gbm hanum

Upload: nur-dalila

Post on 11-Oct-2015

75 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

PENGHARGAAN BismillahirrahmanirahimAlhamdulillah segala puji dan puja saya panjatkan ke atas Allah SWT, Tuhan sekalian alam kerana atas keizinan dan limpah kurniaan-Nya saya dapat menyiapkan kerja kursus pendek ini dengan sebaik mungkin. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW kekasih yang dicintai dan dirindu seluruh umatnya. Andai bukan kerana percikan kasih sayang baginda kepada umatnya nescaya pada hari ini kita tidak akan dapat merasai nikmatnya Islam dan iman.Sekalung ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ayahanda dan bonda yang berada nun jauh di Negeri di Bawah Bayu, Sabah. Terima kasih atas sokongan padu mak dan ayah. Doa kalian sentiasa mengiringi perjalanan anakanda. Adik-beradik yang menjadi penguat diri dan pembakar semangat kepada saya untuk terus berjuang di medan ilmu ini. Bertuah menjadi sebahagian daripada keluarga yang dipenuhi rahmat dan sakinah.Jutaan penghargaan juga saya tujukan kepada Encik Syed Hasan Bin Syed Abdul Rahmn di atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau dalam memberikan panduan berterusan sepanjang melaksanakan kerja kursus Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMM3013E) ini. Beliau merupakan seorang pendidik yang berjiwa besar dan tidak pernah jemu membetulkan kesalahan-kesalahan yang sering kami lakukan sepanjang beliau mengajar.Sekalung apresiasi buat rakan-rakan sekelas saya iaitu unit PISMP Pemulihan Semester 1 atas kolaborasi yang bermanfaat dan perkongsian maklumat. Rangkaian kata terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan senior kerana sudi meluangkan masa dan sedia memberi bimbingan dan tunjuk ajar walaupun masing-masing mempunyai tugasan yang harus disiapkan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan guru pelatih yang terdiri daripada pelbagai unit kerana kerjasama yang diberikan. Tanpa sokongan dan dorongan pensyarah, keluarga dan rakan-rakan agak rumit untuk memotivasikan diri melaksanakan tugasan yang diberikan.Terima kasih juga ditujukan buat pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas penglibatan dan usaha yang ditonjolkan. Sekian, terima kasih.

ISI KANDUNGAN

ASPEKMUKA SURAT

Borang Maklum Balas Pensyarah

Borang Kolaborasi

Penghargaan

Pengenalan

Tugasan Projek Pidato Definisi Konsep Tujuan Jenis-jenis Pidato Format Pidato Ciri-ciri penyampaian Pidato yang baik Contoh teks Pidato

Penutup

Refleksi

Bibilografi

Lampiran

lampiran 1 lampiran 2 lampiran 3

PENGHARGAANBismillahirrahmanirahim

Alhamdulillah segala puji dan puja saya panjatkan ke atas Allah SWT, Tuhan sekalian alam kerana atas keizinan dan limpah kurniaan-Nya saya dapat menyiapkan kerja kursus pendek ini dengan sebaik mungkin. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW kekasih yang dicintai dan dirindu seluruh umatnya. Andai bukan kerana percikan kasih sayang baginda kepada umatnya nescaya pada hari ini kita tidak akan dapat merasai nikmatnya Islam dan iman.

Sekalung ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ayahanda dan bonda yang berada nun jauh di Negeri di Bawah Bayu, Sabah. Terima kasih atas sokongan padu mak dan ayah. Doa kalian sentiasa mengiringi perjalanan anakanda. Adik-beradik yang menjadi penguat diri dan pembakar semangat kepada saya untuk terus berjuang di medan ilmu ini. Bertuah menjadi sebahagian daripada keluarga yang dipenuhi rahmat dan sakinah.

Jutaan penghargaan juga saya tujukan kepada Encik Mahali Bin Marwan di atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau dalam memberikan panduan berterusan sepanjang melaksanakan kerja kursus Perkembangan Awal Kanak-kanak (EDU 3020) ini. Beliau merupakan seorang pendidik yang berjiwa besar dan tidak pernah jemu membetulkan kesalahan-kesalahan yang sering kami lakukan sepanjang beliau mengajar.

