jabatan hal ehwal agama islam negeri sembilan …ekhutbah.ns.gov.my/upload/8242-20140411 khutbah...

13
1 ڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو بها جابتن حال إ حمم اسڬا ول ا سمبيلن دار نڬري الوص خصJABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TAJUK : MANISNYA HIDAYAH IMAN11 APRIL 2014M / 11 JAMADIL AKHIR 1435H __________________________________________________ ن أ د ه ش أ دا م ح م نا د ي س ن أ د ه ش أ ، و و ل ك ي ر ش ه د ح و ا إ و ـ ل إ ء ى ل ع و د م ح م نا د ي س ى ل ع م ل س و ل ص م ه ل . ال و ول س ر و ه د ب ع و ب حا ص أ و و ل م و يـ ى ل إ ن سا ح إ ب م ه ع ب ت ن م و. ن ي الد م نت أ و إ ن ت و م ت ، و و ت قا ت ق ح ا وا ق تـ ، إ ا د با ع يا ، ف د ع بـ ما أ ن و م ل س م.

Upload: hoangkhuong

Post on 11-Mar-2019

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN …ekhutbah.ns.gov.my/upload/8242-20140411 KHUTBAH TAJUK... · 2014-05-10 · 7 واروس ناد ... kita dapat membimbing diri menghadapi

1

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

TAJUK : “MANISNYA HIDAYAH IMAN”

11 APRIL 2014M / 11 JAMADIL AKHIR 1435H

__________________________________________________

إلـو إال اهلل وحده ال شريك لو ، وأشهد أن سيدنا محمدا آل أشهد أنلو وأصحابو آعبده ورسولو . اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى ء

ين . ومن تبعهم بإحسان إلى يـوم الد

أما بـعد ، فيا عباد اهلل ، إتـقوا اهلل حق تقاتو ، وال تموتن إال وأنتم . مسلمون

Page 2: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN …ekhutbah.ns.gov.my/upload/8242-20140411 KHUTBAH TAJUK... · 2014-05-10 · 7 واروس ناد ... kita dapat membimbing diri menghadapi

2

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,

Khatib memperingatkan diri ini dan sidang jemaah yang dimuliakan

sekalian, marilah kita bersama-sama bertaqwa kepada Allah SWT dengan

sebenar-benar taqwa, agar kita dapat melaksanakan segala perintah-Nya

dan menjauhi segala tegahan-Nya. Marilah bersama kita berpegang

kepada tali Allah SWT, yakni dengan menjaga hubungan kita sebagai

hamba-Nya dan juga hubungan sesama insan, agar penyatuan ummah

dapat direalisasikan bermula di dalam rumah Allah SWT yang penuh

barakah ini. Nikmat Islam yang dikecapi dan hamparan luas keamanan

yang kita nikmati selama ini, seharusnya kita syukuri dengan meningkatkan

amal ibadah bagi memperkukuhkan lagi hubungan kita dengan Maha

Pencipta lagi Maha Berkuasa serta menjalin eratkan hubungan kita

sesama manusia. Semoga, hidup kita sentiasa dicucuri rahmat serta

kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Firman Allah SWT di dalam Surah

Ali-'Imran ayat 103 :

Maksudnya : ″ Dan berpegang teguhlah kamu semua kepada tali Allah,

dan janganlah berpecah belah.″

Mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah yang bertajuk

“MANISNYA HIDAYAH IMAN”.

Page 3: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN …ekhutbah.ns.gov.my/upload/8242-20140411 KHUTBAH TAJUK... · 2014-05-10 · 7 واروس ناد ... kita dapat membimbing diri menghadapi

3

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,

Antara nikmat kurniaan Allah SWT yang paling besar dan berharga adalah

nikmat iman. Ia dianggap sebagai mutiara dalam hati manusia. Iman

adalah asas penting yang menjadi tapak tempat berdirinya peribadi

seseorang mukmin. Iman adalah sesuatu yang diikrarkan dengan lidah,

dibenarkan dengan hati dan dibuktikan dengan amalan, maka nilainya ialah

syurga di sisi Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis riwayat

Muslim yang bermaksud : “Khabarkan kepadaku tentang iman”.

Rasulullah SAW menjawab: “Iman itu ialah kamu beriman kepada

Allah, Malaikat, Kitab-Kitab, Rasul-Rasul, Hari Akhirat dan beriman

juga dengan ketentuan baik dan buruk..”

