jabatan hal ehwal agama islam negeri …ekhutbah.ns.gov.my/upload/8611-khutbah khas sempena...

12
1 ڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو بها جابتن حال إ حمم اسڬا ول ا سمبيلن دار نڬري الوص خصJABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TAJUK : BELIA DAN GURU SEIRING MEMBANGUNKAN NEGARA16 MEI 2014M / 16 REJAB 1435H ____________________________________________________ .

Upload: volien

Post on 15-Feb-2018

228 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/8611-KHUTBAH KHAS SEMPENA SAMBUT… · terhadap cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi. ... adalah tanggungjawab

1

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

TAJUK : “BELIA DAN GURU SEIRING MEMBANGUNKAN NEGARA”

16 MEI 2014M / 16 REJAB 1435H

____________________________________________________

.

Page 2: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/8611-KHUTBAH KHAS SEMPENA SAMBUT… · terhadap cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi. ... adalah tanggungjawab

2

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,

Khatib memperingatkan diri ini dan sidang jemaah yang dimuliakan

sekalian, marilah kita bersama-sama bertaqwa kepada Allah SWT dengan

sebenar-benar taqwa, agar kita dapat melaksanakan segala perintah-Nya

dan menjauhi segala tegahan-Nya. Marilah bersama kita berpegang

kepada tali Allah SWT yakni dengan menjaga hubungan kita sebagai

hamba-Nya dan juga hubungan sesama insan, agar penyatuan ummah

dapat direalisasikan bermula di dalam rumah Allah SWT yang penuh

barakah ini. Nikmat Islam yang dikecapi dan hamparan luas keamanan

yang kita nikmati selama ini, seharusnya kita syukuri dengan meningkatkan

amal ibadah bagi memperkukuhkan lagi hubungan kita dengan Maha

Pencipta lagi Maha Berkuasa serta menjalin eratkan hubungan kita

sesama manusia. Semoga, hidup kita sentiasa dicucuri rahmat serta

kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Firman Allah SWT di dalam surah Ali-

‘Imran ayat 103:

Maksudnya : “Dan berpegang teguhlah kamu semua kepada tali Allah,

dan janganlah berpecah belah”.

Mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah yang bertajuk

“BELIA DAN GURU SEIRING MEMBANGUNKAN NEGARA.”

Page 3: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/8611-KHUTBAH KHAS SEMPENA SAMBUT… · terhadap cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi. ... adalah tanggungjawab

3

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,

Pertambahan populasi rakyat Malaysia turut memberi dimensi baru

terhadap cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi. Gelombang

globalisasi atau dunia tanpa sempadan tidak mampu disekat, sebaliknya

kita perlu menghadapinya dengan kematangan dan kebijaksanaan.

Globalisasi membawa semua elemen seperti sosial, budaya, perdagangan,

teknologi, idealisme dan nilai. Pengaruh sosial dan budaya contohnya

telah merentasi pemikiran masyarakat terhadap perkauman, meniru

tingkah laku dan menyerang nilai dan moral. Masyarakat semakin terbuka

menerima pandangan daripada pelbagai pola pemikiran hasil daripada

proses pendidikan. Program-program pembangunan untuk semua

generasi bangsa di negara kita semakin hebat dan galak dilaksanakan.

Fokus utama yang perlu diketengahkan adalah persediaan pengetahuan

dan kemahiran bagi memastikan maklumat berkaitan perkembangan

semasa dapat diperolehi dengan cepat. Mencari dan mendapatkan

kemahiran perlu digilap dari semasa ke semasa selari dengan perubahan

dan perkembangan teknologi.

Setiap negara mahu rakyatnya mampu menyumbang ke arah kemajuan,

kejayaan, pembangunan dan keamanan. Hasrat ini mampu direalisasikan

andainya rakyat mempunyai sahsiah dan jati diri yang unggul dan

cemerlang baik melalui generasi muda mahupun generasi tua. Melahirkan

personaliti yang unggul dalam mencorakkan kecemerlangan sesuatu

bangsa dan negara adalah tanggungjawab yang harus dipikul oleh semua

Page 4: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/8611-KHUTBAH KHAS SEMPENA SAMBUT… · terhadap cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi. ... adalah tanggungjawab

4

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

pihak, sama ada daripada peringkat keluarga, masyarakat dan kepimpinan

negara. Belia mempunyai peranan yang besar dalam menentukan

pembangunan bangsa, agama dan negara. Golongan remaja dan belia

merupakan antara golongan paling ramai dalam negara kita. Belia

merupakan aset yang amat berharga bagi sesebuah negara. Mereka

adalah tonggak kekuatan generasi serta pewaris yang mencerminkan

kepimpinan masa depan negara dan ummah.

