gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar bagi … · dengan perempuan berdasarkan item soalan 71...
TRANSCRIPT
i
GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR
BAGI MATA PELAJARAN SAINS
IRRINNA SHAKINAH BINTI SUBAWI@FENDI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Sarjana Pendidikan Teknikal (Reka Bentuk Instruksional dan Teknologi)
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Universiti Tun Hussien Onn Malaysia
Jun, 2012
v
ABSTRAK
Gaya pembelajaran merupakan salah satu elemen yang sangat penting bagi memastikan
seseorang pelajar itu dapat belajar dengan baik. Permasalahan yang sering dihadapi kini
ialah tahap pencapaian pelajar yang kurang cemerlang. Lantaran itu, kajian ini bertujuan
untuk mengenal pasti pola gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar Tingkatan Dua di
empat buah sekolah menengah kawalan di sekitar daerah Batu Pahat, Johor. Selain itu,
kajian ini juga ingin melihat perbezaan gaya pembelajaran berdasarkan jantina pelajar
serta membuat perbandingan gaya pembelajaran antara pelajar berbeza gred pencapaian.
Seramai 120 orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Kajian ini berbentuk tinjauan dan
menggunakan instrumen soal selidik dengan skala lima mata bagi mengukur lima
kategori gaya pembelajaran. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini hasil adaptasi
dari Inventori Model Gaya Pembelajaran yang dibina oleh Dunn, R., Dunn, K. & Peerin,
J (1978). Data yang diperolehi dianalisis menggunakan Model Pengukuran Rasch
menggunakan perisian Winstep versi 3.69.1.11. Nilai pekali Alpha Cronbach untuk
kajian ini adalah 0.74. Dapatan kajian mendapati kategori Emosional (min 3.98) adalah
gaya pembelajaran yang paling dominan diamalkan oleh responden kajian. Kategori
yang kedua adalah kategori Sosiologikal (min 3.96), diikuti ketiga ialah kategori
Psikologikal (min 3.79), keempat ialah kategori Fizikal (min 3.57) dan kelima oleh
kategori Persekitaran (min 3.32). Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan
yang signifikan pada gaya pembelajaran dimensi Persekitaran, Emosional, Fizikal dan
Sosiologikal berdasarkan jantina pelajar kecuali pada gaya pembelajaran Dimensi
Psikologikal dengan nilai t = ±3.01 dengan nilai p<0.05 ( p = 0.0027). Didapati pelajar
berbeza gred pencapaian mempunyai pola gaya pembelajaran agak sama.
vi
ABSTRACT
Learning style is one of most importance element that make sure student have the best
quality of learning. The main focus nowadays is about the less performance of a student.
The main purpose of these researches was to study the learning style among form two
students from four different schools at Batu Pahat district. This research is also want to
identify whether there is any learning style difference among student’s gender and make
a comparison of learning style with different grade of students. They were 120 students
involved as respondent in this research. The study employed a set of questionnaire
measuring on students’ different learning styles and study skills using five point scales.
The five categories of learning styles by Dunn and Dunn are Environmental, Emotional,
Sociological, Physical and Psychological. Data was analysed by using Rasch Model
Measurement in Winstep Software version 3.69.1.11 in order to answers all research
questions. The Cronbach Alpha coefficient for the instrument is 0.74. The result showed
that the students’ learning styles were mainly of Emotional category with mean score
3.98, second was Sociological category (mean 3.96), third was Psychological category
(mean 3.79), fourth was Physical category (mean 3.57) and finally, Environmental
category (mean 3.32). The results showed that there is no significant difference of
learning style among student’s gender. Result also showed that the learning style
preferences between students with differences grade are almost the same.
vii
KANDUNGAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
TAJUK i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB 1 PENGENALAN
1.1. Pendahuluan
1.2. Latar belakang Kajian
1.3. Pernyataan Masalah
1
2
5
viii
1.4. Tujuan Kajian
1.5. Objektif Kajian
1.6. Persoalan Kajian
1.7. Hipotesis Kajian
1.8. Skop dan Batasan Kajian
1.9. Kepentingan Kajian
1.10. Jangkaan Dapatan
1.11. Kerangka Konsep
1.12. Definisi Operasi
1.12.1. Gaya Pembelajaran
1.12.2. Mata Pelajaran Sains
1.12.3. Gred Pencapaian
1.13. Rumusan
8
8
8
9
9
10
11
11
12
13
13
13
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1. Pengenalan
2.2. Pembelajaran
2.3. Gaya Pembelajaran
2.4. Kerangka Teori Gaya Pembelajaran
2.4.1. Domain Behavioris
2.4.2. Domain Kognitif
2.4.3. Domain Sosial
2.4.4. Domain Humanis
2.5. Model Gaya Pembelajaran
2.5.1. Model Gaya Pebelajaran Dunn & Dunn(1978)
2.5.2. Model Gaya Pembelajaran Honey & Mumfort
(1992)
2.5.3. Model Gaya Pembelajaran Kolb (1984)
2.5.4. Model Gaya Pembelajaran Canfield (1977)
2.5.5. Model Gaya Pembelajaran Rahil et. al. (1995)
14
14
15
16
16
17
17
18
18
18
20
22
24
25
ix
2.6. Kepentingan Untuk Mengetahui Gaya Pembelajaran
2.7. Kajian-kajian Lepas
2.8. Rumusan
26
26
30
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1. Pengenalan
3.2. Reka Bentuk Kajian
3.3. Lokasi Kajian
3.4. Populasi dan Sampel Kajian
3.5. Instrumen Kajian
3.6. Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen
3.6.1. Kesahan Instrumen
3.6.2. Kebolehpercayaan Instrumen
3.6.2.1. Kajian Rintis
3.7. Kaedah Pengumpulan Data
3.8. Analisis Data
3.9. Carta Alir Kajian
3.10. Rumusan
31
31
32
32
33
34
35
36
43
44
46
48
BAB 4 ANALISIS KAJIAN
4.1. Pengenalan
4.2. Analisis Data
4.2.1. Analisis Faktor Demografi Terpilih Responden
4.2.2. Gaya Pembelajaran Pelajar Dalam Mata Pelajaran
Sains
4.2.2.1. Analisis Setiap Konstruk Gaya
Pembelajaran Pelajar
4.2.3. Perbezaan Gaya Pembelajaran Berdasarkan
Jantina Responden
49
49
50
52
x
4.2.3.1. Analisis Setiap Konstruk Gaya
Pembelajaran Bagi Responden Lelaki
4.2.3.2. Analisis Setiap Konstruk Gaya
Pembelajaran Bagi Responden Perempuan
4.2.4. Perbandingan Gaya Pembelajaran Berdasarkan
Gred Pencapaian Pelajar
4.2.4.1. Analisis Setiap Konstruk Gaya
Pembelajaran Bagi Responden Gred A
4.2.4.2. Analisis Setiap Konstruk Gaya
Pembelajaran Bagi Responden Gred B
4.2.4.3. Analisis Setiap Konstruk Gaya
Pembelajaran Bagi Responden Gred C
4.3. Penutup
58
64
74
75
81
87
96
BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1. Pengenalan
5.2. Perbincangan Kajian
5.2.1. Gaya Pembelajaran Pelajar Dalam Mata Pelajaran
Sains
5.2.2. Perbezaan Gaya Pembelajaran Berdasarkan Jantina
5.2.3. Perbandingan Gaya Pembelajaran Berdasarkan
Gred Pencapaian Pelajar
5.3. Kesimpulan
5.4. Cadangan
5.5. Cadangan Kajian Lanjutan
98
98
99
102
103
105
106
107
RUJUKAN 108
LAMPIRAN
xi
SENARAI JADUAL
2.1 Sukuan Gaya Pembelajaran Kolb’s 23
3.1 Skala Likert 33
3.2 Bilangan Item Bagi Setiap Dimensi Gaya Pembelajaran 34
3.3 Skor Alpha-Cronbach 36
3.4 Ringkasan Statistik 30 Responden Yang Diukur 37
3.5 Ringkasan Statistik 48 Item Yang Diukur 37
3.6 Pengukuran Polariti Item 39
3.7 Pengukuran Item 40
3.8 Pengukuran Nilai Residual Terpiawai 41
3.9 Ringkasan Jumlah Item Yang Kekal dan Digugurkan 42
3.10 Ringkasan Statistik Selepas Kajian Rintis 43
3.11 Tahap Responden Berdasarkan Min 45
3.12 Ringkasan Kaedah Analisis dan Instrumen Kajian Yang
Digunakan Terhadap Persoalan Kajian yang Dibina
46
4.1 Bilangan dan Peratusan Responden Kajian 50
4.2 Peratus Persetujuan Responden Terhadap Item Konstruk
Gaya Pembelajaran
52
4.3 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Persekitaran 53
4.4 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Emosional 54
4.5 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Sosiologikal 55
4.6 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Fizikal 56
4.7 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Psikologikal 57
4.8 Rumusan Analisis Gaya Pembelajaran Mengikut Dimensi 57
xii
4.9 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Persekitaran
[Responden Lelaki]
58
4.10 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Emosional
[Responden Lelaki]
60
4.11 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Sosiologikal
[Responden Lelaki]
61
4.12 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Fizikal
[Responden Lelaki]
62
4.13 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Psikologikal
[Responden Lelaki]
63
4.14 Rumusan Analisis Gaya Pembelajaran Mengikut Dimensi
Bagi Responden Lelaki
63
4.15 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Persekitaran
[Responden Perempuan]
64
4.16 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Emosional
[Responden Perempuan]
66
4.17 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Sosiologikal
[Responden Perempuan]
67
4.18 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Fizikal
[Responden Perempuan]
68
4.19 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Psikologikal
[Responden Perempuan]
69
4.20 Rumusan Analisis Gaya Pembelajaran Mengikut Dimensi
Bagi Responden Perempuan
69
4.21 Rumusan Analisis Gaya Pembelajaran Mengikut Dimensi
Berdasarkan Jantina Responden
70
4.22 Analisis Perbezaan Kecenderungan Antara Responden Lelaki
Dengan Perempuan Berdasarkan Item Soalan
71
4.23 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi
Gaya Pembelajaran Berdasarkan Jantina Pelajar
72
xiii
4.24 Nilai-t Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Antara
Responden Lelaki Dengan Perempuan Dalam Setiap Dimensi
Gaya Pembelajaran
74
4.25 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Persekitaran
[Responden Gred A]
76
4.26 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Emosional
[Responden Gred A]
77
4.27 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Sosiologikal
