hiburan terus hidup aktif walau berkaki palsu - ttsh.com.sg · main sukan bola sepak dan papan...

1
EFARID HAMZAH [email protected] KAKI kanan Encik Muhammad Fa- zli Hasri terpaksa dipotong akibat satu kemalangan jalan raya, namun keadaan itu tidak menghambat beliau meneruskan kehidupan seperti biasa. Apatah lagi sebelum itu, beliau sela- lu menunggang skuter dan aktif ber- main sukan bola sepak dan papan lungsur beroda. Kemalangan itu berlaku dua tahun lalu, ketika anak kedua daripada tiga adik-beradik itu berusia 28 tahun. Seperti mangsa kemalangan lain, beliau agak terjejas dari segi emosi tat- kala kali pertama mendapat tahu ka- kinya terpaksa dikudungkan. Namun, sikap tidak mudah me- ngalah jejaka bujang ini penyumbang kepada pemulihannya hingga kepada keadaannya yang positif sekarang. Biarpun tanpa kaki kanan, Encik Muhammad Fazli ditawarkan peker- jaan sebagai penolong teknikal di Pu- sat Jagaan Kaki dan Rekaan Anggota Badan Hospital Tan Tock Seng (TT- SH). Tugasnya termasuk menghasilkan fabrikasi atau rekaan anggota badan dan mengubah suai tangan dan kaki palsu, atau prostetik, bagi mereka yang senasibnya. Pada hal sebelum itu, beliau tidak pasti mengenai nasibnya selepas mengalami kemalangan tersebut dan terpaksa meninggalkan kerja laman- ya. “Pekerjaan saya sebagai inspektor dalam sektor minyak dan gas sebelum ini memerlukan saya panjat loji untuk membersihkan dan memeriksanya. “Tapi selepas kemalangan itu, ke- mampuan saya melakukan apa yang pernah saya lakukan sebelum itu agak terhad. “Sebab itulah saya tukar kerjaya kepada bidang baru ini. Secara tidak langsung saya menjadi lebih peka ter- hadap mereka yang mengalami nasib hampir serupa seperti saya. “Ini membantu saya semasa men- jalankan tugas yang saya lakukan sekarang,”ujar Encik Muhammad Faz- li, yang pernah ditugaskan ke pelbagai negara kerana kerja, seperti Oman, Amiriah Arab Bersatu (UAE), China dan Filipina. Encik Muhammad Hazli, yang ber- kelulusan sijil Higher Nitec dalam kejuruteraan elektrikal, berkata kema- langan itu berlaku semasa beliau bera- da dalam sebuah kereta yang dipandu seorang kenalannya. Ketika itu mereka dalam perjala- nan dari Melaka ke Johor Bahru. “Pada ketika itu, keadaan memang gelap kerana sudah sekitar 9.30 malam. Entah macam mana, saya tersentak apabila kereta melanggar se- suatu. Tahu-tahu, saya tak dapat rasa kaki kanan ini kerana tersepit,” kata- nya. Beliau menunggu sejam lebih hing- ga ambulans tiba untuk membawanya ke hospital. Pemandu kereta itu mengalami kecederaan di tangan, sementara se- orang lagi penumpang retak tulang be- lakang. Dua lagi orang dalam kereta itu tidak cedera. Encik Muhammad Fazli dipindah- kan ke Hospital Universiti Nasional (NUH) pada awal pagi sehari selepas nahas tersebut. Malangnya, bahagian kakinya yang terjejas sudah mula dijangkiti bakteria dan tidak dapat diselamat- kan. Doktor terpaksa memotong kaki beliau di bahagian bawah lututnya. “Sedih tetap sedih. Saya mengam- bil masa beberapa minggu untuk mengatasi rasa kurang yakin pada diri sendiri, termasuk malu keluar rumah. “Tapi, mujur saya sedar dengan segera bahawa kehidupan perlu dite- ruskan. “Dengan sokongan keluarga dan rakan-rakan, saya dapat mengatasi se- mua itu,” kata Encik Muhammad Faz- li, yang mula memakai kaki palsu seki- tar tiga