jawapan mpw1143
DESCRIPTION
Pendidikan IslamTRANSCRIPT
FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI MULTIMEDIA
MAY / 2015
MPW 1143
PENGAJIAN ISLAM
NO. MATRIKULASI : 710315106739002
NO. KAD PENGNEALAN : 710315106739
NO. TELEFON : 012-4485244
E-MEL : [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN PERAK
MPW 1143
ARAHAN Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Sediakan jawapan tugasan anda mengikut susunan KRITERIA PENILAIAN
(ASSESSMENT CRITERIA) seperti tertunjuk dalam RUBRIK. Jika RUBRIK TIDAK dibekalkan, ikut arahan/garispanduan yang ditetapkan oleh Fakulti bagi tugasan kursus berkenaan.
Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan TIDAK termasuk rujukan.
Taipkan jawapan anda dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5.
Tunjukkan bilangan perkataan di hujung tugasan anda. Jadual dan gambar rajah jika ada, hendaklah menunjukkan tajuk yang wajar. Senaraikan secara berasingan, rujukan/referensi dalam muka surat
APENDIKS.
1
MPW 1143
KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 Pengenalan 3 - 5
1.1. Maksud Jihad Yang Dituntut Oleh Islam 5 - 7
1.2. Tindakan Pengebom Berani Mati 7 – 9
1.3 Perbuatan Jihad Yang Telah Disalahguna 9 - 11
1.4 Cadangan Bagi Memastikan Masyarakat Islam
Tidak Dipandang Serong 12 - 13
2
MPW 1143
1.0 Pengenalan
Perkataan jihad berasal dari bahasa arab iaitu dari perkataan jahada. Maksud jahada ialah
bersungguh-sungguh menggunakan tenaga. Selain itu, jihad dari segi bahasa bermaksud
bersungguh-sungguh yang termampu untuk mengumpulkan semua kekuatan tenaga sama
ada dari dalam diri (akal, roh, jiwa, fizikal) mahupun di luar diri (duit ringgit, kekayaan,
aset dan sebagainya).
Menurut Islam, jihad membawa maksud berjuang dengan bersungguh-sungguh. Orang-
orang yang melakukan jihad ini diberi gelaran mujahid. Perkara utama tentang jihad
ialah, ia dilakukan bagi menjalankan misi utama manusia iaitu menegakkan agama Allah
yang satu. Jihad dilakukan dengan cara-cara yang bersesuaian dengan garis perjuangan
para Rasul dan Al-Quran.
Dalam erti kata yang lain pula, jihad bermaksud berhabis-habisanberusaha menggunakan
tenaga untuk mencapai apa yang diingini atau menolak sesuatu yang tidak diingini. Ia
juga membawa maksud menerima kebaikan dan menolak keburukan atau mendapat
manfaat dan mencegah bencana menerusi cara yang dianggap wajar dan elok dalam apa
bidang sekalipun, sama ada dalam masa aman atau perang, tidak semestinya dengan
berperang atau mengangkat senjata.
Jihad yang dilaksanakan oleh Rasul adalah secara berdakwah agar manusia meninggalkan
perkara musyrik dan kembali kepada jalan Allah, menyucikan hati, memberikan
pengajaran kepada umat dan mendidik manusia agar menepati dengan tujuan penciptaan
mereka iaitu menjadi khalifah Allah di bumi. Amalan jihad adalah amalan paling tinggi
dalam Islam. Kebanyakan umat Islam sekarang telah meningalkan jihad. Kesannya
adalah amat besar seperti contoh umat Islam telah ditindas teruk oleh orang kafir.
Dari konteks sirah, jihad yang dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W. pula adalah setelah
diizinkan oleh Allah S.W.T. kerana orang Islam telah dizalimi, dan dimusuhi oleh orang
3
MPW 1143kafir kerana mereka mengesakan Allah. Malahan mereka dizalimi dengan cara harta
benda dan kawasan kediaman mereka dirampas. Ketika itu baginda diizinkan Allah
S.W.T. untuk berjihad demi mempertahankan diri dan maruah baginda dan para
sahabatnya di samping menjaga keutuhan agama Islam itu sendiri.
Islam Militan ialah pendekatan Islam yang berpendirian bahawa agama Islam dan para
pengikutnya harus memperjuangkan taraf politik dan agama mereka secara agresif.
