edu assignment sem 4

14
EDU 3053 – TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1.0 PENGENALAN Pelajar abad ke-21 tidak lagi sesuai dengan cara pengajaran pada zaman 70-an yang semata-matanya berpusatkan kepada guru. Justeru, selaras dengan perkembangan teknologi maklumat, bidang pendidikan turut mengalami anjakan paradigma di mana situasi pembelajaran sekarang tidak lagi sama seperti dahulu malah menggunakan kemudahan teknologi maklumat dengan sepenuhnya. Dalam bidang pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah merancang dan melaksanakan banyak usaha untuk meningkatkan keberkesanan dan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP). Antaranya seperti membina portal e-Guru yang membekalkan video untuk dijadikan panduan dalam PdP. Di samping itu, KPM turut merangka satu instrumen untuk menilai kualiti PdP, iaitu Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Justeru, sebagai bakal pendidik, kita juga perlu memantapkan diri supaya boleh mencapai tahap kualiti yang telah ditetapkan. Dalam konteks ini, guru boleh merujuk kepada model reka bentuk pengajaran seperti Model Reka Bentuk ASSURE untuk proses merancang, memilih, melaksana dan menilai pengajaran. Dengan itu, proses PdP akan berjalan dengan lebih lancar dan bersistematik. Model reka bentuk pengajaran ini penting kepada guru untuk melaksanakan tugas dengan berkualiti. 2.0 ESEI 2.1 Media Pengajaran Rajah 2.1.1: Arahan memasang kit model 1

Upload: brenda-ong-ying-hong

Post on 02-Dec-2015

313 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

About how we apply video in our PnP and by using ASSURE model.

TRANSCRIPT

Page 1: EDU ASSIGNMENT SEM 4

1.0 PENGENALAN

Pelajar abad ke-21 tidak lagi sesuai dengan cara pengajaran pada zaman 70-an

yang semata-matanya berpusatkan kepada guru. Justeru, selaras dengan

perkembangan teknologi maklumat, bidang pendidikan turut mengalami anjakan

paradigma di mana situasi pembelajaran sekarang tidak lagi sama seperti dahulu

malah menggunakan kemudahan teknologi maklumat dengan sepenuhnya.

Dalam bidang pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah

merancang dan melaksanakan banyak usaha untuk meningkatkan keberkesanan

dan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP). Antaranya seperti membina portal

e-Guru yang membekalkan video untuk dijadikan panduan dalam PdP. Di samping

itu, KPM turut merangka satu instrumen untuk menilai kualiti PdP, iaitu Standard

Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Justeru, sebagai bakal pendidik, kita juga

perlu memantapkan diri supaya boleh mencapai tahap kualiti yang telah ditetapkan.

Dalam konteks ini, guru boleh merujuk kepada model reka bentuk pengajaran

seperti Model Reka Bentuk ASSURE untuk proses merancang, memilih, melaksana

dan menilai pengajaran. Dengan itu, proses PdP akan berjalan dengan lebih lancar

dan bersistematik. Model reka bentuk pengajaran ini penting kepada guru untuk

melaksanakan tugas dengan berkualiti.

2.0 ESEI

2.1 Media Pengajaran

Rajah 2.1.1: Arahan memasang kit model

1

Page 2: EDU ASSIGNMENT SEM 4

Rajah 2.1.2: “Subtitle” untuk panduan memasang kit model

Video ini menayangkan cara memasang kit model kereta. Ini merupakan

antara topik yang akan diajarkan dalam kelas Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)

tahun 4. Dalam video ini, ia telah membuat “subtitle” sebagai penjelasan kepada

tingkah laku/pergerakan dalam video. Selain itu, video ini juga menunjukkan

visual cara untuk memasang kit model.

Langkah 1: Memasang perekat kit kereta.

Langkah 2: Memasang gear ke dalam video.

Langkah 3: Memasang roda.

Langkah 4: Memasang motor dan gear.

Memasukkan tayar hadapan dan belakang.

Masukan gear di kawasan tayar belakang bersambungan dengan

tayar belakang.

Pastikan pemasangan tayar kemas dan tidak longgar.

Langkah 5: Masukan bateri dan pengunci bateri.

Kunci bahagian cover dan badan kereta supaya ia tidak

tertanggal.

2

Page 3: EDU ASSIGNMENT SEM 4

2.2 Kriteria Pemilihan Video

Media pengajaran merupakan medium atau saluran kepada seseorang

guru untuk menyampaikan mesej kepada muridnya. Justeru, pemilihan

media merupakan satu proses yang kompleks dan penting dalam

memastikan kejayaan PdP.

