dzulkifle bin ismail - fp.utm.my · penggunaan komputer dikalangan guru-guru kemahiran hidup dalam...

35
PENGGUNAAN KOMPUTER DIKALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP DALAM URUSAN KERJA DI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN GRED A DAERAH PONTIAN DZULKIFLE BIN ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 14-Sep-2019

23 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DZULKIFLE BIN ISMAIL - fp.utm.my · penggunaan komputer dikalangan guru-guru kemahiran hidup dalam urusan kerja di sekolah-sekolah kebangsaan gred a daerah pontian dzulkifle bin ismail

PENGGUNAAN KOMPUTER DIKALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP

DALAM URUSAN KERJA

DI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN GRED A

DAERAH PONTIAN

DZULKIFLE BIN ISMAIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: DZULKIFLE BIN ISMAIL - fp.utm.my · penggunaan komputer dikalangan guru-guru kemahiran hidup dalam urusan kerja di sekolah-sekolah kebangsaan gred a daerah pontian dzulkifle bin ismail

vii 

PENGGUNAAN KOMPUTER DIKALANGAN GURU-GURU

KEMAHIRAN HIDUP DALAM URUSAN KERJA DI SEKOLAH-

SEKOLAH KEBANGSAAN GRED A DAERAH PONTIAN

2009/2010

Disahkan oleh

_____________________________________ (TANDATANGAN PENYELIA)

DR. MUHAMMAD SUKRI BIN SAUD

(NAMA PENYELIA)

Tarikh : Oktober 2010 Tarikh : Oktober 2010

 

Page 3: DZULKIFLE BIN ISMAIL - fp.utm.my · penggunaan komputer dikalangan guru-guru kemahiran hidup dalam urusan kerja di sekolah-sekolah kebangsaan gred a daerah pontian dzulkifle bin ismail

xiv 

PENGESAHAN PENYELIA

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari segi skop kualiti untuk tujuan

penganugerahaan Sarjana Pendidikan

(Teknik dan Vokasional)

Disahkan oleh

__________________________________________ (TANDATANGAN PENYELIA)

DR. MUHAMMAD SUKRI BIN SAUD (NAMA PENYELIA)

Tarikh : 4 Oktober 2010

Page 4: DZULKIFLE BIN ISMAIL - fp.utm.my · penggunaan komputer dikalangan guru-guru kemahiran hidup dalam urusan kerja di sekolah-sekolah kebangsaan gred a daerah pontian dzulkifle bin ismail

vii 

PENGGUNAAN KOMPUTER DIKALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP

DALAM URUSAN KERJA

DI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN GRED A

DAERAH PONTIAN

DZULKIFLE BIN ISMAIL

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Syarat Penganugerahan Sarjana Pendidikan

(Teknik dan Vokasional)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Disember, 2010

Page 5: DZULKIFLE BIN ISMAIL - fp.utm.my · penggunaan komputer dikalangan guru-guru kemahiran hidup dalam urusan kerja di sekolah-sekolah kebangsaan gred a daerah pontian dzulkifle bin ismail

xiv 

PENGAKUAN

“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Nama Penulis : DZULKIFLE BIN ISMAIL

Tarikh : 4 Oktober 2010

DEDIKASI

Page 6: DZULKIFLE BIN ISMAIL - fp.utm.my · penggunaan komputer dikalangan guru-guru kemahiran hidup dalam urusan kerja di sekolah-sekolah kebangsaan gred a daerah pontian dzulkifle bin ismail

vii 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Khas untuk

Ayahanda Ismail Bin Dalek

Bonda Allahyarhamah Sinah Bte Abd. Wahab

Istimewa buat

Isteri Pn. Aishah Bte Hj. Adam

Anakanda Amirul Asyraf

Anakanda Ayu Nabilah

Anakanda Afiq Iskandar

Anakanda Iman Dzulhilmi

Anakanda Iman Dzulfadhli

Abang dan adik-adik tersayang

dan juga

Saudara Hamisan Bin Salim

Saudara Mohd Zain Bin Husin

Saudara Mohd Faizal Bin Mohd Yunus

Saudari Faizah Bte Musa

Segala jasa baik dan kerjasama daripada anda semua akan ku kenang

selamanya.

Semoga Allah S.W.T. mencucuri RahmatNya ke atas anda sekelian.

Page 7: DZULKIFLE BIN ISMAIL - fp.utm.my · penggunaan komputer dikalangan guru-guru kemahiran hidup dalam urusan kerja di sekolah-sekolah kebangsaan gred a daerah pontian dzulkifle bin ismail

xiv 

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah segala puji bagi Mu Allah dan Selawat serta salam ke atas Junjungan

Besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. Di atas perkenan Yang Maha Esa dan kekuatan yang

diberikan olehNya, maka dengan rahmat dan inayahNya, projek ini berjaya disiapkan bagi

memenuhi penganugerahan Sarjana Pendidikan (Teknik dan Vokasional), Universiti Teknologi

Malaysia.

Jutaan terima kasih dan setinggi-tingi penghargaan ditujukan kepada penyelia projek

sarjana Dr. Muhammad Sukri Bin Saud atas nasihat, bimbingan dan sokongan yang diberikan

sepanjang tempoh penyelidikan laporan projek ini sehingga kertas projek ini dapat disiapkan.

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih juga ditujukan kepada pihak Kementerian Pelajaran

Malaysia, Fakulti Pendidikan UTM, Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Pejabat Pelajaran Daerah

Pontian, Pengetua dan Guru-guru Sekolah Kebangsaan Gred A Zon Bandar Daerah Pontian

Johor, sahabat-sahabat di SK. Bandar Pontian dan sahabat daripada bidang MPV 2009/2010 di

atas sumbangan ilmu dan sokongan yang diberikan. Terima kasih semua.

Segala jasa baik dan kerjasama daripada anda semua akan saya kenang sampai bila-bila.

Semoga Allah S.W.T. mencucuri RahmatNya keatas anda sekelian.

WASSALAM

Page 8: DZULKIFLE BIN ISMAIL - fp.utm.my · penggunaan komputer dikalangan guru-guru kemahiran hidup dalam urusan kerja di sekolah-sekolah kebangsaan gred a daerah pontian dzulkifle bin ismail

vii 

ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tentang Penggunaan Komputer Dalam

Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dua Puluh Tujuh Buah Sekolah Kebangsaan Daerah Pontian.

Empat objektif kajian yang diukur adalah sikap terhadap penggunaan komputer, aplikasi

komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran, pengetahuan komputer dikalangan guru-guru dan

perisian komputer di sekolah-sekolah kebangsaan Gred A Daerah Pontian. Data dalam kajian ini

diperolehi melalui soal selidik yang telah diperolehi daripada 145 responden. Semua data

dianalisis dengan menggunakan program SPSS 17.0 (Statistical Packages for the Social

Sciences). Kaedah frekuensi, peratus dan min digunakan untuk mengukur objektif kajian. Indeks

kebolehpercayaan ialah 0.836 dan dapatan kajian menunjukkan penguasaan guru dalam

penggunaan computer akan dapat membantu mereka mengakses pelbagai ilmu yang disediakan.

Disarankan kepada Guru Besar supaya memberi perhatian bagi memastikan tiada guru lari

daripada tanggungjawab dalam aktiviti penggunaan teknologi IT untuk membantu dan

menambah ilmu serta meningkatkan mutu perkhidmatan mereka. Peningkatan kemahiran

menggunakan komputer akan membolehkan guru merancang dan melakukan yang terbaik dalam

proses Pengajaran dan Pembelajaran.

