iliiiifisin - eprints.uthm.edu.myeprints.uthm.edu.my/id/eprint/820/1/24_pages_from... ·...

24

Upload: others

Post on 08-Mar-2020

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: iliiiifiSin - eprints.uthm.edu.myeprints.uthm.edu.my/id/eprint/820/1/24_Pages_from... · pensyarah-pensyarah dari keempat-empat politeknik mengamaikan kaedah pengurusan pengetahuan
Page 2: iliiiifiSin - eprints.uthm.edu.myeprints.uthm.edu.my/id/eprint/820/1/24_Pages_from... · pensyarah-pensyarah dari keempat-empat politeknik mengamaikan kaedah pengurusan pengetahuan

iliiiifiSinUTHfi

*30000002103366*

Page 3: iliiiifiSin - eprints.uthm.edu.myeprints.uthm.edu.my/id/eprint/820/1/24_Pages_from... · pensyarah-pensyarah dari keempat-empat politeknik mengamaikan kaedah pengurusan pengetahuan

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS •

JUDUL: KAEDAH PENGURUSAN P E N G E T A H U A N DI K A L A N G A N PENSYARAH

POLITEKNIK

SESI PENGAJIAN : 2006 / 2007 Saya FAZLINDA BINTI AB HALIM (810308-02-5146)

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis ( PSM/Sarjana/Doktor Falsafah ) ini disimpan di Perpustakaan Kolcj Universiti Teknologi Tun Hussein Onn dengan syarat-syarat seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. 2. Perpustakaan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn, dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi

pengajian tinggi. 4. ** Silatandakan ( V )

SULIT

TERHAD

TIDAKTERHAD

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AK.TA RAHSIA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan )

Disahkan oleh:

(TAWDATANGAN PENULIS)

Alamat Tetap : 266 LORONG PULt, BATU 5 '/< TITI GAJAH, 06550 A L Q R SETAR KEDAH.

Ketua Jabalan Ikhtisas Pendidikan Fakulti Pendidikan Teknikal

(Nama Penyelia)

Tarikh : 1 NOVEMBER 2006 Tarikh : 1 NOVEMBER 2006

CATATAN: Potong yang tidak berkenaan. Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda ( PSM ).

Page 4: iliiiifiSin - eprints.uthm.edu.myeprints.uthm.edu.my/id/eprint/820/1/24_Pages_from... · pensyarah-pensyarah dari keempat-empat politeknik mengamaikan kaedah pengurusan pengetahuan

"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional"

Tandatangan

.. Dr. Baharom bin Mohamad N a m a P e n y e h a :

Tankh :

Page 5: iliiiifiSin - eprints.uthm.edu.myeprints.uthm.edu.my/id/eprint/820/1/24_Pages_from... · pensyarah-pensyarah dari keempat-empat politeknik mengamaikan kaedah pengurusan pengetahuan

i i

KAEDAH PENGURUSAN PENGETAHUAN DI KALANGAN PENSYARAH

POLITEKNIK

FAZLINDA BT AB HALIM

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal

Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

NOVEMBER, 2006

Page 6: iliiiifiSin - eprints.uthm.edu.myeprints.uthm.edu.my/id/eprint/820/1/24_Pages_from... · pensyarah-pensyarah dari keempat-empat politeknik mengamaikan kaedah pengurusan pengetahuan

iii

"Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya."

Tandatangan :

Nama Penulis : .$<%)W&M. Ab , Hal™.

Tarikh ' / u?. vC / >?.1 , .?.^... .i^?.°f.

Page 7: iliiiifiSin - eprints.uthm.edu.myeprints.uthm.edu.my/id/eprint/820/1/24_Pages_from... · pensyarah-pensyarah dari keempat-empat politeknik mengamaikan kaedah pengurusan pengetahuan

DEDIKASI

iv

%has untuk^abah, !Hj\AbMaCim dan ma^ J{jh (Paridahyang tercinta

yang sentiasa mendoakan kejayaan anakjnu,

yang sentiasa memberi dbrongan dan Sim6ingan

Vntul^fcafcali, Tarhaftna dan adikj, JLhmad<Fitri

serta buat tunangyang tersayang, Ibrahim...

