hakcipta - ir.unimas.my · buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada...

11

Upload: others

Post on 11-May-2021

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hakcipta - ir.unimas.my · buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin
Page 2: Hakcipta - ir.unimas.my · buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin

Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulangmana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandunganbuku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa carasekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulisdaripada PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Buku-buku terbitan PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.boleh dibeli pada harga diskaun istimewa bagi tujuankegunaan pelajar, promosi jualan, seminar dan latihankorporat. Maklumat lanjut, sila hubungi bahagian Jualandan Khidmat Pelanggan, PTS Publications & DistributorsSdn. Bhd.

Penerbit berusaha sedaya upaya memastikan buku yangditerbit ini mengandungi maklumat yang tepat danberautoriti daripada segi subjek yang dibincangkan.Penerbit dan penulis buku ini tidak boleh dianggapmemberikan khidmat perundangan, perakaunan ataukhidmat profesional yang lain kepada pembaca. Sekiranyanasihat atau bantuan pakar diperlukan, sila dapatkannasihat dan khidmat profesional daripada pakar yangberkelayakan.

Diedarkan oleh:

PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

No.3, Jalan Industri Batu Caves 1/6, Taman Perindustrian Batu Caves,

68100 Batu Caves, Selangor.

Tel: 03 6188 0316 Faks: 03 6189 0316

Laman web: www.pts.com.myE-mel: [email protected]

Pengurus Jualan & Pemasaran: Zaharin Mohd Zain

([email protected])

Koordinator Jualan & Khidmat Pelanggan:

Khalilah Mad ([email protected])

Hakcipta © Syahrul Nizam Junaini 2007Cetakan Pertama 2007

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Syahrul Nizam JunainiPersembahan hebat dengan PowerPoint / Syahrul Nizam Junaini.Mengandungi indeksBibliografi: ms. 133ISBN 978-983-3585-84-71. Oral communication. 2. Visual communication. I. Judul.302.2242

Muka Taip Teks: PerpetuaSaiz Taip Teks: 14 / 14

Dicetak oleh:Nightingale Printing Sdn. Bhd.Lot 20, Jalan Perusahaan 2,68100 Batu Caves, Selangor.

Diterbitkan oleh:PTS Professional Publishing

Sdn. Bhd.

No. 9-1 & 11-1, Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, 53300,

Kuala Lumpur.

Tel: 03 4142 7413 / 7416 Faks: 03 4142 7415

Laman web: www.pts.com.myE-mel: [email protected]

Pengurus : Nazrul Samsudin

([email protected])

Editor Perolehan (Bisnes & Pengurusan) :

Mohd Khairulanuar Manshor ([email protected])

Editor Pengurusan (Bisnes & Pengurusan) :

Rozita Abdul Razak ([email protected])

Editor : Sabariah M. Salleh

Kulit dan grafik:Izwan Arif

([email protected])

Page 3: Hakcipta - ir.unimas.my · buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin

Kandungan

Book.book Page vii Wednesday, January 3, 2007 5:03 PM

Sekapur Sirih xi

Bab 1 Ciri-ciri Persembahan Hebat 1

Ciri Penyampai yang Baik 1

Komunikasi Media 5

Kemahiran Persembahan 7

Kita Hanya Penyampai 8

Persembahan yang Hebat 10

Penutup 11

Bab 2 Kaedah, Persekitaran dan Khalayak 13

Kaedah Persembahan 13

Persekitaran Persembahan 18

Penutup 23

Bab 3 Reka Bentuk Visual Berkesan 25

Kesan Menggunakan Visual 26

Page 4: Hakcipta - ir.unimas.my · buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin

Persembahan Hebat dengan PowerPoint

viii

Book.book Page viii Wednesday, January 3, 2007 5:03 PM

Komunikasi dengan Visual 31

Bagaimana Elemen Visual Membantu? 33

Menggunakan Objek-objek Visual Lain 35

Penutup 36

Bab 4 Komunikasi Menggunakan Teks 37

Kandungan Teks 37

Mudahkan Fokus dan Aliran Maklumat 46

Bab 5 Panduan Reka Bentuk Multimedia 55

Reka Bentuk Elemen Multimedia 55

Asas Reka Bentuk 56

Warna dan Grafik 59

Gambar dan Foto 62

Menggunakan Animasi 65

Lebih Interaktif Lebih Menarik 66

Kunci Utama: Mudah dan Ringkas 68

Bab 6 Nada Suara dan Kemahiran Penyampaian 71

Pelbagaikan Nada Penyampaian 72

Kepetahan Bercakap 76

Wajah Ceria Khalayak Gembira 78

‘Bercakap’ Menggunakan Tangan 78

Seluruh Anggota Menari-nari 80

Teknik Peralihan Isi 82

Peranti bagi Menarik Perhatian 83

Penglibatan Khalayak 100 Peratus 84

‘Anda’ Memang Penting 85

Interaksi Dua Hala 86

Page 5: Hakcipta - ir.unimas.my · buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin

Kandungan

Book.book Page ix Wednesday, January 3, 2007 5:03 PM

Bab 7 Menambah Seri pada Persembahan 89

Cinta Pandang Pertama 89

Karisma dan Aura dalam Persembahan 91

Personaliti dan Persembahan 92

Senyum dan Senyumlah Selalu 94

Ciri-ciri Pertuturan yang Baik 95

Persembahan yang Diingati 97

Memukau Khalayak Tanpa Menggunakan Ubat Guna-guna 99

Kemahiran Bercerita 100

Berani Gagal 100

Bergelak Ketawa 101

Bab 8 Mengurus Persembahan 105

Daripada Kandungan hingga Penyampaian 106

Fahami Peranan Anda 107

Persediaan Sebelum Persembahan 109

Merancang Kandungan Persembahan 111

Pilih Topik yang Anda Mahir 113

Kepentingan Permulaan yang Baik dan Bertenaga 114

Penerangan dan Hujah yang Berkesan 115

Sayalah Tumpuan Anda Semua 116

Menangani Sesi Soal Jawab 119

Slaid Terakhir dan Menamatkan Persembahan 120

Bab 9 Penambahbaikan Berterusan 123

Selamat Malam 124

Anda Tidak Dapat Lari 124

ix

Page 6: Hakcipta - ir.unimas.my · buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin

Persembahan Hebat dengan PowerPoint

x

Book.book Page x Wednesday, January 3, 2007 5:03 PM

Penambahbaikan Berterusan 125

Berbual-bual dengan Khalayak 130

Soalan Penutup: Adakah Persembahan Anda Hebat? 131

Rujukan 135

Indeks 139

Page 7: Hakcipta - ir.unimas.my · buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin

Sekapur Sirih

”Ibu kapur di lembah paya

Tebang balam dicuaca redupSirih sekapur persembahan sayaMinta disimpan seumur hidup

Book.book Page xi Wednesday, January 3, 2007 5:03 PM

Assalamualaikum WBT

Puji dan syukur kita panjatkan ke hadrat Allah yang memberikanbanyak rahmat kepada hambanya. Selawat dan salam kepada NabiMuhammad, ahli keluarga dan para sahabat serta para pengikut-nya hingga hari kiamat.

Segala perkara berlaku hanya dengan kehendak Allah. Ter-hasilnya buku ini hanya atas belas rahim dan rahmatnya semata-mata. Allah yang mencetuskan idea dan saya cuma sebagai juru-taipnya sahaja. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga buku ini di-terbitkan.

Saya mempunyai pengalaman lebih 10 tahun mengguna danmengajar perisian persembahan. Bermula sebagai pelajar hinggasebagai pengajar. Pengalaman yang ada insya-Allah cukup bagidikongsi bersama pembaca sekalian. Atas rasa terpanggil bagiberkongsi praktis saya dalam menyediakan slaid persembahan,buku ini saya hidangkan ke hadapan anda.

