasa yang tepat,indah dan menarik.
Fokus Sampingan
11.2 Mengulas karya bukan sastera dan sastera dari segi penggunaan
perkataan,idea,ayat,wacana,dan nilai dan pengajaran.
Aras 1
Menyatakan pendapat mengenai penggunaan ayat yang menarik serta nilai dalam
pengajaran yang terdapat dalam karya yang dibaca.
Objektif:
Pada akhir pembelajaran dan pengajaran ini, murid dapat:
Menghasilkan pantun yang baik dan puitis secara spontan dalam aktiviti berbalas
pantun
Menyatakan nilai atau pengajaran yang terdapat dalam pantun.
Sistem Bahasa:
Kosa kata
Ejaan
Penerapan
Ilmu : Sains dan Teknologi
Nilai : Kerjasama, kebijaksanaan, dan keberanian
Kemahiran Bernilai Tambah :
Kemahiran Berfikir : Menjana idea
Kecerdasan Pelbagai : Kecerdasan emosi
Strategi : Konstruktivisme dan konteksual
Bahan Bantu Pengajaran :
15
SAUDAH BINTI ISMAIL EH PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU/PANTUN
Video klip nyanyian dan lembaran kerja
Pengetahuan Sedia Ada :
Murid sudah belajar mencipta pantun.
Langkah Pengajaran: Rujuk jadual 3.2
Jadual 3.1 : Contoh Rancangan Pengajaran Harian.
Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Catatan
Set Induksi
(8 Minit)
Nyanyian lagu ‘Ikan Kekek’
Contoh pantun secara lisan.
Murid menonton
video klip dan
menyanyi
lagu berbentuk
pantun .
Murid sebut
beberapa pantun
empat kerat yang
pernah diketahui.
Video klip lagu
Lirik Lagu:Ikan kekek mak ilui ilui,Ikan gelama mak ilai ilai;Nanti adik mak ilui ilui,Pulang sama mak ilai ilai.
Tenang-tenang air di laut’Sampan golek mudik ke tanjong;Hati terkenang mulut tersebut’Budi yang baik rasa di junjung.
Dari mana punai melayang,Dari paya turun ke padi,Dari mana datangnya sayang;Dari mata turun ke hati.
Langkah 1
(12 Minit)
Ciri-ciri pantun 4 kerat.
i. Jumlah suku kata.
ii. Rima akhir.
iii. Pembayang dan
maksud.
Pengajaran dalam pantun
Murid respon
kepada penyoalan
guru tentang ciri-
ciri pantun.
Murid meneliti
lembaran kerja dan
menyenaraikan ciri-
ciri pantun yang
diberikan.
Murid menyebut
hasil jawapan.
Murid menyebut
pengajaran dalam
pantun.
Nilai : Keberanian
BBP : Lembaran kerja
16
SAUDAH BINTI ISMAIL EH PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU/PANTUN
Langkah 2
(8 minit)
Pantun teka-teki
Menonton video pantun
teka-teki
Murid mendengar
penerangan tentang
ciri-ciri pantun
teka-teki.
Menonton video
dan melihat contoh
pantun teka-teki.
BBP: Video klip pendek
pantun teka-teki.
Muat turun dari : Taman
Puisi Blogspot./Pantun
teka-teki.wmv.
Langkah 3
(30 minit)
Aktiviti berbalas pantun
antara kumpulan A dan
kumpulan B.
Menyatakan pengajaran
pantun teka-teki.
Contoh :
i. Melayani binatang
peliharaan dengan baik.
ii. Menghargai haiwan
sebagai mahkluk ciptaan
Tuhan.
Murid dibahagikan
kepada 2 kumpulan.
Murid menjual dan
membeli pantun
teka-teki.
Memilih beberapa
pantun yang baik
untuk dinyatakan
pengajaran yang
terkandung di
dalamnya.
KBKK : menjana idea
Nilai : Kerjasama dan
keberanian.