Serupa dengan kenyataan bahawa orang militan Muslim hanya merupakan sebahagian
para penganut agama Islam, begitu juga penyokong-penyokong keganasan dan terorisme
hanya merupakan sebahagian para penganut Islam Militan. Oleh sebab Islam Militan
sering dikaitkan dengan keganasan dan terorisme, maka penamaan seseorang sebagai
pengikut Islam Militan kini sering menimbulkan banyak perbalahan. Para pengkritik
yang menentang penamaan ini sering mendakwa bahawa terdapat sikap berat sebelah dan
prasangka terhadap penggunaan istilah ini.
Oleh itu, kita sebagai umat Islam haruslah mempertahankan agama Islam. Kita juga harus
tahu setiap istilah yang wujud dalam agama Islam kita agar tidak menyalah tafsir apa
yang para Rasul cuba sampaikan. Selain itu, kita mestilah tahu dan memahami serta
membezakan setiap perkara yang di sebut di dalam Al-Quran. Jihad antara perkara yang
perlu dilakukan oleh umat Islam agar dapat menjauhi perkara yang musyrik dan dapat
mendekati dan memperoleh keredhaan Allah S.W.T.
Sebagai umat Islam yang bermutu, kita haruslah mendalami ilmu agama sedalam yang
boleh agar dapat memperjuangkan kebenaran tentang agama Islam. Agama Islam sering
ditindas oleh orang kafir. Oleh itu, kita haruslah mengkaji dan memahami setiap apa yang
disebut didalam Al-Quran agar tidak diperlekehkan seterusnya disesatkan oleh orang-
orang kafir.
Secara kesimpulannya, setiap istilah membawa makna masing-masing. Setiap makna
pula perlu difahami dengan cara yang betul. Hal ini tidak boleh diambil ringan oleh
semua pihak. Jika setiap perkara diambil mudah, contohnya maksud batas antara lelaki
dan wanita, kemungkinan maksiat akan berleluasa kerana tiada seorang pun yang
4
MPW 1143memahami maksud tersebut dengan betul dan mengamalkannya. Oleh itu, perlu ada
kumpulan yang arif tentang ilmu agama islam untuk mempelajarinya. Rasulullah s.a.w.
sendiri telah menjadikan Al-Quran sebagai rujukan dan panduan. Makanya, kita sebagai
umat nabi muhammad perlulah sentiasa mengamalkan ajaran Al-Quran agar tidak mudah
sesat.
1.1 Maksud Jihad Yang Dituntut Oleh Islam
Jihad membawa maksud berjuang dengan bersungguh-sungguh. Orang-orang yang
melakukan jihad ini diberi gelaran mujahid. Jihad ialahperkara yang dilakukan bagi
menjalankan misi utama manusia iaitu menegakkan agama Allah. Jihad dilakukan
dengan cara-cara yang bersesuaian dengan garis perjuangan para Rasul dan Al-Quran.
Jihad adalah suatu istilah yang begitu sinonim dikaitkan dengan masyarakat dan
agama Islam.
Amalan ini sering dikaitkan sebagai perjuangan membela agama, bangsa dan tanah
air. Justeru, perjuangan yang dilakukan di atas dasar jihad dengan nama Allah SWT
dan agama Islam adalah syahid. Istilah jihad apabila didefinisikan dalam konteks
yang sempit adalah jihad di medan perang iaitu mempertaruhkan seluruh jiwa dan
raga demi agama dan negara. Sebaliknya apabila ditafsirkan secara lebih umum,
maka jihad boleh membawa banyak pengertian. Antaranya, jihad melawan nafsu,
menuntut ilmu, mempertahankan maruah diri dan sebagainya. Ia boleh dilakukan
melalui pengorbanan harta benda, wang ringgit, kekuatan fizikal, tenaga bahkan buah
fikiran juga termasuk dalam sumbangan jihad.
Perjuangan dan pengorbanan pelajar-pelajar dalam menuntut ilmu pengetahuan dan
amar makruf nahi mungkar juga adalah tergolong dalam kategori-kategori yang
menunjukkan pengorbanan atau jihad fi sabilillah. Cumanya taraf atau darjat tinggi
rendah pahala jihad bergantung sebesar mana pengorbanan yang dilakukan oleh umat
5
MPW 1143Islam. Oleh itu, konsep jihad perlulah difahami agar masyarakat tidak terpengaruh
dengan anasir-anasir yang mengambil kesempatan diatas jihad palsu mereka.
