hubungan antara faktor-faktor dominan ... peratusan, frekuensi, dan min serta mendapatkan nilai...
TRANSCRIPT
i
HUBUNGAN ANTARA FAKTOR-FAKTOR DOMINAN DENGAN
KEPUASAN MENJADI USAHAWAN KECIL DI KALANGAN WANITA
NORMAZURAINI BT MUSTAPHA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
ii
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: HUBUNGAN ANTARA FAKTOR-FAKTOR DOMINAN DENGAN KEPUASAN MENJADI USAHAWAN KECIL DI KALANGAN WANITA
SESI PENGAJIAN: 2005/2006
Saya NORMAZURAINI BT MUSTAPHA (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
Disahkan oleh,
__________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: 68,GUCHIL SATU, EN.JAMALUDIN RAMLI18020 KUALA KRAI, Nama Penyelia KELANTAN . Tarikh: 21 APRIL 2006 Tarikh: 21 ARIL 2006
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan
Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
iii
PENGAKUAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
Tandatangan : .............................................
Nama Penyelia : EN JAMALUDIN RAMLI
Tarikh : 21 APRIL 2006
i
HUBUNGAN ANTARA FAKTOR-FAKTOR DOMINAN DENGAN KEPUASAN
MENJADI USAHAWAN KECIL DI KALANGAN WANITA
NORMAZURAINI BT MUSTAPHA
Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2006
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan :
Nama Penulis : NORMAZURAINI BT MUSTAPHA
Tarikh : 21 APRIL 2006
iii
DEDIKASI
Assalamualaikum w.b.t
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Teristimewa buat:
Kedua ibu bapaku yang tersayang..
Mustapha Bin Said dan Rahimah Bt Ismail
Berkat doa dan dorongan kalian,menjadi penawar diriku,
akanku semat ianya dalam kalbuku, akanku ingati sepanjang hayatku.
Budi dan jasa yang tak terhingga banyaknya,
Hanya Allah S.W.T yang dapat membalasnya.
Buat Adik-beradikku..
Norzita, Norzaki, Norzurihan , Norazilawati, Normazlan, Nor Asmawi, Nor Idayu
Asyikin, Mohd Hafiz Hafizi, Mohd Khairul Izwan, Nurul Effa Farhana,
Abang-abang ipar, kakak ipar dan anak-anak saudaraku..
Kalian adalah sumber inspirasiku
Dorongan dan sokongan kalian menjadi semangat buatku
Sahabat-sahabatku,
Syahda Zahrah, Norhayati, Noraini, Fazilah, Noor Haslina
Terima kasih di atas segala pengorbanan dan kesabaran semua sepanjang
menyiapkan kajian ini.
“Semoga ALLAH memberikan rahmat dan kasih sayangnya kepada kita semua”
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji
kehadrat Ilahi, Tuhan yang memiliki semesta alam. Selawat dan salam ke atas
Junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Ucapan syukur ke hadrat Allah Yang Maha Esa
kerana telah memberikan saya kekuatan bagi menyempurnakan penyelidikan ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada Encik Jamaludin
Ramli selaku penyelia projek di atas usahanya memberi bimbingan dan tunjuk ajar,
nasihat dan idea yang membina sepanjang menyiapkan projek ini.
Penghargaan dan ucapan terima kasih juga kepada Pegawai Majlis Daerah
Kuala Krai, Negeri Kelantan dan para usahawan kecil wanita di atas kerjasama yang
telah diberikan. Seterusnya, ucapan terima kasih kepada kedua ibu bapa, kaum
keluarga, serta rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberikan sumbangan sama
ada idea dan semangat sepanjang menyiapkan kajian ini.
v
ABSTRAK
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti hubungan faktor-
faktor dominan iaitu minat, keperluan hidup, keuntungan, keturunan, kemahiran serta
misi dan visi dengan kepuasan diri. Kajian ini menggunakan 40 orang sebagai
sampel yang mewakili 50 keseluruhan populasi yang dipilih secara rawak.