Contoh pantun: Kum.A
Hari-hari ke rumah Cik Hitam,
Melihat orang memotong tebu,
Apakah binatang darahnya hitam;
Janggutnya lapan tulangnya satu?
Kumpulan B :
Bersiar-siar di pekan Bertam,
Membawa adik menjamah lontong,
Binatang apa darahnya hitam,
Haiwan lembik bernama sotong.
Penutup
(3 Minit)
Kesimpulan isi pelajaran Guru membuat
kesimpulan tentang
isi pelajaran.
Murid menerima
edaran lembaran
kerja untuk
pengukuhan (kerja
rumah).
BBP : Lembaran kerja.
Jadual 3.2 : Langkah-langkah Pengajaran Aktiviti Berbalas Pantun.
4.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN AKTIVITI BERBALAS PANTUN
Aktiviti berbalas pantun dalam pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu melibatkan
pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang pelbagai supaya aspek-aspek bahasa itu 17
SAUDAH BINTI ISMAIL EH PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU/PANTUN
dapat dikuasai murid. Kelebihan sesuatu aktiviti itu dapat dimanfaatkan oleh murid jika
seseorang guru itu bijak membuat pertimbangan beberapa perkara secara menyeluruh
sebelum memulakan pembelajaran dan pengajaran. Antaranya , pemilihan bahan berdasarkan
tema, bahasa, struktur ayat, ilustrasi dan tahap pencapaian murid yang akan terlibat dalam
aktiviti itu. Walaubagaimanapun, tidak dinafikan juga aktiviti yang menggunakan bahan
sastera seperti pantun mempunyai beberapa kelemahannya. Antaranya, yang berkait rapat
dengan penguasaan kemahiran guru serta aras kemampuan murid.
4.1 Kekuatan
Aktiviti berbalas pantun berupaya meningkatkan kemahiran berfikir kreatif dan kritis
murid. Dalam aktiviti ini, murid perlu pantas berfikir untuk mencipta pantun, khususnya
semasa membalas pantun pihak lawan. Murid perlu menjana idea yang bernas untuk
menghasilkan pantun yang baik. Siti Hajar Abdul Aziz dan Kamaruddin Hj. Hussin (1998)
berpendapat bahan sastera dalam pengajaran bahasa bersifat kognitif. Aktiviti seperti ini
dapat meningkatkan kemahiran berfikir dan membolehkan guru mengukur perluasan
perbendaharaan kata murid berhubung dengan bahasa yang digunakan dalam penciptaan
pantun.
Berhubung dengan aspek bahasa juga, kegiatan berbalas pantun dapat menanam
penghayatan murid terhadap keindahan bahasa Melayu dan bahan sastera seterusnya,
mengasah kemahiran murid untuk mengarang dengan baik (Koh Boh Boon (1994). Menurut
Sharifah Maimunah Syed Zin (2000), pendedahan kepada aktiviti berbentuk kesusasteraan
Melayu dapat memperkayakan perbendaharaan kata, struktur ayat, gaya bahasa, jalinan idea
dan sebagainya. Kelebihan aktiviti berbalas pantun ini selaras dengan pendapat Awang Had
Salleh (1968), penggunaan pantun dapat menjamin deria murid terhadap keindahan,
kehalusan dan kesenian bahasa.
Melalui aktiviti mencipta pantun juga akan dapat membantu murid menguasai
perbendaharaan kata . Hal ini kerana, melalui aktiviti ini, murid belajar mencipta ungkapan,
perkataan dan ayat berdasarkan perlambangan yang sesuai (Kamaruzzaman Abdul, 2000).
S.T. Coleridge (2000) juga, menyatakan kata-kata yang terbaik dalam susunan yang terbaik
seperti dalam pantun dapat membantu aspek bahasa murid.
18
SAUDAH BINTI ISMAIL EH PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU/PANTUN
Aktiviti berbalas pantun juga, dapat mencungkil bakat murid sebagai pemantun terbaik.
