full hgt

63
BAB 1 1.0 PENGENALAN TERHADAP KAJIAN 1.1 Pengenalan Peningkatan jumlah warga tua berumur 60 tahun dan keatas pada abad ini, turut berlaku di Malaysia. Jika diteliti, peningkatan penduduk warga tua di Malaysia ini pada abad-abad sebelumnya tidaklah berlaku sederas abad ini. Akibat dari peningkatan jumlah warga tua, maka penduduk kategori warga tua ini menjadi agenda penting bagi negara ini. Menyedari jumlah dan peratusan warga tua yang semakin bertambah dalam masyarakat Malaysia, pada tahun 2000 kerajaan malaysia telah mewujudkan sebuah dasar bagi memberi tempat atau kedudukan sosial yang baik khas untuk warga tua, terutama untuk menjaga kebajikan mereka. Melalui dasar itu, satu pelan tindakan, iaitu Dasar Warga Emas Negara telah dilaksanakan oleh kerajaan. Pelan tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat, pembuat polisi dan orang ramai tentang kesejahteraan penduduk warga tua. Maka tidak hairanlah, pelbagai pihak kini sering dilihat memberikan perhatian serius kepada usaha penyelidikan berkaitan dengan warga tua, termasuklah Malaysia, terutama mengenai implikasi penuaan penduduk, termasuk meningkatkan usaha penyelidikan ke atas implikasi peningkatan warga tua dalam masyarakat serta meneroka pendekatan alternatif untuk menjaga kebajikan warga tua, keluarga serta komuniti. Banyak juga penyelidikan dilakukan untuk menganalisis isu warga tua, terutama implikasinya ke atas pembangunan, perkhidmatan sosial, penjagaan kesihatan dan lain-lain implikasi yang berkaitan (PBB, 1987). Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran negara dan penduduk dunia mengenai implikasi penuaan penduduk, PBB telah menjadikan tahun 1999 sebagai Tahun Warga Tua. Selaras dengan kesedaran yang semakin meningkat dalam negara sedunia, perhatian ke atas isu warga tua, termasuk usaha penyelidikan menjadi semakin bertambah meluas. Namun begitu, penyelidikan mengenai warga tua boleh dikatakan masih baru di Malaysia. Penyelidikan mengenai warga tua sebenarnya agak banyak, tetapi penglibatan sarjana tempatan ke atas bidang ini masih belum cukup meluas. Ironinya, peningkatan populasi warga tua telah meningkatkan minat penyelidik ke arah memberikan tumpuan kajian ke atas warga tua. 1

Upload: hilmi-salleh

Post on 13-Aug-2015

70 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

contoh esei.......

TRANSCRIPT

Page 1: full hgt

BAB 1

1.0 PENGENALAN TERHADAP KAJIAN

1.1 Pengenalan

Peningkatan jumlah warga tua berumur 60 tahun dan keatas pada abad ini, turut berlaku di

Malaysia. Jika diteliti, peningkatan penduduk warga tua di Malaysia ini pada abad-abad

sebelumnya tidaklah berlaku sederas abad ini. Akibat dari peningkatan jumlah warga tua,

maka penduduk kategori warga tua ini menjadi agenda penting bagi negara ini. Menyedari

jumlah dan peratusan warga tua yang semakin bertambah dalam masyarakat Malaysia, pada

tahun 2000 kerajaan malaysia telah mewujudkan sebuah dasar bagi memberi tempat atau

kedudukan sosial yang baik khas untuk warga tua, terutama untuk menjaga kebajikan mereka.

Melalui dasar itu, satu pelan tindakan, iaitu Dasar Warga Emas Negara telah dilaksanakan

oleh kerajaan. Pelan tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat,

pembuat polisi dan orang ramai tentang kesejahteraan penduduk warga tua. Maka tidak

hairanlah, pelbagai pihak kini sering dilihat memberikan perhatian serius kepada usaha

penyelidikan berkaitan dengan warga tua, termasuklah Malaysia, terutama mengenai

implikasi penuaan penduduk, termasuk meningkatkan usaha penyelidikan ke atas implikasi

peningkatan warga tua dalam masyarakat serta meneroka pendekatan alternatif untuk

menjaga kebajikan warga tua, keluarga serta komuniti. Banyak juga penyelidikan dilakukan

untuk menganalisis isu warga tua, terutama implikasinya ke atas pembangunan, perkhidmatan

sosial, penjagaan kesihatan dan lain-lain implikasi yang berkaitan (PBB, 1987). Dalam usaha

untuk meningkatkan kesedaran negara dan penduduk dunia mengenai implikasi penuaan

penduduk, PBB telah menjadikan tahun 1999 sebagai Tahun Warga Tua. Selaras dengan

kesedaran yang semakin meningkat dalam negara sedunia, perhatian ke atas isu warga tua,

termasuk usaha penyelidikan menjadi semakin bertambah meluas. Namun begitu,

penyelidikan mengenai warga tua boleh dikatakan masih baru di Malaysia. Penyelidikan

mengenai warga tua sebenarnya agak banyak, tetapi penglibatan sarjana tempatan ke atas

bidang ini masih belum cukup meluas. Ironinya, peningkatan populasi warga tua telah

meningkatkan minat penyelidik ke arah memberikan tumpuan kajian ke atas warga tua.

Pengaturan kehidupan warga tua di Pulau Pinang dan Kedah dilihat masih ditahap yang

rendah dan kurang diberi perhatian sewajarnya oleh anak-anak, keluarga, jiran, masyarakat

1

Page 2: full hgt

dan kerajaan. Kebanyakan warga tua di Pulau Pinang dan Kedah dilihat masih ramai yang

bekerja sendiri dengan pendapatan yang agak kecil. Rata-rata mereka terpaksa menyara diri

sendiri walaupun masih tinggal bersama ahli keluarga atau anak sendiri. Berdasarkan

pemerhatian, kehidupan warga tua masih lagi dalam kualiti yang rendah dimana mereka

terpaksa berkerja untuk menyara kehidupan di waktu usia semakin lanjut. Mujurlah masih

ada pihak majikan yang ingin menerima mereka untuk bekerja walaupuan dengan gaji yang

kecil. Kebanyakan responden bekerja dalam sektor swasta. Ada juga yang bekerja sebagai

peniaga, dan lain-lain. Selain itu terdapat sebilangan warga tua yang bekerja sebagai buruh

upahan di sektor pembinaan. Sebilangan yang lain pula bekerja sebagai kakitangan awam dan

swasta, bekerja sendiri sebagai pekedai dan mengusahakan perkhidmatan pengangkutan.

Berdasarkan banci 2010 terdapat 1 561 383 orang penduduk di Pulau Pinang pada 2010

(banci penduduk, 2010) daripada jumlah tersebut terdapat seramai 159,285 orang warga tua

di Pulau Pinang (jadual 1.1). Untuk mengenali warga tua perbincangan laporan ini

membincangkan satu hasil kajian ke atas warga tua yang telah dilakukan pada tahun 2012.

laporan ini mempunyai dua tujuan, iaitu (1) menganalisis beberapa ciri profil sosial dan

ekonomi warga tua, dan (2) menganalisis pola pengaturan kehidupan mereka.

Jadual 1.1: Populasi Warga Tua Di Pulau Pinang Berdasarkan Kategori Umur.

NEGERI PULAU PINANG

UMUR POPULASI WARGA TUA

60-64 58,624

65-69 38,259

70-74 29,290

75 dan keatas 33,112

JUMLAH 159,285

Sumber: disesuaikan daripada banci penduduk 2010

2

Page 3: full hgt

1.2 Saiz dan Kadar Pertumbuhan Penduduk Tua di Malaysia

Pada tahun 2010 berdasarkan banci penduduk oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, saiz

penduduk Malaysia adalah seramai 28,334,135 orang. Daripada jumlah itu, saiz penduduk

lelaki adalah seramai 14 562 638 orang. Manakala penduduk perempuan pula seramai 13 771

497 orang. Selain itu, daripada 28 juta lebih bilangan penduduk Malaysia pada tahun 2010,

jumlah warga tua sahaja adalah seramai 3 397 145. Rajah 1.2 menunjukkan kadar

pertumbuhan penduduk tahunan di Malaysia pada 1970, 1980, 1991, 2000 dan 2010. Kadar

pertumbuhan penduduk menurun daripada 3.9 peratus pada 1970 kepada 2.3 peratus pada

1980. Pada 1991, ia mula meningkat kepada 2.6 peratus dan kekal pada 2000. Pada 2010,

kadar pertumbuhan menurun kepada 2.0 peratus. Manakala kadar pertumbuhan penduduk tua

pula seperti dalam rajah 1.3. Rajah 1.3 menunjukkan kadar pertumbuhan penduduk tua

meningkat daripada 4.8 peratus pada 1960 kepada 5.9 pada tahun 1991. Kadar pertumbuhan

ini dijangka akan terus meningkat kepada 6.1 pada tahun 2000 dan 7.3 peratus pada tahun

2020.

Rajah 1.2: Saiz Penduduk Malaysia 1980-2010

Sumber: Data banci

perumahan 2010 disesuaikan oleh penulis

Rajah 1.3: Kadar Pertumbumbuhan Penduduk Malaysia 1970,1980,1990,2000, Dan 2010.

3

Page 4: full hgt

Sumber: Data banci perumahan 2010 disesuaikan oleh penulis.

1.3 Isu dan Permasalahan Kajian

Pernyataan masalah penting untuk diulas dalam sesebuah kajian bagi mengetahui apakah

masalah yang berlaku hingga mencetuskan keinginan pengkaji untuk menyelidiknya. Maka,

tanpa penyataan masalah yang baik, sesuatu kajian akan dianggap lemah kerana gagal

menunjukkan sebab atau alasan yang relevan berkaitan perkara yang hendak dikaji

Dalam kajian yang dilakukan, ia mengkhusus kepada mengkaji profil sosio-ekonomi

dan pengaturan kehidupan warga tua di Pulau Pinang. Analisis kajian yang dilakukan adalah

melibatkan analisis profil sosio-ekonomi warga tua, pengaturan kehidupan warga tua dan

perkaitan pengaturan kehidupan warga tua dengan profil sosio-ekonomi mereka termasuk

pengetahuan warga tua mengenai kemudahan yang tersedia untuk mereka. Berdasarkan

kesemua parameter yang diambil kira tersebut, ia membantu proses penyelidikan dan kajian

dapat dilakukan dengan lebih jitu, tepat, dan mempunyai maklumat yang terperinci. Selain

itu, ia juga membantu dalam memperolehi data yang berkaitan.

1.4 Objektif Kajian

Menganalisis profil sosioekonomi warga tua.

Mengkaji pengaturan kehidupan warga tua.

Mengkaji perkaitan antara pengaturan kehidupan dengan profil sosio-ekonomi warga

tua.

4

Page 5: full hgt

1.5 Kerangka Konseptual

Kerangka konseptual ialah rangka atau lakaran yang dibuat secara ringkas untuk

menjelaskan perkara-perkara yang akan dilakukan dan dibincangkan dalam kajian. Dalam

kerangka konseptual ini, fokus utama yang diberi perhatian adalah kendalian hidup warga tua

di Pulau Pinang dari perspektif profil sosio-ekonomi dan pengaturan kehidupan. Daripada

kerangka konseptual yang dibina ini, faktor-faktor yang mempengaruhi kemasukan input,

implikasi terhadap warga tua, dan implikasi terhadap output dapat dijelaskan dan

dibincangkan. Berdasarkan rajah berikut, ia menunjukkan kerangka konseptual yang telah

dibina untuk kajian ini.

Rajah 1.4: Kerangka konseptual kajian

Sumber: Diubahsuai dari Phillips (1992)

5

Latar BelakangWarga Tua

Ekonomi Sosial

Sumber pendapatan

Pekerjaan

Bantuan / kebajikan

Kesihatan dan Penyakit

Tempat tinggal

Aktiviti sosial

Pengaturan

kehidupan

Page 6: full hgt

1.6 Batasan dan Masalah Kajian

Dalam kajian ini batasan adalah dalam mencari responden yang sihat dan cergas supaya

kajian dapat berjalan dengan lancar. Hal ini kerana ramai warga tua (responden) mengalami

masalah kesihatan. Kajian lebih sukar untuk dilakukan jika responden yang ditemubual

mengalami masalah pendengaran dan penglihatan yang kurang jelas. Namun pendekatan

yang sesuai adalah menggunakan kaedah kualitatif kerana responden suka bercerita dan suka

didekati dan barulah sanggup memberi kerjasama. Selain itu, batasan sampel (responden)

juga hanya melibatkan sejumlah kecil iaitu 360 orang responden dan hanya melibatkan

kawasan yang kecil iaitu di Pulau Pinang sahaja. Jumlah sampel yang kecil akan

menyebabkan hasil kajian tidak luas dan menyeluruh. Batasan kajian kendalian hidup warga

tua adalah respon daripada responden yang sebahagiannya enggan berkerjasama disebabkan

beberapa faktor seperti sikap malu yang amat tinggi, ingin merahsiakan maklumat berkaitan,

dan sikap prejudis terhadap pengkaji.

1.7 Skop Kajian

Skop kajian ini adalah mengenai latar belakang sosio-ekonomi dan pengaturan kehidupan

warga tua di Pulau Pinang. Maka, bagi melengkapkan kajian ini, pengkaji telah menemubual

dan menjalankan soal selidik kepada 360 orang warga tua sebagai responden dinegeri ini.

Selain itu, dalam kajian ini, penekanan diberi terhadap beberapa aspek meliputi latar

belakang sosial dan ekonomi yang merangkumi angkubah seperti sumber kewangan dan

pekerjaan,tahap pendidikan dan tahap kesihatan serta penglibatan dalam organisasi sosial.

Penekanan apek ini penting dalam usaha untuk mencapai dan mengelakkan sebarang

kecuaian atau kesilapan ketika melengkapkan data.

