jawapan lingustik

29
Struktur Lingustik : i. Sintaksis :- Bidang linguistik yang mengkaji tentang bentuk, st binaan ayat atau konstruksi ayat iaitu berkaitan dengan atau rumus t/bhs yg m’dasari kaedah penggabungan dan penyusunan dan pengelompokan p’kataan, untuk m’btk ayat binaa ayat, jenis ayat dan ragam ayat. Morfologi :- Bidang l’tik yg m’kaji ttg kata/p’kataan i.struktur kata ! iaitu susunan btk bunyi ujaran/lambang yang b’makna. ii. bentuk kata ! rupa unit t/bhs yg b’btk tunggal, kata kata majmuk dan kata ganda. iii. golongan kata ! proses m’kategorikan perkataan berd keseragaman btk/fungsi ayat ii.Semantik: Satu bidang kajian linguistik yg berkaitan dgn makna kat ayat dlm bhs merujuk kpd aspek makna yg diaplikasi pada ayat dari segi bentuk dan logik. iii."onetik dan fonolgi : Mengikut #ndra$ati %ahid dan Mardian Shah &mar '())*+ fo ialah kajian ttg bunyi bhs yang dihasilkan oleh manusia menggunakan organ sebutan manakala fonologi pula k sistem bunyi bhs merangkumi pola bhs, fungsi dan organis item linguistik spt fonem dan sbgnya. i. Leksikologi : Bidang linguistik yg m’kaji tentang perbendaharaan kata untuk tujuan penyusunan kamus serta bandingkan makna k bhs dgn bhs tertentu ! melibatkan penambahan dan pengura kata.

Upload: hartinijeki

Post on 04-Oct-2015

69 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Struktur Lingustik :i. Sintaksis:-Bidang linguistik yang mengkaji tentang bentuk, struktur dan binaan ayat atau konstruksi ayat iaitu berkaitan dengan hukum atau rumus t/bhs yg mdasari kaedah penggabungan dan penyusunan dan pengelompokan pkataan, untuk mbtk ayat : frasa, binaa ayat, jenis ayat dan ragam ayat.Morfologi :-Bidang ltik yg mkaji ttg kata/pkataan ;i. struktur kata iaitu susunan btk bunyi ujaran/lambang tulisan yang bmakna.ii. bentuk kata rupa unit t/bhs yg bbtk tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda.iii. golongan kata proses mkategorikan perkataan berdasarkan keseragaman btk/fungsi ayat ii. Semantik:Satu bidang kajian linguistik yg berkaitan dgn makna kata dan ayat dlm bhs; merujuk kpd aspek makna yg diaplikasi pada makna ayat dari segi bentuk dan logik.iii. Fonetik dan fonolgi:Mengikut Indrawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) fonetik ialah kajian ttg bunyi bhs yang dihasilkan oleh manusia dengan menggunakan organ sebutan manakala fonologi pula kajian ttg sistem bunyi bhs merangkumi pola bhs, fungsi dan organisasi sbg item linguistik spt fonem dan sbgnya.iv. Leksikologi:Bidang linguistik yg mkaji tentang perbendaharaan kata terutama untuk tujuan penyusunan kamus serta bandingkan makna kata dgn bhs dgn bhs tertentu melibatkan penambahan dan pengurangan kata.v. Pragmatik:Bidang linguistik yg mkajihal-hal yg merangkumi struktur bhs sbg alat perhubungan antara penutur dan pendengar atau penulis dan pembaca konteks penggunaan dan kemampuan pemakai bhs mengaitkan ujaran dgn konteks yg sesuai.SIFAT BAHASA : NOAM CHOMSKYa. Bahasa sebagai satu sistemBhs mpunyai susunan tertentu atau kaedah utk diujar atau ditulis. Kedudukan perkataan dgn perkataan lain dlm ayat adalah teratur iaitu ditetapkan oleh susunan bahasa.b. Bhs bersifat dinamisBhs bubah dan bkembang melalui pertembungan budaya, perpndahan, interaksi sesama manusia, oleh sebab itu berlakulah proses pertambahan dan pengurangan bhs namun struktur dan t/bhsnya tidak berubah.c. Bhs bsifat arbitrariBhs mpunyai simbol atau lambang yang sama (pertalian makna dan lambang dlm bhs) ; msia menggunakan bhs yg berbeza disebabkan oleh pengaruh bhs masing-masing, bunyi bhs dgn sesuatu yg dimaksudkan tdk semestinya ada pkaitan spt bunyi ring..ringring adalah bunyi loceng tertentu untuk tujuan ttentud. Bhs sbg alat komunikasiKomunikasi boleh berlaku secara lisan/tulisan. Proses kkasi ialah adanya maklumat yg hdk disampaikan oleh penutur kpd pdgr atau penulis kpd pbaca. Kkasi memerlukan kemahiran bbhs yg menggunakan sebutan yang betul, kemas, dan teratur dan berupaya menggunakanjeda, tekanan dan gaya yg tepat agar pdgr dpt mdiskriminasikan bunyi-bunyi ujaran dan mentafsir ujaran dan seterusnya dapat btindak balas.e. Bhs mpunyai maknaSecara umum bunyi bhs dan gabungan perkataan dlm ayat dapat mhasilkan makna. Tdpt juga kepelbagaian makna bagi setiap ujaran yg perlu difahami oleh penutur dan pendengar. Dgn makna inilah msia menggunakan bhs untuk berhubung dan berkomunikasi.f. Bhs itu bersifat linearBunyi-bunyi bhs dihasilkan dengan menggunakan organ sebutan/alat artikulasi pertuturan/ujaran disebut utk melambangkan sesuatu bunyi yg bermakna utk difahami oleh penutur dan pdgr.

SEJARAH LINGUISTIKPengenalanLinguistik merupakan satu disiplin ilmu yang baru berkembang dan masih belum difahami dengan sepenuhnya oleh sesetengah orang. Linguistik mengkaji banyak perkara mengenai bahasa, seperti hakikat bahasa, proses kerja bahasa iaitu bagaimana bahasa bekerja serta perubahan dan perkembangan yang terjadi dalam bahasa. Stork dan Widdeson (1993) yang dirujuk dalam buku Bahasa Melayu II, (2009), Siti Hajar Abdul Aziz, mengatakan linguistik merupakan satu bidang kajian dan subjek kajiannya ialah bahasa. Bahasa adalah bunyi-bunyi yang dipakai oleh setiap kaum untuk menyatakan tuiuannya atau untuk berkomunikasi.