Page 9: DZULKIFLE BIN ISMAIL - fp.utm.my · penggunaan komputer dikalangan guru-guru kemahiran hidup dalam urusan kerja di sekolah-sekolah kebangsaan gred a daerah pontian dzulkifle bin ismail

xiv 

ABSTRACT

This survey has been carried out to study the teachers towards the usage of computer in

the teaching and learning of twenty seven grade A primary schools in the district of Pontian

Johor. The four objectives of the survey measured include teachers’ attitude in using computers,

computer application in the teaching and learning, the computer literacy among teachers and the

computer-related software in primary schools. The data of this survey is obtained through the

distribution of questionnaires which have been collected from hundred and forty-five

respondents. The data obtained have been analysed using SPSS Version 17.0 (Statistical

Packages For The Social Sciences) computer programme. The approach of frequency,

percentage and mean have been applied to measure the survey objective. The index of reliability

is 0.836 the findings of the survey show that the teachers’ mastery of IT consumption has helped

them to access the various sources of knowledge provided. It is suggested that headmaster school

devote more attention to ensure that teachers would not deprive of their responsibilities in

consuming the IT technology in order to increase their knowledge and upgrade their service. The

skills of operating computers will enable teachers to plan and do their best in the process of

teaching and learning.

Page 10: DZULKIFLE BIN ISMAIL - fp.utm.my · penggunaan komputer dikalangan guru-guru kemahiran hidup dalam urusan kerja di sekolah-sekolah kebangsaan gred a daerah pontian dzulkifle bin ismail

vii 

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

HALAMAN PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vii

SENARAI JADUAL xi

SINGKATAN xiii

LAMPIRAN xiv

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 6

1.3 Pernyataan Masalah 14

1.4 Objektif Kajian 15

1.5 Persoalan Kajian 16

1.6 Hipotesis Kajian 16

1.7 Kepentingan Kajian 17

1.8 Batasan Kajian 18

1.9 Definasi Istilah 19

1.9.1 ICT 20

1.9.2 Penggunaan 20

Page 11: DZULKIFLE BIN ISMAIL - fp.utm.my · penggunaan komputer dikalangan guru-guru kemahiran hidup dalam urusan kerja di sekolah-sekolah kebangsaan gred a daerah pontian dzulkifle bin ismail

xiv 

1.9.3 Komputer 20

1.9.4 Guru-guru Kemahiran Hidup 21

1.9.5 Penggunaan ICT dalam P&P 21

1.9.6 Tahap Penggunaan 22

1.9.7 Kurikulum 22

1.9.8 Kemahiran Teknologi Maklumat 23

1.10 Penutup 25

1.11 Kerangka Konsep 27

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 28

2.2 IT Sebagai Sumber Pengajaran dan Pembelajaran 31

2.3 Definisi Teknologi Maklumat 32

2.3.1 Maklumat (Informasi) 33

2.3.2 Teknologi Maklumat 33

2.4 Sikap Terhadap Komputer 34

2.5 Penggunaan Komputer Dalam Pengurusan Pendidikan 35

2.6 Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran 36

2.7 Kepentingan Komputer Dalam Pendidikan 37

2.8 Kelebihan Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran 40

2.9 Keberkesanan Penggunaan Komputer Dalam Pendidikan 42

2.10 Literasi Komputer 43

2.11 Kajian-Kajian Lepas 44

2.12 Penutup 46

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 47

3.2 Reka Bentuk Kajian 48

3.3 Skop Kajian 49

3.4 Tempat Kajian 50

Page 12: DZULKIFLE BIN ISMAIL - fp.utm.my · penggunaan komputer dikalangan guru-guru kemahiran hidup dalam urusan kerja di sekolah-sekolah kebangsaan gred a daerah pontian dzulkifle bin ismail

vii 

3.5 Populasi Dan Sampel Kajian 52

3.6 Instrumen Kajian 52

3.7 Pengumpulan Data 54

3.8 Kaedah Analisis Data 55

3.9 Analisis Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 58

3.10 Penutup 59

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 60

4.2 Analisis Latarbelakang Responden 61

4.2.1 Umur Responden 61

4.2.2 Jantina Responden 62

4.2.3 Bangsa 63

4.2.4 Agama 64

4.2.5 Status Perkahwinan Guru 65

4.2.6 Gred gaji guru 66

4.2.7 Tahap Ikhtisas Guru 67

4.2.8 Pengalaman Bekerja 68

4.2.9 Pendidikan Terkini Guru 69

4.3 Analisis Item 71

4.3.1 Analisis mengenai tahap kekerapan penggunaan komputer di kalangan guru sekolah kebangsaan gred A Zon Bandar daerah Pontian dalam melaksanakan tugas 71

4.3.2 Analisis mengenai tahap kecenderungan atau minat guru dalam penggunaan komputer dalam melaksanakan kerja harian mereka di sekolah. 74

4.3.3 Analisis mengenai jenis perisian Microsoft Office yang sering digunakan oleh guru dalam dalam melaksanakan kerja harian di sekolah 77

4.3.4 Analisis mengenai tahap kemahiran guru terhadap penggunaan computer dalam melaksanakan kerja

Page 13: DZULKIFLE BIN ISMAIL - fp.utm.my · penggunaan komputer dikalangan guru-guru kemahiran hidup dalam urusan kerja di sekolah-sekolah kebangsaan gred a daerah pontian dzulkifle bin ismail

xiv 

harian di setiap sekolah yang dikaji. 81

4.4 Analisa bedasarkan Hipotesis Kajian 82

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 87

5.2 Perbincangan Hasil Kajian 88

5.2.1 Demografi Responden 89

5.2.2 Kekerapan penggunaan komputer dikalangan guru-guru Sekolah Kebangsaan Gred A Zon Bandar Pontian dalam melaksanakan tugas 91

5.2.3 Tahap kecenderungan atau minat guru dalam penggunaan komputer dalam melaksanakan kerja harian mereka di sekolah. 94

5.2.4 Jenis perisian Microsoft Office yang sering digunakan oleh guru dalam melaksanakan kerja harian di sekolah. 96

5.2.5 Tahap kemahiran guru terhadap penggunaan

komputer dalam melaksanakan kerja harian di setiap sekolah yang dikaji. 97

5.3 Rumusan 99

5.4 Cadangan 101

5.4.1 Cadangan Kepada Institusi Kajian 101

5.4.2 Cadangan Lanjutan 104

5.5 Kesimpulan 105

RUJUKAN 106

LAMPIRAN 116

Page 14: DZULKIFLE BIN ISMAIL - fp.utm.my · penggunaan komputer dikalangan guru-guru kemahiran hidup dalam urusan kerja di sekolah-sekolah kebangsaan gred a daerah pontian dzulkifle bin ismail

vii 

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 1.1 Pelaburan Dalam Sektor IT 3