6

Page 7: full hgt

1.8 Kepentingan Kajian

Setiap kajian mempunyai tujuan dan matlamatnya tersendiri. Ia juga mempunyai

kepentingan-kepentingan tertentu berdasarkan skop kajian yang dibuat. Kepentingan kajian

adalah penting kerana ia memberi maklumat baru dan juga boleh menjadi panduan untuk

kajian berikutnya yang berkaitan. Dalam kajian ini, salah satu kepentingan yang dicapai

adalah ia mampu mengetahui kendalian hidup warga tua berdasarkan pengaturan kehidupan

dan perkaitannya dengan profil sosio-ekonomi termasuk pengetahuan mereka mengenai

kemudahan yang tersedia untuk mereka. Selain itu, kepentingan kajian ini adalah

memberikan maklumat kepada kerajaan, masyarakat dan individu dalam memberikan

keprihatinan dan sokongan yang sewajarnya melalui data yang telah diperolehi. Di samping

itu, kajian yang kami lakukan juga mampu memberi maklumat tambahan kepada penyelidik-

penyelidik yang melakukan kajian mengenai warga tua.

1.9 Organisasi Tesis

Dalam laporan kajian ini, secara keseluruhannya dibahagikan kepada enam bahagian atau

bab. Bab pertama merangkumi pengenalan kepada kajian yang mana pengkaji memberi

penerangan baerkaitan kajian seperti objektif kajian ini dibuat, batasan dan masalah kajian,

permasalahan kajian, skop kajian, kepentingan kajian ini, rangka konseptul, organisasi tesis,

metodologi yang digunakan termasuk kaedah kajian, kawasan kajian dan lokasi. Dalam bab 2

pula, pengkaji cuba memberi perkaitan atau sandaran kajian ini melalui kajian literatur iaitu,

sorotan kajian terhadap pengkaji dahulu yang pernah mengkaji mengenai warga tua sama ada

dalam atau luar negara. Sebelum menyorot mengenai isu-isu yang pernah dikaji pengkaji

terdahulu, dalam laporan ini pengkaji cuba melihat trend penuaan didunia, negara maju,

negara membangun, negara malaysia khasnya.

Dalam bab ketiga pula, adalah bahagian dapatan kajian yang membincangkan objektif

pertama kajian iaitu mengkaji profil sosio-ekonomi responden. Dalam bab ini, latar belakang

responden dijadikan asas kepada kajian khasnya daripada segi pengaturan kehidupan yang

merupakan kesan langsung daripada latar belakang sosial dan ekonomi responden. Sosio-

ekonomi responden yang diberi penekanan oleh pengkaji adalah seperti kewangan dan

7

Page 8: full hgt

sumber pendapatan, taraf pendidikan, taraf kesihatan dan status perkahwinan. Angkubah ini

penting bagi melihat kesannya kepada pengaturan kehidupan warga tua.

Bab keempat pula mengenai objektif kajian yang kedua iaitu mengkaji pengaturan kehidupan

warga tua di kedah dan Pulau pinang. Objektif ini cuba melihat kehidupan warga tua selepas

mencapai umur persaraan secara rasmi. Dalam bahagian ini juga pengkaji cuba membuat

perkaitan antara pengaturan kehidupan warga tua dengan latar belakang sosio-ekonomi

responden iaitu objektif kajian yang ketiga. Pengkaji menggunakan angkubah-angkubah

seperti tempat tinggal, sama ada bersendirian, atau memilih tinggal bersama keanggotaan isi

rumah yang lain, kegiatan sosial warga tua dan penyakit yang dihadapi.

Selain itu juga kajian ini menganalisis pengaturan kehidupan warga tua, laporan ini juga cuba

untuk menganalisis tahap pengetahuan warga tua di Pulau Pinang mengenai kemudahan yang

tersedia untuk mereka. Tujuannya adalah untuk membuat anggaran sama ada mereka tahu

atau tidak kelebihan dan kemudahan yang telah tersedia untuk mereka yang mungkin boleh

merubah pengaturan kehidupan merka yang kurang baik kepada lebih baik mahupun baik

kepada lebih baik.Ini adalah kerana ada sebahagian warga tua seperti yang dibincangkan

diatas pengaturan kehidupan mereka masih ditahap yang rendah.

1.10 METODOLOGI

Kawasan Kajian

Lokasi

Untuk kajian yang dilakukan ini, lokasi kajian yang telah dipilih adalah bertempat di

sebuah negeri diutara Semenanjaung Malaysia iaitu Pulau Pinang. Negeri tersebut dipilih

sebagai lokasi kajian kerana kesesuaian tajuk atau keadaan yang ingin dikaji. Bagi kajian ini,

8

Page 9: full hgt

keseluruhan negeri Pulau Pinang terlibat. Negeri Pulau Pinang meliputi bahagian pulau iaitu

daerah Timur Laut dan Barat daya serta Seberang Prai.

Gambar 3.1: peta negeri penang.

1.Kaedah di lapangan

Soal Selidik

Antara kaedah utama yang perlu dilakukan ketika menjalankan kajian ini adalah

melakukan soal selidik. Soal selidik boleh dirujuk sebagai aktiviti mengambil data secara

kuantitiatif untuk dianalisis di makmal mengguakan perisian SPSS. Untuk kaedah ini,

sebanyak 360 set soalan di edarkan kepada responden. Hal ini kerana semakin banyak

responden semakin jitu dan tepat hasil kajian nanti. Oleh itu, responden perlu menjawab 9

seksen soalan A-G. Semasa aktiviti soal selidik dilakukan, setiap set borang sampel soalan

tersebut akan dilabel dengan kawasan kajian, penemubual, alamat responden, dan tarikh, Ia

bagi memudahkan kami untuk mengesan setiap set borang sampel soalan terutama jika

berlaku sebarang kekurangan atau masalah serta analisis mengunakan SPSS juga dapat

dijalankan dengan mudah dan jika ada masalah pengkaji dapat menemui semula responden

tersebut. Dalam kajian ini, sebanyak 360 set borang sampel telah berjaya dikumpul semula.

Berdasarkan gambar berikut, pengkaji sentiasa mendampingi responden memandangkan

faktor usia dan pemahaman terhadap sampel soalan tersebut.

Gambar 3.2: Pengkaji membantu responden mejawab soal selidik

Temu Bual

Dalam kajian ini, kaedah temu bual turut digunakan bagi mengatasi kesukaran

penggunaan borang soal selidik. Untuk megunakan kaedah ini, pengkaji perlu berbual dalam

keadaan santai agar memudahkan proses mendapatkan data dan juga demi menjaga

keselesaan responden. Memandangkan berurusan dengan manusia mempunyai banyak

kelemahan pengkaji perlu memikirkan cara terbaik bagi memudahkan soalan.

Gambar 3.3: Pengkaji sedang menemuramah responden

9

Page 10: full hgt

1.11 Rumusan

Bab ini telah membincangkan beberapa perkara yang asas kepada pengenalan sesuatu kajian

atau penyelidikan sebelum menjurus kepada tajuk kajian pengkaji. Perbincangan berkisar

mengenai objektif kajian, skop kajian, permasalahan kajian serta metodologi atau kaedah

yang digunakan dalam kajian ini. Semua perkara yang telah dibincangkan itu merupakan

elemen penting untuk mengukuhkan dan menjadi dasar atau hala tuju kepada penyelidikan

ini.

10

Page 11: full hgt

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

Pengenalan

Dalam bab ini, perbincangan akan lebih berkisar kepada beberapa perkara berkaitan

warga tua secara umum. Perbincangan ini juga mengandungi perkara-perkara asas

seperti definisi,trend penuaan penduduk dunia, trend penuaan penduduk di negara

maju, trend penuaan penduduk di negara membangun, dan trend penuaan di Malaysia.

Seterusnya, pengkaji juga membuat sorotan mengenai kajian-kajian yang telah

dijalankan oleh pengkaji dalam dan luar negara bagi memahami dengan lebih lanjut

topik yang ingin difokuskan. Penelitian pengkaji terhadap kajian terdahulu juga

mendapati banyak pengkaji cuba mengaitkan isu pengaturan kehidupan warga tua

yang disebabkan oleh latar belakang sosio-ekonomi warga tua itu sendiri.Hal ini

kerana kekuatan sosial dan ekonomi memainkan peranan yang sangat besar dalam

memberi sokongan dari segi kewangan dan sosial kepada warga tua ini.

Definisi Konsep Penuaan

Proses penuaan merupakan fenomena yang sukar untuk dihuraikan. Hal ini demikian kerana

proses penuaan merupakan proses yang mengambil masa panjang dan semua manusia pasti

melalui proses ini, kecuali disebabkan oleh keadaan yang tidak dapat dielakkan seperti mati

sebelum sempat menempuhi umur tua. Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan

11

Page 12: full hgt

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), warga tua ditakrifkan sebagai mereka yang telah

meningkat usia 60 tahun ke atas (Pala, 1998). Dengan ini, sesebuah negara yang mempunyai

jumlah penduduk yang berumur 60 tahun ke atas melebihi tujuh peratus dari jumlah

penduduknya dianggap mengalami penuaan “ageing population”.

Selain itu, menurut Kalish (1982) pula, keadaan tua seseorang itu juga dapat dilihat melalui

tahap kronologi umur yang boleh dijadikan sebagai satu unit pengukuran semasa untuk

menggambarkan usia tuanya. Oleh itu, ketuaan seseorang seringkali dikaitkan dengan umur

persaraan. Dalam konteks umur ekonomi, mereka yang dikategorikan sebagai golongan tua

adalah individu yang telah tamat tempoh bekerja atau bersara iaitu 55 tahun dan ke atas.

Usaha mendefinisikan warga tua adalah sangat luas dan berbeza kerana mencakupi pelbagai

bidang.

Di samping pertambahan dalam jangkaan hidup, terdapat dua faktor utama yang

menyumbang kepada proses penuaan penduduk dalam suatu masyarakat, iaitu

penurunan kadar kesuburan dan juga penurunan kadar kematian (Chang, 1992).

Menurunnya kadar kesuburan dan meningkatnya jangkaan hayat menyebabkan terjadinya

penambahan secara berterusan penduduk tua dalam masyarakat itu.

Trend Penuaan Dunia

Peningkatan penduduk warga tua ini didapati semakin meningkat di seluruh dunia sama ada

di negara maju mahupun di negara membangun. (Liang et al., 1992:34). Di seluruh dunia,

terdapat 376 million penduduk yang berumur 60 tahun dan ke atas pada tahun 1980 dan

dianggarkan mampu mencapai 975 juta penduduk pada 2020. Malah, menurut Pertubuhan

Kesihatan Sedunia (WHO), menjelang tahun 2030, bilangan warga tua yang berusia 60 tahun

ke atas akan meningkat berlipat kali ganda dengan sebahagian besarnya tinggal di bandar-

bandar besar (Utusan Online, 8 Julai 2008).

Myers (1985), Dunia sekarang ini sedang mengalami pertambahan penduduk tua yang

pesat. Ia dijangka bertambah sebanyak tiga kali ganda, iaitu daripada 259 j uta dalam

tahun 1980 kepada 761 juta dalam tahun 2025. Berdasarkan jangkaan ini, dalam tahun

12

Page 13: full hgt

2025, dalam setiap tujuh orang penduduk dunia, terdapat seorang warga tua yang berumur

65 tahun dan lebih. Sebelum abad ke-20, tidak ramai penduduk mana-mana masyarakat yang

mencapai umur tua. Ketika jangkaan hayat penduduk masih rendah, bilangan penduduk

tua adalah sedikit (Usman, 1989). Namun begitu, dengan adanya kemajuan dalam

bidang perubatan, penambahbaikan ke atas aspek pemakanan dan taraf kesihatan

masyarakat, jangkaan hayat penduduk mengalami peningkatan yang jauh lebih tinggi

berbanding jangkaan hayat penduduk pada masa lalu. Kesanya, penduduk yang

mencapai umur 65 tahun dan lebih di seluruh dunia kini mengalami peningkatan.

Jadual 2.1: Taburan Peratusan Penduduk Berumur 65 Tahun

dan Lebih Di Dunia Tahun 1950-2050

Benua 1950 1975 2000* 2025* 2050*

Afrika 3.5 3.1 3.2 4.8 9.3

Amerika Latin 3.4 4.0 4.7 6.9 12.2

Amerika Utara 8.1 1 0.3 12. 1 17.0 17.5

Asia Timur 4.7 5.5 7. 8 13 .4 1 7. 1

Asia Selatan 3.4 3.0 3 .7 6.2 1 2.2

Eropah 8.7 12.3 14.3 1 7. 1 1 7.7

Australia /New Zealand 7.5 7.6 8.9 1 2.5 1 5.4

Rusia 6.1 8.9 12.0 1 4.3 1 6.4

*unjuran

Sumber: Hooyman dan Kiyak (1988). Disesuaikan oleh Penulis

13

Page 14: full hgt

Trend Penuaan Penduduk di Negara Maju

Menurut satu anggaran (PBB,1982), penduduk berumur 65 tahun dan lebih di dunia pada

tahun 2000, berjumlah 402.9 juta. Daripada jumlah ini, 166.0 juta terdapat di negara maju.

Dalam tahun 2025 pula, penduduk tua di dunia ialah 760.6 juta, di mana 230.3 juta

daripadanya terdapat di negara maju. Dari segi peratus, dalam tahun 2025 tersebut, penduduk

tua negara maju hanya mencapai 28 peratus sajaha (PBB.,1982). Namun apabila ukuran

dibuat menggunakan tujuh peratus sebagai aras argeing population, negara maju melebihi

ngara membangun. Maka sebab itulah Hooyman dan Kiyak (1998), menyatakan dari segi

peratus dalam struktur penduduknya, peratus warga tua di negara industri adalah lebih

tinggi. Ini bermakna, struktur penduduk di sesetengah negara maju telah dikategorikan

sebagai Argeing population sejak tahun 1950 lagi, dan mencapai struktur penduduk tua

sepenuhnya sejak tahun 1975 lagi.