[Responden Gred A]
78
4.28 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Fizikal
[Responden Gred A]
79
4.29 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Psikologikal
[Responden Gred A]
80
4.30 Rumusan Analisis Gaya Pembelajaran Mengikut Dimensi
Bagi Responden Gred A
80
4.31 Analisis Item Bagi Dimensi Persekitaran [Responden Gred
B]
81
4.32 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Emosional
[Responden Gred B]
83
4.33 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Sosiologikal
[Responden Gred B]
84
4.34 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Fizikal
[Responden Gred B]
85
4.35 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Psikologikal
[Responden Gred B]
86
4.36 Rumusan Analisis Gaya Pembelajaran Mengikut Dimensi
Bagi Responden Gred B
86
4.37 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Persekitaran
[Responden Gred C]
87
4.38 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Emosional
[Responden Gred C]
89
xiv
4.39 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Sosiologikal
[Responden Gred C]
90
4.40 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Fizikal
[Responden Gred C]
91
4.41 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Psikologikal
[Responden Gred C]
92
4.42 Rumusan Analisis Gaya Pembelajaran Mengikut Dimensi
Bagi Responden Gred C
92
4.43 Rumusan Analisis Gaya Pembelajaran Mengikut Dimensi
Berdasarkan Gred Pencapaian Pelajar
93
4.44 Analisis Perbezaan Kecenderungan Antara Responden Gred
A, Gred B dan Gred C Berdasarkan Item Soalan
94
4.45 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi
Gaya Pembelajaran Berdasarkan Gred Pencapaian Pelajar
95
4.46 Nilai-t Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Antara
Responden Gred A, Gred B Dan Gred C Dalam Setiap
Dimensi Gaya Pembelajaran
96
xv
SENARAI RAJAH
1.1 Kerangka Konsep Kajian 12
2.1 Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn (1978) 19
2.2 Empat Sukuan dalam Gaya Pembelajaran Kolb’s (1984) 23
2.3 Model Gaya Pembelajaran Canfield (1977) 25
2.4 Model Gaya Pembelajaran Rahil et. al. (1995) 25
3.1 Carta Alir Operasi Kajian 47
4.1 Peta Pembolehubah Taburan Item dan Responden 51
4.2 Taburan Responden Lelaki dan Perempuan Di Skala Logit
Masing-Masing
73
xvi
SENARAI SINGKATAN
α - Alpha-Cronbach
SMK (P) - Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan)
SPSS - Statistical Package for the Social Science
FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan
FPSN - Falsafah Pendidikan Sains Negara
NKRA - Bidang Keberhasilan Utama Nasional
TIMSS - Trends in International Mathematics and Science Study
UTHM
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
xvii
SENARAI LAMPIRAN
A Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/1988
B Analisis Peperiksaan Akhir Tahun Mata Pelajaran Sains 2011
C Elemen dalam Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn (1978)
D Borang Soal Selidik
E Borang Pengesahan Soal Selidik
F (a) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Persekitaran
(b) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Emosional
(c) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Sosiologikal
(d) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Fizikal
(e) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Psikologikal
G (a) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Persekitaran
(Responden Lelaki)
(b) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Emosional
(Responden Lelaki)
(c) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Sosiologikal
(Responden Lelaki)
xviii
(d) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Fizikal
(Responden Lelaki)
(e) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Psikologikal
(Responden Lelaki)
H (a) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Persekitaran
(Responden Perempuan)
(b) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Emosional
(Responden Perempuan)
(c) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Sosiologikal
(Responden Perempuan)
(d) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Fizikal
(Responden Perempuan)
(e) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Psikologikal
(Responden Perempuan)
I (a) DIF Antara Responden Lelaki dan Responden Perempuan
(b) Jadual Susunan Pengukuran Responden Mengikut Jantina
(c) Jadual DGF Jantina dan Konstruk Gaya Pembelajaran
J (a) Peta Taburan Item dan Responden Gred A
(b) Peta Taburan Item dan Responden Gred B
(c) Peta Taburan Item dan Responden Gred C
K (a) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Persekitaran
(Responden Gred A)
(b) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Emosional
(Responden Gred A)
(c) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Sosiologikal
(Responden Gred A)
xix
(d) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Fizikal
(Responden Gred A)
(e) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Psikologikal
(Responden Gred A)
L (a) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Persekitaran
(Responden Gred B)
(b) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Emosional
(Responden Gred B)
(c) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Sosiologikal
(Responden Gred B)
(d) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Fizikal
(Responden Gred B)
(e) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Psikologikal
(Responden Gred B)
M (a) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Persekitaran
(Responden Gred C)
(b) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Emosional
(Responden Gred C)
(c) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Sosiologikal
(Responden Gred C)
(d) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Fizikal
(Responden Gred C)
(e) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Psikologikal
(Responden Gred C)
N (a) DIF Item Antara Responden Gred A, Gred B dan Gred C
(b) Jadual Susunan Pengukuran Responden Gred A, Gred B dan
Gred C
(c) Jadual DGF Gred Pelajar dan Konstruk Gaya Pembelajaran
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1. Pendahuluan
Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir
Mohamad menggariskan langkah pencapaian matlamat menjadikan Malaysia negara
maju mengikut acuan sendiri, iaitu mencapai kemajuan seimbang dari segi ekonomi,
politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan. Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara
yang masyarakatnya bersatu padu dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, berpegang
teguh pada nilai agama, moral dan etika serta menikmati kehidupan yang demokratik,
liberal dan bertolak ansur, perkongsian ekonomi yang adil dan saksama, progresif dan
makmur, serta menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamik, tangkas serta
berdaya tahan. Ini selaras dengan hasrat keenam daripada cabaran Wawasan 2020 iaitu:
“Untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai
daya perubahan dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna
teknologi malah mewujudkan penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa
depan” [1].
Lantaran itu, pembangunan sumber manusia yang berpengetahuan luas,
berpendidikan tinggi, berketerampilan, berkemahiran teknik yang tinggi, berkemampuan
menerima teknologi terkini, berkebolehan dalam pengurusan dan penyeliaan serta
mempunyai nilai-nilai sejagat yang disanjung amat diperlukan. Ini selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dirumus dengan berpandukan hasrat dan cita-cita
yang terkandung dalam Penyata Razak dan Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961,
2
Laporan Jawatankuasa Kabinet serta Rukun Negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) dirumus dan dinyatakan seperti berikut:
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”
[2].
Intisari Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini menjadi sumber inspirasi kepada
semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan negara. Matlamat sistem
pendidikan adalah untuk meningkatkan mutu pendidikan negara dengan menekankan
kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Ia berhasrat
untuk memenuhi keperluan negara kini dan pada masa akan datang. Secara
keseluruhannya, ia bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang dapat memberi
sumbangan terhadap kepimpinan dan kemakmuran negara.
1.2. Latar Belakang Kajian
Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif dalam usaha untuk
mencapai status negara maju. Bagi mencapai hasrat ini, kita perlu membentuk
warganegara kritis, kreatif dan berketerampilan yang mengamalkan budaya Sains dan
Teknologi. Warganegara yang berbudaya Sains dan Teknologi mempamerkan ciri-ciri
seperti semangat ingin tahu dan ingin mencuba, celik sains, bersifat terbuka, membuat
keputusan berdasarkan fakta yang nyata, menghargai sumbangan Sains dan Teknologi,
menghargai keseimbangan alam, mempunyai iltizam dan kesanggupan untuk
menyumbang terhadap kemajuan Sains dan Teknologi [2].
Sains adalah satu bidang yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap
saintifik dan nilai murni. Integrasi antara tiga elemen ini amat penting untuk menjamin
mutu pendidikan sains. Falsafah Pendidikan Sains Negara (FPSN) menyatakan
3
pendidikan sains di Malaysia bertujuan untuk memupuk budaya Sains dan Teknologi
dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik,
tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan keterampilan teknologi
[2]. Kurikulum Sains digubal untuk pelajar dari sekolah rendah hingga ke sekolah
menengah. Kurikulum ini digubal berlandaskan kepada keperluan negara dan ciri
sejagat sains, iaitu mengintegrasikan pemerolehan dan aplikasi pengetahuan, penguasaan
kemahiran dan penerapan sikap saintifik dan nilai murni [2].
