ekonomi malaysia.pdf

10
Seksyen I : Penilaian Ekonomi Bab 1 Ekonomi Malaysia

Upload: nota-saya

Post on 19-Nov-2015

68 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Seksyen I : Penilaian Ekonomi

    Bab 1Ekonomi Malaysia

  • BAB 1Ekonomi Ma lays ia

    7

    Pada tahun 2012, ekonomi Malaysia mencatat prestasi yang lebih baik daripada jangkaan dengan pertumbuhan KDNK benar sebanyak 5.6% meskipun persekitaran luar yang lemah. Pertumbuhan yang kukuh ini disokong oleh daya tahan permintaan dalam negeri yang berterusan dan didorong oleh asas-asas makroekonomi yang kukuh, struktur ekonomi yang lebih pelbagai serta sistem kewangan yang lebih teguh. Pada tahun 2013, kelemahan dalam persekitaran luar yang berpanjangan telah mempengaruhi prestasi perkembangan ekonomi Malaysia. Ekonomi negara dijangka berkembang sebanyak 4.5 - 5% pada tahun 2013 dengan permintaan dalam negeri dijangka kekal kukuh.

    EkonomiMalaysia

  • LAPORAN TAHUNAN PKS 2012/13Maj l i s Pembangunan PKS Kebangsaan

    8

    Perkembangan pada Tahun 2012 Ekonomi Malaysia mengalami pertumbuhan sebanyak 5.6% pada tahun 2012 (2011: 5.1%). Pertumbuhan ini disokong oleh permintaan dalam negeri yang kukuh, yang mengurangkan kesan negatif daripada persekitaran luar yang lemah. Permintaan dalam negeri mencatat kadar pertumbuhan tertinggi bagi dekad ini, disokong oleh perbelanjaan penggunaan dan pelaburan yang kukuh.

    Agregat permintaan dalam negeri mencatat pertumbuhan kukuh pada tahun 2012 dan menyumbang dengan ketara kepada pertumbuhan KDNK keseluruhan. Ini disebabkan oleh pertumbuhan yang teguh dalam aktiviti pelaburan serta pertumbuhan yang lebih kukuh dalam penggunaan swasta. Pertumbuhan pelaburan yang menggalakkan adalah berikutan perbelanjaan modal terutamanya dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan serta projek infrastruktur, termasuk di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan koridor pertumbuhan wilayah.

    Semua sektor ekonomi terus berkembang pada tahun 2012 dengan peningkatan yang ketara dicatat dalam sektor pembinaan. Kemerosotan aktiviti berorientasikan eksport diimbangi oleh permintaan dalam negeri yang kukuh, justeru menyokong prestasi sektor perkhidmatan dan pembuatan. Sementara itu,

    aktiviti pelaburan yang kukuh dalam projek infrastruktur memanfaatkan subsektor kejuruteraan awam.

    Sektor perkhidmatan kekal sebagai penyumbang terbesar kepada pertumbuhan, berikutan subsektor berkaitan pasaran dalam negeri, iaitu subsektor runcit dan telekomunikasi, memperoleh manfaat daripada perbelanjaan pengguna yang kukuh. Sektor pembuatan berkembang apabila industri berorientasikan eksport dan pasaran dalam negeri kedua-duanya mencatat pertumbuhan yang lebih baik. Peningkatan dalam industri berorientasikan pasaran dalam negeri disebabkan oleh prestasi yang lebih baik dalam kelompok berkaitan pembinaan dan pengguna, manakala pertumbuhan dalam industri berorientasikan eksport kembali normal selepas mengalami gangguan ketara akibat bencana alam di rantau ini.