2.5 Trend Penuaan Penduduk di Negara Membangun

Trend penuaan penduduk di negara Membangun pula dilihat mempunyai pola yang berbeza

berbanding dengan negara maju, walaupun peningkatan penduduk tua merupakan fenomena

sejagat. Menurut satu anggaran (PBB.,1982), penduduk berumur 65 tahun dan lebih di

dunia pada tahun 2000, berjumlah 402.9 juta. Daripada jumlah ini, 236.9 juta penduduk tua

berada di negara membangun. Dalam tahun 2025 pula, penduduk tua di negara

membangun ialah 530.4 juta orang. Dari segi peratus, dalam tahun 2025 tersebut, negara

membangun akan mempunyai 72 peratus penduduk tua, sementara hanya 28 peratus di

negara maju (WHO., 1982). Walaupun negara membangun mempunyai lebih ramai

penduduk tua,namun apabila di ukur menggunakan kaedah ukuran tujuh peratus, peratus

warga tua di negara maju adalah lebih tinggi. Ini bermakna semua negara membangun hanya

mencapai umur tua keseluruhannya pada tahun 2050 berbeza dengan negara maju yang telah

mencapai argeing population sejak 1950-an lagi dan sepenuhnya pada 1975 (Jadual 2.1 ).

Trend Penuaan di Malaysia.

Trend penuaan di Malaysia, seiring dengan trend penuaan dunia, yang menunjukkan

perubahan yang signifikan dalam komposisi penduduk dunia pada abad ini (World

Population Ageing 1950 – 2050, 2002), trend ini menunjukkan peningkatan warga tua begitu

pesat terutama sekali di beberapa negara di Asia. Mengikut unjuran Jabatan Perangkaan

14

Page 15: full hgt

Malaysia (Jadual 2.2) pada 1960 hanya 4.8 peratus populasi Malaysia yang berumur 60 ke

atas. Pada tahun 2000, mereka yang berumur dalam lingkungan tersebut dijangka meningkat

ke 6.1 peratus dan tahun 2020 meningkat ke 9.5 peratus. Menurut Pala (1998),bilangan warga

tua di Malaysia menjadi dua kali ganda dalam tempoh 20 tahun iaitu daripada 546, 000 orang

pada tahun 1970 dan meningkat kepada 1 032 000 orang pada tahun 1991. Trend ini

dijangkakan akan terus meningkat.

Jadual 2.2: Trend Warga Tua di Malaysia antara tahun 1960-2020

Tahun Bilangan Warga tua

(‘000)

Peratusan daripada jumlah

penduduk (%)

Kadar pertumbuhan

warga tua

1960* 386.6 4.8 -

1970 546.1 5.2 3.5

1980 745.2 5.7 3.1

1991 1032.3 5.9 3.0

2000** 1418.2 6.1 3.5

2010** 2076.1 7.3 3.8

2020** 3209.8 9.5 4.4

Nota: *Anggaran **Unjuran

Sumber: Disesuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 1998

Kandiah, (1990) juga sebelum itu meramalkan peratusan warga tua akan meningkat daripada

8.1 peratus pada 1985 kepada 9.8 peratus pada tahun 2020 (dengan mempertimbangkan umur

persaraan wajib ialah 55 tahun). Pada masa yang sama, jika merujuk kepada definisi

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, populasi dikatakan mengalami penuaan sekiranya

15

Page 16: full hgt

golongan yang berumur 65 tahun ke atas melebihi 7.0 peratus. Maka, pada 2020, Malaysia

diramal akan mencapai peringkat masyarakat tua. Hal ini menunjukkan bahawa penambahan

jumlah penduduk tua adalah satu fenomena yang akan berterusan malahan, peratusannya juga

akan terus meningkat setiap tahun.

Perubahan trend penuaan di Malaysia ini dijangka akan menimbulkan implikasi sosial,

ekonomi dan emosi kepada warga tua. Penambahan bilangan mereka diikuti dengan

peningkatan dalam penjagaan dan sokongan sosial, baik dalam sektor formal mahunpun tidak

formal (Douglas, 1983). Susunan tempat tinggal, pilihan penjagaan dan perkhidmatan

penjagaan amat perlu dalam memenuhi keperluan mereka yang berubah ekoran daripada

peningkatan penyakit, kekurangan keupayaan fizikal dan ekonomi. Pilihan yang ada boleh

mempengaruhi pengaturan kehidupan mereka. Pengaturan kehidupan warga tua mempunyai

pelbagai dimensi, iaitu sosial, emosi, spiritual, fizikal dan informasi. Pengaturan kehidupan

warga tua dinilai daripada sudut status sosial, kemudahan infrastruktur (jalan raya, sanitasi,

perparitan, bekalan air bersih dan elektrik) dan perkhidmatan asas (pemungutan sisa buangan,

penjagaan kesihatan asas dan perkhidmatan kecemasan), kadar jenayah, jenis dan tempat

kediaman, pencemaran, sokongan sosial dan kesihatan (iaitu sosial, fizikal, emosi dan

spiritual) yang selalunya berubah akibat daripada proses pembandaran yang berlaku dalam

persekitaran mereka (Aishah@Eshah et al., 2008).

Sorotan karya

Sorotan kajian lepas merupakan tinjauan dan penelitian pengkaji terdahulu yang telah

mengupas atau membincangkan perkara yang berkaitan dengan kajian yang bakal dilakukan.

Sehubungan dengan itu, sorotan kajian lepas dapat menjana pengembangan idea pengkaji

terhadap bidang pengkajiannnya. Sorotan kajian ini cuba melihat hasil kajian pengkaji-

pengkaji lain dari peringkat global hinggalah ke peringkat lokal yang meliputi pelbagai isu.

16

Page 17: full hgt

Di peringkat global, terdapat banyak kajian yang telah dilakukan terhadap warga tua

mengikut pelbagai perspektif bidang masing-masing di setiap negara. Martin (1989) telah

menjalankan kajian berkaitan pengendalian hidup warga tua di beberapa negara iaitu di Fiji,

Korea, Malaysia, dan Filipina dengan memberi tumpuan kepada sosio-ekonomi, budaya, dan

juga penentu-penentu demografi. Menurut kajiannya, mempunyai pasangan atau anak-anak

adalah penting dalam mengharungi kehidupan sebagai warga tua. Penentu-penentu demografi

seperti jantina dan umur boleh mempengaruhi kendalian hidup warga tua. (Martin,

1989:639). Hasil kajian Martin (1989) terhadap beberapa buah negara ini juga mendapati

golongan lelaki didapati lebih berminat untuk tinggal bersama anak-anak berbanding

golongan wanita apabila menjadi warga tua.

Seterusnya, satu kajian berkenaan sokongan sosial terhadap warga tua telah dijalankan di

Wuhan, China. Kajian yang dilakukan oleh Liang et al. (1992) pada 1990 ini bertujuan untuk

melihat hubungan di antara sokongan sosial terhadap warga tua di kawasan luar bandar.

Menurut Liang, et al. (1991), sokongan yang diberikan itu meliputi samada dari segi

material dan juga emosi. Dapatan kajian ini mendapati terdapat 87% warga emas tinggal

bersama keluarga sementara 12% lagi tinggal bersendirian. Warga tua di kawasan tersebut

bukan hanya menerima sokongan dan bantuan tetapi sebaliknya juga banyak menghulurkan

bantuan kepada yang lain.

Knodel, et al. (1992) pula membuat tinjauan berkenaan sistem sokongan keluarga

terhadap warga tua yang mengkhusus di Thailand. Hasil kajian beliau juga mendapati

sebayak 94% warga tua di negara terbabit tinggal bersama anak mereka atau tinggal bersama

keturunan yang lain selain anak mereka sendiri. Beliau berpendapat warga tua dikalangan

masyarakat Thai pada masa hadapan perlu berdikari dan kurang bergantung kepada keluarga.

Maka, sebagai persediaan, pengumpulan harta kekayaan perlu dirancang sejak muda untuk

jaminan kehidupan di hari tua mereka.

Pada tahun yang sama, Kim dan Choe (1992) pula turut mengkaji isu warga tua dan

perubahan peranan keluarga sebagai institusi sokongan utama tetapi lebih memfokus kepada

Republik Korea. Kajian ini turut melihat bagaimana kendalian hidup warga tua di negara

terbabit ketika Korea mengalami kemajuan yang pesat. Kajian juga mendapati kadar anak-

anak yang berkahwin adalah lebih tinggi dalam menjaga dan tinggal bersama ibu bapa

mereka berbanding yang tidak berkahwin. Selain itu, sepanjang tahun 1981 hingga 1989,

17

Page 18: full hgt

semakin ramai warga tua di Korea yang tinggal bersendirian. Menurut penyelidik, keadaan

ini disebabkan oleh institusi keluarga sebagai sokongan kepada warga tua berubah

disebabkan kepesatan transformasi sosio-ekonomi dalam dekad tersebut.

Domingo dan Casterline (1992) pula mengkaji kendalian hidup warga tua di Filipina.

Pengkaji cuba melihat bagaimana perubahan sosial menjejaskan hubungan antara warga tua

dan generasi seterusnya. Kajian Domingo dan Casterline (1992) terhadap saiz, struktur dan

komposisi isi rumah dikalangan warga tua mendapati hanya sebahagian kecil sahaja warga

tua yang tinggal berseorangan manakala sebahagian besarnya tinggal bersama anak-anak,

waris atau pasangan. Tambahan penyelidik lagi, warga tua yang tidak tinggal bersama anak-

anak tidak bermaksud mereka dipinggirkan atau disingkirkan. Hal ini kerana anak-anak atau

keluarga ini masih tinggal berdekatan dan masih saling berhubung antara satu sama lain.

Ertinya, hubungan kekeluargaan adalah masih kuat di Filipina. Namun begitu, pengkaji juga

tetap menyuarakan keraguan sejauhmanakah hubungan yang erat dalam hubungan

kekeluargaan ini dapat bertahan.

Selain itu, Gore (1997) pula mengkaji mengenai masalah yang melanda golongan warga tua

di India. Kajian beliau bukan sekadar melihat dari aspek sosiologi iaitu bagaimana usia boleh

memberi kesan terhadap fungsi sosial malah meneliti dalam aspek bagaimana faktor-faktor

sosial memberi kesan kepada proses fizikal dan sosial waga tua di dalam masyarakat tersebut.

Beliau menetapkan elemen seperti umur, jantina, status perkahwinan, keadaan ekonomi,

status pekerjaan, pendidikan, struktur keluarga, perbezaan lokasi, dan latar belakang sosial

sebagai penentu-penentu yang perlu dititikberatkan dalam pengkajian warga tua kerana

mempunyai peranan-peranan tertentu.

Bougaarts dan Zimmer (2002) pula telah menjalankan kajian untuk menguji kendalian hidup

warga tua di 43 buah negara membangun dan membandingkan pola berdasarkan jenis jantina,

wilayah, dan petunjuk-petunjuk makro peringkat perkembangan sosial ekonomi yang lain.

Penyelidik telah menggunakan negara sebagai unit analisis dan data-data pula diambil

daripada survei Demografi dan Kesihatan. Hasil dapatan kajian mereka juga mendapati warga

tua lebih ramai yang tinggal bersendirian berbanding dengan individu di peringkat umur

yang lain. Warga tua jantina perempuan pula didapati lebih ramai yang tinggal bersendirian

berbanding jantina lelaki. Selain itu, anak-anak yang tinggal bersama dengan ibu bapa

18

Page 19: full hgt

mereka yang sudah tua juga menjadi satu kelaziman di negara-negara Asia namun situasi ini

adalah berbeza di negara-negara Afrika.

Di Malaysia pula, terdapat banyak kajian mengenai warga tua telah dijalankan dalam

pelbagai disiplin mengikut kepakaran masing-masing. Yaacob Harun (1991) cuba melihat

warga tua sebagai perkaitan fungsi keluarga. Dalam proses sosialisasi, warga tua masih

memaainkan peranan penting sebagai pembimbing moral dan sumber untuk mendapatkan

nasihat dan petua. Mereka sepatutnya menjadi tempat untuk anak cucu bermanja dan

kehadiran mereka dalam keluarga juga membantu mengisi kekosongan emosi cucu mereka.

Tanggung jawab ini dipikul bagi kerana keprihatianan ini dapat mengelak generasi muda dari

terjerumus ke dalam gejala tidak sihat. Malah, warga tua juga menjadi simbol kontituniti

keturunan budaya dalam sesebuah keluarga. Maka, menurut Yaacob Harun (1991), peranan

yang dimainkan oleh warga tua sebagai datuk dan nenek ini menyebabkan fungsi keluarga

akan wujud dalam satu unit yang lengkap.

Lukman Z. Mohamad dan Zainol Mustafa (2000) pula, menjalankan tinjauan dan penelitian

secara umum terhadap warga tua di Malaysia. Kajian ini cuba melihat secara umum

kehidupan warga tua masa kini dan masalah yang dihadapi golongan ini pada masa kini.

Permasalahan warga tua pada hari ini lebih mencabar sekiranya dibandingkan dengan dengan

masa dahulu disebabkan proses pembangunan yang banyak berubah dan secara langsung

telah mengubah entiti sosial.

Seterusnya, Suhana Saad (2000) pula mengupas dengan lebih mendalam mengenai warga tua

dan hubungan kekeluargaan. Pengkaji cuba untuk membincangkan bagaimana perubahan

saiz keluarga boleh mempengaruhi hubungan kekeluargaan antara warga tua dengan generasi

muda khususnya bagi masyarakat yang tinggal di bandar. Namun, Suhana Saad (2000)

mengakui bahawa proses perbandaran dan kemajuan sesebuah negara secara tidak langsung

akan mempengaruhi kehidupan kekeluargaan masyarakat setempat. Namun begitu, faktor ras

dan etnik juga juga didapati memberi kesan kepada hubungan kekeluargaan antara generasi

muda dengan generasi tua terutamanya di negara maju.

Aziz Shafie, et al. (2004) pula telah menjalankan kajian berkaitan penjagaan sosial dan

kesejahteraan hidup warga tua di negeri Perlis. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui dengan

lebih mendalam tentang keperluan-keperluan warga tua serta sumbangan yang boleh

diberikan oleh warga tua terhadap masyarakat dan juga kepada warga tua itu sendiri bagi

19

Page 20: full hgt

mewujudkan suasana kehidupan yang lebih sejahtera. Hasil kajian ini akhirnya mendapati

bahawa tahap penjagaan sosial dan kesejahteraan warga tua di negeri Perlis adalah masih

memuaskan.