Aktiviti seperti ini memerlukan murid menggarap idea secara spontan dan seterusnya
mengasah pemikiran murid supaya dapat melahirkan pemantun berkualiti. Mohd.Khairul
Faizi Abdul Rasid (2003), melalui kajiannya, menyatakan penggarapan idea secara spontan
dapat melahirkan murid yang cemerlang dari segi jasmani, rohani, emosi, intelek, sosial serta
cemerlang dalam pelbagai aspek. Semua aspek ini diperlukan untuk melahirkan pemantun
yang berkualiti.
Kelebihan dari segi penerapan nilai murni pula, pendapat Knapton dan Evans (1967),
pembelajaran dan pengajaran mencipta pantun akan dapat membekalkan pengalaman estetik
yang akan membawa pengaruh positif dalam kesihatan penerimanya (murid) . Wan Hashim
Wan Teh (2000) pula, berpendapat medium sastera dapat membentuk sikap buruk daripada
menguasai diri. Dari penerapan nilai murni juga, Robert C.Pooley (2001), menyatakan puisi
termasuklah pantun dapat memberikan ketenangan dalam diri murid. Apabila ada aktiviti
berbalas pantun, murid akan mencipta dan melafazkan pantun dengan nada dan intonasi yang
sesuai. Situasi ini akan menerbitkan rasa seronok, tenang dan bermotivasi terhadap
pembelajaran bahasa. Berikut ialah rumusan kelebihan aktiviti berbalas pantun dalam bilik
darjah.
Rajah 4.2 : Kelebihan Aktiviti Berbalas Pantun dalam Bilik Darjah
4.2 Kelemahan
Masalah utama apabila diadakan aktiviti berbalas pantun atau mencipta pantun dalam
pembelajaran dan pengajaran ialah, murid tidak mahir untuk menghasilkan pantun yang
19
Menguji tahap pemikiran murid mengemukakan idea secara spontan.
Meningkatkan pengetahuan murid berkaitan penciptaan puisi klasik
Mengukuhkan aspek kemahiran berbahasa murid.
Menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid.
Mencungkil bakat murid sebagai pemantun
SAUDAH BINTI ISMAIL EH PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU/PANTUN
menepati ciri-ciri pantun yang baik misalnya, mengandungi nilai-nilai estetika dalam
sesebuah pantun. Begitu juga dengan jumlah perkataan yang sepatutnya terkandung dalam
sesebuah pantun yang baik. Menurut pengkaji sastera tradisional Melayu, Dr.Harun Mat Piah
(2009), pantun yang dicipta ada yang mempunyai rima yang janggal dan tidak mempunyai
rima sama sekali. Hal ini akan menjejaskan estetika pantun Melayu yang tidak pernah
berubah sejak zaman berzaman. Menurut beliau lagi, pantun yang dilontarkan tidak ada
hubung kait langsung antara bait pembayang dengan maksud sedangkan dalam mengarang
pantun, inilah yang ditekankan.
Pantun yang dipersembahkan juga kurang mempunyai unsur perlambangan sedangkan ia
bertentangan dengan ciri sebenar pantun Melayu yang mengutamakan unsur perlambangan
dalam pembayang dan maksud. Hal ini kerana, masyarakat tradisional menggunakan
pendekatan itu untuk sindiran atau kritikan. Menurut Dr. Harun lagi, berbalas pantun juga
hendaklah mengutamakan tema jenaka untuk tujuan hiburan tetapi pantun yang dicipta
kekadang lari dari tema itu. Berdasarkan pendapat ini, kebanyakan guru itu sendiri
sebenarnya kurang arif tentang ciri-ciri pantun yang baik. Guru juga kurang arif bagaimana
kaedah dan teknik yang terbaik untuk membimbing murid mencipta pantun yang baik.