Dalam kehidupan ini, sedar atau tidak, ramai yang mengatakan mereka

beriman, percaya kepada Allah SWT dan segala perkara yang terkandung

dalam rukun iman, namun adakah kita yakin dengan diri kita bahawa iman

itu ada dalam hati kita. Percaya tetapi tidak menyokong kepercayaan itu

dengan amalan. Keimanan bukan semata-mata hanya membenarkan atau

mempercayai sahaja tanpa melaksanakan segala amalan yang telah

dipertanggungjawabkan kepada kita oleh Allah SWT. Orang-orang yang

beriman itu menjalankan perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan-

Nya sebagai ekspresi kepatuhan dalam bertawakkal kepada Allah. Iman

adalah kesungguhan, amalan, ketekunan, kesabaran, menahan dan

mencegah diri daripada sesuatu yang disukai mahupun yang tidak disukai

semata-mata kerana Allah SWT. Allah SWT serta Rasul-Nya banyak

Page 4: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN …ekhutbah.ns.gov.my/upload/8242-20140411 KHUTBAH TAJUK... · 2014-05-10 · 7 واروس ناد ... kita dapat membimbing diri menghadapi

4

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

menyebut tentang iman dalam al-Quran dan hadis. Contohnya firman

Allah SWT dalam surah al-Anfaal, ayat 2 – 4:

Yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu apabila

disebut nama Allah gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan

kepada mereka ayat-ayat-Nya, menjadikan mereka bertambah iman, dan

kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang yang mendirikan

sembahyang dan yang mendermakan sebahagian daripada apa yang Kami

kurniakan kepada mereka. Merekalah orang yang beriman dengan

sebenar-benarnya. Mereka mendapat pangkat di sisi Tuhan mereka,

keampunan serta rezeki yang mulia.”

Perasaan gementar datang kepada kita apabila mendengar nama Allah

SWT tidak terjadi dengan sendiri tanpa sebab. Hanya mereka yang benar-

benar tunduk dan patuh kepada Allah SWT sahaja yang mampu merasai

perasaan itu dan merekalah yang berhak mendapat khabar gembira

daripada Allah SWT atas keimanan dan amal soleh yang mereka lakukan

dalam kehidupan mereka. Menurut Hamka dalam Tafsir al-Azhar, hati

manusia sentiasa berubah-ubah. Kadar keimanan juga ada naik dan

turunnya. Adakalanya, iman menjadi kuat dan kadangkala ia akan lemah.

Page 5: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN …ekhutbah.ns.gov.my/upload/8242-20140411 KHUTBAH TAJUK... · 2014-05-10 · 7 واروس ناد ... kita dapat membimbing diri menghadapi

5

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

Iman yang kuat wujud apabila ketaatan kepada Allah SWT semakin

meningkat dan begitulah sebaliknya semakin kurang ketaatan, maka

semakin menurunlah kadar keimanan.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,

Sesungguhnya iman tidak boleh diperolehi hanya dengan angan-angan. Ia

bukanlah sesuatu yang kita warisi dari keturunan, malah tidak boleh

diperolehi melalui proses jual beli. Ia hak milik peribadi yang terukir,

tertanam dan dimantapkan dalam hati setiap individu. Iman mempunyai

nilai yang tertentu, justeru itu untuk memperolehinya perlukan

pengorbanan yang tinggi. Iman berhubung erat dengan hati manusia. Hati

adalah penggerak dalam diri manusia. Jika hati dikuasai kebenaran,

nescaya ia menjana kebaikan. Sebaliknya jika dipenuhi kebatilan, ia akan

melahirkan kejahatan. Hati yang kuat dan berkualiti akan memandang

segala-galanya secara positif, mentafsirkannya secara positif dan bertindak

secara positif. Apabila berfikiran positif, segala yang positif akan datang

kepada kita dan inilah dia hukum tarikan dalam kehidupan kita. Apabila

hati manusia itu baik, iman bersemayam dengan mantap. Sebaliknya

apabila hati manusia itu kurang baik, maka demikian juga dengan imannya.