Kajian mengenai warga tua ini juga boleh dijalankan dengan melakukan analis berdasarkan

ruangan menggunakan Geographic Information System (GIS). Usman Yaakub, Tarmiji

Masron dan Fujimaki Masami (2009) telah menganalisis taburan warga tua di Semenanjung

Maaysia pada 1991 dan 2000 menggunakan GIS. Analisis ruangan menggunakan GIS ini

berjaya menunjukkan taburan warga tua di Semenanjung Malaysia dengan jelas. Penyelidik

dapat memaparkan melalui pemetaan bahawa berlakunya ketakseimbangan populasi warga

tua di antara negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Hasil kajian memaparkan bahawa

warga tua didapati lebih tertumpu kepada pantai Barat Kedah, Perlis, Perak, Melaka dan

Johor.

Seterusnya, Nik Norliati Fitri Md Nor dan Usman Hj Yaakob (2010) telah membentangkan

hasil kajian mengenai kendalian hidup warga tua di Pulau Langkawi yang telah dijalankan

pada akhir tahun 2008. Aspek-aspek yang akan dibincangkan dalam kertas kerja ini adalah

seperti jantina, struktur umur, status perkahwinan, tempat tinggal, hubungan kekeluargaan,

taraf pendidikan, status kesihatan dan penyakit, sumber pendapatan, pekerjaan dan lain-lain.

Selain itu, kertas kerja ini turut membincangkan cadangan beberapa langkah yang boleh

dijalankan bagi membaiki taraf sosio ekonomi warga tua di Pulau Langkawi. Menurut

pengkaji juga, sistem kekeluargaan Melayu masih lagi kukuh diamalkan apabila ramai warga

tua yang tinggal bersama anak-anak dan menjaga kebajikan mereka berbanding kaum atau

negara-negara lain seperti Jepun, Taiwan, Indonesia dan China yang mengendahkan warga

tua akibat lebih mengutamakan kerjaya.

2.8 Rumusan

Bab ini merupakan bahagian yang penting iaitu tinjauan literatur terdahulu. Tinjauan ini

adalah sangat penting bagi meningkat pemahaman terhadap tajuk pengkaji serta memberikan

idea terhadap kajian yang bakal dijalankan. Pengkaji juga dapat melihat isu yang sering

20

Page 21: full hgt

dibahaskan mengenai warga tua sama di peringkat global mahupun lokal terutama berkaitan

kendalian hidup warga tua. Bab ini juga mengandungi maklumat umum mengenai trend-ternd

penuaan didunia, negara maju, membangun dan Malaysia khasnya.

21

Page 22: full hgt

BAB 3

3.0 PROFIL SOSIO-EKONOMI WARGA TUA

3.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan hasil dapatan kajian terhadap objektif pertama. Objektif

pertama adalah untuk mengkaji profil sosio-ekonomi responden yang merangkumi sumber

pendapatan, pekerjaan dan taraf pendidikan responden di kawasan kajian. Selain itu, pengkaji

juga ada membincangkan status penyakit dan jenis-jenis penyakit yang dihidapi oleh

responden di kawasan kajian. Disebabkan kawasan kajian hanya membabitkb sebuah negeri

sahaja, maka hasil dapatan kajian juga mungkin berbeza berbanding dengan kawasan-

kawasan lain. Hal ini kerana terdapat banyak faktor yang saling berkaitan dalam

mempengaruhi kendalian hidup warga tua ini.

3.2 Profil Responden

Profil warga tua (responden) ditunjukkan melalui Jadual 3.1. Daripada 360 responden, warga

tua lelaki berjumlah 194 orang (53.9%), manakala warga tua wanita pula 166 orang (46.1%).

Jika dilihat dari segi umur, sebahagian besar warga tua berumur 60-64 tahun. Responden

yang berumur antara 60-64 tahun adalah 46.1%, sementara yang berumur antara 65-69 tahun

pula 27.2 %, warga tua yang berumur 70-74 adalah 16.4 %, umur 75-79 pula sebanyak 6.1%

dan 80 tahun dan keatas mewakili 3.6% daripada 360 orang responden. Ini bermakna

kumpulan umur 60-64 tahun mewakili kumpulan responden paling besar manakala kumpulan

umur 80 tahun dan ke atas kumpulan yang paling sedikit.

Jadual 3.1: Beberapa Ciri Sosio-Ekonomi Warga Tua

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Latar Belakang Bilangan Peratus

Jantina

22

Page 23: full hgt

Lelaki 194 53.9

Perempuan 166 46.1

Umur

60-64 168 46.1

65-69 98 27.2

70-74 59 16.4

75-79 22 6.1

80 ke atas 13 3.6

Status Perkahwinan

Tidak pernah berkahwin 20 5.6

Berkahwin 223 62.8

Bercerai 11 3.1

Balu/duda 66 37.6

Duda 35 9.7

Tahap Pendidikan

Tidak bersekolah 50 13.9

Sekolah rendah 174 48.3

Sekolah agama 13 3.6

Menengah rendah(SRP) 43 11.9

Menengah atas (SPM) 56 15.6

Menengah atas (STPM) 4 1.1

Kolej/university 16 4.4

Lain-lain 4 1.1

Jumlah Anak

0 1 0.3

0-1 242 67.2

2-3 38 10.6

4-5 7 1.9

23

Page 24: full hgt

Lebih 5 6 1.7

Jumlah Pendapatan

Kurang RM500 42 11.7

RM501-RM1000 113 31.4

RM1001-RM1500 23 6.4

RM1501-RM2000 15 4.2

RM2000 + 19 5.0

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Jumlah Responden 360 100.0

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Sumber: kajian lapangan 2012/2013

Sebahagian besar daripada responden juga masih mempunyai pasangan (62.8%). Hampir

separuh daripada responden mempunyai pendidikan secara formal pendidikan rendah sahaja

iaitu sebanyak 48.3 %. Dari segi pendapatan, responden memperoleh pendapatan daripada

pekerjaan sendiri, sementara ada yang lain menerima sumbangan kewangan daripada anak-

anak atau saudara mara dan juga bantuan bagi responden yang layak menerima bantuan.

Terdapat 11.7 % responden yang memperoleh pendapatan bulanan kurang daripada RM500

sebulan. Sebanyak 31.4 % mereka pula memperoleh pendapatan bulanan di antara RM501 –

RM1000. Responden yang memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM1001-RM1500

adalah sebanyak 6.4 %. Manakala responden yang mempunyai pendapatan bulanan sebanyak

RM1501-RM2000 adalah 4.2% dan responden dengan pendapatan bulanan melebihi

RM2001 sebulan pula seramai 122 oarang atau mewakili 5.3% responden. Bagi responden

yang tidak mempunyai pendapatan bulanan pula adalah memwakil seramai 148 responden

dengan nilai dalam peratus ialah 41.1 %. Jumlah ini adalah tinggi kerana kebanyakan

responden mengharapkan bantuan kewangan anak atau daripada institusi bantuan serta

terdapat di antara mereka yang tidak berupaya untuk bekerja lagi.

24

Page 25: full hgt

Jadual 3.2: kumpulan umur berdasarkan jantina

Sumber:

kajian

lapangan 2012/2013

3.3 Profil Sosio-Ekonomi Responden

Pekerjaan dan sumber kewangan

Apabila membincangkan isu sosio-ekonomi warga tua, aspek kewangan merupakan

satu angkubah yang sangat penting. Perbincangan mengenai pekerjaan dan sumber kewangan

25

Bil Kumpulan

umur

Jantina

Jumlah

Lelaki Perempuan

BIL PERATUS BIL . PERATUS BIL. PERATUS

1 60 - 64 tahun 84 23.3 84 23.3 168 46.7

2 65 - 69 tahun 53 14.7 45 12.5 98 27.2

3 70 - 74 tahun 37 10.3 22 6.1 59 16.4

4 75 – 79 tahun 14 3.9 8 2.2 22 6.1

5 80 tahun ke

atas

6 1.6 7 1.9 13 3.6

Jumlah 194 53.9 166 46.1 360 100

Page 26: full hgt

adalah penting untuk melihat cara golongan warga tua dalam menjalani kehidupan selepas

berakhirnya dunia pekerjaan secara rasmi. Umumnya, warga tua dianggap tidak produktif

lagi untuk bekerja disebabkan oleh faktor usia iaitu tahap kesihatan dan keupayaan yang

semakin merosot sekaligus menurunkan produktiviti jika mereka masih lagi bekerja. Oleh itu,

menjadi kelaziman bagi mana-mana negara termasuklah Malaysia menetapkan umur

persaraan bagi seseorang individu yang bekerja. Contohnya bagi negara malaysia umur

persaraan ditetapkan kepada 55 tahun namun, sekarang kerajaan mula meningkatkan umur

persaraan kepada 60 tahun. Hal ini demikian kerana umur 55 tahun masih lagi produktif

untuk bekerja dan belum dikira sebagai golongan warga tua. Oleh sebab itulah, majoriti

daripada golongan warga tua ini sudah bersara secara rasminya. Namun, berdasarkan kajian

ini didapati masih ramai warga tua yang bekerja selepas umur rasmi persaraan, sama ada

secara kontrak mahupun bekerja sendiri atau sektor tidak formal. Walau bagaimanapun, satu

perkara yang tidak dapat dinafikan adalah golongan warga tua ini masih mempunyai

kelebihan dan kepakaran tertentu hasil gabungan pengalaman dan kemahiran yang boleh

memberikan sumbangan berharga baik diperingkat masyarakat mahupun negara. Malahan,

produktiviti bagi sesetengah pekerjaan yang dilakukan oleh warga tua diakui adalah jauh

lebih baik daripada hasil usaha pekerja-pekerja muda yang lazimnya masih kurang

pengalaman dan kemahiran.

Di kawasan kajian, status pekerjaan warga tua dalam kajian ini sama ada bekerja atau

tidak didapati tidak begitu ketara dan seimbang. Secara jelasnya data menunjukkan lebih

ramai responden yang masih bekerja biarpun telah melepasi umur bersara, dan ini merupakan

fenomena yang berlawanan dengan apa yang telah dibincangkan di atas yang mana pada usia

tua ini sepatutnya warga tua telah bersara. Buktinya, data kajian menunjukkan golongan

yang tidak bekerja adalah sebanyak 48.6.0 peratus manakala yang masih bekerja pula

sebanyak 51.4 peratus dengan perbezaan 2.8 peratus seperti yang ditunjukkan dalam jadual

3.3. Lazimnya, di luar bandar, hampir separuh warga tuanya masih menjalankan pekerjaan

secara tidak formal (Warnes, 1992, 197). Meskipun, sudah mencapai usia yang sepatutnya

berehat, masih ramai warga tua yang bekerja termasuklah di kawasan luar bandar seperti di

kawasan kajian seperti di Balik Pulau.

Jadual 3.3: Status Responden Yang Masih Bekerja Mengikut Jantina

26

Page 27: full hgt

STATUS

PEKERJAANJANTINA BILANGAN

PERATUS

(%)

LELAKI % PEREMPUAN %

YA 100 27.8 85 23.6 185 51.4

TIDAK 94 26.1 81 22.5 175 48.6

JUMLAH 194 53.9 166 46.1 360 100

Sumber: kajian lapangan 2012/2013

umumnya, warga tua didapati bekerja sendiri atau berniaga. Antara kerja sendiri yang

dilakukan seperti pertanian atau penternakan, perniagaan atau peruncitan. Pekerjaan yang

dijalankan ini adalah sesuai dengan keupayaan, minat dan kemahiran yang mereka miliki.

Berdasarkan kajian yang dijalankan, sektor ini (berniaga/bekerja sendiri) yang paling banyak

diceburi oleh responden iaitu sebanyak 26.9% (Jadual 3.4). Seterusnya diikuti slain-lain

sektor 15.6% dan sektor kerajaan sebanyak 3.6%.

Jadual 3.4: Sektor-sektor pekerjaan yang diceburi responden

SEKTOR PEKERJAAN BILANGAN PERATUS (%)

Berniaga/ Bekerja sendiri 97 26.9

Pekerja kerajaan 13 3.6

Pengawal keselamatan 9 2.5

Operator pengeluaran/ Pekerja kilang 7 1.9

Pekerja supemarket, Jurujual 2 .6

27

Page 28: full hgt

Lain-lain 56 15.6

Tidak bekerja 146 40.6

88 9 2.5

99 21 5.8

JUMLAH 360 100.0

Sumber: Kajian lapangan 2012/2013

Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati majoriti responden berpendapatan di antara

RM500-RM1000 (Rajah 3.5) iaitu mewakili 31.4% jumlah responden. Selain itu, peratus

kedua tertinggi dicatatkan ialah pendapatan responden yang kurang daripada RM500 iaitu

sebanyak 11.7%. Manakala bagi lain-lain kategori pendapatan iaitu pendapatan melebihi

RM1001 adalah sangat sedikit. Jika ditinjau berdasarkan purata pendapatan isi rumah ini

bermakna majoriti responden tergolong dalam golongan miskin. Ini belum termasuk

responden yang tidak mempunyai pendapatan bulanan yang mana mencakupi 33.9% daripada

responden. Selain itu, menurut responden, keadaan akan menjadi sulit jika mereka semakin

uzur atau jatuh sakit. Pada masa ini, banyak perbelanjaan akan digunakan untuk membeli

ubat-ubatan, rawatan, susu dan lampin pakai buang dewasa. Peratusan terendah pula adalah

bagi pendapatan diantara RM1501-RM2000 iaitu hanya sebanyak 4.2 %, dan RM2001 keatas

sebanyak 5.3%. Individu yang mempunyai pendapatan ini adalah terdiri daripada pendapatan

yang bersumberkan pencen dan bekerja sendiri.

Rajah 3.5: Jumlah Pendapatan Bulanan Responden

28

Page 29: full hgt

Sumber: Kajian lapangan 2012/2013

Taraf Pendidikan

Apabila kita membincangkan mengenai profil sosial, antara aspek yang perlu dimasukkan

adalah seperti tahap pendidikan, tahap kesihatan, dan status perkahwinan. Perbincangan

mengenai profil sosial warga tua adalah penting untuk melihat bagaimanakah golongan

warga tua ini meneruskan kehidupan selepas berakhirnya alam pekerjaan secara rasmi. Selain

itu, profil sosial warga tua sebenarnya mempunyai saling kaitan dengan profil ekonomi

mereka. Secara umumnya, profil sosial dan ekonomi bergerak seiringan dalam menentukan

pengaturan kehidupan warga tua.