1.2 Senarai Tempat-Tempat Kajian 19

1.3 Model Kerangka Teori Kajian Kemahiran 26

3.1 Bilangan Sampel Sekolah Kebangsaan Gred A

Zon Bandar Daerah Pontian 50

3.2 Pengkelasan Skala Likert Dengan Markah Skor 54

3.3 Nilai Tahap Penggunaan Komputer Di Kalangan

Guru-Guru KH Sek. Keb. Gred A Di Daerah Pontian 56

3.4 Garis Panduan Guilford 57

3.5 Analisis Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 58

4.1 Peratusan mengikut umur dikalangan guru Sekolah

Kebangsaan Gred A Daerah Pontian. 62

4.2 Jumlah dan peratus bilangan guru bagi dua puluh tujuh

buah sekolah yang dikaji mengikut jantina. 63

4.3 Bilangan jumlah dan peratus guru mengikut bangsa di

Daerah Pontian bagi dua puluh tujuh buah sekolah

Kebangsaan Gred A Daerah Pontian. 64

4.4 Bilangan jumlah dan peratus guru mengikut agama

di Daerah Pontian bagi dua puluh tujuh buah sekolah

kebangsaan gred A 65

4.5 Bilangan jumlah dan peratus guru mengikut status

di Daerah Pontian bagi dua puluh tujuh buah

sekolah gred A. 66

4.6 Bilangan jumlah dan peratus guru mengikut gred gaji

di Daerah Pontian bagi dua puluh tujuh buah sekolah

Page 15: DZULKIFLE BIN ISMAIL - fp.utm.my · penggunaan komputer dikalangan guru-guru kemahiran hidup dalam urusan kerja di sekolah-sekolah kebangsaan gred a daerah pontian dzulkifle bin ismail

xiv 

kebangsaan gred A. 67

4.7 Bilangan jumlah dan peratus guru mengikut tahap

ikhtisas tertinggi guru di daerah Pontian bagi dua

puluh tujuh buah sekolah kebangsaan gred A. 68

4.8 Bilangan jumlah dan peratus guru mengikut tahun

pengalaman bekerja guru-guru di daerah Pontian bagi

dua puluh tujuh buah sekolah kebangsaan gred A. 69

4.9 Bilangan jumlah dan peratus guru mengikut pendapatan

terkini guru-guru di Daerah Pontian bagi dua puluh tujuh

buah sekolah kebangsaan gred A. 70

4.10 Kekerapan guru menggunakan komputer di sekolah 73

4.11 Kekerapan kecenderungan guru menggunakan komputer

di sekolah kajian. 76

4.12 Kekerapan mengikut jenis perisian Microsoft

Office yang digunakan oleh guru-guru di sekolah

kajian. 79

4.13 Nilai min berkaitan dengan tahap kemahiran penggunaan

komputer bagi lapan buah sekolah kebangsaan yang dikaji 81

  4.14   Ujian T skor diantara jantina dengan tahap kemahiran guru 83

4.15 Ujian Anova antara iktisas tertinggi dengan tahap

kemahiran guru 84

4.16 Ujian Anova mengenai minat guru dengan tahap

Kemahiran 86

Page 16: DZULKIFLE BIN ISMAIL - fp.utm.my · penggunaan komputer dikalangan guru-guru kemahiran hidup dalam urusan kerja di sekolah-sekolah kebangsaan gred a daerah pontian dzulkifle bin ismail

vii 

SINGKATAN

TMK - Teknologi Maklumat dan Komunikasi

LAN - Local Area Network

WAN - Worldwide Area Network

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

BPG - Bahagian Pendidikan Guru

P & P - Pengajaran dan Pembelajaran

SK - Sekolah Kebangsaan

BPPT - Bimbingan Perguruan Propesional Dalam Teknologi

Maklumat dan Komunikasi

KDP - Komputer Dalam Pendidikan

PPSMI - Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam

Bahasa Inggeris

SPSS - Statistical Packages For The Social Science

EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

IT - Information Technology

PPD - Pejabat Pelajaran Daerah

JPN - Jabatan Pelajaran Negeri

Page 17: DZULKIFLE BIN ISMAIL - fp.utm.my · penggunaan komputer dikalangan guru-guru kemahiran hidup dalam urusan kerja di sekolah-sekolah kebangsaan gred a daerah pontian dzulkifle bin ismail

xiv 

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Borang Soal Selidik

B Surat Kebenaran Daripada EPRD

C Surat Kebenaran JPN Johor Darul Takzim

D Surat Pengesahan Soal Selidik

E Surat Kebenaran Menjalankan Kajian di Sekolah

Page 18: DZULKIFLE BIN ISMAIL - fp.utm.my · penggunaan komputer dikalangan guru-guru kemahiran hidup dalam urusan kerja di sekolah-sekolah kebangsaan gred a daerah pontian dzulkifle bin ismail

 

 

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sistem pendidikan di Malaysia pada masa kini banyak mengalami perubahan

yang drastik. Keadaan ini menunjukkan sistem pendidikan adalah dinamik dan

kerajaan sentiasa peka serta berusaha untuk memenuhi keperluan rakyat dan negara.

Perancangan pendidikan bukan sahaja menekankan tentang memenuhi keperluan tenaga

kerja, tetapi sistem pendidikan juga menitikberatkan aspek lain termasuk perkembangan

diri individu yang disesuaikan dengan keperluan negara.

Penguasaan dan penggunaan serta pemahaman TMK harus dipandang dari sudut

yang positif oleh semua golongan. Mantan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr.Mahathir

Mohamad turut menyatakan keyakinan bahawa Malaysia mampu menjadi peneraju

dalam bidang TMK jika rakyat berganding bahu menjayakan matlamat tersebut. Beliau

juga menegaskan bahawa jika semua pihak melibatkan diri menguasai TMK, negara

tidak akan ketinggalan malah menjadi lebih kompetatif di arena antarabangsa.

Pada 28hb. Februari 1991 beliau telah melahirkan hasratnya menjadikan

Malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020. Sesuai dengan hasrat beliau

 

Page 19: DZULKIFLE BIN ISMAIL - fp.utm.my · penggunaan komputer dikalangan guru-guru kemahiran hidup dalam urusan kerja di sekolah-sekolah kebangsaan gred a daerah pontian dzulkifle bin ismail

  2

maka wujudlah wawasan 2020 dengan matlamat membawa Malaysia ke arah sebuah

negara maju dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan (Kerajaan

Malaysia, 1991, m. s 4).

Wawasan 2020 merupakan satu matlamat yang jelas untuk dicapai dan

merupakan satu 'target' oleh beliau bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Maju

bukan sekadar diukur daripada pencapaian pesat sektor industri dengan tinggi

pendapatan perkapitanya. Tetapi ianya lebih menyeluruh, merangkumi aspek kebolehan

dan keupayaan membangunkan diri melalui penguasaan ilmu, kecekapan dan moral

yang tinggi. Apabila ciri-ciri ini dikuasai, dihayati dan difahami maka barulah kita

benar-benar bersedia untuk bersaing dengan negara maju yang lain.

Aliran pembangunan Teknologi Maklumat (IT) semakin pesat di negara kita.

Daripada perangkaan International Data Coporation (IDC) dan Jabatan Perangkaan di

dapati pelaburan dalam sektor IT terus meningkat dari tahun ke tahun. Perbelanjaan

besar telah digunakan dalam usaha melaksanakan projek mengautomasikan aktiviti

pejabat menerusi pembelian perkakasan pemprosesan data dan sebagainya seperti

terdapat dalam jadual di bawah.

Untuk mencapai perubahan ketahap yang boleh dianggap Berjaya, ia

memerlukan penstrukturan yang lengkap dan hendaklah dipraktikkan. Tidak hairanlah,

dikebanyakan Negara-negara membangun didunia, guru-guru sekolah tersebut lazimnya

telah menggunakan computer dalam bilik darjah sebagai ‘Alat Bantu Mangajar’.