Pemilihan video ini untuk dijadikan media pengajaran adalah disebabkan

ia menepati objektif pembelajaran. Dalam konteks ini, video ini selaras

dengan objektif pembelajaran bab 2 Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), iaitu

memasang komponen kit model berpandukan manual dengan betul. Video

ini telah menunjukkan cara untuk memasang komponen kit model. Dengan

kata lain, pemilihan media ini bersesuaian untuk membantu guru mencapai

objektif pembelajaran kelas tersebut.

Di samping itu, video yang dijadikan media pengajaran juga seharusnya

mempunyai maklumat yang menepati isi kandungan pengajaran dan

dikemaskini (Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim, dan

Rosnah Ahmad Zain, 2009). Dalam perkara ini, langkah-langkah

pemasangan kit model dalam video adalah tepat dan sama dengan modul

pengajaran RBT. Dengan itu, video ini boleh dikatakan mempunyai

kreatibiliti dari aspek maklumatnya.

Selain ketepatan, pemilihan video juga sepatutnya sesuai dengan

tahap pembelajaran pelajar. Dalam perkara ini, jangka masa siaran video

ini adalah pendek dan tidak melebihi 3 minit. Tambahan pula, video ini turut

merangkumi penerangan ringkas secara tulisan tentang langkah

memasangkan kit model yang boleh membantu meningkatkan lagi

pemahaman pelajar terhadap cara memasang kit model. Aspek ini penting

untuk memastikan keberkesanan hasil pembelajaran. Pernyataan ini

disokong oleh Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim, dan

Rosnah Ahmad Zain (2009).

Sejajar dengan itu, aspek-aspek kualiti teknikal turut dipertimbangkan

semasa pemilihan media (Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim,

dan Rosnah Ahmad Zain, 2009). Dalam konteks ini, grafik video yang telah

dipilih ini jelas dan mudah difahami oleh pelajar untuk menonton cara

memasang kit model. Justeru, video ini boleh membantu guru untuk

3

Page 4: EDU ASSIGNMENT SEM 4

memberi gambaran konkrit kepada pelajar dalam proses pengajaran cara-

cara memasang kit model.

Akhir sekali, penggunaan video ini sebagai media pengajaran boleh

menjimatkan kos, masa dan tenaga. Hal ini demikian kerana video ini boleh

digunakan untuk mengantikan bahan cetakan yang memerlukan kos kertas

dan pencetakan. Justeru, penggunaan video ini boleh membantu guru

mengurangkan kos pengajarannya serta memberikan manfaat kepada

pelajar.

2.3 Model Reka Bentuk ASSURE

Model Reka Bentuk ASSURE merupakan model instruksional yang

dipelopori oleh Heinich, Molenda, dan Russell pada tahun 1989 untuk

membantu guru dalam perancangan pengajaran yang boleh memanfaatkan

penggunaan media di dalam bilik darjah. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying,

Sharifah Fakhiriah Syed Ahmad, dan Wan Kamaruddin Wan Hassan (2009)

menjelaskan bahawa model ini merupakan satu model rancangan

pengajaran berasaskan bilik darjah.

Analyze Learners (Analisis Pelajar)

Langkah pertama dalam Model Reka Bentuk ASSURE adalah

menganalisis pelajar. Hala Ibrahim Hassan Ahmed (2014) menjelaskan

bahawa langkah pertama dalam perancangan adalah khususnya untuk

mengenalpasti pendengar (pelajar). Langkah pertama ini penting supaya

kita boleh merancang pengajaran atau media yang paling sesuai untuk

mencapai objektif pengajaran kita. Dengan itu, Noriati A, Boon, Sharifah

Fakhiriah, dan Wan Kamaruddin (2009) memberikan beberapa panduan

dalam menganalisis pelajar, antaranya ciri umum pelajar, pengetahuan atau

pengalaman sedia ada, dan gaya belajar.

Dalam konteks ini, penggunaan video sebagai media pengajaran adalah

lebih sesuai kepada pelajar visual yang lemah penguasaan bahasa tetapi

lebih mudah menjalani pembelajaran melalui penglihatan. Pernyataan ini

turut disokong oleh Noriati, Boon dan Sharifah Fakhiriah (2012). Tambahan

pula, kepada pelajar Tahun 4 yang dikategorikan sebagai Peringkat Operasi

4

Page 5: EDU ASSIGNMENT SEM 4

Konkrit berdasarkan Teori Perkembangan Jean Piaget, pembelajaran perlu

dijalankan secara konkrit di mana pelajar melaksanakan pembelajaran ke

atas objek lain tetapi tidak pada pemikiran sendiri. Dengan itu, penggunaan

video sesuai digunakan untuk membantu mereka belajar dengan lebih

efisien.