Tahap pendidikan merupakan salah satu aspek yang memberikan kesan atau pencorak kepada

pengaturan kehidupan warga tua melalui aspek ekonomi dan sosialisasi seperti hubungan

dengan masyarakat. Selain itu, peningkatan tahap pendidikan dan kadar celik huruf di

kalangan warga tua dikatakan mampu meningkatkan status mereka terutamanya dalam

penjagaan kesihatan. Selain itu, tahap pendidikan juga dapat membantu mereka memberikan

perkhidmatan yang berterusan dan menjalinkan hubungan sosial yang baik dikalangan

anggota masyarakat (Usman Haji Yaakob, 2001). Dari segi taraf pendidikan warga tua di

29

6%

16%

3%2%

3%

17%

4%

50%

Petunjuk

Kurang RM500 RM501-RM1000 RM1001-1500 RM1501-RM2000RM 2001 ke atas TIDAK BERKAITAN TIDA JAWAPAN JUMLAH

Page 30: full hgt

kawasan kajian, didapati sebanyak 86.1 % warga tua pernah menerima pendidikan formal

manakala 13.9 % responden tidak pernah bersekolah (Jadual 3.6).

Dalam kalangan responden yang tidak bersekolah pula, golongan perempuan adalah lebih

tinggi berbanding lelaki. Ini menunjukkan rata-rata responden tidak mempunyai tahap

pendidikan yang tinggi terutamanya wanita yang sering dilihat lebih sesuai menguruskan

keluarga. Namun, masih terdapat responden yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi

iaitu mempunyai tahap pendidikan sehingga pendidikan menengah atas iaitu Sijil Pelajaran

Menengah (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) iaitu berjumlah masing-

masing 15.6 % dan 1.1%. manakala responden yang pernah melanjutkan pelajaran ke menara

gading pula sebanyak 4.4%. Meskipun nilai ini adalah sangat kecil namun ia menggambarkan

bahawa masih wujud kesedaran terhadap pendidikan di kalangan masyarakat setempat di

Pulau Pinang.

30

Page 31: full hgt

Jadual 3.6: Tahap Pendidikan Responden

TAHAP PENDIDIKAN BILANGAN PERATUS (%)

Tidak bersekolah 50 13.9

Sekolah rendah 174 48.3

Sekolah agama 13 3.6

Menengah rendah (SRP) 43 11.9

Menengah atas (SPM) 56 15.6

Menengah atas (STPM) 4 1.1

Kolej / Universiti 16 4.4

Lain-lain 4 1.1

JUMLAH 360 100.0

Sumber: kajian lapanan 2012/2013

Status Kesihatan Responden.

Warga tua juga sering dikaitkan dengan masalah kesihatan akibat proses penuaan.

Menurut Helman (1994), kajian-kajian yang telah dijalankan oleh ahli sosiologi dan

antropologi menunjukkan bahawa faktor-faktor seperti kelas sosial, kedudukan ekonomi,

peristiwa hidup dan kepercayaan serta amalan budaya boleh mempengaruhi taraf kesihatan

31

Page 32: full hgt

dan taburan penyakit dalam sesebuah petempatan. Namun begitu, Kart (1977), pula

berpendapat kesihatan warga tua mempunyai kaitan dengan kemerosotan sistem biologikal

mereka di bawah pengaruh faktor-faktor seperti psikologikal, sosial dan cara hidup akan

menentukan status kesihatan mereka (Warnes, 1992, 197). Ini bermakna status kesihatan juga

mempunyai saling kaitan dengan profil sosio-ekonomi warga tua itu sendiri..

Berdasarkan kajian ini, sebanyak 173 orang responden atau 48.1% responden mengakui

mempunyai masalah kesihatan sementara 163 orang atau 45.3 % lagi mendakwa tidak

mempunyai sebarang masalah kesihatan yang memerlukan pemantauan dari semasa ke

semasa dan selebihnya menyatakan tidak pasti (Jadual 3.7). Keadaan ini menunjukkan taraf

kesihatan responden di kawasan kajian adalah agak rendah. Malah, pengkaji meramalkan

peratusan bagi yang mengalami masalah kesihatan adalah lebih tinggi seperti yang

dinyatakan. Hal ini kerana terdapat responden yang menyatakan bahawa beliau tidak pernah

mendapat sebarang rawatan kesihatan sepanjang hidupnya. Maka, responden ini merasakan

beliau tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan. Keadaan ini menunjukkan tahap

kesedaran mengenai penjagaan kesihatan yang sangat rendah.

Peralihan epidemiologi di negara ini menyebabkan bilangan warga tua meningkat yang pada

masa yang sama peralihan ini turut membawa bersama-sama ‘penyakit buatan manusia’

akibat daripada gaya hidup, pemakanan, dan keadaan persekitaran yang tidak sihat (Aziz et

al., 2004). Penyakit biasanya akan timbul apabila organ dalam sistem badan gagal berfungsi

dengan sempurna sehingga akhirnya membawa kepada kelemahan anggota badan dan

keuzuran (Helman, 1994). Di antara masalah kesihatan dan jenis penyakit yang sering

dikaitkan dengan warga tua ialah seperti masalah gigi, deria rasa dan menghidu, masalah

penglihatan dan pendengaran, osteoporosis (tulang merapuh), penyakit kencing manis,

penyakit jantung, tekanan darah tinggi, dimentia (kenyanyukan), dan asthma (lelah).

Di kawasan kajian, kebanyakan warga tua menghadapi pelbagai jenis penyakit yang

memerlukan rawatan dan penjagaan yang berterusan. Berdasarkan kajian yang dijalankan,

terdapat sembilan penyakit utama yang dihadapi oleh responden sama ada lelaki mahupun

wanita. Secara umumnya, kebanyakan responden memiliki lebih daripada satu penyakit,

namun dalam kajian ini pengkaji hanya memilih penyakit responden yang paling kritikal

seperti yang ditunjukkan dalam jadual 3.8. Secara keseluruhannya, jenis penyakit tertinggi

32

Page 33: full hgt

ditunjukkan oleh masalah darah tinggi iaitu sebanyak 20%. Seterusnya, penyakit kencing

manis merupakan peratusan kedua tertinggi dengan peratusan sebanyak 18.6%

Sementara itu, jumlah peratusan ketiga tertinggi pula ditunjukkan bagi penyakit lelah/penat

iaitu 9.2% daripada jumlah responden. Sementara itu, penyakit-penyakit lain dengan

mengikut susunan peratusan tertinggi ialah rabun mata, 5.8%, sakit jantung 5.6%, masalah

otot dan saraf dan lain-lain penyakit masing-masing sebanyak 2.8 %, kurang pendengaran,

barah,batu karang pula sebanyak 0.8%, manakala sakit tulang belakang dan nyayuk masing-

masing 0.6% dan 0.3%.

Rajah 3.7: Status Penyakit Yang Memerlukan Rawatan

ADA TIADA TIDAK PASTI TIDAK MEMBERI JAWAPAN

JUMLAH

173 163

222

360

48.1 45.3

6.1 0.600000000000001

100

BILANGAN PERATUS (%)

Sumber: Kajian lapangan 2012/2013

33

Page 34: full hgt

Jadual 3.8: Penyakit Yang Dihidapi Responden

JENIS PENYAKIT BILANGAN PERATUS (%)

Lelah/penat 33 9.2

kencing manis 67 18.6

Lemah/sakit jantung 20 5.6

Rabun mata 21 5.8

Darah tinggi 72 20.0

Kurang pendengaran 3 0.8

34

Page 35: full hgt

Barah/kanser 3 0.8

Masalah otot dan saraf (artritis) 10 2.8

Tulang belakang(Spine) 2 0.6

Batu karang 3 0.8

Nyanyuk/Dementia (kemerosotan

akal/ingatan)

1 0.3

Lain-lain 10 2.8

88 107 29.7

99 8 2.2

Total 360 100.0

Sumber: kajian lapangan 2012/2013

Kebiasaannya aspek kesihatan dan profil ekonomi responden mempunyai saling kaitan

antara satu sama lain. Warga tua yang sihat didapati mempunyai latar belakang ekonomi yang

baik, begitu juga sekiranya seseorang yang mepunyai taraf ekonomi yang baik, biasanya

mempunyai taraf kesihatan yang baik. Hal ini demikian kerana seseorang yang mempuyai

taraf kesihatan yang baik dapat melakukan aktiviti untuk menambah sumber pendapatan

bagi menampung keperluan kehidupan walaupun sudah mecapai usia tua. Manakala bagi

seseorang yang mempunyai taraf ekonomi yang baik biasanya aspek kesihatan diberi

keutamaan terutama dangan cara mendapatkan rawatan terbaik, makanan berkhasiat, dan

sebagainya. Hal ini penting bagi menjamin kesihatan diri dan keluarga mereka.

35

Page 36: full hgt

Selain itu, Warga tua sebenarnya menyedari bahawa tahap kesihatan yang semakin menurun

akan menghalang mereka untuk bekerja lagi. Keadaan ini jelas ditunjukkan di kawasan luar

bandar yang lebih berorientasikan aktiviti pertanian. Sebahagian besar daripada mereka akan

terus bekerja dan hanya akan berhenti apabila tidak lagi mempunyai kudrat untuk

melakukannya lagi (Hugo, 1992). Keadaan ini disebabkan mereka mengusahakan tanah milik

mereka sendiri. Maka, tiada siapa yang dapat menghalang mereka mengerjakannya

sehinggalah apabila mereka sendiri tidak lagi berkemampuan atau jatuh sakit.

3.4 Rumusan

Perbincangan dalam bab ini lebih tertumpu kepada analisis hasil dapatan kajian terhadap

sumber pendapatan , pekerjaan, dan taraf pendidikan serta tahap kesihatan warga tua di

kawasan kajian. Analisis yang dilakukan mengikut angkubah-angkubah ini penting bagi

mencapai matlamat objektif kajian pertama iaitu mengkaji profil sosio-ekonommi warga tua.

Sumber pendapatan dalam kajian ini merangkumi pencen, gaji, pemberian anak, bantuan

kerajaan, dan sebagainya. Hal ini kerana, walaupun sudah mencapai umur rasmi pencen

namun, ada sebahagian responden yang masih bekerja dalam pelbagai sektor bagi

menampung perbelanjaan diri dan keluarga seperti bekerja dalam sektor swasta dengan

menjadi tukang cuci, pegawai keselamatan dan lain-lain. Manakala warga tua yang menetap

di kawasan kampung-kampung pula ada yang masih aktif dalam bidang pertanian dan

penternakan.Dari aspek pendidikan, warga tua di kawasan kajian rata-ratanya pernah

mendapatkan pendidikan formal namun ramai yang keciciran terutama sehingga sekolah

rendah sahaja, dan bagai yang mempunyai status kehidupan yang lebih baik pernah berlajar

sehingga ke sekolah menegah dan universiti. Status pendidikan ini sangat memberi impak

kepada pengaturan kehidupan responden khasnya. Bagi status kesihatan pula, majoriti

responden mempunyai penyakit yang memerlukan rawatan dan pemantauan dari semasa ke

semasa. Tahap kesihatan juga merupakan faktor utama bagi pengaturan kehidupan warga tua.

36

Page 37: full hgt

Secara umumnya, kesihatan seseorang memainkan peranan penting bagi memnetukan kualiti

dan kesejahteraan kehidupan bagi seseorang insan yang bernama manusia. Maka mahu tidak

mahu dalam laporan ini serba sedikit perlu memasukkan mengenai tahap kesihatan warga tua

di Pulau Pinang dan Kedah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa taraf kesihatan warga tua

di Pulau pinang dan kedah berada di tahap yang kurang baik dimana lebih daripada

responden didapati mempunyai penyakit. Ada dalam kalangan mereka menghidapi penyakit

yang serius seperti penyakit jantung, kanser, osteoporosis, tulang belakang, batu karang dan

nyanyuk. Disamping itu, mereka menghidapi penyakit kurang serius seperti kencing manis,

darah tinggi, lelah, rabun mata, dan kurang pendengaran.

BAB 4

4.0 PENGATURAN KEHIDUPAN WARGA TUA DAN PERKAITAN DENGAN PROFIL

SOSIO-EKONOMI.

4.1 Pengenalan

37

Page 38: full hgt

Dalam bahagian ini perbincangan bermula dengan penerangan corak yang sedia ada dalam

data kajian dan bagaimana pilihan pengaturan kehidupan berkait dengan ciri-ciri sosio-

ekonomi warga tua. Kemudian, kajian beralih pula kepada analisis yang lebih formal yang

menjurus kepada objektif kajian dalam konteks pengaturan kehidupan warga tua Pulau

Pinang. Seterusnya, pengkaji ingin mengenalpasti kegiatan sosial warga tua di kawasan

kajian yang menjadi angkubah penting dalam mencapai objektif kajian ini. Pengkaji ingin

mengenalpasti adakah benar warga tua tidak menjalankan aktiviti sosial yang memberi

faedah kepada mereka di waktu lapang berdasarkan maklumbalas yang diberikan oleh

responden.

4.2 Pengaturan Kehidupan Warga Tua.

Tempat Tinggal Responden

Secara umumnya pengaturan kehidupan dalam laporan ini juga bermaksud pilihan warga tua

untuk memilih tempat tinggal, sama ada bersendirian, atau memilih tinggal bersama

keanggotaan isi rumah yang lain. Keanggotaan isi rumah bermakna orang yang tinggal

serumah bersama responden semasa kajian dilakukan. Mereka ini boleh terdiri dari

pasangan, bersama pasangan dan anak yang belum berkahwin, bersama pasangan, anak yang

berkahwin dan cucu, bersama saudara mara atau bersama anak atau cucu. Terdapat juga

responden yang tinggal bersendirian Keanggotaan isi rumah terdiri daripada cucu dan juga

ahli keluarga lain, bukannya anak-anak warga tua itu sendiri sahaja. Isi rumah warga tua

terdiri daripada warga tua itu sendiri, atau pasangannya serta anak-anaknya, yang oleh sebab

tertentu, tidak dapat meninggalkan keluarga asalnya, ataupun tidak mampu membentuk

keluarganya sendiri, atau, terpaksa balik semula ke keluarga asalnya. Anak yang mampu

berdikari meninggalkan rumah dan membentuk keluarga sendiri.