bulan selepas kemalangan tersebut. Setelah dapat menyesuaikan diri dengan kaki palsunya sekitar enam bu- lan kemudian, beliau kembali aktif dalam sukan seperti lungsur angin dan berenang. Malah, Encik Muhammad Fazli, yang sudah mempunyai temanita, akan ke Sri Lanka September ini un- tuk bermain lungsur angin. “Kaki kudung tidak bererti ber- akhirnya kehidupan. Sebaliknya, inilah kehidupan baru yang saya jalani masa ini,” ujarnya. SELEPAS semakan awal, uku- ran diambil dan fabrikasi atau re- kaan bagi anggota tubuh palsu di- lakukan. Ini diikuti dengan penyesuaian dan sesi penilaian dengan pakar prostetik dan ortotik (penyokong kaki). Demikian proses yang dilalui pesakit sebelum meneruskan pemulihan mereka menggunakan kaki prostetik atau palsu. Keseluruhan proses tersebut mengambil masa antara enam dengan 12 bulan. Ketua Pusat Jagaan Kaki dan Rekaan Anggota Badan TTSH, Encik Mohd Khalid Mohd Anuar, berkata pesakit yang mendapat- kan khidmat di pusat itu akan di- pantau sepanjang hayat mereka memandangkan mereka memerlu- kan kaki palsu baru setiap tiga hingga lima tahun, atau bagi pem- baikan biasa jika perlu. “Secara rutin, semua pesakit perlu kembali menjalani pemerik- saan jika bahagian tubuh proste- tik mereka selesa dipakai, selain memeriksa komponen lain yang digunakan sebagai mengesan se- barang tanda kerosakan. “Ini sebagai mencegah se- barang kemalangan, justeru pent- ing bagi pesakit menyertai sesi se- begini meskipun mereka rasa ka- ki prostetik mereka tiada masalah,” kata Encik Mohd Kha- lid. Seorang pesakit akan mengam- bil masa purata sekitar enam bu- lan sehingga setahun untuk mem- biasakan diri dengan anggota tu- buh prostetik. Prostetik dan ortotik adalah bidang klinikal yang berkaitan dengan anggota tubuh palsu. Lebih 3,800 pesakit baru mendapatkan khidmat prostetik dan ortotik di Pusat Rekaan Ja- gaan Kaki dan Anggota Badan Hospital TTSH dari 2010 hingga 2015. Kebanyakan mereka adalah pesakit yang telah menjalani am- putasi atau pemotongan kaki. Dianggarkan lebih 400 am- putasi kecil dan besar dilakukan di TTSH – salah sebuah institusi kesihatan di bawah National Health Group (NHG) – setiap tahun. HATI seseorang itu tidak semestinya sihat ha- nya kerana beliau tidak minum minuman keras. Perut buncit boleh menyebabkan lemak ter- kumpul pada sel-sel hati dan meningkatkan risiko kerosakan serius pada organ itu. Penyakit hati berlemak yang bukan disebab- kan minuman keras, atau Non-alcoholic fatty liv- er disease (NAFLD), ialah satu masalah kesiha- tan yang semakin meningkat, melebihi penyakit hati yang disebabkan minuman keras. Ia boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan, seperti radang hati, hati mengeras dan akhir sekali, kegagalan dan barah hati. Menerangkan lebih lanjut, konsultan di Jaba- tan Pembedahan Am Sengkang Health, Dr Kam Juinn Huar, berkata hati berlemak bermakna le- mak berlebihan di hati. Masalah kesihatan yang dihadapi bagi masalah hati berlemak termasuk kencing manis, berat badan berlebihan, dyslipidemia (paras ko- lesterol tinggi), tekanan darah tinggi, sindrom me- tabolik dan masalah lain, termasuk apnea tidur terhadang atau obstructive sleep apnea (OSA), tiroid (hypothyroidism) dan mereka yang mem- punyai keluarga dengan masalah NAFLD. “Kami kerap bertemu pesakit yang biasanya