Sekalung apresiasi buat rakan-rakan sekelas saya iaitu unit PISMP Pemulihan Semester 1 atas kolaborasi yang bermanfaat dan perkongsian maklumat. Rangkaian kata terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan senior kerana sudi meluangkan masa dan sedia memberi bimbingan dan tunjuk ajar walaupun masing-masing mempunyai tugasan yang harus disiapkan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan guru pelatih yang terdiri daripada pelbagai unit kerana kerjasama yang diberikan. Tanpa sokongan dan dorongan pensyarah, keluarga dan rakan-rakan agak rumit untuk memotivasikan diri melaksanakan tugasan yang diberikan.

Terima kasih juga ditujukan buat pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas penglibatan dan usaha yang ditonjolkan. Sekian, terima kasih.

Pidato merupakan aktiviti pengucapan umum yang penting dalam kehidupan. Melalui aktiviti ini, seseorang akan dilatih untuk berfikir secara logik, menaakul, menganalisis dan berhujah dengan baik. Selain itu, aktiviti berpidato juga dapat melatih seseorang untuk melahirkan pendapat dengan menggunakan bahasa yang tepat dan menyampaikan dengan gaya yang menarik dan meyakinkan.

Kemahiran berpidato yang dikuasai seseorang akan menjadi satu aset kepadanya. Perkara ini dapat membantunya menyampaikan isi hati dan pendapat dengan jelas dan tepat untuk mendapat sokongan dan seterusnya mempengaruhi pendengar. Selain itu pidato yang berkesan akan mengurangkan salah tafsiran pihak pendengar dan seterusnya mengelakkan konflik komunikasi.

Kemahiran berpidato merupakan satu kualiti yang wajar diterapkan dalam kalangan guru memandangkan guru sebagai agen penyebaran ilmu. Kemahiran berpidato pasti dapat membantu guru untuk menyampaikan ilmu dengan lebih berkesan. Justeru, aktiviti berpidato penting dalam pendidikan guru.

PENYAMPAIAN PIDATO

1.1 Definisi Pidato

Pidato ialah seni berbicara untuk mempengaruhi pendengar dengan rangkaian kata-kata yang disusun dengan baik dan gramatis. Selalunya pidato disampaikan di khalayak umum secara individu. Menurut Ab. Rahman Ab. Rashid (2002 : ?), pidato adalah pengucapan yang disampaikan secara individu kepada khalayak ramai untuk menghuraikan dan menjelaskan sesuatu tajuk. Individu yang menyampaikan pidato digelar sebagai pemidato. Ilmu berpidato merupakan satu ilmu yang mementingkan kecerdasan minda dan gaya penghujahan yang bijaksana dan logik. Idea-idea yang dilontarkan perlulah mampu mempengaruhi dan meyakinkan pendengar tentang isi yang disampaikan. Pidato merupakan aktiviti berkomunikasi secara sehala, iaitu pemidato akan menjelaskan perkara-perkara tentang sesuatu tajuk dalam masa yang ditentukan untuk mempengaruhi para pendengar supaya bersetuju dengan apa yang disampaikan. Pidato juga bertujuan menerangkan sesuatu maklumat bagi meyakinkan sekumpulan pendengar. Perkara ini bermaksud hanya seorang sahaja yang bercakap manakala penonton hanya akan mendengar. Hal ini menunjukkan bahawa pidato berbeza dengan aktiviti komunikasi awam yang lain seperti debat dan forum yang melibatkan beberapa orang dalam satu kumpulan interaksi.

Sehubungan dengan itu, pidato sebenarnya merupakan tonggak utama untuk melahirkan masyarakat yang berkeyakinan, berketerampilan, berwibawa dan mampu mengeluarkan hujah-hujah yang bernas. Hal ini kerana, pidato melatih individu bertutur menggunakan bahasa yang formal, menggunakan susunan ayat yang baik dan mengandungi makna yang memberi kesan positif kepada masyarakat yang mendengar. Dalam usaha untuk melahirkan sebuah negara bangsa yang maju dan berjaya, seni berpidato amat wajar dilatih dan dipelajari oleh semua individu, bahkan dalam ajaran Islam juga amat menekankan kepentingan mempelajari kemahiran berpidato kerana dakwah itu bererti menyeru atau menyampaikan kepada orang ramai. Gerak geri dan gaya pemidato yang meyakinkan seperti mimik muka yang bersesuaian, bahasa badan, cara berpakaian, intonasi suara dan kesantunan berbahasa amat penting semasa menyampaikan pidato kerana kesemua ini berupaya untuk mempengaruhi orang-orang yang mendengar.Dalam skop yang lebih luas pula, kebolehan berucap dengan teknik dan gaya yang sempurna di hadapan masyarakat merupakan satu kelebihan bagi individu tersebut kerana tidak ramai yang memiliki kehebatan seperti ini. Namun, seni berpidato ini sebenarnya boleh dilatih dan dipelajari yang bukan diwarisi tetapi boleh dikembangkan jika mendapat latihan yang berterusan. Menurut Syed Ahmad Al Sagoff (dalam Khairuddin Mohamad et. al 2008 : 188) kemahiran pengucapan awam ini boleh dipupuk dan diasah melalui proses pembelajaran, pendedahan dan amalan dengan bantuan serta bimbingan daripada pemidato-pemidato yang terlatih dalam bidang ini. Melalui pernyataan tersebut, tahulah kita bahawa semua individu yang normal memiliki kemahiran semula jadi berpidato cuma bakat tersebut perlulah diasah lagi melalui proses latihan yang berterusan.

