ibn tufayl: satu kajian bibliografi terpilih dan anotasi
TRANSCRIPT
Ibn Tufayl: Satu Kajian
Bibliografi dan Anotasi
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam UKM
Ustaz Ezad Azraai bin Jamsari
*MUHAMMAD ALIFFITRI BIN ABDUL HALIM [A157221]
SYAHMI BIN ABDUL SANI [A161163]
NAJIHATULHUDA BINTI MOHD
NORDIN [A158063]
NOOR NAJIBAH BINTI MD
KAMARULHIZAM [A157530]
NUR ADILA BINTI
MOHAMAD
(A157979)
NORANIZAH BINTI
ABD KADIR
(A158065)
NURHANANI BINTI
MD RAHIM
(A157562)
ARTIKEL JURNAL
6
BUKU 3
TESIS 1
*
Altrocchi, R.
1938.
Dante and Tufail. Italica
15(3): 125-128.
Berdasarkan artikel yang ditulis oleh Altrocchi, R. (1938) yang
bertajuk Dante and Tufail, penulis telah menjelaskan tentang
perkaitan antara Dante dan Ibn Tufayl. Selain itu, kajian ini
juga menyatakan tentang persamaan antara novel Hayy Ibn
Yaqzan karangan Ibn Tufayl dan buku Divine Comedy yang
ditulis oleh Dante.
ARISTOTLE
IBN RUSHD
ALBERTUS MAGNUS
SAINT THOMAS
DANTE
turut dipengaruhi AL-FARABI
IBN BAJJAH
IBN TUFAYL
Menggunakan teori generasi
spontan melalui watak Hayy
dalam novel Hayy Ibn Yaqzan
manakala dalam penulisan
Dante menggunakan teori
tersebut melalui fenomena
pokok di Terrestrial Paradis .
Kedua-dua buku membuat
kesimpulan lebih daripada satu
berdasarkan beberapa kejadian
yang berlaku.
Ibn Tufayl menggunakan
analogi al-Quran dalam
novelnya manakala Dante
menggunakan analogi Bible
dalam bukunya.
Secara umumnya, melalui kajian yang
dilakukan, jelaslah terdapat persamaan
antara Ibn Tufayl dan Dante. Hal ini telah
dibuktikan oleh penulis di dalam artikel
melalui pengaruh yang diterima oleh
keduanya serta melalui penulisan dan
pemikiran mereka.
Hashim, R. & Qadous, A.I.H.
2014.
The inductive research in early Islamic
tradition based on Ibn Tufayl’s work – Hayy
Ibn Yaqzan. Revelation And Science 4(2): 41-
47.
Berdasarkan artikel yang ditulis oleh Hashim, R. & Qadous,
A.I.H. (2014) yang bertajuk The Inductive Research in Early
Islamic Tradition Based on Ibn Tufayl’s Work – Hayy Ibn
Yaqzan, penulis telah menfokuskan kajian ini dalam
membincangkan ciri-ciri kaedah penyelidikan induktif yang
dikemukakan dalam novel Hayy Ibn Yaqzan. Selain itu, artikel ini
menyatakan bahawa ahli-ahli sains Islam menyedari ciri-ciri
berkaitan dengan kaedah penyelidikan induktif dan
penggunaanya terbukti dalam karya seperti yang ditunjukkan
dalam karya mereka seperti yang ditunjukkan Ibn Tufayl.
Dalam sejarah penulisan teks
sains, Francis Bacon (1561-
1626), seorang sarjana Barat,
diisytiharkan sebagai orang
pertama yang
memperkenalkan kaedah
penyelidikan induktif.
Walau bagaimanapun,
terdapat bukti yang
menunjukkan bahawa kaedah
ini telah berkembang dan
digunakan oleh sarjana Islam
kira-kira 500 tahun lebih awal
sebelumnya.
Ibn Tufayl (1100-1185)
seorang tokoh sarjana Islam
menunjukkan beberapa
komponen kaedah
penyelidikan induktif yang
digunakan dalam novel yang
bertajuk Hayy Ibn Yaqzan.
