hbec3803 planning.docx

23
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2015 _________________________________________________________________ _____________ HBEC3803 PERANCANGAN DAN PENGURUSAN PROGRAM AWAL KANAK-KANAK _________________________________________________________________ _____________ IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK NO. MATRIKULASI : 891122126106001 NO. KAD PENGENALAN : 8911122-12-6106 NO. TELEFON : 0145531262 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : SABAH

Upload: nancie-sinawa

Post on 20-Feb-2016

314 views

Category:

Documents


27 download

TRANSCRIPT

Page 1: HBEC3803 PLANNING.docx

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

MEI 2015

______________________________________________________________________________

HBEC3803

PERANCANGAN DAN PENGURUSAN PROGRAM AWAL KANAK-KANAK

______________________________________________________________________________

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

NO. MATRIKULASI : 891122126106001

NO. KAD PENGENALAN : 8911122-12-6106

NO. TELEFON : 0145531262

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : SABAH

Page 2: HBEC3803 PLANNING.docx

2

HBEC3803ISI KANDUNGAN

Bil. Kandungan Muka Surat

1 1.0 Pengenalan 3-4

2 2.0 Langkah-langkah penubuhan tadika swasta 5-13

2.0.1 Nama Dan Lokasi Tadika 2.0.2 Jenis Perkhidmatan Yang Bakal Ditawarkan 2.0.3 Kajian Keperluan Dan Keputusan Kajian 2.0.4 Jenis Kurikulum 2.0.5 Struktur Organisasi Pusat 2.0.6 Mendaftar dengan SSM dan agensi berkaitan 2.0.7 Pelan Tapak Pusat 2.0.8 Pelan Bangunan 2.0.9 Susun Atur Tadika 2.0.10 Peralatan Fizikal Pusat 2.0.11 Mendapatkan Kelulusan Jabatan Bomba Malaysia 2.0.12 Mendapatkan Kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia

3 3.0 Kesimpulan 14

4 4.0 RUJUKAN 15

5 LAMPIRAN

Page 3: HBEC3803 PLANNING.docx

3

HBEC38031.0 PENGENALAN

Awal kanak-kanak ialah istilah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-kanak dari

masa lahir hingga ke umur enam tahun. Mengikut ‘ The National Association for The Education

of Young Children (NAEYC) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-Kanak

Muda, pendidikan awal kanak-kanak merujuk kepada segala program pendidikan yang memberi

layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak dari lahir hingga ke umur enam tahun.

Perkembangan juga merupakan satu proses yang kompleks merangkumi perubahan

secara kuantitatif dan kualitatif dari segi fizikal, perceptual, intelektual, bahasa, emosi, social dan

moral seseorang individu (Berk, 2000). Pendidikan awal kanak-kanak merupakan perkara

penting untuk membentuk corak pembelajaran masa hadapan yang lebih baik dan seimbang.

Pendidikan awal kanak-kanak adalah sangat penting dalam perkembangan dan pembangunan

seseorang kanak-kanak itu. Umum mengetahui, sekiranya seorang kanak-kanak itu mendapat

pendidikan asas yang berkualiti, maka diyakini kanak-kanak tersebut akan terus berjaya dalam

pendidikan yang akan dilalui pada peringkat yang lebih tinggi dan juga kerjayanya di masa

hadapan. Pendidikan ini juga termasuklah proram-program untuk bayi,  kanak-kanak yang baru

bertatih, dan program-program prasekolah termasuklah sekolah asuhan kanak-kanak dan

peringkat sekolah rendah (Azizah Lebai Nordin,  2002). Pendidikan di peringkat kanak-kanak

juga merangkumi segala pengalaman dalam kehidupan hariannya sama ada di pusat asuhan,

rumah atau luar rumah. Pendidikan awal kanak-kanak ialah asas kepada pembinaan kekukuhan

sesuatu bangsa dan pemangkin kepada visi wawasan hala tuju negara.