Murid itu sendiri juga lemah dalam penciptaan pantun kerana kurang memahami secara
mendalam ciri-ciri bentuk pantun . Murid juga lemah memahami maksud pantun yang cuba
disampaikan. Mohd. Khairul Faizi Abd.Rasid (2003), dalam kajiannya menyebut selain
murid lemah dalam penciptaan pantun, murid juga tidak memahami apa yang cuba
disampaikan melalui pantun. Hal ini juga, ada hubungan dengan kegagalan guru
memantapkan ilmu dalam pengajaran bahan sastera. Sithamparam (1991), menyebut guru
sukar mengajar puisi tradisional seperti pantun kerana pengajaran pantun melibatkan banyak
interpretasi dan guru bahasa melayu kurang berkemahiran dalam soal itu. Pendapat ini sejajar
dengan pendapat Roshani Abdullah (1992). Menurut beliau, guru menghadapi kesukaran dan
ketidakupayaan dalam mengendalikan keseluruhan pengajaran bahasa dengan mudah
menggunakan pantun.
Hal ini turut disokong oleh Osman Alaudin (1995), yang menyatakan guru sukar
merancang dan melaksanakan pengajaran dengan berkesan kerana kurang jelas tentang bahan
pengajaran komponen sastera dalam pengajaran bahasa. Azizah Hamzah (1993), menyatakan
pengajaran guru sering berpandukan buku teks dan buku panduan tanpa mengukur 20
SAUDAH BINTI ISMAIL EH PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU/PANTUN
kemampuan dan keupayaan sebenar murid. Mohd. Isha Awang ( 2001) juga, menyatakan
guru-guru bahasa Melayu masih kurang cekap melaksanakan komsas di bilik darjah.
Roseazache Ariffin 2003, menyebut guru bahasa Melayu juga kurang faham cara hendak
melaksanakan pengajaran pantun yang betul.
Kelemahan lain dalam melaksanakan aktiviti berbalas pantun ialah, murid tidak ada
kesungguhan melakukan aktiviti berkaitan penciptaan pantun. Carter & Long, (1991) murid
cepat bosan dan kurang memberi kerjasama dan perhatian semasa aktiviti berpantun dalam
kelas. Rajah berikut rumusan kelemahan pelaksanaan aktiviti berpantun dalam kelas
Rajah 4.3 : Kelemahan Pelaksanaan Aktiviti Berpantun dalam Bilik Darjah
RUMUSAN
Pengajaran bahasa Melayu menggunakan pantun sebagai bahan pembelajaran akan
dapat mendorong minat murid terhadap mata pelajaran itu sendiri. Hal ini kerana, bahan
sastera mempunyai ciri-ciri hiburan yang boleh mengubah emosi kepada keceriaan.
21
Murid tidak mahir menulis pantun secara spontan
Murid tidak mahir menggunakan unsur-unsur perlambangan dalam pantun.
Murid tidak mahir untuk menghasilkan pantun yang menepati ciri-ciri bentuk pantun yang baik.
Guru tidak mahir menggunakan teknik dan pendekatan yang sesuai untuk mengajar pantun.
Guru tidak mahir dalam bidang pantun/kurang ilmu
Guru bergantung dengan buku teks. murid sukar beri tumpuan kerana mudah bosan.
SAUDAH BINTI ISMAIL EH PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU/PANTUN
Pembelajaran dan pengajaran yang mengandungi aktiviti yang mencipta pantun berupayaan
membantu perkembangan murid dari segi JERIS ( Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan
sosial). Kamaruddin Hj. Hussin (1998) ada menyebut, bahan kesusasteraan menguasai ilmu
yang menyentuh pelbagai perkara.
Pantun itu pelbagai jenis berdasarkan isi dan bentuknya. Oleh itu penggunaan pantun
dalam pengajaran mestilah melibatkan banyak perkara termasuk berdasarkan minat dan gaya
belajar mereka. Guru juga , perlu memilih pantun yang sesuai dengan tahap pemikiran murid
dan tidak terlalu puitis sehingga sukar difahami murid. Seseorang guru itu perlu merancang
dengan baik sebelum memulakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran menggunakan pantun.