State Standards and Objektives (Nyatakan Standard dan Objektif)

Langkah yang seterusnya dalam model ASSURE adalah menyatakan

standard dan objektif untuk pengajaran secara khususnya (Smaldino,

Lowther, Russell, 2012). Dengan kata lain, selepas mengenali ciri-ciri

pelajar, guru seharusnya menyatakan objektif pengajaran dan bentuk

keupayaan baharu yang perlu dicapai oleh pelajar. Dengan itu, Noriati,

Boon, Sharifah Fakhiriah, dan Wan Kamaruddin (2009) telah menyatakan

empat kriteria pernyataan objektif yang baik:

a. Siapakah yang hendak capai (kumpulan sasaran)?

b. Apakah yang hendak dicapai (apakah bentuk perlakuan baharu)?

c. Bagaimanakah hendak dicapai (apakah syarat perlakuan)?

d. Apakah tahap pencapaian minimum (standard pencapaian yang

dianggap sudah dikuasai?)

Pernyataan standard dan objektif ini diperlukan dalam perancangan

pengajaran disebabkan ia merupakan asas kepada guru untuk memilih

media dan kaedah penyampaian yang sesuai, menyediakan persekitaran

pembelajaran yang memberangsangkan, serta membuat penilaian terhadap

pencapaian pembelajaran. Hal ini juga disokong oleh Noriati, Boon, Sharifah

Fakhiriah, dan Wan Kamaruddin (2009).

Pemilihan video sebagai media pengajaran adalah untuk mencapai

objektif pembelajaran bab 2 Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Tahun 4,

iaitu memasang komponen kit model berpandukan manual dengan betul.

Video yang dipilih adalah sebagai manual yang dijadikan panduan kepada

pelajar. Hal ini juga disesuaikan dengan gaya pembelajaran pelajar. Justeru,

penggunaan video adalah untuk dijadikan medium bagi memberangsangkan

keupayaan pelajar.

5

Page 6: EDU ASSIGNMENT SEM 4

6

Page 7: EDU ASSIGNMENT SEM 4

Select Strategies, Technology, Media, and Materials (Pilih kaedah,

teknologi, media, dan bahan sumber)

Menurut Smaldino, Lowther, dan Russell (2012, pg 39), selepas

menganalisis pelajar dan menyatakan objektif, guru berperanan untuk

menyambungkan titik permulaan (pengetahuan sedia ada pelajar) dengan

titik penamatan (hasil pembelajaran). Dengan itu, adalah tanggungjawab

guru untuk membina sebuah jabatan antara dua titik tersebut dengan

memilih kaedah, teknologi, media dan bahan sumber yang sesuai untuk

mencapai objektif tersebut.

Dengan itu, menurut Noriati, Boon, Sharifah Fakhiriah, dan Wan

Kamaruddin (2009, pg 50), proses pemilihan media, kaedah dan bahan

sumber merangkumi 3 langkah, iaitu membuat keputusan tentang kaedah

yang paling sesuai dengan objektif yang hendak dicapai, memilih format

media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih, serta memilih, mengubah

suai atau mereka bentuk bahan sumber pembelajaran.

Secara ringkasnya, pemilihan media perlulah selaras dengan objektif

yang dinyatakan dan kaedah pengajaran yang dipilih. Justeru, pemilihan

video ini sebagai media pengajaran adalah relevan dengan objektif dan

kaedah pengajaran. Dalam konteks ini, strategi pengajaran untuk bab ini

sememangnya lebih kepada pengajaran berpusatkan pelajar dan

pembelajaran hands-on. Dengan itu, untuk memastikan pelajar dapat

mencapai objektif bab ini, maka pemilihan video ini adalah sesuai untuk

digunakan sebagai satu medium untuk menyampaikan maklumat kepada

pelajar.

Utilize Technology, Media, and Materials (Gunakan teknologi,

media, dan bahan sumber)

Langkah ini menekankan kepada cara guru memanfaatkan teknologi,

media dan bahan sumber yang telah dipilihkan pada langkah sebelum ini.