KAEDAH PENYELIDIKAN
INDUKTIF
Penggunaan kuasa minda
dengan memerhatikan
peristiwa tertentu bagi
menghasilkan sesuatu
kesimpulan/rumus.
Pendekatan induktif
dimulakan dengan sesuatu
sebab atau contoh dan
menuju ke arah sesuatu
generalisasi.
Melibatkan satu proses
pertimbangan yang tinggi
kerana melibatkan aktiviti
mengumpul dan mentafsir
maklumat-maklumat,
generalisasi dan kesimpulan.
KAEDAH PENYELIDIKAN INDUKTIF DALAM HAYY IBN
YAQZAN
Dalam karya Hayy Ibn Yaqzan, Ibn
Tufayl telah menonjolkan satu bentuk
kaedah berfikir secara induktif
melalui watak Hayy melalui dua
situasi.
Situasi Pertama:
• Apabila rusa (ibunya)
mati, Hayy berusaha untuk
mengetahui dan mencari
sebab mengapa ibunya
mati.
Situasi Kedua:
• Hayy telah berfikir
tentang kejadian api untuk
memahami alam. Dia juga
cuba untuk mencari kesan
api terhadap bahan atau
benda lain. Dia menguji
kuasa api dengan
membaling benda
kedalamnya untuk melihat
kesan api tersebut.
Secara umumnya, melalui kisah yang diceritakan
mengenai kehidupan Hayy dalam karya yang ditulis
oleh Ibn Tufayl, maka jelaslah bahawa kaedah
penyelidikan induktif telah lama diaplikasikan oleh
sarjana Islam ketika Zaman Keemasan dalam
sejarah Islam ketika negara Eropah berada dalam
Zaman Kegelapan.
*
Deniz, G.
2008.
Hayy Ibn Yaqzan and its Qur’anic
references. Journal of Islamic
Research 1(2): 33-50.
SOROTAN KAJIAN
• Berdasarkan jurnal yang berjudul Hayy Ibn Yaqzan and its Qur’anic references yang ditulis
oleh Deniz, G (2008) mengupas tentang watak Hayy Ibn Yaqzan dengan menyatakan
pandangan keagamaan dan falsafahnya dalam novel yang bertajuk Hayy Ibn Yaqzan seperti
kisah rekaan adalah bahawa ia dianggap sukar untuk difahami disebabkan oleh penggunaan
perkataan yang mengandungi makna-makna metafizik yang tinggi.
• Oleh sebab itu, Ibn Tufayl menggunakan kaedah penceritaan novel Hayy Ibn Yaqzan seperti
kaedah penceritaan al-Quran. Jadi, Ibn Tufaly menggunakan kaedah simbol bahasa dalam
menjelaskan isu-isu metafizik dan dia menggunakan kaedah itu dengan mahir.
CARA KEWUJUDAN MANUSIA
Dalam kepercayaan Islam, terdapat tiga cara yang didasarkan dalam al-Quran mengenai
kewujudan manusia namun Ibn Tufayl hanya mengambil cara pertama dan ketiga sahaja di
dalam penulisannya.
Nabi Adam
• Kewujudan Nabi Adam yang ketiadaan ibu bapa terbentukmelalui tanah liat dalam bentuk tertentu kemudianditiupkan roh oleh tuhan ke dalam struktur yang dibentuk.
Nabi Isa
• Kewujudan Nabi Isa melalui rahim ibunya Maryamdengan pernafasan roh dengan pengantaraan MalaikatJibril.
Manusiabiasa
• Konsep biologi dengan cara persenyawaan antara ibu bapa
TINGKATAN MANUSIA MENURUT IBN
TUFAYL
Ahli Falsafah: Mereka menyatakan apa yang berlainan dengan
pengetahuan
Ahli Sufi: Mereka mengalami apa yang ada di dalam alam
Ahli Hukum: Mereka memahami dan menerangkan agama dan
membentuk kehidupan individu dan masyarakat mengikut makna
luarannya.
