forum model disiplin asertif canter

8

Click here to load reader

Upload: viva-la-vida

Post on 29-Dec-2015

67 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Forum Model Disiplin Asertif Canter

FORUM MODEL DISIPLIN ASERTIF CANTER

Panelis 2: Noor Shazreena binti Hari

SESI 1

Assalamualaikum dan selamat pagi. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan jutaan

terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput saya untuk menjadi salah satu

panelis pada hari ini. Baiklah, kembali kepada soalan yang telah diberikan oleh saudara

moderator.

Apakah jenis-jenis guru yang digariskan dalam Model Disiplin Asertif Canter?

Sebelum saya berbicara lebih jauh mengenai jenis-jenis guru tersebut, suka untuk saya kembali

kepada konsep utama Model Asertif Disiplin ini iaitu mengenai guru mempunyai hak untuk

mengajar secara profesional dan tanpa gangguan. Murid pula mempunyai hak untuk belajar

dalam keadaan yang selamat dan tenang dengan sokongan daripada guru dan rakan-rakan

yang lain. Secara umumnya, hak-hak ini boleh dilaksanakan sekiranya guru bertanggungjawab

memastikan tiada perkara atau tindakan yang boleh menghalang murid daripada mendapatkan

hak-hak mereka. Bertitik tolak daripada itu, terdapat tiga jenis guru yang telah digariskan dalam

Model Disiplin Asertif Canter iaitu guru agresif, guru yang tidak asertif dan guru yang asertif.

Hadirin yang dimuliakan,

Selalunya, jenis guru yang agresif ini bersifat autokratik, menunjukkan kuasa dan tidak

bertolak ansur. Mereka juga akan diklasifikasikan sebagai guru yang garang, kasar, tidak

mesra, tidak bertimbang rasa dan menganggap murid sebagai seteru. Seteru di sini membawa

maksud musuh atau lawan. Hal ini kerana, mereka berpendapat bagi mengekalkan dan

menguruskan aktiviti bilik darjah, mereka sebagai guru mesti menunjukkan kuasa, menetapkan

peraturan dan tidak perlu bertolak ansur dengan murid. Oleh itu, murid perlu mengikut dan

mematuhi arahan guru mereka tanpa bantahan. Ekspresi wajah mereka akan sentiasa serius

dan tegas. Antara arahan yang mereka akan selalu gunakan bersifat keras dan tegas seperti,

‘Duduk!’, ‘Diam!’, ‘Dengar sini!’.

Manakala, bagi guru yang tidak asertif pula menggunakan pendekatan yang pasif terhadap

Page 2: Forum Model Disiplin Asertif Canter

murid. Mereka gagal membantu murid-murid untuk membuat jangkaan tingkah laku yang

diingini dan tidak konsisten dalam menangani tingkah laku murid. Kadangkala mereka

membenarkan suatu tingkah laku ditunjukkan di dalam bilik darjah tetapi pada masa yang lain

mereka selalu memarahi mereka yang melakukan tingkah laku tersebut. Mereka selalu

menggunakan frasa-frasa seperti ‘Tolonglah berkelakuan elok sikit’ atau ‘Berapa kali cikgu

cakap, tolong diam!’. Mereka berkelakuan kelam kabut dan tidak konsisten, tidak tegas dan

sampai ketikanya murid-murid tidak akan lagi menghormati guru jenis yang tidak asertif ini.

Kadangkala guru jenis ini akan menjadi putus asa dan tiba-tiba menjadi terlampau garang

dengan murid-muridnya. Akibatnya, murid akan keliru dengan jangkaan dan tindakan guru di

dalam bilik darjah.

Seterusnya, saya beralih pula kepada jenis guru yang asertif. Canter berpendapat pendekatan

ini merupakan pendekatan yang terbaik untuk menguruskan disiplin bilik darjah. Hal ini kerana,

guru yang mengamalkan pendekatan ini tahu apa-apa yang diingini daripada murid-muridnya.

Guru akan menyatakan dengan jelas kemahuan mereka terhadap tingkah laku murid dan

menyokong tindakan-tindakan mereka dengan perlakuan yang boleh diterima oleh murid.