Buku ini ditulis bukan sekadar bagi eksekutif yang sering mem-buat persembahan atau presentation. Ia sebenarnya perlu dijadikanbuku pegangan bagi para pensyarah, pendidik, doktor, pegawai

Page 8: Hakcipta - ir.unimas.my · buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin

Persembahan Hebat dengan PowerPoint

xii

Book.book Page xii Wednesday, January 3, 2007 5:03 PM

komunikasi korporat, ahli perniagaan ataupun jurujual, perekabentuk, jurutera dan para pelajar. Rasanya tidak ada bidangkerjaya yang terkecuali daripada membuat persembahan.

Keistimewaan buku ini adalah ia padat dengan tip persembahanberkesan. Ia akan mengubah gaya persembahan anda buat selama-lamanya. Justeru itu, ia perlu menjadi milik semua. Semoga bukuini dapat memenuhi kehendak pembaca. Segala kekurangan harapdimaafkan.

Menulis adalah proses terasing. Menilai hasil tulisan adalahproses berjemaah. Terhasilnya buku ini berkat penilaian dankomen serta dorongan kawan-kawan.

Terima kasih kepada rakan sesama fakulti, Encik Jonathan Sidiyang menyumbang material bagi bab 5. Terima kasih juga atassokongan dan nasihat Encik Jeniri Amir. Tidak ketinggalanpenghargaan juga ditujukan kepada Profesor Madya Tin Win dariUniversiti Malaysia Sarawak kerana membenarkan saya mengulasmaterial beliau berkaitan pengucapan awam. Buku ini tidak akanmenjadi realiti tanpa inisiatif PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Akhir sekali terima kasih kepada bonda yang dimuliakan,Hajah Jobedah Seruji. Juga kepada isteri tercinta. Tidak lupaanak-anak tersayang, Nur A’isyah Nadheerah dan MuhammadAmar Nazeer. Terima kasih atas kesabaran, kasih sayang dansokongan selama saya menghasilkan buku ini.

Hj. Syahrul Nizam JunainiKampus BaratUniversiti Malaysia SarawakKota SamarahanNovember 2006

Page 9: Hakcipta - ir.unimas.my · buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin

BabCiri-ciri

Persembahan Hebat

Sekadar tahu sahaja berkenaan kecemerlangan tidak mencukupi. Kita perlu cuba mendapatkannya dan

menggunakannya.- Aristotle -

1

Book.book Page 1 Wednesday, January 3, 2007 5:03 PM

ara eksekutif pasti sering menjalankan urusan perniagaan dimerata-rata tempat dengan menaiki kapal terbang. Semasadi dalam pesawat, kita sering melihat ada antara ahli-ahli

perniagaan dan eksekutif yang sibuk menyediakan slaid per-sembahan. Masa yang berlalu dengan pantas menuntut merekamemanfaatkan setiap detik yang terluang.

Dunia perniagaan hari ini semakin kompetitif. Ia menuntutsemua pihak supaya saling bersaing. Bagi seorang eksekutif,kelainan yang ditonjolkan dalam persembahan mampu menarikperhatian pelanggan. Ia juga dapat menggugat para pesaing dalammerebut pelanggan.

Justeru, para eksekutif perlu mencari kaedah yang terbaik bagimenghasilkan persembahan yang canggih dan berkualiti. Bab inimembincangkan berkenaan ciri-ciri penyampai yang baik danpersembahan yang hebat.

Ciri Penyampai yang BaikPenyampai yang baik perlu mengetahui dan menguasai kandung-an persembahan. Beliau mendalami dan membutirkan dengan

P

Page 10: Hakcipta - ir.unimas.my · buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin

Persembahan Hebat dengan PowerPoint

2

Book.book Page 2 Wednesday, January 3, 2007 5:03 PM

teliti apa hendak disampaikannya. Beliau dapat menjelaskandengan sempurna setiap fakta yang tertera pada layar. Penyampaiyang baik juga mampu mengingat fakta sokongan bagi apa yanghendak disampaikan.