Belia juga mampu bertindak dalam menentukan corak perkembangan

semasa sesebuah negara dari sudut ekonomi, politik dan sosial. Golongan

belia merupakan kelompok teras masyarakat hari ini. Keutuhan perpaduan

dalam kalangan mereka menjadi asas kepada kesejahteraan negara.

Justeru itu, adalah menjadi harapan negara andainya golongan pelapis

dalam kalangan belia mampu mencapai hasrat kerajaan ke arah

masyarakat berdaya maju sejajar dengan Wawasan 2020. Golongan ini

amat berpotensi membawa arus perubahan dalam masyarakat. Namun

bagaimanakah potensi ini mampu digarap dalam membina ummah yang

berjaya dan dihormati? Di sinilah pentingnya peranan pendidik atau guru

dalam membantu melahirkan generasi belia yang beriman, berilmu,

beramal dan berakhlak mulia. Dalam kalangan belia ramai yang

berkhidmat sebagai pendidik atau guru dan dalam kalangan guru pula

ramai yang terdiri daripada golongan belia. Justeru itu, mereka

mempunyai peranan yang sama penting dan seiring dalam merealisasikan

hasrat pembangunan negara.

Seorang sarjana pemikir Islam yang terkenal, Profesor Dr. Yusof al-

Qardhawi mengatakan : “Apabila kita hendak melihat wajah negara

Page 5: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/8611-KHUTBAH KHAS SEMPENA SAMBUT… · terhadap cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi. ... adalah tanggungjawab

5

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini,

sekiranya golongan muda pada hari ini adalah daripada kalangan

yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa

hadapan menjadi sebuah negara yang aman makmur, tetapi jika

keadaan adalah sebaliknya, maka bersedialah untuk berhadapan

dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku.”

Sabda Rasulullah SAW :

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah sangat kagum kepada pemuda yang

tidak ada padanya kelakuan pelik dan menyeleweng.” (Riwayat Ahmad).

Berdasarkan hadis tersebut, seorang pemuda adalah individu yang

menerima amanah dan menjalankan amanahnya dengan sebaik-baiknya

sehingga kelihatan menerusi akhlak mereka. Moga-moga generasi ini

terus lahir seperti Khalifah al-Rasyidin dan pemimpin-pemimpin tentera

Islam pada zaman Rasulullah yang mampu bertindak sebagai pemimpin

negara.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,

Melihat kepada sirah Rasulullah SAW, Baginda merupakan contoh teladan

dan pembimbing yang memberi penekanan khusus kepada golongan belia.

Baginda menggesa mereka taat beribadah kepada Allah, taat kepada

Page 6: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/8611-KHUTBAH KHAS SEMPENA SAMBUT… · terhadap cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi. ... adalah tanggungjawab

6

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

Rasul, taat kepada pemimpin, berakhlak mulia, menyayangi bangsa,

agama dan negara, menjaga kesihatan jasmani dan rohani agar membawa

kepada kesempurnaan peribadi. Rasulullah SAW sendiri pernah

diceritakan tentang keteguhan iman pemuda-pemuda yang digambarkan

melalui surah al-Kahfi, ayat 13-14 :

Maksudnya : “Kami ceritakan kepadamu (Muhammad) kisah mereka

dengan sebenar-benarnya. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-

pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahkan

petunjuk kepada mereka, dan Kami teguhkan hati mereka ketika mereka

berdiri lalu mereka berkata, “Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi;

kami tidak menyeru Tuhan yang lain selain Dia. Sesungguhnya, andai

kami melakukan sedemikian, tentu kami telah mengucapkan perkataan

yang sangat jauh daripada kebenaran.”

Sejarah juga ada merakamkan kegigihan seorang anak muda iaitu

Muhammad al-Fateh yang mana dalam usia 21 tahun telah berjaya

menawan semula kota Konstantinopel daripada kerajaan Rom. Inilah bukti

Page 7: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/8611-KHUTBAH KHAS SEMPENA SAMBUT… · terhadap cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi. ... adalah tanggungjawab

7

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

kejayaan yang lahir daripada kesetiaan, semangat cintakan negara di

samping berilmu, bijak dan kreatif. Islam telah menggariskan peranan dan

tanggjungjawab sebagai belia muslim yang beriman, iaitu dengan mencintai

Allah SWT dan membuktikan rasa cinta itu melalui perlakuan amalan

ibadah melaksanakan perintah-Nya dan mencegah diri daripada melakukan

apa yang dilarang oleh Allah SWT. Bimbingan-bimbingan yang ditunjuk

ajar oleh Baginda Rasulullah SAW akan mencorakkan jati diri setiap insan

menjadi seorang yang beramanah dan bertanggungjawab kepada bangsa,

agama dan negara. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang

diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bermaksud : “Tujuh

golongan yang bakal dilindungi Allah SWT pada hari yang tiada

perlindungan kecuali perlindungan-Nya ialah anak-anak muda yang

hidup sentiasa menghambakan diri kepada Allah SWT.”

SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA,

Di dalam agenda pembangunan belia, antara aspek utama yang diberi

penekanan adalah bidang pendidikan dan latihan, peningkatan ketrampilan

dan kepimpinan, pembangunan ekonomi, memupuk semangat

kesukarelawan di samping membina jiwa patriotik. Belia adalah pemimpin

untuk hari esok, maka tanggungjawab dan peranan guru perlu seiring

bersama-sama ibu bapa dalam memastikan jati diri golongan muda ini

diperkukuhkan dengan iltizam yang tinggi sebagai agenda utama untuk

memperkasa keupayaan bangsa. Sebagai belia, pengukuhan ilmu adalah

penting, sama ada ilmu duniawi atau ukhrawi agar ilmu tersebut mampu

diaplikasikan dalam kehidupan bagi memelihara kedaulatan Islam, bangsa

Page 8: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/8611-KHUTBAH KHAS SEMPENA SAMBUT… · terhadap cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi. ... adalah tanggungjawab

8

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

dan negara. Di sinilah letaknya maksud belia dan guru perlu seiring dalam

membangunkan negara.

Sebahagian besar rancangan dan hasrat kerajaan adalah membina dan

membangunkan modal insan bagi melahirkan generasi muda yang

mempunyai minda kelas pertama. Melalui tema sambutan hari guru pada

tahun ini, “Guru Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi”, sudah pasti

hasrat murni dan usaha yang berterusan daripada kerajaan untuk terus

membangunkan kualiti pendidikan negara bertaraf dunia mampu dicapai

sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.

Justeru itu bangsa dan negara kita mampu untuk duduk sama rendah dan

berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa dan negara lain di dunia ini.

Melalui Dasar Belia Negara pula, perancangan dan perlaksanaan program

pendidikan pembangunan negara dibentuk menjadi tulang belakang dan

kerangka menuju kesejahteraan masyarakat dan negara. Sempena

sambutan hari belia pada tahun ini dengan tema “Dari Belia Untuk Belia”,

menggambarkan betapa pentingnya golongan belia kepada proses

pembangunan negara dengan merapatkan jurang antara pemimpin dan

masyarakat sekeliling.

Pendidikan dan ilmu pengetahuan adalah nadi kepada kemajuan

pembangunan sesebuah negara. Dalam usaha menyebar luas ilmu

pengetahuan, sememangnya memerlukan tenaga yang berkemahiran dan

berkebolehan. Ini bukan satu tugas yang mudah dan mampu dilaksanakan

semua orang. Tanggungjawab dan peranan guru semakin mencabar

dengan kekangan masa, ancaman gejala sosial serta perlu berhadapan

dengan karenah pelbagai pihak. Hakikatnya tugas dan tanggungjawab

Page 9: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/8611-KHUTBAH KHAS SEMPENA SAMBUT… · terhadap cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi. ... adalah tanggungjawab

9

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

mereka sentiasa diduga dan diuji oleh Allah SWT. Seperti mana golongan

belia, Islam juga turut memandang tinggi dan mulia tugas seorang guru

malah golongan ini telah dijanjikan ganjaran yang sangat besar daripada

Allah SWT sebagaimana yang dijelaskan melalui firman Allah SWT dalam

surah al-Mujaadalah, ayat 11 :

Yang bermaksud : “Dan apabila diminta kamu bangun, maka bangunlah

supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman antara kamu

dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama dalam kalangan

kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang

apa yang kamu lakukan.”

Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud; Daripada Abu Darda’

RA katanya : “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Dan

sesungguhnya para ulama adalah pewaris para nabi. Dan para Nabi

tidak mewariskan umatnya dengan wang ringgit, tetapi mereka

mewariskan ilmu pengetahuan.”