Dapatan kajian (jadual 4.1)menunjukkan sebanyak 11.4 % responden tinggal bersendirian.

Responden yang tinggal bersama pasangan adalah 25 %. Responden yang tinggal bersama

pasangan dan anak belum berkahwin sebanyak 25.8 %. Ramai responden yang tinggal

bersama pasangan, anak dan menantu 4.7 %. Responden yang tinggal bersama saudara mara

juga agak ramai 0.8 %. Warga tua yang tinggal bersendirian terdiri daripada mereka yang

tidak berkahwin, balu atau duda yang tinggal berjauhan daripada anak cucu. Namun begitu

terdapat juga responden yang tidak berkahwin dan mereka tinggal bersama dengan saudara

38

Page 39: full hgt

mara. Warga tua balu atau duda kebanyakannya tinggal bersama dengan anak atau cucu

mereka.

Jadual 4.1: Tempat Tinggal Responden Berdasarkan Jantina

Tempat Tinggal Bilangan Lelaki Perempuan Jumlah

(%)

Seorang diri 41 25 16 11.4

Pasangan 90 45 45 25.0

Anak 64 35 29 17.8

Pasangan dan anak 93 52 41 25.8

Pasangan, anak, dan menantu 17 10 7 4.7

Pasangan, anak dan menantu,cucu 28 14 14 7.8

Saudara mara 13 7 6 3.6

Jiran terdekat 3 0 3 0.8

Lain-lain 10 6 4 2.8

Tidak berkaitan 1 - - 0.3

Jumlah 360 194 166 100.0

Sumber: Kajian Lapangan 2012/2013

Walaupun bukan semua warga tua menghadapi masalah untuk tinggal bersama anak namun

keinginan hidup yang semakin mendesak menyebabkan anak-anak mula merasa ibu bapa

sebagai bebanan (Nik Norliati Fitri Md Nor dan Usman Haji Yaakob, 2010). Di Malaysia,

kita dilarang menganggap warga tua sebagai bebanan. Selaras dengannya, kerajaan telah

mewujudkan beberapa slogan seperti ‘Warga Tua Teras Masyarakat’, ‘Yang Tua Dihormati

dan Yang Muda Dikasihi’ dan lain-lain lagi untuk merapatkan jurang antara golongan muda

dan golongan tua.

39

Page 40: full hgt

Kegiatan Sosial Responden

Aktiviti pada masa lapang dan penglibatan dalam organisasi sosial, politik dan

sebagainya juga adalah penting bagi melahirkan suasana kehidupan yang selesa bagi warga

tua (Aziz Shafie, et al. 2004:21). Maka, kajian ini turut melihat dan meninjau kegiatan dan

aktiviti sosial yang masih dilakukan oleh warga tua. Antara empat aktiviti yang dipilih

pengkaji untuk melihat aktiviti sosial yang dijalankan responden adalah berdasarkan

penglibatan dalam ceramah agama, ceramah politik, gotong royong dan mesyuarat.

Penglibatan responden dilihat melalui kehadiran dalam aktiviti-aktiviti tersebut pada sebulan

yang lepas (ketika soalselidik dijalankan) sama ada hadir atau tidak hadir. Dapatan kajian

menunjukkan warga tua masih lagi aktif dalam aktiviti sosial dimana rata-rata mereaka

mengahdiri lebih daripada satu aktiviti yang dikemukakan. Secara kasarnya, peratusan

responden menghadiri aktiviti yang disenaraikan adlah sebanyak, 64.7%, manakala tidak

menghadiri pula sebanyak 21.1 %. Bagi jawapan untuk tidak berkaitan pula, keadaan ini

disebabkan oleh masalah kesihatan atau kurang upaya responden untuk bergerak iaitu

sebanyak 0.8 %.

Rajah 4.2: Kehadiran Responden Dalam Aktiviti-Aktiviti Sosial

Menghadiri Tidak Menghadiri

Tidak Berkaitan JUMLAH0

50

100

150

200

250

300

350

400

KEHADIRAN RESPONDEN DALAM AKTIVITI SOSIAL

BILANGANPERATUS

Sumber: Kajian lapangan 2012/2013

Bagi ceramah agama, sebanyak 50.6% daripada responden adalah menghadiri.

lagi tidak hadir. Kehadiran bagi ceramah agama menunjukkan peratusan yang paling tinggi

40

Page 41: full hgt

berbanding aktiviti-aktiviti lain. Keadaan ini disebabkan kesedaran golongan warga tua

terhadap agama. Masa yang terluang seharusnya diperuntukkan untuk mendalami agama

untuk persediaan hari akhirat. Namun, pada masa yang sama, masih terdapat responden yang

masih tidak hadir dalam aktiviti bercorak keagamaan seperti ini. Antara alasan yang sering

diberikan adalah tidak mempunyai pengangkutan dan tidak tahu menahu tentang majlis

tersebut.

Seterusnya, bagi aktiviti mesyuarat, sebanyak 3.6 % responden adalah hadir

manakala, ceramah politik pula, daripada 360 orang responden sebanyak 1.4 % daripadanya

adalah menghadiri ceramah politik pada bulan sebelumnya. Penyertaan responden dalam

aktiviti-aktiviti ini kurang menjadi pilihan untuk warga tua untuk menghadirinya kerana

dirasakan kurang bersesuaian dengan umur mereka. Bagi mensyuarat, warga tua dilihat sudah

kurang berminat dalam aktiviti pembangunan dan pembuat keputusan terutama berkaitan

perkara-perkara formal. Namun begitu, bagi perkara-perkara informal, terdapat juga

keputusan yang sememangnya memerlukan pandangan warga tua seperti dalam persatuan

khairat kematian atau kenduri-kendara. Pengalaman yang dimiliki menyebabkan golongan

warga tua ini sering dirujuk untuk mendapat nasihat dan teguran.

Seterusnya, bagi aktiviti gotong-royong sebanyak 10% daripada responden

menghadiri aktiviti tersebut. Kehadiran yang ditunjukkan bagi aktiviti ini agak

membanggakan. Golongan warga tua masih berminat dalam aktiviti yang menghubungkan

antara masyarakat. Selain itu, dengan menyertai aktiviti gotong-royong, warga tua dapat

melakukan aktiviti yang berfaedah terutama untuk kebaikan kesihatan diri mereka.

Rajah 4.3: Kegiatan Social Yang Dihadiri Oleh Responden

41

Page 42: full hgt

Ceramah Agama

77%

Ceramah Politik

2%

Mesyuarat6%

Gotong-Royong

15%

KEGIATAN SOSIAL

Sumber: Kajian lapangan 2012/2013

Seterusnya, dalam kajian ini, pengkaji juga ingin melihat penglibatan warga tua di dalam

organisasi sosial. Responden yang terlibat di dalam organisasi sosial adalah sebanyak 66

orang manakala selebihnya iaitu sebanyak 293 orang lagi adalah tidak terlibat dan tidak

berkaitan di dalam organisasi sosial (Jadual 4.4). Ini menunjukkan bahawa warga tua di

kawasan kajian sudah kurang aktif, namun sebahagian kecil masih aktif berpersatuan.

Responden di kawasan kajian terlibat dalam pelbagai aktiviti dan menyertai pelbagai

pertubuhan yang diwujudkan. Malahan, penglibatan warga tua ini bukanlah menjadi ahli

biasa semata-mata. Ada di antara mereka yang menjawat jawatan penting sebagai pengerusi,

naib pengerusi, bendahari, setiausaha, dan juga ahli jawatankuasa. Ertinya, golongan warga

tua ini masih dianggap menjadi ‘orang penting’ di dalam masyarakat.

Jadual 4.4: Penglibatan responden di dalam organisasi sosial berdasarkan jantina

Jantina

Penglibatan Dalam Organisasi Sosial

Terlibat Tidak terlibat Tidak berkaitan Peratusan(%)

Lelaki 8.9 44.7 0.3 53.9

42

Page 43: full hgt

Wanita 9.4 36.7 - 46.1

Peratusan (%) 18.3 81.4 0.3 100

Sumber: Kajian Lapangan 2012/2013

Dapatan kajian menunjukkan, warga tua sudah tidak terlibat dengan organisasi sosial dimana

lebih 80 % tidak lagi aktif dan hanya lebih kurang 20 % sahaja yang terlibat. Peratusan ini

sangat rendah dan sebenarnya meliputi responden yang tinggal diluar bandar terutama

berkaitan kemasyarakatan dan keagamaan. Terdapat beberapa organisasi sosial yang diceburi

oleh responden. Organisasi sosial yang paling ramai yang diceburi adalah ahli Ahli JKK

masjid seramai 18 orang (5.0%) (Jadual 4.5). Organisasi ini sangat aktif dan memainkan

peranan penting dalam kariah tempat tiggal mereka. Maka, menyertai organisasi sosial seperti

ini bukan sahaja dapat meringankan beban individu terbabit malah pada masa yang sama juga

dapat menyumbang bakti kepada masyarakat.

Jadual 4.5: Organisasi Sosial Yang Diceburi Oleh Responden

Organisasi sosial Bilangan (orang) Peratus (%)

Rukun tetangga 17 4.7

AJK Masjid 18 5.0

Pers. Khairat Kematian/kenduri kendara 5 1.4

Pers. Bekas perajurit 4 1.1

RELA 1 0.3

Lain-lain 20 5.6

Tidak Berkaitan 289 80.3

Tiada jawapan 1 0.3

Jumlah 360 100.0

Sumber: Kajian Lapangan 2012/2013

43

Page 44: full hgt

Selain itu, organisasi lain yang diceburi adalah seperti rukun tetangga, 17 orang, Ahli

Persatuan khairat kematian 5 orang, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) dan PIBG

masing-masing sebanyak 1 orang, persatuan pesara dan bekas parajurit pula masing-masing

seramai 4 orang dan lain-lain pula sebanyak 20 orang (5.6 %). Keadaan ini jelas

menunjukkan bahawa warga tua masih lagi dapat memberikan sumbangan yang berharga

kepada masyarakat setempat dan juga kepada proses pembangunan negara secara

keseluruhannya walaupun hanya sebahagian kecil yang terlibat. Semangat yang ditunjukkan

warga tua ini patut dicontohi oleh golongan muda agar dapat membentuk semangat jati diri.

Maka, warga tua di kawasan kajian terlibat dengan aktiviti-aktiviti sosial dan menyertai

organisasi sosial dalam mengisi masa-masa mereka yang terluang. Ini membuktikan bahawa

warga tua tidak menjalankan aktiviti sosial yang memberi faedah kepada mereka di waktu

lapang adalah tidak benar sekali.

4.3 Perkaitan Pengaturan Kehidupan Dengan Profil Sosio-Ekonomi Responden

Pengaturan kehidupan merupakan aspek penting dalam kesejahteraan warga tua.

Ramai penduduk di negara membangun tidak diliputi oleh skim persaraan atau KWSP.

Apabila mereka mencapai umur tua, mereka mengharapkan anak-anak sebagai jaminan

kehidupan. Oleh itu mereka seboleh-bolehnya ingin memiliki anak yang ramai semasa

mereka muda, agar apabila mereka mencapai umur tua mereka boleh bergantung harap

kepada anak-anak ini. Pendeknya sokongan keluarga adalah penting kepada warga tua di

negara membangun. Salah satu bentuk warga tua boleh bergantung harap ialah melalui

pengaturan kehidupan, iaitu dengan cara tinggal bersama anak-anak. Kajian yang dilakukan

di Indonesia, Singapore dan Taiwan mendapati lebih 70 % warga tua tinggal sekurang-

kurangnya bersama dengan seorang anak dewasa (United Nations, 2002). Wan Ibrahim Wan

Ahmad (1999) dalam kajiannya di negeri Kelantan mendapati masih ramai warga tua yang

memilih tinggal bersama anak-anak. Beliau mendapati beberapa orang anak dewasa yang

berkahwin yang tinggal serumah dengan warga tua dan bekerja di sekitar kampung,

menyatakan mereka tidak sampai hati melihat ibu bapa yang sudah tua tinggal bersendirian

menyebabkan mereka memilih untuk terus tinggal bersama warga tua. Ada sebahagian yang

lain memilih mendirikan rumah berhampiran, atau dalam jarak yang tidak begitu jauh

dengan rumah ibu bapa mereka. Jadi walaupun warga tua mereka tidak tinggal bersama,

44

Page 45: full hgt

mereka ini masih boleh mendapat khidmat penjagaan daripada anak-anak yang berdekatan

ini.

Dari satu segi, kemajuan dalam bidang teknologi perubatan pula, telah meningkatkan taraf

kesihatan dan seterusnya meningkatkan jangka hayat mereka. Mereka yang mencapai tahap

umur tua selalunya mengalami penurunan dari segi keupayaan fizikal (seperti pendengaran,

penglihatan, pergerakan dan pemikiran) dan lebih terdedah kepada penyakit terutama

penyakit tamadun (misalnya jantung, kencing manis dan kanser) (Lauer & Lauer, 2002).