Ahli Biasa: Masyarakat umum membentuk tingkatan terbawah yang
mendapatkan faedah untuk diri mereka
KESIMPULAN
• Kajian Ibn Tufayl di dalam novel Hayy Ibn Yaqzan
kebanyakan menfokuskan kepada aspek falsafah, mistik dan
saintifik. Sebaliknya kita menyangkal fakta bahawa kedua-dua
struktur tematik keseluruhan cerita dan idea-idea yang
diletakkan di dalamnya mempunyai al-Quran sebagai sumber.
• Ibn Tufayl menonjolkan wujudnya hubungan semula jadi
antara Tuhan, manusia dan alam seperti mana yang dipercayai
oleh orang-orang Yahudi dan Kristian.
*
Hawi, S.S.
1976.
Ibn Tufayl’s appraisal of his predecessors
and their influence of his thought.
International Journal of Middle East Studies
7(1): 89-121.
SOROTAN KAJIAN
Jurnal ini membincangkan kajian mengenai
pengaruh ahli-ahli falsafah sebelum Ibn Tufayl
terhadap pemikiran falsafah beliau. Pengaruh
tersebut dapat dikenalpasti melalui unsur-unsur
kefalsafahan yang terkandung di dalam karya
agung Ibn Tufayl, Hayy Ibn Yaqzan. Antara
tokoh falsafah yang dikaitkan dengan Ibn Tufayl
ialah al-Farabi, Ibn Sina, al-Ghazali dan Ibn
Bajjah.
Terbahagi kepada
PandanganIbn Tufaylterhadapal-Farabi
PandanganIbn TufaylterhadapIbn Sina
PandanganIbn Tufaylterhadap
al-Ghazali
PandanganIbn Tufaylterhadap
Ibn Bajjah
PANDANGAN IBN TUFAYL TERHADAP AL-FARABI
Mengatakan karya-karya al-Farabi banyak
yang bermasalah.
Mengatakan bahawaal-Farabi tidak percaya
kepada Tuhan.
Karya-karya al-Farabimendorong kepada
kekufuran danmenyebabkan
kekeliruan pemikiran.
Pandangan Ibn Tufayl terhadap IbnSina
Mengatakan bahawaIbn Sina bukan seorangahli ‘ahl al-Arif’ tetapi
‘ahl al-Nazar’.
PANDANGAN IBN TUFAYL TERHADAP
AL-GHAZALI
Pelabelan al-Ghazaliterhadap ahli falsafahsebagai orang kafir.
Tiga sebab penentangan al-Ghazaliterhadap ahli falsafah: percaya bahawa
alam itu kekal, pengetahuan Tuhan tentangperkara-perkara yang umum dan penafian
bahawa jasad akan binasa.
PANDANGAN IBN TUFAYL TERHADAP
IBN BAJJAH
Ibn Bajjah tidak menunaikan janjinya untukmenceritakan tentang pemahamannya tentanghakikat kebahagiaan yang beliau dakwa berbezadaripada pandangan ahli sufi.
Menurut Ibn Tufayl, kehidupan sebenar IbnBajjah tidak mencerminkan ajaran yangdibawanya.
Ibn Tufayl masih lagi tetap menghormati IbnBajjah.
KESIMPULAN
• Artikel jurnal ini memberikanfokus kepada pengaruh ahli-ahli falsafah terdahulusebelum Ibn Tufayl.
• Pengaruh tersebutditumpukan kepada karya IbnTufayl yang terkenal, HayyIbn Yaqzan.
*
Hourani, G.F.
1956.
The principal subject of Ibnu Tufayl’s
Hayy Ibn Yaqzan. Journal of Near Eastern
Studies 15(1): 40-60.
SOROTAN KAJIAN
Berdasarkan artikel yang ditulis Hourani, G.F. (1956)
yang bertajuk The principal subject of Ibnu Tufayl’s
Hayy Ibn Yaqzan telah membuat kritikan kepada kajian
yang dilakukan Leon Gauthier ke atas karya Ibn Tufayl
iaitu Hayy Ibn Yaqzan. Setelah dikritik, penulis telah
menerangkan tentang subjek utama karya Hayy Ibn
Yaqzan yang telah ditulis oleh Ibn Tufayl.