Dalam konteks kanak-kanak, pendidikan awal juga perlu dilihat sebagai satu proses

kognitif yang berterusan, berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-

kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran. Dengan adanya ilmu atau

kemahiran yang diperoleh, ia akan diaplikasikan dalam konteks persekitaran yang pelbagai

samada dalam kehidupan sehariannya ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa

akan datang. Malah, pendidikan awal kanak-kanak memberikan manfaat yang ketara dalam

pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak dengan membantu banyak kanak-kanak daripada

tercicir mengikuti pendidikan awal (Deanna M. Swartou, 2005).

Konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut dua peringkat

berdasarkan tahap umur kanak-kanak. Peringkat yang pertama ialah Taman Asuhan Kanak-

kanak atau Taska untuk kanak-kanak yang bawah 4 tahun. Peringkat kedua ialah Prasekolah atau

Page 4: HBEC3803 PLANNING.docx

4

HBEC3803Tadika untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Terdapat empat agensi utama yang

menjalankan pendidikan prasekolah di Malaysia iaitu Kementerian Pendidikan sendiri, pihak

KEMAS di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Jabatan Perpaduan

Negara dan Integrasi Nasional di bawah Jabatan Perdana Menteri, serta pihak swasta yang

bertungkus-lumus untuk memastikan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak ini diteruskan

dan ditingkatkan.

Justeru, sebagai seorang bakal guru pendidikan awal kanak-kanak, bakal guru harus tahu

merancang dengan baik mengenai penubuhan sebuah pusat pengasuhan atau pendidikan awal

kanak-kanak dan harus mengikuti prosedur dan langkah-langkah yang betul berdasarkan

peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan agar tidak berlaku sebarang masalah dalam

memberikan pendidikan awal yang terbaik kepada kanak-kanak.

Page 5: HBEC3803 PLANNING.docx

5

HBEC38032.0 LANGKAH-LANGKAH PENUBUHAN TADIKA SWASTA

Bilangan tadika yang meningkat secara mendadak hingga tahun 1970-an menyebabkan

kerajaan mengambil langkah bagi meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah (Petri Zabariah

et. al, 2002).Untuk menubuhkan sebuah tadika swasta, seseorang pengusaha itu perlulah berumur

tidak kurang 18 tahun dan warganegara Malaysia (termasuk pemastautin tetap). Pemohon perlu

mengisi borang permohonan penubuhan (BPS1) berserta dengan dokumen yang diperlukan.

Setiap kelulusan penubuhan tadika swasta adalah tertakluk kepada peruntukan seksyen 84 di

bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), serta tertakluk juga kepada syarat-syarat yang

dikenakan. Kelulusan penubuhan boleh diberi jika syarat-syarat yang dikenakan telah

dipersetujui secara rasmi oleh pemohon.

2.0.1 NAMA TADIKA DAN LOKASI TADIKA

Tadika adalah tempat untuk kanak-kanak mengembangkan rasa seronok untuk

belajar, mengembangkan pengetahuan am, kemampuan untuk bergaul dengan orang lain dan

juga mendedahkan kanak-kanak kepada dunia (Tadika.my, 2014). Oleh itu, sebelum memulakan

penubuhan sebuah tadika swasta, pengusaha atau bakal guru itu perlu mengetahui langkah-

langkah yang harus diikuti agar keperluan perancangan yang telus dan konsisten dalam

mengemukakan permohonan bagi menjalankan aktiviti TADIKA dapat dijalankan dengan baik.

Saya telah memilih untuk membuka sendiri sebuah pusat pendidikan awal kanak-kanak iaitu

tadika swasta dan nama pusat berkenaan adalah TADIKA Bestari. Nama ini dipilih kerana kanak-

kanak dilahirkan dengan minda yang cukup sempurna dan ianya perlu diasah sejak kecil agar

mereka mampu berjaya dalam hidup dan menjadi bakal pelapis kepada pemimpin negara pada

masa akan datang.