Rekabentuk kajian adalah korelasi dan dijalankan menggunakan kaedah tinjauan.
Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik yang mempunyai 3 bahagian
iaitu Bahagian A merangkumi latar belakang responden, Bahagian B berkaitan
faktor-faktor dominan, dan Bahagian C berhubung dengan kepuasan diri. Hasil soal
selidik dianalisis dengan menggunakan perisian komputer SPSS versi 13.0 untuk
mendapatkan peratusan, frekuensi, dan min serta mendapatkan nilai pekali Pearson
untuk mendapatkan nilai signifikan hubungan antara faktor dengan kepuasan.
Dengan menggunakan ujian Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang
signifikan antara faktor minat (r = 0.466, p < 0.05) dan faktor keuntungan ( r = 0.368,
p< 0.05) dengan kepuasan. Faktor-faktor lain seperti keperluan hidup, keturunan,
kemahiran serta misi dan visi didapati tidak mempunyai nilai yang signifikan dengan
kepuasan. Beberapa cadangan untuk kajian akan datang turut dikemukakan.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research is to identify the relationship between dominant
factors of women such as interest, living necessities, profits, descendants, skills and
mission as well as vision with their own self satisfaction. This research uses 40
persons as samples which represent the whole 50 population randomly. The design of
this research is correlation by using the survey technique. The instruments of this
research is through questionnaire which is consists of three parts. Part A comprises
of the respondent's background, Part B comprises of dominant factors and Part C is
about self satisfaction. The result of the interview is analyzed using the SPSS
version 13.0 software to calculate the percentage, frequency, mean and also the
Morment Pearson to gain the significant value for the relationship between factor and
self satisfaction. By using Pearson’s correlation test, a significant correlation were
obtained in the correlation between interest (r = 0.466, p < 0.05) and profits ( r =
0.368, p< 0.05) with self satisfaction. The finding also showed that there was no
significant correlation between other factors such as necessities, descendants, skills
and mission. Suggestion and recommendation for future research were also
discussed.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
STATUS PENGESAHAN TESIS
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAHAGIAN SATU
PENGENALAN
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Hipotesis Kajian 7
1.7 Kepentingan Kajian 7
viii
1.8 Batasan Kajian 8
1.9 Definisi Istilah 9
1.10 Kesimpulan 12
BAHAGIAN DUA
SOROTAN PENULISAN
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pendahuluan 13
2.2 Perniagaan Kecil 14
2.3 Usahawan dan Keusahawanan 15
2.4 Ciri-ciri Asas Keusahawanan 15
2.5 Sikap Usahawan 17
2.5.1 Penyesuaian Diri 18
2.5.2 Komunikasi 18
2.5.3 Rancangan Pemasaran 19
2.6 Faktor-faktor Dominan 21
2.6.1 Minat 22
2.6.2 Keperluan Hidup 23
2.6.3 Keuntungan 24
2.6.4 Keturunan 25
2.6.5 Kemahiran 27
2.6.6 Misi dan Visi 29
2.7 Kepuasan 30
2.8 Kesimpulan 32
ix
BAHAGIAN TIGA
METODOLOGI KAJIAN
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 33