1.2 Konsep Pidato

Masyarakat yang mahir berpidato ialah masyarakat yang maju pemikirannya, berdaya saing, bermotivasi, bersikap optimis dan positif, berani serta mampu mematahkan hujah negatif bagi menghasilkan idea pembangunan serta pemodenan bangsa yang unggul. Pidato biasanya berbentuk syarahan umum berdasarkan tajuk-tajuk tertentu yang disampaikan oleh seorang pemidato. Pemidato ini ialah individu yang menyampaikan pidato. Pada pandangan saya, pidato dan syarahan ialah dua perkara yang sama cuma yang membezakan kedua-duanya ialah konteks ucapan yang disampaikan. Sebagaimana yang kita tahu, syarahan biasanya mengandungi unsur-unsur keagamaan seperti syariah dan aqidah. Selalu kita mendengar di sekolah-sekolah tentang Syarahan Agama dan melibatkan penyampaian yang panjang lebar manakala pidato pula lebih menjurus kepada isu umum dan masyarakat . Pidato yang baik mengandungi tiga elemen penting iaitu pendahuluan, isi dan penutup.

Kehebatan pemidato akan terserlah melalui isi ucapannya dan cara yang digunakan untuk menyampaikan pidato tersebut kepada masyarakat. Menurut Siti Hajar (dalam Khairuddin Mohamad et.al 2008 :?) hal ini juga telah dijelaskan secara terperinci oleh Plato iaitu terdapat lima unsur penting untuk menjadikan sebuah pengucapan awan berkesan dan dapat memukau masyarakat yang mendengar. Pertama, idea pokok yang diperkatakan dalam teks ucapan. Idea pokok di sini bermaksud tajuk yang akan diutarakan. Kedua, penyusunan atau cara pengolahan idea pengucap dan yang ketiga ialah cara pengucap menyampaikan ucapannya. Seterusnya ialah gaya bahasa yang digunakan oleh pengucap. Gaya bahasa ialah rupa susuk ayat yang dipakai, pemilihan kata dan frasa yang digunakan, dan cara mengungkapkan bahasa sama ada semasa bertutur atau menulis (Nik Safiah Karim et.al ? : 108). Unsur yang terakhir ialah kebolehan pengucap memberikan ucapan hasil daripada ingatannya. Pidato yang mantap mestilah memiliki gabungan idea, gaya bahasa yang cantik, pengolahan idea yang teratur, menguasai teknik penyampaian pidato yang versatil dan mempunyai daya ingatan yang baik.

Secara keseluruhannya, seni berpidato ini boleh dilentur, diasah, digilap dan dipupuk bakatnya sekiranya mendapat bimbingan dan panduan oleh mereka yang pakar dalam bidang ini. Seandainya diberi peluang untuk menyelami ilmu ini dengan lebih mendalam maka semua individu normal berpotensi untuk menjadi pemidato yang berkaliber dan hebat.

1.3 Tujuan Pidato

Pidato pada umumnya bersifat menyampaikan, memaklumkan atau memberitahu. Oleh itu, pemidato mestilah benar-benar memahami tujuan pidato itu terlebih dahulu sebelum disampaikan di khalayak ramai. Lazimnya, pidato dilakukan untuk tujuan-tujuan tertentu. Antaranya ialah, memberi penerangan tentang sesuatu tajuk dan menjelaskan aspek-aspek penting tentang tajuk tersebut. Idea yang menjadi tajuk pokok pidato itu perlulah diperjelaskan satu persatu secara teliti, terdapat sokongan seperti mengemukakan fakta yang membenarkannya serta bukti yang mengukuhkan lagi isi idea yang dilontarkan. Menurut Kamus Dewan Pelajar edisi ke-2 fakta bermaksud butir-butir yang benar dan bukanlah sesuatu yang direka-reka.