Terdapat banyak panduan ataupun maksud jihad dalam potongan ayat di dalam Al-
Quran yang boleh dijadikan sumber rujukan kita tentang apa sebenarnya erti jihad.
Apa perkara yang boleh dilakukan ketika jihad dan apa pula perkara yang ditegah
dilakukan ketika jihad. Oleh itu, sebagai umat islam, kita perlulah beramal dengan
kitab Al-Quran agar tidak terpesong semasa mempelajari maksud dan apa yang perlu
diamalkan oleh kita. Berikut adalah dua contoh rujukan yang saya maksudkan dimana
kita perlu selalu membaca Al-Quran untuk mendapatkan panduan. Dipetik dari ayat
Al-Quran sendiri.
Surah Al-Baqarah Ayat 216,
“Kamu diwajibkan berperang untuk menentang pencerobohan sedangkan
peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada
sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu
padahal ia buruk bagi kamu”
Surah At-Taubah Ayat 88,
“Tetapi Rasulullah dan orang-orang yang beriman bersamanya berjihad dengan
harta benda dan jiwa mereka; dan mereka itulah orang-orang yang mendapat
kebaikan dan mereka itulah juga berjaya.”
Berdasarkan potongan ayat tersebut, kita dapat memahami erti jihad yang dituntut
oleh islam. Bukanlah melakukan keganasan seperti yang dilakukan oleh IS kepada
mereka yang tidak bersalah. Melakukan kerja mengebom seperti pengebom berani
mati dan seterusnya meragut nyawa mereka yng tidak bersalah semasa aktiviti
pengeboman dilakukan. Perkara ini jauh sekali bertentangan dengan ajaran Al-Quran
6
MPW 1143tentang jihad. Oleh itu, semua pihak perlulah mengambil tindakan untuk
membanteras aktiviti pengeboman ini agar tidak terus berleluasa. Jika perkara ini
dapat dibendung, nama baik agama islam juga mungkin dapat dibersihkan seperti
sedia kala. Jika semua pihak tidak ambil peduli akan hal ini, kemungkinan besar lebih
teruk lagi aktiviti pengeboman ini aka terjadi. Malahan, agama islam akan ditindas
dan dikecam dengan lebih teruk lagi. Bagi menghalang dari terjadinya perkara seperti
ini, semua pihak perlu bekerjasama untuk memastikan aktiviti pengeboman ini
lumpuh dan keadaan pulih seperti sedia kala. Justeru, semua pihak perlu sentiasa
menasihati sesama sendiri dan mengambil serius setiap perkara yang melibatkan
nyawa dan keselamatan. Jika mereka dipupuk dengan perasaan kasih dan sayang
sesama insan, maka dapatlah mengurangkan kes-kes pengeboman berani mati ini.
1.2 Tindakan Pengebom Berani Mati
Berikut merupakan keratan ayat dari sebuah artikel yang berkaitan dengan pengebom
berani mati yang menjadi buah mulut hampir setiap rakyat di Malaysia.
"Ini konsep kumpulan militan. Mereka akan ubah term (istilah) dan gunakan istilah
itu dengan berkata itu adalah operasi syahid dan ini menghalalkan tindakan mereka,
kononnya siapa yang terlibat akan mati syahid,"
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay
Istilah pengebom berani mati ini telah disalah anggap oleh ramai pihak. Jihad
menurut Islam ialah bersungguh-sungguh untuk berjuang demi menegakkan agama
Islam. Malahan Rasulullah telah berjihad menerusi harta benda beliau. Semasa proses
berjihad, jika mereka berakhir dengan kematian, maka mereka diisytiharkan syahid.
Namun begitu, pihak-pihak yang telah menyalah erti maksud sebenar jihad, telah
7
MPW 1143mengorbankan diri mereka dengan berfikiran mereka akan jatuh syahid. Hal ini
berlaku kerana mereka mudah terpengaruh dan diperdaya. Meskipun kebanyakkan
mereka tergolong dari golongan yang mempunyai asas didikan agama yang baik,
namun kerana terlalu mengejarkan operasi mati syahid, mereka tewas dan telah
merugikan diri mereka.