3.2 Rekabentuk Kajian 33
3.3 Tempat Kajian 34
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 34
3.5 Instrumen Kajian 35
3.5.1 Kandungan Set Soal Selidik 35
3.5.2 Kajian Rintis 36
3.6 Prosedur Kajian 38
3.7 Kaedah pengumpulan data 38
3.7.1 Pengumpulan Data Primer 38
3.7.2 Pengumpulan Data Sekunder 39
3.8 Analisa Data 39
3.8.1 Analisis Kuantitatif 39
3.9 Kesimpulan 41
BAHAGIAN EMPAT
ANALISIS DATA
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pendahuluan 42
4.2 Keputusan Dan Analisis Mengenai Latar 43
Belakang
4.2.1 Analisis Kekerapan Dan Peratusan 43
Responden Mengikut Umur
4.2.2 Analisis Kekerapan dan Peratusan 44
Responden Mengikut Status Perkahwinan
4.2.3 Analisis Kekerapan Dan Peratusan 44
Responden Mengikut Taraf Pendidikan
x
4.2.4 Analisis Kekerapan Dan Peratusan Responden 45
mengikut bilangan ahli keluarga
4.2.5 Analisis Peratusan Responden Mengikut 45
Pendapatan Isi Rumah
4.2.6 Analisis Kekerapan Dan Peratusan 46
Responden Mengikut Jenis Hak Milik
Perniagaan
4.2.7 Analisis Kekerapan Dan Peratusan 46
Responden Mengikut Jenis Perniagaan
4.2.7 Analisis Kekerapan Dan Peratusan 47
Responden Mengikut Pengalaman Berniaga
4.2.9 Analisis Peratusan Responden Mengikut 47
Pernah Hadiri Kursus Keusahawanan
4.3 Keputusan Dan Analisis Mengenai Faktor-faktor 48
Dominan
4.3.1 Faktor Pertama : Minat 48
4.3.2 Faktor Kedua : Keperluan Hidup 49
4.3.3 Faktor Ketiga : Keuntungan 51
4.3.4 Faktor Keempat : Keturunan 52
4.3.5 Faktor Kelima : Kemahiran 54
4.3.6 Faktor Keenam : Misi dan Visi 56
4.4 Keputusan Dan Analisis Mengenai Kepuasan 58
4.4.1 Taburan Frekuensi Responden Mengikut 58
Tahap Kepuasan
4.4.2 Analisa Terperinci Item-item Tahap 58
Kepuasan
4.5 Analisis Perkaitan (Korelasi) 61
4.5.1 Hubungan Antara Faktor Minat 61
Dengan Kepuasan Berniaga
4.5.2 Hubungan Antara Faktor Keperluan 61
Hidup Dengan Kepuasan Berniaga
4.5.3 Hubungan Antara Faktor Keuntungan 62
Dengan Kepuasan Berniaga
xi
4.5.4 Hubungan Antara Faktor Keturunan 63
Dengan Kepuasan Berniaga
4.5.5 Hubungan Antara Faktor Minat 63
Dengan Kepuasan Berniaga
4.5.6 Hubungan Antara Faktor Visi Dan Misi 64
Dengan Kepuasan Berniaga
4.6 Rumusan Hipotesis 64
4.7 Kesimpulan 65
BAHAGIAN LIMA
RUMUSAN, PERBINCANGAN, DAN CADANGAN
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 66
5.2 Perbincangan Hasil Kajian Mengenai Faktor 66
5.2.1 Faktor Minat 66
5.2.2 Faktor Keperluan Hidup 68
5.2.3 Faktor Keuntungan 69
5.2.4 Faktor Keturunan 70
5.2.5 Faktor Kemahiran 72
5.2.6 Faktor Misi dan Visi 74
5.3 Perbincangan Hasil Kajian Mengenai Kepuasan 75
5.4 Rumusan Hasil Kajian 76
5.5 Cadangan Tindakan 78
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 79
5.7 Kesimpulan 79
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Sebab usahawan menceburi bidang perniagaan 22
3.1 Pengelasan faktor-faktor dalam instrumen kajian 36
3.2 Analisis Skor Min 40
3.3 Anggaran kekuatan hubungan antara dua pembolehubah 41
dengan nilai pekali pearson (r)
4.1 Analisis Responden Mengikut Umur 43
4.2 Analisis Responden Mengikut Status Perkahwinan 44
4.3 Analisis Responden Mengikut Taraf Pendidikan 44
4.4 Analisis responden mengikut bilangan ahli keluarga 44