Kajian mengenai perkara berkaitan bahasa dilakukan secara objektif dan ilmiah, teratur dan mengikuti rumus-rumus tertentu. Segala hipotesis, pemerhatian, penelitian dan penganalisian menggunakan prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah yang bertanggungjawab.. Semua proses kajian ini dijalankan secara empiris (berasaskan fakta dan bukti konkrit) dan terkawal yang bermaksud kajian yang dijalankan berteraskan pemerhatian dan eksperimen yang bererti mengkaji apa-apa yang dapat dilihat dan didengar serta mengetepikan andaian yang bersifat mujarad atau abstrak. Bersifat objektif bermaksud hasilnya yang didapati boleh diuji kesahan dan kebolehpercayaannya. Definisi

Kamus Dewan (2007:945), linguistik bererti kajian saintifik tentang bahasa. Manakala menurut Kamus Dwibahasa (1993:716) linguistik membawa maksud mengenai ilmu bahasa iaitu berkenaan pengajian ilmu bahasa.

Perkataan linguistik ini adalah berasal daripada perkataan Latin, lingua, iaitu bahasa. Perkataan Latin digunakan dalam banyak bahasa lain seperti bahasa Perancis (langue,langage), bahasa Itali (lingua), bahasa Sepanyol (lengua) atau bahasa Inggeris (linguistics). Bahasa Inggers memungut kata daripada bahasa Perancis ini menjadi language. Istilah linguistics dalam bahasa Inggers adalah berkaitan dengan kata language tersebut, seperti juga dalam bahasa Perancis, istilah linguistique adalah berkaitan dengan language. Dalam bahasa Melayu pula, istilah linguistik merupakan nama bagi bidang ilmu, dan kata adjektifnya adalah linguistic atau "linguistik". Dalam bahasa Melayu pula, istilah linguistik merupakan nama bagi bidang ilmu, dan kataadjektifnya adalah linguistic atau "linguistik". Langacker (1967) yang dirujuk dalam Che Ibrahim Salleh : Pengantar Linguistik Am (2008) mengatakan bahawa linguistik the study of human language iaitu kajian terhadap bahasa manusia. Manakala David Crystal (1973) : ibid menganggap the scientific way of studying language iaitu linguistik sebagai kajian bahasa secara ilmiah atau saintifik.Justeru, linguistik dalam definisi yang paling sederhana adalah kajian bahasa secara ilmiah dan saintifik. Linguistik adalah salah satu disiplin utama ilmu Sains Sosial yang meneliti, menghurai dan menjelaskan perilaku bahasa dan hubungannya dengan masyarakat. Manakala bahasa merupakan suatu entiti yang hidup dan berkembang seiring dengan kemajuan peradaban manusia. Justeru itu, bahasa perlu terus dikaji, dianalisis, dihurai, dirancang, dibina dan dimasyarakatkan, dan ini hanya dapat dilakukan melalui disiplin linguistik.

Konsep Linguistik

Ilmu linguistik dikatakan bersifat umum. Umum di sini bermaksud bahawa bidang kajian ilmu linguistik ini tidak bersifat spesifik, yakni hanya menyelidik kepada bahasa-bahasa tertentu sahaja. Ilmu linguistik sebenarnya merujuk kepada bahasa secara umum, tidak hanya meneliti salah satu langue sahaja, tetapi merangkumi bahasa atau language secara umum.

Linguistik melihat bahasa sebagai bunyi. Mengetahui bunyi dan bentuk bunyi merupakan sebahagian daripada bidang linguistik. Kita dapat menggunakan ilmu linguistik untuk mengkaji bahasa Melayu seperti bagaimana bahasa itu diucapkan, bentuk dan sistem bahasa. Kita juga dapat mengkaji bagaimana bunyi bahasa dihasilkan , sistem fonem, morfem,, kata, frasa dan ayat yang berlainan bentuk dalam bahasa Melayu melalui unsur linguistik yang berurutan dan mengandungi makna. Mengetahui bahasa, kita dapat mengenal pasti bunyi bahasa kita dan bunyi bahasa lain. LInguistik terbahagi kepada dua iaitu linguistik umum dan linguistik khusus. Linguistik umum bermaksud linguistik yang teorinya mengkaji kaedah bahasa dan penyataannya secara umum. Manakala linguistik khusus pula ialah linguistik yang mengkaji kaedah bahasa yang berlaku pada bahasa tertentu, atau rumpun bahasa tertentu. Kedua-dua pendekatan linguistik ini dapat digunakan terhadap keseluruhan sistem bahasa atau satu bahagian daripada sistem bahasa itu. Bidang kajian linguistik mencakupi linguistik kontestual, linguistik terapan, linguistik structural, psikolinguistik, sosiolinguistik dan neurolinguistik. Kajian linguistik meliputi semua aspek komunikasi manusia, iaitu daripada pemerian bunyi-bunyi bahasa kepada analisis seluruh kerencaman pemikiran manusia sama ada melalui pertuturan dan tulisan.

Sejarah Perkembangan Linguistik

Dalam sejarah dan perkembangannya linguistik dipenuhi dengan berbagai aliran, fahaman, pendekatan, dan teknik penyelidikan. Usaha membina ilmu pengetahuan bermula pada zaman kegemilangan sarjana Yunani kuno. Kajian ilmu linguistik yang diasaskan oleh sarjana Yunani menjadi panduan pada sarjana Rom melanjutkan kajian mereka dalam bidang linguistik. Dipercayai sejarah perkembangan ilmu linguistik telah bermula pada tahun 500 SM hinggalah ke hari ini Sejarah perkembangan linguistik dapat dilihat dari pelbagai perspektif, antaranya:pengelompokan perkembangan mengikut golongan atau bangsa iaitu sumbangan orang Yunani, Romawi, Arab, India, Zaman Pertengahan, Zaman Perbandingan dan Zaman Modenpengelompokan mengikut kronologi perkembangan ialah zaman kuno, zaman pertengahan, zaman abad ke 19 dan zaman abad ke 20. Pengelompokan mengikut kaedah kajian yang diamalkan dapat dibahagikan kepada dua aspek iaitu berasaskan falsafah dan berasaskan sains. Kajian bahasa secara berasaskan sains bermaksud bahasa dikaji secara empiris, kajian dianalisis sepenuhnya, pernyataan adalah bersifat objektif dan tiada keraguan atau pertentangan dan ekonomis.