Iman adalah hidayah istimewa yang tidak dapat direkacipta oleh sesiapa

pun kerana ia adalah anugerah daripada Allah SWT kepada mereka yang

dikehendaki-Nya seperti yang dijelaskan dalam Surah al-Qasas pada ayat

56 :

Page 6: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN …ekhutbah.ns.gov.my/upload/8242-20140411 KHUTBAH TAJUK... · 2014-05-10 · 7 واروس ناد ... kita dapat membimbing diri menghadapi

6

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

Maksudnya : “Sesungguhnya, engkau (Muhammad) tidak dapat memberi

petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk

kepada orang yang Dia kehendaki, dan Dia lebih mengetahui orang-orang

yang mahu menerima petunjuk.”

Rasulullah SAW sendiri digambarkan terlalu berdukacita apabila tidak

mampu menyeru hidayah Islam kepada bapa saudara yang sangat

dicintainya sehinggalah Abu Talib meninggal dunia. Ayat yang dibacakan

tadi menjelaskan sedalam-dalamnya bahawa hidayah itu bukan milik kita,

sebaliknya menjadi hak milik dan ketentuan Allah SWT. Dia menitipkan

hidayah kepada yang dikehendakki-Nya dan setiap yang berlaku adalah

perancangan-Nya. Sudah tentu ada sebab mengapa Abu Talib tidak

memperolehi hidayah tersebut. Hidayah menentukan kedudukan manusia,

sama ada berada dalam kesesatan atau kebenaran. Umat Islam

memerlukan hidayah Allah SWT setiap masa kerana sebagai hamba, kita

lemah dan tidak berdaya. Kita memerlukan pertolongan dan perlindungan

supaya tidak terpengaruh dengan bisikan syaitan.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,

Dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim :

Page 7: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN …ekhutbah.ns.gov.my/upload/8242-20140411 KHUTBAH TAJUK... · 2014-05-10 · 7 واروس ناد ... kita dapat membimbing diri menghadapi

7

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

عن أنس بن مالك رضي اللو عنو عن النبي صلى اللو عليو وسلم

يمان أن يكون اللو ورسولو أحب إليو مما سواىم ا قال ثلث من كن فيو وجد حلوة ال

وأن يكره أن يـعود في الكفر كما يكره أن يـقذف في حبو إال للو وأن يحب المرء ال ي

النار

Maksudnya : Daripada Anas bin Malik RA, Rasulullah SAW bersabda:

“Ada tiga perkara apabila sesiapa memilikinya, dia akan mendapat

kemanisan iman, iaitu hendaklah dia mencintai Allah dan Rasul melebihi

cinta kepada selain kedua-duanya, hendaklah dia mencintai seseorang

kerana Allah dan hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran

sepertimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka.”

Hadis tersebut jelas mengandungi asas-asas utama bagi pintu kebaikan.

Mencintai Allah SWT mestilah melebihi rasa cinta kepada orang lain seperti

ibu bapa, anak, diri sendiri dan sesiapa sahaja yang dekat dengan kita.

Beriman kepada Allah SWT memiliki rasa manis yang tidak mungkin

dinikmati kecuali oleh orang yang beriman dengan sebenar-benar

keimanan, keikhlasan dan keilmuan. Mencintai Rasulullah SAW menyusul

selepas mencintai Allah dan merupakan ciri penting yang harus dimiliki

sesiapa yang ingin merasa kemanisan iman. Perasaan cinta kepada Allah

SWT dan Rasul-Nya adalah kayu pengukur bagi rasa cinta terhadap diri

sendiri serta orang lain sekeliling kita. Saidina Umar RA pernah berkata

kepada Nabi Muhammad SAW “Wahai Rasulullah , sungguh engkau

Page 8: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN …ekhutbah.ns.gov.my/upload/8242-20140411 KHUTBAH TAJUK... · 2014-05-10 · 7 واروس ناد ... kita dapat membimbing diri menghadapi

8

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

lebih aku cintai daripada segala sesuatu apa pun, kecuali diriku.”

Maka Rasulullah SAW menjawab : “Bukan begitu, demi Allah yang

jiwaku berada di tangan-Nya, sehingga aku lebih engkau cintai

daripada dirimu sendiri.” Maka Umar RA menjawab, “Demi Allah,

sesungguhnya engkau sekarang lebih aku cintai daripada diriku

sendiri.” Maka Nabi SAW menjawab, “Sekarang Umar, (telah sempurna

imanmu).”