4.5 Analisis Responden Mengikut Pendapatan Isi Rumah 45
4.6 Analisis Responden Mengikut Hak Milik Perniagaan 46
4.7 Analisis Responden Mengikut Jenis Perniagaan 46
4.8 Analisis Responden Mengikut Pengalaman Berniaga 47
4.9 Analisis Responden Mengikut Pernah Hadiri Kursus 49
Keusahawanan
4.10 Analisis kekerapan dan peratusan responden yang 50
menjawab item bagi aspek minat
4.11 Analisis kekerapan dan peratusan responden yang 50
menjawab item bagi aspek keperluan hidup
4.12 Analisis kekerapan dan peratusan responden yang 51
menjawab item bagi aspek keuntungan
4.13 Analisis kekerapan dan peratusan responden yang 53
menjawab item bagi aspek keturunan
4.14 Analisis kekerapan dan peratusan responden yang 55
menjawab item bagi aspek kemahiran
xiv
4.15 Analisis kekerapan dan peratusan responden yang 57
menjawab item bagi aspek misi dan visi
4.16 Taburan bilangan responden mengikut tahap kepuasan 58
4.17 Taburan kekerapan, peratusan, min, dan sisihan piawai 59
bagi item-item kepuasan
4.18 Hubungan Korelasi Antara Faktor Minat Dengan 61
Kepuasan Berniaga
4.19 Hubungan Korelasi Antara Faktor Keperluan Hidup 62
Dengan Kepuasan Berniaga
4.20 Hubungan Korelasi Antara Faktor Keuntungan Dengan 62
Kepuasan Berniaga
4.21 Hubungan Korelasi Antara Faktor Keturunan Dengan 63
Kepuasan Berniaga
4.22 Hubungan Korelasi Antara Faktor Kemahiran Dengan 64
Kepuasan Berniaga
4.23 Hubungan Korelasi Antara Faktor Visi Dan Misi Dengan 64
Kepuasan Berniaga
xvi
SENARAI SINGKATAN
MDKKU - Majlis Daerah Kuala Krai Utara
km - Kilometer
SP - Sisihan Piawai
SPSS - Statistical Package For Social Science
USAHANITA - Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan 87
B Soal Selidik 88
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Rancangan Malaysia Ketujuh (RM7) telah membuka lebih peluang
perniagaan yang perlu direbut oleh usahawan Bumiputera. Sehubungan dengan itu,
kerajaan telah menyediakan pelbagai bentuk kemudahan untuk menggalakkan
penyertaan usahawan bumiputera bagi mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan
Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang mantap (Rancangan Malaysia ke-7, 1996).
Menurut Sayyid Qutb (2000), perniagaan merupakan perantara di antara
pihak perindustrian dengan pihak pengguna. Ia bertugas melaris dan memasarkan
barangan serta boleh menambahkan kepelbagaian penggunaan barangan itu bagi
kemudahan orang ramai untuk mendapatkannya. Oleh itu ia memberi perkhidmatan
kepada dua pihak (pihak perindustrian dan pihak pengguna). Melalui perkhidmatan
ini pelbagai faedah dapat diperolehi, namun begitu ianya tidak boleh lari dari risiko
kerugian atau mendapat keuntungan. Untuk memperolehi faedah daripada
perniagaan ini aspek kemahiran, usaha dan kerajinan perlu diutamakan.
Bidang keusahawanan berbeza dari perniagaan secara kecil-kecilan. Seorang
usahawan adalah pencetus idea baru dan pencipta keluaran baru. Dia cuba
memasarkan idea ataupun keluaran barunya. Seorang peniaga pula hanya
menjalankan jual beli keluaran dan perkhidmatan dengan pembeli dan kadang kala
keluaran yang dijual itu tidak semestinya hasil idea atau ciptaannya.