Perkembangan Zaman Yunani

Berdasarkan catatan awal sejarah ilmu linguistik, kajian tentang bahasa telah berlaku seawal 800 tahun sebelum masihi yang berlaku di India. Walau bagaimanapun titik permulaan kajian ilmu linguistik dipercayai berlaku pada zaman Yunani. Hal ini ada kaitannya dengan penemuan kegiatan kajian orang-orang India yang didasarkan kepada hasil kajian Panini telah diwartakan pada abad ke-17. Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa adalah berdasarkan bukti dalam bentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di Eropah.Dalam sejarah ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani. Tamadun Yunani merupakan satu tamadun terawal yang wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik. Sarjana zaman Yunani kuno maju dalam berfikir. Bahasa merupakan alat perhubungan yang penting terutama dari aspek falsafah. Bahasa, bagi mereka adalah melambangkan tamadun yang tinggi dan dikaji bagi menerangkan segala kejadian alam dan sama ada unsur bahasa terbentuk secara semulajadi ataupun melalui kebiasaan. Sekiranya bahasa itu satu unsur semulajadi maka kita hendaklah menerima bahasa itu sebagaimana bahasa terbentuk tetapi jika sebaliknya, maka bahasa itu boleh diperbaiki apabila terdapat kelemahan atau kekurangan. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi. Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu.Dua ahli falsafah zaman Yunani yang pemikirannya mengenai bahasa masih terus berpengaruh sampai saat ini adalah Plato (427-437 S.M) dan Aristoteles (384-322 S.M.). Plato berpendapat bahawa bahasa itu terbentuk secara semulajadi (analogi) manakala Aristoteles berpendapat sebaliknya iaitu bahasa itu besifat arbitrari kecuali pada anomatope dan lambang bunyi. Pandangan Plato itu telah dikuti oleh kaum naturalis manakala mereka yang berpegang pada pendapat Aristoteles dikenali sebagai kaum konvensionalis. Kaum naturalis dan analogis berpendapat adanya keteraturan dalam bahasa maksudnya bahasa itu mempunyai hubungan asal - usul sumber dalam prinsip-prinsip perhubungan yang semulajadi dan tidak mungkin berubah sementara kaum konvesionalis dan anomalis berpandangan adanya ketidakaturan dalam bahasa yang bererti bahawa makna-makna itu diperoleh dari hasil-hasil tradisi atau kebiasaan yang mempunyai kemungkinan berubah. Plato telah mempersoalkan perihal hubungan antara benda dan nama benda, sama ada bersifat tabii (semulajadi) atau kesepakatan (dicipta bersama). Plato telah memberi maksud ayat sebagai rentetan kata yang membentuk pemikiran lengkap iaitu logos. Logos terbahagi kepada dua, anoma (benda) dan rhema (cerita) (Abdullah Hasaan:2007). Beliau telah membahagikan perkataan kepada kata nama da kata kerja. Perbincangan tentang bahasa dan seluruhnya ada dalam bukunya yang terkenal iaitu Cratylus.Seiring dengan perkembangan linguistik, Aristoteles pula telah menambahkan satu lagi pembahagian kata kepada tiga jenis iaitu kata benda, kata kerja dan kata penghubung. Aristoletes merupakan sarjana yang pertama mengakui adanya sistem kala (tense) dalam bahasa Yunani. Puak Stoik kemudiannya beranggapan bahawa bahasa mencerminkan benda yang sesuai dengan kudratnya. Mereka membahagikan kata kepada empat : nomen (kata nama), verbum (kata kerja), syndesmoi (kata hubung), dan arthron (kata sandang).Pada awal abad 3 SM kajian bahasa dikembangkan le kota Alexanderia yang merupakan koloni Yunani. Di kota itu dibangunkan sebuah perpustakaan besar yang menjadi pusat kajian bahasa dan kesusasteraan. Mereka mencari keteraturan dalam bahasa dan berhasil membangun pola infleksi bahasa Yunani yang dikenali Tatabahasa Tradisional. Teks kuno telah dijadikan asas kajian. Antaranya ialah syair Homerus yang berjudul Iliad dan Odyssey . Syair ini menjadi pegangan bagi orang Yunani kuno. Aristarchus ialah tokoh dari Alexanderia yang memperkenalkan konsep golongan kata. Penghuraiannya dipengaruhi oleh ilmu logik. Sarjana Dionysius Thrax yang tinggal di Alexanderia menjalankan kajian berdasarkan kepada bahasa yang betul seperti yang digunakan oleh Homer dalam puisinya. Beliau orang pertama berhasil membuat aturan dalam tatabahasa secara sistematis dan menggolongkan kata kepada lapan. Ini dapat dijelaskan melalui gambar rajah di bawah:

Dionysius Tharax telah mengajar di Rhodes dan Rom. Beliau telah menghasilkan buku tatabahasa Yunani Techne Grammatike dan buku ini buku tatabahasa pegangan untuk bahasa Yunani. Asas-asas tatabahasanya telah menjadi asas penulisan buku-buku tatabahasa bahasa-bahasa Eropah hingga ke hari ini.

Perkembangan Zaman Rom

Sarjana Romawi tidak banyak menghasilkan karya asli mereka. Mereka mengadaptasi karya sarjana Yunani ke dalam bahasa Latin dan melakukan sedikit perubahan kerana bahasa Yunani dan Latin hampir sama. Pengaruh bahasa Yunani dibawa oleh Crates dari Mallos (167 SM) kemudiannya dikembangkan oleh M. Terrentius Varo melalui karyanya De Lingua Latina. Karya ini membincang analogi dan anomali dalam tiga bidang : i.Etimologi adalah cabang linguistik yang menyelidiki asal-usul kata besertaerti atau maksudnya.ii.Morfologi adalah cabang linguistik yang mempelajari kata dan pembentukannyaiii.Sintaksis adalah tata susunan kata yang berselaras dan menunjukan kalimat ituselesai.