    Jadual 1.1: KDNK Benar mengikut Perbelanjaan(pada harga tahun 2005)

    1 Tidak termasuk stokSumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

    Permintaan Dalam Negeri1 Perbelanjaan Sektor Swasta Penggunaan Pelaburan Perbelanjaan Sektor Awam Penggunaan Pelaburan

    Eksport bersih barangan dan perkhidmatan Eksport Import

    KDNK Benar

    7.9

    6.810.5

    15.81.0

    --4.64.66.1

    5.1

    10.6

    7.721.9

    5.117.1

    -31.7-0.14.7

    5.6

    7.7

    7.411.8

    5.84.7

    -38.7-2.90.8

    4.2

    2011 2012 ST1 2013

    Perubahan Tahunan (%)

    Jadual 1.2: KDNK Benar mengikut Aktiviti Ekonomi Utama(pada harga tahun 2005)

    Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

    PertanianPerlombongan & Kuari PembuatanPembinaan Perkhidmatan

    KDNK Benar

    5.8-5.54.74.77.0

    5.1

    1.01.44.8

    18.16.4

    5.6

    3.11.01.9

    12.05.4

    4.2

    2011 2012 ST1 2013

    Perubahan Tahunan (%)

  • BAB 1Ekonomi Ma lays ia

    9

    Sektor pertanian mencatat pertumbuhan yang lebih sederhana. Prestasi sektor ini terjejas oleh keluaran minyak sawit mentah yang merosot disebabkan keadaan cuaca yang buruk namun, sebahagiannya diimbangi oleh pertumbuhan yang kukuh dalam komoditi makanan utama, seperti ternakan, sayur-sayuran dan padi. Sektor perlombongan kembali pulih, mencerminkan pemulihan dalam pengeluaran minyak mentah dan kondensat terutamanya daripada medan minyak yang terletak di luar pesisir.

    Inflasi menjadi sederhana kepada 1.6% pada tahun 2012 (2011: 3.2%) disebabkan keadaan bekalan makanan dalam negeri yang lebih baik dan peningkatan lebih perlahan pada harga pengangkutan.

    Jadual 1.3: Kadar Inflasi dan Pengangguran

    Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

    InflasiIndeks Harga Pengguna (2010 = 100)Indeks Harga Pengeluar (2005 = 100)

    Pengangguran

    3.29.0

    3.1

    1.60.1

    3.0

    2011 2012

    Perubahan Tahunan (%)

    Pada tahun 2012, keadaan pasaran pekerja secara keseluruhannya lebih baik, seperti yang dicerminkan oleh penambahan dalam guna tenaga. Pertumbuhan guna tenaga meningkat pada 3.6% (2011: 3.2%) dengan tambahan bersih seramai 438,800 pekerja, kebanyakannya dalam sektor perkhidmatan dan pertanian. Kadar pengangguran menurun sedikit kepada 3% (2011: 3.1%). Pada akhir tahun 2012, bilangan pekerja asing yang berdaftar di Malaysia menurun sedikit kepada 1,571,589 pekerja (akhir tahun 2011: 1,573,061 pekerja). Pekerja asing yang sah mencakupi 12.4% daripada jumlah guna tenaga di Malaysia, dan kebanyakannya bekerja dalam sektor pembuatan (39%), pertanian (29%) dan pembinaan (14%).

    Kedudukan imbangan pembayaran Malaysia kekal berdaya tahan meskipun keadaan ketidaktentuan dalam pasaran kewangan dan ekonomi global. Kedudukan yang keseluruhannya positif mencerminkan lebihan akaun semasa yang berterusan lebih daripada mengimbangi aliran keluar modal bersih. Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat sebanyak RM3.9 bilion kepada RM427.2 bilion (bersamaan dengan USD139.7 bilion) pada 31 Disember 2012. Peningkatan ini turut mengambil kira pengurangan nilai rizab secara kumulatif yang belum direalisasikan disebabkan oleh penilaian semula pertukaran asing sebanyak RM7.7 bilion, berikutan pengukuhan nilai ringgit berbanding dengan mata wang utama dan mata wang serantau yang terpilih pada tahun 2012.