Bagaimanapun, menguasai kandungan ataupun topik sahajatidak mencukupi. Ramai jurujual yang tahu serba-serbi berkenaanproduk mereka masih gagal menjual produk itu. Begitu juga,ramai profesor yang gah namanya di persada ilmu, namun adasahaja pelajar yang tertidur semasa kuliah beliau. Kenapa semuaini berlaku?

Oleh itu, bagi menjadi penyampai yang baik, individu itubukan sahaja perlu mendalami kandungan persembahan. Beliaujuga perlu menguasai kemahiran persembahan. Kemahiran inimemperincikan kaedah maklumat dialirkan. Maka dengan itumaklumat sampai tepat kepada sasaran. Anak panah akan tepatmengenai sasaran apabila pemanahnya mempunyai kemahiranyang diperlukan.

Bagi penyampai yang baik, setiap kali membuat persembahanbeliau sentiasa menggunakan teknik terbaru. Beliau sentiasabelajar dan mencari teknik yang lebih baik bagi mencantikkan lagipersembahan yang akan datang. Usaha membaiki kualiti per-sembahan adalah usaha berterusan.

Penyampai yang berkualiti umpama pencerita yang pandaimemikat pendengar. Beliau juga dihormati kerana ilmu yang adapadanya. Dua bentuk ilmu yang perlu ada:

1. Ilmu berkenaan perkara yang disampaikan.

2. Ilmu dalam teknik bercerita.

Seperti kasut, apabila digilap ia menyilaukan mata dan memancar-kan serinya. Begitu juga dengan usaha belajar kemahiran per-sembahan. Hadiah bagi penat lelah menggilap kemahiran mem-buat persembahan menyilaukan khalayak. Khalayak terpukaudengan persembahan mereka. Pujian menggunung diterima.

Page 11: Hakcipta - ir.unimas.my · buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin

Ciri‐ciri Persembahan Hebat

Book.book Page 3 Wednesday, January 3, 2007 5:03 PM

Menurut Lefton dan Buzzotta (2003), menguasai kemahiranpersembahan dapat meningkatkan proses memindahkan idea. Iamenentukan bagaimana satu pihak dapat menguasai pihak yanglain. Ia juga dapat memastikan proses komunikasi dua halasentiasa berterusan.

Dengan menguasai kemahiran persembahan, eksekutif pe-masaran dapat memasarkan produknya. Pensyarah pula dapatmenyampaikan ilmu kepada para pelajar. Persamaan yang adapada mereka adalah kedua-duanya menerima tepukan gemuruhdaripada khalayak. Keuntungan daripada segi kewangan mungkinlebih ketara pada eksekutif.

Buku ini membongkar khazanah dan rahsia kemahiran mem-buat persembahan. Anda akan dihidangkan dengan panduan, per-aturan, rahsia dan teknik persembahan yang betul.

Menguasai skil berucapProses komunikasi maklumat daripada penyampai kepadakhalayak melibatkan dua deria penting:

1. Mendengar bunyi yang keluar daripada mulut penyampai.2. Melihat apa yang dapat diperhatikan pada wajah dan tubuh

badan penyampai.

Istilah khalayak di sini mewakili pendengar dan penonton. Bagimemuaskan deria pendengaran khalayak, anda perlu tahu sebutandan penggunaan bahasa yang betul. Anda juga perlu menguasaikemahiran bercakap. Bagi memuaskan deria penglihatan khalayakpula, anda perlu tahu bahasa badan. Dengan melihat dan men-dengar secara serentak, proses perpindahan maklumat menjadilebih berkesan. Oleh itu, pergerakan mulut dan rahang juga perlujelas.

Anda biasa mendengar slot berita yang dipancarkan daripadacorong-corong radio. Anda dapat rasakan kekosongan yangwujud apabila tiada elemen visual dilibatkan. Anda cuma men-dengar dan tidak melihat.

3