jelaskan pengertian kepimpinan dalam organisasi dan jelaskan ciri-ciri

18
GMGM 3023 KEMPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM 1. PENGENALAN Organisasi yang berjaya mempunyai satu ciri yang membezakannya dari organisasi yang tidak Berjaya iaitu kepimpinan yang dinamik dan efektif. Kebanyakan organisasi perniagaan gagal disebabkan oleh kepimpinan pengurus yang tidak efektif . Keperluan untuk pemimpin yang efektif dan kajian ke atas kepimpinan bukanlah satu fenomena yang baru . Fenomena ini telah pun wujud semenjak permulaan tamadun manusia lagi . Kini organisasi perniagaan dan bukan perniagaan telah berkembang besar dan kompleks . Keadaan ini menyebabkan surbordinat semakin cenderung untuk memilih kepimpinan pengurus yang mereka suka dan yakin akan kemampuan mereka . Seorang pemimpin akan lahir dalam satu kumpulan sekiranya ahli kumpulan tersebut berpendapat bahawa beliau berkeupayaan untuk menggalakkan pencapaian matlamat dan kepuasan ahli kumpulan . NURHASHIMAH BINTI MOHD TOBIAAT- 194682 RAJA MARDHIANA BINTI RAJA HAIZAT – 194697 SITI HAJAR BINTI ABDUL KHODIB - 193105 Page 1

Upload: faizalkama

Post on 20-Jan-2016

160 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jelaskan Pengertian Kepimpinan Dalam Organisasi Dan Jelaskan Ciri-Ciri

GMGM 3023 KEMPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

1. PENGENALAN

Organisasi yang berjaya mempunyai satu ciri yang membezakannya dari

organisasi yang tidak Berjaya iaitu kepimpinan yang dinamik dan efektif. Kebanyakan

organisasi perniagaan gagal disebabkan oleh kepimpinan pengurus yang tidak efektif .

Keperluan untuk pemimpin yang efektif dan kajian ke atas kepimpinan bukanlah satu

fenomena yang baru . Fenomena ini telah pun wujud semenjak permulaan tamadun

manusia lagi . Kini organisasi perniagaan dan bukan perniagaan telah berkembang besar

dan kompleks . Keadaan ini menyebabkan surbordinat semakin cenderung untuk memilih

kepimpinan pengurus yang mereka suka dan yakin akan kemampuan mereka .

Seorang pemimpin akan lahir dalam satu kumpulan sekiranya ahli kumpulan

tersebut berpendapat bahawa beliau berkeupayaan untuk menggalakkan pencapaian

matlamat dan kepuasan ahli kumpulan .

2. DEFINISI KEPIMPINAN

Kepemimpinan adalah merupakan satu topik yang diminati kerana ia menyentuh

kehidupan masyarakat dunia tanpa mengira budaya, sama ada dalam masyarakat primitif

atau sebaliknya. Ia juga diminati kerana kepemimpinan membawa kuasa, kedinamikan

dan kejayaan individu dalam lapangan masing-masing. Kepemimpinan juga menjadi

penting kerana kita boleh memilih sesiapa sahaja untuk dijadikan pemimpin tetapi kita

tidak boleh memilih untuk tidak mempunyai pemimpin.

Seperti mana yang kita ketahui kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada

prestasi pentadbirnya dalam erti kata lain yang memimpin. Seseorang pemimpin yang

NURHASHIMAH BINTI MOHD TOBIAAT- 194682RAJA MARDHIANA BINTI RAJA HAIZAT – 194697SITI HAJAR BINTI ABDUL KHODIB - 193105

Page 1

Page 2: Jelaskan Pengertian Kepimpinan Dalam Organisasi Dan Jelaskan Ciri-Ciri

GMGM 3023 KEMPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

baik harus mempunyai ciri-ciri khusus tertentu dalam menjalankan peranannya sebaik

mungkin serta menguasai kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk mengelola ahli-

ahli di bawah untuk mencapai matlamat organisasi. (Zainal Abidin Mohamad, 1998).