Lokasi bangunan Tadika Bestari terletak di atas sebidang tanah seluas 700 meter persegi

di Jalan Lotong Kota Marudu dan boleh dilihat dari jalan raya. Tadika ini berada di kawasan

yang kondusif untuk pengajaran, pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak. Lokasi ini juga

selamat daripada risiko kemalangan, kecederaan dan terjamin keselamatannya serta jauh dari

pusat hiburan. Malah, udaranya bersih dan nyaman, tidak diganggu oleh pencemaran bunyi dan

saya juga mendapat kebenaran bertulis dari jiran terdekat berkenaan penubuhan Tadika swasta di

kawasan ini

Page 6: HBEC3803 PLANNING.docx

6

HBEC3803

2.0.2 JENIS PERKHIDMATAN YANG BAKAL DITAWARKAN

Tadika ini menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan kepada kanak-kanak yang belajar di

sini. Salah satu adalah penyediaan makanan dan minuman pada masa rehat. Makanan yang

disediakan hendaklah mencukupi, seimbang, bermutu dan dalam keadaan bersih. Makanan dan

minuman yang dibawa dari rumah oleh kanak-kanak adalah digalakkan. Penyediaan makanan

dan minuman untuk kanak-kanak islam hendaklah diasingkan dan disediakan oleh pekerja yang

beragama islam.

Wujud Perkhidmatan Pendidikan bagi kanak-kanak 4 hingga 6 tahun, dimana mereka

diperkenalkan pendidikan secara semi formal dan formal. Pendidikan tadika ini berasaskan

kurikulum yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan penggabungan nilai-

nilai Islam yang perlu diterapkan kepada mereka. Tadika ini turut menawarkan kurikulum yang

menarik sesuai dengan keperluan kanak-kanak. Perkhidmatan yang menepati kehendak ibu bapa

dan kanak-kanak dan mempunyai standard atau piawaian mengikut perkembangan kanak-kanak.

Program melaksanakan kurikulum yang konsisten dengan matlamat untuk kanak-kanak dan

menggalakkan pembelajaran dan perkembangan di setiap bidang: sosial, emosi, fizikal, bahasa

dan kognitif (Prof. Dr Bustam Kamri, 5 Julai 2015).

Selain itu, Tadika Bestari memberikan Perkhidmatan Seminar Keibubapaan dan

Perkembangan Kanak-kanak. Kemahiran Keibubapaan kini tidak lagi wajar dilihat dalam

perspektif konvensional, ianya perlu dilihat dalam paradigma baru sebagai satu subjek

kemasyarakatan yang perlu dikuasai oleh setiap yang bernama ibubapa. Justeru itu,

perkhidmatan penganjuran konferen, seminar dan perkhemahan keibubapaan juga dianjurkan

oleh Tadika Bestari.

Perkhidmatan Program Perkhidmatan Kesihatan untuk kanak-kanak turut disediakan.

Program ini dilaksanakan setiap 3 bulan sekali. Ia bertujuan untuk memberi pemeriksaan

kesihatan kepada kanak-kanak dan mengesan penyakit berjangkit yang ada di kalangan mereka.

Setiap program yang dijalankan menawarkan perkhidmatan kesihatan untuk kanak-kanak.

Program menggalakkan nutrisi dan kesihatan kanak-kanak. Melindungi daripada jangkitan

penyakit dan kecederaan kanak-kanak dan kakitangan. Kanak-kanak mesti sihat dan selamat

untuk belajar dan membesar. Program perlu memberi perkhidmatan yang menitikberatkan

kesihatan dan keselamatan untuk membantu perkembangan kesihatan kanak-kanak.