Di samping itu, ia juga bertujuan untuk memberi keyakinan kepada pendengar tentang pendiriannya terhadap sesuatu perkara. Komunikasi sehala seperti berpidato memberi peluang sepenuhnya kepada pemidato untuk mengutarakan pendapat dan pandangan sendiri tanpa disangkal oleh orang lain. Di sinilah, peluang dan kesempatan untuk mempengaruhi masyarakat agar menerima hujah kita. Tambahan pula, di atas pentas pidato inilah kita manfaatkan sepenuhnya cara untuk memancing perhatian audiens supaya memberi tumpuan yang serius terhadap sesuatu isu penting yang dibangkitkan.

1.4 Jenis-jenis Pidato

Pidato yang sering kita lihat terbahagi kepada empat jenis iaitu pidato Impromptu, manuskrip, memoriter dan exstemporanas.

Pidato impromptu ialah pidato yang dilakukan secara tiba-tiba, spontan dan tanpa sebarang persediaan sebelumnya. Sebagai contoh, apabila kita menghadiri sesuatu majlis keramaian, secara tiba-tiba kita dijemput untuk menyampaikan pidato, maka pidato spontan itu disebut sebagai pidato impromptu. Bagi pemidato yang berpengalaman, gaya pidato seperti ini memiliki beberapa kelebihan kerana pemidato dapat mengungkapkan cetusan rasa yang sebenarnya tanpa perlu berpura-pura. Demikian kerana, idea atau pendapat yang hendak disampaikan tidak perlu difikirkan dahulu, ia datang secara spontan. Sebaliknya pula yang berlaku kepada pemidato yang kurang pengalaman dan belum mahir. Impromptu ini akan menyebabkan penyampaiannya tidak lancar dan tersekat-sekat. Seterusnya akan menimbulkan satu kesimpulan yang rapuh dan menjejaskan keyakinan pendengar.

Pidato Manuskrip pula ialah sejenis pidato yang bergantung kepada teks semata-mata. Pidato manuskrip kebiasaannya berkaitan isu yang disertakan dengan fakta dan mestilah bebas daripada sebarang kesalahan. Kelebihannya berbanding impromptu ialah ucapan yang disampaikan lancar dan mantap kerana pemidato hanya membaca mengikut teks yang disediakan dari awal hingga akhir. Misalnya, pembentangan dasar baharu kerajaan. Namun begitu, pidato manuskrip ini juga mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Kelemahan yang jelas ialah kurangnya interaksi antara pendengar dan pemidato. Tumpuan pemidato lebih memfokuskan teks pidato semata-mata akan menjadikan persembahan tersebut kaku, mendatar dan tidak memiliki aura.

Jenis pidato yang seterunya ialah memoriter. Pada pendapat saya, memoriter berasal daripada perkataan memori atau ingatan. Oleh itu, pidato seperti ini melibatkan penghafalan bait demi bait teks pidato. Lazimnya, memoriter sering diamalkan oleh pelajar-pelajar madrasah atau sekolah pondok terutama sekali apabila menyampaikan tazkirah. Selain itu, pidato jenis ini juga sering digunakan dalam pertandingan-pertandingan anjuran sekolah. Kebaikannya ialah pemidato yang menghafal dengan baik akan dapat menyampaikan pidatonya dengan lancar, manakala, keburukannya pula ialah pemidato bergantung seratus peratus kepada hafalannya. Sekiranya, gagal mengingat maka ia akan menyebabkan penyampaiannya tersekat-sekat. Bahkan juga, kadangkala gaya penyampaiannya mendatar dan cuma senada sahaja menyebabkan perhatian pendengar gagal ditarik.