Keadaan ini menyebabkan mereka memerlukan sokongan sosial daripada orang lain terutama

anak-anak. Anak-anak pula sibuk dengan pendidikan, sendiri. Tuntutan pendidikan, kerjaya

dan keluarga menyebabkan sesetengah anak terpaksa berhijrah ke daerah, negeri atau negara

lain. Penghijrahan mengurangkan keupayaan mereka untuk memberi penjagaan dan sokongan

sosial kepada ibu bapa (Aishah@Eshah & Katiman, 2010). Ibu bapa yang telah tua tidak

dapat mengikut anak yang baru memulakan kerjaya berhijrah kerana tempat tinggal mereka

sempit, kos hidup tinggi dan tidak ada penjaga (Martin, 1989). Penghijrahan anak ke tempat

lain dan diikuti dengan penurunan keupayaan fizikal dan berpenyakit yang dihidapi oleh

warga tua boleh mempengaruhi kualiti hidup mereka. Bagi golongan tua yang anak mereka

tidak berhijrah ke tempat lain, iaitu masih tinggal di rumah yang sama, juga tidak dapat

memberi perhatian kepada ibu bapa yang telah tua. Mereka sibuk dengan tanggungjawab di

tempat kerja dan keluarga sendiri. Kebanyakan anak yang bekerja baik dalam sektor awam

ataupun swasta, masa kerja mereka ditetapkan dan mereka tidak boleh datang dan balik kerja

sesuka hati. Majoriti tidak mampu untuk mengambil pembantu bagi menjaga ibu bapa yang

telah tua. Ibu bapa yang telah tua ini terpaksa tinggal di rumah merasa sepi, tersisih secara

sosial, kehilangan autonomi dan identiti diri serta mengalami masalah kewangan

(Aishah@Eshah & Katiman, 2010). Warga tua merupakan isu yang semakin ketara di

Malaysia.

Selain itu, warga tua juga memerlukan kemudahan untuk meneruskan kehidupan.

Kemudahan yang dimaksudkan termasuk kemudahan untuk bergerak seperti kenderaan

persendirian, kemudahan yang mesra warga tua di tempat kediaman mereka sera bantuan

daripada pihak-pihak yang bertanggungjawab. Dalam kajiaan ini, pengakaji ingin melihat

sama ada warga tua mengetahui hak mereka untuk mendapatkan kemudahan atau menilai

pengetahuan mereka mengenai kemudahan yang tersedia untuk mereka.

45

Page 46: full hgt

Dapatan kajian mendapati, warga tua di Pulau Pinang lebih daripada separuh mempunyai

kemudahan diri sendiri seperti motosikal, kereta, kedu-duanya sekali, lori ,dan van. Dalam

jadual 4.6 menunjukkan bilangan responden yang memiliki kenderaan adalah sebanyak 60.8

% atau 219 orang, dan baki tidak mempunyai kenderaan sendiri dan tidak memberikan

jawapan. Daripada 219 orang responden yang memiliki kenderaan 97 orang (26.9%) memilik

motosikal, manakala 89 orang memiliki kereta(24.7%), 39 orang memiliki kedua-duanya

sekali dan 5 orang (1%) lagi mempunyai van.

Jadual 4.6 : Status Responden Yang Memiliki Kenderaan

BILANGAN PERATUS (%)

YA 219 60.8

TIDAK 132 36.7

88 8 2.2

99 1 0.3

JUMLAH 360 100

Sumber: Kajian Lapangan 2012/2013

Rajah 4.7 Jenis Kenderaan Yang Dimiliki Oleh Responden

46

Page 47: full hgt

MOTOSIKAL13%

KERETA12%

MOTOSIKAL DAN KERETA

5%VAN1%

TIDAK BERKAITAN17%99

1%

JUMLAH 50%

jenis kenderaan yang dimiliki responden

Sumber: kajian lapangan 2012/2013

Kemudahan diri sendiri ini juga berkait rapat dengan profil sosio-ekonomi responden. Hal ini

demikian kerana, warga tua yang mempunyai latar belakang ekonomi yang kukuh dapat

memmiliki kenderaan yang lebih baik berbanding warga tua yang mempunyai pendapatan

yang rendah. Seperti yang telah dibincangkan di bab tiga, rata-rata warga tua mempunyai

pendapatan RM500-1000 sahaja. Ini menyebabkan mereka tidak mampu memiliki kenderaan

yang lebih baik terutama kereta.

Daripada aspek mengenai kemudahan yang disediakan untuk warga tua di tempat tinggal

mereka pula, hasil kajian menunjukkan seramai 64 orang menyatakan tiada manakala seramai

253 pula menyatakan ada, reponden yang tidak pasti pula seramai 128 orang manakala

selebihnya tidak tahu dan tidak menberikan jawapan bagi soalan ini. Antara kemudahan yang

dinyatakan oleh responden adalalah seperti bank, klinik, bilik air awam, pengangkutan

seperti bas rapid dan teksi, dewan, dan surau serta masjid. Selain itu, dapatan menunjukkan

warga tua memerlukan kemudahan seperti lift di bangunan tempat tinggal mereka, klinik,

bank, pondok rehat dan rumah orang-orang tua harian.

Kemudahan ditempat kediaman secara amnya juga memberi kesan kepada penaturan

kehidupan warga tua dimana, dengan adanya kemudahan warag tua di tempat kediaman,

warga tua dapat bergiat aktif dalam aktiviti dan organisasi sosial. Sebab itu, jika dilihat rata-

47

Page 48: full hgt

rata warga tua berkehendakkan kemudahan yang mesra warga tua dan ini sekurang-kurngnya

dapat menjadikan kehidupan warga tua lebih bermakna sepanjang melalui usia tua mereka.

Secara umumnya, objektif ini penting dimana tahap pengetahuan responden terhadap

kemudahan yang tersedia secara langsung dapat merubah corak pengaturan kehidupan

mereka. Melaui kemudahan seperti rumah orang tua harian warga tua dapat menjalankan

aktiviti sosial dengan lebih terjamin. Mereka dapat berkongsi pengalaman dengan rakan

seusia dan rutin harian mereka akan lebih tersusun, kemudahan sebegini juga dapat

mengelakkan tekanan emosi dan psikologi kepada warga tua kerana di tumah orang tua

harian mereka mempunyai ramai kawan dan dapat sokongan rakan-rakan.begitu juga

kemudahan seperti bantuan kerusi roda untuk warga tua dapat memudahkan pergerakan

mereka dan ini secara lamgsung membantu warga tua untuk bersosial dan tidak terlalu

bergantung kepada orang lain.

Jadual 4.8:Pengetahuan Responden Mengenai Kemudahan Warga Tua Di Tempat Kediaman

Sumber: Kajian Lapangan 2012/2013

Objektif yang ketiga ini adalah untuk membuat anggaran sama ada warga tua tahu atau tidak

kelebihan dan kemudahan yang telah tersedia untuk mereka yang mungkin boleh merubah

pengaturan kehidupan mereka yang kurang baik kepada lebih baik mahupun baik kepada

48

BILANGAN PERATUS (%)

Ada 64 17.8

Tiada 153 42.5

Tidak Pasti 128 35.6

Tidak Berkaitan 2 0.6

Tidak Menjawab Soalan 13 3.6

JUMLAH 360 100

Page 49: full hgt

lebih baik.Ini adalah kerana ada sebahagian wargat tua seperti yang dibincangkan diatas

pengaturan kehidupan mereka masih ditahap yang rendah dimana mereka berasa tertekan dari

segi emosi, kurang bahagia, rasa terkongkong, kehidupan terbatas dan kurang autonomi

berbeza dengan usia muda mereka yang mana mereka berkuasa dalam hal ehwal diri mereka

dan mereka sendiri mencorak pengaturan kehidupam mereka, anak-anak dan lain-lain.

contohnya, ada responden yang tidak begitu suka tinggal bersama anak-anak dalam satu

warga rumah. Wan Ibrahim (1999) mendapati ada ramai warga tua yang kurang berminat

untuk tinggal bersama dengan anak menantu dalam satu rumah kerana ia boleh menyebabkan

warga tua boleh merasa terbeban dari segi emosi, tenaga dan material. Warga tua berkongsi

tempat kediaman terpaksa turut aktif dalam penjagaan cucu, dan dalam pelbagai urusan

domestik yang lain. Hal ini boleh mengganggu tahap kesejahteraan psikologi dan

kebahagiaan warga tua itu sendiri. Oleh yang demikian dapatlah dirumuskan, pemiskinan dan

tinggal bersama anak-anak dan cucu mereka dalam satu rumah. Oleh sebab itu, pengkaji

merasakan kepentingan kemudahan khas bagi warga tua supaya pengaturan kehidupan

mereka lebih baik. Contohnya seperti kes diatas, kemudahan rumah warga tua harian amat

penting supaya mereka dapat berjumpa dan bergaul dengan rakan seusia tanpa tekanan

daripadao orang lain seperti anak-anak dan cucu. Begitu juga kemudahan seperti masjidyang

amat diperlukan oleh warga tua dalam menjalani kehidupan seharian dimana surau atatu

masjid ini menjadi tempat warga tu beribadah seterusnya menjamin emosi dan psikologi

mereka sentiasa dalam keadaan yang baik. Secara umumnya kemudahan yang tersedia sedikit

sebanyak dapat mempengaruhi pengaturan kehidupan mereka. Hasil perbualan bersama

responden berkenaan punca ketidakbahagiaan dalam kehidupan mereka, adalah disebabkan

tiadanya keprihatinan anak-anak terhadap mereka dan tiada waris bagi responden yang

bujang yang mampu menghiburkan usia tua mereka.

4.4 Rumusan

Bab ini telah membincangkan analisis hasil dapatan kajian terhadap objektif kedua

dan ketiga kajian ini. Perbincangan adalah mencakupi status sosio-ekonomi terhadap

kehidupan warga tua, hubungan kekeluargaan dan kegiatan sosial yang dilibatkan oleh

responden. Dalam bab in penting bagi pengkaji memberi penekanan terhadap pengaturan

kehidupan warga tua, seperti kebahagiaan di tempat tinggal, corak dalam aktiviti sosial,

49

Page 50: full hgt

keadaan kesihatan warga tua dan sebagainya termasuk daripada segi hubungan kekeluargaan.

Contohya, ada yang mempunyai hubungan yang sangat baik dan ada juga yang mengakui

mempunyai masalah dalam hubungan kekeluargaan mereka. Responden mendakwa masalah

yang menyebabkan hubungan kekeluargaan yang tidak baik ini disebabkan oleh masalah

harta dan juga sikap atau karenah ahli keluarga mereka sendiri. Dari segi kegiatan sosial pula,

responden didapati masih terlibat dalam kegiatan masyarakat walaupun bukan semua yang

terlibat. Bagi mencapai objektif ketiga ini iaitu mengkaji perkaitan pengaturan kehidupan

dengan profil sosio-ekonomi warga tua, pengkaji dengan jelas memberikan bukti dimana,

pengaturan kehidupan sangat bergantung kepada latar belakang responden tersebut.

Contohnya, responden yang tidak mempunyai kewangan kukuh mempunyai anak yang ramai

untuk bergantung harap, begitu juga status kesihatan yang mana mencorakkan kehidupan

warga tua dengan memrlukan sokongan sosiaalterutams darpada anak-anak. Selain itu,

wargat tua memerlukan kemudahan unutk bergerak dan kemudahan ditempat kediaman

dimana ianya perlu unutk mereka melakukan aktiviti sosial mereaka.

50

Page 51: full hgt

BAB 5

5.0 RUMUSAN, CADANGAN, SUMBANGAN KAJIAN DAN PENUTUP

5.1 Pengenalan

Pengaturan kehidupan warga tua sangat dipengaruhi oleh profil sosio-ekonomi warga tua.

Pengaturan kehidupan yang tidak terurus selalunya wujud apabila kemampuan fizikal dan

ekonomi mula menurun. Ekonomi menurun bermaksud apabila seseorang mencapai usia tua,

daya produktiviti tidak lagi berkembang dan mula pencen secara rasmi kerana tiada keupayaan

tersebut. Apabila seseorang tidak bekerja bukan sahaja tidak ada pendapatan tetapi pada masa

yang sama kehilangan kawan-kawan. Mereka memerlukan bantuan anak-anak atau orang lain

dalam mengurus kehidupan harian. Mereka mula menilai diri dalam hubungan dengan orang

lain. Warga tua sentiasa merasa diri mereka tersisih, terabai, terbeban dan kehilangan autonomi.

Mereka tidak lagi berkuasa dalam membuat kebanyakan keputusan tentang diri mereka. Orang

lain banyak membuat keputusan untuk mereka. Mereka juga terpaksa menyesuaikan diri dengan

perubahan yang berlaku dalam hidup, baik dari segi perubahan fizikal, sosial mahupun ekonomi.

Ada juga dalam kalangan mereka yang merasa diri terdera. Bagi warga tua yang tidak

mempunyai anak dan kaum keluarga lain, mereka terpaksa hidup bersendirian dengan

mengharap bantuan jiran tetangga dan pihak kerajaan.

5.2 Penemuan Kajian

Warga tua merupakan satu kategori penduduk yang sedang bertambah di semua negara.

Sehubungan itu laporan kajian ini ini secara umumnya cuba menganalisis keadaan kehidupan

warga tua dalam di Pulau Pinang. Sejumlah 360 warga tua berumur 60 tahun dan lebih dipilih

sebagai responden. Berasaskan data yang dikumpulkan melalui soal selidik dan temu bual

bersemuka, laporan ini membincangkan beberapa ciri sosio-ekonomi warga tua di Pulau Pinang

dan menghuraikan pola pengaturan kehidupan mereka. Laporan ini menunjukkan kebanyakan

warga tua mempunyai pendidikan formal namun terhad di peringkat rendah sahaja. Hampir

keseluruhan mereka berpendapatan rendah dengan pendapatan RM501-RM1000. Hasil kajian

juga menunjukkan walaupun berlaku pembangunan pesat di kawasan kajian, kebanyakan warga

51

Page 52: full hgt

tua masih bertempat tinggal dalam keluarga luas bersama pasangan, anak dan cucu. Keadaan ini

selaras dengan keinginan mereka bahawa punca ketidakbahagiaan dalam kehidupan sebahagian

mereka adalah disebabkan tiadanya keprihatinan anak-anak terhadap mereka dan tiada waris bagi

warga tua bujang.

Terdapat beberapa penemuan yang diperolehi berdasarkan kajian mengenai kendalian hidup

warga tua ini. Penemuan melibatkan, jantina, struktur umur, status perkahwinan, tempat tinggal,

hubungan kekeluargaan, taraf pendidikan, status kesihatan dan penyakit, sumber pendapatan,

pekerjaan aktiviti sosial dan lain-lain lagi.