Page 7: HBEC3803 PLANNING.docx

7

HBEC3803

2.0.3 KAJIAN KEPERLUAN DAN KEPUTUSAN KAJIAN

Kajian dilakukan untuk mengenal pasti samaada terdapatnya permintaan tadika di

kawasan ini. Pengusaha perlu meneliti beberapa faktor asas yang kritikal bagi memastikan

kedudukan tadika pada masa panjang. Sumber data dikaji Yang Boleh diperolehi Melalui data

sekunder yang di disimpan Jabatan Statistik, pejabat Perbandaran dan majlis daerah. Perkara-

Perkara Yang Mesti dikaji dalam fasa pertama ialah profil isi rumah dalam Persekitaran 10

kilometer iaitu data yang diperolehi seperti bilangan keluarga dalam 25 buah keluarga, pecahan

mengikut bangsa dalam 4 jenis bangsa yang wujud di kawasan ini iaitu Bajau, Dusun, Cina dan

melayu dan data Penduduk mengikut Umur adalah 35% adalah kanak-kanak, 40% orang dewasa

dan 30% lagi adalah golongan orang tua.

Bagi Profail Persaingan, pengusaha perlu juga mengkaji tentang kemungkinan wujudnya

tadika yang sedia ada. Data yang dikaji mesti meliputi bilangan persaingan iaitu terdapat 1 buah

tadika swasta yang wujud di kawasan ini dalam lingkungan 2 km. Saya telah menemuduga

beberapa orang pelenggan yang menghantar anak mereka ke Tadika Bestari. Bagi aspek konsep

pembelajaran, tadika ini turut menggunakan kurikulum standard prasekolah seperti yang terdapat

dalam KPM dan menggunakan pendekatan Montessori sebagai teknik pembelajaran mereka.

Dari segi kelebihan, tadika ini berdekatan dengan sekolah rendah dan mempunyai 4 buah tadika.

Ini membolehkan mereka mengambil murid yang ramai dan guru yang ramai serta cukup untuk

mengajar. Dari aspek kekurangan, tadika ini menghadapi kekurangan sumber kewangan kerana

tadika ini merupakan tadika jenis agama dan tidak mendapat bantuan dari Kerajaan.

Sekiranya Kajian Fasa pertama tadi mendapati bahawa pengusaha boleh Membuka Satu

lagi Perniagaan Perkhidmatan Tadika di lokasi berkenaan, maka Kajian lebih terperinci

hendaklah dibuat tentang profil Pasaran Yang Ingin dimasuki. Kajian ini seharusnya

Memberikan maklumat carian kepada pengusaha untuk Membuat keputusan tentang strategi

perniagaan yang akan dijalankan. Perincian ini meneliti pendapatan isi rumah mempengaruhi

harga perkhimatan yang akan ditawarkan. Pendapatan isi rumah akan memberi input kepada

penguasa tadika tentang harga perkhidmatan yang akan ditawarkan. Selepas kajian, pengusaha

telah menetapkan harga yuran bulanan bagi Tadika Bestari adalah RM70.00 sebulan. Harga ini

dipilih berdasarkan jenis perkhidmatan yang bakal ditawarkan kepada kanak-kanak dan ianya

seimbang dengan purata pendapatan penduduk di kawasan ini yang berpendapatan sederhana.

Page 8: HBEC3803 PLANNING.docx

8

HBEC3803

2.0.4 JENIS KURIKULUM

Kurikulum tadika Bestari ini adalah berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah

Kebangsaan (KSPK) yang merangkumi enam komponen bahasa dan komunikasi,

komponen perkembangan kognitif, komponen kerohanian dan moral, komponen perkembangan

sosioemosi, komponen perkembangan fizikal dan komponen kreativiti dan estetika. Program dan

kegiatan tadika adalah berdasarkan Garis Panduan Kurikulum yang diluluskan oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia. Bahasa-bahasa selain daripada Bahasa Kebangsaan boleh digunakan

sebagai bahasa pengantar, tetapi tadika harus mengajar Bahasa Kebangsaan sebagai mata

pelajaran wajib.

Buku Panduan Guru Prasekolah Malaysia telah diterbitkan untukdijadikan panduan

dalam pengajaran dan pembelajaran prasekolah. Kemudian pada tahun 1993, Garis Panduan

Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia telah digunapakai untuk sekolah rintis di

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Kurikulum Prasekolah Kebangsaan digubal sebagai

usaha untuk menyelaras dan meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah. Ianya menjadi satu

dokumen rujukan standard kepada semua pengusaha tadika seperti yang terdapat dalam pindaan

Akta Pendidikan 1996 (Pendidikan Prasekolah).