Amalan jihad ini sering dikaitkan sebagai perjuangan membela agama, bangsa dan
tanah air. Perjuangan yang dilakukan di atas dasar jihad dengan nama Allah SWT dan
agama Islam adalah syahid. Istilah jihad apabila didefinisikan dalam konteks yang
sempit adalah jihad di medan perang iaitu mempertaruhkan seluruh jiwa dan raga
demi agama dan negara. Jihad dalam bentuk perang dilaksanakan jika terjadi fitnah
yang membahayakan kewujudan umat (contohnya serangan dari luar). Jihad tidak
boleh dilaksanakan kepada orang-orang yang tunduk kepada aturan Allah atau
mengadakan perjanjian damai ataupun ketaatan.
Keganasan tidak boleh dikategorikan sebagai jihad. Jihad dalam bentuk perang harus
jelas pihak mana yang terlibat dalam peperangan, seperti halnya perang yang
dilakukan Nabi Muhammad s.a.w. yang mewakili Madinah melawan Makkah dan
sekutu-sekutunya. Alasan perang tersebut terutama adalah kezaliman kaum Quraisy
yang melanggar hak hidup kaum Muslimin yang berada di Makkah (termasuk
merampas harta kekayaan kaum Muslimin serta pengusiran).
Perang yang mendakwa menegakkan Islam namun tidak mengikuti Sunnah Rasul
tidak boleh disebut Jihad. Sunnah Rasul untuk menegakkan Islam bermula dari
dakwah tanpa kekerasan, hijrah ke wilayah yang aman dan menerima dakwah Rasul,
kemudian merealisasikan suatu masyarakat Islam (Ummah) yang bertujuan
menegakkan Kekuasaan Allah di muka bumi.Mereka yang diserang berhak berjihad
untuk mempertahankan diri dengan apa cara sekalipun.
8
MPW 1143Pada pendapat saya, tindakan pengebom berani mati ini sangatlah tidak
bertanggungjawab. Ini kerana, mereka telah membahayakan nyawa orang ramai yang
tidak bersalah. Pada mulanya, mereka ini hanya ingin mengembalikan identiti sebuah
negara islam. Namun, oleh kerana terpengaruh oleh mereka yang telah menyalah erti
maksud jihad, menyebabkan mereka memilih untuk berjihad dengan menjadi
pengebom berani mati. Selain itu, mereka juga telah merekrut anak-anak muda agar
turut serta dalam aktiviti jihad tersebut. Mereka juga telah diwar-warkan tentang
berita mati syahid jika melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Disebabkan itu, ramai
anak muda telah salah faham lalu bergiat aktif dalam jihad tersebut. Hal ini telah
mencemarkan nama baik agama islam. Kebanyakkan pihak telah mula memandang
serong terhadap agama allah s.w.t. ini. Tindakan pengebom berani mati inilah adalah
salah satu jihad yang tidak dibenarkan. Ini kerana, Rasulullah s.a.w. juga pernah
berkata dalam etika perang, adalah ditegah untuk membunuh wanita, kanak-kanak
mahupun warga tua. Jika dibandingkan dengan apa yang telah berlaku akibat dari
tindakan pengebom berani mati hari ini ialah, kebanyakkan orang yang tidak bersalah
telah terbunuh. Oleh itu, kita perlulah perbetulkan semula keadaan yang telah disalah
anggap ini. Semua pihak perlu turut sama terlibat bagi membendung kegiatan ini.
1.3 Perbuatan Jihad Yang Telah Disalahguna
Pengertian jihad yang tidak tepat menyebabkan seseorang itu mudah terkeliru hingga
boleh menyebabkan individu itu terjerumus kepada kegiatan ektremis sehingga ada
yang sanggup menjadi pengebom berani mati. Jadi jika kita lihat fenomena pergi
meletupkan diri di tempat orang awam dan membunuh orang tidak berdosa adalah
satu kesalahan besar sebenarnya dan berdosa. Ini menunjukkan mereka telah salah
faham dengan maksud asal jihad. Disebabkan tidak mendalami ilmu ini sedalam
mungkin, mereka kebanyakkannya telah mengikut fahaman yang sesat. Fahaman
yang mereka ikuti hanyalah ingin mati syahid. Ianya telah jauh menyimpang.