Dalam langkah ini, Noriati, Boon, Sharifah Fakhiriah, dan Wan Kamaruddin

(2009), telah menyatakan beberapa tindakan yang perlu dilakukan oleh guru

bagi memastikan kejayaan penggunaan teknologi, media dan bahan

7

Page 8: EDU ASSIGNMENT SEM 4

sumber. Antaranya, pratonton bahan sumber sebelum menggunakannya

dalam kelas, sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas, sediakan

persekitaran yang sesuai untuk penggunaan bahan sumber, sediakan

pelajar untuk mendapat manfaat daripada bahan sumber, dan akhir sekali

adalah sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar. Tindakan-tindakan

ini juga dinyatakan dalam Smaldino, Lowther, Russell (2012) yang

dijelaskan sebagai “5 Ps” process.

Dengan itu, sebelum guru memasuki kelas menjalankan proses

pengajaran dan pembelajaran, guru telah memahami isi kandungan video

dan menentukan pada langkah pertama yang akan digunakan video ini

sebagai media pengajaran. Hal ini demikian kerana isi kandungan video

adalah lebih sesuai dijadikan sebagai manual kepada murid untuk

memasang kit model, iaitu merupakan langkah pengajaran yang pertama

dalam modul RBT. Di samping itu, sebelum memasuki kelas, guru juga perlu

menyediakan komputer riba, LCD, dan speaker supaya video ini boleh

ditayangkan semasa kelas sedang dijalankan. Tambahan pula, guru akan

melaksanakan set induksi yang menunjukkan kit model yang berfungsi bagi

menarik minat pelajar agar mereka bersedia untuk menjalankan kelas pada

hari tersebut.

Require Learners Participation (Melibatkan pelajar)

Noriati, Boon, Sharifah Fakhiriah, dan Wan Kamaruddin (2009, pg 53)

mengatakan bahawa:

Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir

secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Ini

disokong oleh semua teori pembelajaran baik teori behavioris mahupun

teori kognitif. Pandangan teori konstruktivis yang menjadi amalan umum

hari ini juga mengambil kira keaktifan pelajar dalam proses membina

pengetahuan sendiri sebagai bentuk pengalaman pembelajaran yang

paling berkesan.

Justeru, dalam langkah ini, guru perlu menyediakan aktiviti yang boleh

melibatkan pelajar, misalnya sesi soal jawab atau perbincangan. Sejajar

8

Page 9: EDU ASSIGNMENT SEM 4

dengan itu, guru juga perlu memberi maklum balas sekiranya pelajar

menghadapi masalah semasa pemasangan. Hal ini adalah untuk memberi

peluang kepada pelajar merasai kejayaan dalam proses pemasangan dan

ini dapat mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti pembelajaran

(Noriati, Boon, Sharifah Fakhiriah, dan Wan Kamaruddin, 2009).

Evaluate and Revise (Penilaian dan semak semula)

Langkah terakhir dalam model ASSURE adalah penilaian dan

menyemak semula perancangan. Menurut Smaldino, Lowther, Russell

(2012), langkah ini penting untuk pembangunan kualiti instruksional, namun

langkah ini sering diabaikan. Hal ini demikian kerana, tanpa langkah ini,

mustahil untuk kita mengetahui sejauhmana kejayaan instruksional yang

digunakan atau cara menambahbaikan strategi pengajaran yang gagal.

Penilaian dan semakan semula seharusnya dilakukan pada kedua-dua

proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian adalah untuk

memastikan pemilihan objektif, media dan bahan sumber adalah sesuai

dengan keupayaan pelajar. Dalam konteks ini, penilaian semasa proses

PdP boleh dibuat melalui pemerhatian perlakuan pembelajaran pelajar.

Justeru, melalui penilaian semasa proses pembelajaran, tindakan

menangani masalah pembelajaran boleh diambil supaya membawa pelajar

ke arah pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran. Hal ini telah

dijelaskan dalam Noriati, Boon, Sharifah Fakhiriah, dan Wan Kamaruddin

(2009).

Dengan itu, berdasarkan pemilihan video tersebut, guru boleh

menggunakan penilaian informal seperti penilaian melalui hasil kerja pelajar,

pemerhatian, soal jawab dan aktiviti kumpulan pembentangan untuk menilai

tahap pencapaian objektif pelajar. Manakala, penilaian pengajaran pula

boleh dilakukan selepas kelas. Dalam konteks ini, guru boleh membuat

refleksi bagi melihat semula perancangan, tindak balas pelajar terhadap

aktiviti pembelajaran, pencapaian objektif dan sebagainya. Cara-cara ini

telah disokong dalam Noriati, Boon, Sharifah Fakhiriah, dan Wan

Kamaruddin (2009).