Kejayaan sesebuah organisasi bergantung ke atas prestasi kolektif pentadbirnya,

iaitu orang yang mengarah kerja dan memimpin kakitangan keseluruhannya. Pemimpin

(atau Ketua Jabatan) secara bersendirian mesti mendapatkan kerjasama secara sukarela

daripada rakan sejawatnya kerana proses kepimpinan memang melibatkan dua orang atau

lebih. (Fatimah Wati Halim & Iran Herman, (1997).

Selain itu, pemimpin juga membawa maksud seorang daripadanya cuba

membimbing dan mendorong yang lain dalam usaha mencapai matlamat sistem. Apabila

seseorang itu berjaya memimpin, ini bermakna dia berjaya mempengaruhi anggota-

anggota yang lain di dalam organisasi itu. Kebolehan mempengaruhi bergantung kepada

unsur yang penting iaitu kuasa yang ada pada seseorang itu.

Seperti mana yang umum ketahui sejak dari awal kajian dibuat tentang sains

pengurusan, terdapat beberapa pendekatan yang digariskan dalam membuat penilaian ke

atas ciri-ciri pemimpin. Kepemimpinan menjadi penting kerana ia sering dikaitkan

dengan keberkesanan dan kecekapan sesebuah organisasi termasuklah sekolah.

Berasaskan premis inilah maka timbulnya slogan: "Pemimpinlah yang menjadikan

organisasi itu berbeza dengan yang lain".

Mengikut Dr Robiah Sidin (1988), dalam bukunya ‘Asas Pentadbiran

Pendidikan’, beliau menegaskan bahawa secara umumnya ada dua jenis kuasa yang boleh

dipegang oleh seseorang pemimpin itu iaitu yang pertama, kuasa yang datang dengan

NURHASHIMAH BINTI MOHD TOBIAAT- 194682RAJA MARDHIANA BINTI RAJA HAIZAT – 194697SITI HAJAR BINTI ABDUL KHODIB - 193105

Page 2

Page 3: Jelaskan Pengertian Kepimpinan Dalam Organisasi Dan Jelaskan Ciri-Ciri

GMGM 3023 KEMPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

jawatannya di dalam organisasi itu dan kedua, kuasa yang berpunca daripada keadaan

dirinya sendiri atau kuasa individu. Kuasa yang bersangkut paut dengan jawatan adalah

penting kerana memberi kepercayaan kepada anggota-anggotanya. Walaubagaimanapun

untuk seseorang itu kekal menjadi pemimpin dia mesti juga mempunyai kuasa yang

berunsurkan kebolehan tersendirinya. (Dr Robiah Sidin (1988).

Robbins ( 2005 ) telah mendefinisikan kepimpinan sebagai kemampuan seseorang

mempengaruhi pasukan kerja ke arah pencapaian matlamat sesebuah organisasi .

Manakala Greenberg dan Baron ( 1995 ) telah mendefinisikan pemimpin sebagai

seseorang yang menentukan matlamat seseuatu organisasi dan strategi – strategi untuk

mencapai matlamat organisasi yang telah ditetapkan .

3. CIRI-CIRI PERSONALITI YANG DIKAITKAN DENGAN SESEORANG

PEMIMPIN

Terdapat beberapa personaliti yang sering dikaitka dengan seorang pemimpin.

Personaliti berikut ialah;

I. Keyakinan kendiri

Merujuk kepada sejauh manakah individu itu berasa selesa dengan pertimbangan,

keupayaan dan kemahirannya. Individu yang tidak berkeyakinan tidak suka menanggung

risiko dan berasa tidak selesa apabila terpaksa membuat keputusan. Pemimpin yang

berkeyakinan lebih berjaya berbanding dengan pemimpin yang rendah keyakinan kendiri.