9
MPW 1143"Dalam etika perang pula dilarang untuk membunuh wanita, kanak-kanak, dan orang
tua, ini semua larangan yang diterangkan oleh Nabi Muhammad SAW.
Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Dr Mohd Roslan Mohd
Noor
Pengertian jihad juga telah disalahanggap oleh segelintir oleh wanita-wanita
Malaysia. Mereka kebanyakkannya mengikuti suami mereka untuk berjuang.
Kononnya ingin turut serta berjuang dalam aktiviti jihad. Selepas tiba di Syria,
mereka menjadi hamba seks yang juga dikenali sebagai Jihad Seksual. Maksud
sebenar jihad telah jauh disalah erti oleh mereka ini dan menjadikan pihak luar
memandang serong kepada agama Islam. Malahan, pihak luar menganggap agama
Islam sebagai agama pengganas.Pada pendapat saya, pengertian jihad perlulah
difahami dengan betul. Jika perkara ini di ambil mudah maka, ia akan membawa ke
jalan yang sesat. Jihad perlu dilakukan bagi menuntut semula kedudukan agama islam
di kedudukan yang benar. Jihad bukanlah melancarkan peperangan sesuka hati.
Pengebom berani mati ini telah mengubah pandangan kebanyakkan masyarakat
terhadap agama islam.
Pengebom berani mati hanya ingin mati dalam keadaan syahid. Bukan demi
menegakkan agama allah s.w.t. perkara ini perlulah diperbetulkan semula dengan
cara, mengadakan ceramah atau kempen dimana, para ulama yang arif tentang jihad
akan memberitahu atau menyampaikan maksud sebenar jihad dan juga mati syahid.
Pemikiran para pengebom berani mati ini harus dibersihkan semula agar agama islam
dapat dipelihara semula. Sementara kita sibuk mengadakan aktiviti mengebom berani
mati, penganut agama lain telah mula memandang rendah kepada agama islam kita.
10
MPW 1143Oleh itu, sebagai umat islam, kita haruslah bersungguh-sungguh membersihkan nama
agama islam dari dicemari oleh mereka yang telah tersesat.
Secara kesimpulannya, setiap perkara yang telah disalahguna perlulah dibetulkan
semula dengan cara yang betul. Setiap pihak terlebih dahulu perlu memahami ilmu-
ilmu sebelum membuat sebarang tindakan atau pandangan. Setiap tindakan perlulah
mempunyai fakta atau asas yang benar sebelum diguna pakai. Ilmu sangat penting
untuk dipelajari agar tidak disalahguna. Kebanyakkan mereka yang terlibat dengan
aktiviti pengeboman ini sebenarnya telah dihasut pemikiran mereka untuk mati dalam
keadaan syahid. Mereka yang kurang iman mudah terpedaya dan mengikut sahaja
semasa direkrut. Oleh itu, ibu bapa perlu mendidik anak-anak dengan cara yang betul
agar anak-anak tidak mudah terpengaruh. Ibu bapa perlu sering bertanya dengan siapa
anak mereka berkawan kerana bimbang anak mereka bergaul dengan mereka yang
sudah terpengaruh dengan aktiviti haram seperti salahguna jihad.
11
MPW 1143
1.4 Cadangan Bagi Memastikan Masyarakat Islam Tidak Dipandang Serong
Sebagai umat islam, kita haruslah memahami setiap maksud dan istilah di dalam Al-
Quran agar tidak mudah diperdaya dan ditindas oleh orang kafir. Sebagai islam yang
bertanggungjawab, kita haruslah mendidik ahli keluarga agar mendapat didikan
agama yang secukupnya. Selain itu, kita mestilah meluaskan ajaran islam ke seluruh
pelusuk negara agar agama islam ini tidak dilupuskan dan sering diamal oleh setiap
muslimin dan muslimat.
Ibu bapa harus mendidik anak-anak dari kecil untuk belajar ilmu agama. Hal ini
kerana, didikan agama yang mantap dapat membantu mengelakkan salah faham
tentang istilah yang ada dan sering diguna pakai. Jika ilmu agama telah diajar seawal
yang boleh, maka segala ajaran sesat dapat dibendung dari meracuni fikiran anak-
anak. Kesimpulannya, didikan agama yang tinggi perlulah di ajar agar fikiran anak
muda tidak dicemari oleh anasir jahat.