KRITIKAN KEPADA LEON
GAUTHIER
Kebanyakkan pengkaji
atau ahli falsafah yang
membuat kajian terhadap
karya Hayy Ibn Yaqzan
banyak memberikan
penekanan terhadap
keseluruhan penceritaan
dan mesej sebenar yang
ingin disampaikan oleh Ibn
Tufayl.
Leon Gauthier hanya
menekankan tentang
falsafah Hayy ,agama
Asal dan juga agama
yang sesuai untuk
semua majoriti
masyarakat tanpa
menyatakan subjek atau
mesej utama yang ingin
disampaikan oleh Ibn
Tufayl.
Pandangan Gauthier
telah ditolak oleh E.
Garcia Gomez dan G. E.
von Grunebaum tetapi
tanpa memberikan
sebarang hujah.
SUBJEK UTAMA HAYY IBN
YAQZAN
Ibn Tufayl telah menerangkan
dengan jelas bahawa karyanya
Hayy Ibn Yaqzan memberi
keutamaan kepada sains yang
tersembunyi dan amat berkait
dengan pengalaman mistik.
Mesej yang ingin ditonjolkan Ibn
Tufayl adalah tentang kewujudan
Tuhan berdasarkan pengalaman
yang dilalui sepanjang hidup
Hayy.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, penulis telah menjelaskan
tentang punca atau subjek utama karya Hayy Ibn
Yaqzan yang ingin dibawa oleh Ibn Tufayl. Pada masa
yang sama, beberapa contoh telah ditonjolkan dalam
artikel yang ditulis bagi mengukuhkan lagi punca atau
subjek yang ingin ditonjolkan.
*
Hawi, S.S.
1975.
Ibn Tufayl: On the existence of God and
his attributes. Journal of The American
Oriental Society 95(1): 58-67.
SOROTAN KAJIAN
Berdasarkan artikel yang ditulis oleh Hawi, S.S.
yang bertajuk Ibn Tufayl: On the existence of
God and his attributes, penulis telah
menerangkan tentang falsafah Ibn Tufayl dalam
karyanya iaitu Hayy Ibn Yaqzan. Selain itu juga,
penulis menekankan dua aspek utama iaitu bukti
kewujudan Tuhan dan sifat-sifat-Nya yang
ditonjolkan oleh Ibn Tufayl dalam karyanya.
Kesukaran yang dihadapi dalam kajian falsafah
yang terdapat dalam jurnal ialah :
‘Kaedah
penyembunyian’
Ibn Tufayl.
‘Persefahaman Hayy’.
Pertelingkahan
disebabkan risalah itu
ialah penjelasan
daripada ‘Skim
Avicennean’.
Sifat Tuhan
1) Membincangkan isu kewujudan Tuhan dan sifat-sifat-Nya.
2) Dia menegaskan bahawa sebelum mengenali siapa itu Tuhan,
seseorang itu mestilah mengenali dirinya sendiri terlebih dahulu.
BUKTI KEWUJUDAN TUHAN OLEH IBN TUFAYL
Kosmologi (alam semesta)
Bukti ini berdasarkan pemerhatian
Hayy.
Hayy memerhatikan kejadian alam
dan menyimpulkan bahawa segala
yang berlaku mesti mempunyai sebab .
Hujah daripada Sebab dan Musabab
Ibn Tufayl menceritakan tentang
sebab musabab dalam hal kejadian
alam.
Hujah daripada Penciptaan
Ibn Tufayl percaya bahawa dunia ini kekal.
Ibn Tufayl menunjukkan disini bahawa, sama ada
kita memikirkan dunia sebagai ciptaan atau sebagai
punca utama kepada semua fenomena.
Kosmologi (Alam Semesta)
Bukti ini berdasarkan pemerhatian
Hayy.
Hayy memerhatikan kejadian alam
dan menyimpulkan bahawa segala
yang berlaku mesti mempunyai sebab.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, artikel ini menceritakan falsafah
Ibn Tufayl dengan lebih mendalam. Selain itu juga,
penulis banyak memberikan tumpuan kepada bukti
kewujudan Tuhan dan sifat-sifatNya berdasarkan
kepada karya Ibn Tufayl iaitu Hayy Ibn Yaqzan.