Terima kasih atas sokonganyang diberikan...Semoga sentiasa disinari cahaya kebahagiaan

(Dan

Vntuf^teman-teman seperjuangan,...

Semoga terus berjaya....

(Perjuangan ini takfy.n berakhir di sini...

Terima kasih atas segalanya...

Page 8: iliiiifiSin - eprints.uthm.edu.myeprints.uthm.edu.my/id/eprint/820/1/24_Pages_from... · pensyarah-pensyarah dari keempat-empat politeknik mengamaikan kaedah pengurusan pengetahuan

V

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, syukur

alhamdulillah saya ucapkan ke hadrat Allah kerana dengan rahmatNya, akhirnya

saya dapat menyiapkan tugasan Projek Sarjana ini walaupun menghadapi pelbagai

rintangan dan cabaran.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan

jutaan terima kasih buat Dr. Baharom bin Mohamad selaku penyelia dan juga

pembimbing semasa saya menjalankan Projek Sarjana ini. Segala tunjuk ajar,

nasihat, bimbingan dan komen yang diberikan amat berharga buat saya.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pihak pengurusan politeknik

yang terlibat dalam kajian saya iaitu Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah,

Politeknik Seberang Perai, Politeknik Kulim dan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

serta kepada para pensyarah yang sanggup meluangkan masa membantu saya.

Terima kasih juga diucapkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi kerana telah

membenarkan saya menjalankan kajian ini di politeknik.

Akhir sekali, tidak dilupakan kepada keluarga serta tunang yang tersayang,

setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kerana sentiasa mendoakan dan memberikan

sokongan semasa saya menjalankan projek ini. Pengorbanan kalian takkan dilupakan

sehingga ke akhir hayat. Buat teman-teman seperjuangan, terima kasih atas bantuan

pendapat dan nasihat yang dihulurkan. Semoga kejayaan sentiasa menjadi milik kita,

insyaallah. Sekian, Terima kasih.

Page 9: iliiiifiSin - eprints.uthm.edu.myeprints.uthm.edu.my/id/eprint/820/1/24_Pages_from... · pensyarah-pensyarah dari keempat-empat politeknik mengamaikan kaedah pengurusan pengetahuan

A B S T R A K

vi

Masyarakat pada hari ini telah berubah dari zaman kerahsiaan (secrecy age)

kepada zaman maklumat yang melimpah ruah. Justeru, terdapat beberapa isu yang

timbul berkaitan dengan maklumat ini. Salah satunya ialah pada masa kini masalah yang

berlaku bukan hanya berkisar kepada bagaimana untuk mendapatkan maklumat tetapi

bagaimana untuk menguruskan maklumat tersebut. Cabaran besar kepada organisasi

ialah cara untuk memproses pengetahuan, mengenalpasti apa yang penting dan yang

tidak serta penggunaan maklumat dengan cara yang paling kreatif. Kajian ini dijalankan

bertujuan untuk mengenal pasti bagaimana pengurusan pengetahuan diamalkan oleh

pensyarah politeknik. Kajian ini juga cuba mengenalpasti samada terdapat hubungan di

antara kaedah pengurusan pengetahuan dengan prestasi kerja serta persekitaran kerja

pensyarah. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dan menggunakan soal selidik sebagai

instrumen. Seramai 131 orang pensyarah dari empat buah politeknik di utara

Semenanjung Malaysia telah dipilih sebagai responden. Statistical Package For The

Social Science (SPSS) versi 11.0 digunakan dalam mengira min dan menganalisis

hubungan menerusi Ujian Korelasi Spearman . Dapatan kajian menunjukkan bahawa

pensyarah-pensyarah dari keempat-empat politeknik mengamaikan kaedah pengurusan

pengetahuan yang baik berdasarkan nilai min keseluruhan yang diperolehi adalah tinggi

iaitu 3.96. Di samping itu dapatan kajian juga menyatakan wujudnya hubungan yang

signifikan di antara kaedah pengurusan pengetahuan dengan prestasi kerja pensyarah di

mana nilai r = 0.567. Hubungan yang signifikan juga wujud di antara kaedah

pengurusan pengetahuan dengan persekitaran pensyarah dan mempunyai nilai r = 0.493.

