isu 3.docx

11
ISU 3 : PENGUASAAN GURU DALAM ICT oleh : NUR ILLYANI BINTI MOHD HAFIZ 1.0 PENGENALAN Sebuah artikel bertajuk Penguasaan Guru dalam ICT diutamakan – TPM telah diterbitkan oleh Utusan Online bertarikh 13 Januari 2010. Memetik daripada petikan tersebut, Malaysia yakin penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah mudah dilaksanakan dengan penumpuan kepada penguasaan di kalangan guru-guru. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendedahan melalui kursus berterusan kepada pentadbir sekolah, pengetua dan guru-guru dalam mewujudkan golongan celik komputer telah menunjukkan kesan ketara kepada perkembangan ICT di Malaysia. Petikan tersebut jelas menyatakan tentang pentingnya seorang warga pendidik menguasai bidang teknologi maklumat dan komunikasi.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Teknologi Maklumat dan Komunikasi ialah teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pem-prosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan tele-komunikasi.ICT adalah singkatan daripada ‘Information and Communication Technology’ (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) yang bermaksud merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data yang berkaitan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.Ruang lingkup tajuknya sangat luas berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.Secara tepat dan mudah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Upload: nor-hamizan

Post on 18-Dec-2015

232 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

ISU 3 : PENGUASAAN GURU DALAM ICT

oleh :

NUR ILLYANI BINTI MOHD HAFIZ

1.0PENGENALANSebuah artikel bertajuk Penguasaan Guru dalam ICT diutamakan TPM telah diterbitkan oleh Utusan Online bertarikh 13 Januari 2010. Memetik daripada petikan tersebut,Malaysia yakin penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah mudah dilaksanakan dengan penumpuan kepada penguasaan di kalangan guru-guru. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendedahan melalui kursus berterusan kepada pentadbir sekolah, pengetua dan guru-guru dalam mewujudkan golongan celik komputer telah menunjukkan kesan ketara kepada perkembangan ICT di Malaysia.Petikan tersebut jelas menyatakan tentang pentingnya seorang warga pendidik menguasai bidang teknologi maklumat dan komunikasi.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Teknologi Maklumat dan Komunikasi ialah teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pem-prosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan tele-komunikasi.ICT adalah singkatan daripada Information and Communication Technology (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) yang bermaksud merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data yang berkaitan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.Ruang lingkup tajuknya sangat luas berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.Secara tepat dan mudah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.Manakala menurut Senn (1998) dalam Norasiah (2009) menyatakan teknologi maklumat dan komunikasi mengandungi tiga komponen iaitu komputer, komunikasi dan tahu-guna.Gabungan ketiga-tiga komponen ini mencipta peluang kepada manusia dan organisasi untuk lebih produktif, berkesan dan berjaya. Jika dilihat pada sekeliling kita, TMK tidak lagi digunakan sebagai penyebar maklumat malah dalam semua bidang seperti pengiklanan, pengangkutan, perubatan, perniagaan keselamatan dan sebagainya.Sebenarnya teknologi maklumat tidak tertumpu hanya kepada internet dan komputer tetapi merangkumi televisyen, telefon, telefon mudah alih, faks, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat.Dapat dilihat pelbagai manfaat dan faedah yang boleh diperoleh dalam penggunakan kemudahan ICT.Guru seharusnya mengambil kesempatan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran seharian. Menurut Mok Soon Sang (1996), penggunaan komputer dalam bidang pendidikan membawa satu reformasi serta perkembangan baharu dalam bidang pendidikan. Ini khasnya dalam teknologi pendidikan, teori pendidikan, teori-teori pengajaran-pembelajaran, pengurusan sekolah, sistem pentadbiran pendidikan serta kemahiran dan latihan guru.Seperti yang kita lihat pada hari ini, Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) telah mencapai suatu tahap di mana pengaruhnya dapat dilihat dalam kehidupan manusia terutamanya di kawasan bandar. Kemudahan teknologi telah menjadi sebahagian daripada cara hidup contohnya kemudahan telekomunikasi (telefon bimbit), perkhidmatan bank (e-banking. Kad ATM), dan sebagainya.Masyarakat juga diharapkan mampu menangani kehidupan di era teknologi maklumat sehingga pada satu tahap teknologi tersebut menjadi sebahagian daripada amalan biasa tanpa kita sedari.Namun begitu cabaran yang paling besar ialah mendidik masyarakat agar menggunakan teknologi secara berfaedah dan bermanfaat.Oleh itu, profesion keguruan harus memperlengkapkan diri secara global dalam perkembangan penggunaan teknologi maklumat dalam kurikulum di sekolah.