Namun begitu, bagi negara-negara yang sedang membangun seperti Malaysia

tidak juga jauh ketinggalan. Malaysia telah memperkenalkan komputer di sekolah-

sekolah seluruh negara dan dijangka pada tahun 2012, semua sekolah di negara ini akan

menerapkan pembelajaran berkonsepkan sekolah ‘Bestari’, dimana pengajaran dan

pembelajaran berteraskan IT dan ICT.

Page 20: DZULKIFLE BIN ISMAIL - fp.utm.my · penggunaan komputer dikalangan guru-guru kemahiran hidup dalam urusan kerja di sekolah-sekolah kebangsaan gred a daerah pontian dzulkifle bin ismail

 

 

3

Jadual 1.1 Pelaburan dalam sektor IT

Tahun

RM (bilion)

2007

2008

2009

2010

3.8 bilion

5.9 bilion

8.5 bilion

12.9 bilion

Dalam usaha mencapai matlamat wawasan 2020, sektor IT tiba-tiba menjadi satu

bidang yang dikenalpasti dapat merealisasikan wawasan. Maka pada 1 hb. Ogos 1966

Perdana Menteri ketika itu Y.A.B Dr. Seri Mahathir Mohammad telah melancarkan

'Multimedia Super Corridor' (MSC) yang meliputi satu kawasan di Lembah Kelang yang

menghubungkan 'Kuala Lumpur Inetrnational Airpot' (KLIA) dengan 'Kuala Lumpur

City Center' (KLCC). Apabila MSC beroperasi sepenuhnya negara akan melaksanakan

projek seperti smart card, program pentadbiran kerajaan, sekolah bestari, teleperubatan,

kelompok dan pembangunan, pusat pasaran terhad dan web pengeluaran sedunia. Di

samping itu menjelang tahun 2020, Malaysia meletakkan satu 'target' mempunyai 500

syarikat berkelas dunia yang beroperasi di MSC. Apabila perlaksanan ini bermula maka

keperluan tenaga mahir dan berpengetahuan dalam bidang IT adalah sangat-sangat

diperlukan. Pada tahun 2010 Malaysia telah mempunyai sebanyak 32000 tenaga mahir

dalam IT (Ahmad Muhaimin, Jamalludin & Baharudin, 2008) Bagi menyediakan tenaga

kerja ini Kementerian Pelajaran dipertanggungjawabkan bagi memikul tugas tersebut

dan ia merupakan satu cabaran tugas Kementerian Pelajaran.

Page 21: DZULKIFLE BIN ISMAIL - fp.utm.my · penggunaan komputer dikalangan guru-guru kemahiran hidup dalam urusan kerja di sekolah-sekolah kebangsaan gred a daerah pontian dzulkifle bin ismail

  4

Oleh itu para pendidik perlu bersedia berubah menyesuaikan diri dengan

kehendak perlaksanaan sekolah bestari. Secara tidak langsung guru perlu celik komputer

supaya dapat menyahut cabaran komputer dalam pendidikan. Penguasaan terhadap

komputer di kalangan guru-guru begitu penting kerana ia dapat membantu dan

meningkatkan tahap kerja dalam pengurusan dan pentadbiran, mempelbagaikan proses

pengajaran dan pembelajaran dan alat menyimpan data dan maklumat penting.

Penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu

persembahan guru-guru menjadi lebih menarik dan meyakinkan, manakala pelajar

merasakan lebih seronok dalam pembelajaran.

Penggunaan komputer dalam dunia pendidikan Malaysia di peringkat sekolah,

bermula dengan percubaan projek Kementerian Pendidikan Malaysia ’Pengenalan Alam

Komputer’ untuk pelajar Tahun 4 pada tahun 1986 di 20 buah sekolah rendah yang

terpilih. Ini diikuti dengan ’Projek Literasi Komputer’ pada tahun 1992 dan pendidikan

komputer di sekolah yang telah dikembangkan melalui ’Kelab Komputer Sekolah’

(Zoraini, 2006).

Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1994 telah berusaha untuk

memperluaskan lagi bidang komputer dalam pendidikan melalui jaringan pendidikan

iaitu satu sistem penggunaan komputer secara rangkaian yang membolehkan sekolah-

sekolah di seluruh negara berinteraksi melalui aktiviti terancang yang berorientasikan

kemahiran mencari, menilai dan menggunakan maklumat untuk tujuan pendidikan

(Kamarul Zaman, 2004).

Pelaksanaan Sekolah Bestari merupakan satu anjakan paradigma yang amat

besar dalam sistem pendidikan negara (Mohammed Sani, 2005). Usaha ini melibatkan

pelbagai perubahan pada prasarana, latihan guru, kurikulum, organisasi bilik darjah,

dinamika bilik darjah dan peranan ibu bapa serta komuniti berkaitan. Selain daripada itu

pada tahun 1999, 400 buah sekolah akan dilengkapkan dengan kemudahan makmal

komputer dalam pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia dalam rangka

Page 22: DZULKIFLE BIN ISMAIL - fp.utm.my · penggunaan komputer dikalangan guru-guru kemahiran hidup dalam urusan kerja di sekolah-sekolah kebangsaan gred a daerah pontian dzulkifle bin ismail

 

 

5

Pembangunan Pendidikan 2001- 2010, merangka pengwujudan Sekolah Bestari dan

makmal komputer yang dilengkapi dengan peralatan komputer dan multimedia bagi

meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Murid bukan sahaja akan belajar

bersama guru dan menggunakan buku tetapi dapat menggunakan internet untuk

memperolehi maklumat. Sekolah Bestari dan makmal komputer ini mempunyai sistem

multimedia yang komprehensif bersama dengan penggunaan teknologi maklumat dan

dilengkapi dengan sistem jaringan LAN-WAN dan internet. Agihan kemudahan

komputer adalah seperti berikut :

i. 35 buah untuk makmal komputer

ii. 20 buah untuk bilik sumber

iii. 6 buah untuk pentadbiran

iv. 5 buah untuk pusat multimedia

v. 3 buah untuk makmal sains dan

vi. 1 buah untuk pusat multimedia.

Nisbah bilangan komputer dengan murid adalah 1:7 manakala nisbah bilangan komputer

dengan guru pula adalah 1:2 (Kementerian Pelajaran Malaysia : Pembangunan

Pendidikan 2001-2010).

Menurut Ee Ah Meng (2005) pembelajaran konvensional lebih menjurus kepada

guru dan pelajar. Kaedah ini merupakan yang amat popular di kebanyakan sekolah.

Mengikut kaedah tersebut, guru dijadikan sumber ilmu semata-mata oleh pelajar.

Perubahan masa menyebabkan kaedah pembelajaran sedemikian sudah tidak begitu

sesuai lagi, sebaliknya ia sesuai dengan menukar kaedah dengan menjadikan guru

sebagai fasilitator atau pemudahcara dalam menjalankan proses pengajaran dan

pembelajaran mereka. Kaedah ini juga diperkenalkan oleh Pusat Perkembangan

Kurikulum (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005), di mana proses pengajaran dan

pembelajaran adalah berpusatkan kepada murid.