*
cAridah, Shaykh Kamil Muhammad
Muhammad.
1993.
Ibn Tufayl Filasuf al-Islam fi al-cUsur al-
Wusta.
Bayrut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
Biografi
Abu BakarMuhammad bin Abdul Malik bin Muhammad bin Muhammad bin
Tufayl.
BerketurunanArab Qais.
Dilahirkan di Wadi Asyar yang merupakan satu
kawasan di WadiKhushaib tidak
jauh dari Granada.
Tarikhkelahirannya tidakdiketahui dengantepat namun adayang mengatakanpada tahun 506H.
Tidak didapatisebarang
maklumat tentangzaman muda dan
zaman beliaumenuntut ilmu. Ada yang
berpendapat bahawabeliau merupakananak murid kepadaIbn Rushd namun,
beliau tidak adamenyebutkantentangnya.
Ada juga yang mengatakan
bahawa beliaumurid kepada Ibn Bajah, namun iadinafikan sendiri
oleh beliau.
Nama beliau muladikenali di era
pemerintahan KerajaanMuwahhidun di mana beliau telah menjadirakan kepada Abu
Ya’qub Yusuf sehinggadilantik menjadi doktor
peribadi danmenterinya.
Kitab Asrar al-Hikmah al-
Musyraqiyyah.
Rasail fi al-Nafs.
Hayy IbnYaqzan.
KARYA
TENTANG HAYY IBN YAQZAN
Sebuah novel berunsur falsafah (metafizik).
Kisah Hayy yang berusaha mencari Tuhanmenggunakan akal fikirannya dengan cara merenungdan berfikir tentang alam.
Kisah ini telah diterjemahkan ke bahasa Latin, Inggeris, Belanda dan German.
Idea yang terkandung dalam karya ini telahmempengaruhi penghasilan sebuah novel berjudul
Robinson Crusoe oleh Daniel Defoe pada tahun 1716.
IDEA FALSAFAH IBN TUFAYL DALAM
HAYY IBN YAQZAN.
Pembahagian alam kepada duamenurut falsafah Aristotle iaitualam yang terletak di atas bulan danalam yang terletak di bawah bulan.
Beliau mengkritik mereka yangmengatakan alam ini sediakala danmereka yang mengatakan alam inibaharu. Namun beliau cenderungkepada pendapat yang pertama.
Menekankan kaedahpemerhatian terhadap
makhluk untuk mengetahuikeagungan pencipta.
Membawa idea kepadapenyatuan antara falsafah
dan agama.
• Buku ini menceritakan biografi Ibn Tufayl
secara lebih terperinci.
• Memberikan tumpuan kepada karya beliau
Hayy Ibn Yaqzan dan unsur-unsur falsafah
yang ada di dalamnya.
*
• al-Mucayitah, MuhammadcAbdul cAziz.
• 2008.
• al-Falsafah al-Islamiyyah.
• Urdun: Dar al- Hamid.
SOROTAN KAJIAN
• Kitab al-Falsafah al-Islamiyyah karya al-
Mucayitah, Muhammad cAbdul cAziz ini
mengupas mengenai pandangan-pandangan ahli
falsafah terhadap karya Ibn Tufayl iaitu Hayy Ibn
Yaqzan. Di samping itu juga, kitab ini
menceritakan mengenai peranan Ibn Tufayl
dalam penulisan-penulisan beliau. Kitab ini turut
memperjelaskan mengenai keistimewaan nilai
karya beliau yang terkenal iaitu Hayy Ibn
Yaqzan.
AHLI FALSAFAH YANG BERKARYA
1• Ibn Tufayl lebih banyak memikir dari mengarang kerana
kesibukan dalam kerjaya.
2• Karya penulisan beliau merangkumi bidang sastera, politik,
kedoktoran dan bidang falsafah itu sendiri.
3• Kebanyakan karya penulisan beliau telah hilang disebabkan
faktor peredaran zaman melainkan Hayy Ibn Yaqzan.
4
• Karya Ibn Tufayl iaitu Hayy Ibn Yaqzan banyak dikaji olehorientalis barat dan pengkaji-pengkaji arab itu sendiri sertaditerjemahkan kepada pelbagai bahasa iaitu bahasa Latin,Perancis, Sepanyol dan Inggeris.