2.0PROFESION DAN PROFESIONALISME KEGURUAN

Setiap tahun permohonan kemasukan Kursus Pendidikan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia meningkat dari semasa ke semasa.namun begitu tempat yang ditawarkan amatlah terhad. Merujuk Utusan Online bertarikh 17 Ogos 2012 hanya 1,138 orang shaja terpilih untuk mengikuti KPLSPM ambilan Jun 2012.Bagi memastikan profesionalisme pendidikan guru berada di landasan yang betul dan dijamin kualitinya, pihak Kementerian Pendidikan telah menyediakan pelbagai kemudahan dan mewajibkan bakal guru serta guru terlatih menjalani pelbagai kemahiran baharu sesuai dengan arus globalisasi.Para guru pelatih dipastikan menguasai bidang teknologi maklumat dan komunikasi terutamanya. Kebanyakan tugasan yang diberikan juga mengkehendaki guru pelatih menggunakan kemudahan ICT contohnya pembentangan tutorial Power Point, tugasan 'Independent Self Learning (ISL) dan tugasan projek.Dalam melaksanakan tugasan-tugasan ini, para guru pelatih digalakkan mencari bahan dalam pelbagai sumber terutamanya di internet, merupakan sebuah sumber bahan yang tidak terhad.Malah syarat untuk memperolehkeputusan cemerlang dalam menjalani praktikum di sekolah ialah, menerapkan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Selain itu para guru pelatih juga diwajibkan mengambil subjek EDU 3106, Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Usaha-usaha ini adalah penting bagi memastikan para guru pelatih bukan sahaja menguasai bidang Teknologi Maklumat dan komunikasi(TMK) , malah mengaplikasiannya dalam bidang pendidikan terutamanya semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Artikel yang bertajuk Penguasaan Guru dalam ICT diutamakanturut menyelitkan kata-kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam usaha meningkatkan kesedaran dan kreativiti dalam kalangan guru dan murid dalam penguasaan ICT. Berikut kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau.

Menurutnya, kajian British Commonwealth Group (BCG) 2008 dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi (EPU) berkaitan Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia menunjukkan wujudnya peningkatan kesedaran dan kreativiti di kalangan guru dan murid dalam penguasaan ICT.

Kenyataan oleh Timbalan Perdana Menteri tersebut menunjukkan usaha-usaha kerajaan dalam memastikan hasrat Malaysia untuk mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020 dapat dicapai.Buktinya kerajaan telah membangunkan teknologi maklumat Koridor Raya Multimedia (MSC) yang telah menjadi pusat telekomunikasi dan penyiaran serantau. Hal yang sama juga berlaku dalam kurikulum pendidikan di negara ini, apabila komputer dijadikan satu kurikulum di sekolah. Penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer merupakan salah satu bentuk kurikulum yang memerlukan profesion keguruan mengetahui dan menguasai teknologi maklumat.Seperti yang kita lihat kurikulum KBSR telah dikaji lalu menggantikan kurikulum yang baru iaitu KSSR bermula dari darjah 1 tahun 2011. Kurikulum ini telah dikaji agar ianya bersifatholistik dan sentiasa relevan bagi melahirkan modal insan seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan. Oleh yang demikian, tema Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) telah dimasukkan di dalam KSSR.Hal ini penting supaya murid bukan sahaja menunjukkan penguasaan dalam kemahiran 3M dan menaakul, malah turut menguasai kemahiran asas dalam TMK.Malaysia mempunyai banyak inisiatif termasuk video pendidikan melalui web, EduWeb TV, dengan 9,331 sekolah mempunyai akses kepada lapan saluran projek School-Net melalui jalur lebar bagi mengurangkan jurang digital antara penduduk luar bandar dan bandar.Berdasarkan petikan di atas dapat diketahui pelbagai langkah telah diambil oleh pihak kerajaan bagi menerapkan penggunaan ICT dalam pendidikan.Hal inimemastikan masyarakat Malaysia tidak ketinggalan dalam arus pemodenan selaras dengan perkembangan dunia teknologi yang semakin pesat.Guru seharusnya berkemahiran dalam mengendalikan kemudahan-kemudahan ICT yang telah disediakan di sekolah. Oleh itu, guru yang profesional seharusnya peka terhadap segala perkembangan dalam bidang pendidikan.Craft (2002) dalam Ismail dan Subki (2010) menyarankan seseorang yang pendidik yang profesional,seseorang guru perlu peka terhadap insiatif pendidikan yang terkni.Mok Soon Sang (2007), menegaskan guru hendaklah melengkapkan diri dengan menguasai kemahiran menggunakan Internet untuk memperoleh maklumat tentang perkembangan pedagogi pengajaran masa kini di samping membimbing murid menggunakan Internet sebagai bahan dalam P&P. Guru profesional perlulah mengaplikasikan teknologi maklumat ICT di dalam bilik darjah melalui program SLE (Smart Learning Environment) yang bertujuan meningkatkan pengetahuan guru terhadap penggunaan ICT. Menurut Ragbir Kaur a/p Joginder Sigh (2007), antara aplikasi yang boleh digunakan ialahword processing, spredsheet, database, desktop publishing, dan graphing.