Page 23: DZULKIFLE BIN ISMAIL - fp.utm.my · penggunaan komputer dikalangan guru-guru kemahiran hidup dalam urusan kerja di sekolah-sekolah kebangsaan gred a daerah pontian dzulkifle bin ismail

  6

Ini selaras dengan hasrat dan wawasan kerajaan untuk mencapai Wawasan 2020

di mana sembilan cabaran perlu dicapai. Salah satu cabaran tersebut ialah mewujudkan

masyarakat saintifik dan progresif dan berpandangan ke hadapan, yang bukan sahaja

sebagai pengguna teknologi, tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan

teknologi masa depan (Ishak, 2004).

1.2 Latar Belakang Masalah

  Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) program pendidikan di negara

ini, khususnya bagi peringkat sekolah, digubal berlandaskan kepada Falsafah

Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menggambarkan bahawa pembangunan insan itu

perlulah seimbang dan menyeluruh perkembangannya dari segi intelek, rohani, emosi

dan jasmani. Dalam usaha untuk membina insan seperti yang dihasratkan, ilmu yang

disampaikan perlu juga sesuai dengan perkembangan semasa dan keperluan negara. ICT

ialah satu bidang ilmu yang berasaskan pelbagai disiplin terutamanya komunikasi dan

sistem komputer. Perkembangan ICT telah menukar wajah P&P dengan penggunaan

komputer, LCD dan pelbagai perisian multimedia yang canggih bagi memudahkan guru

mata pelajaran ICT, khasnya, menyediakan bahan pengajaran dan seterusnya

mengaplikasikannya di dalam bilik darjah.

Perubahan era globalisasi menerusi ledakan maklumat dan kemajuan teknologi

multimedia telah menukar wajah dunia pendidikan daripada ‘sage on stage’ (pendita

atas pentas) kepada ‘guide by the side’ (pembimbing di sisi). Pencetusan era globalisasi

ini juga telah menghasilkan satu pencetus idea baru bagi reformasi pendidikan dengan

menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information Communication

Technology (ICT) sebagai medium terkini dalam sistem pendidikan di negara kita (Nor

Azan, 2005).

Page 24: DZULKIFLE BIN ISMAIL - fp.utm.my · penggunaan komputer dikalangan guru-guru kemahiran hidup dalam urusan kerja di sekolah-sekolah kebangsaan gred a daerah pontian dzulkifle bin ismail

 

 

7

Dalam era teknologi komputer, penggunaan komputer menjadi semakin penting

dan diperlukan dalam pengurusan dan pentadbiran samada oleh pihak kerajaan ataupun

swasta. Perkembangan pesat ini telah menjadi aspek yang dominan dalam sistem

pendidikan. Maka komputer mula menular kesekolah-sekolah rendah dan menengah, di

maktab-maktab perguruan dan institusi-institusi pengajian tinggi (IPT). KPM telah

merancang untuk menerapkan teknologi maklumat (IT), selaras dengan perkembangan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran di semua

sekolah Bestari menjelang tahun 2010.

Matlamat kurikulum mata pelajaran tersebut di peringkat sekolah ialah untuk

membentuk pelajar yang berpengetahuan secara menyeluruh tentang ICT dan

berkemahiran menangani maklumat dengan menggunakan teknik dan perkakasan ICT

bagi menyelesaikan masalah (KPM, 2005). Di samping pengetahuan dan kemahiran,

kurikulum mata pelajaran tersebut juga membentuk pelajar yang bersikap positif

terhadap impak dan sumbangan ICT kepada masyarakat dan kehidupan harian, supaya

dapat menyumbang secara berkesan dan sepenuhnya dalam masyarakat dan ekonomi

berteknologi di tempat mereka hidup dan bekerja. Berdasarkan Buku Huraian Sukatan

Pelajaran Malaysia bagi mata pelajaran ICT ini, tiada sebarang buku teks khusus yang

ditetapkan untuk mata pelajaran tersebut. Ini disebabkan bidang ICT yang dicakupi

dalam kurikulum ICT adalah luas serta bersifat dinamik. Tambahan pula, bidang ilmu

ini adalah antara bidang ilmu yang paling pesat berkembang dan takrif serta skopnya

sentiasa disesuaikan seiring dengan perkembangan bidang ilmunya.

Rodriguez (2005) menyatakan banyak strategi dan pendekatan telah diperihalkan

dalam kajian kepustakaan tentang penggunaan komputer sebagai alat pembelajaran

dalam kalangan pelajar. Antaranya, WebQuest yang telah timbul sebagai aktiviti paling

utama yang melibatkan pelajar dalam pembelajaran pendekatan konstruktivisme yang

berasaskan web. Kajian ini menekankan penggunaan WebQuest dan Projek Inkuiri Web

yang dapat memajukan kemahiran penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar. Di

samping itu, WebQuest juga dikatakan dapat meningkatkan lagi komponen inkuiri ke

Page 25: DZULKIFLE BIN ISMAIL - fp.utm.my · penggunaan komputer dikalangan guru-guru kemahiran hidup dalam urusan kerja di sekolah-sekolah kebangsaan gred a daerah pontian dzulkifle bin ismail

  8

peringkat yang lebih tinggi. Carroll et al. (2006) pula menyatakan bahawa salah satu

cabaran yang dihadapi oleh kolej-kolej dan universiti-universiti sekarang ialah

penggunaan teknologi baru yang berdigital. Salah satu kunci penyelesaian cabaran ini

ialah mereka bentuk semula kursus tradisional yang diajar dengan memperbaiki

pendekatan pedagogi dan menambahkan penyampaian kursus dengan menggunakan

teknologi secara anjal. Mengikut pendapat mereka, teknologi harus difokuskan untuk

memperbaiki kualiti keseluruhan, boleh mengakses data dengan mudah, cepat, dan

meluas serta melibatkan para pelajar dengan menggunakan teknologi komputer dalam

P&P dengan secara meluas.

Kenyataan di atas mengambarkan pentingnya diberikan peluang latihan

menggunakan komputer di kalangan guru supaya guru-guru yang mendapat pendedahan

ini berupaya menggunakannya sebagai satu alat penting dalam proses pembelajaran dan

pengajaran.

Menurut Weller & Chiavacci (2007), komputer boleh digunakan dalam mengajar

beberapa matapelajaran. Di antaranya seperti matapelajaran bahasa, sains, matematik,

pendidikan seni, dan kemahiran hidup. Pelbagai perisian boleh digunakan bagi

memudahkan penyampaian pengajaran dan menarik minat pelajar. Sebagai contoh

perisisan AutoCAD sesuai digunakan dalam pengajaran sains dan kemahiran hidup.

Pergerakan atom (sains) dan pergerakan enjin (kemahiran hidup) dapat ditunjukkan

kepada pelajar-pelajar melalui kaedah simulasi. Manakala perisian MS Words dan MS

Powerpoint sesuai bagi matapalajaran bahasa. Walaupun tersedianya kemudahan

canggih ini, ianya tidak bererti sama sekali jika guru-guru tidak mampu mempelbagai

guna dalam kaedah pengajarannya.

Guru seharusnya tidak menunggu untuk menggunakan komputer di bilik kelas

sahaja, sebaliknya guru perlu lebih bersedia untuk memiliki komputer peribadi sendiri

supaya persediaan guru akan lebih terancang dan teratur. Mengikut N. John Castellan Jr.