Mata pelajaran Sains merupakan subjek wajib yang diambil oleh pelajar sejak
peringkat sekolah rendah lagi. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/1988
(Lampiran A), lima waktu seminggu (200 minit) diperuntukkan bagi proses pengajaran
dan pembelajaran Sains. Pelajar diberi peluang untuk meneroka alam sekitar, membuat
eksperimen dan mempelajari kemahiran-kemahiran baru melalui cuba jaya serta
meneroka dan menyiasat mengikut keinginan dan minat mereka. Ini kerana konsep baru
Sains perlu diperkenalkan dengan contoh-contoh yang konkrit [3]. Sains juga adalah
satu mata pelajaran yang memerlukan kebolehan, kemampuan, kecekapan dan
kesediaan pelajar untuk memahami dan membina konsep dan pemahaman tentang mata
pelajaran tersebut. Kemampuan yang diperlukan pelajar dalam konteks ini tidak terbatas
pada kebolehan kognitif sahaja tetapi dipengaruhi faktor-faktor seperti minat, motivasi,
persekitaran, konsep kendiri dan harga diri [4].
Penguasaan ilmu sains merujuk kepada peri pentingnya pemahaman pelajar
dalam konsep-konsep sains dalam perkembangan intelek dan seterusnya akan dapat
menimbulkan keterampilan teknologi. Hakikat ini tidak dapat dinafikan kerana
penguasaan ilmu sains penting dalam memacu pembangunan dan membawa negara ke
barisan hadapan mengepalai inovasi dan teknologi terbaru [5].
Justeru itu, sekolah merupakan satu institusi yang penting dalam membentuk
generasi yang diingini dalam sesebuah negara. Selaras dengan Wawasan 2020, peranan
pendidikan untuk merealisasikan perubahan dan pencapaian Malaysia menjadi negara
maju sepenuhnya merupakan agenda yang begitu mencabar dan kritikal. Bidang
pendidikan juga merupakan satu daripada pemacu yang paling kritikal untuk
mentransformasikan kita daripada sebuah negara berpendapatan sederhana kepada
berpendapatan tinggi kerana impaknya ke atas produktiviti dan pembangunan modal
4
insan. Modal insan merupakan pelaburan terpenting bagi pembangunan sesebuah negara
dan menjadi teras kepada inovasi dan ekonomi berpendapatan tinggi yang produktif.
Tidak ada negara mampu mencapai kemajuan tanpa memiliki modal insan cemerlang
yang berkemahiran tinggi, boleh bertindak balas dengan pantas dan kreatif terhadap
perubahan ekonomi dan berpaksikan kepada penjanaan dan penggunaan pengetahuan
[6].
Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan merupakan landasan
dan titik permulaan dalam usaha menambahbaik prestasi pelajar dalam sistem
pendidikan peringkat sekolah secara menyeluruh [7]. Lantaran itu, pencapaian akademik
pelajar menjadi kayu pengukur yang utama dalam menentukan kejayaan sesuatu sistem
pendidikan. Setiap manusia perlu untuk mencapai kecemerlangan dalam proses
pembelajaran kerana ilmu adalah penting dalam menjalani kehidupan seharian.
Kecemerlangan pelajar sering dikaitkan dengan pelbagai faktor yang dikatakan
mempengaruhinya untuk cemerlang. Antaranya termasuklah faktor keluarga, guru,
sekolah dan yang paling penting adalah sikap pelajar itu sendiri [8].
Salah satu faktor penting yang mempengaruhi pencapaian pelajar ialah gaya
pembelajaran pelajar. Gaya pembelajaran merupakan salah satu elemen yang sangat
penting bagi memastikan seseorang pelajar itu dapat belajar dengan baik [9]. Pelajar
perlulah mengenalpasti dan menyesuaikan diri mereka dengan gaya pembelajaran
supaya pembelajaran menjadi lebih efektif. Menurut [10], gaya pembelajaran yang betul
adalah penting kerana ia boleh meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran dan
seterusnya dapat menghasilkan pencapaian akademik yang cemerlang. Kesilapan dalam
mengaplikasikan sesuatu gaya pembelajaran akan memberi kesan yang tidak baik
terhadap pencapaian akademik seseorang individu [11].
Berdasarkan kajian oleh Mooney dan Price dalam [12], didapati pelajar tidak
tahu cara belajar yang berkesan dan tidak dapat menumpukan perhatian yang baik
semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Persoalannya di sini adalah
adakah para pelajar menyedari apakah bentuk gaya pembelajaran yang mereka amalkan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran? Apakah bentuk gaya pembelajaran yang
paling diminati oleh para pelajar untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran? Jawapan kepada persoalan ini akan dapat membantu para pendidik untuk
5
memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran kerana guru perlu
dibekalkan kemahiran mengenalpasti gaya pembelajaran dan juga bagaimana hendak
menyesuaikan pengajaran dengan gaya pembelajaran pelajar dengan tujuan
memperkembangkan potensi akademik pelajar secara maksimum. Ini kerana
kebanyakkan pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza-beza mengikut
personaliti yang berbeza-beza. Kajian [13] mengaitkan personaliti dengan gaya
pembelajaran dan beliau mengatakan: “Sebagaimana pelajar-pelajar mempunyai
personaliti yang berbeza-beza, begitu juga mereka mempunyai pelbagai cara belajar.”
1.3. Pernyataan Masalah
Sememangnya tidak dapat dinafikan seseorang individu yang lahir ke dunia ini
mempunyai personaliti dan gaya yang tersendiri termasuklah dalam proses
pembelajaran. Pelajar mempraktikkan gaya pembelajaran yang telah sedia ada dalam diri
masing-masing dalam proses pembelajaran. Gaya pembelajaran sangat penting bagi
setiap pelajar kerana ia mempunyai daya pengaruh yang kuat terhadap pencapaian
akademik di mana gaya pembelajaran telah menyediakan satu mekanisme pembelajaran
yang dapat memberi cabaran yang betul kepada pelajar dan menyediakan maklum balas
yang tepat terhadap pencapaian akademik mereka [9].
Secara umumnya, gaya pembelajaran antara pelajar adalah berlainan. Begitu juga
dengan hasil pencapaian yang diperolehi oleh mereka. Kebanyakkan daripada mereka
tidak menyedari tentang gaya pembelajaran yang bersesuaian untuk diaplikasikan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, kebanyakan pelajar ini
mengaplikasikan gaya pembelajaran yang tidak dapat memberi kesan yang positif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Apabila pelajar mengetahui gaya
pembelajaran yang sebenar dan mengamalkannya, secara tidak langsung ia akan dapat
membantu mereka untuk menyusun strategi yang berkesan dalam proses pembelajaran
mereka [11].
Permasalahan semasa yang dialami adalah tahap pencapaian mata pelajaran
Sains sesetengah pelajar masih kurang memberangsangkan (Lampiran B). Walaupun
mereka diajar oleh guru yang sama tetapi keputusan pencapaian mereka adalah berbeza-
6
beza. Sesetengah daripada mereka berjaya tetapi pada peringkat yang sederhana sahaja.
Beberapa kajian antarabangsa menunjukkan prestasi pelajar Malaysia merosot
berbanding dengan pelajar negara lain. Mengikut Trends in International Mathematics
and Science Study (TIMSS)1, 2007, lebih kurang 20% daripada pelajar Malaysia gagal
mencapai tanda aras minimum dalam Matematik dan Sains, berbanding dengan hanya
5% dalam Sains dan 7% dalam Matematik pada tahun 2003 [14]. Jadual 1.1
menunjukkan pencapaian sains pelajar empat buah sekolah kawalan di Batu Pahat dalam
Peperiksaan Akhir Tahun 2011.
Jadual 1.1 : Pencapaian Sains Pelajar Tingkatan Dua Di Empat Buah Sekolah Kawalan
Di Batu Pahat dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2011.
Markah Gred SMK (P)
Temenggong
Ibrahim
SM Tinggi
Batu Pahat
SMK Tun
Aminah
SMK Dato
Bentara
Luar
75-100 Lulus dengan cemerlang (A) 33.33% 30.24% 31.77% 29.98%
50-74 Lulus (B dan C) 56.57% 60.03% 54.48% 51.66%
40-49 Lemah (D ) 7.58% 7.43% 8.23% 9.83%
0-39 Gagal (E) 2.53% 2.30% 5.52% 8.53%
Berdasarkan Jadual 1.1, pencapaian sains pelajar tingkatan dua dalam
peperiksaan akhir tahun 2011 menunujukkan 33.33% pelajar SMK(P) Temenggong
Ibrahim lulus cemerlang, 56.57% lulus, 7.58% lemah dan 2.53% gagal. Bagi pelajar SM
Tinggi Batu Pahat pula terdapat 30.24% pelajar yang lulus dengan cemerlang, 60.03%
lulus, 7.43% lemah dan 2.30% gagal. Manakala bagi pelajar di SMK Tun Aminah,
pelajar yang lulus cemerlang sebanyak 31.77%, lulus sebanyak 54.48%, lemah sebanyak
8.23% dan gagal sebanyak 5.52%. Dan akhir sekali bagi pelajar SMK Dato Bentara Luar
didapati 29.98% lulus dengan cemerlang, 51.66% lulus, 9.83% lemah dan 8.53% gagal
dalam peperiksaan tersebut.
Memandangkan kepentingan peranan sekolah dalam melahirkan lepasan pelajar
sekolah yang berkualiti bagi melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat
yang lebih tinggi atau membolehkan mereka untuk menceburi bidang kerjaya yang
7
memerlukan kelulusan yang baik dalam pencapaian akademik, maka pencapaian setiap
pelajar terutamanya pencapaian sains, harus diberi perhatian serius supaya apa yang
diinginkan pelajar selepas tamat sekolah dapat dicapai dengan jayanya [15].