dirujuk pada kami selepas komplikasi mula tim- bul, seperti beliau mengalami hati mengeras atau barah hati. “Di peringkat itu, pembedahan biasanya satu-satunya pilihan rawatan yang berkesan. “NAFLD ialah masalah kesihatan yang me- luas. Ini tidak disedari ramai. “Satu-satu cara mencegahnya ialah mengekal- kan gaya hidup sihat dan pemeriksaan kerap bagi individu berisiko tinggi,” ujar Dr Kam. Dianggarkan NAFD menjejas antara 70 pera- tus hingga 90 peratus pesakit yang mengalami be- rat badan berlebihan dan kencing manis. Sekitar 84 hingga 96 peratus pesakit yang menjalani pembedahan bagi mengurangkan be- rat badan menghidap penyakit tersebut. Dan, 80 peratus mereka yang mengalami masalah hati berlemak tidak sedar mengenai keadaan mereka itu. Kebanyakan kes hati berlemak dikesan dalam kalangan mereka yang berusia antara 40 dengan 60 tahun. Mengenai tanda hati berlemak di peringkat awal, Dr Kam berkata ia termasuk rasa penat, ba- hagian atas perut terasa kurang selesa atau loya. “Apabila masalah ini bertukar menjadi hati yang mengeras, atau cirrhosis, tanda-tanda lebih jelas dan simptomnya akan muncul. Ini termasuk kulit mulai kuning, cecair terkum- pul dalam perut dan perut mudah luka atau ber- darah. “Pada ketika ini tiada ubat boleh merawat hati yang berlemak. “Anda dinasihatkan merawat dan mengawal masalah seperti kencing manis, paras kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi dan mengekalkan be- rat badan yang sihat dengan melakukan kegiatan fizikal,” nasihatnya. Mengenai pencegahan hati berlemak, Dr Kam berkata mengurangkan berat badan atau mengekalkan berat badan sihat, mengamalkan di- et sihat, selain gaya hidup sihat, termasuk kerap bersenam, dapat mencegah hati berlemak. – FARID HAMZAH Proses sesuai diri dengan kaki prostetik 6 bulan hingga setahun Kes penyakit hati berlemak bukan dek arak naik Terus hidup aktif walau berkaki palsu DR KAM JUINN HUAR: Menurutnya, masalah hati berlemak bukan kerana minuman keras (NAFLD) kian meningkat, melebihi kes penyakit hati yang disebabkan minuman keras. Ia boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan, seperti radang hati, hati mengeras dan akhir sekali, kegagalan dan barah hati. – Foto SENGKANG HEALTH GANJARAN BERSIKAP POSITIF: Encik Muhammad Fazli Hasri bekerja di Pusat Jagaan Kaki dan Rekaan Anggota Badan TTSH dan kekal aktif bersukan walaupun memakai kaki kanan palsu selepas kakinya terpaksa dikudungkan akibat kemalangan jalan raya. – Foto KHALID BABA KEHIDUPAN MASA LALU: Menunggang skuter kegemaran Encik Muhammad Fazli sebelum kakinya terpaksa dikudungkan. – Foto ihsan MOHD FAZLI HASRI Fikir Sihat, Jadi Sihat Dianjurkan oleh: Seminar Kesihatan 2017 29 Julai 2017 Sabtu, 1.30ptg Auditorium SPH • Kenali dan atasi 3 penyakit kronik – kencing manis, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. • Pelajari tentang diet sihat dan sertai senaman mudah. HADIAH CABUTAN BERTUAH Bernilai $1500 Untuk Dimenangi! Dapatkan cenderahati bernilai lebih $50. Bayaran: $28 setiap peserta. Tarikh tutup pendaftaran: 23 Julai 2017. Untuk Pendaftaran & Pembayaran, Hubungi: 6747 4544 (Nour Nutralab LLP) 6749 9949 (Natures Ville Pte Ltd) 6742 5100 (Health Seed Lifestyle) • sihatsegar.sg/seminar/ 10 Berita Harian | Rabu, 26 Julai 2017 Gah! Gaya Hidup · Artistik · Hiburan