II. Bertanggungjawab

NURHASHIMAH BINTI MOHD TOBIAAT- 194682RAJA MARDHIANA BINTI RAJA HAIZAT – 194697SITI HAJAR BINTI ABDUL KHODIB - 193105

Page 3

Page 4: Jelaskan Pengertian Kepimpinan Dalam Organisasi Dan Jelaskan Ciri-Ciri

GMGM 3023 KEMPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

Individu yang bertanggungjawab cenderung melaksanakan kerjaya dengan penuh

hati-hati dan bersedia mematuhi peraturan yang ditetapkan. Sifat ini sering dikaitkan

dengan kejayaan seseorang pemimpin.

III. Penyesuaian

Merujuk kepada ketahanan dan keupayaan emosi menghadapi tekanan, konflik,

dan kekecewaan. Pemimpin yang berupaya mengharungi rintangan-rintangan ini adalah

lebih berkesan mberbanding dengan pemimpin yang tidak boleh menyesuaikan diri dalam

keadaan tertekan

IV. Suka bergaul/ramah

Sifat ini juga disebutkan sebagai penting dalam kejayaan kepemimpinan kerana

orang yang suka bergaul biasanya memperolehi banyak pengalaman dan mudah

mempengaruhi orang-orang dalam organisasinya.

V. Dapat diterima

Merujuk kepada sifat amanah, mudah bekerjasama, mesra, dan sopan. Orang

seperti ini mudah bekerjasama dengan orang lain. Manakala sifat orang yang sukar

diterima, biasanya tidak sabar, muram, syak wasangka, dan sukar bekerjasama dengan

orang lain.

VI. Berorientasi Pencapaian

Individu yang berorientasi pencapaian berusaha melaksanakan tugas dengan jayanya

kerana individu ini akan hanya berasa puas jika ia beroleh kejayaan. Individu seperti ini

cenderung bekerja keras, bercita-cita tinggi dan suka persaingan. Manakala orang yang

rendah orientasi pencapaian adalah tidak bercita-cita tinggi, suka dengan keadaan yang

NURHASHIMAH BINTI MOHD TOBIAAT- 194682RAJA MARDHIANA BINTI RAJA HAIZAT – 194697SITI HAJAR BINTI ABDUL KHODIB - 193105

Page 4

Page 5: Jelaskan Pengertian Kepimpinan Dalam Organisasi Dan Jelaskan Ciri-Ciri

GMGM 3023 KEMPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

sedia ada, dan pasif serta usaha-usahanya adalah sedikit, kecuali jika ia dijanjikan

ganjaran ekstrinsik.

4. CIRI-CIRI YANG BAIK MENGIKUT PADANGAN TOKOH

TERKEMUKA

Mengikut pandangan tokoh Islam daripada Al Mawardi menyatakan bahawa

seorang pemimpin perlu mempunyai sifat seorang yang adil dalam memimpin pekerja di

dalam organisasi tersebut. Seorang pemimpin juga perlulah seorang yang berfikiran

matang dan berani berijtihad dalam melakukan tugasnya. Seorang pemimpin juga

menurut Al Mawardi perlulah berpancaindera yang sempurna. Ianya juga perlu

mempunyai ilmu agama yang tinggi. Hal ini kerana dengan adanya ilmu agama yang

tinggi secara tidak langsung dapat mengelakkan seorang pemimpin daripada melakukan

perkara yang mungkar dan seorang pemimpin juga perlu mempunyai anggota badan yang

sempurna supaya boleh menguruskan pekerjaannya dengan sempurna. (Ahmad Ibrahim

Abu Sin, (1991).

Manakala menurut Imam Al-Ghazali menyatakan seorang pemimpin perlulah

seorang yang hidupnya dengan cara sederna tidak terlalu membazir dengan harta yang

dimiliki olehnya. Seorang pemimpin juga perlulah melaksanakan kerja dengan tenang