Untuk memperoleh pencapaian yang tinggi dalam pelajaran, beberapa aspek
penting perlu diambil kira sama ada bagi pihak pelajar atau pihak pengajar. Adalah
penting bagi seseorang pelajar itu untuk mengamalkan gaya pembelajaran yang
bersesuaian dengan apa yang dipelajarinya bagi mendapatkan pencapaian yang
memuaskan dan cemerlang dalam akademiknya [15]. Proses pengajaran dan
pembelajaran perlu diberi perhatian serius oleh pihak sekolah bagi melahirkan pelajar
yang berwibawa dan berkeyakinan sebelum melangkah ke peringkat pengajian yang
lebih tinggi atau pun sebelum menceburi bidang kerjaya mereka kelak. Pendidik tidak
lagi membuat andaian bahawa semua pelajar akan belajar melalui apa jua strategi
pengajaran kerana pengiktirafan kepentingan adaptasi kurikulum terhadap sifat keunikan
pelajar adalah perlu, demi mencapai kejayaan dalam akademik [10].
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, guru merupakan salah
satu faktor yang boleh mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar. Namun demikian ada
segelintir pelajar yang mempelajari sesuatu menurut pendekatan serta kaedah tersendiri
tanpa menyedari bahawa mereka mempunyai suatu cara belajar yang mungkin berbeza
daripada gaya belajar pelajar lain. Ramai pelajar yang kurang berjaya atau gagal
mencapai keputusan cemerlang mengakui diri mereka kekurangan pengetahuan tentang
gaya pembelajaran [16]. Menurut [17], kajian tentang gaya pembelajaran pelajar adalah
perlu dan kajian seumpama ini akan mencelikkan para guru dalam mengetahui gaya
pembelajaran yang paling banyak diamalkan oleh para pelajar dan seterusnya
meningkatkan minat pelajar dalam sesuatu subjek atau mata pelajaran dan membantu
mereka dalam pembelajaran. Hal ini kerana gaya pembelajaran yang diamalkan oleh
pelajar mempunyai kesan terhadap hasil pembelajarannya yang seterusnya memberi
impak ke atas pencapaian akademik pelajar.
8
1.4. Tujuan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pola gaya pembelajaran dalam kalangan
pelajar Tingkatan Dua di empat buah sekolah menengah kawalan di sekitar daerah Batu
Pahat, Johor. Selain itu, kajian ini juga ingin melihat perbezaan gaya pembelajaran
berdasarkan jantina pelajar serta membuat perbandingan gaya pembelajaran antara
pelajar berbeza gred pencapaian.
1.5. Objektif Kajian
Kajian ini ingin mengenalpasti tiga objektif utama iaitu:
(a) Mengenalpasti gaya pembelajaran yang paling dominan yang diamalkan pelajar
berdasarkan lima gaya pembelajaran yang diperkenalkan oleh Dunn dan Dunn
(1978).
(b) Mengenalpasti perbezaan gaya pembelajaran pelajar berdasarkan jantina.
(c) Membuat perbandingan gaya pembelajaran pelajar berdasarkan gred pencapaian
mereka.
1.6. Persoalan Kajian
Untuk mencapai objektif-objektif yang dikehendaki, kajian yang dijalankan cuba
menjawab persoalan-persoalan berikut:
(a) Apakah gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar?
(b) Adakah terdapat perbezaan gaya pembelajaran berdasarkan jantina pelajar?
(c) Apakah gaya pembelajaran pelajar berdasarkan gred pencapaian mereka?
9
1.7. Hipotesis Kajian
Terdapat lima set hipotesis atau jangkaan yang dirangkakan bagi memenuhi objektif
kajian.
(a) Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik dalam gaya
pembelajaran dimensi Persekitaran berdasarkan jantina pelajar.
Ha1: Terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik dalam gaya
pembelajaran dimensi Persekitaran berdasarkan jantina pelajar.
(b) Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik dalam gaya
pembelajaran dimensi Emosional berdasarkan jantina pelajar.
Ha2: Terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik dalam gaya
pembelajaran dimensi Emosional berdasarkan jantina pelajar.
(c) Ho3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik dalam gaya
pembelajaran dimensi Sosiologikal berdasarkan jantina pelajar.
Ha3: Terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik dalam gaya
pembelajaran dimensi Sosiologikal berdasarkan jantina pelajar.
(d) Ho4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik dalam gaya
pembelajaran dimensi Fizikal berdasarkan jantina pelajar.
Ha4: Terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik dalam gaya
pembelajaran dimensi Fizikal berdasarkan jantina pelajar.
(e) Ho5: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik dalam gaya
pembelajaran dimensi Psikologikal berdasarkan jantina pelajar.
Ha5: Terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik dalam gaya
pembelajaran dimensi Psikologikal berdasarkan jantina pelajar.
1.8. Skop dan Batasan Kajian
Kajian ini dilakukan di empat buah sekolah kawalan di sekitar daerah Batu Pahat.
Sekolah-sekolah yang terlibat ialah SMK (P) Temenggong Ibrahim, SMK Tun Aminah,
SMK Tinggi dan SMK Dato Bentara Luar. Responden kajian ini terdiri daripada 30
10
orang pelajar Tingkatan Dua dari setiap sekolah yang telah dipilih. Jumlah responden
yang terlibat secara keseluruhannya adalah seramai 120 orang (30 orang responden
perempuan daripada SMK(P) Temenggong Ibrahim, 30 orang responden perempuan
daripada SMK Tun Aminah, 30 orang responden lelaki dari SM Tinggi Batu Pahat dan
30 orang responden lelaki dari SMK Dato Bentara Luar). Pelajar-pelajar Tingkatan Dua
bagi sesi persekolahan 2012 dipilih kerana mereka merupakan sebahagian daripada
calon-calon pelajar yang bakal mengikuti aliran Teknik dan Vokasional di peringkat
pendidikan menengah atas.
Memandangkan terdapat pelbagai model gaya pembelajaran, pengkaji hanya
menggunakan Inventori Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn (1978) untuk
mengukur gaya pembelajaran para pelajar. Model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn
dipilih kerana ia adalah model multidimensi yang mempunyai kesahan dan
kebolehpercayaan instrumen yang tinggi serta mempunyai asas penyelidikan yang kukuh
[ 18], [19] dan [20].
Pembolehubah pencapaian sains bagi responden adalah berdasarkan kepada
Penilaian Kuriukulum Satu tahun 2012 pada bulan Februari 2012 dan tidak mengambil
kira tahap pencapaian akademik sepanjang pengajian mereka.
Metodologi kajian ini mempunyai kekurangan berbanding gabungan penggunaan
kaedah dan instrumen yang lain. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan dan
hanya menggunakan borang soal selidik berpandukan kepada model lima kategori gaya
pembelajaran Dunn dan Dunn iaitu Persekitaran, Emosional, Sosiologikal, Fizikal dan
Psikologikal.
1.9. Kepentingan Kajian
Memandangkan pencapaian akademik pelajar masih kurang memuaskan dalam
peperiksaan, maka faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian sains perlu dikaji agar
langkah-langkah yang diperlukan dapat diambil. Pengenalpastian ini boleh menyumbang
kepada penggubalan program latihan serta memberi alternatif kepada para pengajar
dalam menentukan keberkesanan strategi pengajaran mereka.
11
Kajian ini juga sedikit sebanyak dapat membantu pelajar mengenalpasti gaya
pembelajaran yang dapat memberi kesan yang baik terhadap pencapaian akademik
mereka untuk diamalkan dan seterusnya akan memberi peluang kepada para pelajar
untuk menyusun strategi pembelajaran yang berkesan. Diharap juga agar kajian ini dapat
dijadikan bahan rujukan bagi pihak-pihak yang ingin membuat kajian selanjutnya serta
untuk tujuan ilmiah yang lain.
1.10. Jangkaan Dapatan
Terdapat beberapa jangkaan yang dapat dibuat oleh pengkaji untuk tujuan kajian ini.
Antaranya adalah:
(a) Pelajar dapat mengetahui gaya pembelajaran yang diamalkan oleh mereka sama
ada sesuai ataupun sebaliknya.
(b) Pelajar dapat meningkatkan kualiti pembelajaran dengan mengamalkan gaya
pembelajaran yang bersesuaian dengan diri mereka sendiri.
(c) Pengajar atau guru dapat selaraskan gaya pengajaran dengan gaya pembelajaran
pelajar yang berbeza-beza untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran
dan pembelajaran.
1.11. Kerangka Konsep
Rajah 1.1 menunjukkan kerangka konsep berkaitan kajian yang akan dijalankan.
Kelaziman gaya pembelajaran pelajar banyak dipengaruhi oleh faktor individu dan
faktor ini pula perlu disesuaikan dengan isi pembelajaran dan sumber pembelajaran yang
merupakan pembolehubah yang tetap.
12
Rajah 1.1 : Kerangka Konsep Kajian
1.12. Definisi Operasi
1.12.1. Gaya Pembelajaran
Gaya bermaksud sikap, kesukaan, ketaksukaan dan cara berkelakuan yang menjadi ciri
seseorang. Menurut [3], gaya pembelajaran seseorang merujuk kepada stail atau cara
belajar seseorang individu yang bertindak dengan persekitarannya untuk memproses,
mentafsir dan memperolehi maklumat, pengalaman atau kemahiran yang diingini. Di
bawah konteks psikologi pendidikan, gaya pembelajaran ialah cara seseorang pelajar
memberi tumpuan dan tindakan untuk memproses maklumat untuk membentuk konsep
dan prinsip.