Jenis yang terakhir ialah pidato ekstemporanenus atau ekstemporanas. Pidato inilah yang paling baik dan sering digunakan oleh pemidato-pemidato yang mahir dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ini. Pidato ekstremporanas tidaklah serumit memoriter dan manuskrip yang memerlukan penyediaan teks yang lengkap sebelum berucap. Pemidato hanya perlu menyediakan rangka isi serta kata kunci sahaja kemudian menghurai isi dengan gayanya tersendiri. Tambahan pula, istimewanya pidato ekstemporanas ialah terdapat komunikasi dua hala antara pemidato dan pendengar secara langsung. Idea dan pendapat antara dua belah pihak bergabung dan disatukan lalu terhasillah satu sesi penyampaian yang fleksibel dan spontan.

1.5 Format Menulis Teks Pidato yang Baik

Penulisan teks pidato yang baik tentulah yang mematuhi format dan mengandungi kesemua aspek yang ditetapkan. Antara peraturan penulisan yang mesti ada ialah salutasi, pembuka kata, permulaan isi, isi utama berserta huraian, kesimpulan isi dan penutup pidato.

Salutasi ialah bahagian paling awal dalam teks pidato. Salutasi dimulakan dengan ucapan salam dan seterusnya menyampaikan kata alu-aluan kepada pengerusi majlis, jemputan kehormat, para hakim, penganjur majlis dan para hadirin mengikut kesesuaian majlis dan mematuhi protokol majlis.

Pembuka kata memainkan peranan yang amat penting. Pembuka kata yang baik dan didahului dengan ayat-ayat yang cantik dapat menarik perhatian para hadirin dan juga para hakim. Pemidato boleh mempelbagaikan cara pembuka kata dengan kreativiti tersendiri. Misalnya, memilih serangkap pantun, syair atau sebuah seloka yang sesuai dengan tajuk. Penggunaan teknik heuristik atau mengemukakan statistik yang berkaitan isu tajuk juga boleh dilakukan. Walau apa pun kaedah yang digunakan, pembuka kata haruslah menarik dan segar agar boleh merangsang minat pendengar untuk mendengar dengan lebih lanjut.

Pada setiap permulaan teks pidato, adalah penting bagi pemidato untuk memperkenalkan tajuk yang dipilih dan memberikan takrifan maksud berkenaan tajuk tersebut. Proses pentakrifan ini merupakan asas yang bertindak sebagai sempadan kepada hujah-hujah yang akan disampaikan nanti. Oleh itu, permulaan isi, takrif atau menjelaskan isi pidato amat penting kerana di sinilah pendengar akan menilai sama ada isu yang akan disampaikan pemidato bersifat kontekstual, kuno atau lapuk untuk didengar.

Dalam pidato juga perlunya ada isi utama, huraian dan contoh. Pada setiap isi atau hujah yang dikemukakan haruslah mempunyai bukti dan fakta. Fakta yang disertakan akan menguat dan mengukuhkan lagi hujah yang diberi. Semasa menyampaikan isi, seseorang pemidato hendaklah memastikan setiap kata-kata yang dipilih sesuai agar idea-idea yang diutarakan dapat disampaikan dengan berkesan.

Akhir sekali ialah membuat kesimpulan dan penutup. Kesimpulan dan penutup merupakan dua format yang berbeza. Kesimpulan ialah penggulungan keseluruhan idea-idea yang telah dinyatakan di awal pidato. Ini merupakan penegasan terakhir pemidato terhadap semua isi-isi penghujahan. Oleh itu, membuat kesimpulan amat penting kerana pendirian pemidato akan dilihat pada bahagian terakhir ini. Seterusnya ialah penutup. Pidato perlulah ditutup dengan tertib dengan penuh beradat. Memberi penghargaan kepada pihak penganjur, meminta maaf secara umum andai ada tersalah kata dan mengucapkan terima kasih.

1.6 Ciri-ciri Penyampaian Pidato yang Baik

Pidato yang berkesan adalah pidato yang berjaya menambat hati dan berjaya membuat pendengar percaya terhadap pendapat yang disampaikan. Sebelum berpidato, seseorang pemidato harus mengetahui apa yang perlu dilakukan dan bagaimana cara yang sesuai digunakan agar pidatonya dapat diterima khalayak.