2
Penglibatan kaum wanita dalam perniagaan dicatatkan dalam sejarah
ekonomi negara sebelum kemerdekaan lagi. Namun begitu, untuk sekian lama,
usaha-usaha perniagaan ini dianggap sebagai hanya mampu menambahkan
pendapatan keluarga semata-mata. Tanggapan masyarakat umum terhadap usaha
usahawan wanita terbatas pada pandangan bahawa penglibatan mereka lebih mirip
pada aktiviti sampingan atau aktiviti mengisi masa secara produktif. Kesanggupan
kumpulan kumpulan usahawan wanita untuk duduk sama rendah dan berdiri sama
tinggi dalam lapangan perniagaan dengan kaum lelaki tidak menerima perhatian
yang serius (Maznah ,1994).
Menurut Noraini (1997) hasrat kerajaan itu akan tercapai apabila ekonomi
Negara dapat berkembang dengan pesat. Tanpa disedari ia telah menggalakkan
penglibatan usahawan wanita di dalam dunia keusahawanan walaupun mereka
mengetahui bahawa dunia perniagaan penuh dengan persaingan dan cabaran. Raja
Ropiah (1997) pula menekankan usahawan wanita di Malaysia amat bertuah dan
harus berbangga kerana mempunyai sebuah kerajaan yang bersikap terbuka dan adil
dalam arena perniagaan. Namun hari ini dunia menyaksikan wanita sudah berupaya
meletakkan diri di barisan hadapan sebagai peneraju dalam pelbagai bidang
kepakaran seperti perubatan, perniagaan, perundangan, politik, kejuruteraan dan
sebagainya. Malahan telah ada kaum wanita yang mengetuai sesebuah jabatan sama
ada dalam sektor awam atau pun sektor swasta.
Menurut Rosli Hassan, (Harian Metro, 1 Julai 2003) industri perkhidmatan
kewangan menunjukkan bahawa pembabitan wanita dalam sektor itu cukup
membanggakan. Contoh terdekat ialah Tan Sri Dr. Zeti Akhtar, Datuk Khalijah
Ahmad dan Tengku Paduka Noor Zakiah Tengku Ismail yang telah mempamerkan
kebolehan, keupayaan dan pengalaman luas di bidang kewangan dan menjadi
tonggak dibeberapa syarikat kewangan dan perbankan. Wanita ini berdiri sama
tinggi dengan lelaki dan beransur-ansur keluar dari kongkongan lelaki hingga
akhirnya sesetengah daripadanya bergelar ‘wanita besi’.
Contoh yang paling jelas ialah Siti Khadijah, yang terlibat dalam
perdagangan antarabangsa ke 13 buah negara. Nabi Muhammad s.a.w sebelum
dilantik menjadi Rasul telah menjadi pembantu kepada Siti Khadijah menguruskan
3
perniagaan ke luar negara. Siti Khadijah merupakan contoh terbaik bagi kaum
wanita Muslim yang berminat dalam perniagaan. (Zaharuddin Yahya, 1995).
Pada era globalisasi, wanita Malaysia hari ini perlulah bersaing bukan sahaja
dengan kaum lelaki tetapi juga dengan bangsa lain dan juga negara lain. Kini
peranan kaum wanita dalam sama-sama membangunkan negara tidak harus
dipandang remeh lagi. Secara kesimpulannya pencapaian kaum wanita dalam bidang
perniagaan dan persaingan yang timbul harus diterima secara positif.
1.2 Latar Belakang Masalah
Kepesatan sesebuah negara banyak bergantung kepada usaha perniagaan
yang dijalankan. Perniagaan yang dijalankan oleh usahawan banyak membantu
meningkatkan ekonomi sesebuah negara. Mereka mesti membangunkan diri dan
perniagaan mereka untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi di mana perlu
bersaing dari segi barangan dan perkhidmatan yang diberikan. Ini akan memberi
manfaat kepada pengguna agar dapat membuat pilihan barangan dan mendapat
perkhidmatan yang terbaik.
Dalam bidang ekonomi, wanita tidak melepaskan peluang untuk turut sama
menyumbangkan bakti bagi memeriahkan lagi bidang perniagaan di Malaysia.