Dalam kajian ini, pengkaji akan menentukan gaya pembelajaran pelajar
berdasarkan kepada Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn (1978). Maklumat
lanjut mengenai ciri-ciri gaya pembelajaran model ini akan dijelaskan dalam Bab 2.
Gaya Pembelajaran
Cara pengumpulan data dan maklumat
Cara belajar
Cara sampaikan maklumat
Hasil
Pengajaran
dan
pembelajaran
Isi pengajaran
(Tetap)
Sumber pelajaran
(Tetap)
13
1.12.2. Mata Pelajaran Sains
Mata pelajaran Sains merupakan salah satu subjek teras wajib yang perlu diambil oleh
pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia [21]. Dalam kajian ini, mata
pelajaran Sains yang dimaksudkan adalah mata pelajaran Sains Tingkatan Dua.
1.12.3. Gred Pencapaian
Menurut [22], pencapaian bermaksud pelajar-pelajar mengikut kurikulum yang diajar
dan ditentukan melalui ujian atau peperiksaan. Dalam konteks kajian ini, pencapaian
merujuk khusus kepada pencapaian Sains dikalangan pelajar Tingkatan Dua di empat
buah sekolah yang dikaji iaitu SMK(P) Temenggong Ibrahim, SM Tinggi Batu Pahat,
SMK Tun Aminah dan SMK Dato Bentara Luar.
1.13. Rumusan
Bab ini menjelaskan masalah kajian yang melibatkan responden yang terdiri daripada
pelajar Tingkatan Dua di SMK (P) Temenggong Ibrahim, SM Tinggi Batu Pahat, SMK
Tun Aminah dan Smk Dato Bentara Luar. Bab 1 membincangkan pengenalan kajian
iaitu latar belakang, masalah kajian dan objektif, persoalan kajian, hipotesis kajian,
signifikan kajian, skop dan batasan kajian serta kerangka konsep yang berkaitan dengan
kajian yang akan dijalankan. Bab 2 sorotan penulisan menjelaskan rujukan kajian lalu
berkaitan dengan masalah kajian. Bab 3 menerangkan metodologi kajian yang
dijalankan.
14
BAB 2
SOROTON KAJIAN
2.1 Pengenalan
Dalam bab ini, pengkaji mengemukakan perkara yang berkaitan dengan gaya
pembelajaran di samping model gaya pembelajaran yang digunakan dalam kajian ini.
Bab ini juga turut memuatkan kajian lepas yang berkaitan dengan gaya pembelajaran.
2.2. Pembelajaran
Pembelajaran adalah satu fenomena yang sebati dalam kehidupan manusia.
Pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai perubahan tingkah laku yang tetap dan ia
berlaku kerana pengalaman atau latihan yang diteguhkan. Perubahan tingkah laku yang
mengambil masa beberapa minit tidak dipanggil pembelajaran [23]. Pembelajaran secara
amnya diertikan sebagai proses memperoleh ilmu pengetahuan ataupun kemahiran.
Sekiranya pengajaran dapat mempengaruhi pelajar sehingga tingkah lakunya mengalami
perubahan yang dapat diperhatikan selepas pengajaran berbanding sebelum pengajaran,
maka dapat disimpulkan bahawa pembelajaran telah berlaku [24]. Pembelajaran
merupakan satu proses yang mempunyai beberapa peringkat yang diperolehi secara
sistematik, bermula dari penerimaan rangsangan melalui organ deria, diikuti oleh
pembentukan konsep dalam fikiran dan diakhiri dengan perubahan tingkah laku [24].
Menurut [25], pembelajaran adalah satu proses melalui pengalaman, yang mana
secara menyeluruh mengubah perlakuan seseorang secara kekal. Perubahan dalam
15
perlakuan adalah bukti mudah sesuatu pembelajaran telah berlaku [26]. Teori Piaget ada
menyatakan kanak-kanak tidak menerima pengetahuan secara pasif tetapi mereka
menerima dan membina pengetahuan baru melalui aktiviti [27].
Pembelajaran merupakan satu proses yang memerlukan tempoh untuk
penggabungan ilmu. Pembelajaran akan jadi lebih mudah apabila isi kandungan yang
dipelajari adalah sesuatu yang tidak asing. Di samping itu faktor dalaman dan luaran
juga akan memberi kesan pada proses pembelajaran [28]. Menurut [29], pembelajaran
merupakan kegiatan yang bergantung kepada akal dan melibatkan ingatan. Pembelajaran
yang berjaya adalah pembelajaran yang mencapai mutu tinggi dalam matlamat sesebuah
pembelajaran ilmu.
2.3. Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran merupakan cara mempelajari sesuatu mengikut kecenderungan yang
ada pada setiap individu. Gaya pembelajaran adalah bersifat biologikal, dan akan
berkembang hasil daripada pengalaman hidup seseorang [30].
Terdapat pelbagai definisi gaya pembelajaran yang dikemukakan oleh ahli
psikologi. Gaya pembelajaran merujuk kepada pendekatan pengajaran yang digemari
oleh pelajar. Selain itu gaya pembelajaran juga melambangkan ciri-ciri kualiti individu
yang tetap walaupun suasana sekeliling telah berubah [31]. Menurut [32], gaya
pembelajaran adalah kaedah tersendiri individu untuk mencari, menyimpan dan
mengeluarkan semula maklumat. Gaya pembelajaran juga merupakan cara seseorang
individu dapat melihat dan memproses sesebuah pengalaman [33].
Berdasarakan definisi oleh [3], gaya pembelajaran adalah cara belajar sesorang
individu yang bertindak dengan persekitarannya supaya individu tersebut dapat
memproses, mentafsir dan memperolehi maklumat, ilmu pengetahuan atau kemahiran
yang diingini dalam setiap proses pembelajaran yang dialami.
Kajian [34], mendefinisikan gaya pembelajaran sebagai cara seorang kanak–
kanak dapat mengingat sesuatu pengetahuan baru yang susah dengan pelbagai cara sama
ada melalui pendengaran, melihat, membaca, menulis, mengilustrasi, menuturkan atau
mengalaminya secara aktif, memproses maklumat secara tersusun, analitik
16
(menggunakan otak kiri) ataupun secara menyeluruh dan serentak (menggunakan otak
kanan). Gaya pembelajaran juga menerangkan bagaimana seseorang bertindakbalas pada
persekitaran tempat pembelajaran berlaku, sama ada maklumat diserap secara konkrit
atau secara abstrak. Pelajar mula untuk menumpukan pada pembelajaran, memproses
maklumat dan seterusnya mengekalkan semua pengetahuan baru dan sukar bagi mereka.
Setiap individu mempunyai tindak balas yang berlainan. Kecenderungan seseorang
individu itu dipengaruhi oleh lima faktor utama iaitu persekitaran, fisiologi, sosiologi,
fizikal dan psikologi.
Berdasarkan kesemua takrifan daripada tokoh-tokoh di atas, dapat disimpulkan
bahawa gaya pembelajaran merupakan kecenderungan pelajar dalam mengamalkan cara
atau teknik pembelajaran mereka yang tersendiri di mana ia dipengaruhi oleh faktor
persekitaran dan faktor personaliti pelajar tersebut. Gaya pembelajaran yang diamalkan
ini seterusnya dapat memberikan pengaruh yang kuat terhadap prestasi pencapaian
akademik pelajar [34].
2.4. Kerangka Teori Gaya Pembelajaran
Teori pembelajaran merupakan dapatan kajian ahli-ahli psikologi pendidikan tentang
konsep pembelajaran, faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran serta proses dan
sebab berlakunya pembelajaran. Teori pembelajaran ini memberikan penghuraian
tentang unsur, faktor dan mekanisme yang terlibat dalam proses pembelajaran.
Kebanyakan teori pembelajaran adalah dihasilkan daripada kaji selidik atau
pemerhatian. Terdapat pula, sesetengahnya dibentuk melalui pemikiran logik berasaskan
falsafah [3]. Teori-teori pembelajaran boleh dibahagikan kepada beberapa domain
seperti domain behaviorisme, domain kognitif, domain sosial dan domain humanis.
2.4.1. Domain Behavioris
Domain behavioris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh
Thorndike dan Skinner, berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan
perubahan tingkah laku. Teori pembelajaran mereka kebanyakannya dihasilkan daripada
17
ujian dan juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing
dan burung di dalam makmal. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara
„rangsangan‟ dan „gerakbalas‟ yang menghasilkan perubahan tingkah laku. Secara
umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan
mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau
sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku pelajar boleh diperhatikan,
dikawal dan diramal [35]. Secara umumnya, teori-teori pembelajaran inilah yang
menjadi dasar kepada gaya pembelajaran seseorang individu.
2.4.2. Domain Kognitif
Domain kognitif pula berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman
yang berlaku dalam akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada
tingkah laku. Ahli-ahli psikologi kognitif seperti Bruner dan Piaget menumpukan kajian
kepada pelbagai jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal
mengikut pelbagai peringkat umur dan kebolehan pelajar. Teori-teori pembelajaran
mereka adalah bertumpu kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah
penyelesaian masalah, penemuan dan pengkategorian. Menurut teori ini, manusia
memiliki struktur kognitif, dan semasa proses pembelajaran, otak akan menyusun segala
maklumat di dalam ingatan [35].