Anas bin Malik juga meriyawatkan sabda Rasulullah SAW yang membawa

maksud : “Tidak beriman seseorang kamu sehingga aku lebih engkau

cintai daripada ibu bapamu, anakmu dan seluruh manusia.”

Mencintai seseorang lain kerana Allah SWT membawa maksud menjaga

hubungan kasih sayang sesama muslim atas landasan iman kepada Allah

SWT dengan perlaksanaan amal soleh. Mencintai saudara kita bukan

kerana keuntungan harta benda, membencinya bukan atas dasar

kemiskinan dan menjauhinya bukan kerana tidak mendapat manfaat

daripadanya. Ukuran cinta kita kepadanya adalah atas dasar iman dan

amal. Saling mencintai kerana Allah SWT mempunyai hak yang harus

ditunaikan antaranya, membantu memenuhi keperluan saudara, menolong

ketika memerlukan bantuan, tidak membuka aib, tidak bersifat hasad

dengki dan iri hati atas kelebihannya, sentiasa mendoakan yang terbaik

untuknya, mengucapkan salam dan bertanya khabar ketika bertemu dan

tidak bersikap sombong serta meninggi diri. Hubungan kasih antara

seorang muslim dengan muslim yang lain perlu dijalinkan atas landasan

cinta kepada Allah SWT. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan sabda

Rasulullah SAW mengenai tujuh golongan yang akan dinaungi Allah SWT

Page 9: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN …ekhutbah.ns.gov.my/upload/8242-20140411 KHUTBAH TAJUK... · 2014-05-10 · 7 واروس ناد ... kita dapat membimbing diri menghadapi

9

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

adalah : “Dua orang yang saling mencintai kerana Allah, bertemu

kerana-Nya dan berpisah kerana-Nya.”

SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA,

Hidayah iman adalah sesuatu yang dapat dirasa kemanisannya oleh

orang-orang beriman yang tenteram jiwanya terhadap nikmat yang telah

dianugerahkan oleh Allah SWT kepada mereka untuk mencapai

kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Melalui hidayah iman, kita dapat

membimbing diri menghadapi kehidupan ini walau bagaimanapun keadaan

yang menimpa kita. Orang-orang yang beriman mempunyai keajaiban

dalam kehidupan mereka. Apabila mendapat nikmat Allah SWT, mereka

akan bersyukur, manakala ditimpa musibah, mereka mendapat hikmah.

Dengan kemanisan hidayah iman yang diperolehi, mereka akan merasa

keindahan dalam setiap musibah yang menimpa.

Mengukur keimanan, lihatlah amalan. Perlakuan mampu menyerlahkan

sifat yang ada dalam diri setiap insan. Di dalam kehidupan, iman memberi

pengaruh dan kesan terhadap jiwa sehingga kekuatan atau kelemahannya

terzahir melalui pemikiran, perbuatan, pertuturan, tingkahlaku dan

sebagainya. Keimanan akan terpancar dengan sendiri tanpa disedari

empunya diri. Teguran atau nasihat daripada orang lain boleh membawa

hidayah kepada kita untuk melakukan muhasabah dan penambahbaikan

dalam kehidupan sebagai muslim beriman. Janganlah mempersendakan

hukum Allah SWT dengan meletakkan iman sebagai suatu hidayah yang

kita akan terima tanpa berusaha mencapainya. Alasan ‘belum dapat

hidayah’ bila diajukan pertanyaan bila nak tutup aurat?, kenapa tidak mahu

Page 10: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN …ekhutbah.ns.gov.my/upload/8242-20140411 KHUTBAH TAJUK... · 2014-05-10 · 7 واروس ناد ... kita dapat membimbing diri menghadapi

10

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

solat? dan sebagainya sangat mengecewakan. Hidayah itu adalah rahmat

dan bonus daripada Allah SWT kepada hamba-Nya, sedangkan menutup

aurat dan mengerjakan solat adalah kewajipan yang dituntut dalam

menjalani kehidupan sebagai orang Islam.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,