Teori-teori bahasa sarjana dan tatabahasa Yunani disadur dan disusun serta disesuaikan kepada tatabahasa Latin. Tatabahasa Latin disadur daripada model tatabahasa Dionysius Thrax. Dua orang sarjana bahasa Rom, Donatus dan Priscian telah menghasilkan buku tatabahasa Latin yang berpengaruh sampai abad pertengahan. Priscian menguasai bahasa Latin dan Yunani telah membincangkan pembentukan kata dan ayat di dalam bukunya Institutiones Grammatikae. Karya ini dapat dianggap sebagai kajian ketatabahasaan orang-orang Romawi yang representative.. Hasil kajian yang dibuat oleh Priscian tentang aspek-aspek tertentu dalam bahasa Latin dilihat lebih bersistematis berbanding Dionysius Thrax.

Perkembangan Zaman Arab

Zaman Arab mula mendapat tempat di kalangan ahli bahasa apabila zaman kesarjanaan Yunani dan Romawi berakhir. Usaha mengkaji bahasa tidak berlaku lagi di Eropah. Pusat perkembangan ilmu dan tradisi kesarjanaan berlaku di ibu wilayah empayar Islam iaitu kota Baghdad. Sebenarnya orang Arab telah lama terlibat dengan bidang pengajian bahasa, iaitu sejak timbulnya pusat pengajian dan pembelajaran tinggi di Madinah, Damsyik, Iskandariah dan Kordova. Perkembangan kajian linguistik ini seiring dengan perkembangan empayar Islam pada waktu itu. Motif utama kajian linguistik orang Arab ialah untuk membaca Quran dengan tepat dan betul. Oleh itu, deskripsi sistem bunyi dan tatabahasa Quran yang lengkap amat penting di samping perlu juga ada pengajian filologi dan leksikologi yang sempurna bagi membantu mengajar Quran itu secara khusus dan bahasa Arab secara amnya. Penulisan Quran yang begitu rapi dan sempurna serta tidak berubah sebutannya sejak 1400 tahun yang lalu dapat membuktikan yang deskripsi bunyi dan lambangnya dicipta dengan rapi.Al-Khalil (T.M.718-786), seorang sarjana yang tersohor dalam ilmu linguistik telah menumpukan usaha dalam mengkaji fonetik dan kata. Beliau seorang ahli leksikologi telah mendeskripsikan bunyi-bunyi bahasa Arab dengan memilih bunyi-bunyi konsonan sahaja sementara bunyi-bunyi vokal diberi fungsi sebagai bunyi yang memberi perbezaan terhadap konsonan-konsonan tersebut. Bunyi konsonan diberi perhatian yang mendalam kerana bunyi-bunyi itu lebih konsisten daripada bunyi bunyi vokal. Bunyi vocal sering berubah dan mempunyai variasi dalam pengucapannya, bergantung kepada bunyi konsonan yang berlaku sebelum dan selepasnya.Tatabahasa bahasa Arab dikarang dan disusun lengkap meliputi aspek pembentukan kata dan ayat. Sebuah ayat dikatakan terdiri daripada unsur ammah(benda) dan khabar(cerita) sama seperti sebuah subjek dan prediket. Pada zaman Arab ini juga, kamus banyak dihasilkan kerana minat sarjana pada kosa kata telah beralih kepada bidang leksikografi yang mementingkan pemerian perkembangan bunyi, fonetik dan kata, penekanan pada bunyi vokal dan penggunaan dasar paradigma dalam analisis ayat. Kamus yang disusun di zaman Arab masih digunakan hingga ke hari ini.

Perkembangan Zaman Pertengahan

Dalam abad pertengahan ini, kedudukan bahasa Latin amatlah istimewa. Ini kerana bahasa Latin dianggap sebagai bahasa ilmu, budaya dan diplomasi juga bahasa agama kepada penganut Kristian. Buku tatabahasa Priscian menjadi bahan penting bagi mempelajari bahasa Latin.Kitab Injil diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa tempatan. Bahasa-bahasa yang terlibat ialah bahasa Koptis Mesir abad ke-3, bahasa Armenia abad ke-5, bahasa Celtis abad ke-7 dan bahasa Bulgaria Kuno pada abad ke-8. Penterjemahan ini memerlukan pengetahuan yang rapi dan mendalam dalam bahasa tempatan. Hasil ini adalah satu bahan beertulis untuk kajian linguistik dan menjadi bukti pengaruh agama Kristian terhadap perkembangan linguistik. Tujuan asas kajian bahasa masa itu, untuk mencari penyesuaian antara peristiwa bahasa dengan prinsip teoritis kerana pada masa itu, pengkaji bahasa terbahagi kepada dua iaitu golongan yang menganggap bahasa itu anugerah Tuhan yang bererti bahawa bahasa itu tidak boleh dikaji dan golongan yang menganggap bahasa itu berasaskan logik yang bermaksud bahasa Latin itu sebagai asas bahasa manusia.Kajian bahasa pada masa itu telah menggabungkan sintaksis dan logik. Falsafah digunakan untuk mengkaji bahasa. Salah satu konsep falsafah yang digunakan bagi menentukan ayat ialah dengan membincangkan kesempurnaan sesuatu ayat yang dihasilkan, terdiri daripada kata nama dan kata kerja. Sarjana pada zaman pertengahan berpendirian, sebarang kesimpulan mengenai tatabahasa hendaklah berdasarkan logik.

Perkembangan Zaman India

Perkembangan dan tradisi linguistik India tidak kurang hebatnya, kerana ia pembuka jalan kepada perkembangan linguistik moden yang membawa perubahan besar pada perkembangan linguistik di Eropah. Pengetahuan linguistik di India telah bermula lebih awal daripada yang diketahui berlaku di Yunani iaitu seawal 300 SM. Kajian yang dibuat adalah tentang bahasa Sanskrit iaitu bahasa yang digunakan dalam kitab Rig-Veda yang merupakan salah sebuah kitab terkenal penganut Hindu. Sebagai kitab sucu, nyanyian yang terdapat dalam kitab ini perlu disebut dengan betul demi menjamin pemahaman dan ketepatan maksud serta tafsiran.Kajian yang dianggap paling lengkap ialah karya Panini yang bermula sejak kurun ke-4 SM. Kajian Panini mengandungi lebih kurang seribu makalah yang memperlihat proses perkembangan ilmu linguistik struktural oeh orang-orang Hindu. Tatabahasa Sanskrit karya Panini tidak berdasarkan teori falsafah, sebaliknya bersandarkan penelitian dan pemerhatian secara deskriptif. Panini menghasilkan deskripsi sebutan bahasa Sanskrit dalam dua bahagian iaitu sebutan Sanskrit bagi ayat suci dan sebutan Sanskrit umum.Karya Panini Astadhiyayi (Delapan Kuliah), mendapat pengiktirafan sarjana linguistik moden seperti Leonard Bloomfield (1887 - 1949), seorang tokoh linguis struktural Amerika, karana buku tata bahasa Panini, yaitu Astdhyasi merupakan deskripsi lengkap dari bahasa sansekerta yang pertama kali ada. Tatabahasa Sanskrit ini merupakan pedoman memajukan ilmu linguistik di Eropah dan membuka jalan kepada ilmu perbandingan bahasa. Menurut Bloomfield, penghuraian tatabahasa dan tatabunyi Panini sangat kemas dan tersusun serta lengkap. Panini menghuraikan bahasa mengikut hierarki berikut:

Oleh itu, dapat dikatakan bahawa tatabahasa telah dijadikan rujukan dan panduan oleh para sarjana Barat dalam menganalisis bentuk-bentuk bahasa yang memperlihat kesamaan tertentu di antara bahasa-bahasa yang berhubungan. Penemuan beserta huraian lengkap tentang bahasa Sanskrit telah membuka jalan baru kepada bidang linguistik yang dinamakan linguistik perbandingan. Orang yang bertanggungjawab menengahkan hasil karya Panini ialah Sir William Jones.

KEPENTINGAN LINGUISTIK SINKRONIK DAN DIKRONIK

Kata sinkronis berasal dari bahasa Yunani syn yang berarti dengan, dan khronos yang berarti waktu, masa. L/sk adalah bidang linguistik yang menyelidiki sistem bahasa pada waktu tertentu saja. Misalnya: bahasa Indonesia dewasa ini, bahasa Inggris yang dipakai oleh shakepeare, dan sebagainya tanpa memperhatikan perkembangannya dari waktu ke waktu. Menurut Ferdinand pengertian linguistik secara sinkronik artinya mempelajari bahasa dengan berbagai aspeknya pada waktu atau kurun waktu yang tertentu atau terbatasManakala l/drnk pula linguistik yang mempelajari dan menyelidiki perkembangan bahasa dari satu masa ke masa lain, serta menyelidiki perbandingan satu bahsa dengan bahasa lain untuk menemukan bahasa purba atau bahasa proto sebagai bahasa induk bersama. linguistik diakronis adalah subdisiplin Linguistik yang mengkaji sejarah atau evolusi bahasa (historis) seiring berlalunya waktu (masa).

Ciri linguistik sinkronik dan diakronik yakni sebagai berikut:1. Mengkaji bahasa pada masa tertentu2. Menitik beratkan pengkajian bahasa pada strukturnya(karakrternya)3. Bersifat horizontal4. Tidak ada konsep perbandingan5. Cakupan kajian lebih sempit6. Memiliki sistematis yang tinggi7. Bersifat lebih serius dan sulit8. Mengurusi hubungan-hubungan logis dan psikologis yang menghubungkan unsur-unsur yang hadir bersama dan membentuk sistem, seperti dilihat dalam kesadaran kolektif yang sama1. Mengkaji bahasa dengan berlalunya masa;2. Menitik beratkan pengkajian bahasa pada sejarahnya;3. Bersifat historis atau komparatif;4. Bersifat vertikal;5. Terdapat konsep perbandingan;6. Cakupan kajian lebih luas;7. Menelaah hubungan-hubungan di antara unsur-unsur yang berturutan dan tidak dilihat oleh kesadaran kolektif yang sama, dan yang satu menggantikan yang lain tanpa membentuk sistem diantara mereka;8. Memiliki ciri evolusi;9. Tidak memiliki sistematis yang tinggi;10. Tidak mengubah sistem.

Tujuan

1. Adapun tujuan adanya linguistik sinkronik yaitu mengetahui bentuk atau struktur bahasa pada masa tertentu.2. Adapun tujuan adanya linguistik diakronik yaitu mengetahui keterkaitan yang mencakup perkembangan suatu bahasa (sejarah bahasa) dari masa ke masa.

Adapun persamaan antara linguistik sinkronik dan linguistik diakronik yaitu:1. Mengkaji tentang bahasa2. Pengkajiannya bersifat ilmiah3. Merupakan cabang linguistic

PERBEDAAN LINGUISTIK SINKRONIK DAN LINGUISTIK DIAKRONIK

Perbedaan antara linguistik sinkronik dan lingistik diakronik dapat terlihat jelas pada ciri-ciri dan penjabaran dari masing-masing linguistik yang telah disebutkan diatas, yakni:Linguistik Sinkronik merupakan subdisiplin Linguistik yang mengkaji ilmu kebahasaan yang menitik beratkan terhadap struktur(karakter)nya pada masa tertentu, bersifat horizontal, sistematis dan mengurusi hubungan-hubungan logis dan psikologis yang menghubungkan unsur-unsur yang hadir bersama dan membentuk sistem, seperti dilihat dalam kesadaran kolektif yang sama.

Linguistik Diakronik merupakan subdisiplin Linguistik yang mengkaji sejarah atau evolusi bahasa (historis atau komparatif) seiring berlalunya masa bersifat vertikal, tidak memiliki sistematis yang tinggi dan tidak mrngubah system serta menelaah hubungan-hubungan di antara unsur-unsur yang berturutan dan tidak dilihat oleh kesadaran kolektif yang sama, dan yang satu menggantikan yang lain tanpa membentuk sistem diantara mereka.

BAHASA MELAYU BHS ILMU

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu / Bahasa AkademikBahasa Melayu sebagai bahasa ilmu bermaksud fungsi bahasa bahasa Melayu sebagai pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai alat menyampaikan ilmu pengetahuan moden, iaitu ilmu sains, teknologi, ekonomi, kejuteraan, kedoktoran, dan undang-undang di samping sastera dan agama. Dengan kata lain bahasa Melayu harus boleh berfungsi sebagai bahasa akademik yang lengkap dengan laras-laras bahasa untuk memperkatakan pelbagai hal baharu dalam aneka bidang ilmu moden, misalnya dalam bidang kejuteraan, bahasa Melayu harus mempunyai laras-laras bahasa yang khusus untuk menerangkan hal-hal tentang kejuteraan awam, kejuteraaan elektrik dan elektronik, kejuteraan mekanikal dan kejuteraan kimia. Begitu juga dalam bidang kedoktoran, bahasa Melayu perlu mempunyai laras bahasa untuk memperkatakan hal-hal dengan tepat tentang bidang anatomi, biokimia, farmakologi, fisiologi, mikrobiologi perubatan, obstetrik dan ginakologi dan lain-lain lagi. Laras-laras saintifik ini berbeza pula dengan laras sains sosial dan kemanusiaan seperti laras kesusasteraan, laras sejarah, laras seni ukir, laras sains rumah tangga dan sebagainya (Nik Safiah Karim, 1986:6).