Perancangan yang sistemetik dan meliputi pemilihan kaedah dan teknik yang sesuai akan
dapat membantu murid mempertingkatkan kemahirannya dalam berbahasa.
Aktiviti berbalas pantun dilihat sebagai aktiviti yang mampu menjana idea murid dengan
baik. Hal ini kerana, murid perlu mencipta pantun secara spontan yang menguji tingkat
ketangkasan pemikiran murid untuk berfikir dalam masa yang terhad. Pemilihan tema untuk
aktiviti berbalas pantun ini perlu disesuaikan dengan tahap kognitif mereka. Dalam hal ini,
pantun empat kerat adalah sesuai untuk aktiviti berbalas pantun. Bimbingan daripada guru
yang berkemahiran perlu untuk membantu murid mencipta pantun yang menepati ciri-ciri
pantun yang baik agar kekuatan pantun sebagai bahan pembelajaran dan pengajaran
terserlah.
Kelemahan aktiviti berpantun pula dapat diperbaiki dengan pemilihan kaedah dan teknik
pengajaran yang sesuai manakala guru perlu memantapkan lagi ilmunya berkaitan bahan
sastera agar dapat memaksimakan impak positif kepada murid. Kunci kejayaan pengajaran
bahan sastera, khususnya pantun dalam bahasa Melayu bukan hanya terletak pada
kecanggihan kurikulum atau kelengkapan kemudahan di sekolah. Namun ia juga, terletak
pada kreadibiliti guru mengatur dan memanfaatkan bahan pengajaran itu di bilik darjah.
RUJUKAN
Adnan Abd. Majid.(2008). Sastera Melayu Tradisional. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Aripin Said.(1994).Puisi Warisan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.22
SAUDAH BINTI ISMAIL EH PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU/PANTUN
Asmah Hj.Omar(1989). Kaedah Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.
Dr. Harun Mat Piah(2009).Berbalas Pantun Masih banyak Kelemahan. Utusan Melayu.(14 Januari ,2009)
Haryati Shafii.(2010). Koleksi Pantun Haryati Shafii. Tidak diterbitkan.
Ishak Ramly.(2003). Teknik Mengajar Sastera. Bentong: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.Kamaruddin Abdul.(2000). Pelajar Wajib Belajar Komponen Kesusasteraan Melayu. Berita Harian.(17 Februari).
Kamaruddin Hj. Hussin dan Siti HajarHj. Abdul Aziz(1997). Komunikasi Bahasa Pengajian Melayu 3. Kuala Lumpur:Kumpulan Budiman.
Kamaruddin Husin. (1995). Perkaedahan Mengajar Bahasa.Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman.
Kementerian Pendidikan Malaysia.(2003). Huraian Sukatan Pelajaran KBSR, Bahasa Melayu Tahun 6. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia.(2003). Sukatan Pelajaran KBSR, Bahasa Melayu.Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.
Koh Boh Boon.(1989). Perspektif-perspektif dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Hj. Salleh.(2005). Pengenalan dalam Kurik Kendi Merah Saga : Kumpulan Pantun Lisan Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Hj. Salleh.(2006). Dalam Daun Ada Bicara :Falsafah Alam Pantun Melayu.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noriah Taslim.” Pantun dan Pembudayaan Bangsa” dlm. Dewan Sastera.hlm.81- 83.Ogos.2007
Rahman Shaari. “Keharmonian Isi dengan Pembayang Pantun”.dlm Dewan Sastera.Hlm. 16-18 Oktober. 2006.
Rogayah A. Hamid “Kebijaksanaan dan Emosi dlm Pantun”.dlm Dewan Sastera.Hlm. 11-15 Oktober. 2006.
Rogayah Abd. Hamid,Jumaah Ilias.(2008). Pandangan Semesta Melayu : Pantun.Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka.
23
SAUDAH BINTI ISMAIL EH PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU/PANTUN
24