Page 10: iliiiifiSin - eprints.uthm.edu.myeprints.uthm.edu.my/id/eprint/820/1/24_Pages_from... · pensyarah-pensyarah dari keempat-empat politeknik mengamaikan kaedah pengurusan pengetahuan

A B S T R A C T

vii

People today have moved from the age of secrecy to the age of information

overload. Several issues arise according to this information. The problem today is not

how to find the information, but how to manage it. The challenge for the organization is

how to process knowledge, sorting out what is important from what is not and use the

best of it creatively. This research has been done to determine how knowledge

management is carried out by the lectures at the polytechnics. This research also tries to

determine whether there is a relationship between knowledge management methods with

the lectures' working achievement and their working environment. This quantitative

research uses questionnaire as its instrument. 131 lectures were selected from four

polytechnics in North of Malaysia. Statistical Package For The Social Science (SPSS)

version 11.0 is used in calculating mean and analyzing relation exists through Spearman

Correlation test. The result shows that all the polytechnics lectures have applied good

knowledge management methods according to the high total of mean that is 3.96. The

result also shows that there is a significance relation between the knowledge

management method with the lectures' working achievement where r = 0.567. A

significance relation also exist between the knowledge management method with

lectures' working environment where r = 0.493.

Page 11: iliiiifiSin - eprints.uthm.edu.myeprints.uthm.edu.my/id/eprint/820/1/24_Pages_from... · pensyarah-pensyarah dari keempat-empat politeknik mengamaikan kaedah pengurusan pengetahuan

viii

K A N D U N G A N

JAB P E R K A R A M U K A S U R A T

J U D U L ii

P E N G A K U A N iii

D E D I K A S I iv

P E N G H A R G A A N v

A B S T R A K vi

A B S T R A C T vii

K A N D U N G A N viii

S E N A R A I J A D U A L xii

S E N A R A I R A J A H xiv

S E N A R A I S I N G K A T A N xv

S E N A R A I L A M P I R A N xvi

P E N D A H U L U A N 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan masalah 3

1.4 Tujuan Kajian 5

1.5 Objektif Kajian 5

1.6 Persoalan Kajian 5

1.7 Hipotesis Kajian 6

1.8 Kerangka Konsep 7

1.9 Kepentingan Kajian 8

1.10 Skop Kajian 8

Page 12: iliiiifiSin - eprints.uthm.edu.myeprints.uthm.edu.my/id/eprint/820/1/24_Pages_from... · pensyarah-pensyarah dari keempat-empat politeknik mengamaikan kaedah pengurusan pengetahuan

1.11 Batasan Kajian

1.12 Defmisi Istilah

1.13 Rumusan

S O R O T A N K A J I A N

2.1 Pengenalan

2.2 Pengurusan Pengetahuan

2.3 Kaedah-kaedah Pengurusan Pengetahuan

2.3.1 Perolehan pengetahuan

2.3.1.1 Internet

2.3.1.2 L a m a n w e b

2.3.1.3 Intranet

2.3.1.4 Jurnal elektronik dan jurnal bercetak

2.3.2 Penyebaran pengetahuan

2.3.2.1 E-mel

2.3.2.2 Ruang sembang (chat room) di dalam

Internet

2.3.2.3 Secara terus (face-to-face)

2.3.3 Penciptaan pengetahuan

2.3.3.1 Perbincangan berkumpulan

2.3.4 Pendokumentasian pengetahuan

2.3.5 Pengaplikasian pengetahuan

2.3.5.1 Membuat keputusan

2.4 Teknologi maklumat dalam pengurusan pengetahuan

2.5 Hubungan di antara kaedah pengurusan pengetahuan

dengan prestasi kerja pensyarah

2.6 Hubungan di antara kaedah pengurusan pengetahuan

dengan persekitaran kerja pensyarah

2.7 Rumusan

Page 13: iliiiifiSin - eprints.uthm.edu.myeprints.uthm.edu.my/id/eprint/820/1/24_Pages_from... · pensyarah-pensyarah dari keempat-empat politeknik mengamaikan kaedah pengurusan pengetahuan