Oleh itu, terdapat beberapa perkara yang mesti ada dalam sesebuah pidato. Antaranya ialah pendahuluan, isi dan penutup. Ketiga-tiga komponen utama ini penting dalam menunjangi teks sesebuah pidato. Pada bahagian pendahuluan, terpulang kepada pemidato bagaimana cara untuk memulakan kata-kata. Kebiasaannya pemidato akan memulakan pidato dengan mengungkap serangkap pantun atau puisi. Tujuannya adalah untuk menarik minat pendengar terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam isi penyampaian. Isi yang baik haruslah mempunyai bukti dan fakta yang menyokong setiap pendapat. Pada bahagian penutup pula, amat elok sekali jika semua isi dapat diulang semula kemudian disimpulkan menjadi satu penegasan pemidato terhadap pendapatnya.Seterusnya ialah gaya dan penampilan. Gaya dan penampilan merangkumi pergerakan mata dan kepala, tangan dan mulut. Pemidato harus mahir teknik menggayakan peranan keempat-empat anggota tersebut. Teknik ini dipanggil sebagai body language iaitu bahasa tubuh. Bahasa tubuh yang digayakan dengan berkesan mampu menarik perhatian penonton untuk memberi tumpuan.Dalam pada itu juga, semasa kita menyampaikan pidato terdapat dua unsur yang akan mempengaruhi kaedah penyampaian iaitu intonasi dan emosi.

CONTOH TEKS PIDATO

Pucuk manis permatang budi,pucuk purut digetus rusa;Yang manis bernama budi,Yang indah bernama bahasa.

Salam Apresiasi peneraju agenda, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang budiman yang sentiasa peka dengan detik waktunya, para pensyarah seterusnya hadirin dan hadirat sidang dewan redaksi minda.Terima kasih saudari Pengerusi majlis. Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuhberdirinya pokok kerana akar,berdirinya rumah kerana tiangTetapi berdirinya saya di sini ingin menyampaikan sebuah pidato di bawah maudhu Fungsi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Bahasa Rasmi, Bahasa Perpaduan, dan Bahasa Komunikasi Rakyat Malaysia.

Sebelum kaki mengorak langkah, sebelum lidah mengatur bicara, sebelum pena mengutara kata, izinkan saya mendefinisi frasa.Menurut Kamus Dewan (2006), istilah fungsi bolehlah didefinisikan sebagai tugas atau peranan. Manakala maksud bahasa pula ialah satu sistem lambang-lambang yang arbitrari, mempunyai makna dan difahami maknanya, dan digunakan oleh sekelompok masyarakat dalam komunikasi mereka. Daripada maksud tersebut dapat dirumuskan bahawa bahasa ialah alat komunikasi yang ada makna dan difahami oleh semua anggota dalam masyarakatnya. Merujuk negara Malaysia, penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang dapat difahami oleh setiap orang, dan lebih-lebih lagi, mereka yang berstatus warganegara Malaysia.Di Malaysia, bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan dan sekali gus berfungsi sebagai bahasa rasmi negara. Bahasa Kebangsaan dapat ditakrifkan sebagai bahasa yang diterima dan digunakan oleh penduduk dalam sesebuah negara. Bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Pentakrifan bagi bahasa rasmi adalah bahasa yang digunakan dalam segala urusan pentadbiran kerajaan. Selain dua fungsi bahasa tersebut, bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa perpaduan, bahasa pengantar, bahasa ilmu dan bahasa komunikasi yang akan dijelaskan dalam hujah nanti. Persoalannya sekarang, bagaimanakah bahasa Melayu dapat berfungsi sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa pengantar, bahasa ilmu dan bahasa komunikasi di Malaysia yang rakyatnya pelbagai kaum? Persoalan inilah akan saya jawab satu persatu dalam hujah saya sebentar lagi.

Hadirin dan hadirat, rahimahumullah sekalian

Indikator saya yang pertama, ialah fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. ingatlah, bahasa Melayu seharusnya tampak perkasa dalam negara kita yang megah dan gagah dalam kemajuan pembangunan ini. Semangat perjuangan menuntut kesedaran jiwa rakyat untuk jadi bangsa berdaulat. Salah satu caranya adalah memerintah sendiri negara tanpa dikuasai atau ditunjuki oleh penjajah.

Sebagai sebuah negara yang pesat membangun, amat wajar sekali Malaysia mempunyai satu bahasa kebangsaan kerana bahasa memberi gambaran akan status sesuatu bangsa. Bak kata pepatah bahasa melambangkan bangsa. Oleh itu, untuk memupuk sifat sayangkan bahasa kita, pelbagai kempen telah diadakan seperti "Cintai Bahasa Kita", "Bahasa Jiwa Bangsa" dan sebagainya. Rakyat dari pelbagai kaum akan dapat mengenali dan mendekatkan diri dengan bahasa kebangsaan. Justeru, bahasa Melayu dengan segala sifatnya dapat menjadi pembakar semangat kebangsaan di negara ini dan menjadi satu tunggak pembinaan negara merdeka serta identiti rakyat

Indikator saya yang kedua, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Selain dipilih sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa rasmi negara kita. Maksud bahasa rasmi ialah bahasa utama yang digunakan dalam segala urusan pentadbiran dan acara rasmi negara. Contohnya, bahasa Melayu digunakan dalam sistem pendidikan negara, urusan surat-menyurat, mesyuarat dan pentadbiran negara.