Pendidikan Agama Islam diajar kepada kanak-kanak beragama Islam oleh guru Islam dan

Pendidikan moral diajar kepada kanak-kanak bukan Islam. Konsep pendekatan Montessori

digunakan sebagai persediaan murid untuk memasuki sekolah rendah dan untuk pembentukan

ketrampilan diri. Manakala, bahasa pengantar utama yang digunakan di tadika ini adalah Bahasa

Melayu. Tadika ini turut menekankan konsep pengurusan 3M iaitu menulis, mengira dan

membaca.

Tadika Bestari telah memilih empat buah buku khas yangdigunakan dalam pembelajaran

kanak-kanak di sini. Buku-buku tersebut terdiri daripada buku yang bertajuk Cahayaku untuk

mata pelajaran Bahasa Malaysia, Buku Little Ones Eduworld untuk pembelajaran bagi mata

pelajaran Matematik, Sains dan English serta sebuah Art Book untuk komponen kreativiti dan

estetika.

Page 9: HBEC3803 PLANNING.docx

9

HBEC3803

2.0.5 STRUKTUR ORGANISASI PUSAT

Struktur organisasi Tadika Bestari mempunyai tenaga pengajar yang berkelayakan

minima di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Bagaimanapun, tenaga pengajar yang mempunyai

kelayakan tinggi seperti ijazah, diploma atau sijil tadika diperlukan untuk membantu

kecemerlangan mutu perkhidmatan tadika ini. Terdapat 3 orang guru yang yang berkelulusan

Diploma dan seorang pembantu guru yang berkelulusan SPM yang akan membantu mengajar

kanak-kanak di tadika ini.

Latihan juga diberikan kepada staf tadika dan kepada mereka yang berminat untuk

menjadi tenaga pengajar atau pengusaha tadika yang berminat dalam perniagaan perkhidmatan

tadika. Antara institusi latihan yang ada adalah seperti Persatuan Tadika Malaysia dan Tadika Sri

Montessori Sdn. Bhd.

2.0.6 MENDAFTAR DENGAN SSM DAN AGENSI BERKAITAN

Apabila lesen telah diperolehi, barulah sebuah perkhidmatan tadika dapat dijalankan

secara sah. Pengiktirafan sebagai sebuah entiti perniagaan yang sah dari segi undang-undang

mempunyai implikasi penting kepada usaha untuk mendapatkan sebarang pembiayaan dari

institusi kewangan tempatan. Ini kerana pihak pembiaya hanya akan membiayai mana-mana

operasi perniagaan yang sah dari segi undang-undang sahaja.

Bagi syarat-syarat pendaftaran, Tadika Bestari telah mendaftar dengan Suruhanjaya

Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Pihak Berkuasa Tempatan. Ini

bertujuan bagi Memenuhi standard minimum Jabatan Kebajikan Masyarakat selaras dengan

peruntukan Akta dan Peraturan-Peraturan TADIKA. Selepas menerima sokongan daripada

agensi-agensi ini, surat kelulusan dikeluarkan kepada Pengusaha Tadika dengan syarat-syarat

khas.

Page 10: HBEC3803 PLANNING.docx

10

HBEC3803

2.0.7 PELAN TAPAK PUSAT (Rujuk Lampiran A)

Pelan tapak bangunan Tadika Bestari terletak di atas sebidang tanah seluas 700 meter

persegi di Jalan Lotong Kota Marudu. Tapak dan Bangunan ini merupakan kepunyaan Puan

Luna Mairon dan disewa oleh Tadika dengan kadar sewa RM800 sebulan. Tadika ini dikelilingi

oleh rumah penduduk Kampung Lotong. Terdapat juga sebuah Gereja dan bangunan kedai di

kawasan ini. Dengan adanya pelan ini,ia dapat memudahkan ibubapa dan masyarakat setempat

untuk mencari tadika ini.