9

Page 10: EDU ASSIGNMENT SEM 4

10

Page 11: EDU ASSIGNMENT SEM 4

2.4 Peranan Portal

Portal dikatakan merupakan satu medium yang membolehkan proses

PdP mencapai tahap optimum. Pernyataan ini disokong oleh kajian yang

dijalankan oleh Nurjannah (2009).

Dalam konteks ini, portal dijelaskan sebagai satu pintu gerbang kepada

pengaksesan maklumat. Maksudnya, titik permulaan bagi pengunjung untuk

mengakses kepada maklumat yang ingin dicapai (Zainal, 2013). Dengan itu,

portal berperanan sebagai satu saluran kepada guru dan pelajar mengakses

maklumat pembelajaran dari pelbagai sumber dengan cara yang efisien (Ho,

2002). Hal ini demikian kerana portal telah menguruskan maklumat secara

tersusun berdasarkan kepada jenis atau kategori. Misalnya, portal e-Guru

merupakan satu satu portal yang kementerian yang memaparkan video

berkaitan dengan PdP, di mana sesuai untuk guru untuk terus mengakses

strategi pengajaran di portal ini.

Portal membekalkan maklumat yang luas skop kepada pengguna (Ho,

2002). Hal ini demikian kerana portal mengumpul maklumat releven dari

pelbagai sumber. Secara tidak langsung, portal juga menjadi satu platform

untuk meningkatkan prestasi guru dan pelajar (Mohd. Ramsul, 2013). Ini

disebabkan warga pendidik boleh mengakses kepada maklumat atau

pengetahuan dalam masa yang singkat dan mudah melalui portal.

Dalam meniti arus kemodenan ini, portal juga boleh digunakan sebagai

satu tarikan kepada pembelajaran anak muda. Hal ini demikian kerana

penggunaan portal melibatkan teknologi dan lebih bersifat kepada

pengajaran hands-on, di mana pelajar perlu mendapatkan maklumat sendiri.

Justeru, guru boleh menggunakan portal sebagai satu saluran untuk

memberi nota, latihan atau bank-bank ujian kepada pelajar (Mohd. Ramsul,

2013). Dengan itu, keadah pengajaran ini lebih tertarik dan kongruen

dengan kaedah pembelajaran pada masa depan.

Sejajar itu, portal juga berperanan sebagai satu saluran untuk

menggalakkan pembelajaran kendiri (ISL). Hal ini demikian kerana pelajar

boleh mengulang kaji tajuk-tajuk yang diajarkan dalam kelas tanpa kekang

oleh faktor masa dan tempat (Nurjannah, 2009). Pelajar boleh mengkaji

tajuk tersebut secara bebas sehingga menguasai. Di samping itu, portal juga

11

Page 12: EDU ASSIGNMENT SEM 4

boleh berfungsi untuk menghubungkan guru dan pelajar selepas kelas. Ini

disebabkan portal menyediakan kemudahan untuk perbincangan.

2.5 Aspek 4.7 Standard 4 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

Menurut KPM, SKPM merupakan instrumen untuk menilai dan

menentukan standard kecemerlangan sekolah. SKPM 2010 mengandungi 5

Standard yang merangkumi semua aspek yang menjurus kepada

pewujudan kualiti pendidikan yang memuaskan. Dalam konteks ini,

Standard 4 SKPM merujuk kepada piawaian yang menjuruskan peranan

guru dalam memberikan proses PdP yang berkualiti tinggi. Dengan itu,

dalam konteks Standard 4 telah menyenaraikan 12 aspek yang perlu

dilaksanakan oleh guru untuk mencapai hasrat kecemerlangan. Antaranya

Aspek 4.7 dalam Standard 4 SKPM telah menegaskan 3 kriteria

penggunaan sumber pendidikan yang berkesan bagi mengukuhkan

pembelajaran murid.

Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, guru perlu merujuk kepada

model reka bentuk instruksional misalnya model ASSURE untuk

memastikan perancangan PdP boleh berjalan dengan berkesan. Justeru,

untuk mencapai hasrat pendidikan yang memberangsangkan pemikiran

pelajar, guru sepatutnya menganalisis pelajar dan menentukan objektif PdP

sebelum memilih sumber pendidikan. Maksudnya, cara pemilihan dan

persediaan sumber pendidikan sepatutnya perlu selaras dengan tahap

kemampuan dan kesesuaian pelajar.