tanpa merungut dengan pekerjaan yang dilakukanna. Dia juga harus cuba memuaskan

semua pihak jika hal itu tidak melanggar undang-undang dan peraturan. Seorang

pemimpin juga menurut Imam Al-Ghazali perlulah mempunyai sifat kesedaran akan

tanggungjawab besar jawatannya. Seorang pemimpin juga perlulah seorang yang suka

NURHASHIMAH BINTI MOHD TOBIAAT- 194682RAJA MARDHIANA BINTI RAJA HAIZAT – 194697SITI HAJAR BINTI ABDUL KHODIB - 193105

Page 5

Page 6: Jelaskan Pengertian Kepimpinan Dalam Organisasi Dan Jelaskan Ciri-Ciri

GMGM 3023 KEMPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

bersahabat dengan para ilmuan dan mendengar arahan para ilmuan tersebut. Hal ini keran

supaya seorang pemimpin tersebut tidak melanggar undang-undang yang telah digariskan

dalam Islam ataupun tidak terpesong daripada landasan agama Islam yang telah

ditetapkan oleh syarak. (Ahmad Ibrahim Abu Sin, (1991).

Manakala menurut pandangan daripada tokoh barat iaitu Edwin Ghiselli

menyatakan bahawa seorang pemimpin perlulah mempunyai sifat kesungguhan dan

keyakinan kepada diri sendiri. Tanpa sifat kesungguhan dan keyakinan dalam diri sendiri

boleh menyebabkan sesebuah organisasi tidak akan berjalan dengan baik. Begitu juga

dengan kecerdasan yang terlalu tinggi atau kecerdasan yang terlalu rendah akan

mengurangkan keberkesanan memimpin. (Mustafa Hj. Daud, (1996).

Selain itu, menurut pandangan tokoh Barat lainnya iaitu Ralph M. Stogdill,

seorang pemimpin perlulah bersifat kecerdasan dan kemampuan juga bijak, matang,

mempunyai harta sebagai modal supaya seorang pemimpin tersebut dapat menguruskan

organisasinya dengan baik. Seorang pemimpin juga perlu adanya sifat sosial iaitu dimana

mempunyai daya kerjasama, kemampuan berkomunikasi dan berkebolehan untuk

bermasyarakat. (Mustafa Hj. Daud, (1996). Selain itu, seorang pemimpin juga seharusnya

mempunyai sifat keperibadian iaitu dimana berkebolehan, agresif dan berkeyakinan

tinggi dalam menjalankan tugas sebagai seorang pemimpin. (Mustafa Hj. Daud, (1996).

5. PERANAN PEMIMPIN

Pemimpin diamanahkan untuk menerajui organisasi bagi kepentingan semua ahli.

Pemimpin dipilih dan dilantik kerana kelebihan-kelebihan tertentunya yang dikira dapat

NURHASHIMAH BINTI MOHD TOBIAAT- 194682RAJA MARDHIANA BINTI RAJA HAIZAT – 194697SITI HAJAR BINTI ABDUL KHODIB - 193105

Page 6

Page 7: Jelaskan Pengertian Kepimpinan Dalam Organisasi Dan Jelaskan Ciri-Ciri

GMGM 3023 KEMPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

membantu organisasi, antaranya memainkan peranan-peranan penting mewakili

organisasi. Oleh itu jelas seseorang pemimpin memainkan beberapa peranan secara

serentak. Peranan-peranan berikut adalah seperti;

I. Sumber rujukan: pemimpin berperanan sebagai pemberi maklumat dan idea

kepada ahli-ahli apabila diperlukan. Oleh itu pemimpin harus luas pembacaannya,

sentiasa mengikuti perkembangan, mempunyai hubungan yang luas, banyak

pengalaman dan rajin belajar

II. Model: sebagai model atau contoh, pemimpin memperlihatkan sifat-sifat, tingkah

laku dan kebolehan yang boleh diteladani.

III. Pendorong: pemimpin juga harus sentiasa meransang dan mendorong ahli-ahli

dan rakan-rakan sepimpinannya untuk membangun diri, meningkatkan komitmen

dan terus gigih memberikan khidmat serta subangan untuk kebaikan bersama.

IV. Pembimbing: selaku pembimbing pemimpin turut mendidik, menyokong dan

membolehkan ahli berperanan dengan aktif. Belajar memahami potensi dan bakat,

minat dan kecenderungan, serta kekuatan dan kelemahan ahli dan membantu

mereka untuk menjadi ahli yang aktif dan menyumbang .