2.0.8 PELAN BANGUNAN (Rujuk Lampiran B)

Pelan bangunan Tadika Bestari adalah seluas 20 X 40 kaki persegi di atas sebidang tanah

seluas 700 meter persegi. Bangunan ini telah diubahsuai mengikut kesesuaian kanak-kanak dan

aktiviti pembelajaran mereka. Selain itu, terdapat juga sebuah dapur tempat menyimpan

makanan dan di sebelahnya pula terdapat sebuah tandas untuk kanak-kanak dan staf tadika.

Tandas ini dilengkapi dengan tingkap kecil dan kipas pengalir udara untuk mengalirkan bau

busuk ke luar.

Ia juga dilengkapi mangkuk tandas, tapak pemijak serta sinki dan cermin yang mengikut saiz dan

ketinggian kanak-kanak. Lantainya pula dipasang dengan jubin anti lumut dan anti licin bagi

mengelakkan kemalangan. Terdapat satu pintu bertutup supaya tidak mengganggu aktiviti

pembelajaran kanak-kanak dan untuk keselamatan terdapat satu lagi pintu menghala ke bahagian

belakang bangunan. Setiap kelengkapan dan peralatan yang ada di bilik ini dilabel bagi

memudahkan kerja dan pengurusan barang-barang serta mengekalkan kekemasan bilik. Hanya

terdapat satu bilik darjah yang terdapat dalam Prasekolah ini yang dapat menampung seramai 20

orang kanak-kanak.

Bilik ini menempatkan sebuah papan putih, 6 buah meja segi empat, dan 20 buah kerusi

bersaiz kanak-kanak. Dinding bilik dihiasi dengan pelbagai jenis carta dan mural. Bahagian

Siling pula digantung dengan pelbagai bahan bantu mengajar dan hiasan kelas. Terdapat sebuah

pemadam api sebagai langkah kecemasan apabila berlaku sebarang kebakaran. Terdapat juga

sebuah pejabat di Tadika bestari sebagai tempat untuk guru-guru melakukan kerja mereka yang

lain tanpa sebarang gangguan.

Page 11: HBEC3803 PLANNING.docx

11

HBEC3803

2.0.9 SUSUN ATUR TADIKA

Susun atur tadika amat dititikberatkan oleh pengusaha tadika. Bahagian luar bilik darjah

aspek fizikal luar bilik darjah perlu bersih, kondusif dan selamat.Dinding kelas juga bersih dan

cantik, mempunyai rak kasut dan menarik perhatian kanak-kanak. Selain itu, terdapat juga pusat

permainan air dan pasir, kebun kecil yang ditanam dengan tanaman yang tidak berbahaya kepada

kanak-kanak. Taman permainan pula terurus dan dalam keadaan yang baik, tiada kerosakan dan

dihiasi dengan bunga-bungaan.

Di dalam bilik darjah pula, susun atur harus selamat dan bersih di setiap ruang. Langsir

dan alas meja yang digunakan harus bersih dan menarik serta bahan bantu mengajar di setiap

sudut dalam keadaan tersusun, teratur dan menarik. Keadaan sekeliling dalaman tadika juga

ceria, berwarna-warni dan menarik minat kanak-kanak serta mempunyai pengudaraan yang baik.

Kelas juga perlu mempunyai ruang untuk aktiviti-aktiviti kumpulan kecil dan besar. Kesesuaian

dan susunan perabot perlu sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak yang sentiasa kemas,

teratur dan selesa agar tidak menghalang pergerakan kanak-kanak. Penggunaan ruang tadika juga

mempunyai pusat-pusat pembelajaran mengikut komponen dan mudah diubahsuai mengikut

situasi ataupun aktiviti pembelajaran.

Bagi ruangan dapur, lantai adalah kering dan bersih, dinding bersih dan tingkap tidak

berhabuk. Kanak-kanak tidak dibenarkan masuk di kawasan ini untuk tujuan keselamatan dan

bagi mengelakkan kemalangan. Ruangan tandas perlu menitikberatkan keselamatan kanak-kanak

ketika menggunakannya. Lantai yang anti licin dapat mengelakkan kemalangan kepada mereka.