Upload: ngohanh

Post on 10-Jun-2018

217 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hiburan Terus hidup aktif walau berkaki palsu - ttsh.com.sg · main sukan bola sepak dan papan lungsur beroda. Kemalangan itu berlaku dua tahun ... GANJARAN BERSIKAP POSITIF: Encik

EFARID [email protected]

KAKI kanan Encik Muhammad Fa-zli Hasri terpaksa dipotong akibat satu kemalangan jalan raya, namun keadaan itu tidak menghambat beliau meneruskan kehidupan seperti biasa.

Apatah lagi sebelum itu, beliau sela-lu menunggang skuter dan aktif ber-main sukan bola sepak dan papan lungsur beroda.

Kemalangan itu berlaku dua tahun lalu, ketika anak kedua daripada tiga adik-beradik itu berusia 28 tahun.

Seperti mangsa kemalangan lain, beliau agak terjejas dari segi emosi tat-kala kali pertama mendapat tahu ka-kinya terpaksa dikudungkan.

Namun, sikap tidak mudah me-ngalah jejaka bujang ini penyumbang kepada pemulihannya hingga kepada keadaannya yang positif sekarang.

Biarpun tanpa kaki kanan, Encik Muhammad Fazli ditawarkan peker-jaan sebagai penolong teknikal di Pu-sat Jagaan Kaki dan Rekaan Anggota Badan Hospital Tan Tock Seng (TT-SH).

Tugasnya termasuk menghasilkan fabrikasi atau rekaan anggota badan dan mengubah suai tangan dan kaki palsu, atau prostetik, bagi mereka yang senasibnya.

Pada hal sebelum itu, beliau tidak pasti mengenai nasibnya selepas mengalami kemalangan tersebut dan terpaksa meninggalkan kerja laman-ya.

“Pekerjaan saya sebagai inspektor dalam sektor minyak dan gas sebelum ini memerlukan saya panjat loji untuk membersihkan dan memeriksanya.

“Tapi selepas kemalangan itu, ke-mampuan saya melakukan apa yang pernah saya lakukan sebelum itu agak terhad.

“Sebab itulah saya tukar kerjaya kepada bidang baru ini. Secara tidak langsung saya menjadi lebih peka ter-hadap mereka yang mengalami nasib hampir serupa seperti saya.

“Ini membantu saya semasa men-jalankan tugas yang saya lakukan sekarang,”ujar Encik Muhammad Faz-li, yang pernah ditugaskan ke pelbagai negara kerana kerja, seperti Oman, Amiriah Arab Bersatu (UAE), China dan Filipina.

Encik Muhammad Hazli, yang ber-kelulusan sijil Higher Nitec dalam kejuruteraan elektrikal, berkata kema-langan itu berlaku semasa beliau bera-da dalam sebuah kereta yang dipandu seorang kenalannya.

Ketika itu mereka dalam perjala-nan dari Melaka ke Johor Bahru.

“Pada ketika itu, keadaan memang gelap kerana sudah sekitar 9.30 malam. Entah macam mana, saya tersentak apabila kereta melanggar se-suatu. Tahu-tahu, saya tak dapat rasa kaki kanan ini kerana tersepit,” kata-nya.

Beliau menunggu sejam lebih hing-ga ambulans tiba untuk membawanya ke hospital.

Pemandu kereta itu mengalami kecederaan di tangan, sementara se-orang lagi penumpang retak tulang be-lakang. Dua lagi orang dalam kereta itu tidak cedera.

Encik Muhammad Fazli dipindah-kan ke Hospital Universiti Nasional (NUH) pada awal pagi sehari selepas nahas tersebut.

Malangnya, bahagian kakinya yang terjejas sudah mula dijangkiti bakteria dan tidak dapat diselamat-kan.

Doktor terpaksa memotong kaki beliau di bahagian bawah lututnya.

“Sedih tetap sedih. Saya mengam-

bil masa beberapa minggu untuk mengatasi rasa kurang yakin pada diri sendiri, termasuk malu keluar rumah.

“Tapi, mujur saya sedar dengan segera bahawa kehidupan perlu dite-ruskan.

“Dengan sokongan keluarga dan rakan-rakan, saya dapat mengatasi se-mua itu,” kata Encik Muhammad Faz-li, yang mula memakai kaki palsu seki-tar tiga bulan selepas kemalangan tersebut.