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,

Tidak dapat disangkal lagi bahawa generasi muda semakin lama semakin

jauh hanyut daripada akhlak dan budaya Islam. Cabaran semakin getir,

Page 10: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/8611-KHUTBAH KHAS SEMPENA SAMBUT… · terhadap cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi. ... adalah tanggungjawab

10

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

malah rasa hormat kepada guru semakin dipandang ringan. Menghadapi

karenah dan sikap golongan muda meletakkan kualiti seorang pendidik itu

satu keutamaan. Walaupun peranan ibu bapa sepatutnya lebih besar,

namun masyarakat tetap memandang tugas membimbing dan membentuk

akhlak mulia dalam kalangan murid-murid terletak kepada guru.

Membangunkan modal insan harus bermula dengan nilai dan akhlak

kerana melaluinya akan membentuk dan mencorakkan sikap dan

pemikiran ke arah hala tuju yang dikehendaki. Perjuangan bagi melakukan

pembaharuan di dalam segenap hal ehwal kehidupan manusia menerusi

petunjuk agama tidak lari daripada pelbagai rintangan dan tentangan.

Malah ada ketikanya cabaran yang harus ditempuh itu terlalu berat di mata

dan di bahu orang yang memikulnya.

Golongan belia adalah golongan yang sepatutnya dianggap dewasa dan

sudah mampu diberi peranan dan tanggungjawab. Sokongan dan

bimbingan daripada ibu bapa atau guru sangat diperlukan dalam membina

aspek positif dalam kehidupan. Tanpa bimbingan, pengaruh buruk

daripada luar akan membawa kepada kemungkaran. Gunalah pendekatan

yang sebaik-baiknya dalam memberi galakan kepada belia untuk bersama-

sama menyumbang idea dan tenaga bagi memenuhi citarasa dan aspirasi

mereka. Justeru itu, para guru dan golongan belia seharusnya seiring

mencapai hasrat kerajaan kerana anda adalah harapan negara untuk

merangkul kecemerlangan sama ada di dunia ataupun di akhirat. Dengan

melaksanakan peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan pasti

bangsa, agama dan negara beroleh kesejahteraan. Pendita Zaaba di

dalam bukunya yang bertajuk ‘Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri’

menyatakan bahawa : “..setiap orang daripada sesuatu bangsa dan

Page 11: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/8611-KHUTBAH KHAS SEMPENA SAMBUT… · terhadap cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi. ... adalah tanggungjawab

11

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

setiap kumpulan daripada mereka yang bekerja masing-masing atau

bersama-sama oleh sebab kuat bergantung pada diri sendiri dan

percaya akan kebolehan sendiri adalah bekerja bagi kejayaan bangsa

itu dan kemajuannya adalah kemuliaan dan kemakmuran.”

Mengakhiri khutbah pada hari ini, kita dapat mengambil kesimpulan

bahawa:

Pertama : Ilmu pengetahuan adalah sumber kepada kesejahteraan

kehidupan dan menjadi penyuluh kepada keimanan dan ketaqwaan.

Kedua : Rasulullah SAW adalah contoh tauladan yang baik dalam

mendidik anak bangsa ke arah menegakkan syiar agama.

Ketiga : Guru merupakan sebahagian daripada kalangan belia,

manakala sebahagian golongan belia ada yang menjadi guru. Peranan

dan tanggungjawab kedua-duanya perlu seiring dalam menjayakan

pembangunan pendidikan negara.

Keempat : Setiap tanggungjawab dan peranan menuntut kesabaran

yang mantap dalam menghadapi cabaran dan dugaan. Keikhlasan dalam

melaksanakan tanggungjawab sangat dituntut dalam Islam seperti satu

hadis yang diriwayatkan oleh Iman at-Tirmidzi yang membawa maksud:

“Tidak melangkah seseorang hamba pada hari akhirat sehingga dia

ditanya apakah yang telah dilakukan semasa usia mudanya, dari

mana dia memperolehi hartanya, ke mana dia membelanjakan harta

itu serta bagaimana dia memanfaatkan ilmu yang ada padanya.”

Page 12: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/8611-KHUTBAH KHAS SEMPENA SAMBUT… · terhadap cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi. ... adalah tanggungjawab

12

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

Kelima : Hormati dan binalah hubungan yang baik antara guru dan

murid. Allah SWT menjamin ganjaran yang mulia di samping memperolehi

keberkatan dan keredhaan-Nya.

Firman Allah SWT dalam surah Fathir, ayat 28 :

Maksudnya: “Sebenarnya yang berasa bimbang dan takut (melanggar

perintah) Allah daripada kalangan hamba-hamba-Nya adalah orang-orang

yang berilmu, sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.”