Sebagai contoh, rutin dan peraturan bilik darjah ditetapkan dengan jelas dan diterangkan

kepada murid-murid tentang rutin dan peraturan tersebut. Murid-murid juga diberitahu perasaan

guru dan akibat-akibat yang munasabah sekiranya mereka mereka mematuhi atau melanggar

peraturan tersebut. Oleh itu, murid-murid akan sedar dan jelas sebab peraturan tersebut

diadakan dan tahu akan kesan apabila peraturan tersebut tidak dipatuhi.

Selain itu juga, guru yang asertif membantu murid-muridnya untuk memahami bentuk tingkah

laku yang yang dapat membawa kejayaan dan tingkah laku yang menyusahkan dan ke arah

kegagalan. Lantaran guru tidak berperwatakan garang, kasar dan terlampau tegas, pengurusan

disiplin di dalam bilik darjah adalah berkesan kerana guru menggunakan pendekatan yang

boleh difahami dan diterima murid. Contohnya, ‘Peraturan kelas kita adalah angkat tangan

untuk menjawab soalan’ dan ‘Angkat tangan dan tunggu dengan senyap, cikgu akan panggil

awak’. Sekaligus, guru memberikan peluang kepada murid untuk mempraktikkan tingkah laku

yang diingini, bahkan murid boleh mengharapkan guru untuk memberikan jangkaan yang

sesuai kepada tingkah laku dan kebolehan mereka. Tuntasnya, guru asertif jelas dengan

matlamat pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan, mengambil berat dan

berlaku adil kepada semua murid. Sekian sahaja, saya serahkan semula kepada pengerusi.

Page 3: Forum Model Disiplin Asertif Canter

SESI 2

Terima kasih diucapkan kepada moderator. Baiklah, menjawab soalan yang telah ditujukan kepada saya sebentar tadi.Soalan

Apakah langkah-langkah yang boleh digunakan oleh guru untuk menerangkan pelan-pelan pengurusan disiplin kepada murid menurut Canter?

Hadirin yang dihormati,

Untuk makluman semua, terdapat tujuh langkah yang boleh digunakan oleh guru untuk

menerangkan pelan-pelan pengurusan pengurusan disiplin kepada murid-murid yang telah

ditekankan oleh Canter :

Pertama, terangkan kenapa peraturan-peraturan tersebut diperlukan. Contohnya, peraturan

murid perlu mengangkat tangan terlebih untuk kebenaran keluar dari kelas. Hal ini kerana,

memudahkan guru untuk mengetahui dan dapat mengawal pergerakan keluar dan masuk murid

semasa mengajar seperti murid ingin keluar ke tandas, mengasah pensel di luar kelas atau

membuang sampah. Kedua, tunjuk dan terangkan bagaimana peraturan-peraturan tersebut

akan dilaksanakan. Dalam konteks ini, sebelum guru memulakan penguatkuasaan peraturan,

guru perlu menunjukkan dan menerangkan bagaimana pelaksanaan peraturan tersebut terlebih

dahulu. Elakkan menghukum murid secara terus kerana murid perlu maklum akan peraturan

tersebut supaya mereka mematuhinya dengan cara yang betul. Seterusnya, langkah ketiga

adalah semak sama ada murid faham atau tidak mengenai peraturan yang telah

diterangkan. Kefahaman murid terhadap peraturan tersebut dapat diuji atau dinilai melalui

pemerhatian dan pemantauan yang dibuat oleh guru setelah bermula penguatkuasaan

peraturan tersebut. Hal ini kerana, peraturan tersebut dapat dinilai sama ada berkesan atau

sebaliknya agar dapat diberi penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Seterusnya adalah langkah yang keempat, iaitu terangkan bagaimana murid-murid yang

patuh akan menerima ganjaran. Murid dimaklumkan mengenai ganjaran sekiranya

menunjukkan disiplin yang baik ketika pemberitahuan peraturan-peraturan tersebut. Sistem

token atau bintang juga amat berkesan bagi menunjukkan kepada murid tahap pencapaian

disiplin mereka. Ganjaran menanti bagi murid yang banyak mengumpul token atau bintang

pada papan skor. Kemudian, langkah kelima adalah terangkan kenapa tindakan pembetulan

dikenakan oleh sesiapa yang melanggar peraturan. Langkah ini adalah kesinambungan sistem

Page 4: Forum Model Disiplin Asertif Canter

token atau bintang. Murid yang banyak melanggar peraturan bilik darjah akan menerima

hukuman sama ada dalam bentuk dendaan atau sebagainya.