Seterusnya, pada era teknologi ini, penggunaan video ini juga boleh

digunakan sebagai satu tarikan kepada pelajar. Hal ini demikian disebabkan

cara pembelajaran era ini berbeza dengan masa yang lepas, di mana guru

hanya perlu memberikan maklumat kepada pelajar. Namun demikian,

pelajar abad ke-21 sekarang lebih menjuruskan penggunaan teknologi

seperti penggunaan bahan elektronik (video) sebagai medium untuk belajar.

Justeru, penggunaan video ini bertujuan untuk mewujudkan suasana

pembelajaran yang kondusif bagi mengoptimunkan hasil pembelajaran

pelajar.

12

Page 13: EDU ASSIGNMENT SEM 4

Di samping itu, guru juga tidak mengabaikan aspek keselamatan

penggunaan sumber pendidikan. Dalam aspek ini, guru perlu berjaga-jaga

dengan kedudukan murid agar tidak mendekati dengan plug yang digunakan

untuk menyambung komputer riba. Walau bagaimanapun, guru tetap boleh

memberi peluang dan mendidik pelajar untuk cuba mengawal penayangan

video agar pelajar abad ke-21 dapat “hands-on” dalam pembelajaran. Ini

dapat membantu dalam meningkatkan pemahaman konteks.

Secara keseluruhannya, Aspek 4.7 dalam SKPM merupakan satu

panduan kepada guru dalam proses merancang, memilih, dan

menggunakan sumber pendidikan bagi memastikan hasil pembelajaran

boleh dicapai secara optimun.

3.0 PENUTUP

Rumusannya, penggunaan video sebagai satu media pengajaran merupakan

antara satu pendekatan yang sesuai digunakan oleh guru dalam proses PdP

kepada pelajar abad-21. Namun demikian, dalam proses ini, guru perlu membuat

perancangan supaya penggunaan video ini secara optimun dan bermanfaatkan

kepada pelajar. Untuk memastikan ini, guru boleh merujuk kepada garis panduan

yang diberikan dalam Model Reka Bentuk ASSURE dan SKPM. Di samping itu,

guru juga boleh menggunakan portal sebagai satu saluran untuk membantu pelajar

mendapatkan maklumat tambahan secara inkuiri.

13

Page 14: EDU ASSIGNMENT SEM 4

Rujukan

Hala Ibrahim Hassan Ahmed. (2014). The ASSURE model lesson plan. Unpublished doctoral dissertation. University of Khartoum.

Ho, P.T. (2002). Development of the HKU campus portal. Unpublished doctoral dissertation. University of Hong Kong.

Malaysia, Kementerian Pelajaran. (2010). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010. Putrajaya: Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti. Retrieved on August 2, 2015, from http://jpnselangor.moe.gov.my/kualitiv3/spsk042015/PK%2004%20PENGURUSAN%20PENCERAPAN/LAMPIRAN/DOKUMEN%20SKPM%202010.pdf

Malaysia, Kementerian Pelajaran. (2013). Modul pengajaran reka bentuk dan teknologi tahun 4. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Mohd. Ramsul Abd. Rahiman. (2013). Karangan berpandu (kebaikan pembelajaran menerusi e-pembelajaran). Retrieved August 9, 2015, from http://cikguramsulbmspm.blogspot.com/2013/03/karangan-berpandu-kebaikan-pembelajaran.html

Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim, Rosnah Ahmad Zain. (2009). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Noriati Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Wan Kamaruddin Wan Hassan. (2009). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Noriati Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2012). Murid dan alam belajar edisi kemas kini. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Nurjannah Berhannudin. (2009). Membangunkan bahan e-pembelajaran berasaskan moodle bagi tajuk “Photosynthesis” tingkatan dua. Master Dissertation, Universiti Teknologi Malaysia. Retrieved July 26, 2015, from http://eprints.utm.my/10223/2/Nurjannah_binti_Berhannudin.pdf

Smaldino, S.E, Lowther, D.L, Russell, J.D. (2012). Instructional techonology and media for learning. Boston: Pearson.

Zainal Hakim. (2013). Pengertian web portal. Retrieved July 18, 2015, from http://www.zainalhakim.web.id/pengertian-web-portal.html

14

Page 15: EDU ASSIGNMENT SEM 4

LAMPIRAN

15