2.4.3. Domain Sosial
Domain sosial pula menyarankan teori pembelajaran dengan menggabungkan teori
domain behavioris bersama dengan teori domain kognitif. Teori ini juga dikenali sebagai
Teori Perlakuan Model. Albert Bandura, seorang tokoh domain sosial ini menyatakan
bahawa proses pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan
menggunakan pendekatan permodelan. Beliau menjelaskan lagi bahawa aspek
pemerhatian pelajar terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan oleh guru dan juga
aspek peniruan oleh pelajar akan dapat memberikan kesan yang optimum kepada
kefahaman pelajar [35].
18
2.4.4. Domain Humanis
Domain humanis pula berpendapat pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan
perasaannya. Seorang ahli domain ini, Carl Rogers menyatakan bahawa setiap individu
itu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain. Oleh itu, strategi
dan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan
disusun mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar itu. Beliau juga
menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai
kecemerlangan kendiri. Maka, guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan memberi
bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum [35].
2.5. Model gaya pembelajaran
Terdapat pelbagai Model Gaya Pembelajaran yang biasa digunakan oleh pengkaji-
pengkaji lepas dalam mengenalpasti gaya pembelajaran seseorang. Antara Model Gaya
Pembelajaran yang biasa diguna ialah Model Gaya Pembelajaran Kolb, Model Gaya
Pembelajaran Canfield, Model Gaya Pembelajaran Honey dan Mumford, dan Model
Gaya Pembelajaran Rahil et. al.. Pengkaji menggunakan Model Gaya Pembelajaran
Dunn dan Dunn kerana aspek penilaian adalah menyeluruh, ia menyentuh aspek luaran
dan dalaman seseorang pelajar [36].
2.5.1. Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn (1978)
Model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn (1978) dalam [24], menyatakan bahawa gaya
pembelajaran merupakan kaedah seseorang menumpu, memproses, menyerap dan
mengingat maklumat atau kemahiran yang baru dan sukar. Model gaya pembelajaran
Dunn dan Dunn adalah berdasarkan prinsip-prinsip berikut:
a) kebanyakan individu mampu dan boleh belajar,
b) setiap individu mempunyai gaya pembelajaran tertentu,
19
c) gaya pembelajaran individu akan bertindakbalas dengan iklim, sumber dan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran, dan
d) iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dapat
disesuaikan dengan gaya pembelajaran seseorang itu akan dapat
mengoptimumkan proses pembelajaran.
Dunn dan Dunn menyatakan individu dapat mempertingkatkan prestasi mereka
sekiranya proses pengajaran dan pembelajaran dapat disesuaikan dengan mengikut gaya
pembelajaran mereka. Dunn dan Dunn mengkategorikan gaya pembelajaran kepada 5
dimensi iaitu Persekitaran, Emosional, Sosiologikal, Fizikal dan Psikologikal seperti
yang digambarkan dalam Rajah 2.1. Lima dimensi ini mempengaruhi keupayaan
seseorang individu terhadap persekitaran pembelajarannya.
Rajah 2.1: Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn (1978) [24]
Elemen-elemen yang terdapat dalam Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn
dirumuskan dalam Lampiran C.
Persekitaran Bunyi Cahaya Suhu Reka Bentuk
Motavasi Kecekalan Tanggungjawab Struktur Emosional
Rakan
sebaya
Kendiri Kumpulan Dewasa Pelbagai Sosiologi
Fizikal Persepsi
Indera Makan minum Masa Mobiliti
Analitik Global Otak Kiri/
Kanan
Refleksi
Diri
Desakan Psikologi
20
2.5.2. Model Gaya Pembelajaran Honey dan Mumford (1992)
Gaya pembelajaran didefinisikan sebagai penerangan ke atas sikap dan tingkah laku
individu yang mengamalkannya. Honey dan Mumford (1983) membahagikan gaya
pembelajaran kepada 4 kumpulan iaitu aktivis, reflektif, teoris dan pragmatis [37].
(a) Aktivis
Individu yang mempunyai gaya pembelajaran aktivis dikategorikan sebagai individu
yang berminat kepada pengalaman dan ‟obses‟ terhadap kaedah berpasukan. Mereka
juga bersikap ingin mencuba sesuatu yang baru. Kehidupan mereka adalah aktif dan
sentiasa dipenuhi dengan aktiviti. Mereka berminat kepada pengalaman baru, yang
mencabar tetapi mereka mudah berasa bosan terhadap peraturan yang terperinci.
Individu ini biasanya bertindak dahulu sebelum mempertimbangkan kesannya. Mereka
kebiasaannya menyelesaikan masalah melalui kaedah sumbangsaran.
Golongan pelajar ini tidak memerlukan dorongan daripada orang lain ataupun
menunggu seseorang yang akan memberi dorongan kepadanya. Mereka lebih selesa
untuk mengambil tindakan atas inisiatif sendiri. Individu aktivis merupakan seorang
yang peramah dan suka bersosial tetapi aktiviti yang dilakukan sering tertumpu kepada
persekitaran dirinya sendiri. Individu yang mempunyai gaya pembelajaran aktivis
mempunyai fikiran terbuka dan ingin mengambil tahu akan perkembangan terbaru
dalam pembelajaran serta persekitarannya. Golongan aktivis adalah golongan yang
kreatif dan mampu menghasilkan idea-idea serta jalan penyelesaian yang kreatif dan
menarik dalam situasi-situasi pengajaran dan pembelajaran yang ditimbulkan oleh guru.
Oleh kerana mereka ada banyak idea, guru perlu mengatur strategi pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan aktiviti sumbangsaran, perbincangan dan sesi buzz.
21
(b) Reflektif/reflektor
Individu yang mempunyai gaya pembelajaran reflektif/reflektor berminat dalam
mengulas pengalaman dan suka membuat pemerhatian melalui pelbagai perspektif.
Mereka akan mengumpulkan maklumat yang banyak dan menganalisis pengalaman
tersebut sebelum membuat sesuatu keputusan. Mereka biasanya memberi keutamaan
dalam mengumpul dan menganalisis maklumat maka keputusan yang dibuat akan
memakan masa yang agak lama. Mereka selalunya berfikir sebelum membuat tindakan.
Mereka sangat berhati-hati dan gemar menjauhkan diri daripada terlibat dengan
perbincangan sebaliknya berminat memerhati tingkah laku manusia di sekelilingnya.
Mereka suka melibatkan diri dalam matapelajaran Sains dan sering membuat
kesimpulan berdasarkan pemerhatian sendiri, pemerhatian rakan serta pemerhatian orang
dewasa. Persepsi dan pengamatan mereka tajam dan sensitif terhadap perubahan-
perubahan yang berlaku di sekeliling mereka. Kemahiran memerhati dan berfikir mereka
adalah tinggi.
(c) Teoris
Seseorang yang mengamalkan gaya pembelajaran secara teoris mementingkan situasi-
situasi bermatlamatkan logik. Mereka mudah terangsang kepada teori, model dan sistem
pemikiran yang praktikal atau menerima unsur logik. Masalah diselesaikan secara
penaakulan langkah demi langkah yang logik iaitu melalui kaedah menganalisis serta
mensintesis. Mereka berpegang kepada „jika ianya logik maka ia boleh digunakan‟.
Mereka sering mempersoalkan tentang dasar bagi sesuatu perkara yang diketengahkan.
Oleh itu, mereka lebih bersifat analitik dan mengutamakan ketetapan daripada bersifat
global dan subjektif.
Aspek emosi adalah tidak begitu penting untuk individu yang mempunyai gaya
pembelajaran teoris. Mereka lebih mementingkan rumusan atau kesimpulan yang dibuat
berasaskan bukti, analisis, kenyataan atau idea. Oleh sebab itu, rumusan atau kesimpulan
yang dihasilkan oleh mereka adalah kurang kreatif kerana terkongkong oleh bukti dan
logik.
22
Secara saintifiknya, mereka cenderung untuk menggunakan otak kiri untuk
memproses maklumat yang mereka perolehi. Mereka bersifat objektif dalam melihat
sesuatu pandangan atau idea daripada pelbagai perspektif supaya mereka dapat melihat
situasi tersebut dengan lebih jelas. Kajian mendapati golongan lelaki didapati lebih
cenderung kepada gaya pembelajaran teoris.
(d) Pragmatis
Kajian mendapati mereka yang mengamalkan gaya pembelajaran pragmatis adalah lebih
konfiden, banyak bercakap dan lebih proaktif mengikut perkembangan dan sentiasa
mengekalkan tahap emosi yang tinggi. Golongan ini tertumpu kepada isu-isu yang
praktikal dan berminat mengaitkan pembelajaran yang telah dipelajarinya dengan
kaedah semasa yang digunakan. Mereka gemar mencuba idea, teori dan teknik untuk
menguji sama ada ia berguna atau tidak dalam situasi sebenarnya.
Golongan pragmatis berpegang kepada „kaedah sentiasa ada‟ dan „jika kaedah itu
berguna maka ianya baik‟. Mereka gemar membincangkan perkara yang tidak
mempunyai objektif dan tidak mempunyai keputusan tetap kerana mereka adalah
golongan yang suka membuat keputusan secara praktikal dan gemar menyelesaikan
masalah secara cuba jaya. Mereka adalah golongan yang ekspresif iaitu mereka berasa
puas hati apabila mereka berjaya dalam sesuatu perkara baru atau eksperimen. Pelajar
pragmatis juga bersifat kreatif dan inovatif kerana mereka akan sentiasa cuba untuk
membaiki sesuatu idea supaya ia dapat digunakan sebaik-baiknya dalam situasi yang
sebenar. Pada kebiasaannya pelajar pragmatis adalah terdiri daripada pelajar lelaki dan
mereka menggunakan otak kanan untuk memproses maklumat yang diperolehi.