Sebagai bahasa ilmu bahasa Melayu harus mempunyai perbendaharaan kata, istilah dan bahasa yang sesuai untuk mengungkapkan konsep dan pemikiran tentang hal-hal perdagangan antarabangsa, perindustrian ringan dan berat, perniagaan saham, pengurusan perakaunan dan perangkaan. Maksudnya kekuatan bahasa Melayu seharusnya setanding dengan kekuatan bahasa Inggeris dalam memperkatakan konsep dan pemikiran ilmu moden. Bahasa Melayu perlu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain seperti bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Jerman dan bahasa Jepun yang sudah lama berperanan sebagai bahasa ilmu moden dengan jayanya.

Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu perlu mempunyai ciri keintelektualan bahasa dan kesempurnaan bahasa. Keintelektualan bahasa ini dapat dicapai, terutamanya melalui perbendaharaan kata dan sistem tatabahasa. Bahasa Melayu pada hari ini dapat memperkatakan bidang yang berbeza daripada apa yang mampu dilakukan oleh bahasa Melayu suatu masa dahulu. Oleh itu, sifat perbendaharaan kata bahasa Melayu juga turut mengalami perubahan. Jika dahulu perbendaharaan kata bahasa Arab dan Sanskrit, kini perkataan bahasa Inggeris sering digunakan, terutamanya dalam bidang ilmu pengetahuan moden.

Sistem tatabahasa pula merujuk kepada segala aspek tatabahasa sama ada ayat, klausa, frasa, ejaan, sebutan dan seumpamanya. Penekanan harus diberi kepada aspek imbuhan dan ejaan kerana kesilapan dalam penggunaannya boleh mengubah maksud sebenar sesuatu ayat yang dihasilkan itu. Bagi menangani perkara ini, terutamanya dari aspek sebutan, perancangan dan pelaksanaan bahasa baku dijalankan. Hal ini bertujuan untuk meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang bertaraf tinggi dan ada keselarasan dalam penggunaannya.Berdasarkan begitu banyak teks, kamus, majalah, istilah dan bahan-bahan bacaan dan rujukan sudah diterbitkan untuk kegunaan pelajar di pusat-pusat pengajian tinggi baik oleh Dewan Bahasa dan Pustaka mahupun penerbit-penerbit swasta, dan berpegang kepada hakikat bahawa bahasa Melayu sudahpun mempunyai pelbagai laras bahasa dalam beraneka bidang ilmu pengetahuan, kita dengan penuh keyakinan menyatakan bahawa bahasa Melayu sudahpun berjaya sebagai bahasa ilmu.

TUMPUAN KAJIAN BIDANG SOSIOLOGI

Bidang sosiolinguistik yang menumpukan perhatian kepada bahasa dalam konteks sosial dan kebudayaan. ilmu sosiolinguistik ini diperkenalkan oleh seorang guru bernama Haver C. Currie pada tahun 1952 di Amerika Syarikat. Istilah Sosiolinguistik digunakan sebagai pengenalan kepada kajian yang dimaksudkan. Istilah Sosiolinguistik hanya berkembang sekitar tahun 60-an. Perkembangan kajian sosiolinguistik semakin meluas setelah de Saussure (1857-1913) berpendapat bahawa bahasa adalah sebuah fakta sosial yang terdapat dalam masyarakat.

Sosiologi adalah ilmu yang mempelajari struktur masyarakat dan proses-proses kemasyarakatan, termasuk di dalamnya perubahan-perubahan masyarakat. Sosiologi adalah ilmu kemasyarakatan yang mutlak dan abstrak. Ia mencuba memberi pengertian-pengertian umum, rational dan empirikal serta bersifat umum (Soekanto 1982: 50).

Pada pihak lain linguistik adalah ilmu yang mengkaji bahasa sebagai bentuk-bentuk lisan dan tulisan. Ia memiliki rumus-rumus yang menjelaskan sistem, rasional, empirikal, dan kesimpulan-kesimpulan sebagai pemerian daripada kenyataan struktur, peggolongan, dan rumus-rumus bahasa, termasuklah pernyataan kekecualiannya. Dan bahasa itu sendiri adalah alat untuk berkomunikasi dalam proses sosialisasi, yang diberi pemerian secara formal dan abstrak dan kadang-kadang kaku oleh linguistik (khususnya mikrolinguistik).

OLEH ITU, sosiolinguistik adalah bidang ilmu yang mengkaji kesan sebarang aspek masyarakat ke atas bahasa mengenai penggunaan bahasa. Dell Hymes (1962) menyebut ini sebagai etngrafi pertuturan (the ethnography of speaking). Beberapa contoh dapat dilihat dalam misalnya: pemerian pola-pola penggunaan bahasa dan dialek dalam budaya tertentu yang menyangkut bentuk-bentuk peristiwa ujaran (speech events), pilihan-pilihan yang dilakukan oleh penutur, topik pembicaraan dan seting pembicaraan (Fishman 1970: 6 dan Labov 1977: 183-184).