  • LAPORAN TAHUNAN PKS 2012/13Maj l i s Pembangunan PKS Kebangsaan

    10

    Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan Bank Negara Malaysia

    Jadual 1.4: Imbangan Pembayaran

    Akaun semasa % daripada PNKBarangan Eksport Barangan Eksport Kasar (% perubahan tahunan) Import Barangan Import Kasar (% perubahan tahunan)PerkhidmatanPendapatan PrimerPendapatan Sekunder Akaun Kewangan Pelaburan Langsung Aset Liabiliti Pelaburan Portfolio Aset LiabilitiDerivatif KewanganPelaburan Lain Sektor Awam Sektor SwastaKesilapan dan Ketinggalan BersihImbangan Keseluruhan (lebihan +/ defisit -)Rizab Antarabangsa BNM, bersihRizab Antarabangsa BNM, bersih (USD bilion)Rizab sebagai Bilangan Bulan Import Tertangguh

    102.411.9

    151.6699.6

    9.2548.0

    8.5-6.3

    -21.8-21.123.3-9.3

    -55.346.026.1

    -18.544.7-0.16.5

    -1.37.9

    -30.994.7

    423.3133.6

    9.6

    57.36.3

    125.6703.2

    0.5577.5

    5.4-14.0-36.0-18.2-23.0-21.7-51.930.258.4

    -21.579.81.0

    -60.6-1.7

    -58.9-30.6

    3.9427.2139.7

    9.5

    20122011

    RM Bilion

    Prospek pada Tahun 2013 Pada tahun 2013, kelemahan yang berpanjangan terhadap persekitaran luar telah menjejaskan prestasi pertumbuhan ekonomi Malaysia. Ekonomi negara diunjurkan berkembang sebanyak 4.5 5% berikutan permintaan dalam negeri yang kekal stabil, disokong oleh dasar monetari yang akomodatif.

    Sementara permintaan dalam negeri dijangka kekal kukuh didorong oleh penggunaan swasta yang mampan, perbelanjaan modal dalam industri berorientasikan dalam negeri dan pelaksanaan projek infrastruktur yang berterusan, sektor luar yang lemah pada separuh pertama tahun 2013 telah memberi kesan kepada prestasi pertumbuhan keseluruhan pada tahun tersebut.

    Penggunaan swasta dijangka kekal mampan disokong oleh pertumbuhan pendapatan yang berterusan dan keadan pasaran pekerja yang stabil.

    Pelaburan swasta juga dijangka terus berkembang pada kadar pertumbuhan dua angka pada tahun 2013 didorong oleh peningkatan kapasiti oleh firma berorientasikan dalam negeri dan pelaksanaan berterusan projek dengan tempoh tunggu hasil yang panjang.

    Pelaburan awam dijangka menjadi sederhana mencerminkan konsolidasi fiskal yang sedang dilaksanakan.

  • BAB 1Ekonomi Ma lays ia

    11

    Eksport kasar dijangka kekal lemah pada separuh kedua tahun 2013, tetapi beransur pulih sejajar dengan jangkaan pemulihan secara sederhana dalam pertumbuhan global. Sementara itu, import dijangka kekal kukuh disebabkan oleh perkembangan permintaan dalam negeri yang mampan.

    Dari segi penawaran, semua sektor ekonomi utama dijangka mencatat pertumbuhan yang berterusan pada tahun 2013, dengan sektor perkhidmatan dan pembuatan dijangka menjadi penyumbang utama pertumbuhan.

    Dalam sektor perkhidmatan, aktiviti berkaitan penggunaan seperti perdagangan runcit, penginapan dan restoran dijangka terus disokong oleh perbelanjaan dalam negeri dan momentum ketibaan pelancong menjelang Tahun Melawat Malaysia 2014.

    Sektor pembuatan dijangka disokong terutamanya oleh industri berorientasikan dalam negeri. Industri berorientasikan dalam negeri, khususnya, kelompok berkaitan pengguna, seperti makanan dan pengangkutan, dijangka memperoleh manfaat daripada pertumbuhan penggunaan swasta yang berterusan. Kelompok pembuatan berkaitan pembinaan juga dijangka menunjukkan prestasi yang baik disokong oleh aktiviti pembinaan dalam negeri yang kukuh.