2.5.3. Model Gaya Pembelajaran Kolb (1984)
David Klob (1984) dipetik dari [38] telah mengemukakan gaya pembelajaran melalui
pengalaman yang mengandungi empat peringkat pengalaman iaitu:
1) Pengalaman konkrit adalah individu yang belajar daripada pengalaman yang
spesifik, berkait dengan orang lain dan sensitif terhadap perasaan orang lain.
23
2) Pemerhatian reflektif adalah pembelajaran yang melibatkan pemerhatian teliti
sebelum membuat keputusan, melihat sesuatu perkara dari pelbagai perspektif
dan melihat kepada makna sesuatu perkara.
3) Konseptual abstrak adalah pembelajaran berdasarkan analisis logikal,
perancangan yang sistematik dan pemahaman secara intelektual terhadap sesuatu
situasi.
4) Eksperimentasi aktif pula merujuk kepada kemampuan untuk melakukan sesuatu
sehingga selesai, mengambil risiko, mempengaruhi orang lain dan bertindak
terhadap sesuatu perkara.
Kolb juga telah membahagikan aktiviti pembelajaran pelajar kepada dua bahagian iaitu
persepsi (perception) dan pemprosesan (processing). Selepas penerimaan maklumat,
maklumat akan diproses dan pemprosesan maklumat ini berbeza mengikut gaya setiap
individu. Kedua-dua dimensi yang bertentangan ini iaitu persepsi dan proses
digabungkan menjadi empat sukuan gelagat pembelajaran seperti dalam Rajah 2.2.
Rajah 2.2: Empat Sukuan dalam Gaya Pembelajaran Kolb‟s [25].
Kolb‟s Experiential Learning
Style
Concrete & Experience
(sensing/feeling)
Reflection &
Observation
(review/watching)
Test Hypothesis &
New Situation
(doing/planning)
Abstraction &
Generalization
(thinking/concluding)
Concrete,
active
(activists)
Concrete,
reflective
(reflectors)
Abstract,
active
(pragmatist)
Abstract,
reflective
(theorists)
24
Jadual 2.1 menerangkan dengan lebih lanjut mengenai ciri-ciri pembelajaran pelajar
dalam setiap jenis sukuan.
Jadual 2.1: Sukuan Gaya Pembelajaran Kolb‟s
Sukuan Penerangan
Sukuan Jenis I Merupakan gabungan di antara Concrete Experience dangan Active
Experience.
Memberikan tindak balas yang baik pada penerangan yang diberikan oleh
guru.
Memberikan tindak balas yang positif terhadap isi pelajaran yang
disampaikan.
Guru merangsang pelajar dengan mengalakkan motivasi yang ada dalam
diri pelajar.
Sukuan Jenis II Gabungan di antara Concrete Experience dengan Reflective Observation.
Bertindakbalas secara optimum kepada sesi pengajaran dan pembelajaran.
Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan apabila pelajar
berpeluang melakukan refleksi.
Guru bertindak sebagai pakar.
Sukuan Jenis III Sukuan ini merupakan hasil gabungan Active Experimentation dan
Abstract Conceptualization.
Sentiasa bekerjasama dan berusaha menyelesaikan masalah yang
diberikan.
Guru sebagai pembimbing
Mengambil pengajaran dari kesilapan yang lalu.
Guru bertindak sebagai fasilitator yang memberikan panduan.
Sukuan Jenis IV Gabungan Reflector Observation dan Abstract Conceptualization.
Pelajar gemar mengaplikasikan informasi atau maklumat yang diperolehi
ke dalam situasi yang baru.
Guru bertindak sebagai pemerhati untuk memberi peluang meneroka
perkara yang menjadi tarikan.
2.5.4. Model Gaya Pembelajaran Canfield (1977)
Canfield (1997) yang dipetik dalam [39] telah membina skala gaya pembelajaran dan
membahagikannya kepada 4 kategori utama iaitu keadaan pembelajaran (learning
condition), kecenderungan mod belajar (preferred mode of learning), kandungan
pembelajaran (learning content) dan jangkaan prestasi (perfomance expectation). Rajah
2.3 menunjukkan elemen-elemen yang terdapat dalam Model Gaya Pembelajaran
Canfield.
109
RUJUKAN
1. Arshad, A. R. Pemikiran Tun Dr.Mahathir Mohamad Dalam Pendidikan Negara:
Implikasinya Ke Atas Dasar Pendidikan Negara Masa Kini dan Masa Hadapan.
Siri Ucap Utama Institut Pemikiran Tun. Dr. Mahathir Mohamad (IPDM). Siri
Simposium Berkala 1 “Pendidikan”. Sintok: Institut Pemikiran Tun. Dr. Mahathir
Mohamad. 2004. ms 15-27.
2. Curriculum Development Centre. Integrated Curriculum For Secondary Schools.
Science Syllabus. Malaysia: Pusat Perkembanagn Kurikulum. 2007.
3. Mok S. S. Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sekolah Rendah: Komponen 1&2):
Psikologi Pendidikan & Pedagogi. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
2003.
4. Buntat, Y. et. al. Hubunagn Antara Harga Diri dan Pencapaian Sains Dalam
Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan
Matematik. Universiti Teknologi Malaysia: 2008.
5. Ibrahim, N.H., Surif, J. & Mustapa M.S. Kefahaman dan Tahap Amalan
Pembelajaran Secara Kontekstual di Kalangan Guru Sains Luar Bandar. Tesis
Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia: 2006.
6. Johari, A.Z. Strategi Pembelajaran. Johor: Kolej Teknologi Tun Hussein. 2003.
110
7. Kementerian Pelajaran Malaysia (2011). Bidang Keberhasilan Utama Nasional
(NKRA) Pendidikan. Dipetik dari http://www.moe.gov.my
8. Johari, A.Z., Mohd Meerah, T. S. & Abdullah, M.A. Strategi Pembelajaran.
Johor: Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. 2003.
9. Kamaruddin, M.I. & Mohamad, A. Kajian Gaya Pembelajaran Dalam Kalangan
Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik) Universiti
Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia: 2005.
10. Dunn, R. and Dunn, K. Teaching Elementary Students Through Their Individual
Learning Styles: Practical Approach For Grades 3-6. Boston: Allyn and Bacon.
1992.
11. Muhammad, S. Tinjauan Terhadap Gaya Pembelajaran di Kalangan Pelajar-
Pelajar Semester Dua Diploma Pemasaran di Politeknik Sultan Abdul Halim
Mu’adzam Shah. Tesis Sarjana. Kolej Universiti Tun Hussein Onn: 2003.
12. Mohamed Noor, K. Belajar Teknik Belajar. Kuala Lumpur: PTS Publication and
Distributor Sdn. Bhd. 2002.
13. Slavin R.E. Educational Psychology: Theory and Practice. 5th
Ed. USA: Allyn and
Bacon. 1997.
14. National Centre For Education Statistics (2007). Trends in International
Mathematics and Science Study (TIMSS). Dicapai dari
http://nces.ed.gov/timss/table07_1.asp.
15. Mohamad, N. Hubungan Antara Gaya Pembelajaran dengan Pencapaian
Matematik Pelajar di Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Menggunakan Model
Kolb. Tesis Sarjana Muda. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia : 2008.
111
16. Abu, B. Teaching Effectiveness and Staff Professional Development Programmes
in HEI in Malaysia. Published Doctoral Thesis, The University of Birmingham,
UK: 2000.
17. Ng, S. C. Relationship Between Learning Styles and Understanding of Selected
Chemical Concepts Among Pre-University Science Students. Tesis Sarjana.
Universiti Malaya: 2005.
18. Griggs, S. A. Learning Styles Counseling. ERIC digest. ERIC Clearinghouse on
Counseling and Personnel Services. (ED 341 890- Microfiche- Digest in ERIC
Database). 1991.
19. Lovelace, M. K. Meta-Analysis of Experimental Research Based on the Dunn and
Dunn Model. Journal of Educational Research. 2005. 98(3): 176-183.
20. Tendy, S., & Geiser, W. The Search For Style: It All Depends on Where You Look.
Retrieved from ERIC database. 1997.
21. Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 17/1988.
Malaysia. 1988.
22. Nik Zain, S. N. Y. Faktor Yang Mempengaruhi Murid-murid Untuk Belajar
Dengan Tekun dan Memimpin : Satu Kajian Kes. Latihan Ilmiah. Universiti
Kebangsaan Malaysia: 1981.
23. Dale H.S. Learning Theories. An Educational Perspective. 2nd
Edition. Prentice
Hall, Inc. A Simon & Schuster Company. 1996.
24. Julie, E. S. Resources For Teaching A Learning Styles/ Teamwork Module With
The Solomon-Felder Index Of Learning Styles. 2003. 33rd
ASEE/IEEE Frontiers
In Education Conference.
112
25. Stephen B. K. Learning Principle and Application. 5th
Edition. London: SAGE
Publication Ltd. 2009.
26. Guy R. L. Theories Of Human Learning. What the Old Man Said. 4th
Edition.
USA: Allyn and Bacon. 2000.
27. Meyers, C. et. al. Promoting Active Learning: Strategies for the College
Classroom. Jossey-Bass Pte. Ltd. San Francisco : 1993.