Tumpuan sosiolinguitik :

Kesetiaan Terhadap Bahasa, Pergeseran Bahasa Dan Peluputan Bahasa Konsep kesetiaan terhadap bahasa oleh pengguna bahasa/ ahli/ anggota masyarakat dapat ditakrifkan sebagai sikap penutur yang positif terhadap sesuatu bahasa. Penutur-penutur perlu yakin terhadap kemampuan bahasa, berkenaan sebagai alat pemikiran dan juga sebagai alat komunikasi. Bahasa Melayu yang memiliki sifat kesempurnaan yang menjadikan bahasa Melayu itu tepat, berkesan dan sesuai dengan tugas dan situasi penggunaannya. Bahasa yang sempurna itu adalah bahasa yang memperlihatkan sifat-sifat kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan (Abdul Hamid Mahmood, 1997: 85). Pergeseran bahasa meliputi komuniti yang berlainan, komuniti besar berkuasa, faktor sosial, perbezaan sosial, migrasi, politik, pendidikan, penyebaran dan promosi bahasa lain, dasar bahasa dan peranan media seperti pergeseran komuniti besar berkuasa iaitu golongan kelas menengah yang lebih gemar menggunakan bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu. Jadi kewujudan mereka mungkin tidak begitu membantu memesatkan .perkembangan bahasa Melayu. Perbezaan sosial juga menyebabkan berlakunya pergeseran bahasa. Pergeseran bahasa juga wujud disebabkan oleh adanya penyebaran dan promosi bahasa lain. Peluputan bahasa dianggap sebagai zaman pemalapan bahasa Melayu. Zaman malap bagi martabat bahasa Melayu ini memberi cabaran yang paling besar kepada pejuang bahasa Melayu. Contohnya, pada masa kini, kerajaan Malaysia telah mewujudkan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya peluputan bahasa. Seterusnya, bahasa Melayu dijadikan bahasa kedua manakala bahasa Inggeris dijadikan bahasa pertama dan bahasa pengantar semua mata pelajaran lain di semua sekolah nasional.

Perancangan bahasa Ada banyak dasar yang dibentuk dalam membina negara dan identiti Malaysia yang melibatkan perancangan bahasa. Antaranya ialah perancangan taraf bhs ksaan iaitu bm sebagai bhs ksaan dan dijadikan bahasa pentadbiran negara, dan digunakan sebagai bahasa penghantar pendidikan.

Laras bahasa, variasi bahasa dan ragam bahasaLaras bahasa dikenal sebagai kelainan bahasa yang memiliki ciri-ciri tertentu yang digunakan khusus dalam sesuatu bidang atau disiplin ilmu mengikut kesesuaian konteksnya atau situasi yang berbeza-beza menurut perkara atau tajuk pembicaraan, hubungan antara pembicara, dan situasi pembicaraan, waima secara lisan atau penulisan. Laras merupakan variasi bahasa yang berdasarkan fungsi. Laras berubah mengikut situasi. Seseorang penutur akan mengubah laras bahasanya bergantung kepada situasi, iaitu dengan siapa seseorang itu bercakap, tajuk percakapan, suasana, bentuk percakapan, cara percakapan dilakukan sama ada lisan atau tulisan. Halliday membezakan dialek dengan laras bahasa berdasarkan dua faktor, iaitu pengguna dan penggunaanya. Variasi bahasa ini dikenali sebagai dialek. Idiolek, Variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu. merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu. Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu sebutan. Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan atau tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga seperti dialek Kelantan, Kedah, Negeri Sembilan dan Johor.Ragam bahasa pula bermaksud kepelbagaian penggunaan bahasa menurut konteks. Terdapat dua jenis ragam bahasa, iaitu bahasa formal dan bahasa tidak formal. Bahasa formal merujuk kepada penggunaan bahasa yang lebih teratur, lengkap dan memerlukan segala strategi pertuturan untuk memberi gambaran yang beradat dan hormat dalam konteks formal. Manakala bahasa tidak formal merupakan bahasa yang digunakan dalam situasi tidak rasmi seperti dalam perbualan sehari-hari, khususnya dengan orang yang kita kenal mesra. Bahasa tidak formal ialah bahasa yang digunakan dengan tidak mengambil kira sebutan, intonasi, pilihan perkataan, nahu, penggunaan peribahasa dan budaya sesuatu bahasa itu sepenuhnya

Bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, pidgin, dan kreolbahasa kebangsaan ialah bahasa yang diterima dan digunakan olah ramai penduduk dalam sesebuah negara yang mempunyai beberapa bahasa dan loghat yang lain-lain. Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa yang dipilih oleh sesebuah negara, khususnya negara yang mencapai kemerdekaan sebagai bahasa lambang identiti negara yang berdaulat. Bhs kebangsaan melambangkan jati diri negara sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. bahasa rasmi ialah bahasa pentadbiran. Bahasa rasmi juga merupakan bahasa perhubungan awam, bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi. Sesebuah negara, khususnya yang baru mencapai kemerdekaan selalunya memilih dan mendaulatkan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Begitu juga dengan negara kita Malaysia. Malaysia telah memilih bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa Melayu juga dijadikan bahasa rasmi negara.Pidgin juga dikenal sebagai bahasa pasar (Kamus Dewan, 1996: 88). Bahasa pasar ialah bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang bukan Melayu yang tidak menguasainya atau bahasa seperti yang dituturkan oleh orang Melayu apabila bertutur dengan orang bukan Melayu yang diketahuinya tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu yang betul.Bahasa pasar merupakan bahasa yang bercampur aduk antara bahasa ibunda dengan bahasa kedua yang cuba dituturkannya. Bahasa pasar atau pidgin tidak mempunyai sistem tatabahasa yang tertentu. contoh bahasa pasar:a. You free tak malam ni. You datanglah my house and kita boleh studysama. Family I tak de so u boleh temankan I kat umah.a. Lu mau beli ikan ke. Ini ikan cukup baik le. Lu beli manyak-manyak. Lupilih dulu cali beto-beto baik punya. Wa cakap beto, wa tak tipu lu la,manyak mulah oi. Bahasa Kreol merupakan keturunan dari bahasa Pidgin yang menjadi bahasa ibu bagi sekelompok orang yang berasal dari latar belakang berbeza-beza. Seterusnya, bahasa kreol berkembang kerana berkumpulnya berbagai orang dari latar belakang yang berbeza, maksudnya, dalam suatu daerah terjadi pertembungan antara penduduk asli dan pendatang yang satu sama lain berbeza bahasa.

Bilingualisme dan multilingualismePenutur bilingualisme atau bilingualism juga dikenali sebagai penutur dwibahasa atau lebih dari satu bahasa iaitu penggunaan dua kod bahasa oleh seseorang penutur dalam pergaulannya dengan orang lain secara bergantian. Pertama, bahasa ibundanya sendiri atau bahasa pertama dan yang kedua adalah bahasa lain yang menjadi bahasa keduanya dan dapat menggunakannya dengan baik. Multilingualisme pula adalah kepelbagaian penggunaan bahasa seperti menggunakan bahasa Tamil, Inggeris dan B/Melayu semasa berkomunikasi mengikut tempat dan situasi dan menjadi aktif sama ada melalui bercakap dan menulis atau pasif dengan cara mendengar dan membaca Sesetengah negara bersifat multiligual kerana negara-negara ini mempunyai dua atau lebih bahasa rasmi, Sebagai contoh negara Singapura yang mempunyai empat bahasa rasmi, iaitu bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil di samping bahasa Inggeris yang digunakan secara meluas.