Selesai sehingga langkah kelima, seterusnya bagi langkah keenam adalah tunjuk dan

terangkan tentang tindakan pembetulan yang akan dikenakan. Hal ini juga bertujuan

sebagai peneguhan terhadap murid yang melanggar peraturan untuk memperbaiki tingkah laku

dan juga peneguhan kepada murid lain untuk meneruskan disiplin yang baik. Bagi langkah

terakhir adalah semak semula kefahaman murid mengenai peraturan-peraturan yang telah

ditetapkan dan dikuatkuasakan. Hal ini kerana, disiplin murid adalah perkara subjektif untuk

dinilai pada satu-satu masa sahaja. Perkara ini perlu dinilai dan dipantau dari semasa ke

semasa sama ada perlu penambahbaikan atau masih meneruskan peraturan tersebut.

Demikianlah tujuh langkah yang telah ditekankan oleh Canter dalam pengurusan disiplin murid

di dalam bilik darjah.

Sekian sahaja daripada saya, saya serahkan semula kepada saudara moderator.

Page 5: Forum Model Disiplin Asertif Canter

RUMUSAN

Model Disiplin Asertif Canter telah menekankan peneguhan terhadap tingkah

laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang

ditunjukkan. Model ini juga menyerupai Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner, tetapi

model ini juga melibatkan ganjaran dan dendaan akibat peraturan tersebut.

Peranan guru juga sangat diambil perhatian dalam model Canter. Hal ini kerana

model tersebut telah menggariskan tiga jenis guru iaitu guru agresif, guru asertif dan

guru tidak asertif. Guru agresif berperwatakan garang, kasar, tidak mesra dan tidak

bertimbang rasa dan menganggap murid sebagai musuh. Manakala, guru yang tidak

asertif adalah guru yang menggunakan pendekatan pasif kepada murid. Mereka gagal

membantu murid-murid untuk membuat jangkaan tingkah laku yang diingini dan tidak

konsisten dalam menangani tingkah laku murid. Guru asertif pula adalah guru yang

jelas, yakin dan menyatakan jangkaan dan arahan yang konsisten dengan tegas.

Mereka membimbing murid-murid cara untuk menunjukkan tingkah laku yang diingini

dan mereka membentuk satu sistem pengurusan tingkah laku yang menggalakkan.

Guru asertif ini adalah jenis guru yang terbaik antara ketiga-tiga jenis guru ini.

Canter juga telah menasihatkan guru untuk membuat hierarki disiplin mengikut

kemampuan berserta tindakan pembetulan atau akibat yang akan dikenakan. Setiap

tindakan pembetulan tersebut akan menjadi serius dari peringkat ke peringkat. Selain itu

juga, Canter telah mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil guru untuk

menerangkan pelan-pelan pengurusan disiplin murid iaitu terdapat tujuh langkah iaitu

penerangan peraturan, cara pelaksanaan, semak kefahaman murid, maklumkan tentang

ganjaran, penerangan tentang tindakan pembetulan, cara tindakan pembetulan

dikenakan dan semak kefahaman murid. Manakala, langkah bagi pembetulan kesalahan

murid adalah kenakan tindakan pembetulan salah laku dengan tenang, konsisten,

berikan peluang untuk meluah perasaan, teguran diberikan secara langsung dan

menegur murid yang dewasa secara individu.

Tuntasnya, Canter percaya bahawa guru mempunyai hak untuk menentukan

peraturan-peraturan di dalam bilik darjah dan memastikan murid mematuhi peraturan

yang telah ditetapkan berdasarkan konsep utama Model Disiplin Asertif Canter adalah

guru mempunyai hak untuk mengajar secara professional dan tanpa gangguan.