Bahagian Pejabat adalah tempat guru melakukan kerja dan disusun dengan kemas dan teratur.

Setiap dokumen penting disimpan dalam rak yang selamat dan buku-buku yang penting disusun

dalam rak buku dengan kemas.

Page 12: HBEC3803 PLANNING.docx

12

HBEC3803

2.0.10 PERALATAN FIZIKAL PUSAT

Terdapat beberapa Peralatan fizikal yang disediakan dalam Tadika Bestari. Antaranya adalah;

Dapur untuk menyimpan makanan,piring,sudu dan cawan.

Tandas untuk 20 orang murid.

Meja dan kerusi yang selesa dan sesuai untuk kanak-kanak belajar.

Kemudahan lampu dan kipas.

Bekalan elektrik dan air.

Perabot yang sesuai dengan saiz kanak-kanak.

Keselamatan iaitu Pemadam api dan Tanda “PINTU KELUAR”.

Alat permainan yang sesuai dan selamat.

Alat bantu mengajar yang sesuai dengan kanak-kanak

Pejabat

Carta Organisasi

Peti kecemasan

2.0.11 MENDAPATKAN KELULUSAN PIHAK BOMBA MALAYSIA

Pihak Tadika ini juga telah mendapatkan kelulusan berkenaan Reka bentuk bangunan

dengan mengambil kira kehendak-kehendak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan lain-

lain garis panduan yang berkaitan khususnya Keperluan keluasan lantai dan komponen

kemudahan seperti yang ditetapkan dan reka bentuk bangunan perlu mengambil kira keperluan

semua golongan sama ada kanak-kanak, dewasa, tua dan golongan OKU(termasuk kanak-kanak

OKU) bagi memberi kemudahan akses di dalam dan di luar bangunan. Kemudahan-kemudahan

asas yang bercirikan reka bentuk sejagat (Universal Design) 6 seperti ramp dan handrail

hendaklah disediakan mengikut keperluan dan kesesuaian.

Kegagalan mendapatkan kelulusan daripada pihak bertanggungjawab tersebut

memungkinkan sesebuah tadika itu tidak dibenarkan memulakan operasi. Tidak kira sama ada

Tadika itu dibina di tempat kerja mahupun di tapak persendirian (premis), pemilik tadika harus

mendapatkan kesemua kelulusan standard yang diperlukan. Kelulusan penubuhan tadika juga

mestilah mengikut piawaian serta standard yang telah digariskan sebagai panduan supaya ia

mengambil kira beberapa aspek seperti keselamatan, kesihatan serta kebersihan tadika tersebut.

Page 13: HBEC3803 PLANNING.docx

13

HBEC3803

2.0.12 MENDAPATKAN KELULUSAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Penubuhan tadika juga perlu mendapat sokongan atau kelulusan daripada pihak

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai salah satu garis panduan utama dalam

penubuhan tadika. Ini memastikan tadika ini boleh dipercayai dan dapat memberikan

perkhidmatan kesihatan sekolah yang betul dan cukup kepada kanak-kanak. Perkhidmatan

kesihatan sekolah adalah satu perkhidmatan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan

Malaysia kepada murid-murid yang berada di sekolahbagi memastikan penjagaan kesihatan yang

optima. Keutamaan diberi kepadamurid-murid sekolah bantuan Kerajaan di seluruh Malaysia.

Tadika Bestari amat mementingkan kesihatan murid-muridnya. Pihak tadika perlu

mendaftar dengan Kementerian Kesihatan Bahagian Sekolah untuk meminta pihak klinik datang

dan membuat pemeriksaan ke atas murid-murid. Menurut Kementerian Kesihatan Bahagian

Sekolah, antara masalah-masalah kesihatan yang di kesan di kalangan murid sekolah adalah

seperti Obesiti, Ketajaman penglihatan, Rabun warna, Tulang rangka yang tidak normal,

Jangkitan cacing, kudis buta dan kurang pendengaran.