5
• Penyampaian Ibn Tufayl dalam penulisan karyanya banyakdipengaruhi oleh ahli-ahli falsafah yang terdahulu seperti IbnSina,al-Farabi dan Ibn Bajjah.
6
• Penulisan beliau dalam karya Hayy Ibn Yaqzan turutmenyatakan pendirian dan pemikiran ahli-ahli falsafahterhadap umat Islam.
• Secara umumnya, penulisan kitab al-Falsafah
al-Islamiyyah turut menyumbang idea dalam
bidang penulisan yang digunakan oleh para
ilmuan terdahulu. Malah kitab ini turut
menyampaikan kepada kita mengenai
pendirian dan pemikiran ahli-ahli falsafah
Islam.
*
Ramadan, Insaf.
2004.
at-Tafkir al-Falsafiyyi al-Islamiyyi.
Bayrut: Dar al-Qutaybah.
SOROTAN KAJIANBerdasarkan buku yang ditulis oleh Ramadan, Insaf (2004: 220-232) dalam
at-Tafkir al-Falsafiyyi al-Islamiyyi menjelaskan mengenai kehidupan dan
keperibadian mahupun ciri-ciri personaliti seorang penulis yang bernama Ibn
Tufayl. Selain itu, terdapat juga penjelasan mengenai mesej atau kisah asal
Hayy Ibn Yaqzan yang ditulis Ibn Tufayl dan beberapa peringkat kehidupan
yang digabungkan dalam pemikiran kehidupan Hayy Ibn Yaqzan.
Selanjutnya, dalam buku ini difokuskan juga mengapa atau sebab Ibn Tufayl
menulis karyanya Hayy Ibn Yaqzan.
KEPERIBADIAN DAN CIRI-CIRI PERSONALITI IBN
TUFAYL
Ibn Tufayl
merupakan
seorang sarjana
dan sasterawan
yang terkenal.
Beliau seorang
yang berilmu dan
berpengetahuan
luas terutama
dalam bidang ilmu
Akidah.
Ibn Tufayl amat kagum
dengan kebijaksanaan
Ibn Khaldun dan juga Ibn
Bajjah sehingga beliau
berhasrat untuk mencipta
sistem falsafah yang
boleh menyaingi mereka
selangkah demi
selangkah.
NOVEL HAYY IBN YAQZAN
• Dalam novel Hayy Ibn Yaqzan, Ibn Tufayl cuba
memperelokkan dilema ahli falsafah Islam.
Antaranya ialah tentang hubungan manusia
dengan akal terhadap pencipta.
• Beliau cuba menceritakan tentang seorang
individu yang tidak diketahui asal usulnya.
Kemudian diceritakan pula bagaimana orang
tersebut berusaha menggunakan akalnya untuk
mula mengenali alam sekelilingnya daripada
yang sekecil-kecilnya sehinggalah sebesar-
besarnya darjat yang mana boleh sampai
kepadanya.
• Dan kisah yang sebenarnya tidak ada kaitan
dengan kehidupan seseorang. Akan tetapi,
ianya menunjukkan kepada perkembangan
manusia yang mempunyai pelbagai peringkat.
• Kisah ini ditulis adalah kerana ingin menjawab
kembali permintaan sahabatnya yang ingin
mengetahui tentang hikmah ketimuran (al-
Hikmah al-Masyriqiyyat) yang disebut oleh Ibn
Sina dalam mendedahkan fakta-fakta
kewujudan yang boleh dilihat oleh manusia.
• Untuk mendedahkan mengenai falsafah
melalui jalan cerita agar ramai orang dapat
menerima dan memahaminya.
Dalam kisah yang ditulis dapat dilihat pendirian
Ibn Tufayl tentang hubungan manusia dengan
Allah, manusia dengan manusia, manusia
dengan alam sekitarnya, dan hubungan antara
akal dan agama.