Setelah dapat menyesuaikan diri dengan kaki palsunya sekitar enam bu-lan kemudian, beliau kembali aktif dalam sukan seperti lungsur angin dan berenang.

Malah, Encik Muhammad Fazli, yang sudah mempunyai temanita, akan ke Sri Lanka September ini un-tuk bermain lungsur angin.

“Kaki kudung tidak bererti ber-akhirnya kehidupan. Sebaliknya, inilah kehidupan baru yang saya jalani masa ini,” ujarnya.

SELEPAS semakan awal, uku-ran diambil dan fabrikasi atau re-kaan bagi anggota tubuh palsu di-lakukan.

Ini diikuti dengan penyesuaian dan sesi penilaian dengan pakar prostetik dan ortotik (penyokong kaki).

Demikian proses yang dilalui pesakit sebelum meneruskan pemulihan mereka menggunakan kaki prostetik atau palsu.

Keseluruhan proses tersebut mengambil masa antara enam dengan 12 bulan.

Ketua Pusat Jagaan Kaki dan Rekaan Anggota Badan TTSH, Encik Mohd Khalid Mohd Anuar, berkata pesakit yang mendapat-kan khidmat di pusat itu akan di-pantau sepanjang hayat mereka memandangkan mereka memerlu-kan kaki palsu baru setiap tiga hingga lima tahun, atau bagi pem-baikan biasa jika perlu.

“Secara rutin, semua pesakit perlu kembali menjalani pemerik-saan jika bahagian tubuh proste-tik mereka selesa dipakai, selain memeriksa komponen lain yang digunakan sebagai mengesan se-

barang tanda kerosakan.“Ini sebagai mencegah se-

barang kemalangan, justeru pent-ing bagi pesakit menyertai sesi se-begini meskipun mereka rasa ka-ki prostetik mereka tiada masalah,” kata Encik Mohd Kha-lid.

Seorang pesakit akan mengam-bil masa purata sekitar enam bu-lan sehingga setahun untuk mem-biasakan diri dengan anggota tu-buh prostetik.

Prostetik dan ortotik adalah bidang klinikal yang berkaitan dengan anggota tubuh palsu.

Lebih 3,800 pesakit baru mendapatkan khidmat prostetik dan ortotik di Pusat Rekaan Ja-gaan Kaki dan Anggota Badan Hospital TTSH dari 2010 hingga 2015.

Kebanyakan mereka adalah pesakit yang telah menjalani am-putasi atau pemotongan kaki.

Dianggarkan lebih 400 am-putasi kecil dan besar dilakukan di TTSH – salah sebuah institusi kesihatan di bawah National Health Group (NHG) – setiap tahun.

HATI seseorang itu tidak semestinya sihat ha-nya kerana beliau tidak minum minuman keras.

Perut buncit boleh menyebabkan lemak ter-kumpul pada sel-sel hati dan meningkatkan risiko kerosakan serius pada organ itu.

Penyakit hati berlemak yang bukan disebab-kan minuman keras, atau Non-alcoholic fatty liv-er disease (NAFLD), ialah satu masalah kesiha-tan yang semakin meningkat, melebihi penyakit hati yang disebabkan minuman keras.

Ia boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan, seperti radang hati, hati mengeras dan akhir sekali, kegagalan dan barah hati.

Menerangkan lebih lanjut, konsultan di Jaba-tan Pembedahan Am Sengkang Health, Dr Kam Juinn Huar, berkata hati berlemak bermakna le-mak berlebihan di hati.

Masalah kesihatan yang dihadapi bagi masalah hati berlemak termasuk kencing manis, berat badan berlebihan, dyslipidemia (paras ko-lesterol tinggi), tekanan darah tinggi, sindrom me-tabolik dan masalah lain, termasuk apnea tidur terhadang atau obstructive sleep apnea (OSA),

tiroid (hypothyroidism) dan mereka yang mem-punyai keluarga dengan masalah NAFLD.

“Kami kerap bertemu pesakit yang biasanya dirujuk pada kami selepas komplikasi mula tim-bul, seperti beliau mengalami hati mengeras atau barah hati.