Perkembangan pesat ekonomi negara menggamit lebih ramai wanita untuk terlibat
secara aktif dalam dunia perniagaan. Menurut Zaharudin Yahya (1995), pada zaman
sekarang di seluruh dunia, ramai usahawan-usahawan wanita telah pun menjadi
jutawan yang terkenal, malah sebahagian darinya lebih agresif dari lelaki dari segi
fikiran, perasaan dan tindakannya. Dalam dunia perniagaan, wanita ternyata
mempunyai kelebihan yang tersendiri jika dibandingkan dengan kaum lelaki. Wanita
selalunya lebih bersedia menghadapi ragam pelanggan dan tekun memupuk
perniagaan. Sifat semulajadi dalam konteks berjimat cermat, membolehkan mereka
mengawal kos dalam pengendalian perniagaan. Asas yang sedemikian dengan
sendirinya menjadi penentu kepada kekalan dan kemajuan bidang yang diceburi.
4
Terdapat banyak sebab yang mendorong seseorang itu melibatkan diri dalam
perniagaan sama ada sebagai satu aktiviti ekonomi atau sumber nafkah hidup,
(Mahashim Bajuri, 1985). Terdapat banyak faktor mengapa usahawan menceburkan
diri di dalam dunia keusahawanan.
Sesetengah individu yang menceburi bidang perniagaan sebenarnya sudah
terlibat dengan kerja-kerja lain, misalnya kerja makan gaji di sektor awam atau
swasta. Mereka juga pernah bekerja sendiri dalam berbagai-bagai bidang seperti
pertanian, perusahaan kraf tangan, perikanan dan lain-lain kerja yang bukan
perniagaan. Hasil kerja yang diperolehi tidak diniagakan sendiri tetapi hanya
menawarkan khidmat sebagai pekerja kepada pihak lain. Namun begitu mereka
tidak bebas, perasaan tidak puas hati timbul dari segi pendapatan dan terpaksa
bekerja di bawah arahan orang lain. Ini membuatkan mereka ingin cuba membuka
perniagaan sendiri.
Ada juga usahawan kecil yang menceburi bidang keusahawanan kerana
keadaan yang memaksa, contohnya tidak mempunyai pekerjaan disebabkan tidak ada
kelulusan atau memiliki kelulusan yang tidak sesuai. Atas desakan hidup, individu
itu mula berniaga sama ada secara kecil-kecilan atau besar-besaran bergantung
kepada modal, kemampuan, pengalaman dan sokongan orang disekelilingnya.
Menjadi usahawan berjaya adalah impian setiap individu yang menjalankan
perniagaan. Namun begitu berbagai cabaran harus ditempuhi sebelum mengecap
kejayaan yang diimpikan. Cabaran-cabaran tersebut berbeza–beza mengikut jenis
perniagaan, saiz perniagaan, tempat, masa dan lain-lain lagi. Namun begitu secara
umum cabaran yang harus dilalui oleh seorang usahawan boleh dibahagikan kepada
diri, keluarga dan alam sekitar, (Yep Putih, 1985). Di sini cabaran pertama lebih
banyak berkisar pada diri seseorang peniaga seperti kebolehan melaksanakan tugas
dan peranan dengan cekap dan berkesan.
Keberkesanan banyak bergantung kepada kemahiran, pengalaman, kebolehan
mendisiplinkan diri sendiri serta kesanggupan mengorbankan kesenangan dan masa
lapang. Cabaran kedua pula ialah keluarga. Keluarga mempunyai kesan yang kuat
kepada keazaman, ketenangan dan keupayaan untuk menjayakan sesuatu pekerjaan
5
kerana biasanya orang-orang melayu memang terkenal dengan hubungan
kekeluargaan yang begitu kuat dan rapat. Cabaran keluarga boleh terjadi dalam dua
bentuk iaitu mereka langsung tidak percaya kebolehan individu itu berniaga yang
mana akibatnya boleh melemahkan semangat serta keazaman dan kedua, keluarga
enggan memberi kerjasama yang positif dan membina boleh menghalang mencapai
kemajuan.