3.0PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU

Setelah menamatkan pengajian di Institut Perguruan, universiti atau institusi pendidikan yang berkaitan, para guru seharusya tidak menganggap mereka tidak perlu lagi proses pembelajaran dan penyediaan guru telah sempurna. Ini kerana, pendidikan praperkhidmatan keguruan adalah satu proses awal penyediaan diri dengan ilmu dan kemahiran yang menjadi prasyarat profesion keguruan. Kejayaan serta kelestarian seseorang guru dalam kerjayanya antara lain bergantung kepada kesediaan guru berkenaan untuk terus memajukan diri dan profesionalisme melalui pelbagai aktiviti dan program pendidikansama ada secara formal, informal mahupun informalmahupun nonformal. Guru akan berhadapan sama ada pelbagai bentuk perubahan sama ada di dalam atau di luar profesionnya. Antara tuntutan dalaman ialah kesediaan guru untuk mencuba pelbagai teknik, kaedah serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang efektif di samping menghadapi perubahan dari segi istilah, kandungan kurikulum serta penggunaan teknologi baharuIsmail dan Subki (2010) menyenaraikan 9 Perkembangan Profesionalime guru; Pembelajaran Sepanjang Hayat. Akses maklumat pelbagai sumber merupakan salah satu perkembangan yang disenaraikan.Terdapat pelbagai langkah dalam menarik minat murid untuk menerima ilmu. Guru boleh mendorong mereka dengan menjadikan masa belajar sebagai masa yang penuh keseronokan dengan memberi peluang kepada murid untuk akses maklumat dari pelbagai sumber supaya pembelajaran menjadi lebih menarik dan kondusif. Hal ini jelas membuktikan bahawa disamping menguasai isi kandungan sesuatu mata pelajaran guru juga mesti berusaha memantapkan dirinya dengan menguasai perisian-perisian komputer dan mengaplikasikannya semasa pengajaran pembelajaran demi untuk meningkatkan kualiti pendidikan bagi menjana modal insan di sekolah.

Menurut Timbalan Perdana Menteri lagi, makmal komputer juga dibina di 6,633 sekolah.Pusat akses Internet sekolah dengan konsep kafe siber diwujudkan bagi kemudahan murid mencari maklumat di 3,029 sekolah di luar Bandar.

Kewujudan makmal makmal komputer ini memberi lebih banyak peluang dan ruang kepada guru untuk mendapatkan bahan-bahan yang sesuai. Guru yang cemerlang akan berusaha menjadikan bahan-bahan ini sebagai tutor dan demonstrasi semasa pengajaran dan pembelajaran.Selaras dengan pembestarian sekolah, aktiviti pengajaran dan pembelajaran seharusnya membolehkan murid akses kepada pelbagai sumber pembelajaran. Kebolehan akses kepada pelbagai sumber pembelajaran akanmembolehkan seseorang murid dilibatkan secara langsung untuk berinteraksi dan bermuafakat dengan rakannya demi mencapai perkembangan maksimum mengikut potensinya.Guru perlu mempelbagaikan sumber pembelajaran supaya murid dapat melaksanakan setiap aktiviti pembelajaran dengan lebih berkesan. Antara aktiviti yang boleh dilakukan dalam situaasi pengajaran dan pembelajaran ialah:

i.Mengenal pasti pelbagai sumber pengetahuan yang dicapai dalam sekolah bestari. ii.Mempertingkatkan kelemahan dan kekuatan sumebr pembelajaran yang dikenal pasti.Berdasarkan kriteria yang dikenal pasti, terdapat pelbagai sumber yang boleh digunakan oleh guru untuk membolehkan murid mendapatkan maklumat yang berkaitandengan pembelajaran yang sedang diikutinya.Antara sumber pembelajaran yang sesuai dan boleh diakses oleh murid ialah sumber berasaskan komputer.