    Sektor pertanian dijangka bertambah baik, disokong oleh pengeluaran minyak sawit

    Dalam persekitaran luar yang semakin mencabar, masih terdapat beberapa risiko terhadap unjuran pertumbuhan Malaysia. Risiko ke bawah pertumbuhan adalah ketidakstabilan yang muncul semula di kawasan Euro atau ketidakstabilan dalam pasaran kewangan, justeru mempengaruhi potensi pertumbuhan rakan perdagangan utama Malaysia

    mentah yang lebih tinggi daripada pokok yang baru matang serta disokong oleh komoditi makanan, terutamanya ternakan dan sayur-sayuran.

    Sektor perlombongan dijangka berkembang pada tahun 2013 ekoran pengeluaran gas asli, minyak mentah dan kondensat yang lebih tinggi.

    Pertumbuhan dalam sektor pembinaan akan dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam disebabkan oleh momentum aktiviti minyak dan gas, pengangkutan dan utiliti.

    Dalam persekitaran luar yang semakin mencabar, masih terdapat beberapa risiko terhadap unjuran pertumbuhan Malaysia. Risiko ke bawah pertumbuhan adalah ketidakstabilan yang muncul semula di kawasan Euro atau ketidakstabilan dalam pasaran kewangan, justeru mempengaruhi potensi pertumbuhan rakan perdagangan utama Malaysia.

    Imbangan Pembayaran pada Tahun 2013Lebihan akaun semasa dijangka terus lebih rendah pada tahun 2013 kerana import berkaitan pelaburan kekal kukuh dalam keadaan permintaan luar negeri yang lemah.

    Bagi akaun semasa, pertumbuhan eksport kasar akan disokong oleh eksport keluaran pembuatan bukan elektronik dan elektrikal (E&E) yang menerima permintaan yang besar daripada ekonomi serantau. Sebaliknya, pertumbuhan eksport E&E akan terus terjejas oleh kelemahan dalam permintaan luar negeri. Eksport komoditi juga

  • LAPORAN TAHUNAN PKS 2012/13Maj l i s Pembangunan PKS Kebangsaan

    12

    dijangka lebih rendah pada tahun 2013, berikutan harga minyak sawit mentah dan cecair gas asli yang rendah.

    Eksport perkhidmatan, terutamanya perkhidmatan pengangkutan dan perjalanan dijangka meningkat pada tahun 2013 lantaran momentum ketibaan pelancong yang lebih tinggi sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Sementara itu, import kasar barangan, diunjurkan kekal kukuh berikutan peningkatan aktiviti pelaburan dan penggunaan dalam negeri.

    Prospek Inflasi dan Pasaran PekerjaInflasi keseluruhan dijangka berpurata antara 2 - 3% pada tahun 2013. Unjuran ini mengambil kira jangkaan kenaikan harga global bagi komoditi makanan terpilih dan pelarasan terhadap harga ditadbir dalam negeri. Sementara itu, tekanan harga berasaskan permintaan dijangka menjadi sederhana.

    Keadaan pasaran pekerja dijangka terus menggalakkan pada tahun 2013. Walaupun pelaksanaan dasar Gaji Minimum mungkin menyebabkan beberapa pelarasan kepada tenaga kerja firma yang terbabit, keadaan guna tenaga secara keseluruhan dijangka kekal stabil, disokong terutamanya oleh permintaan pekerja yang kukuh daripada sektor berorientasikan dalam negeri.

    Dasar Makroekonomi Ekonomi Malaysia memulakan tahun 2013 dengan keadaan kedudukan yang kukuh, justeru menyediakan asas bagi pertumbuhan permintaan dalam negeri yang mampan. Walau bagaimanapun, risiko ke bawah terhadap pertumbuhan masih wujud memandangkan persekitaran luar yang tidak pasti. Meskipun inflasi masih dalam keadaan terkawal, terdapat risiko inflasi berpunca daripada faktor luar dan dalam negeri. Dasar monetari pada tahun 2013 akan tertumpu pada usaha menangani kemungkinan risiko kepada inflasi dan pertumbuhan.

    Dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (Monetary Policy Committee, MPC) Bank Negara Malaysia pada bulan September 2013, MPC merumuskan bahawa paras Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) semasa pada 3.0% adalah wajar berdasarkan jangkaan terhadap inflasi dan pertumbuhan. Di samping memantau keadaan dalam negeri, MPC juga menyatakan bahawa MPC akan terus membuat penilaian yang teliti terhadap perkembangan ekonomi dan kewangan global serta implikasinya terhadap keseluruhan prospek inflasi dan pertumbuhan ekonomi Malaysia.

    Ekonomi Malaysia memulakan tahun 2013 dengan keadaan kedudukan yang kukuh, justeru menyediakan asas bagi pertumbuhan permintaan dalam negeri yang mampan

    Dasar fiskal pada tahun 2013 terus tertumpu pada usaha mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi dalam negeri untuk tempoh terdekat dan memudahkan transformasi ekonomi jangka panjang, dan pada masa yang sama memastikan kemampanan kewangan awam. Dengan persekitaran luar yang mencabar, sektor awam terus mengutamakan usaha menyokong permintaan dalam negeri dengan memberikan lebih penekanan pada usaha meningkatkan kapasiti produktif negara yang merupakan penggerak penting dalam proses peralihan Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi.

    Pada masa yang sama, reformasi fiskal yang sedang dijalankan untuk meningkatkan fleksibiliti dasar dan memastikan kemampanan fiskal akan dilaksanakan secara beransur-ansur dan teratur. Justeru, defisit fiskal Kerajaan Persekutuan dijangka terus berkurangan kepada 4% daripada KDNK pada tahun 2013 berbanding dengan 4.5% daripada KDNK pada tahun 2012.

  • BAB 1Ekonomi Ma lays ia

    13

    Bagi memastikan penggunaan sumber fiskal yang cekap, Bajet 2013 terus tertumpu pada usaha mempertingkat kapasiti produktif ekonomi dalam negeri. Inisiatif utama untuk mempercepat aktiviti pelaburan sedang dilaksanakan dengan memberikan lebih banyak tumpuan pada usaha menggalakkan aktiviti nilai ditambah yang lebih tinggi dan pelaburan berkualiti oleh sektor swasta. Tumpuan utama diberikan pada usaha mempercepat pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

    Langkah yang diumumkan bagi menyokong PKS adalah bagi tempoh jangka pendek hingga panjang. Inisiatif tersebut termasuk pelaksanaan Pelan Induk PKS (2012-2020) serta langkah lain bagi menggalakkan inovasi dan keusahawanan. Langkah jaringan keselamatan sosial turut dirangkum agar mengurangkan risiko perniagaan PKS.

    Peruntukan juga telah dibuat untuk terus memperkukuh akses kepada pembiayaan bagi sektor

    perniagaan, termasuk insentif untuk menggalakkan terbitan bon runcit dan sukuk runcit. Di samping itu, penekanan khusus turut diberikan kepada pengukuhan modal insan melalui galakan pendidikan awal kanak-kanak, latihan, dan penyelidikan dan pembangunan, bagi membina kecekapan yang diperlukan dan meningkatkan kebolehpasaran dalam ekonomi yang pesat berkembang.

    Pada tahun tersebut, Kerajaan turut mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Dasar Fiskal (Fiscal Policy Committee, FPC), yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, bertujuan mengurangkan defisit fiskal, memperkukuh kewangan awam dan memastikan kemampanan fiskal jangka panjang negara. Dengan penubuhan FPC, Kerajaan berhasrat mencapai sasaran fiskal jangka sederhana pada sekitar 3% daripada KDNK menjelang tahun 2015 tanpa menjejaskan momentum pertumbuhan ekonomi dalam negeri dan sokongan fiskal yang berterusan bagi pelbagai inisiatif transformasi.