M E T O D O L O G I KAJIAN

3.1 Pengenalan

3.2 Rekabentuk kajian

3.3 Populasi dan sampel kajian

3.4 Lokasi kajian

3.5 Proses kajian

3.6 Instrumen kajian

3.7 Kajian rintis

3.8 Kebolehpercayaan instrumen

3.9 Pembolehubah kajian

3.9.1 Pembolehubah bebas

3.9.2 Pembolehubah terikat

3.10 Tatacara pengumpulan data

3.10.1 Pembentukan soal selidik

3.10.2 Mentadbir soal selidik

3.11 Tatacara penganalisisan Data

3.11.1 Kaedah analisis statistik

3.11.1.1 S k o r m i n

3.11.1.2 Ujian Korelasi Spearman

3.12 Rumusan

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

4.2 Analisis Bahagian A : Kaedah Pengurusan Peng

4.2.1 Perolehan pengetahuan

4.2.2 Penyebaran pengetahuan

4.2.3 Penciptaan pengetahuan

4.2.4 Pendokumentasian pengetahuan

4.2.5 Pengaplikasian pengetahuan

Page 14: iliiiifiSin - eprints.uthm.edu.myeprints.uthm.edu.my/id/eprint/820/1/24_Pages_from... · pensyarah-pensyarah dari keempat-empat politeknik mengamaikan kaedah pengurusan pengetahuan

xi

V P E R B I N C A N G A N , K E S I M P U L A N DAN C A D A N G A N 77

5.1 Pengenalan 77

5.2 Kaedah pengurusan pengetahuan yang diamalkan oleh 78

pensyarah politeknik

5.3 Hubungan di antara kaedah pengurusan pengetahuan 84

dengan prestasi kerja pensyarah

5.4 Hubungan di antara kaedah pengurusan pengetahuan 86

dengan persekitaran kerja pensyarah

5.5 Cadangan kajian lanjutan 88

5.6 Penutup 89

R U J U K A N 92

4.3 Analisis Bahagian B : Hubungan antara Kaedah 71

Pengurusan Pengetahuan dengan Prestasi Kerja

4.4 Analisis Bahagian C : Hubungan antara Kaedah 74

Pengurusan Pengetahuan dengan Persekitaran Kerja

4.5 Rumusan 76

Page 15: iliiiifiSin - eprints.uthm.edu.myeprints.uthm.edu.my/id/eprint/820/1/24_Pages_from... · pensyarah-pensyarah dari keempat-empat politeknik mengamaikan kaedah pengurusan pengetahuan

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL T A J U K M U K A SURAT

2.1 Teknologi maklumat yang menyokong transformasi 32

Pengetahuan

2.2 Peralatan pengurusan pengetahuan 33

3.1 Populasi pensyarah dari empat politeknik 45

3.2 Sampel pensyarah dari keempat-empat politeknik 47

3.3 Sampel pensyarah setelah menjalani persampelan kuota 48

3.4 Interpretasi skor Alpha Cronbach 51

3.5 Ringkasan hasil analisis koefisyen kebolehpercayaan 52

kajian rintis

3.6 Skala Likert lima mata 56

3.7 Skor Min bagi ukur tahap kecenderungan 58

3.8 Pekali korelasi berdasarkan skala pengukuran variabel 59

3.9 Kekuatan nilai pekali korelasi 60

4.1 Perolehan pengetahuan 63

4.2 Penyebaran pengetahuan 65

4.3 Penciptaan pengetahuan 66

4.4 Pendokumentasian pengetahuan 68

4.5 Pengaplikasian pengetahuan 70

4.6 Hubungan di antara kaedah pengurusan pengetahuan 73

Dengan prestasi kerja pensyarah

Page 16: iliiiifiSin - eprints.uthm.edu.myeprints.uthm.edu.my/id/eprint/820/1/24_Pages_from... · pensyarah-pensyarah dari keempat-empat politeknik mengamaikan kaedah pengurusan pengetahuan

Hubungan di antara kaedah pengurusan pengetahuan

Dengan prestasi kerja pensyarah

Page 17: iliiiifiSin - eprints.uthm.edu.myeprints.uthm.edu.my/id/eprint/820/1/24_Pages_from... · pensyarah-pensyarah dari keempat-empat politeknik mengamaikan kaedah pengurusan pengetahuan