Berdasarkan Rajah 1, terdapat 5 sumber berasaskan komputer. Sumber-sumber ini amat fleksibel dan mudah untuk dikemaskinikan.Penggunaan sumber ini melibatkan multimedia.Jaringan bahan adalah tidak terhad dan melibatkan sumber yang canggih.Sumber juga bersifatuser friendly. Bahan beraskan komputer atau teknologi maklumat boleh dikemaskinikanpada bila-bila masa mengikut keperluan

1.0KEBAIKAN DAN KEPENTINGAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKANKehadiran teknologi maklumat merupakan anugerah istimewa kepada dunia pendidikan dan profesion keguruan. Menurut Norhashim (1996) dalam Syed Ismail (2010), penggunaan TMK dalam bidang pendidikan memberi kesan besar dan bermakna terhadap kualiti pembelajaran seperti memudahkan penghasilan bahan-bahan pengajaran secara lebih efisien, membenarkan pendidikan menyediakan pendekatan pengajaran baru yang lebih efektif, memudahkan penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran seperti multimedia, simulasi serta membuat aktiviti kumpulan menerusi aplikasi sistem rangkaiannya.Selain itu, tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi maklumat.Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya teknologi ini.Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas.Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru dengan pelajar sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya alam maya. Contohnya, cara hidup di Cyberjaya yang disiarkan melalui iklan di surat khabar menjelaskan hakikat ini. Iklan tersebut berbunyi, Jika anda sakit dan tidak dapat menghadiri sekolah, kami akan menghantar guru ke rumah anda!Iklan tersebut memaparkan gambar seorang budak yang sakit menggunakan komputer untuk meneruskan pelajarannya tanpa perlu pergi ke sekolah.Begitulah kelebihan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan.Dengan adanya TMK juga, pendidikan jarak jauh dibolehkan dengan wujudnya rangkaian pendidikan yang lengkap. Pembelajaran jarak jauh dapat digunakan sebagai salah satu cara yang lebih efektif untuk mengatasi masalah yang wujud akibat pendidikan secara konvensional. Melalui pembelajaran ini, pelajar hanya perlu berhubung melalui teknologi atau saluran online yang disediakan oleh pihak kampus tersebut.Pembelajaran secara online ini memerlukan pelajar berhubung dan berinteraksi dengan pengajar dan pelajar dengan pelajar dalam sebuah kumpulan yang kecil.Pembelajaran ini memerlukan pelajar memberi komitmen, kerjasama, perhatian yang sepenuhnya terhadap segala kemudahan dan bentuk pembelajaran yang dsediakan.Tenaga pengajar dan pelajar boleh berkomunikaasi mengikut kesesuaian masa mereka dengan menggunakan media elektronik.Antara media yang boleh digunakan dalam pendidikan jarak jauh ialah televisyen, Internet, siding video, chatting dan forum elektronik. Menurut Ismail dan Subki (2010), terdapat lima cara pengendalian pembelajaran jarak jauh, antaranya adalah seperti berikut:i.Pengedaran bahan melalui pos.ii.Menduduki peperiksaan di pusat tempatan.iii.Mengendalikan proses pembelajaran melalui pelbagai alat penghantaran.iv.Pengedaran bahan dalam bentuk bercetak rakaman, disket ke pusat-pusat sumber untuk dipinjam oleh murid.v.Mengadakan sidang video dan menggunakan Internet untuk berkomunikasi.Berdasarkan langkah pembelajaran jarak jauh yang dinyatakan di atas tadi, jelaslah bahawa penggunaan TMK amat bermanfaat dalam pembelajaraan seseorang murid. Justeru itu, sistem pendidikan perlu membekalkan kemahiran interaksi asas pada awal persekolahan dan pada masa yang sama menggunakan teknologi maklumat untuk menjayakan pembelajaran mereka. Hal ini adalah penting supaya murid mempunyai kemahiran lebihan dan pilihan untuk menggunakan teknologi maklumat atau cara konvensional sesuai dengan keadaan tertentu. Namun begitu, kita tidak harus bergantung sepenuhnya kepada komputer dan melahirkan golongan yang tidak mampu berinteraksi tanpa komputer.Di samping itu,Teknologi Maklumat dan komunikasi (TMK) dapat membantu pengurus pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasinya. Hakikatnya TMK sangat membantu dan menolong mereka (pengurus sekolah) untuk berfungsi dengan lebih cekap, berkesan, mudah, cepat dan membuat keputusan yang baik yang melibatkan maklumat, proses dan kerja seperti pendaftaran pelajar, pelbagai rekod, kawalan inventori, jadual waktu, opsyen guru, bilangan waktu mengajar, hal yang berkaitan peperiksaan, pembelian stok dan sebagainya. Ini bersesuaian dengan pendapat Laudon dan Laudon (1997) yang menyatakan sistem maklumat dan komunikasi adalah komponen-komponen yang bersepadu yang mengumpul dan menyimpan maklumat bagi membantu organisasi membuat keputusan, merancang, mengawal dan menganalis.Dalam proses pengajaran pula, TMK dapat dilihat sebagai alat pengajaran yang digunakan untuk membantu guru dalam menyampaikan isi pelajaran kepada muridnya. Melalui TMK, ianya dapat membantu guru dalam pengajarannya sekali gusdapat membantu murid di dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk memperoleh ilmu. Ia bukan sahaja merupakan penghubung antara guru dan murid, malah ia juga penghubung antara murid dan murid. Menurut Kamaruddin dan Siti Hajar (2004), bahan-bahan sokonganyang hendak digunakan itu janganlah terhad kepada kapur dan papan tulis sahaja. Konsep peralatan mengajar sangat luas. Selain bahan-bahan bercetak dan elektronik yang telah sekian lama digunakan, guru harus mengorak langkah ke satu era baru dengan menggalakkan kemudahan penggunaan internet, ICT, webcity, email dan sebagainya yang merupakan cara-cara yang lebih maju dan lebih berkesan. Penggunaan pelbagai alat ini dapat membantu mendorong pemahaman dan minat murid di dalam pembelajaran mereka kerana ia merupakan penghubung antara semua orang yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2.0KESIMPULAN