Hidayah keimanan itu sememangnya hak mutlak Allah SWT, namun kita

sebagai hamba-Nya perlu berusaha untuk meraih hidayah itu agar kita

beroleh kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Ketika ini ramai yang

mengaku mempercayai Allah dan Rasulullah SAW, namun masih gagal

mengecapi kemanisan daripada keimanan mereka. Justeru itu, mereka

hanya merungut, berputus asa, salah menyalahkan dan ada yang

menzahirkan tindakan yang tidak menghayati perasaan ‛kewujudan Allah

SWT’. Dalam mencapai hidayah, kebersihan, keikhlasan dan ketulusan

hati adalah perkara utama. Apabila hati tidak berkualiti, segala apa yang

dibuat, disebut, difikir dan dirasa serba tak kena dan tidak pernah

berpuashati. Apabila kualiti hati menjadi rendah, nikmat dan rahmat yang

banyak terasa tidak pernah cukup. Akibatnya tidak mahu bersyukur, tidak

mahu bersabar, tidak mahu redha dan lebih teruk apabila akhirnya menjadi

hamba kepada hawa nafsu. Sebaliknya jika hati kukuh, kuat dan bersih

akan memandang segala perkara dan bertindak secara positif. Mutiara

kata menyebut “Akal senipis rambut, tebalkanlah dengan ilmu. Hati

Page 11: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN …ekhutbah.ns.gov.my/upload/8242-20140411 KHUTBAH TAJUK... · 2014-05-10 · 7 واروس ناد ... kita dapat membimbing diri menghadapi

11

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman. Perasaan selembut sutera,

hiasilah ia dengan akhlak.”

Keimanan adalah hidayah yang boleh dipertingkatkan dari semasa ke

semasa. Sebagai orang Islam harus mengetahui bahawa keimanan boleh

meningkat dan boleh berkurangan. Mimbar ingin berkongsi dengan sidang

jumaat sekelian beberapa amalan yang dapat membantu menambah dan

meningkatkan darjat keimanan. Antaranya :

Pertama : Membaca dan tadabbur al-Quran al-Karim. Melalui

tadabbur, kita akan mengetahui keagungan, kekuasaan, kudrat-Nya dan

tuntutan ibadah yang wajib dilaksanakan. Mereka yang sering membaca,

mentadabbur (merenung dan memahami isi kandungan) al-Quran akan

mendapat ilmu pengetahuan yang menjadikan iman mereka semakin kuat

dan bertambah.

Kedua : Mengenal sifat-sifat Allah SWT yang tercatat dalam al-

Quran dan Sunnah Nabi SAW. Apabila seorang hamba mengenal

Tuhannya dengan pengetahuan yang hakiki dan jalan yang benar, dia

termasuk orang-orang yang kuat ketaatannya dan kuat ketakutannya

terhadap azab Allah SWT.

Ketiga : Mengamati dan mempelajari sirah perjalanan hidup

Rasulullah SAW serta sahabat Baginda. Mengenal Rasul dan

membenarkan apa yang disampaikannya serta memberi kepercayaan

kepadanya adalah tanda keimanan seorang hamba. Contohilah ketaatan,

kebaikan, pengorbanan dan akhlak sahabat kepada Baginda SAW.

Page 12: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN …ekhutbah.ns.gov.my/upload/8242-20140411 KHUTBAH TAJUK... · 2014-05-10 · 7 واروس ناد ... kita dapat membimbing diri menghadapi

12

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

Keempat : Mengamalkan segala perkara dan tuntutan yang baik

dalam Islam. Sesungguhnya ajaran Islam itu membawa kebaikan yang

nyata. Melalui amalan inilah seseorang hamba akan merasai kemanisan

iman dalam hatinya sehingga dia akan menghiasi hatinya dengan pokok-

pokok dan hakikat keimanan serta menghiasi anggota badannya dengan

amalan-amalan yang soleh.

Mengakhiri khutbah pada hari ini, marilah sama-sama kita memahami

hakikat keimanan yang mana kita hendaklah selalu berada dalam

kebenaran, mengimaninya, mengukuhkannya dan berjihad untuk

melaksanakannya. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa’ ayat 175:

جيم. يطان الر أعوذ باهلل من الش

Maksudnya : “Adapun orang-orang yang beriman kepada Allah dan

berpegang teguh kepada (agama)-Nya, maka Allah akan memasukkan

mereka ke dalam rahmat dan kurniaan daripada-Nya (syurga), dan

menunjukkan mereka jalan yang lurus kepada-Nya.”

Page 13: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN …ekhutbah.ns.gov.my/upload/8242-20140411 KHUTBAH TAJUK... · 2014-05-10 · 7 واروس ناد ... kita dapat membimbing diri menghadapi

13

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