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJTJK M U K A SURAT

1.1 Kerangka konsep 7

2.1 Hubungan antara data, maklumat dan 15

pengetahuan

2.2 Pencarian maklumat berdasarkan kata kunci 21

4.1 Carta min kaedah perolehan pengetahuan oleh 64

pensyarah

4.2 Carta min kaedah penyebaran pengetahuan oleh 65

pensyarah

4.3 Carta min kaedah penciptaan pengetahuan oleh 67

pensyarah

4.4 Carta min kaedah pendokumentasian pengetahuan oleh 69

pensyarah

4.5 Carta min kaedah pengaplikasian pengetahuan oleh 71

pensyarah

4.6 Graf serakan perhubungan di antara kaedah pengurusan 72

Pengetahuan dengan prestasi kerja pensyarah

4.7 Graf serakan perhubungan di antara kaedah pengurusan 74

Pengetahuan dengan persekitaran kerja pensyarah

Page 18: iliiiifiSin - eprints.uthm.edu.myeprints.uthm.edu.my/id/eprint/820/1/24_Pages_from... · pensyarah-pensyarah dari keempat-empat politeknik mengamaikan kaedah pengurusan pengetahuan

XV

S E N A R A I S I N G K A T A N

KUiTTHO : Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

POLJMAS : Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah

PTSS : Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

PSP : Politeknik Seberang Perai

PKU : Politeknik Kulim

LAN : Local Area Network

W A N : Wide Area Network

VPN : Virtual Private Network

Page 19: iliiiifiSin - eprints.uthm.edu.myeprints.uthm.edu.my/id/eprint/820/1/24_Pages_from... · pensyarah-pensyarah dari keempat-empat politeknik mengamaikan kaedah pengurusan pengetahuan

xvi

S E N A R A I L A M P I R A N

L A M P I R A N T A J U K M U K A S U R A T

A Surat Pengesahan kajian 98

B Pengesahan soal selidik kajian 106

C Carta alir kajian 112

D Senarai politeknik di Malaysia 114

E Jadual persampelan 116

F Skala pengukuran 118

G Analisis Alpha Cronbach 120

H Borang soal selidik 128

I Analisis skor rain 134

J Ujian normaliti 137

K Ujian Korelasi Spearman (Hubungan di antara 140

kaedah pengurusan pengetahuan dengan prestasi

kerja pensyarah)

L Ujian Korelasi Spearman (Hubungan di antara 142

Kaedah pengurusan pengetahuan dengan

persekitaran kerja pensyarah)

Page 20: iliiiifiSin - eprints.uthm.edu.myeprints.uthm.edu.my/id/eprint/820/1/24_Pages_from... · pensyarah-pensyarah dari keempat-empat politeknik mengamaikan kaedah pengurusan pengetahuan

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sejak manusia mengenali apa yang dikatakan tamadun mereka dengan secara

tidak langsung terdedah kepada aktiviti-aktiviti harian yang perlu dilakukan bagi

memastikan kehidupan dapat diteruskan. Pada zaman tamadun Mesir contohnya

masyarakat-masyarakat Mesir dikerahkan untuk membina piramid sebagai tempat

persemadian Firaun setelah mati. Piramid-piramid yang terdiri daripada blok batu

seberat 2.5 tan ini hanya dibina dengan menggunakan tenaga manusia (Jaafar

Muhamad, et al., 2000). Kenyataan ini menunjukkan kekuasaan raja yang mutlak

dan wujud satu sistem pengurusan yang berkesan di antara pemerintah dengan

rakyatnya. Semasa pembinaan piramid, beberapa orang penyelia dilantik bagi

memastikan pekerja menjalankan tugas masing-masing. Ini menunjukkan mereka

telah pun menggunakan konsep pengurusan.

Konsep pengurusan yang telah tercipta sejak beribu-ribu tahun dahulu tidak

dibiarkan begitu sahaja. Pemikiran pengurusan telah berkembang hasil daripada

cerusan-cetusan idea para tokoh di zaman perindustrian seperti Henry Fayol, Chester

Irving Barnard, Hugo Munsterberg dan ramai lagi. Pada masa kini konsep

pengurusan diaplikasikan dengan meluas dalam sektor-sektor perindustrian,

perdagangan dan juga pendidikan. Konsep pengurusan ini juga diperbaiki dari

Page 21: iliiiifiSin - eprints.uthm.edu.myeprints.uthm.edu.my/id/eprint/820/1/24_Pages_from... · pensyarah-pensyarah dari keempat-empat politeknik mengamaikan kaedah pengurusan pengetahuan

2

semasa ke semasa bagi memastikan kejayaan sesebuah organisasi itu tercapai. Ini

menunjukkan betapa pentingnya aspek pengurusan ini untuk dipelajari dan didalami.