Golongan warga tua yang bekerja adalah lebih ramai dengan peratusan sebanyak 51.4 %

manakala yang tidak bekerja adalah sebanyak 48.6 %. Dapatan kajian menunjukkan

bilangan perempuan yang bekerja meebihi lelaki yang tidak bekerja yang tidak bekerja

Bagi pendapatan bulanan pula, 11.7 peratus responden berpendapatan kurang daripada

RM500, manakala 33.4 peratus lagi adalah dalam lingkungan RM501 hingga RM1000.

Sedikit sekali adalah pendapatan yang lebih tinggi dimana pendapatan bulanan diantara

Rm1001-RM1500 adalah sebanyak 6.4 %, manakala RM1501-RM2000 adalah 4.2 % dan

RM2001 ke atas ialah 5.0 %amun, peratusan lebih besar adalah warga tua yang tidak

mempunyai pendapatan bulanan iaitu sebanyak 33.9% .

Berdasarkan tahap pendidikan pula, 13.9% tidak bersekolah, 48.3 peratus bersekolah

rendah, 3.6% bersekolah agama, bersekolah menengah rendah (SRP) 11.9 %, menengah

atas (SPM) 15.6 % manakala menengah atas (STPM) sebanyak 1.1 %

Berdasarkan tahap kesihatan, 48.1% responden mengakui mempunyai masalah kesihatan

sementara 45.3% lagi mendakwa tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan yang

memerlukan pemantauan dari semasa ke semasa. Sementara 5.1% lagi tidak pasti. Maka,

ini menunjukkan taraf kesihatan responden warga tua di kawasan adalah diparas dan

sederhana dan mempunyai tahap kesedaran yang rendah terhadap penjagaan kesihatan.

Bagi jenis penyakit pula, 20% mendakwa mengalami darah tinggi dan kencing manis

18.6 %. Bagi lain-lain penyakit pula, 9.2% daripada responden mempunyai penyakit

lelah/penat, rabun mata, 5.8%, sakit jantung 5.6%, masalah otot dan saraf dan lain-lain

penyakit masing-masing sebanyak 2.8 %, kurang pendengaran, barah,batu karang pula

52

Page 53: full hgt

sebanyak 0.8%, manakala sakit tulang belakang dan nyayuk masing-masing 0.6% dan

0.3%.

Pengkaji juga mendapati terdapatnya pemisahan tempat tinggal yang ketara antara warga

tua dengan anak-anak dewasa khususnya. Di kawasan kajian, sebanyak 11.4 % responden

adalah tinggal bersendirian, sementara yang tinggal bersama pasangan sebanyak 25%

anak-anak terutama anak yang belum berkahwin pula adalah sebanyak 17.8% dan

pasangan dan anak pula sebanyak 25.8% . Bagi beberapa ketegori yang lain, kesemuanya

dibawah 10% terutama bagi yang tiggal bersama anak-anak yang sudah berkeluarga.

Dalam aktiviti sosial pula, kehadiran sebanyak 77% peratus ditunjukkan dalam ceramah

agama, 15% peratus dalam gotong-royong, 6% mesyuarat, sementara 2% lagi pernah

menghadiri ceramah politik pada bulan sebelumnya.

Responden yang terlibat di dalam organisasi sosial adalah sebanyak 13.8% manakala

selebihnya iaitu sebanyak 81.4% lagi adalah tidak terlibat dalam organisasi sosial. Ini

menunjukkan bahawa warga tua di kawasan kajian berasa pada usa tua mereka sudah

tidak sesuai untuk berpersatuan. Organisasi sosial yang diceburi dan paling digemari

ialah Ahli Jawatankuasa masjid iaitu sebanyak 5%. Selain itu warga tua juga aktif dalam

rukun tetangga dengan peratusan penyertaan sebanyak 4.7%. Mankala Persatuan Khairat

Kematian sebanyak 1.4%, dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) sebanyak 1.1%

dan selebihnya adalah Persatuan Bekas Perajurit iaitu sebanyak 0.3%.

60.8% darpada responden mempunyai kenderaan sendiri manakala selebihnya tidak

memiliki sebarang kenderaan. Antara kenderaan yang dimiliki oleh responden seperti

motosikal (26.9%). Kereta (24.7%), motosikal dan kereta (10.8%) dan van (1.4%).

Tahap pengetahuan responden mengenai kemudahan warga tua ditempat tinggal mereka

adalah baik dimana, hampir semua responden memberikan jawapan ada (17.8%) dan

tidak (43.5%), manakala selebihnya tidak pasti (35.6%).

53

Page 54: full hgt

5.3 Cadangan

Setelah menghasilkan kajian ini, pengkaji melihat terdapat pelbagai masalah yang wujud di

dalam pengendalian hidup warga tua. Justeru pengkaji akan mencadangkan beberapa strategi

yang pengkaji rasa boleh diguna pakai bagi membantu dan memperbaiki pengaturan kehidupan

warga tua.

Dari segi masalah kewangan pengkaji merasakan pihak berwajib perlu memainkan

peranan yang baik dimana memastikan bantuan untuk warga tua sampai ke tangan yang berhak.

Contohnya, ramai responden mendakwa susah untuk mendapatkan bantuan daripada Jabatan

Kebajikan Masyarakat (JKM) disamping pengagihan yang tidak adil. Selain itu, pihak kerajaan

juga perlu lebih komited dalam menjaga kebajikan warga tua seperti menyediakan modal untuk

perniagaan dan membuka ruang pekerjaan yang sesuai untuk warga tua. Hal ini kerana

pembiayaam daripada kerajaan atau swasta dalam aspek kewangan juga boleh membantu

program penjagaan sosial warga tua. Disamping itu, pelaksanaan umur pencen yang baru

daripada 56 tahun kepada 60 tahun amat bertepatan jika dilaksanankan sekarang..

Dalam segi kesihatan pula, pngkaji melihat tahap kesedaran dan pengetahuan yang

rendah membabitkan kesihatan diri warga tua. Oleh itu, pendedahan yang sewajarnya perlulah

dilakukan bagi mengatasi perkara ini.diusia ini, warga tua sangat memerlukan perhatian daripada

segi kesihatan, oleh itu, mutu perkhidmatan kesihatan oleh kementerian kesihatan perlu

ditingkatkan. Klinik kesihatan seperti klinik 1Malaysia perlu diperbanyak dan diperluaskan

fungsinya terutama untuk rawatan pesakit warga tua.

Bagi mengelakkan masalah yang berlaku berkaitan warga tua seperti masalah pengabaian dan tekanan emosi, semua pihak perlu mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap aspek penjagaan warga tua. Kempen seperti ‘Warga tua teras masyarakat’ dan ‘yang tua di hormati yang muda di sayangi’ perlulah menyeluruh agar semua pihak mendapat kesan yang positif daripada kempen tersebut. Selain itu, langkah perundangan juga peru di wujudkan mengelak pengabaian terhadap warga tua.

Dari segi sosial pula, pelbagai kemudahan perlu disediakan oleh pihak kerajaan tempataan dimana kemudahan-kemudahan ditempat kediaman, kemudahan bergerak dan lain-lain mampu membawa perubahan kepada pengaturan kehidupan warga tua. Dengan adanya kemudahan seperti rumah jagaan harian warga tua yang berfungsi ketika anak-anak pergi bekerja sekuran-

54

Page 55: full hgt

kurangnya, warga tua tidak sunyi dan mempunyai kawan untuk berbual. Ini menjadikan warga tua lebih sejahtera dan bersosialisasi.

5.4 Sumbangan Kajian Terhadap Disiplin ilmu

Kajian ini melihat secara terperinci mengenai profil sosial dan pengaturan kehidupan warga tua

selepas umur persaraan rasmi. Kajian menggunakan kaedah borang soal selidik dan temu bual

bersemuka. Hasil kajian ini boleh memberi input yang berguna kepada pengkaji, kerajaan,

masyarakat dan penggubal dasar dengan mengambil kira semua aspek berkaitan warga tua untuk

merencana sesuatu perkara. Contohnya pengubal dasar yang ingin mengubal dasar baru bagi

penduduk malaysia perlu memasukkan elemen warga tua agar dasar yang digubal mampu

memberikan impak holistik kepada semua. Selain itu, bagi disiplin keilmuan, diharap kajian ini

mampu memberikan panduan dalam melaksanakan kajian mengenai warga tua disamping

menjadi sebahagian ilmu yang boleh dimanfaatkan dalam menyelidiki pengaturan kehidupan

warga tua khususnya. Dalam menjayakan sesebuah penyelidikkan seharusnya semua elemen

perlu diperhatikan dan diambil kira agar hasil daripada kajian tersebut tepat dan jitu.

BIBLIOGRAFI

Aziz Shafie, et al. (2004). Penjagaan Sosial dan Kesejahteraan Hidup Warga Tua di Negeri

Perlis. Jurnal Kerja Sosial Malaysia. 3-28.

Aishah@Eshah Haji Mohamed, Katiman Rostam, Abd. Rahim Md Nor, Zaini Sukaimi (2008)

Kualiti hidup warga tua di pinggir bandar: Kes Selangor. Kertas kerja yang dibentangkan dalam

International Conference On Social, Development And Environmental Studies: Global Change

and Transforming Spaces, organised by Centre for Social, Development & Environment, Faculty

of Social Science and humanities, UKM. 18 – 19 November.

Bougaarts, J. dan Zimmer, Z. (2002). Living Arrangement of Older Adults in the Developing

World: an Analysis of Demographic and Health Survey Household Surveys.

Journal of Gerontology, 57B(3):145-157.

55

Page 56: full hgt

Brown J.W. et al. (2002). Transitions in Living Arrangements among Elders in Japan:Does

Health Make a Difference? Journal of Gerontology, 57B,(4):209-220.

Chang, T.P. (1992). Implications of Changing Family Structures on Old-age Support in the

ESCAP Region. Asia-Pacific Population Journal, 7(2):49-65.

Domingo, L.J. dan Casterline, J.B. (1992). Living Arrangements of the Filipino Elderly. Asia

Pasific Development Journal, 7(3):63-87.

Douglass RL (1983) Domestic neglect and abuse of the elderly: Implications for research.

Relations 32 (3), 395-402

Gore, M.S. (1997). Studying Problems of Aging. Sociological Bulletin, 46(1):41-51.

Helman, C.G. (1994). Budaya, Kesihatan dan Penyakit. (Terj.) Hashim Awang A.R. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jabatan Perangkaan Malaysia. (1991). Siri Masa Perangkaan Penting, Semenanjung

Malaysia 1911-1985. Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan Malaysia.

Jabatan Perangkaan Malaysia. (1998). Laporan Perangkaan Penting Semenanjung

Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan Malaysia.

Kalish, R.A. (1982). Late Adulthood: Perspective on Human Development. Second

Edition. California: Brooks Publishing Company.

Kandiah, M. (1990). Ketuaan dan Kesejahteraan Warga Tua. Jurnal Kebajikan

Masyarakat, 12 (2):1-5.

Kim, I.K. dan Choe, E.H. (1992). Support Exchange Patterns of the Elderly in the Republic

of Korea. Asia-Pasific Population Journal, 7(3):89-104.

Knodel, J. et al. (1992). The Familial Support System of Thai Elderly: an Overview. Asia-

Pasific Population Journal, 7(3):105-125.

56

Page 57: full hgt

Lauer RH, Lauer JC (2002) Social problems and the quality of life. 8th ed. McGraw Hill, Boston.

Liang, J. et al. (1992). Social Support among The Aged in Wuhan, China. Asia-Pasific

Population Journal 7(3):33-61

Lukman Z. Mohamad dan Zainol Mustafa. (2000). Warga Tua; Satu Penelitian Umum. Dlm

Abdul Aziz Jemain, et al, (ed). Warga Tua: Isu dan Fenomena. Bangi: Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Martin, L.G. (1989). Living Arrangement of The Elderly in Fiji, Korea, Malaysia and The

Philiphines. Demography 26 (4): 627-643.

Nik Norliati Fitri Md Nor dan Usman Haji Yaakob. (2010). Aspek Kendalian Hidup Warga

Tua: Kajian Kes di Pulau Langkawi. Dlm. Pembangunan, Sosial dan Persekitaran: Ke

arah Kesejahteraan Hidup Masyarakat Malaysia. Prosiding Persidangan Kebangsaan

Ke-3, Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran,Universiti Kebangsaan Malaysia

20-21 Julai 2010.

Pala, J. (1998). Warga Tua dan Penuaan Penduduk di Malaysia. Siri Monograf Banci

Penduduk No 4. Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan Malaysia.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. (1987). Population aging: Review of emerging issues.

Asian population studies series No. 80. Bangkok: Economic and Social Commission for Asia

and the Pacific

Phillips, D.R. (1992). Hong Kong: Demographic and Epidemiological Change and Social

Care for Elderly. Dlm. Phillips, D.R. (ed). Ageing in East and South-east Asia.

Great Britain: Edward Arnold.

Suhana Saad (2000). Warga Tua Dalam Hubungan Kekeluargaan. Dlm. Abdul Aziz Jemain,

et al; (ed). Warga Tua: Isu dan Fenomena. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

United Nations (2002) World population ageing 1950 - 2020.

57

Page 58: full hgt

Usman Haji Yaakob. (1989). Prinsip kajian kependudukan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Usman Haji Yaakob. (2001). Peranan Keluarga dalam Penjagaan Warga Tua di Malaysia.

dalam Abdul Aziz Jemain, et al; (ed). Jaminan Sosial warga Tua. Petaling Jaya:

Prentice Hall.

Usman Hj. Yaakob, Tarmizi Masron and Fujimaki Masami, (2009) Spatial Distribution of

Senior Citizen in Peninsular Malaysia 1991 and 2000. The Journal of Ritsumeikan

Geographical Society, 21, 59-68.

Wan Ibrahim Wan Ahmad. (1999). Hubungan sosial, sokongan dan kesejahteraan warga tua di

pedesaan negeri Kelantan. Tesis Ph.D, Fakulti Ekologi, Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Warnes, A. (1992). Population ageing in Thailand: personal and service implications. Dlm.

David R. Phillips Ageing in East and Southeast Asia, Great Britain: A Division of

Hodder & Stoughton.

Yaakob Harun. (1991). The Malay Urban Family: an Analysis of Change, Dewan Bahasa

dan Pustaka: Kuala Lumpur.

58