Oleh kerana ICTbegitu memberi kesan kepada bidang pendidikan dan profesion keguruan, maka sebagai seorang guru, kita perlulah menguasai kemahiran tersebut.Keperluan perkembangan profesional guru dalam ICT haruslah dipertingkat dari semasa ke semasa.Selain itu, sebagai tenaga pengajar dan agen perubahan di sekolah dan alam pendidikan, para guru perlu memainkan peranan sebagai pengajar, pembimbing dan inventor yang positif dan berkesan bagi menjayakan pelaksanaan sistem teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah.Guru-guru mesti membuat persediaan yang rapi baik dari segi mental (berfikiran terbuka, positif dan sanggup menerima perubahan serta cabaran), sikap (ingin tahu dan belajar, berkeyakinan diri, kreatif dan inovatif) mahupun dari segi fizikal (penggunaan ABM dengan pengetahuan dan kemahiran TMK). Ini sejajar dengan nasihat yang diberikan oleh Tuan Haji Hussin bin Haji Harun, Tuan Pengarah Pelajaran Perak, dalam Pendidik Bestari: Bicara Bestari (2008): Keperluan tenaga abad ke 21 dicerakin dan dilaksanakan melalui pembangunan potensi kemanusiaan secara bersepadu, memahami aspirasi dan agenda nasional, menguasai sepenuhnya bidang ICT, mengamalkan pembangunan penyelidikan (R&D), teknologi tinggi (high tech) dan pengurusan kewangan mapan. Perlu juga dipersiapkan generasi ketiga yang berdisiplin, berhemah tinggi, mempunyai jati diri, memiliki ciri-ciri kreatif, inovatif, responsif, proaktif, progresif dan produktif, dalam menghadapi proses dan cabaran globalisasi, menterjemah dalam bentuk realiti sebuah negara Malaysia yang maju dalam acuan sendiri.Sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat menyediakan pelajar-pelajar yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Dari semasa ke semasa, kerajaan akan sentiasa mencari jalan supaya pendidikan di Malaysia dapat dipertingkatkan. Dalam keghairahan menggunakan teknologi maklumat dalam pendidikan, kita harus berwaspada terhadap bahaya dan kesan negatif akibat penggunaan yang tidak terkawal. Walau apapun pandangan kita, penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran sedikit sebanyak sudah pasti akan mengubah corak pendidikan masa depan dan tingkah laku murid. Oleh itu, pengawalan dan pengawasan yang rapi harus diberikan kepada murid semasa menggunakan teknologi canggih ini.Didikkan awal dan penerapan nilai-nilai murni juga adalah penting untuk melahirkan generasi bermaklumat yang bermoral. Sekiranya didikan nilai-nilai murni telah ditanam di jiwa pelajar-pelajar, tidak akan berlaku kesalahan atau jenayah komputer yang membimbangkan generasi akan datang.