Sebab Menulis Novel Hayy Ibn Yaqzan
Kisah Hayy Ibn Yaqzan
• Ibn Tufayl menulis kisah seorang manusia
yang dilahirkan ke dunia tanpa ibu dan
bapa di Kepulauan India yang beriklim
sederhana dan terletak di garisan
Khatulistiwa.
• Hayy Ibn Yaqzan adalah anak alam. Ibn
Tufayl menceritakan bahawa Hayy Ibn
Yaqzan berasal dari tanah liat yang besar
dan terdapat padanya campuran empat
unsur seperti panas, sejuk, lembap dan
kering dari perut bumi, kemudian diproses
menjadi seorang bayi yang ditiup roh
daripada Allah.
Fasa pertama: Hayy dipelihara oleh seekor Rusa.
Beliau dapat belajar tindak tanduk dan bahasa haiwan.
Beliau juga belajar bagaimana untuk menutupi
tubuhnya, membuat tempat untuk berteduh dan cara
melindungi dirinya.
Fasa kedua: Rusa yang memeliharanya itu mati. Hayy
berusaha mengetahui sebab kematian Rusa itu. Dia
membuat kesimpulan bahawa terdapat yang menjadi
akar dan bersifat bukan material. Pada tahap ini juga,
dia mengetahui akan fungsi setiap anggota badan dan
daya yang menggerakkannya.
Fasa ketiga: Dia mengetahui unsur di dalam api
berdasarkan pemerhatiannya dan secara
kesimpulannya adanya keteraturan alam dan
sebabnya.
Fasa keempat: Dia mengetahui akan kesatuan dan
keseragaman pada jasad dan jiwa yang diamatinya.
Pada tahap ini, ia akhirnya sampai kepada generalisasi
dan klasifikasi berdasarkan kesatuan dan keseragaman
itu.
Fasa Kehidupan Hayy Ibn
Yaqzan
Fasa kelima: Beliau memerhatikan kejadian langit serta
keteraturan perkara itu, sehingga dia mengetahui tentang astronomi
dan menyimpulkan bahawa adanya penggerak tertentu yang sama
untuk semuanya.
Fasa Keenam: Selain itu, beliau menemui kepastian terhadap
adanya penggerak yang disebut wajib kepada wujud. Menurutnya,
asal alam itu haruslah bukan material dan mesti ‘al-Wujud’.
Fasa Ketujuh: Pada usia 50 tahun, Hayy menyimpulkan bahawa
Tuhan itu pasti Pemurah dan Maha Bijaksana, sempurna, penuh
rahmat dan menjadi tujuan kepada wujudnya manusia. Hal ini
kerana ia merupakan puncak kebahagiaan yang hanya boleh dicapai
apabila selalu berhubungan dengan-Nya tanpa henti dan
melepaskan diri dari dunia material. Sehingga itu juga, manusia
dapat sampai kepada tahap pengetahuan yang tinggi, iaitu wajib
kepada ‘al-Wujud’.
Fasa Kehidupan Hayy Ibn Yaqzan (samb.)
KESIMPULAN
Kesimpulannya, Ibn Tufayl merupakan seorang yang pakar dalam ilmu hukum dan seorang
yang berpegang kepada logik dalam mengungkap realiti alam dan kehidupan manusia.
Menerusi bukunya itu, dapat disimpulkan bahawa Ibn Tufayl berusaha menerangkan
bagaimana manusia mempunyai potensi untuk mengenali Allah dengan membuat penelitian
terhadap alam sekitar dan sekelilingnya. Di dalam buku Hayy Ibn Yaqzan juga, Ibn Tufayl
telah cuba merangka satu sistem falsafah berdasarkan perkembangan pemikiran yang ada
pada diri manusia serta berusaha mengungkap persoalan hubungan antara manusia, akal dan
Tuhan. Jelaslah bahawa buku ini penuh mengandungi pengamatan Ibn Tufayl mengenai
ilmu metafizik, matematik, fizik, dan sebagainya.
*
Ichsan Muhammad Yusuf Abbas.
2016.
Studi analisis pemikiran ekonomi Islam
Ibnu Tufail pada kisah: Hayy Bin Yaqzan.
Tesis Sarjana, Program Studi Ekonomi
Islam, UIN Sumatera Utara Medan.