Kesantunan bahasaKesantunan bahasa ialah tatacara atau peraturan yang wujud dalam berbahasa, di mana ia merujuk kepada cara dan bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang itu dengan penuh sopan, tidak biadab atau kurang ajar. Kesantunan bahasa merangkumi aspek-aspek seperti pemilihan kata yang digunakan ketika bertegur sapa (bahasa sapaan), nada, gerak laku dan gaya yang digunakan ketika berkomunikasi. Tatabahasa atau tatacara berbahasa harus sesuai dengan norma-norma budaya sesuatu masyarakat yang menggunakan bahasa. Kesantunan bahasa sesuatu masyarakat sering kali dipengaruhi oleh norma-norma budaya masyarakat tersebut. Bahasa yang baik menunjukkan budaya yang sihat sesuatu masyarakat dan sebaliknya.

Pelaksanaan Bahasa Melayu dalam bidang pendidikan dan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu.

- Bahasa Malaysia sebagai ilmu dimaksudkan peranan Bahasa Malaysia sebagai pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai alat menyampaikan ilmu pengetahuan moden, iaitu ilmu Sains, Teknologi, Ekonomi, Kejuruteraan, Kedoktoran, dan Undang-Undang di samping sastera dan agama. Dengan perkataan lain Bahasa Malaysia harus boleh berfungsi sebagai bahasa akademik yang lengkap dengan laras-laras bahasa untuk memperkatakan pelbagai hal baru dalam aneka bidang ilmu moden, misalnya dalam bidang kejuruteraan- Bahasa Malaysia harus mempunyai laras-laras bahasa yang khusus untuk menerangkan hal-hal tentang kejuruteraan awam, kejururteran elektrik dan elektronik, kejuruteraan mekanikal, dan kejuruteraan kimia. Laras-laras saintifik ini berbeza pula dengan laras sains sosial dan kemanusiaan seperti laras kesusasteraan, sejarah, laras seni ukir, laras sains rumah tangga dan sebagainya. (Nik Safiah Karim, 1986:6). - Sebagai bahasa ilmu Bahasa Malaysia harus mempunyai perbendaharaan kata, istilah dan laras bahasa yang sesuai untuk mengungkapkan konsep dan pemikiran yang kompleks dan abstrak. Misalnya apabila memperkatakan konsep ekonomi, maka perlulah Bahasa Malaysia mempunyaim perbendaharaan kata, istilah dan laras bahasa yang cukup dan sesuai untuk menyatakan konsep dan pemikiran tentang hal-hal perdagangan antarabangsa, perindustrian ringan dan berat, perniagaan saham, pengurusan perakaunan dan perangkaan. - Bahasa Malaysia perlu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Jepun, Bahasa Jerman, dan Bahasa Perancis, yang sudah lama berperanan sebagai bahasa ilmu moden dengan jayanya.- Menurut Havranek (dalam Garvin1984), satu-satu bahasa yang mencapai taraf sebagai bahasa ilmu, ia perlu mempunyai dua ciri penting, iaitu keintelektualan bahasa dan kesempurnaan bahasa dalam bidang-bidang tertentu. Dengan keintelektualan bahasa dimaksudkan bahasa itu harus mempunyai keupayaan menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan, iaitu mengungkapkan kesinambungan dan kerumitan fikiran. Mengikut Havranek, kemuncak pencapaian taraf keintelektualan bahasa ialah 37 penggunaan laras saintifik yang berusaha menghasilkan bentuk bahasa yang tepat yang mencerminkan kejelasan pemikiran yang logik. Keintelektualan bahasa dicapai, terutama melalui perbendaharaan kata, dan sebagainya melalui sistem bahasa. - Seterusnya, bahasa itu juga perlu mempunyai ciri kesempurnaan, iaitu sifat-sifat yang menjadikan satu-satu bahasa itu sesuai, tepat, tegas dan berkesan dalam situasi atau konteks penggunaanya. Bahasa yang sempurna itu adalah bahasa yang memperlihatkan sifat-sifat kestabilan, kelenturan, kepelbgaian, keberkesanan, dan keindahan.- Akhir sekali bahasa itu harus mempunyai ciri bahasa. Maksudnya bahasa yang digunakan untuk melahirkan perasaan, pendapat dan buah fikiran itu harus mempunyai perkataan yang sedap didengar, bertenaga dan menarik dan dapat menyentuh perasaan hati pembaca atau pendengar. Bahasa yang mengandungi unsur-unsur ini banyak terdapat dalam laras sastera. Namun demikian, bahasa indah ini juga boleh didapati dalam bidang-bidang lain juga. Contohnya. Kera di hutan disusui, anak di rumah mati kelaparan

. Sikap terhadap bahasaIalah kesetiaan kepada bahasa yang mendorong masyarakat mempertahankan bahasa mereka dan akan terus mencegah sekiranya ada pengaruh bahasa lain. Ciri kebanggaan bahasa pula akan mendorong masyarakat mengembangkan bahasanya dan menggunakannya sebagai lambang identiti dan kesatuan masyarakat. Seterusnya kesedaran adanya norma bahasa yang mendorong masyarakat menggunakan bahasanya dengan cermat dan santun. Ciri ini merupakan faktor yang sangat besar pengaruhnya terhadap perbuatan iaitu kegiatan menggunakan bahasa. Ketiga-tiga ciri ini merupakan sikap positif terhadap bahasa. Sebaliknya, jikalau ketiga-tiga ciri ini sudah hilang atau kabur dalam diri seseorang itu atau sekelompok penutur, sikap negatif akan berlaku terhadap bahasa masyarakat itu.

Kesimpulannya Sosiolinguistik mengkaji bahasa sebagai yang digunakan dalam masyarakat. secara lebih khusus bidang sosiolinguistik melihat bagaimana ahli masyarakat menggunakan bahasa-bahasanya dalam konteks-konteks yang berlainan. Dalam hal ini, latar ahli masyarakat, sama ada daripada segi daerah, taraf pendidikan, taraf sosial, pekerjaaan, umur, dan jantina semuanya memberi kesan kepada bahasa yang digunakannya.