1.2 La ta r Belakang Masalah

Davies dan Sure (2005) dalam kajian mereka mendapati bahawa, beberapa

tahun kebelakangan ini, kejayaan sesebuah organisasi dalam era industri telah

dikenalpasti lebih bergantung kepada aset intelektual berbanding dengan sumber-

sumber fizikal yang lain. Permintaan kepada pekerja yang berkemahiran tinggi

dalam kebanyakan industri dan pembaharuan dalam teknologi komputer serta

telekomunikasi, telah menyebabkan perubahan yang besar dalam persaingan antara

satu organisasi dengan organisasi yang lain. Pengetahuan telah menjadi kunci

kepada persaingan tersebut.

Pada masa kini, isu-isu mengenai pengetahuan telah menjadi satu topik yang

amat popular dalam perbincangan semasa (Beijerse, 2003). Pelbagai pendapat

timbul dan perdebatan berlaku berkaitan dengan isu-isu mengenai pengetahuan.

Salah satunya menurut Nik Zafri Abdul Majid (2000), banyak tenaga kerja mahir

atau berpengetahuan tidak gemar diuruskan dengan cara lama. Mereka inginkan

pengetahuan yang sedia ada dapat diperkembangkan dan seterusnya menghasilkan

satu pengetahuan yang lebih bernilai. Walau bagaimanapun, menurut Nazmona Mat

Ali, et al. (2003) masih terdapat sesetengah organisasi yang tidak menyedari

kepentingan pengetahuan yang merupakan 'memori' dalam sesebuah organisasi.

Secara tidak langsung, memori (pengetahuan) ini disimpan dan diletakkan di dalam

organisasi dalam keadaan yang tidak berstruktur. Sallis dan Jones (2002) pula

berpendapat pengetahuan merupakan kunci kepada sumber zaman maklumat. Pada

hari ini, pengurusan maklumat organisasi adalah sangat diperlukan. Tanpa

kefahaman yang jitu mengenai proses pengurusan pengetahuan, organisasi tidak

dapat berfungsi dengan baik.

Page 22: iliiiifiSin - eprints.uthm.edu.myeprints.uthm.edu.my/id/eprint/820/1/24_Pages_from... · pensyarah-pensyarah dari keempat-empat politeknik mengamaikan kaedah pengurusan pengetahuan

3

Menurut Davies dan Sure (2005), segala pengalaman dan pengetahuan

sebenarnya dapat dikumpulkan dan dijadikan satu disiplin ilmu pengetahuan dalam

pengurusan. Walaupun pengetahuan bersifat dinamik dan sentiasa mengalami

evolusi, pengetahuan yang amat bernilai ini boleh diuruskan dengan satu cara yang

bersistematik yang dikenali sebagai Pengurusan Pengetahuan (Rowley, 2002).

1.3 Pernyataan Masalah

Konsep pengurusan telah lama diaplikasikan dalam bidang perindustrian dan

perdagangan. Kebanyakan organisasi yang mencapai kejayaan dan kemajuan di

dalam perniagaan mereka adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Salah satu faktor

yang menjadi teras kepada kejayaan sesebuah organisasi adalah konsep pengurusan

yang diamalkan oleh organisasi tersebut. Konsep pengurusan tersebut tidak

seharusnya hanya berkisar kepada pengurusan aset-aset fizikal, produk dan bahan

mentah, aspek pengurusan sumber manusia juga tidak terkecuali. Salah satu perkara

penting dalam pengurusan sumber manusia adalah pengurusan ke atas aset

intelektual para pekerja yang dikenali sebagai pengurusan pengetahuan.