Tesis ini membincangkan kajian idea Ibn Tufayl
dalam karya beliau iaitu Hayy Ibn Yaqzan
mengenai pemikiran ekonomi Islam. Selain itu,
tesis ini membincangkan juga mengenai
penciptaan Hayy Ibn Yaqzan yang selari dengan
kisah dalam al-Quran.
PEMIKIRAN ASPEK EKONOMI DALAM NOVEL HAYY IBN
YAQZAN
Menunjukkanbagaimana Hayy
meneruskankehidupannya
dalam memenuhikeperluan hidup.
Menjelaskanbagaimana Hayy
melakukaninovasi sebagaipenyelesaian
terhadap sesuatumasalah.
Mengajarbagaimana
menguruskanharta yang
banyakterutamanyadalam urusan
jual beli.
Berikut yang diatas dapat difahami bahawa terdapat persamaan pada kisah Hayy dengan kisah-
kisah dalam al-Quran yang mana bukan sahaja pada kandungan isi cerita malah gaya
penyampaian juga berdasarkan gaya bahasa al-Quran.
PENCARIAN DALAM MENCARI HAKIKAT PENCIPTAAN ALAM
Hayy mengamati hidupan alam disekelilingnya.
Kisah yang sama di mana Nabi Ibrahimmengalami proses yang sama dalammencari hakikat ketuhanan.
RENTETAN KISAH NABI MUSA A.S
Anak kepada sang Puteri yang dibuanguntuk merahsiakan daripada pengetahuan siRaja.
Kisah Nabi Musa yang dihanyutkan kesungai Nil oleh ibunya untuk menghindaridari dibunuh dan pemburuan Firaun.
AWAL PENCIPTAAN MANUSIA
Kelahiran Hayy tanpa ibu dan ayah. Penciptaan Adam A.S tanpa ibu dan ayah.
Idea yang diterapkan dalam penulisan Ibn
Tufayl merangkumi pelbagai bidang ilmu yang
dapat dimanfaatkan oleh seluruh lapisan
masyarakat. Jelaslah bahawa Ibn Tufayl
seorang yang mahir dalam mendalami ilmu
bahasa Arab kerana dapat mengaitkan rentetan
kisah kehidupan Hayy di dalam karya Hayy
Ibn Yaqzan dengan kisah-kisah dalam al-
Quran.
Al-Mucayitah, Muhammad cAbdul cAziz. 2008. al-Falsafah al-Islamiyyah. Urdun: Dar al- Hamid.
Altrocchi, R. 1938. Dante and Tufail. Italica 15(3): 125-128.
cAridah, Shaykh Kamil Muhammad Muhammad. 1993. Ibn Tufayl Filasuf al-Islam fi al-cUsur al-Wusta. Beirut: Dar al-
Kutub al-cIlmiyyah.
Deniz, G. 2008. Hayy Ibn Yaqzan and its Qur’anic references. Journal of Islamic Research 1(2): 33-50.
Hashim, R. & Qadous, A.I.H. 2014. The inductive research in early Islamic tradition based on Ibn Tufayl’s work – Hayy Ibn
Yaqzan. Revelation And Science 4(2): 41-47.
Hawi, S.S. 1975. Ibn Tufayl: On the existence of God and his attributes. Journal of The American Oriental Society 95(1):
58-67.
Hawi, S.S. 1976. Ibn Tufayl’s appraisal of his predecessors and their influence of his thought. International Journal of
Middle East Studies 7(1): 89-121.
Hourani, G.F. 1956. The principal subject of Ibn Tufayl’s Hayy Ibn Yaqzan. Journal of Near Eastern Studies 15(1): 40-60.
Ichsan Muhammad Yusuf Abbas. 2016. Studi analisis pemikiran ekonomi Islam Ibnu Tufail pada kisah: Hayy Bin Yaqzan.
Tesis Sarjana, Program Studi Ekonomi Islam, UIN Sumatera Utara Medan.
Ramadan, Insaf. 2004. at-Tafkir al-Falsafiyyi al-Islamiyyi. Bayrut: Dar al-Qutaybah.