(2007), As educators, we must not let computers come into our class by some

gradual, haphazard or osmotic process. We must consciously decide what to do and

Page 26: DZULKIFLE BIN ISMAIL - fp.utm.my · penggunaan komputer dikalangan guru-guru kemahiran hidup dalam urusan kerja di sekolah-sekolah kebangsaan gred a daerah pontian dzulkifle bin ismail

 

 

9

how to do it. And perhaps most difficult of all, we must think about not only how the way

we teach must change, but how what we teach will be transformed by the needs of our

society in the next generation (m.s 47). Oleh itu guru-guru perlu menggunakan dengan

sebaik-baiknya kecanggihan komputer dalam proses pengajarannya.

Marshall dan Pfeifer (2006) mendapati guru-guru yang tidak tahu

menggendalikan komputer akan merasai kurang keyakinan diri terutamanya apabila

berhadapan dengan pelajar-pelajar yang berkebolehan menggunakan komputer. Oleh itu

guru-guru perlu menguasai kemahiran berkomputer agar lebih berketerampilan dan

berkarisma apabila berhadapan dengan pelajar-pelajar.

Menjelang 2012, matlamat Kementerian Pendidikan mahukan semua sekolah

menjadi sekolah bestari. Maka ketika itu kerjaya guru akan menjadi lebih mencabar.

Jalan terbaik bagi guru-guru ialah memulakan langkah awal menguasai komputer.

Tetapi sejauh manakah tahap, penggunaan komputer dalam pengajaran, kerja-kerja

pentadbiran dan pengurusan kelas dilaksanakan pada peringkat awal ini. Dapatkah

mereka menggunakan perisian-perisian yang ada dalam pasaran yang sering mengalami

pembaharuan dalam melaksanakan tugasan tersebut. Adakah kemudahan disedlakan

mencukupi untuk guru-guru menggunakannya atau wujud birokrasi dalam penggunaan

komputer tersebut. Inilah persoalan-persoalan yang perlu ditinjau supaya matlamat

Kementerian Pendidikan tidak hanya tinggal matlamat sahaja.

Seseorang warganegara dan pekerja abad 21 kini amat memerlukan kemahiran

yang lebih kompleks dan terperinci selain perlu pengetahuan asas di bidang bacaan,

penulisan dan kerja-kerja pengiraan. Kemahiran membaca, menulis serta mengira

menggunakan kaedah konvensional perlulah diselaraskan dengan latihan komunikasi

masa kini seperti kemahiran berfikir secara kritis (mengkritik), kemahiran berfikir dan

kemahiran menyelesaikan masalah. Para pelajar kini memerlukan kemahiran-kemahiran

akademik, teknikal, komunikasi dan memproses maklumat pada tahap yang tinggi untuk

berfungsi secara efektif di dalam masyarakat. Pekerja-pekerja pula memerlukan

Page 27: DZULKIFLE BIN ISMAIL - fp.utm.my · penggunaan komputer dikalangan guru-guru kemahiran hidup dalam urusan kerja di sekolah-sekolah kebangsaan gred a daerah pontian dzulkifle bin ismail

  10

kemahiran-kemahiran membuat keputusan dan boleh menyelesaikan masalah-masalah

di tempat kerja di samping boleh menjadi ahli pasukan yang berkesan. Sekolah terpaksa

menggunakan pelbagai stail pembelajaran, minat dan pengalaman-pengalaman hidup

jika ianya hendak mendidik pelajar-pelajar sekarang. Pakar-pakar terulung telah

mencadangkan bahawa kebolehan sesebuah organisasi untuk belajar secara berterusan

akan memperbaiki cara ianya belajar akan menentukan masa depannya (Bahagian

Pendidikan Guru, KPM, 2008).

Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia, bagi memenuhi keperluan para

pelajar dalam visi 2020, kita perlu memikirkan bagaimana hendak mendidik anak-anak

kita untuk menghadapi cabaran dunia akan datang dan apakah kemahiran atau

ketrampilan yang mereka perlu kuasai untuk menjadi warganegara yang produktif. Hari

ini zaman Teknologi Maklumat sudah menjadi realiti. Para pelajar boleh mendapatkan

maklumat atas inisiatif sendiri. Proses pembelajaran pelajar sudah berubah, guru-guru

kini boleh menjadi konsultan, pembimbing dan fasilitator, kerana para pelajar telah

menguasai kemahiran untuk mendapat jawapan kepada semua soalan daripada pelbagai

sumber. Perkara-perkara penting seperti cabaran dan peluang organisasi, tanggungjawab

serta strategi kepimpinan perlu di beri pertimbangan sebelum di mengimplementasi ICT

di sekolah. Kajian di lapan buah sekolah rendah di Malaysia mendapati faktor-faktor

yang menyokong pelaksanaan dasar ICT adalah kesedaran terhadap kepentingan ICT,

kerjasama antara warga sekolah, peralatan yang lengkap, kursus dan pendedahan ICT

kepada guru, dan insentif untuk guru (Zaini, 2006)

Peranan guru bilik darjah akan berubah dari berperanan sebagai pemberi

maklumat kepada fasilitator pembelajaran murid. Oleh itu, kita akan melihat berlakunya

anjakan paradigma guru kepada pengurusan maklumat. Implikasinya dalam aspek

pendidikan guru ialah bahawa guru-guru pra-perkhidmatan perlu dilatih dalam bidang

yang melibatkan proses dan hasilan berasaskan teknologi (Bahagian Pendidikan Guru.

KPM, 2008).

Page 28: DZULKIFLE BIN ISMAIL - fp.utm.my · penggunaan komputer dikalangan guru-guru kemahiran hidup dalam urusan kerja di sekolah-sekolah kebangsaan gred a daerah pontian dzulkifle bin ismail

 

 

11

Menurut Ryder & Graves (2007), seandainya kita yakin yang maklumat itu

sebagai penyalur pengetahuan, kemudian dapat menjadi penghubung antara manusia

sejagat setiap masa dengan pelbagai rangkaian dan pengkalan data, maka ianya sudah

tentu menjadi jalan penentu bagi melahirkan pelajar yang berdaya saing.

Pendidikan guru dalam penggunaan Teknologi Maklumat kini perlu berfokus

kepada pengajaran (Bahagian Pendidikan Guru, KPM. 2008). Sebagai tambahan kepada

aspek operasi teknologi perlu boleh mengintegrasikan teknologi di dalam kurikulum

sekolah untuk mencapai objektif-objektif pengajaran. Teknologi maklumat kini

sudahpun mula masuk ke dalam sekolah-sekolah di Malaysia dan ini dapat dilihat

dengan bertambahnya perisian-perisian untuk kegunaan orang awam. Sekolah-sekolah

dan guru-guru sudah didedahkan dengan teknologi baru. Kementerian Pelajaran dan

sektor-sektor swasta juga giat secara beransur-ansur membekalkan prasarana berbentuk

persekitaran teknologi maklumat di sekolah-sekolah seluruh negara, bermula dengan

sekolah-sekolah Bestari. Teknologi Maklumat dewasa kini mula mewarnai corak hidup

dan budaya warganegara Malaysia.

Dalam era pendidikan kini, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan

penerapan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran di semua sekolah

Bestari menjelang tahun 2010. Kementerian Pelajaran mensasarkan pada tahun 2012

semua sekolah di negara ini yang berjumlah 10 000 buah akan terlibat sebagai Sekolah

Bestari. Ini bermakna 8.5 juta pelajar dan 450 000 orang guru akan terlibat dalam

program tersebut (Asiah Abu Samah, 2007).