Page 14: HBEC3803 PLANNING.docx

14

HBEC3803.3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, sebelum memulakan perniagaan tadika, seseorang penguasah perlu tahu

garis panduan dan langkah-langkah yang perlu diikuti dalam penubuhan tadika. Penubuhan

tadika juga perlu mengikut segala peraturan yang ada dalam Akta 550. Melalui akta ini, ibu bapa

dan penjaga yakin untuk menghantar ke Tadika Bestari.

Lokasi tadika juga menentukan keberkesanan perniagaan Tadika berjalan dengan lancar

dan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan harus dijalankan dengan lebih efisien dan

sesuai dengan perkembangan kanak-kanak. Transformasi kurikulum dan perubahan dalam sistem

juga dilakukan mengikut peringkat yang telah disusun oleh pihak kerajaan bagi memastikan

kejayaan dalam sistem pendidikan awal kanak-kanak (dihujungpen.blogspot.com, 20 Oktober

2010). Kajian pasaran turut dijalankan bagi mengenalpasti kekurangan dan kelebihan yang

bakal dihadapi oleh Tadika semasa menjalankan perniagaan di kawasan ini bagi mengelakkan

masalah yang tidak diingini berlaku. Pengusaha juga perlu memastikan tenaga pengajar

mencukupi dan mempunyai pengetahuan serta pengalaman yang cukup luas dalam bidang

pendidikan awal kanak-kanak.

Bagi memastikan Tadika Bestari diiktiraf dan dipercayai oleh masyarakat, Pengusaha

turut mendapatkan kelulusan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar

Pertubuhan (ROS) ,Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Bomba Malaysia bagi Memenuhi

standard minimum dalam penubuhan sesebuah tadika. Pelan lokasi dan bangunan juga perlu ada

sebagai petunjuk kepada ibu bapa atau penjaga untuk sampai ke sini. Susun atur tadika dan

peralatan fizikal perlu sentiasa diberi perhatian bagi memenuhi keperluan pembelajaran kanak-

kanak di sini. Langkah terakhir yang paling penting adalah mendapatkan kelulusan dari pihak

Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memantau kesihatan kanak-kanak di sini. Saya juga yakin

dan pasti jika langkah-langkah ini dapat diikuti dengan betul, maka perniagaan Tadika Bestari

dapat berjalan dengan lancar.

3178 PATAH PERKATAAN

Page 15: HBEC3803 PLANNING.docx

15

HBEC38034.0 RUJUKAN

Azizah Lebai Nordin. (2002). Pendidikan awal kanak-kanak: Teori dan amali .

Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Berk, L.E. (2000).

Child Development.

(5th Ed). Boston : Allyn & Bacon

Deanna M. Swartou,( 2005).

Early Childhood of Education.

[Online] Available; http://www.healthofchildren.com/E-F/Early-Childhood-Education.html

dihujungpen.blogspot.com .(20 oktober 2010).

HALA TUJU PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI MALAYSIA

[Online] Available; dihujungpen.blogspot.com

Tadika.my .(2014).

10 tanda-tanda Tadika dan Taska yang baik

[Online] Available; http://tadika.my/artikel/10-tanda-tanda-tadika-dan-taska-yang-baik

Putri Zabariah, Bustam kamri & Raja Hamizah.(2002).

Tadika Berkualiti

ms 139 ISBN 983-3376-05-3

Prof. Dr Bustam Kamri. (5 Julai 2015).

Bagaimanakah Kurikulum Yang Menarik?

[Online] Available; http://bustamkamri.blogspot.com/

LAMPIRAN A ( PELAN TAPAK TADIKA BESTARI)

Page 16: HBEC3803 PLANNING.docx

16 PINTU KELUAR

TANDAS

PEJABAT KELAS

PINTU MASUK

HBEC3803

JALAN LOTONG

KE PEKAN KOTA MARUDU KE TADIKA BESTARI

PETUNJUK :

BANGUNAN

GEREJA

LAMPIRAN B (PELAN BANGUNAN TADIKA BESTARI

TADIKA BESTARI