“Di peringkat itu, pembedahan biasanya satu-satunya pilihan rawatan yang berkesan.

“NAFLD ialah masalah kesihatan yang me-luas. Ini tidak disedari ramai.

“Satu-satu cara mencegahnya ialah mengekal-kan gaya hidup sihat dan pemeriksaan kerap bagi individu berisiko tinggi,” ujar Dr Kam.

Dianggarkan NAFD menjejas antara 70 pera-tus hingga 90 peratus pesakit yang mengalami be-rat badan berlebihan dan kencing manis.

Sekitar 84 hingga 96 peratus pesakit yang menjalani pembedahan bagi mengurangkan be-rat badan menghidap penyakit tersebut.

Dan, 80 peratus mereka yang mengalami masalah hati berlemak tidak sedar mengenai keadaan mereka itu.

Kebanyakan kes hati berlemak dikesan dalam

kalangan mereka yang berusia antara 40 dengan 60 tahun.

Mengenai tanda hati berlemak di peringkat awal, Dr Kam berkata ia termasuk rasa penat, ba-hagian atas perut terasa kurang selesa atau loya.

“Apabila masalah ini bertukar menjadi hati yang mengeras, atau cirrhosis, tanda-tanda lebih jelas dan simptomnya akan muncul.

Ini termasuk kulit mulai kuning, cecair terkum-pul dalam perut dan perut mudah luka atau ber-darah.

“Pada ketika ini tiada ubat boleh merawat hati yang berlemak.

“Anda dinasihatkan merawat dan mengawal masalah seperti kencing manis, paras kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi dan mengekalkan be-rat badan yang sihat dengan melakukan kegiatan fizikal,” nasihatnya.

Mengenai pencegahan hati berlemak, Dr Kam berkata mengurangkan berat badan atau mengekalkan berat badan sihat, mengamalkan di-et sihat, selain gaya hidup sihat, termasuk kerap bersenam, dapat mencegah hati berlemak. – FARID HAMZAH

Proses sesuai diri dengan kaki prostetik

6 bulan hingga setahun

Kes penyakit hati berlemak bukan dek arak naik

Terus hidup aktif walau

berkaki palsu

DR KAM JUINN HUAR: Menurutnya, masalah hati berlemak bukan kerana minuman keras (NAFLD) kian meningkat, melebihi kes penyakit hati yang disebabkan minuman keras. Ia boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan, seperti radang hati, hati mengeras dan akhir sekali, kegagalan dan barah hati. – Foto SENGKANG HEALTH

GANJARAN BERSIKAP POSITIF: Encik Muhammad Fazli Hasri bekerja di Pusat Jagaan Kaki dan Rekaan Anggota Badan TTSH dan kekal aktif bersukan walaupun memakai kaki kanan palsu selepas kakinya terpaksa dikudungkan akibat kemalangan jalan raya. – Foto KHALID BABA

KEHIDUPAN MASA LALU: Menunggang skuter kegemaran Encik Muhammad Fazli sebelum kakinya terpaksa dikudungkan. – Foto ihsan MOHD FAZLI HASRI

Fikir Sihat,Jadi Sihat

Dianjurkan oleh:

SeminarKesihatan

2017

29 Julai 2017Sabtu, 1.30ptg

Auditorium SPH

• Kenali dan atasi 3 penyakit kronik – kencing manis, penyakitjantung dan tekanan darah tinggi.

• Pelajari tentang diet sihat dan sertai senaman mudah.

HADIAHCABUTAN BERTUAH

Bernilai $1500Untuk Dimenangi!

Dapatkan cenderahati bernilai lebih $50.

Bayaran: $28 setiap peserta.Tarikh tutup pendaftaran: 23 Julai 2017.

Untuk Pendaftaran & Pembayaran, Hubungi:• 6747 4544 (Nour Nutralab LLP) • 6749 9949 (Natures Ville Pte Ltd)• 6742 5100 (Health Seed Lifestyle) • sihatsegar.sg/seminar/

10 Berita Harian | Rabu, 26 Julai 2017

Gah! Gaya Hidup · Artistik · Hiburan