V. Jurucakap/jurubicara: peranan ini menyerupai peranan “pegawai perhubungan

awam”. Iaitu berperanan sebagai jurucakap atau wakil organisasi dalam

perhubungan dengan pihak-pihak luar.

VI. Orang tengah: jika berlaku perbezaan pendapat, konflik antara ahli-ahli pemimpin

berperanan sebagai orang tengah bagi mencari pendamaian. Bersikap adil dan

tidak condong(bias) kepada mana-mana pihak.

NURHASHIMAH BINTI MOHD TOBIAAT- 194682RAJA MARDHIANA BINTI RAJA HAIZAT – 194697SITI HAJAR BINTI ABDUL KHODIB - 193105

Page 7

Page 8: Jelaskan Pengertian Kepimpinan Dalam Organisasi Dan Jelaskan Ciri-Ciri

GMGM 3023 KEMPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

Disamping memainkan peranan-peranan seperti di atas, di dalam sesuatu keadaan

tertentu pemimpin juga turut berperanan sebagai pakar (berdasarkan kemahiran dan

pengelaman yang dimilikinya) guru, penyelaras, mentor, kaunselor, ideologi, penilai dan

sebagainya.

6. KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG HARUS DIMILIKI PEMIMPIN

Setiap pemimpin perlu mempunyai pengetahuan dan beberapa kemahiran asas,

lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan tugasnya dalam sesebuah organisasi. Pengetahuan

dan kemahiran yang dimaksudkan ialah pelbagai dan antaranya ialah;

I. Bekerja Dengan Orang. Boleh berhubung dan bekerja dengan orang, berbincang,

mendengar pandangan, merangsang ahli-ahli, menggalakkan ahli mengambil

inisiatif dan menyerlahkan bakat dan potensi mereka.

II. Kebolehan Menganalisis. Kemampuan memahami dan menghuraikan sesuatu

isu/persoalan dari pelbagai sudut serta merumusnya. Dapat berfikir dengan

menggunakan berbagai-bagai teknik(kreatif/kritikal/lateral)

III. Pengorganisasian/Penyusunan/Penggemblengan Tenaga. Memahami bagaimana

organisasi beroperasi, cara-cara yang sesuai dan berkesan untuk menggerakkan

tenaga-tenaga di dalam pertubuhan serta mendapatkan sokongan masyarakat.

IV. Komunikasi. Dapat menyampaikan sesuatu denganbaik, berhujah dengan

meyakinkan dan merangsang ahli.

V. Penggunaan Sumber. Tahu tentang kewujudan pelbagai sumber di dalam dan di

sekitar organisas (individu, kumpulan,budaya,agama), sedar tentang pelbagai

institusi dan pertubuhan di sekeliling dan dapat bekerjasama dengan mereka.

NURHASHIMAH BINTI MOHD TOBIAAT- 194682RAJA MARDHIANA BINTI RAJA HAIZAT – 194697SITI HAJAR BINTI ABDUL KHODIB - 193105

Page 8

Page 9: Jelaskan Pengertian Kepimpinan Dalam Organisasi Dan Jelaskan Ciri-Ciri

GMGM 3023 KEMPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

VI. Mesyuarat. Menguruskan mesyuarat dengan berkesan.

VII. Penulisan. Boleh menulis ucapan, kenyataan media, menyediakan cadangan dan

laporan.

VIII. Kewangan. Tahu bagaimana mendapatkan wang yang diperlukan pertubuhan,

merangka belanjawan dan menguruskan dana.

IX. Kajian/Penyelidikan. Tahu bagaimana melakukan penyelidikan asas, faham

kegunaan maklumat dan bagaimana mendapatkan maklumat yang dikehendaki.

X. Isu. Dapat mengenal pasti isu-isu penting dan dapat menilai potensi sesuatu isu

bagi kepentingan organisasi.

XI. Latihan. Tahu akan keperluanlatihan-latihan untuk organisasi dan dapat

mengendalikan latihan.