Dato Sri Mohd. Najib dalam Ucaptama Persidangan “Discovering Malaysia 07”

berkata sama ada kita setuju atau tidak, proses pendidikan di negara kita menjelang abad

ke 21 tidak dapat lari daripada mendedahkan pelajar kepada teknologi maklumat dan

multimedia. Ledakan multimedia sedang berlaku dengan pesatnya. Di seluruh dunia,

negara maju telahpun melaksanakannya dalam prasarana pembangunan sumber manusia

Page 29: DZULKIFLE BIN ISMAIL - fp.utm.my · penggunaan komputer dikalangan guru-guru kemahiran hidup dalam urusan kerja di sekolah-sekolah kebangsaan gred a daerah pontian dzulkifle bin ismail

  12

bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja yang berketrampilan dalam bidang teknologi

digital menjelang abad akan datang (Shahril & Habib, 2007).

Perkembangan Teknologi Maklumat di sekolah-sekolah di Malaysia mempunyai

tahap yang berlainan antara sekolah. Sesetengah sekolah sudahpun maju dalam aspek

teknologi ini sementara ada sekolah-sekolah lain belum mencapai tahap yang tersebut.

Keutamaan bukanlah semata-mata aspek prasarana tetapi penggunaan teknologi secara

efektif di dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan guru belum lagi didedahkan

sepenuhnya kepada kaedah penggunaan teknologi secara efektif di bilik darjah.

Teknologi ini perlu dilihat sebagai alat-alat penting dalam mempelbagaikan teknik

pengajaran, iaitu bertujuan untuk menjadikan bilik-bilik darjah lebih efisien,

menyeronokkan dan lebih mencabar. Teknologi jika tidak digunakan sepenuhnya tidak

akan dapat menghasilkan potensi yang sepenuhnya. Apatah lagi, guru-guru akan

menganggapnya sebagai sesuatu yang membebankan dan akan berbalik semula kepada

strategi pengajaran secara tradisional (Bahagian Pendidikan Guru.KPM, 2007).

Pada masa ini, orang yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kebolehan

yang luas dalam bidang komputer boleh dianggap sebagai sumber atau aset yang sangat

berharga kepada masyarakat industri. Sebaliknya manusia yang jahil atau tidak

mempunyai pengetahuan langsung terhadap komputer, boleh dikenali sebagai buta

komputer dan dianggap sebagai penghalang kemajuan sesebuah negara yang

kemajuannya berasaskan teknologi maklumat (Halimahtun Saadiah Mohd Taib & Nor

Azilah Ngah, 2005). Jutaan peruntukan dibelanjakan untuk memperolehi perkakasan

dan perisian komputer di sekolah mungkin merupakan satu pembaziran sekiranya

sebahagian besar guru mengelak daripada menggunakan komputer dalam pendidikan

(Chen, 2004).

Kebolehan menggunakan komputer membolehkan seseorang memperolehi kuasa

untuk membuka pintu-pintu ke dunia pengetahuan dan ilmu baru (Ahmad Fuad Othman,

2005). Ini disebabkan kebanyakkan peralatan dan kemudahan hidup kini sudah

berasaskan komputer sehingga hanya menekan ”butang” sahaja, komputer sudah mampu

Page 30: DZULKIFLE BIN ISMAIL - fp.utm.my · penggunaan komputer dikalangan guru-guru kemahiran hidup dalam urusan kerja di sekolah-sekolah kebangsaan gred a daerah pontian dzulkifle bin ismail

 

 

13

menyelesaikan masalah tugasan harian dengan baik, tepat dan teratur. Komputer sangat

sesuai untuk melakukan kerja yang banyak dan berulang, berketepatan tinggi, banyak

maklumat boleh disimpan dan diperoleh semula dalam masa yang singkat serta dapat

memproses data yang banyak yang sangat sukar dilakukan oleh manusia biasa (Ahmad

Zaki, 2007).

Murid perlu digalakkan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

(ICT) dalam pembelajaran mereka terutamanya dalam pengumpulan, pemilihan dan

pemprosesan maklumat. Dengan ini kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi,

minat dan minda murid juga boleh diperkembangkan dengan melayari laman web,

menggunakan perisian, CD-ROM dan pengkalan data serta berkomunikasi secara

elektronik (Bahagian Pendidikan Guru. KPM, 2005).

Kesemuanya ini bergantung kepada strategi yang disepadukan iaitu :

i. Menghasilkan tenaga kerja yang berkemahiran dan literasi teknologi.

ii. Menyokong pembangunan individu secara menyeluruh.

iii. Menyediakan peluang untuk peningkatan potensi dan kebolehan setiap

individu.

iv. Meningkatkan penglibatan pihak berkepentingan.

v. Pendidikan yang bersifat demokrasi.

Dari kenyataan dan penjelasan di atas dan di sokong dari pelbagai sumber adalah

jelas Teknologi Maklumat dan Komunikasi menjadi begitu penting dan merupakan satu

keperluan di kalangan guru-guru Sekolah Kebangsaan di dalam Daerah Pontian.

Page 31: DZULKIFLE BIN ISMAIL - fp.utm.my · penggunaan komputer dikalangan guru-guru kemahiran hidup dalam urusan kerja di sekolah-sekolah kebangsaan gred a daerah pontian dzulkifle bin ismail

  14

1.3 Pernyataan Masalah

Teknologi maklumat dapat memberi banyak faedah dalam proses pembelajaran

dan pengajaran. Ianya dapat membantu guru-guru dalam kerja-kerja seperti mengumpul

dan menyimpan data pelajar, isi-isi pelajaran dan maklumat diri. Penggunaan komputer

menjadikan kerja dapat dibuat dengan cepat dan lebih bersistematik. Hasilnya guru-guru

berupaya melakukan kerja dengan mudah terutamanya dalam mendapatkan lebih banyak

maklumat yang diperlukan. Ini dapat diperolehi darlpada sumber internet.

Zoraini (2005) terdapat 87% sekolah rendah di Malaysia memiliki komputer

hanya 65% sahaja guru-guru yang tahu menggunakannya. Perangkaan ini memberi

gambaran bertapa tidak bersedianya para guru dalam melaksanakan sekolah bestari.

Sesuatu perlu dilakukan supaya keadaan tidak betul ini dapat diperbaiki. Ini kerana

sekolah adalah saluran yang terbaik bagi melahirkan tenaga kerja yang dapat

menguasai IT dan memenuhi impian MSC yang diilhamkan oleh PM.

Didapati guru-guru masih kurang mengintegrasikan ICT dalam pengajaran mereka

agar pengajaran lebih menarik dan berkesan. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum

(2005), antara tahun 1996-2000, hanya 30 peratus daripada guru telah dilatih dalam ICT dan

daripada mereka yang terlatih ini, hanya sebilangan kecil sahaja yang boleh

mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kemahiran

menggunakan ICT dikalangan tenaga pengajar “masih berada pada tahap kurang

memberangsangkan” (Khairul Anuar Samad, 2005). Ini menunjukkan bahawa tahap

penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran masih belum dioptimumkan

penggunaanya.