Cuba kita renung, bukakan mata, celikkan minda, dalam mesyuarat-mesyuarat kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, di persidangan-persidangan, seminar-seminar, di parlimen, bahkan dalam perbicaraan di mahkamah, mesti diutamakan penggunaan bahasa Melayu. Penggunaan bahasa selain bahasa Melayu adalah menyalahi Artikel 152 Perlembagaan Malaysia. Sesiapa yang membelakangkan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi negara, termasuk pemimpin negara sekalipun, mereka adalah penjenayah negara yang mesti dihukum. Dengan hujah itu, terbukti lagi jelas dan nyata, betapa penting bahasa Melayu memainkan peranan dalam urusan pentadbiran negara.

Para hadirin yang dihormati sekalian.

Seterusnya wacana saya yang ketiga, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan Bahasa perpaduan bermaksud bahasa yang digunakan sebagai tali pengikat kemuafakatan sama ada antara anggota masyarakat, mahupun antara etnik-etnik yang ada di negara kita. Hal ini kerana, negara kita terkenal sebagai negara yang terkaya dengan masyarakat majmuk yang berbeza kepercayaan, amalan, budaya, agama dan bahasa. Bahasa Melayu dapat memainkan peranan sebagai penyatu kepelbagaian tersebut melalui penggunaan bersama. Amalan penggunaan bersama ini sedah tentu akan mewujudkan kemesraan, kepercayaan, hormat dan rasa selamat. Kesemua ini akan menjadi acuan yang membawa kepada terbinanya perpaduan antara kaum. Dengan itu, dapatlah kita melahirkan bangsa yang bersatu dan menganggap Malaysia sebagai negara milik bersama.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,

Wacana saya yang terakhir, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi masyarakat. Bahasa Melayu merupakan bahasa komunikasi kerana ia dituturkan oleh semua orang dalam pelbagai lapisan masyarakat. la merupakan bahasa ibunda dan bahasa utama di Malaysia, digunakan oleh semua golongan masyarakat, tidak kira di desa atau di kota, kaya ataupun miskin.

Oleh sebab itu, mesej dapat disampaikan dengan mudah, tepat dan difahami oleh semua golongan masyarakat. Ini merupakan bukti membumi bahawa fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi yang penting di negara ini. Dengan kata lain, bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa komunikasi apabila seseorang individu mengalami perkongsian idea, maklumat dan perasaan dengan orang lain sama ada melalui pertuturan mahupun tulisan kerana mempunyai ciri-ciri keintelektualan bahasa. Keintelektualan bahasa bermaksud keupayaan bahasa dalam menyampaikan buah fikiran, hujah, pendapat dengan tepat dan dapat dilenturkan dengan mudah. Senario ini telah memberikan satu manifestasi yang jelas, iaitu bahawa bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa komunikasi di Malaysia.

Justeru, dengan hujah dan huraian kelima-lima fungsi bahasa Melayu itu tadi,

Konklusinya di sini ialah pertama, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan akan memartabatkan lagi bahasa ibunda kita sendiri. Yang kedua, sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa utama dalam segala urusan pentadbiran dan acara rasmi negara. Yang ketiga, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan menjadi wahana perpaduan bagi menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara kita. Dan yang terakhir, bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi, menjadi lambang pertuturan semua golongan masyarakat sama ada yang tinggal desa atau di kota, mahupun golongan kaya ataupun golongan miskin, atau pentadbir mahupun rakyat.

Hadirin dan hadirat sekalian

Saya mengakhiri pidato saya ini dengan serangkap pantun;

Alang-alang menyeluk pekasam, Biar sampai ke pangkal lengan, Alang-alang bahasa dijulang, Biar kekal sepanjang zaman.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah Wasalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh

pembentanganmenghuraikan falsafah, objektif dan organisasi kurikulum kandungan , Kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah

lampiran