Guru-guru juga perlulah mengajar anak murid tentang baik dan buruk sesuatu perkara
agar proses pembelajaran dapat dilakukan pada usia yang awal. Setiap pelajar perlu
didedahkan kepada fahaman yang betul dan dijauhkan daripada berita atau
propaganda yang akan menyesatkan pelajar. Selain itu, program-program untuk
meningkatkan jati diri pelajar perlulah dilakukan agar dapat memberi pelajar
pendedahan dan memberi asas yang kukuh sebelum menempuh dunia luar.
Kerajaan pula haruslah mengawal penyebaran berita tentang ajaran sesat atau berita
pengebom berani mati agar anak muda tidak mudah terpengaruh dengan berita
sebegitu. Sebaliknya, kerajaan haruslah memperbanyakkan artikel mengenai maksud
12
MPW 1143dan istilah agar tidak disalahanggap bagi mereka yang tidak mendalami ilmu-ilmu
agama ini. Jika berita penyebaran ini tidak dibendung, berkemungkinan lebih ramai
orang terpengaruh. Hal ini kerana, cara penyebaran yang menggunakan kata-kata
menyebabkan mereka lebih mudah terpengaruh dan mengikut aktiviti sesat itu. Oleh
itu, kerajaan perlulah memperbanyakkan kempen untuk membanteras aktiviti yang
telah jauh menyimpang.
Kesimpulannya, semua pihak perlu bertindak untuk memastikan perkara seperti
ajaran sesat, islam militan dan pengebom berani mati ini dapat dibendung. Setiap
pihak perlu menjalankan bahagian masing-masing seperti ibu bapa, perlu sentiasa
memastikan anak-anak tidak terlibat dengan aktiviti haram. Pihak guru pula, perlulah
mengajar anak murid tentang perkara yang benar dan memastikan anak murid
memahami tujuan dengan betul. Terakhir sekali, pihak kerajaan perlu juga
memastikan program yang boleh membentuk sikap anti perang dianjurkan. Hal ini
sedikit sebanyak dapat menimbulkan rasa belas kasihan antara satu sama lain. Justeru,
ia dapat memastikan pemikiran rakyat tidak menjurus kepada peperangan.Cara
pemikiran sangatlah penting. Ini kerana, jika mereka diajar untuk melakukan
keganasan, maka mereka akan suka melakukan perkara yang ganas dan tidak ada
belas kasihan. Namun, jika mereka dibesarkan dengan perasaan kasih dan sayang
maka, mereka akan mudah berasa kasihan dan tidak akan melakukan keganasan. Hal
ini perlu dibentuk sejak mereka kecil agar dapat menjadi dewasa yang berguna dan
menghormati orang sekeliling. Jika semua pihak bergerak dan berkerjasama untuk
membendung kegiatan ini, kemungkinan besar agama islam tidak lagi dipandang
serong oleh masyarakat lain.
13
MPW 1143
APENDIKS
RUJUKAN / REFERENSI
1. Mohd. Yusuf Ahmad. 2003 Pengajian Islam, Universiti Malaya,
2. Mardzelah Makhsin, 2003. Pengajian Islam 2 PTS Publications & Distributors,
3. Osman Bakar, 2009, Modul pengajian tamadun Islam dan tamadun Asia, Penerbit Universiti Malaya,
4. Ibrahim Abu Bakar,2008, Pembangunan pengajian tinggi Islam di
Malaysia,USIM
5. Sharifah Khadijah Syed Abu Bakar.,2010, Isu-isu dalam pengajian Islam. Siri 2, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
6. Sinar Harian Online (29 Jun 2015), Apa Itu Kumpulan IS.
a. http://www.sinarharian.com.my/nasional/apa-itu-kumpulan-is-1.326714
7. Berita Wilayah (29 Jun 2015), Pengebom Berani Mati.
a. http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?
cat=tm&id=1133586
8. The Malaysian Insider (30 Jun 2015), Jihad Disalah Erti.
a. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jihad-disalah-erti-
akhirnya-terjerumus-anggotai-kumpulan-pengganas
14
MPW 1143
15