Davies dan Sure (2005) telah mengemukakan satu persoalan iaitu pada masa

kini masalah yang timbul bukannya berkisar kepada bagaimana untuk mendapatkan

maklumat tetapi bagaimana untuk menguruskan maklumat?. Masyarakat kini telah

berubah dari zaman kerahsiaan (secrecy age) kepada zaman maklumat yang

melimpah ruah. Cabaran kepada organisasi adalah bagaimana untuk memproses

pengetahuan, mengenal pasti apa yang penting dan yang tidak serta penggunaan

maklumat dengan cara yang paling kreatif. Selain daripada itu, Samsilah Roslan, et

al. (2004) menambah, kekurangan aliran pengetahuan, perubahan dan pembangunan

dari setiap individu yang terlibat dalam organisasi serta kekreatifan penggunaan

pengetahuan untuk penyelesaian masalah yang relevan boleh menjurus kepada

Page 23: iliiiifiSin - eprints.uthm.edu.myeprints.uthm.edu.my/id/eprint/820/1/24_Pages_from... · pensyarah-pensyarah dari keempat-empat politeknik mengamaikan kaedah pengurusan pengetahuan

4

kelemahan dalam pembangunan organisasi. Ini menunjukkan bahawa individu yang

terlibat dalam organisasi tidak tahu menguruskan pengetahuan yang dimiliki secara

kreatif untuk menyelesaikan masalah. Tiada aliran serta perkembangan pengetahuan

yang berlaku di dalam organisasi juga boleh melumpuhkan pembangunan organisasi

tersebut.

Adalah penting bagi sesebuah organisasi itu memiliki pengetahuan yang

dipunyai oleh para pekerjanya. Menurut Juhana Salim, et al. (2004), ini adalah untuk

mengelakkan individu dalam organisasi tersebut mengulangi kesalahan yang pernah

berlaku dan gagal untuk menyelesaikannya kerana pengetahuan yang diperlukan

untuk menyelesaikan permasalahan tersebut berada dalam organisasi tetapi mereka

gagal menemuinya. Di sinilah menunjukkan pentingnya pengetahuan diuruskan

dengan baik untuk kepentingan organisasi. Sekiranya organisasi tidak dapat belajar

daripada pengetahuan yang dimilikinya, peluang untuk organisasi tersebut

berkembang maju adalah terlalu nipis. Pengunaan pengetahuan yang baik boleh

menjadikan organisasi itu berjaya (Davies dan Sure, 2005).

Bidang pendidikan juga tidak dapat lari dari menghadapi masalah yang sama.

Namun begitu tidak banyak kajian dijalankan yang mengaitkan pengurusan

pengetahuan dengan bidang pendidikan. Ini adalah kerana pembangunan pangkalan

pengetahuan di sekolah bergerak dalam bentuk linear berbanding sektor lain dan

pengetahuan guru atau pensyarah dianggap tidak penting untuk dikaji secara serius

(Hargreaves, 2000). Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kaedah

pengurusan pengetahuan yang diamalkan oleh pensyarah politeknik. Di samping itu,

kajian ini juga akan mengenal pasti samada terdapat hubungan di antara kaedah

pengurusan pengetahuan dengan prestasi kerja pensyarah dan juga persekitaran kerja

pensyarah.

Page 24: iliiiifiSin - eprints.uthm.edu.myeprints.uthm.edu.my/id/eprint/820/1/24_Pages_from... · pensyarah-pensyarah dari keempat-empat politeknik mengamaikan kaedah pengurusan pengetahuan

5

1.4 Tujuan Kajian

1.5 Objektif Kajian

Objektif-objektif kajian yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut:

1. Mengenai pasti kaedah pengurusan pengetahuan yang diamalkan oleh

pensyarah.

2. Mengenai pasti samada terdapat hubungan antara kaedah pengurusan

pengetahuan dengan prestasi kerja pensyarah.

3. Mengenai pasti samada terdapat hubungan antara kaedah pengurusan

pengetahuan dengan persekitaran kerja pensyarah.

1.6 Persoalan Kajian

Terdapat beberapa persoalan kajian yang diutarakan di dalam kajian ini. Di

antara persoalan kajian yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut:

1 . Apakah kaedah pengurusan pengetahuan yang diamalkan oleh pensyarah di

politeknik?

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengkaji bagaimana pengurusan

pengetahuan diamalkan oleh pensyarah politeknik. Kajian ini cuba mengenai pasti

samada terdapat hubungan di antara kaedah pengurusan pengetahuan dengan prestasi

kerja dan persekitaran kerja pensyarah.