Kajian ini bertujuan untuk meninjau tentang penggunaan komputer dikalangan

guru-guru kemahiran hidup dalam urusan kerja di sekolah-sekolah kebangsaan gred A

dalam Daerah Pontian dalam urusan kerja dan proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 32: DZULKIFLE BIN ISMAIL - fp.utm.my · penggunaan komputer dikalangan guru-guru kemahiran hidup dalam urusan kerja di sekolah-sekolah kebangsaan gred a daerah pontian dzulkifle bin ismail

 

 

15

Persoalannya sekarang ialah (a) apakah guru-guru kemahiran hidup hari ini

memiliki kemampuan dan kemahiran asas untuk mengendalikan komputer dengan

berkesan? atau (b) masih adakah terdapat di kalangan guru-guru yang masih ragu-ragu

bimbang, takut untuk menyentuh komputer dan mernpelajari komputer?

Persoalan di atas ada kaitannya dengan sikap negatif di kalangan guru-guru.

Sikap ini disebabkan berpunca daripada perasaaan khuatir, bimbang atau takut terhadap

komputer, di samping pengetahuan cetek mengenai komputer. Daripada pernyataan

masalah di atas, ternyata penggunaan komputer di kalangan guru-guru Kemahiran

Hidup adalah penting untuk dilihat, dikaji, dan dirancang supaya tercapai matlamat

Kementerian Pelajaran untuk mewujudkan masyarakat kaya maklumat.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dibuat adalah untuk mencapai objektif berikut:-

a) Mengenalpasti tahap kekerapan penggunaan komputer di kalangan guru-guru

Kemahiran Hidup dalam melaksanakan tugas mereka.

b) Mengenalpasti kecenderungan atau minat guru-guru Kemahiran Hidup apabila

menggunakan komputer dalam menjalankan tugas mereka di sekolah.

c) Mengenalpasti jenis perisian Microsoft Office yang sering digunakan oleh guru-

guru Kemahiran Hidup dalam melaksanakan kerja harian mereka di sekolah.

d) Mengenalpasti tahap kemahiran di kalangan guru-guru Kemahiran Hidup dalam

penggunaan komputer.

Page 33: DZULKIFLE BIN ISMAIL - fp.utm.my · penggunaan komputer dikalangan guru-guru kemahiran hidup dalam urusan kerja di sekolah-sekolah kebangsaan gred a daerah pontian dzulkifle bin ismail

  16

1.5 Persoalan Kajian

Dari pernyataan masalah dalam kajian ini beberapa persoalan kajian dapat

diutarakan untuk mencapai objektif kajian ini iaitu:-

1. Sejauh manakah tahap kekerapan penggunaa komputer oleh guru-guru

Kemahiran Hidup sekolah-sekolah kebangsaan gred A Daerah Pontian ?

2. Adakah guru-guru Kemahiran Hidup mempunyai kecenderungan atau berminat

menggunakan komputer dalam menjalankan tugas mereka di sekolah.

3. Mengenalpasti kekerapan jenis penggunaan perisian Microsoft Office yang

digunakan oleh guru-guru Kemahiran Hidup dalam menjalankan kerja mereka di

sekolah.

4. Sejauh manakah tahap kemahiran penggunaan komputer oleh guru-guru

Kemahiran Hidup dalam melaksanakan tugasan mereka di sekolah.

1.6 Hipotesis Kajian

1) Ho : Terdapat perbezaan yang signifikan diantara jantina dengan

tahap kemahiran penggunaan komputer guru-guru Kemahiran

Hidup di sekolah.

2) Ho :Terdapat perbezaan yang signifikan diantara akademik tertinggi

guru-guru Kemahiran Hidup dengan tahap kemahiran

penggunaan komputer dalam melaksanakan kerja guru di

sekolah.

Page 34: DZULKIFLE BIN ISMAIL - fp.utm.my · penggunaan komputer dikalangan guru-guru kemahiran hidup dalam urusan kerja di sekolah-sekolah kebangsaan gred a daerah pontian dzulkifle bin ismail

 

 

17

3) Ho :Terdapat hubungan yang signifikan diantara minat guru-guru

Kemahiran Hidup terhadap komputer dengan kemahiran

penggunaannya.

Di akhirnya pengkaji berharap akan memperolehi gambaran yang jelas

mengenai situasi penggunaan komputer, minat guru-guru Kemahiran Hidup dan

penggunaan perisian Microsoft Office dalam komputer di sekolah.

1.7 Kepentingan Kajian

Penggunaan komputer dalam pelbagai bidang di negara-negara maju telah lama

dilaksanakan. Dalam bidang pendidikan, penggunaan komputer telah diakui oleh

kebanyakan penyelidik di mana ianya dapat mempertingkatkan tahap pendidikan secara

amnya. Penggunaan komputer di peringkat sekolah dapat membentuk pelajar yang

berpengetahuan secara menyeluruh tentang ICT dan berkemahiran menangani maklumat

dengan menggunakan teknik dan perkakasan ICT bagi menyelesaikan masalah (KPM,

2005). Di samping pengetahuan dan kemahiran, ia juga dapat membentuk pelajar yang

bersikap positif terhadap impak dan sumbangan ICT kepada masyarakat dan kehidupan

harian serta dapat menyumbang secara berkesan dan sepenuhnya dalam masyarakat dan

ekonomi berteknologi di tempat mereka hidup dan bekerja. Berdasarkan Buku Huraian

Sukatan Pelajaran Malaysia bagi mata pelajaran ICT ini, tiada sebarang buku teks

khusus yang ditetapkan untuk mata pelajaran tersebutl. Ini disebabkan bidang ICT yang

dicakupi dalam kurikulum ICT adalah luas serta bersifat dinamik. Tambahan pula,

bidang ilmu ini adalah antara bidang ilmu yang paling pesat berkembang dan takrif serta

skopnya sentiasa disesuaikan seiring dengan perkembangan bidang ilmunya.

Oleh itu kajian ini akan melihat komputer sebagai satu alat bantu mengajar dalam

Page 35: DZULKIFLE BIN ISMAIL - fp.utm.my · penggunaan komputer dikalangan guru-guru kemahiran hidup dalam urusan kerja di sekolah-sekolah kebangsaan gred a daerah pontian dzulkifle bin ismail

  18

proses pengajaran yang lebih efektif, tahap penggunaan komputer di kalangan guru-guru

Kemahiran Hidup, bentuk program kursus yang sesuai untuk guru-guru dan memberikan

panduan bagi merangka langkah-langkah susulan yang selaras dengan perkembangan

teknologi semasa. Semua guru perlu menggunakan dengan efektif teknologi untuk

membantu pelajar mereka mencapai pencapaian akademik yang bertaraf tinggi dan

semua pelajar perlu memiliki kemahiran literasi teknologi dan informasi (Yahya, 2005)

Kajian ini merupakan satu saluran konstruktif dan berterusan. Hasil kajian ini

juga dapat membantu individu yang terlibat dalam sektor pendidikan negara untuk

memahami kehendak guru dan pelajar. Ia juga dapat membantu kita melihat

keberkesanan dan kelebihan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Selain daripada itu dapat membantu dan mencapai matlamat

Kementerian Pelajaran yang mahukan guru-guru menguasai Kemahiran Teknologi

Maklumat dalam proses P&P.

Justeru itu dengan mengambil kira persepsi mereka maka dapatlah diketahui

dengan lebih jelas keberkesanan penguasaan guru-guru berhubung kemahiran Teknologi

Maklumat. Ianya dapat membantu pihak-pihak tertentu untuk memperbaiki kekurangan

yang wujud supaya mencapai matlamatnya selaras dengan kehendak Falsafah

Pendidikan Kebangsaan dan aspirasi negara.