28. Gavin R. Learning Styles and Inclusion. London: Paul Chapman Publishing. 2005.
29. Mohd Nor, K. Belajar Teknik Belajar Di Sekolah dan Di Universiti. Kuala
Lumpur: PTS Publication and Distributors Sdn Bhd. 2001.
30. Dunn, R., Honigsfeld, A., & Doolan, L. Impact Of Learning-Style Instructional
Strategies On Students‟ Achievement And Attitudes: Perceptions Of Educators In
Deverse Institutions. The Clearing House, 82(3), 135-140. 2009.
31. De Bello, T. C. How Parents Perceive Students' Learning Style. Principal,
76, 38-39. 1996.
32. Felder, R.M. dan Henriques, E.R. Learning and Teaching Styles in Foreign and
Second Language Education. Foreign Language Annals, 28(1), 21-21. 1995.
33. McCarty, B. & McCarty, D. Teaching Around The 4Mat Cycle. Designing
Instruction for Diverse Learners with Diverse Learning Styles. London: Corwin
Press. 2006.
34. Dunn, R., Dunn, K. & Peerin, J. Teaching Young Children Through Their
Individual Learning Styles. Practical Approaches For Grades K-2. USA: Allyn
and Bacon. 1994.
113
35. Santrock, J. W. Educational Psychology. 4th
Edition. New York: McGraw Hill
Companies, Inc. 2009.
36. Sapar, H. Tinjauan Terhadap Gaya Pembelajaran di Kalangan Pelajar-pelajar
Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional di UTHM. Tesis Sarjana Muda.
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: 2007.
37. Honey, P. dan Mumford. The Manual of Learning Style. 2nd
Edition. United
Kingdom: Peter Honey. 1992.
38. Mohamad Zakaria, Z. B. Hubungan Gaya Pembelajaran dengan Pencapaian
Akademik. Tinjauan di Kalangan Pelajar Sarjana Muda Pendidikan Tahun
Pertama, UTM, Skudai, Johor. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia:
2007.
39. Abu, B., Md Johan, O., Syed Mansor, S.M.S., & Jaafar, H. Kepelbagaian Gaya
Pembelajaran dan Kemahiran Belajar Pelajar Universiti Di Fakulti Pendidikan,
UTM Johor. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia: 2007.
40. Mahyuddin, R., Mohd. Isa, A. M. dan Lope Pihie, Z. A. Asas Pendidikan II:
Psikologi Dalam Bilik Darjah. Malaysia: Longman. 1995.
41. Kowalski, K. M. What‟s Your Learning Style? Current Health 1. 2001. 25(1): 20-
32.
42. Dunn, R. dan Stevenson , J.M. Teaching Diverse College Students To Study A
Learning Style Prescription. College Student Journal. 1997. 31(3): 333-339.
43. Dunn, R. and T.C. DeBello, eds. Improves Test Scores, Attitudes, And Behaviors
In America’s Schools: Supervisors’ Success Stories. Wesport, CT: Bergin and
Garvey. 1999.
114
44. Constant, K.P. Using Multimedia Techniques To Address Diverse Learning Styles
In Materials Education. Journal of Materials Education. 1997. 19: 1-8.
45. Zywno, M. S. & Waalen, J. K. The Effects Of Individual Learning Styles On
Student Outcomes In Technology-Enabled Education. Global Journal of
Engineering Education 2002. 6(1): 35- 43.
46. De Vita, G. Learning Styles, Culture, And Inclusive Instruction In Multicultural
Classroom: A Business And Management Perspective. Innovations in Education
and Teaching International. 2001. 38 (2): 165-174.
47. Low X. X. Pola Gaya Pembelajaran Pelajar-pelajar Di Kelas Lukisan
Kejuruteraan Sekolah Menengah Sains Muar. Tesis Sarjana Muda. Universiti
Teknologi Malaysia: 2003.
48. Om, N.A. Kajian TerhadapKaedah Pembelajaran Yang di Amalkan oleh Pelajar
Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional. Tesis Sarjana Muda. Universiti
Tun Hussein Onn Malaysia: 2007
49. Ting, H. S. Gaya Pembelajaran Sains Tahun 2 Fakulti Pendidikan, UTM. Tesis
Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia: 2006.
50. Yee M. H. Pola Gaya Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah
Teknik di Daerah Negeri Johor. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi
Malaysia: 2002.
51. Raja Sulaiman, R.M. Tijauan Terhadap Gaya Pembelajaran Di Kalangan Pelajar-
Pelajar Semester Tiga Tahun 2002 Diploma Akauntasi Di Politeknik Sultan Haji
Ahmad Shah, Kuantan Pahang. Tesis Sarjana. Kolej Universiti Teknologi Tun
Hussein Onn: 2002.
115
52. Omar, F. Keberkesanan Pembelajaran Secara Kolaboratif Terhadap Prestasi
Mata Pelajaran Pengurusan Perniagaan (P315) Pelajar Sijil Simpan Kira
Semesta 4 di Politeknik Seberang Perai. Tesis Sarjana. Kolej Universiti Teknologi
Tun Hussein Onn: 2002.
53. Awang, M. S. Dan Rahim, S. E. Gaya Pembelajaran Pelajar Semester 7 Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan Kemahiran Hidup di Universiti Pendidikan Sultan
Idris. Tesis Sarjana Muda. Universiti Pendidikan Sultan Idris: 2001.
54. Keri, G. Males And Females College Students` Learning Styles Differ: An
Opportunity For Instructional Diversification. College Student Journal. 2002. 36
(3): 36, 433-450.
55. Philbin, M., Meier, E., Huffman, S., & Boverie, P. A Survey Of Gender And
Learning Styles. Sex Roles Journal of Research. 1995. 32(7-8): 485-497.
56. Khamis, M. Gaya Pembelajaran dan Hubungannya Dengan Pencapaian
Akademik. Jurnal Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia: 2002.
57. Muhd. Sidik, S. S. P. Kajian Terhadap Gaya Pembelajaran Pelajar Aliran
Vokasional Di Sekolah Menengah Teeknik. Tesis Sarjana Muda. Universiti Tun
Huseein Onn Malaysia: 2007.
58. Mohd. Yusof. Gaya Pembelajaran dan Hubungannya Dengan Pencapaian Pelajar
Perakaunan. National Seminar Memeperkasakan Sistem Pendidikan. Johor Bahru:
2005.
59. Nun, H. Gaya Pembelajaran Pelajar di Universiti Teknologi Malaysia. Tesis
Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia : 1999.
116
60. Che Abd. Razak. N. S. Gaya Pembelajaran Pelajar Kejuruteraan Di Universiti
Tun Hussein Onn Malaysia. Tesis Sarjana. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia:
2008.
61. Pasiak, T. “Revolusi IQ, EQ,SQ”. PTS Millenia Sdn. Bhd. Selangor : 2008.
62. Amir, N. F. H. Hubungan Gaya Pembelajaran Terhadap Pencapaian Akademik
Pelajar Kejuruteraan Dalam Subek Berkaitan Grafik Kejuriteraan Berkomputer.
Tesis Sarjana. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: 2009.
63. Abu Hassan, N. Perkaitan Antara Pencapaian Awal, Kaedah Pengajaran, Gaya
Pembelajaran dan Kesukaran Subjek Matematik Di Kalangan Pelajar Diploma
Kejuruteraan. Tesis PHD. Universiti Kebangsaan Malaysia : 2001.
64. Muhammad, S. Tinjauan Gaya Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Semester 2
Diploma Pemasaran. Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Tesis
Sarjana. Kolej Universiti Tun Hussein Onn : 2003.
65. Davidson, P.S. Matehmatics Learning Viewed From Neurobiological Model For
Intellectual Functioning. ERIC : ED 239914: 1983.
66. Conllison, E. A Survey Of Elementary Students‟ Learning Style Preferences And
Academic Success. Contemporary Education (71): 42-47 : 2000.
67. Gadt-Johnson, C.D. & Price, G.E. Comparing Students With High And Low
Preferences For Tactile Learning. Education (120): 581-586 : 2000.
68. Merican, S. Penyelidikan Sains Sosial. Kuala Lumpur: McGraw Hill. 2000.
69. Thomas, R.M. Teacher’s Doing Research. An Introductory Guidebook. New York:
Pearson Education, Inc. 2005.
117
70. Johari, K. Penyelidikan DalamPendidikan (Konsep dan Prosedur). Malaysia:
Prentice- Hall. 2003.
71. Idris, N. Penyelidikan Pendidikan. Malaysia; McGraw Hill. 2010.
72. Abdul Ghafar, M. N. Rekabentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai,
Universiti Teknologi Malaysia: 2003.
73. Konting, M. M. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka. 2005.
74. Suter, W. N. Introduction To Educational Research. A Critical Thinking
Approach. California: SAGE Publication, Inc. 2006.
75. Mertler, C. A. & Charles, C. M. Introduction To Educational Research. 5th
Edition.
New York: Pearson Education, Inc. 2005.
76. Punch, K. F. Introduction to Research Methods in Education. London : SAGE
Publication, Ltd. 2009.
77. Wiersma, W. & Jurs, S. G. Research Method in Education. 8th
Edition. New York:
Pearson Education, Inc. 2005.
78. Linacare, J. M. Winstep Computer Program Version 3.48. : www.winsteps.com :
( 30 April 2012)
79. Bond, T.G & Fox, C.M. Applying the Racsh Model Fundamental Measurement in
the Human Sciences. 2nd
Ed. New Jersey: Lawrence Erlbaun Associates : 2007.