Dalam bidang ekonomi, wanita tidak melepaskan peluang untuk turut
menyumbangkan tenaga bagi memeriahkan lagi bidang perniagaan. Di negeri-negeri
Pantai Timur Semenanjung Malaysia, kebanyakan peniaga yang berniaga di pasar-
pasar besar adalah tergolong daripada peniaga wanita. Di dalam negeri Kelantan,
peniaga yang berniaga dipasar-pasar besar setiap daerah majoritinya adalah golongan
wanita. Menurut Nor Aishah (2002), pada pertengahan abab ke-19, wanita Kelantan
telah memulakan usaha berniaga di pasar. Kaum lelaki pula menjadi nelayan,
menukang perahu dan mencipta berbagai-bagai jenis alat menangkap ikan.
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan statistik Pejabat Pendaftar Perniagaan, sebanyak 40,090
perniagaan baru didaftarkan pada bulan Januari hingga April 2006. Ini menunjukkan
peningkatan sebanyak 30% berbanding tahun 2005 pada bulan yang sama. Daripada
perangkaan ini, majoriti yang didaftarkan adalah wanita dan ini merupakan satu
peningkatan yang memberansangkan. Disebabkan ramai golongan wanita yang
melibatkan diri dalam dunia perniagaan, maka menyebabkan pengkaji ingin
mengkaji lebih lanjut berkaitan hal ini. Berdasarkan kepada penglibatan kaum wanita
dalam perniagaan, pengkaji meneliti bahawa tiada kajian yang empirikal dibuat
terhadap peniaga-peniaga wanita ini di Kuala Krai. Maka, pengkaji merasakan, satu
kajian lebih lanjut dibuat bagi mengakaji punca penglibatan golongan wanita dalam
dunia perniagaan
6
Berdasarkan latar belakang masalah ini, pengkaji ingin melihat apakah faktor
dominan yang menyebabkan wanita yang menjalankan perniagaan di Pasar Besar
Kuala Krai, Kelantan menjadi usahawan kecil serta hubunganya dengan kepuasan.
1.4 Objektif Kajian
Terdapat beberapa faktor disenaraikan yang menjadi penyebab golongan
wanita ini berniaga. Oleh itu, dalam kajian ini, pengkaji ingin mengkaji faktor-faktor
dominan serta hubungannya dengan kepuasan menjadi usahawan kecil di kalangan
wanita di Pasar Besar Kuala Krai, Kelantan. Antara objektif bagi kajian ini adalah :
a. Mengenal pasti faktor-faktor dominan yang mendorong wanita menceburi
bidang perniagaan dari aspek minat, keperluan hidup, keuntungan, keturunan,
kemahiran serta misi dan visi.
b. Mengenal pasti tahap kepuasan usahawan kecil wanita yang menceburi
bidang perniagaan.
c. Mengenal pasti hubungan faktor-faktor dominan dari aspek minat, keperluan
hidup, keuntungan, keturunan, kemahiran serta misi dan visi dengan
kepuasan menjadi usahawan kecil di kalangan wanita.
1.5 Persoalan Kajian
Dalam kajian ini beberapa perkara yang menjadi persoalan kepada pengkaji iaitu:
a. Adakah faktor-faktor dominan iaitu minat, keperluan hidup, keuntungan,
keturunan, kemahiran serta misi dan visi mendorong wanita menceburi
bidang perniagaan.
b. Apakah tahap kepuasan usahawan kecil wanita yang menceburi bidang
perniagaan.
c. Adakah faktor-faktor dominan dari aspek minat, keperluan hidup,
keuntungan, keturunan, kemahiran serta misi dan visi mempunyai hubungan
dengan kepuasan menjadi usahawan kecil di kalangan wanita.