XII. Penggunaan Teknologi. Tahu menggunakan teknologi yang sesuai dan terkini

bagi memudahkan kerja.

XIII. Alat-alat Komunikasi. Pandai menggunakan alat-alat komunikasi yang asas untuk

pelbagai tugasan seperti internet, persidangan media, pembinaan kontrak dan lain

- lain.

Walaupun kemahiran-kemahiran yang dinyatakan agak banyak, ini tidak bererti

seseorang pemimpin itu harus menguasainya. Namun mereka harus berusaha

menguasainya untuk kepentingan bersama terutamanya diri sendiri. Dalam pada itu

pemimpin juga seharusnya berkemahiran mengangihkan sesuatu tugas, peranan dan

bidang kerja tertentu kepada ahli-ahlinya.

NURHASHIMAH BINTI MOHD TOBIAAT- 194682RAJA MARDHIANA BINTI RAJA HAIZAT – 194697SITI HAJAR BINTI ABDUL KHODIB - 193105

Page 9

Page 10: Jelaskan Pengertian Kepimpinan Dalam Organisasi Dan Jelaskan Ciri-Ciri

GMGM 3023 KEMPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

7. KESIMPULAN

Kepimpinan ialah perlakuan seseorang yang boleh menggerakkan orang lain

untuk berfikir, merasa, bertindak dengan cara-cara tertentu. Dalam hal ini seorang

pemimpin harus mengetahui keperluan dan motif orang-orang yang berkerja dengannya

dan harus menitikberatkan pencapaian matlamat kumpulan. Dia juga harus berjaya

mengekalkan kekuatan yang ada pada kumpulannya untuk menyelesaikan masalah dan

mencapai matlamat masa depan.

Walaupun kepimpinan boleh dipelajari, tapi tidak semua orang dapat menjadi

pemimpin yang baik. Menjadi pemimpin yang baik memerlukan kesabaran, kecekalan,

pembelajaran yang berterusan, sikap cintakan ilmu, penguasaan pelbagai kemahiran,

disiplin diri yang tinggi, kesediaan untuk menerima teguran juga kritikan dan sebagainya.

Natijahnya seorang pemimpin organisasi yang baik bukan sahaja bergantung kepada

jawatan yang disandang tetapi lebih kepada keupayaannya mengendalikan peranan-

peranan dalam organisasi dengan berkesan serta menguasai kemahiran-kemahiran yang

dinyatakan dengan baik.

NURHASHIMAH BINTI MOHD TOBIAAT- 194682RAJA MARDHIANA BINTI RAJA HAIZAT – 194697SITI HAJAR BINTI ABDUL KHODIB - 193105

Page 10

Page 11: Jelaskan Pengertian Kepimpinan Dalam Organisasi Dan Jelaskan Ciri-Ciri

GMGM 3023 KEMPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

RUJUKAN

Aminudin Moh. Yusof (1990). Kepimpinan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Alias Mohamed. (1984). Kepimpinan, demokrasi dan tradisi. Kuala Lumpur: AMW

Comunications Management.

Azizan Bahari. (2009). Menjadi pemimpin. Petaling Jaya: Qarya Sdn. Bhd.

Dr Robiah Sidin (1988). Asas Pentadbiran Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

& Putaka.

Fatimah Wati Halim & Iran Herman, (1997). Hubungan Nilai Kerja, Prestasi Kerja dan

Kualiti Kehidupan Bekerja di Kalangan Pekerja Sektor Awam & Swasta. Jurnal

Psikologi Manusia. Bil 11:97-114

       Mustafa Hj. Daud. (1996). Pemimpin Mengikut Pandangan Tokoh Barat, (Terjemahan),

Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distibutors Sdn. Bhd.

Zainal Abidin Mohamad. (1998). Pengurusan Strategik. Kuala Lumpur: Utusan

Distributian and Publication.

NURHASHIMAH BINTI MOHD TOBIAAT- 194682RAJA MARDHIANA BINTI RAJA HAIZAT – 194697SITI HAJAR BINTI ABDUL KHODIB - 193105

Page 11